BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Oktober 11, 2011

Peristiwa Selepas Pengasas Apple Steve Jobs meninggal dunia

CUPERTINO (California): Apple berkata pengasas syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat itu, Steve Jobs meninggal dunia hari ini. Beliau berusia 56 tahun. Dalam satu kenyataan ringkas, Jobs meninggal dunia pagi ini selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama. - AFP

Apple lancar iPhone 4S, harga saham menjunam 
 SAN FRANCISCO: Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka. Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California. 

Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti 'pembantu peribadi', tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru - iPhone 5 - seperti yang dinanti-nantikan. iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain bermula 14 Oktober ini. Di Amerika Syarikat, iPhone 4S dijual pada harga mulai AS$199 untuk 16 gigabit manakala AS$399 untuk model 64 gigabit. - AFP 

Tablet RM111 termurah di dunia 
 NEW DELHI: India melancarkan komputer tablet termurah di dunia semalam, berharga AS$35 (RM111) diberi nama Aakash yang bermakna ‘langit’. Sebanyak 100,000 unit pertama diberikan percuma kepada pelajar sebelum ia dijual kepada umum dalam tempoh beberapa bulan lagi. Mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan, Aakash dipasang di India bagi membantu hasrat kerajaan membangunkan teknologi maklumat dalam pendidikan negara itu.