BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan

Selasa, Disember 30, 2008

Keputusan PMR 2008 dan Panduan Pemilihan Bidang Pengajian Di Tingkatan 4

Ini merupakan nota peribadi saya (Amiene Rev) untuk para pelajar yang telah mengambil peperiksaan PMR dan bakal masuk ke Tingkatan 4. Pelajar yang mahu mengikuti panduan ini digalakkan meminta bimbingan daripada kaunselor sekolah. Pelajar juga boleh mencuba mengikuti beberapa subjek tertentu selama beberapa bulan di Tingkatan 4 dan kemudian memutuskan untuk meneruskan pengambilan subjek tersebut atau menggugurkannya dari senarai subjek yang hendak diambil untuk peperiksaan SPM sekiranya mata pelajaran atau subjek tersebut sukar untuk diikuti.

Secara amnya, para pelajar akan mengambil subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Geografi, Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral untuk didaftarkan dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

Setiap satu subjek akan dinilai dan diberi gred seperti berikut:
A - Cemerlang
B - Kepujian
C - Baik
D - Mencapai tahap penguasaan minimum
E - Tidak mencapai tahap penguasaan minimum

Berdasarkan subjek-subjek tersebut terdapat beberapa perkara penting yang perlu dinilai secara individu dan menerusi bimbingan kaunselor sekolah, sebelum seseorang pelajar itu membuat keputusan untuk memilih bidang yang sesuai dengan dirinya semasa di tingkatan 4. Para pelajar dinasihatkan supaya meminta bimbingan kaunselor untuk membuat keputusan dalam soal pemilihan bidang pengajian di tingkatan 4.

Sekiranya pelajar mendapat gred A dalam subjek-subjek berikut bagi keputusan PMR, maka peluang pelajar tersebut untuk membuat pilihan dalam pelbagai bidang pengajian adalah cerah. Namun sekiranya pelajar terbabit mendapat gred B dan ke bawah, maka anda perlu meminta bimbingan daripada kaunselor. Kenapa dengan Gred B? Hal ini tidak dapat saya terangkan dalam entri kali ini tetapi akan diterangkan dalam entri yang lain atau mungkin kaunselor-kaunselor sekolah boleh menjelaskannya kepada para pelajar.

PERINGATAN: Cadangan subjek untuk diambil adalah sekiranya pelajar tersebut mendapat A bagi subjek yang dinyatakan.

Bahasa Melayu PMR GRED A
Subjek Tingkatan 4 yang dicadangkan: Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu


Bahasa Inggeris PMR GRED A
Subjek Tingkatan 4 yang dicadangkan: Bahasa Inggeris, English for Science and Technology


Matematik GRED A
Subjek Tingkatan 4 yang dicadangkan: Additional Mathematics / Matematik Tambahan


Sains GRED A
NOTA: Untuk subjek sains, para pelajar perlu lebih berhati-hati kerana subjek sains yang dipelajari semasa di peringkat PMR adalah gabungan subjek Biologi, Fizik dan Kimia. Para pelajar boleh memutuskan untuk mengambil subjek Biologi, Fizik atau Kimia berdasarkan pengalaman (usaha pelajar) mempelajari topik-topik yang terkandung dalam subjek sains seperti berikut:

Tingkatan 1
  • Introduction to Science / Pengenalan Kepada Sains - SAINS
  • Cell As a Basic Unit of Life / Sel Sebagai Unit Asas Dalam Kehidupan - BIOLOGI
  • Matter / Jirim - FIZIK, KIMIA
  • Variety of Resources on Earth / Kepelbagaian Sumber di Bumi - KIMIA
  • The Air Around Us / Udara di Sekeliling Kita - BIOLOGI, KIMIA
  • Sources of Energy / Sumber Tenaga - FIZIK
  • Heat / Haba - FIZIK
Tingkatan 2
  • The World Through Our Senses / Dunia Melalui Deria Kita - BIOLOGI
  • Nutrition / Nutrisi - BIOLOGI
  • Biodiversity / Biokepelbagaian - BIOLOGI
  • Interdependence Among Living Organisms / Saling Kebergantungan Antara Organisma Hidup - BIOLOGI
  • Water and Solution / Air dan Larutan - KIMIA
  • Air Pressure / Tekanan Udara - FIZIK
  • Force / Daya - FIZIK
  • Support and Movement / Sokongan dan Pergerakan - BIOLOGI
  • Stability / Kestabilan - SAINS
  • Simple Machine / Mesin Ringkas - FIZIK
Tingkatan 3
  • Respiration / Respirasi - BIOLOGI
  • Blood Circulation and Transport / Peredaran dan Pengangkutan Darah - BIOLOGI
  • Excretion / Perkumuhan - BIOLOGI
  • Reproduction / Pembiakan - BIOLOGI
  • Growth / Pertumbuhan - BIOLOGI
  • Land and its Resources / Tanah dan Sumbernya - KIMIA
  • Electricity / Keelektrikan - FIZIK
  • Generation of Electricity / Penjanaan Elektrik - FIZIK
  • Stars and Galaxies / Bintang dan Galaksi - SAINS
  • Space Exploration / Penerokaan Angkasa Lepas - SAINS

Kemahiran Hidup GRED A
Begitu juga dengan subjek Kemahiran Hidup yang merupakan gabungan bagi subjek-subjek yang akan dipelajari di peringkat SPM.
  • Asas bidang mekanikal - Aliran Teknikal
  • Asas elektronik - Aliran Teknikal
  • Asas perniagaan - Subjek-subjek Aliran Perdagangan, Ikhtisas atau Sains Kemanusiaan
  • Asas ekonomi - Subjek-subjek Aliran Perdagangan, Ikhtisas atau Sains Kemanusiaan
  • Asas rumah tangga - Subjek-subjek Aliran Perdagangan, Ikhtisas atau Sains Kemanusiaan
  • Asas sosial - Subjek-subjek Aliran Perdagangan, Ikhtisas atau Sains Kemanusiaan
  • Asas pertanian - Subjek-subjek Aliran Perdagangan, Ikhtisas atau Sains Kemanusiaan


Geografi GRED A
Sesuai mengikuti subjek-subjek Aliran Sains Kemanusiaan. Subjek ini merupakan salah satu subjek penting dalam bidang ekonomi; perniagaan, perdagangan dan juga dalam bidang pertanian.


Sejarah GRED A
Memandangkan subjek Sejarah merupakan satu subjek yang sangat penting dalam menjana modal insan manusia yang bersemangat patriotik dan bertanggungawab. Maka subjek ini menjadi subjek WAJIB bagi semua aliran.


Pendidikan Islam PMR GRED A
Subjek Tingkatan 4 yang dicadangkan: Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Tasawwur Islam (Gambaran Islam), Pendidikan Moral

Sebenarnya terdapat beberapa jenis subjek lagi yang ditawarkan di peringkat SPM. Namun subjek-subjek di atas adalah subjek-subjek yang biasa diambil oleh pelajar-pelajar lepasan PMR semasa berada di tingkatan 4.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan subjek-subjek tambahan atau aliran, pengajian bidang pengajian atau pakej mata pelajaran untuk Tingkatan 4 dan peringkat SPM, sila rujuk salah satu pautan di bawah:

Rabu, April 30, 2008

Wawasan Open University - Universiti Yang Mengutamakan Kebajikan Pendidikan Rakyat


Sekitar tahun 1999, telah bangkit kesedaran mengenai betapa pentingnya mewujudkan sebuah universiti yang bersifat 'non-profit', iaitu sebuah universiti yang mengutamakan kebajikan pendidikan, yang mendukung semangat cintakan keilmuan di kalangan rakyat, membolehkan para pelajar belajar dengan kos yuran pengajian yang mampu ditanggung oleh semua orang. Mereka berfikir, pasti ada cara untuk melihat betapa adanya kaedah untuk merendahkan yuran pengajian supaya rakyat Malaysia mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi; meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kehidupan, tanpa mengira latar belakang pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Iklan Wawasan Open University yang terdapat di Iklan Nuffnang.

Kesedaran mengenai betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan pendidikan kepada rakyat Malaysia telah mencetuskan penubuhan Gerakan Education Foundation yang kemudiannya ditukar menjadi Wawasan Education Foundation (WEF) pada bulan Ogos 2002. Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam memastikan sebuah universiti yang berkonsepkan kebajikan dapat ditubuhkan. Kementerian Pengajian Tinggi berminat dengan idea ini dan merancang untuk menubuhkan sebuah universiti yang bersifat terbuka dan
virtual. Akhirnya, sebuah universiti terbuka virtual yang dikenali sebagai Wawasan Open University berjaya ditubuhkan pada tahun 2006.

Saya ada seorang kawan yang menjadi pensyarah di Universiti Terbuka Wawasan. Saya juga berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi di sini pada masa akan datang sekiranya saya mahu belajar sambil bekerja. Saya rasa pembelajaran saya tidak akan terganggu dengan kerja, kerana saya memilih bidang pengajian yang paling serasi dengan corak pembelajaran saya, dan zaman sekarang, kemudahan internet sangat mudah untuk diperolehi. Tahu-tahu, saya sudah berjaya menamatkan pengajian, dan menjadi seorang berpendapatan besar, dapat menunaikan haji di Mekah pada usia muda, melancong ke Paris, Tokyo, Korea Selatan, Istanbul, Jerman, London, Hawaii, Canada dan sebagainya untuk mempelajari selok belok budaya manusia setiap tahun.

Biasiswa turut disediakan mengikut syarat-syarat tertentu untuk sesiapa yang tidak berkemampuan, sama ada yang bujang atau yang sudah berkahwin. Yuran murah tetapi masih ada biasiswa? Ada peluang pekerjaan pula tu. Inilah kelebihan universiti berkonsepkan kebajikan.

Oleh sebab itu, jangan terkejut jika universiti yang menggabungkan kepakaran pendidik dari serata dunia ini mampu ditubuhkan di Malaysia dengan kos yuran yang lebih rendah daripada yuran pengajian yang biasa dikenakan di tempat-tempat pengajian yang lain.

Yuran yang sangat rendah? Anda akan tahu apabila anda mengklik pada Iklan Nuffnang. Satu klik mungkin akan mengubah masa depan anda. Anda tidak mahu berubah? Manusia sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan.

Percayakah anda, seorang pekerja kilang (operator kilang) pun, kini mampu melanjutkan pengajian di universiti. Jika dahulu dia pekerja bawahan, selepas tamat pengajiannya di universiti selepas mengikuti pembelajaran fleksibel, jarak jauh dan seumpamanya, dia kini menjadi orang besar di tempat kerja yang sama. Ini kisah benar. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri.

Jangan kata, masa depan anda sudah gelap. Peluang untuk melanjutkan pengajian itu sentiasa ada. Dengan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari di universiti, kitalah yang mencipta peluang, tidak perlu susah-susah lagi merebut peluang.

Yuran yang sangat rendah? Anda akan tahu apabila anda mengklik pada Iklan Nuffnang. Satu klik mungkin akan mengubah masa depan anda. Anda tidak mahu berubah? Manusia sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan.

Ingat, ilmu dan kemahiran yang dipelajari di universiti sudah cukup mampu untuk membolehkan kita mencipta kehidupan sendiri. Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif yang meruntuhkan moral dan semangat seperti belajar tinggi-tinggi tetapi menganggur. Tidak. Itu bukan percakapan orang yang ada kesedaran. Itu percakapan orang yang hanyut, yang lemah semangatnya, yang putus harapan terhadap kekuasaan dan ketentuan Allah.

Satu klik pada Iklan Wawasan Open University di ruangan Iklan Nuffnang, akan mengubah tanggapan anda mengenai kos pembelajaran di universiti. Yuran yang rendah kerana apa? Kerana kaedah yang digunakan. Tentu ada yang menggaru-garu kepala, kenapa aku tidak pernah terfikir pun kaedah ini? Wah, nasib baik aku berusaha untuk ambil tahu.

Peluang belajar itu sentiasa ada. Belajarlah, dan cipta masa depan anda. Universiti Terbuka Wawasan, yuran pengajian yang rendah. Kenapa? Sebab teknik pengurusan kewangan yang dicipta dengan pengetahuan bertahap genius, dan kemahiran yang paling efektif oleh pakar-pakar pendidikan yang berpengalaman mengajar dan mentadbir dunia pendidikan di serata dunia.

Yuran yang sangat rendah? Anda akan tahu apabila anda mengklik pada Iklan Nuffnang. Satu klik mungkin akan mengubah masa depan anda. Anda tidak mahu berubah? Manusia sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan.

Saya sebarkan maklumat ini kepada anda semua supaya masa depan manusia semakin cerah. Manusia semakin berpengetahuan, semakin berkemahiran. Indahnya dunia ciptaan Ilahi.

Khamis, Disember 27, 2007

Bicara Selepas PMR - Panduan Masuk Ke Tingkatan 4 - Panduan Memilih Bidang Yang Tepat dan Bahagia Untuk Masa Depan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada adik-adik yang baru tamat PMR. Hari ini, akan menjadi suatu hari yang bermakna dalam diri adik-adik. Keputusan PMR mungkin belum dianggap sepenting keputusan SPM, tetapi bagi adik-adik yang sudah bertungkus lumus menuntut ilmu sebelum ini, maka ketahuilah, bahawa adik-adik telah pun menjadikan PMR ini penting bagi adik-adik.

Adakah adik-adik sedar, semasa adik berusaha dengan bersungguh-sungguh semasa mempelajari pelbagai subjek semasa di Tingkatan 1, 2, dan 3 dahulu, adik sudah pun mengesan potensi adik-adik. Adakah Matematik itu senang atau susah? Adakah Bahasa Inggeris itu mudah difahami? Adakah subjek sains itu mudah untuk adik-adik ikuti? Bahagian manakah yang senang itu? Fizik? Biologi? Kimia? Adakah subjek Bahasa Melayu itu seolah-olah sejiwa dengan diri adik-adik? Sejarah itu cukup untuk menimbulkan penghayatan dalam diri adik-adik? Ilmu perakaunan dalam Kemahiran Hidup menarik tumpuan adik-adik? Sukan sentiasa di jiwa adik-adik?

Jika adik-adik sedar atau sudah pun mengetahui apakah subjek yang paling mudah untuk adik-adik fahami, maka catatkan nama subjek tersebut. Kemudian, teliti pula subjek-subjek yang lain. Asingkan subjek yang mudah untuk adik-adik pelajari, dan subjek-subjek yang susah untuk adik-adik pelajari? Ada yang susah? Tiada? Alhamdulillah, adik-adik telah diberi anugerah yang istimewa.

Ada senang dan ada pula yang susah? Asingkan. Senaraikan subjek-subjek yang senang dan subjek-subjek yang susah secara berasingan.

Setelah adik-adik berjaya menyenaraikan subjek-subjek tersebut, teliti pula gred adik-adik untuk setiap satu subjek tersebut. Matematik, apakah grednya? Kemudian cuba adik-adik hayati, imbas kembali senang atau susahnya subjek tersebut bagi adik-adik. Jika mudah, jika adik-adik sekejap sahaja boleh memahami konsep Matematik, Insya-Allah, peluang adik-adik untuk bahagia dalam bidang Sains amat cerah.

Teliti pula subjek Sains, mudah atau senang? Imbas kembali pembelajaran adik-adik dalam subjek ini? Bayangkan bagaimana adik-adik bermain dengan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang semasa eksperimen. Tubuh badan manusia. Struktur tulang. Sel, tisu, organ dan sebagainya. Minat? Senang? Suka? Itulah biologi.

Imbas pula pengalaman adik semasa bermain dengan alat-alat eletrik. Mentol. Jam randik. Graf. Rumus laju, halaju, pecutan, tenaga, daya dan sebagainya. Sudut dongak. Sudut tunduk. Pertukaran unit. Joule. Watt. Ohm. Sentimeter. Graviti. Itu fizik. Adik-adik minat? Suka? Mudah faham? Alhamdulillah, adik-adik digalakkan untk mengambil subjek ini sekiranya adik-adik tidak ada sebarang masalah untuk memahami konsep-konsep ilmu fizik.

Imbas pula bagaimana adik-adik bermain dengan perkataan Hidrogen. Oksigen. Karbon Monoksida. Etanol. Imbas kembali bau-bau bahan kimia, tabung uji, penunu bunsen, balang kaca dan sebagainya semasa melakukan eksperimen. Berat emas. Berat atom. Molekul. Itulah kimia. Senangkah adik-adik mengingati rimus-rumus kimia dan unsur-unsur kimia? Sekiranya mudah, adik-adik digalakkan mengambil subjek ini.

Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik. Inilah antara elemen penting dalam bidang Sains Tulen. Sekiranya adik-adik berminat untuk menjadi jurutera, ahli sains, ahli biologi, ahli kimia, pakar teknologi, maka subjek-subjek ini perlulah merupakan subjek-subjek yang mudah untuk adik-adik fahami.

Bagaimana pula dengan Kemahiran Hidup? Pertukangan? Perdagangan? Perakaunan? Manakah antara topik-topik dalam subjek Kemahiran Hidup yang mudah difahami? Imbas kembali pengalaman adik-adik semasa mempelajari subjek ini. Inilah kepentingan dan kelebihan bagi adik-adik yang rajin belajar. Adik-adik akan semakin mengenali diri adik-adik.

Sebab itu, semasa di sekolah, tidak kira adik-adik tidak pandai dalam sesuatu subjek. Jangan putus asa, jangan malas dan jangan pula memberontak untuk tidak mahu belajar. Cuba. Sebab dengan usaha adik-adik untuk belajar itulah yang akan menyebabkan adik-adik kenal siapa diri adik-adik dan apakah cita-cita yang paling sesuai dengan diri adik-adik. Berfikiran positif. Jangan kata cita-cita itu susah hendak dicapai kerana ada orang-orang yang di sekeliling adik-adik tidak dapat kerja kerana memilih bidang tersebut. Setiap orang berlainan potensi.

Guru-guru dan ibu bapa adik-adik menyuruh adik-adik rajin belajar bukan kerana adik-adik bodoh, tetapi kerana mahu adik-adik menemui potensi adik-adik. Oleh itu, janganlah adik-adik kata, "Saya bodoh, tak pergi sekolah pun tak apa."

Adik-adik mungkin tidak pandai dalam satu-satu perkara atau subjek, tetapi mungkin dalam subjek yang lain, adik-adik jauh lebih cemerlang berbanding kawan-kawan sekelas. Jangan kecewa dengan keputusan PMR yang tidak sebaik kawan-kawan adik. Lihat apa yang terbaik. Senaraikan gred yang terbaik dan yang paling senang untuk adik-adik pelajari. Adakah adik-adik mudah nampak jalan atau konsep ilmu bagi subjek tersebut? Jika ya, masukkan subjek tersebut dalam senarai subjek yang mahu adik-adik pelajari semasa di Tingkatan 4 nanti.

Bincang dengan guru, terutamanya guru kaunseling. Guru kaunseling memiliki banyak panduan berkaitan dengan pemilihan kerjaya. Mereka sudah belajar bagaimana hendak menentukan apakah kerjaya yang paling sesuai dengan personaliti dan bakat adik-adik. Sekiranya adik-adik berminat untuk menjadi guru kaunseling atau pakar psikologi, pastikan adik-adik juga berminat dengan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam atau Moral. Beberapa elemen dalam subjek Pendidikan Moral, Sains Sukan dan Kemahiran Hidup juga ada membincangkan mengenai ilmu yang berkaitan dengan bidang psikologi dan kaunseling. Menghayati sejarah adalah penting bagi pakar psikologi.

Belajarlah bersunguh-sungguh semasa di sekolah. Kita belajar untuk mengetahui sejauh mana potensi kita dalam sesuatu bidang. Tidak semestinya kita mendapat 8A dalam PMR bermakna masa depan kita cerah. Salah memilih bidang semasa masuk ke universiti akan membawa padah dan penderitaan yang tidak terkata hebatnya.

Jadi bagi adik-adik yang sudah menghadapi PMR, bersiap sedialah. Gunakan tempoh masa yang ada ini untuk menentukan kembali apa bidang yang hendak adik-adik pelajari semasa di Tingkatan 4 nanti. Lihat gred, imbas kembali pengalaman belajar dan senaraikan subjek senang dan susah. Ingat panduan yang Cikgu Amien berikan ini.

Bagi adik-adik yang belum mengambil PMR, ingat pesan Cikgu, belajarlah dengan bersungguh-sungguh untuk semua subjek semasa di sekolah. Kita belajar kerana kita hendak tahu sejauh mana potensi kita, dan bidang apakah yang paling layak untuk kita. Kita belajar kerana kita mahu tahu potensi terpendam dalam diri kita. Usah fikiran kita pandai atau tidak pandai. Kita akan temui bakat sebenar kita apabila kita rajin belajar. Rajinkan diri menuntut ilmu, supaya kita tahu sejauh mana potensi kita dalam sesuatu subjek atau bidang. Apabila bakat-bakat dalam diri sudah temui, maka senaraikan bakat-bakat tersebut untuk dijadikan sebagai faktor penentu masa depan kita. Bakat itu adalah anugerah, hargailah bakat dengan sebaik-baiknya.

Selamat berjaya.

Salam hormat daripada,
Amiene Rev

Khamis, Julai 05, 2007

Petikan Artikel yang menarik

Konflik bakat, minat dan pilihan ibu bapa

SEORANG pelajar aliran sains bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Namun ibu bapanya terlalu menginginkannya kelak menjadi seorang jurutera. Pelajar ini, Ahmad, menjadi serba salah antara ingin menjadi seorang jurutera dan menjadi seorang peguam.

Menjadi seorang peguam adalah minatnya sejak kecil dan menjadi seorang jurutera adalah harapan ayahnya sejak lama.

Akhirnya dia terpaksa memilih jurusan kejuruteraan yang kurang diminatinya. Keputusan SPMnya yang baik telah membantunya memasuki bidang berkenaan.

Tahun pertama dia berasa payah untuk mengikuti program kejuruteraan tersebut. Purata nilai gred kumulatif (PNGK) yang diperolehnya tidak begitu baik. Di hujung semester kedua gred yang diperoleh semakin merosot. Ia masih boleh meneruskan pengajiannya kerana grednya masih berada di paras 2.0.

Tahun kedua semester pertama, dia terasa serba salah antara kekal dengan bidang yang ada atau bertukar ke bidang lain. Mengenangkan harapan orang tuanya, dia kekal dalam bidang kejuruteraan. Kekal dalam bidang kejuruteraan bermakna berdepan dengan pencapaian yang lebih merosot. Ternyata ia benar.

Semester pertama tahun kedua pencapaiannya berada di bawah PNGK 2.0 dan dia diminta meninggalkan universiti. Akhirnya dia gagal untuk meneruskan pengajian dan memohon ke universiti swasta untuk kursus yang diminatinya.

Analisis

KISAH ini menjadi pengajaran untuk semua. Memilih bidang kursus seharusnya berdasarkan kepada bakat dan minat di samping kelulusan yang ada.

Para pelajar kadang kala terdesak untuk memilih atas kemahuan ibu bapa. Ibu bapa mempunyai impian sendiri terhadap anak-anaknya. Tidak salah ibu bapa memberi pandangan dan campur tangan dalam urusan memilih bidang. Yang bakal belajar ialah pelajar itu sendiri.

Sekiranya bidang pengajian tidak selari dengan minat serta bakat anaknya ia bakal menimbulkan masalah. Banyak kes seperti ini membawa kepada kegagalan para pelajar.

Merujuk kepada kes Ahmad tadi, ia akan membawa kepada tekanan perasaan kerana dua perkara. Pertamanya, Ahmad berasa tertekan dengan keputusan peperiksaannya yang rendah sedangkan keluarganya mengharapkannya menjadi seorang jurutera yang berjaya.

Keduanya, Ahmad akan bertambah keliru dan tidak bersemangat untuk belajar kerana kurang berminat dengan jurusan kejuruteraan dan hal ini menyebabkan wujudnya perasaan rendah diri dalam dirinya.

Biasanya para remaja yang memilih bidang yang diminati dan mempunyai kelulusan yang cukup di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia akan lebih yakin dengan apa yang dibuatnya. Jika ibu bapa campur tangan tanpa memahami minat dan bakatnya, dikhuatiri anaknya akan memberontak dari dalaman. Kadangkala, anak-anak serba-salah antara memilih cita-cita sendiri dan mengikut kemahuan ibu bapa.

Tips peranan remaja

1. Remaja haruslah mendapatkan nasihat dan panduan daripada mereka yang di dalam kedua-dua bidang berkenaan. Dalam erti kata lain, membuat sedikit homework untuk memilih bidang yang sesuai untuknya.

Misalnya, dalam kes Ahmad, beliau boleh menghubungi atau mengunjungi individu-individu atau pihak seperti:

* Dekan atau pensyarah di universiti/ kolej di dalam bidang kejuruteraan dan undang-undang. Ahmad boleh bertanyakan bidang kursus, masa depan kedua-dua bidang tersebut dan membandingkan dengan kelulusan serta minat dan bakatnya.

* Pelajar-pelajar universiti di dalam kedua-dua bidang berkenaan. Jika tiada saudara terdekat, rakan-rakan yang mempunyai saudara yang belajar di IPT juga boleh dijadikan rujukan.

* Maklumat daripada bahan bacaan seperti majalah, internet dan buku motivasi boleh membantu seseorang dalam membuat keputusan.

Apabila langkah mengumpulkan maklumat ini telah diambil, pelajar akan lebih yakin dengan pilihannya.

Ini juga antara lain boleh menyelesaikan kekeliruan yang timbul di dalam dirinya. Pepatah ada mengatakan, ‘semakin anda keliru dengan sesuatu, semakin itulah anda patut berusaha mencari jawapannya.’

Sekiranya remaja tersebut beragama, sebaik-baiknya remaja tersebut memohon kepada Tuhan supaya diberi petunjuk yang benar.

2. Remaja tidak perlu berasa serba salah dan harus bersedia berterus terang dengan cara yang baik dan bijaksana. Ini supaya ibu bapa tidak memaksanya mengambil bidang yang tidak diminatinya.

Di dalam kes Ahmad, beliau boleh menunjukkan maklumat yang telah dikumpul tadi kepada orang tuanya dan berbincang secara matang dan rasional tentang hala tuju hidupnya.

3. Jika hasrat meneruskan bidang yang dipilih mendapat restu ibu bapa, pelajar tersebut haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa bidang yang dipilihnya itu bukan sahaja membawa kebaikan untuk diri dan keluarganya, malah membantu menyumbang kepada masyarakat.

Peranan ibu bapa

1. Ibu bapa harus menghargai dan menghormati minat dan bakat anak-anak. Anak-anak harus dirundingi dan ibu bapa harus bertindak sebagai penasihat. Mereka perlu membekalkan maklumat yang cukup mengenai bidang yang ingin dipilih.

2. Apabila nasihat yang betul diberikan, pilihan membuat keputusan sepatutnya diserah kepada anak-anak.

3 Pilihan bidang berasaskan minat dan bakat disertai dengan kelulusan yang baik dan sesuai boleh mendorong anak-anak lebih berjaya dalam bidang pengajiannya. Menjayakan cita-cita sendiri berasaskan bakat, minat dan kelulusan yang sesuai boleh menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Kesimpulan

Para remaja yang berada di persimpangan memilih hala tuju hidup harus mengambil sikap proaktif dengan mencari sebanyak maklumat tentang pilihan yang ada. Perbincangan secara berhemah harus diadakan dengan ibu bapa agar mereka memahami minat dan bakat anak mereka.

Sesuatu pekerjaan yang datang besama minat yang mendalam pasti membuahkan hasil yang lebih baik daripada melakukan pekerjaan yang tidak disertai dengan minat.

Oleh itu, para remaja harus bijak untuk membuat keputusan mengenai hala tuju hidupnya dan pada masa yang sama, memperoleh restu daripada ibu bapa yang tercinta.

* MOHD. FARID MD. ALIAS ialah graduan Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

sumber: www.utusan.com.my

Selasa, Mac 27, 2007

Voice Actor - Pelakon Suara

Salah satu cita-cita sampingan aku adalah untuk menjadi pelakon suara atau voice actor. Malang sekali, aku sendiri pun tidak tahu di mana saluran yang sesuai untuk memulakan kerjaya dalam bidang ini.

Antara tokoh-tokoh pelakon suara terkenal tanah air ialah
Erra Fazira dan M. Nasir yang berlakon suara untuk filem animasi Malaysia yang berjudul Putih. Oh, ya, jangan lupa dengan animasi televisyen pertama Malaysia, iaitu Usop Sontorian. Ciptaan kartunis legenda tanah air, Ujang.

Bercakap mengenai pelakon suara secara global. Aku tertarik dengan pelakon-pelakon suara dari Jepun untuk animasi mereka. Penghayatan yang sangat tinggi. Antara suara-suara yang aku cukup suka adalah suara
Gaara dan Shikamaru.

"Sabaku Sou Sou!" Wah! Menarik! Sebagai seorang pengkritik blog (=.="), aku memberi markah yang sangat tinggi untuk suara Gaara. Suara Shikamaru juga cukup bagus. Penghayatan yang sangat tinggi dan bersesuaian dengan watak.

Kebetulan suara
Gaara mirip dengan suara... ehem. ehem. Tidak-tidak, sebenarnya aku yang meniru suara Gaara. Mungkin sebab aku agak garang semasa melakonkan suara ini. Tidak, aku berbohong. Aku perlu merakam kembali suara aku. Barangkali aku syok sendiri. Ha. Ha. Kenapa hari ini perasaannya cukup tenang semasa menulis blog? Sebenarnya suara aku tidak sama seperti Gaara, tetapi campur tangan mentaliti yang mengabui pendengaran.

Jika aku ingin menjadi pelakon suara, aku mesti mengatasi sikap dan mentaliti sebegini. Kena lebih banyak
merakam suara dan mendengarnya kembali. Bosan, setiap kali aku cuba merakam suara, kedengaran seperti ada orang memerhati dan mencuri dengar. Bunyi tapak-tapak kaki berlalu di depan pintu bilik aku kedengaran. Manusia-manusia seolah-olah mengintai bilik aku menerusi tingkap bilik di bangunan seberang sana. Wah! Ini pengalaman aku merakam suara.

Bagaimana pun, aku sedar adanya perubahan suara untuk watak
Naruto. Suara Naruto adalah milik seorang pelakon suara wanita bernama Junko Takeuchi. Suara kanak-kanak yang nyaring "Are! Are!" dan suara remaja yang agak garau. "Ohm! Ohm!"

Sekarang Naruto sudah memasuki zaman remaja. Aku meramalkan, Naruto pasti akan terkorban pada suatu hari nanti. Atau, barangkali, Sasuke yang akan terkorban. Antara dua watak utama ini, cuma satu yang akan dapat hidup kekal. Bagaimana, jika... Shikamaru yang terkorban?

Sabtu, Jun 18, 2005

AWAS: Cari Kerja Kosong Yang Ditawarkan Menerusi Internet - CAUTION: Online Jobs Search

Entri ini ditulis dalam dwi bahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
This post was written in two language: Malay and English


Mungkin anda pernah mencuba mencari pekerjaan menerusi internet. Tahukah anda bagaimana caranya untuk mendapat kerja menerusi internet? Saya tidak maksudkan apa-apa pekerjaan menerusi internet.

Some of you might try already for online jobs search. Du you know how to get job from the internet? This entry didn't encourage you for any online job, but it is about online job search. "Online" plus "job search". It have differents meaning.


Di Malaysia terdapat banyak laman web yang khusus dalam soal-soal menawarkan kerja kosong kepada pekerja. Sekali sekala, jenguklah iklan-iklan di dalam blog ini, dan jika bernasib baik, anda mungkin berpeluang menemui iklan pekerjaan.

There are many websites in Malaysia which provide job and career by internet. Here, in this blog, you might lucky if there exist job advertisement appear on the right side of this blog.


Cari kerja menerusi internet kadangkala merumitkan apabila kita tidak memiliki apa-apa pengetahuan mengenai internet. Bagaimanakah caranya mencari kerja menerusi internet? Pernah dengar resume? Resume adalah satu dokumen yang dibuat sendiri oleh orang yang mencari kerja. Resume mengandungi maklumat-maklumat yang penting bagi melayakkan seseorang itu dipilih oleh sesebuah organisasi atau syarikat. Ada juga laman web kerajaan seperti
www.gov.my yang menawarkan peluang pekerjaan.

Finding job online can be troublesome if we do not have any knowledge about the internet. What is the method that we can use for online job finding? Do you ever heard of the word - resume? Resume is a self made document contains important informations for the owner to be hired by any organization or company. There's such website in Malaysia, www.gov.my which offer Malaysian people to serve the government.


Resume haruslah mengandungi biodata pencari kerja, latar belakang pendidikan, tahap tertinggi pendidikan, penglibatan dan pencapaian yang melibatkan bidang akademik dan ko kurikulum. Jawatan yang pernah dipegang. Pengalaman bekerja atau bertugas dalam pelbagai bidang. Kemahiran-kemahiran yang dimiliki seperti penguasaan bahasa, kebolehan menaip, kebolehan menggunakan perisian komputer, kebolehan bercakap di hadapan orang ramai dan sebagainya.

Resume should have information about the job finder, such as education base, highest education achieve, result and involvement in academic and co-curriculum. Working and assignment doing experiences. Position of a job. Skills such as interpersonal, typing, using computer software, giving speeches and extra.


Berhati-hatilah apabila mencari kerja menerusi internet. Terdapat warganegara Malaysia yang ditipu dan terpaksa menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana diperangkap, dan didakwa mengedar dadah di sebuah negara asing. Warganegara Malaysia tersebut, seorang gadis universiti, ditawarkan pekerjaan dalam bidang pelancongan menerusi internet.

Please be caution when you are doing online job search. There was Malaysian, cheated, scammed and was put into prison because of illegal drug marketing trap. She was a university student, who used to find job through internet. One day, she was offered a job in tourism field, and it resulted a very tragic story.


Saya sedang berlatih berbahasa Inggeris menerusi entri ini.

I am practising my English through this post