BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Kajian dan Kerja Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kajian dan Kerja Kursus. Papar semua catatan

Selasa, Mac 03, 2009

Fakta-Fakta Berkaitan Kota A Famosa Yang Bersejarah

Sejarah Kota A Famosa

Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.


Pengasas dan Latar Belakang kota A Famosa

Pengasas
Pembinaan kota A Famosa dijalankan atas arahan Alfonso de Albuquerque.

Tarikh Pembinaan
A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis pada tahun 1511 sebaik sahaja mereka menawan Melaka.

Lokasi
A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Penemuan Arkeologi Kota A Famosa

Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Middelsburgh Bastion dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka. Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut.

Kooperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824. Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Santiago Bastion dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.


Penaklukan Kota A Famosa oleh Belanda
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan dari pihak luar. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati.

Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang mengorbankan lebih 7,000 orang akibat tembakan senjata api. Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda.

Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satusatunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".


Keistimewaan dan Keunikan Kota A Famosa

i) Bahan binaan
Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

ii) Pengubahsuaian
Pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

iii) Hiasan dalaman
Kota A Famosa dilengkapi dengan empat menara atau ketelom (bastion) dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Ia juga dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah.

iv) Kegunaan dahulu dan sekarang
Pada zaman dahulu bangunan ini digunakan untuk mempertahankan Melaka. Kini ia dijadikan kawasan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.

v) Cara pembinaan
Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu.

(vi) Tujuan penubuhan bangunan
A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.


Kota A Famosa Selepas Penawanan Portugis
A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca).

Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.


Pentadbiran oleh British
Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis.

Akibatnya, pihak British berjaya menguasai semula Melaka pada tahun 1795 tanpa sebarang pertempuran. Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang padah kepada mereka sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh.

Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kotaA Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura.

Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa. Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dengan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang.

Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807.

Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil.

Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, temboktembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles, seorang kakitangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan.

Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirnya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.

Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatera.

Artikel ini mengandungi:
  • Folio Sejarah PMR 2009: Kota A Famosa
  • Gambar Kota A Famosa
  • Keistimewaan Kota A Famosa
  • Kota A Famosa Selepas Penawanan Portugis
  • Penaklukan Belanda
  • Penemuan arkeologi
  • Pengasas Latar Belakang kota A Famosa
  • Pentadbiran oleh British
  • Sejarah Kota A Famosa

Selasa, Februari 27, 2007

Contoh Agak Lengkap Kerja Kursus Sejarah PMR

Berikut hasil kerja kursus sejarah kiriman seorang pelajar yang mungkin boleh dijadikan contoh untuk para pelajar bagi membuat kerja kursus atau folio sejarah. Hasil kerja pelajar ini telah disunting oleh Cikgu Amien bagi beberapa kesilapan ejaan, susunan ayat dan format bagi memudahkan pelajar membuat rujukan cara-cara penulisan kerja kursus. Hasil kerja kursus sejarah PMR ini melibatkan pelbagai tajuk tugasan seperti "Perkahwinan dan adat istiadat orang Melayu", "Permainan Wau" dan lain-lain. Oleh itu, sekiranya ada pelajar yang meniru bulat-bulat hasil kerja kursus ini, maka pelajar tersebut akan terperangkap. Contoh yang diberikan ini tidak selengkap mana tetapi mengandungi isi-isi yang berkaitan tajuk-tajuk kerja kursus sejarah. Pelajar digalakkan berbincang sesama rakan dan meminta pandangan guru bagi mendapatkan cara penulisan esei atau karangan yang lebih tepat.

- CONTOH UNTUK RUJUKAN SAHAJA: DILARANG MENIRU HASIL KERJA KURSUS INI -


PENGHARGAAN


“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan pertolonganNya, dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) 2007. Saya Mohd Yazid bin Mohd Jalani, mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa tercinta yang sentiasa memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah saya iaitu En. Baharudin. Tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau mustahil dapat saya melengkapkan dan menjayakan kajian ini .

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Amir Mirza, Akmal Hakim, Azril, Izzat Rashid, Izzat Zulkefle, Mat Nasir, Hasbullah, Syed Syazwan, dan Khalida yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini.

Ucapan akhir saya kepada guru penilai saya iaitu _____________. Jasa beliau amat saya hargai. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Sekian.



OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut:

(A) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.

(B) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

(C) Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).

(D) Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri



KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(A) Temu bual
  • Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu dengan menemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya.

(B) Penyelidikan perpustakaan
  • Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adat-adat perkahwinan melayu.

(C) Pemerhatian
  • Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.

(D) Penyelidikan
  • Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat kajian.



PERMAINAN TRADISIONAL WAU


PENDAHULUAN

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.


Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor wau mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.


Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.



Latar Belakang Wau
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.



Kebudayaan dan Seni Permainan Tradisional Wau

Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.


Seni Pertukangan : Filigree
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.


Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling



Bahagian Perincian Wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.


Bahagian Utama Wau

Teknik Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.



Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh:


Gambar Pokok Buluh

A. Mencari dan Menebang Buluh
  1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.
  2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
  3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
  4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
  5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti pada waktu tengahari.
  6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
  7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
  8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
  9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

B. Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada di langkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :
  1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
  2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
  3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

C. Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :
  1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.
  2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
  3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.
  4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
  5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.


Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

  1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.
  2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu.
  3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang.
  4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
  5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap.
  6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.
  7. Seterusnya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
  8. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang

Proses Memasang Tanah Wau


Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :
  1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
  2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.
  3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
  4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
  1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
  2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
  3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.
  4. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.
  5. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan.
  6. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air.
  7. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.


Proses Membuat Serta Memasang Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.


Proses Membuat Serta Memasang Busur
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.
  1. 1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
  2. 2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki.
  3. 4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
  4. 5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.




PERMAINAN WAU
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.


Koleksi Jenis-jenis Wau Tradisional


Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.


Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.


Cara Bermain Wau
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.


Kawasan yang sesuai

Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang
kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau.

Kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.


3 Unsur Yang Mempengaruhi Kenaikan Wau

Tekanan angin

Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.

Daya tarikan graviti
Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.

Daya seretan.
Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan.


Jenis Tali Untuk Permainan Wau
Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

Teknik menaikkan wau jarak dekat.
Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.

Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus.

Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

Teknik menurunkan wau
Menurunklan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali.
Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali.

Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.


Kesimpulan
Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.




RUMUSAN


1) Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang adat perkahwian orang melayu.

Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati adat perkahwinan orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah.

Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami adat_adat perkahwinan sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-hormati natara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antarakaum.

Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysi.


2) Umum mangetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya yang berbilang kaum. Namun itu bukan sesuatu perkara
yang mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang terdekat. Oleh itu, usaha untuk memupuknya telah dimulakan sejak negara belum merdeka lagi. Setelah melebihi separuh abad, usaha itu kini bleh dilihat jelas hasilnya. Tetapi kita masih perli melekukan sesuatu untuk memastikan perpaduan ini b'terusan.

Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum
yang menetap di negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama.

Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya
yang berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat akan moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.

Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud kija kita sentiasa bekerjasama dan tolong- menolong antara satu sama lain. Ia akan bersemangat kekitaan kepada diri bangsa Malaysia.

Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang
negara untuk hidup aman dan damai dalam masyarakat luar kerana tahap disiplin kita yang tinggi.



RUJUKAN:
  • “Brief History of the Kite.” http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12 Oct. 2004
  • “Dikir Barat”. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004
  • “Ekite model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004
  • “Filigree.” www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004
  • “Kedai Wau.” http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004
  • “Kites In Malaysia, kites in Penang.” Discovery Kites. http://www.discovery-kites.com/. 5 Oct. 2004
  • “Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite”. Pasir Gudang Kite Festival Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004.
  • “Malaysia’s Independent Kiting Portal.” http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct. 2004
  • “SkyDancer Sports Kites.” http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004
  • “Traditional Kite Plans.” Kite Building Plans.KiteBuilder.com. http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004.
  • “Wau.” http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004

Komen Cikgu Amien: Cara penulisan yang digunakan tidak begitu mengikut format yang sebenar, tetapi isi kandungannya agak lengkap walaupun kurang tersusun. Para pelajar diminta merujuk guru pembimbing masing-masing untuk mendapatkan format yang betul dan terbaru.

- CONTOH UNTUK RUJUKAN SAHAJA: DILARANG MENIRU HASIL KERJA KURSUS INI -
Sumber lain: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam

Ahad, November 12, 2006

Contoh Penulisan Folio Kajian Sejarah Tempatan

Penulisan, esei atau karangan Folio atau Kajian Sejarah Tempatan biasanya memerlukan isi-isi seperti berikut:

1. Latar belakang peristiwa:
  • Nama peristiwa
  • Nama lain (sekiranya ada)
  • Tarikh,masa dan tempat
  • Pihak yang terlibat
2. Sebab-sebab peristiwa itu berlaku.
3. Catatan peristiwa mengikut kronologi.
4. Kesan daripada peristiwa tersebut.
5. Unsur-unsur patriotisme tentang tajuk yang dikaji dan lain-lain.
6. Iktibar kepada diri,bangsa dan negara.
7. Rujukan

Folio ini juga meminta bahan-bahan rujukan seperti gambar foto, peta dan salinan dokumen sejarah.

Kali ini apa kata kita lihat contoh penulisan, esei atau karangan berkaitan dengan folio sejarah . Di bawah ini terdapat beberapa contoh esei karangan sejarah yang dikirimkan oleh beberapa orang anonymous.


Contoh Karangan Esei Sejarah: Sebab-Sebab Kemerdekaan

Salah satu sebab yang membawa kepada Kemerdekaan Tanah Melayu ialah pengenalan Sistem Ahli. Untuk membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan suatu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan. Sejak sebelum merdeka lagi, pihak British telah memberi latihan untuk mentadbir negara kepada penduduk tempatan supaya mereka mampu berkerajaan sendiri.

Pembinaan sebuah negara dan bangsa yang merdeka melibatkan rundingan dan kerjasama antara pemimpin terdahulu dengan pihak tertentu untuk menentukan hala tuju negara kita. Sistem ahli dilaksanakan pada bulan Januari 1951 sehingga bulan Jun 1955, iaitu sebelum pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang diadakan pada bulan Julai 1955.

Tujuan Sistem Ahli ditubuhkan adalah untuk melatih penduduk tempatan dan juga kaum lain menerajui Tanah Melayu. Idea penubuhan Sistem Ahli ini telah disuarakan oleh Dato’ Onn Ja’afar dalam perbincangannya dengan Sir Henry di Kuala Lumpur. Mengikut cadangan Sir Henry, model yang telah dilaksanakan di negara Kenya dan Rhodesia Utara juga boleh dilaksanakan di Tanah Melayu.

Cadangan ini bertepatan dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekolonisasi, iaitu dasar pemberian bantuan ke arah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahan. Ahli-ahli yang dilantik untuk menganggotai Sistem Ahli diberi tugas menjana satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan. Mereka diberi tanggungjawab menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang tersedia. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undan yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

Untuk menyediakan cadangan undang-undang tersebut, Ahli akan berbincang dengan pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama. Pesuruhjaya Tinggi juga terlibat dengan memberi arahan dan persetujuan dalam perkara-perkara yang dibincangkan. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British. Sistem Ahli merupakan tapak asas yang penting untuk melatih penduduk ke arah berkerajaan sendiri. Sistem Ahli terdiri daripada ahli-ahli gabungan pemimpin pelbagai kaum di negara ini telah memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, Sistem Ahli telah memberi pendedahan yang berguna kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan apabila merdeka kelak.

Sebab kedua yang membawa kepada kemerdekaan negara ialah pakatan murni. Sebelum penubuhan Perikatan, terdapat beberapa usaha yang dilakukan untuk mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Pakatan ini adalah penting kerana ia akan menyatukan semua kaum yang terdapat di Tanah Melayu.

Pakatan murni merupakan suatu usaha semua di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap kaum mempunyai tuntutan yang berbeza dan masalah yang tersendiri. Penubuhan pakatan murni merupakan suatu jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini yang sebelum ini dipisahkan oleh ‘dasar pecah dan perintah’ oleh penjajah British.

Langkah pertama yang diambil ialah penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang. CLC pada peringkat permulaan hanya dianggotai oleh dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. Orang Melayu bernaung di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Ja’afar dan MCA diterajui oleh Tan Cheng lock, Penubuhan CLC adalah titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Menurut Dato’ Onn bin Ja’afar, perpaduan antara kaum menjadi asas kemerdekaan Tanah Melayu.

Langkah kedua ialah pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu pada tahun 1951 yang dicadangkan oleh Dato’ Onn bin Ja’afar. Walau bagaimanapun, tindakan beliau dikecam hebat oleh masyarakat Melayu kerana mereka enggan berkompromi.

Langkah ketiga ialah penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya oleh Dato’ Onn bin Ja’afar. Beliau menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti dan IMP terbuka kepada semua kaum. IMP gagal mendapat sambutan masyarakat Tanah Melayu masih mengasingkan diri mereka sebagai orang Melayu, Cina dan India.

Langkah seterusnya penubuhan Persidangan Nasional yang bertujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman. Kerjasama UMNO-MIC terbentuk apabila British menyuarakan akan mengadakan Pilihan Raya Perbadanan Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952. Kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor telah diusahakan oleh Dato’ Yahya Abdul Razak dan Ong Yoke Lin. Dalam pilihan raya tersebut, gabungan UMNO-MIC telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Gabungan UMNO-MIC juga telah memenangi 26 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan di beberapa Bandar utama.

Pada pilihan raya negeri tahun 1954, Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini membuktikan permuafakatan kaum dalam pelbagai parti dapat diterima oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Kerjasama ini akhirnya membawa kepada penubuhan Parti Perikatan yang dianggotai oleh parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1955. pada tahun 1954, British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Jawatankuasa ini dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan beberapa orang pegawai tinggi British.

Jawatankuasa ini telah mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) tekah diadakan pada 27 Julai 1955 dan Parti Perikatan telah menyertai pilihan raya tersebut.

Manifesto yang digunakan oleh Parti Perikatan ialah untuk mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun. Mewajibkan pendidikan. Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan. Menjaga hak asasi manusia. Melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan. Keputusan pilihan raya 1955 ialah, Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan Parti Persatuan Islam Se-Tanah Malaya (PAS) telah memenangi satu kerusi.

Kemenangan yang amat cemerlang oleh Parti Perikatan telah membolehkan Tunku Abdul Rahman, Ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet. Anggota kabinet yang ditubuhkan terdiri daripada pelbagai kaum dan berfungsi sehingga kemerdekaan dicapai.

Dengan kemenangan besar yang diperolehi oleh Parti Perikatan dalam pilihan raya tahun 1955, maka Pemuda UMNO telah mendesak Tunku Abdul Rahman supaya menuntu kemerdekaan dari kerajaan British. Tarikh 31 Ogos 1957 dicadangkan sebagai hari pengisytiharan. Apabila setiausaha Tanah Jajahan Inggeris, iaitu Alan Lennox Boyd dating ke Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1955, Tunku telah menyampaikan hasrat rakyat negara ini untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British. Alen Lennox Boyd memberi jaminan bahawa beliau sanggup merundingkan tentang perkara tersebut di London pada awal tahun 1956.

Apabila Majlis Raja-raja mengadakan persidangannya pada September 1955, Tunku Abdul Rahman telah memaklumkan perkara tersebut kepada Majlis Raja-raja. Semua raja-raja bersetuju supaya satu perundingan diadakan dengan pihak British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.



Contoh Karangan Esei Sejarah: Latar Belakang Peristiwa Kemerdekaan

Detik yang paling bermakna dan amat penting kepada Persekutuan Tanah Melayu ialah pemasyhuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dengan pemasyhuran kemerdekaan ini,bererti persekutuan tanah melayu telah dibebaskan daripada penjajahan British untuk selama-lamanya.pemashyuran kemerdekaan dibuat tepat pada pukul 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957 di hadapan Padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur.Bendera Union Jack telah diturunkan dan sejurus kemudian,Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Peristiwa menurunkan bendera Union Jack yang penuh bersejarah ini disaksikan oleh ribuan rakyat negara ini.

Setelah bendera Union Jack mencecah bumi, orang ramai bersorak dengan tepukan gemuruh dan penuh kegembiraan. Rakyat dengan nada bergema melaungkan ‘merdeka’ yang menandakan kemenangan rakyat terlepas daripada belenggu penjajah. Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudian berkibar megah di puncak tiang. Rakyat berasa bangga menyaksikan peristiwa ini. Pada jam 9.30 pagi, 31 Ogos,1957 bermula dengan nama Allah dan segala pujian bagiNya serta selawat dan salam ke atas para Rasul, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah membacakan Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, di hadapan dua puluh ribu rakyat. Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari tiga puluh negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya.

Stadium Merdeka adalah bangunan negara yang dibina khas untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka. Orang ramai memenuhi setiap tempat duduk di stadium itu yang menyaksikan peristiwa pemasyhuran tersebut. Raja-raja Melayu pula yang berpakaian songket berkilau, berseri-seri, dipayungi dengan paying diraja. Mereka duduk berbaris bersemayam di pentas khas. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington telah bersedia dengan Dokumen Penyerahan Kuasa tersebut. Upacara dimulakan dengan ucapan wakil Baginda Ratu England. Kemudian, beliau menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang di Pertuan Agong, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan penyerahan dokumen pengisytiharan kemerdekaan tersebut, ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara kepada pemerintah tempatan setelah dikuasai oleh penjajah hampir selama 446 tahun. Pemulangan kuasa ini dilakukan dengan penuh tertib. Ketua Kerajaan Perikatan yang bakal menjadi Perdana Menteri pertama negara, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra telah membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Beliau dengan penuh bersemangat melaungkan seruan ‘merdeka’ ! Sebanyak tujuh kali. Laungan ini disambut dengan laungan ‘merdeka’ oleh para hadirin. Laungan keramat ini bergema memenuhi ruang stadium. Rakyat Tanah Melayu sungguh bersemangat dan gembira setelah berjaya melepaskan diri daripada penjajahan kuasa asing


Contoh Esei Karangan Sejarah Elemen 3

Sebagai rakyat Malaysia, harus menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj. Hal ini boleh disaksikan melalui pengamalan nilai – nilai murni. Hal ini, boleh melahirkan warganegara yang berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Saya menghormati raja dan pemimpin negara serta menghargai jasa dan perjuangan tokoh – tokoh negara. Saya juga menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan cara menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa kita. Saya amat berbangga dengan sejarah negara kita.

Saya juga bersemangat setia negara supaya peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara. Saya bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia ,sebuah negara yang aman damai. Selain itu, rasa cinta akan bangsa,negara dan taat serta setia kepada raja dan pemimpin negara haruslah ada dalam diri kita. Kita wajar mempamerkan sikap bertanggungjawab kepada bangsa dan negara di samping berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Kita mestilah bersemangat kekitaan mengamalkan sikap bersatu padu dan berharmoni serta bertolak ansur selain bertolerasi sesama sendiri. Kita haruslah bekerjasama dan tolong – menolong serta hormat – menghormati antara satu sama lain. Selain itu, kita mestilah bersefahaman dan bermuafakat. Muhibah dan semangat bermasyarakat mesti ada pada diri kita.

Saya berdisiplin berakhlak dan dan berbudi pekerti mulia serta mempertahankan dan menjunjung Perlembangaan Negara, selalu mematuhi peraturan dan undang – undang negara yang disediakan oleh pemimpin dan kerajaan. Saya juga selalu berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi serta bertindak dengan sewajarnya. Saya juga mesti bersifat amanah dan jujur dan berlaku adil dan bertimbang rasa terhadap orang lain.

Selain itu, saya juga harus berusaha dan produktif seperti rajin dan gigih dalam sesuatu pekerjaan. Saya juga mesti berdikari, tabah menghadapi cabaran dan menyokong dan serta melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara.

Contoh Kaedah Kajian Sejarah atau Geografi Tempatan

PANDUAN KAEDAH KAJIAN DAN CONTOH-CONTOH TINDAKAN / AKTIVITI YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU DAN PELAJAR SEMASA MELAKUKAN KAEDAH-KAEDAH KAJIAN

Kaedah utama kajian yang digunakan dalam menjalankan Kajian Sejarah Tempatan ialah:
  • Temuramah
  • Lawatan dan pemerhatian
  • Analisis dokumen atau artifak


A. Kaedah Temuramah

Definisi:
Temuramah merupakan salah satu kaedah tinjauan dalam penyelidikan. Ia melibatkan pertemuan pertemuan pengkaji dengan responden (orang sumber) untuk mendapatkan maklumat. Dalam mendapatkan maklumat, Pengkaji mestilah menyediakan satu instrumen (alat kajian). Alat kajian ini terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dan diaju serta dijawab secara lisan.



Persediaan Awal - Sebelum Melakukan Temuramah:

Tindakan Guru:
  • Mengenal pasti orang sumber
  • Membuat temu janji dengan orang sumber
  • Membimbing pelajar membina item-item soalan diikuti dengan penerangan tentang soalan tambahan.
  • Membantu pelajar menyediakan peralatan seperti pita rakaman, pita video, kamera dan alat tulis.
  • Menyemak dan membetulkan draf soalan yang disediakan oleh pelajar.
  • Membantu pelajar membentuk kumpulan.

Tindakan Pelajar:
  • Memilih tajuk kajian.
  • Membentuk kumpulan masing-masing.
  • Mengagihkan tugas mengikut kumpulan.
  • Membina soalan temuramah.
  • Mengenal pasti bahan yang sesuai.
  • Menyediakan buku catatan aktiviti/senarai semak.
  • Membuat rujukan untuk mendapatkan maklumat awal tentang orang sumber.
  • Memperbaiki soalan temuramah selepas diperbetulakn oleh guru.



Soalan Temuramah

Temuramah hendaklah dijalankan dalam bentuk perbualan dan dalam suasana mesra, mengikut situasi dan keadaan serta orang sumber yang ditemuramah.

Soalan-soalan temuramah boleh dibina berdasarkan perkara berikut:
  • Nama penuh.
  • Tarikh dan tempat lahir.
  • Latar belakang keluarga.
  • Latar belakang pendidikan dan pengalaman.
  • Sumbangan-sumbangan penting terhadap sekolah.
  • Sumbangan-sumbangan terhadap masyarakat setempat/sekeliling sekolah.
  • Visi dan falsafah hidup.
  • Sifat-sifat istimewa.
  • Anugerah / sijil penghargaan


Proses Temuramah

Berikut adalah panduan tatacara yang boleh membantu pelajar dalam sesi temuramah:
  • Menemui orang sumber secara berkumpulan di tempat dan masa yang ditetapkan.
  • Mengemukakan soalan-soalan kepada orang sumber.
  • Mendapat maklumat dari orang sumber sama ada secara bertulis atau rakaman kaset.
  • Mengemukakan soalan-soalan susulan secara spontan jika sekiranya orang sumber tidak dapat memberi maklumat dengan tepat kepada soalan asal yang dikemukakan.
  • Merekod dan merakam dan mengambil gambar semasa sesi temuramah.
  • Mendapatkan tandatangan orang sumber bagi mengesahkan temuramah di dalam buku catatan aktiviti pelajar.
  • Menunjukkan sopan santun, budi bahasa dan mematuhi peraturan-peraturan dan tatacara ketika menjalankan temuramah.

Menyusun dan menganalisis maklumat
  • Menyusun maklumat mengikut aspek-aspek yang dikaji.
  • Membincang mengenai maklumat yang telah disusun dengan ahli kumpulan.
  • Menganalisis fakta-fakta kajian.

Menyediakan Laporan
  • Menulis draf laporan kajian yang telah dijalankan.
  • Guru menyemak draf laporan.
  • Memperbaiki hasil laporan setelah disemak oleh guru.


B. Kaedah Lawatan dan Pemerhatian

Definisi:
Lawatan dan pemerhatian adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi peluang kepada pelajar memerhati dan mengkaji sesuatu secara langsung di luar bilik darjah. Dalam menjalankan Kajian Sejarah Tempatan, pelajar boleh membuat lawatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tentang asal usul nama tempat/nama jalan, bangunan dan tempat bersejarah, pertumbuhan dan perkembangan penduduk, perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas, peristiwa bersejarah, tradisi setempat, lagenda dan cerita rakyat serta pentadbiran setempat. Sebaik-baiknya lawatan dan pemerhatian dibuat di dalam kumpulan.



Persediaan Guru
  • Guru membuat tinjauan atau penyelidikan ke tempat yang hendak dilawati untuk mendapatkan maklumat terlebih dahulu bagi memastikan matlamat Kajian Sejarah Tempat yang dirancang dapat dicapai.
  • Guru membantu pelajar merancang lawatan dan pemerhatian. Butir-butir yang lengkap mengenai law atan dan pemerhatian itu hendaklah diusahakan oleh guru terlebih dahulu seperti menetapkan tarikh, masa dan pengangkutan.
  • Pelajar perlu dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pembahagian tugas kepada pelajar juga perlulah ditentukan seperti melakar, memerhati, mengumpul risalah dan membuat catatan.
  • Pelajar juga perlu dibimbing untuk membina soalan-soalan sebelum lawatan dan pemerhatian dijalankan. Soalan-soalan ini hendaklah dapat mencungkil maklumat yang akan menjurus kepada tajuk yang dikaji.



Kaedah Analisis Dokumen

Pelbagai dokumen boleh digunakan bagi mendapatkan maklumat dalam masa menjalankan Kajian Sejarah Tempatan. Ini termasuklah dokumen sumber pertama dan sumber kedua. Surat-surat perjanjian, sijil lahir, sijil nikah, catatan, gambar, peta, surat khabar, majalah, buku log, rekod, mata wang, risalah dan sebagainya. Guru perlu membimbing pelajar mencungkil maklumat daripada dokumen semasa menjalankan KST.

Di Tingakatan 1, pelajar akan menganalisis dokumen seperti sijil lahir, sijil mati, sijil nikah, kad pengenalan, sijil perhargaan dan sebagainya semasa pelajar dan sebagainya semasa pelajar menjalankan kajian tentang sejarah diri dan keluarga.

Bagi tajuk Sejarah Sekolah pula, pelajar perlu menganalisis fail-fail yang mengandungi rekod-rekod tentang semua perkara yang berhubung dengan sekolah seperti fail PIBG, rekod kemasukan pelajar, rekod tentang guru dan Pengetua dan kelab/persatuan yang wujud di sekolah itu.

Begitu juga dengan dokumen ini membolehkan pelajar melihat dan mengkaji sumber pertama, meyakinkan pelajar tentang ketepatan fakta yang dikemukakan, dapat memahami sesuatu peristiwa dengan lebih bermakna dan dapat meningkatkan kemahiran mentafsir, menganalisis, menilai, membuat perbandingan dan merumus fakta sejarah.

Dokumen ini diperolehi daripada Arkib Negara, Muzium Negeri, Muziun Negara dan orang perseorangan.



SUMBER: BUKU PANDUAN KAJIAN SEJARAH TEMPATAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2002

Objektif Kajian Sejarah Tempatan

MATLAMAT KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

Matlamat Kajian Sejarah Tempatan adalah untuk memupuk pemahaman dan kesedaran pelajar tentang sejarah perkembangan masyarakat setempat. Kajian ini membolehkan pelajar menghargai dan berbangga dengan sejarah masyarakat dan persekitaran, mengukuh semangat kekitaan dan perpaduan serta dapat memperkayakan khazanah sejarah setempat.



CONTOH-CONTOH OBJEKTIF KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

Objektif Kajian Sejarah Tempatan untuk membolehkan pelajar:
  1. mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta mensintesis serta merumus maklumat dan fakta-fakta sejarah;
  2. mengenali diri dan keluarga;
  3. mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah;
  4. mengenali kawasan tempat kediaman/tinggal dan kawasan persekitaran sekolah dengan lebih dekat lagi;
  5. memupuk kemesraan, kasih sayang, kebanggaan serta sikap bertanggungjawab dan hormat menghormati terhadap keluarga, sekolah dan persekitaran;
  6. mengamal nilai murni yang diwarisi bersama dalam keluarga, sekolah, kawasan tempat kediaman/tinggal dan kawasan persekitaran sekolah; dan
  7. mendapat pengalaman secara langsung dalam menjalankan kajian serta membina keyakinan diri.


Contoh Objektif Kajian Sejarah : Salasilah Keluarga
  1. Mengetahui asal usul diri dan keluarga.
  2. Mengenali ahli keluarga dan saudara mara.
  3. Memupuk rasa cinta dan bangga terhadap keluarga.
  4. Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang salasilah keluarga.


Contoh Objektif Kajian Sejarah : Sejarah Sekolah
  1. Mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah.
  2. Mengenali nama dan lambang-lambang sekolah.
  3. Memupuk rasa bangsa dan cinta terhadap sekolah.
  4. Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama dalam warga sekolah.
  5. Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang sekolah.


Contoh Objektif Kajian Sejarah : Asal Usul Nama Tempat / Nama Jalan
  1. Mengetahui dan memahami sejarah pembukaan tempat/jalan yang dikaji.
  2. iMemahami dan menghargai perkembangan dan kemajuan yang berlaku di kawasan persekitaran yang dikaji.
  3. Mewujudkan semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan penduduk setempat.
  4. Menguasai kemahiran, mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat.

SUMBER: BUKU PANDUAN KAJIAN SEJARAH TEMPATAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH - PPK PKM 2002

Rahsia Mendapat A Untuk Esei Kerja Kursus Sejarah - Elemen 3

Tahukah adik-adik kenapa adik-adik perlu membuat membuat laporan Kerja Kursus Sejarah? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan selain untuk menyemai semangat patriotik dalam jiwa adik-adik. Sebab itu adik-adik diminta untuk menulis esei. Esei ini adalah mengenai diri adik-adik dan bagaimana adik-adik menyerlahkan semangat patriotik ini selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam menyudahkan Kerja Kursus Sejarah.

Kita belajar sejarah bukan untuk menghafal fakta, sebaliknya untuk memahami apakah kejayaan dan kesilapan bangsa manusia pada masa silam, supaya kita dapat menjadi generasi yang lebih baik daripada generasi dahulu.

Itulah tujuan kita belajar sejarah. Kalau guru di sekolah adik-adik memaksa adik menghafal tahun dan peristiwa sahaja, guru itu silap besar! Perkara yang seharusnya ditekankan ialah penghayatan dan kefahaman adik-adik terhadap apa yang telah berlaku, bila, di mana dan kenapa boleh jadi begitu? Bagaimana masyarakat dulu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka ketika itu?

Baiklah, elemen ketiga dalam Kerja Kursus Sejarah ini memberi adik-adik 4 markah dengan syarat adik-adik mesti menulis esei yang mengandungi empat daripada lima unsur patriotisme.


Apakah unsur-unsur patriotisme?

Adik-adik pernah menggunakan Bahasa SMS atau Bahasa Rojak semasa menulis? Hindarkan. Orang yang menggunakan Bahasa SMS atau Bahasa Rojak dalam penulisannya ialah bangsa yang tidak ada nilai-nilai patriotisme dalam dirinya. Bahasa adalah maruah bangsa. Pertahankannya.

Unsur-unsur patriotisme yang perlu ada dalam esei adalah seperti berikut:

  1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia
    • menghormati raja dan pemimpin negara.
    • menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara.
    • menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara).
    • menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.
    • berbangga dengan sejarah negara.


  2. Bersemangat setia negara
    • cinta akan bangsa dan negara.
    • taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.
    • sedia berkorban untuk bangsa dan negara.
    • bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
    • berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.
    • peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.
    • bersyukur sebagai warganegara Malaysia.


  3. Bersemangat kekitaan
    • bersatu padu dan harmoni.
    • bertolak ansur dan bertoleransi.
    • bekerjasama dan tolong-menolong.
    • hormat-menghormati.
    • bersefahaman dan bermuafakat.
    • muhibah atau semangat bermasyarakat.


  4. Berdisiplin
    • berakhlak dan berbudi pekerti mulia
    • mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara.
    • mematuhi peraturan dan undang-undan.
    • berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.
    • bertindak wajar.
    • bersifat amanah dan jujur.
    • berlaku adil dan bertimbang rasa.


  5. Berusaha dan produktif
    • rajin dan gigih
    • berdikari
Pejamkan mata, tunduk dan renungkan kembali. Adakah adik-adik memiliki unsur-unsur di atas dalam diri adik-adik? Wujudkan unsur-unsur di atas dan dengan sendirinya tanpa perlu meniru mana-mana contoh esei, adik-adik akan dapat meluahkan sendiri semangat patriotisme yang tersembunyi adik-adik dalam esei atau karangan adik-adik.

Ini adalah jati diri, sekiranya adik-adik gagal untuk mewujudkan semangat patriotik dalam diri adik-adik. Pelajar yang gagal mewujudkan semangat patriotik selepas selesai membuat Kerja Kursus Sejarah, secara automatik, kerja kursusnya adalah gagal biarpun dia mendapat gred A atau lulus dalam kerja kursus tersebut.

Apa yang penting dalam diri kita sebagai manusia ialah nilai-nilai kemanusiaan dan bukan sekadar memiliki kepakaran, kepandaian atau keputusan akademik yang baik. Kejayaan seseorang individu itu ditentukan menerusi sumbangannya kepada masyarakat, budi bahasa dan tingkah laku yang baik terhadap dirinya sendiri dan terhadap masyarakat di sekelilingnya.

Renung-renungkan...

Rahsia Mendapat A Untuk Kerja Kursus Sejarah - Elemen 2

Elemen kedua yang perlu diberi perhatian semasa membuat Kerja Kursus Sejarah ialah bagaimana adik-adik merekodkan fakta sejarah.

Dalam elemen merekod fakta sejarah. Markah penuhnya juga adalah 4. Untuk mendapat 4 markah, adik-adik perlu membuat tugasan dengan kriteria-kriteria atau syarat-syarat berikut:
  1. Laporan kajian mengandungi sembilan daripada aspek format termasuk hasil kajian.
  2. Hasil kajian lengkap iaitu (1) mengikut tajuk dan (2) mengikut urutan yang sesuai.
Adik adik perlu menunjukkan kemahiran berikut iaitu mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus dan merekodkan fakta sejarah mengikut format berikut.

Baiklah, di bawah ini ialah format laporan Kerja Kursus Sejarah yang tersusun rapi

  1. Tajuk Kajian
  2. Senarai Kandungan
  3. Penghargaan
  4. Objektif kajian
  5. Kaedah kajian
    • Temuramah
    • Lawatan dan Pemerhatian
    • Analisis dokumen
    • Penyeldidikan perpustakaan
  6. Hasil kajian
    • Tajuk
    • Subtajuk
  7. Rumusan
    • Unsur patriotisme tentang tajuk yang dikaji
    • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara (adik-adik jangan tahu buat sahaja, ambil iktibar mengenai apa yang telah adik buat, tonjolkan keinsafan dan kesedaran adik dalam bahagian ini. Di sinilah adik-adik akan dinilai untuk elemen ketiga yang bernilai 4 markah.)
  8. Lampiran
    • Gambar
    • Peta
    • Dokumen
    • Sumber rujukan
    • pastikan adik-adik menulis kapsyen (caption) iaitu penerangan bagi setiap gambar, peta atau dokumen yang disertakan. Iaitu cara menulis rujukan untuk sumber-sumber yang digunakan.
Selamat Berjaya.

Menguji Potensi Murid Menerusi Kajian Geografi Tempatan

Menerusi Kajian Tempatan iaitu sama ada Sejarah atau Geografi, perkara yang diuji ke atas murid-murid adalah seperti berikut:

  • Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
  • Penguasaan Pembelajaran
  • Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran di peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah
  • Pengukuran Kebolehan Intelek dan Potensi Pelajar
  • Kemahiran Generik

Rahsia Mendapat A Untuk Kerja Kursus Sejarah - Elemen 1

Panduan Mendapat Gred A dalam Kerja Kursus Sejarah

Tahukah adik-adik betapa senangnya untuk mendapat A dalam Kerja kursus Sejarah di sekolah sekiranya adik-adik terlebih dahulu mengetahui apa yang perlu dilakukan selaras dengan kehendak penilai? Ini adalah cara-cara untuk mendapat gred A atau markah penuh dalam kerja kursus sejarah. Selain merujuk guru-guru di sekolah adik-adik, bahan-bahan bacaan dan internet juga juga merupakan sumber penting dalam meningkatkan kemahiran adik-adik untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

Terdapat TIGA elemen utama yang perlu adik-adik berikan perhatian semasa melaksanakan kerja kursus sejarah iaitu:

  1. Elemen 1: Mengumpul Fakta Sejarah
  2. Elemen 2: Merekod Fakta Sejarah
  3. Elemen 3: Penerapan Unsur Patriotisme

Elemen 1: Mengumpul Fakta Sejarah

Markah penuh bagi elemen 1 ini ialah 4. Bagaimanakah caranya untuk mendapat markah yang cemerlang ini? Terdapat dua kriteria untuk pemarkahan dalam elemen ini iaitu:

Mengumpul fakta sejarah daripada EMPAT jenis sumber

ATAU

Mengumpulkan fakta daripada EMPAT orang sumber sekiranya adik-adik mengkaji perkara sangat baru atau yang belum pernah diterbitkan dalam mana-mana sumber. Contohnya jika perkara tersebut melibatkan kajian mengenai keluarga adik-adik.

Sekiranya adik-adik hanya menyediakan tiga fakta sahaja, maka adik-adik hanya akan diberi 3 markah, begitu juga kalau satu sahaja fakta, maka adik-adik hanya akan mendapat satu markah sahaja.

Seelok-eloknya adik-adik mempelbagaikan sumber, contohnya ada (1) gabungan akhbar, (2) buku, (3) orang sumber dan (4) tempat yang dilawati. Ini akan menunjukkan adik-adik telah menggunakan pelbagai cara dan kemahiran untuk mengumpul fakta.

Sumber rujukan adalah perlu untuk keempat-empat fakta yang disertakan. Sumber rujukan hendaklah dicatatkan di ruangan rujukan dan adik-adik perlu menyediakan lampiran untuk salinan dokumen sumber untuk pemarkahan.


Cara Untuk Menulis Rujukan Bagi Kerja Kursus Sejarah:
Bagaimana caranya hendak menyatakan sumber? Contoh untuk menyatakan sumber bagi setiap jenis sumber adalah seperti berikut:

Buku ilmiah - 5 perkara perlu dinyatakan
Nyatakan (1) nama pengarang, (2) tahun terbit, (3) tajuk buku, (4) tempat terbit, (5) penerbit.

Cara menulisnya ialah:

Nama-nama penulis (koma) tahun terbit (noktah) tajuk buku (noktah) tempat terbit (titik bertindih) penerbit (noktah)

Contoh 1: Seorang penulis untuk satu buku 
Amiene Rev, 2007. Panduaan Kerja Kurus Sejarah Peringkat PMR dan SPM. Kuala Lumpur: Wajib Edar Publication Sdn. Bhd

Contoh 2: Dua atau lebih penulis untuk satu buku
Abu Bakar Supardi, Maimunah Muslim, Kamariah Hizbullah, 2004. Asal Usul Nenek Moyang Melayu. Kuala Lumpur: DBP.

Perhatikan tajuk buku ditulis dengan tulisan condong.


Jurnal - 4 perkara perlu dinyatakan
Nyatakan (1) Nama pengarang, (2) tajuk , (3) bilangan, (4) tahun.

CONTOH: Ahmad Masjidin, "Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara" dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.


Akhbar dan Majalah - 2 perkara perlu dinyatakan 
Nyatakan (1) Nama akhbar, (2) tarikh. Baik juga dinyatakan halaman.

CONTOH AKHBAR: Utusan Malaysia, 17 Jun 1993, halaman 10.

CONTOH MAJALAH: Dewan Siswa, Februari 2002, halaman 20.

Orang sumber - 3 perkara perlu dinyatakan
Nyatakan nama, umur dan alamat

CONTOH: Mohd Tarmizi bin Omar, 50 tahun, No 26, Jalan April, Taman Sepak Takraw, 52000, Kuala Lumpur.

CONTOH: Syamsul Hairi bin Saidi, 68 tahun, No 12, Jalan Bulan Empat, Taman Penawar, 80300, Johor Bahru, Johor.

CONTOH: Mohd Ridzuan bin Musa, 40 tahun, No 24, Jalan Mahmud June, Taman Bandar Baru, 15100, Kota Bharu, Kelantan.


Internet - Nyatakan alamat laman web

CONTOH: Duke Amiene Rev, http://dukeamienerev.blogspot.com/sejarah.php3.htm

CONTOH: Forum Dragonizer, http://s6.invisionfree.com/dragonizer/tokohagung.htm


Televisyen atau radio - Nyatakan tajuk program, tarikh, masa dan rangkaian

CONTOH: Edisi Siasat. 12 April 2007, 8.30 malam, NTV7.

CONTOH: Dokumentari Tokoh Sepak Takraw. 24 Jun 2007, 9.00 malam, TV3.

CONTOH: Sejarah Sekolah Sukan Bandar Penawar. 26 April 2007, 10 pagi, RTM1.


VCD/DVD - Nyatakan tajuk program dan terbitan

Sumber-sumber lain - Nyatakan jenis sumber, alamat/punca.

Klik pada label Kerja Kursus Sejarah di bawah untuk melihat lebih banyak informasi mengenai bagaimana adik-adik boleh mendapat keputusan gred yang baik dalam membuat Kerja Kursus Sejarah adik-adik. Selamat berjaya!