BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, April 17, 2017

Kebaikan Bersarapan - Keburukan Tidak Bersarapan

Sarapan Itu Ada Baiknya

Karya: Amiene Rev

Suatu ketika aku dengar orang berkata
aku tidak suka sarapan kerana aku takut
takut jadi gemuk

Lantas kujerit, "Itu bohong."
Bersarapan tidak menjadikan engkau gemuk
Malah kau akan jadi kelaparan
lalu makan lebih banyak
dan mudah gemuk

Sedangkan dengan bersarapan itu
mampu meningkatkan kadar metabolisma badanmu
menjadi pembakar lemak
menenangkan emosi
menghindari rasa cemas atau mudah panik

Engkau sudah biasa tidak bersarapan
sekarang mindamu lemah
pemikiranmu tumpul
kerana tidak bersarapan
menyebabkan kamu hilang nutrisi penting
kalsium, potassium dan serat

Risiko mendapat penyakit jadi lebih rendah
kamu akan dapat menghindar penyakit jantung,
kencing manis, darah rendah dan juga hipoglisemia

Dengan bersarapan kau akan rasa lebih gembira
lebih bahagia kerana otakmu berjalan lancar
hidup ini kelihatan manis

Malah sarapan juga merupakan satu cara terbaik
untuk kamu berhubung dengan orang lain
memulakan perbualan dan menghindari kemurungan

Ayuh, sarapan!

AMIENE REV
17 APRIL 2017


Selasa, April 09, 2013

Gula-Gula Tingz Sekat Gigi Cepat Rosak

‘Tingz’ sekat gigi cepat rosak
2013-04-07 08:55 Disediakan oleh Berita Harian


Salah satu perisa yang ditawarkan syarikat pengeluar manisan bebas gula.

London: Ibu bapa sering memberitahu anak-anak bahawa memakan terlalu banyak gula-gula menyebabkan gigi cepat reput.

Alternatif bebas gula ialah aspartame - sejenis pemanis tiruan kontroversi yang diluluskan untuk penggunaan dalam makanan dan minuman tetapi menyebabkan kebimbangan potensi kesan sampingan.

Kini sebuah syarikat melancarkan pelbagai manisan bebas gula yang dikatakan bukan hanya 100 peratus semula jadi, namun mengandungi bahan aktif menyekat gigi rosak.

‘Bebas gula’

Gula-gula Tingz keluaran Peppersmith, yang digelar ‘bebas gula dan bagus untuk gigi’ ada perasa termasuk strawberi, vanila, oren dan limau mandarin.

Manisan kecil berbentuk bulat dibuat 100 peratus dengan xylitol, bahan semula jadi yang diperoleh dari pokok birch iaitu polipol atau gula alkohol.

Bahan itu rasanya sama dengan gula namun memiliki 40 peratus kurang kalori dan rendah GI, yang diluluskan secara meluas industri perubatan sebagai ejen bantuan menentang kerosakan gigi.

Di laman web mereka, Peppersmith berkata keupayaan xylitol untuk mengurangkan plak dan kerosakan gigi ditunjukkan dalam ‘beratus-ratus kajian klinikal dan lapangan.’

Ia mengurangkan bakteria berbahaya dalam mulut kepada 90 peratus, kata mereka.

“Ketika ini, manisan mengandungi xylitol diluluskan lebih 15 persatuan pergigian utama di seluruh dunia, termasuk Yayasan Kesihatan Pergigian British dan FDI (Persekutuan Pergigian Antarabangsa),” kata mereka.

Ada bukti di tempat lain untuk menyokong penggunaan preskripsi xylitol. Di Sweden dan Finland, kanak-kanak di sekolah diberikan gula-gula mengandungi xylitol untuk melindungi gigi mereka selepas makan.

Justeru, bagaimana ia berkesan? Di laman web mereka, Peppersmith menggariskan proses itu secara terperinci. Mereka berkata, kerosakan gigi bermula dengan bakteria dalam mulut digelar Streptococcus Mutans.

“Bakteria ini membentuk plak yang melekat pada gigi dan menyebabkannya rosak. Apabila anda makan, gula dalam makanan memberi bakteria itu tenaga dan mereka membiak dan mula menghasilkan asid.

“Apabila pH dalam mulut akhirnya menurun di bawah pH 5.5, permukaan enamel gigi mula larut. Proses sama berlaku setiap kali selepas snek atau makan dan jika ia berterusan, pada akhirnya gigi rosak. - AGENSI

Botak Beri Risiko Penyakit Jantung Koronari?

Botak beri risiko kesihatan
2013-04-07 08:55 Disediakan oleh Berita Harian


Paris: Lelaki botak dikatakan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari.

Tetapi, satu kajian terbaru menyatakan risiko itu dihadapi oleh mereka yang botak di bahagian tengah kepala.

Lelaki yang mengalami botak depan dikatakan tidak memiliki risiko tambahan bagi penyakit arteri tersumbat yang juga boleh menyebabkan serangan jantung, menurut laporan jurnal BMJ Open.

Penyelidikan

Ia berdasarkan penemuan penyelidik dari Bahagian Penyakit Metabolik dan Diabetes Universiti Tokyo.

Mereka menganalisis enam kajian mengenai perbezaan botak di kalangan lelaki dan penyakit koronari jantung yang dijalankan antara 1993 dan 2008 membabitkan hampir 40,000 responden di Amerika Syarikat dan Eropah.

Analisis berkenaan menunjukkan bahawa lelaki yang kehilangan banyak rambut berkemungkinan lebih satu pertiga untuk mendapat penyakit arteri koronari berbanding mereka yang berambut lebat.

Lebih teruk keadaan botak akan mempengaruhi peringkat risiko tetapi sekali lagi ia hanya membabitkan mereka yang botak di bahagian tengah kepala.

“Hasil kajian ini menunjukkan bahawa botak di bahagian tengah adalah lebih dikaitkan dengan systemic atherosclerosis (penyakit jantung koronari) berbanding mereka yang botak bahagian depan.

“Faktor risiko kardiovaskular berkenaan perlu dikaji dengan lebih teliti di kalangan lelaki yang botak tengah kepala terutama golongan lelaki muda dan mereka yang mungkin digalakkan untuk melihat risiko profil kardivaskular masing-masing,” menurut kajian berkenaan.

Pun begitu, kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini. - AGENSI

Tabiat makan ikan boleh panjang umur

Tabiat makan ikan boleh panjang umur
2013-04-07 08:55 Disediakan oleh Berita Harian


Washington: Mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas serta mengamalkan makan ikan mampu memanjangkan usia sekurang-kurangnya dua tahun.

Ini berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut, kata satu kajian Amerika Syarikat.

Mereka yang memiliki tahap asid lemak omega-3 lebih tinggi juga secara keseluruhan mengurangkan sebanyak 27 peratus risiko kematian lebih awal.

Ia juga mengurangkan sehingga 35 peratus risiko mati akibat sakit jantung berbanding rakan mereka yang mempunyai tahap darah lebih rendah.

Penyelidikan diketuai saintis di Sekolah Kesihatan Harvard dan disiarkan Annals of Internal Medicine.

Ketika kaji selidik lain menunjukkan kaitan antara asid lemak omega-3 dan merendahkan risiko penyakit jantung, kajian terbaru memeriksa rekod orang lebih tua untuk menentukan sebarang kaitan antara makan ikan dan risiko kematian.

Penyelidik melakukan imbasan terhadap data 16 tahun membabitkan 2,700 orang dewasa berusia 65 tahun dan lebih tua.

Responden kajian tidak mengambil makanan tambahan minyak ikan, bagi mengelak kekeliruan pengambilan makanan tambahan dan perbezaan diet. - AGENSI

Rabu, Disember 05, 2012

Punca Kelahiran Bayi Atau Anak Autisme

Asap kenderaan dikatakan berisiko untuk menyebabkan kelahiran anak autisme. Campuran asid, logam, tanah dan debu meningkatkan risiko dua kali ganda untuk kelahiran bayi atau anak autisme. Perkara ini ada dicatatkan dalam artikel di bawah:

Punca Kelahiran Bayi Atau Anak Autisme
2012-12-02 04:26 Disediakan oleh Berita Harian


Los Angeles: Pencemaran alam sekitar dikaitkan dengan kemungkinan seseorang ibu bakal mempunyai anak autisme di mana bayi yang terhidu asap kenderaan ketika dalam rahim atau baru lahir juga berisiko mendapat autisme.

Kajian yang diterbitkan Archives of General Psychiatry menunjukkan bahawa pencemaran udara mempunyai kaitan dengan meningkatnya kadar autisme terhadap 500 bayi yang dilahirkan beberapa tahun ini.

Pencemaran lalu lintas


Keputusan itu menyokong kajian sebelum ini yang mengaitkan kanak-kanak yang tinggal berhampiran jalan raya berisiko mengalami autisme.

“Kami tidak menyatakan pencemaran lalu lintas menyebabkan autisme tetapi mungkin menjadi faktor risiko,” kata Heather Volk, pembantu profesor di Sekolah Perubatan Keck Universiti Southern California di Los Angeles.

Mengukur kualiti udara

Autisme adalah gangguan spektrum DNA bermula daripada ketidakmampuan berkomunikasi dan ketinggalan dari segi mental, yang disifatkan sebagai gejala ringan sindrom Asperger.

Dalam kajian ini, Volk dan pasukannya mengukur kualiti udara di kawasan rumah kanak-kanak terbabit. Ia kemudian membandingkan dengan 245 kanak-kanak California yang tidak menghidap autisme.

Hasilnya 279 kanak-kanak yang autisme dua kali mungkin lebih banyak terdedah kepada pencemaran udara sewaktu dalam rahim dan tiga kali terkena pencemaran pada tahun pertama hayatnya.

Risiko dua kali ganda


Bagi kanak-kanak yang mengalami pencemaran bahan mengandungi campuran seperti asid, logam, tanah dan debu dengan jumlah yang banyak mempunyai risiko dua kali ganda lebih untuk mendapat autisme.

Volk turut melihat hubungan yang sama antara autisme dan nitrogen dioksida dalam kereta, trak dan asap kenderaan.

Kajian menunjukkan pencemaran tertentu berperanan dalam perkembangan otak tetapi itu tidak dapat membuktikan terkena pencemaran udara di kalangan kanak-kanak autisme. - Agensi

Selasa, Ogos 28, 2012

Punca-punca Sakit Tekak

Virus adalah antara punca sakit tekak

Sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis.

Pharynx adalah sebahagian tekak yang terletak di antara mulut dan peti larinks atau suara. Ia selalunya dikaitkan dengan selesema biasa atau influenza. Biasanya, ia sembuh tanpa komplikasi tetapi di dalam sesetengah kes, ia berkembang menjadi penyakit serius.

Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak.

Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak. Biasanya, sakit lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya.

Sakit tekak yang tidak rumit biasanya berlanjutan sehingga tiga hari manakala yang teruk berlaku lebih lama, mungkin membabitkan gejala lebih serius seperti tonsilitis atau laryngitis (radang di bahagian larinks atau peti suara).

Penyebab dan faktor sakit tekak

Biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.

Punca sakit tekak
* Jangkitan bakteria – disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang. Bakteria lain yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah gonorea, iaitu sejenis jangkitan kelamin.

* Jangkitan virus – kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.

* Tonsilitis – ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.

Kemungkinan punca lain bagi sakit tekak

Penyakit campak (measles) juga boleh menyebabkan sakit tekak pada sesetengah keadaan. Bernafas melalui mulut boleh menyebabkan tekak kering dan menyakitkan. Dalam beberapa kes, sakit tekak mungkin tanda kanser kerongkong (biasanya di kalangan perokok) atau Aids alahan.

Alahan selalunya tidak menyebabkan sakit tekak secara tiba-tiba. Bagaimanapun, boleh menyebabkan kerengsaan tekak kronik yang ringan.

Pembedahan seperti pembuangan tonsil (tonsillectomy) boleh membawa kepada sakit tekak dan penggunaan tiub ketika anastesia untuk pembedahan juga boleh menyebabkan sakit tekak selepas pembedahan.

Tanda lain bagi sakit tekak

* Sakit di tekak dan adakala merebak ke telinga.

* Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).

* Jika sakit tekak disebabkan jangkitan streptococcal, tonsil sering membengkak dan bersalut putih. Demam, sakit kepala dan muntah serta kesukaran membuka mulut selain suara menjadi serak.

Rawatan sakit tekak
Antara rawatan yang boleh dicuba di rumah sebelum berjumpa doktor ialah banyak minum air suam, berkumur dengan air garam dan menghisap ubatan lozenges, di samping pengambilan ubat demam atau tahan sakit (painkiller). Bagaimanapun, jika sakit tekak berterusan, segera berjumpa doktor untuk rawatan.

Doktor akan memeriksa sama ada antibiotik diperlukan untuk rawatan atau tidak dan ubatan sampingan juga akan dibekalkan.

Begitu pun, sakit tekak yang berkait dengan demam kuat dan kesukaran menelan mungkin memerlukan kemasukan ke wad untuk antibiotik intravena.

Oleh Dr Samri Bokari

Isnin, Ogos 27, 2012

Masalah Tidur Berdengkur - Petua Mengatasi

Petua Berhenti Berdengkur Ketika Tidur
APABILA sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah berdengkur?

Cara Atasi Masalah Berdengkur

1. Ubah posisi tidur
Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.

Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

2. Turunkan berat badan
Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

3. Hndari ubat penenang atau sedatif
Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

4.  Hidu wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

5. Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Tidur Berdengkur Membawa Bahaya
Jangan anggap berdengkur masalah lazim, dapatkan nasihat pakar perubatan

BERDENGKUR sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.

Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.

Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.

Berdengkur adalah satu bunyi bising yang dikeluarkan semasa bernafas dalam tidur apabila sebahagian saluran pernafasan bahagian atas seseorang tersumbat.

Dengkur berlaku ketika terdapatnya sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi bising dengkuran terjadi apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.

Kebiasaannya, gejala dengkur terjadi sejak dari kecil lagi dan bertambah kerap mengikut pertambahan umur seseorang. Malah, kajian para penyelidik di Amerika Syarikat mendapati gejala dengkur yang bermula dari usia kanak-kanak berpontensi merubah keadaan diri seseorang itu seperti menjadi hiper-aktif sejak dari kecil.

Pada 2002, pasukan penyelidik dari Universiti Michigan melaporkan, daripada 229 kanak-kanak yang ditemui, mereka yang kerap berdengkur dua kali ganda berpotensi menjadi hiper-aktif.
 
Jadi, adalah amat penting untuk mencegah dan merawat gejala dengkur daripada menjadi lebih buruk hingga boleh mengundang rasa tidak selesa dan menggangu persekitaran sewaktu tidur.

Punca-punca tidur berdengkur
Penyelidik tersebut juga ada mengeluarkan sebab-sebab terjadinya gejala dengkur. Antaranya:
  • Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.
  • Tisu tekak yang besar dan tebal.
  • Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.
  • Saluran pernafasan tersekat.
Rawatan bagi merawat berdengkur adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan rawatan akan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

Langkah pencegahan dengkur
  • Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.
  • Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur.
  • Memilih posisi tidur secara mengiring.
  • Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.
  • Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.
Gunakan bantal yang lebih tinggi
Pastikan anda meletakkan  kepala anda pada kedudukan yang lebih tinggi sedikit daripada badan ketika baring. Ini adalah untuk membuka saluran pernafasan anda dan mengelakkan saluran tekak daripada tersekat yang akan menyebabkan anda berdengkur.

Bahan pendingin
Sekiranya kesejukan atau kesesakan nafas yang menyebabkan anda berdengkur, anda boleh  menggunakan bahan pendingin seperti (vicks) sebelum tidur. Ini adalah untuk mengeringkan rongga hidung dan meningkakan aliran udara pernafasan untuk mengurangkan berdengkur. Anda juga dinasihakan untuk menyapukan vicks pada bahagian dada sebelum tidur untuk melancarkan pernafasan.

Nasal strips

Sekiranya masalah selesema atau batuk bukanlah menjadi masalah yang menyebabkan anda berdengkur, anda boleh menggunakan nasal strips. Ia berfungsi untuk membuka saluran hidung untuk menjadikannya kurang sempit dan ini dapat memberikan aliran udara yang lebih baik.

Tidur dalam keadaan mengiring
Posisi tidur dalam keadaan mengiring juga adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah berdengkur. Apitkan bantal pada bahagian belakang dan depan badan untuk membuatkan anda tidak berasa selesa tidur telentang atau meniarap. Ini adalah salah satu cara mudah untuk memastikan anda sentiasa tidur dalam keadaan mengiring sehingga keesokan paginya.

Fakta-fakta Berkenaan Tidur Berdengkur
Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur?

1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.

2. Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan.

Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.

Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.

3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. - Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.

4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. - Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.

5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.

6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.

7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut.

Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.

Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.

8. Berdengkur menandakan penyakit. - Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.
Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.
Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. - Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.

10. Merokok menyebabkan berdengkur - Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.

Jumaat, Ogos 17, 2012

Petua Penjagaan Mata Ketika Menonton Televisyen

Petua Penjagaan Mata Ketika Menonton Televisyen

Menonton televisyen memang menjadi kegemaran hampir setiap orang pada waktu lapang. Tetapi ada orang yang menonton televisyen sepanjang hari atau beberapa jam tanpa berhenti. Tabiat ini akan menyebabkan mata kurang sihat kerana mendapat "penyakit TV" yang mungkin merosakkannya nanti. Bagaimana caranya menjaga mata kita ketika menonton televisyen?

1. Televisyen hendaklah diletakkan pada kedudukan yang sederhana, tidak terlalu tinggi atau rendah. Lebih baik jika pusat skrin televisyen letaknya setara atau rendah sedikit daripada mata anda untuk mengelakkan otot di sekeliling mata anda menjadi tegang ketika menonton televisyen. Selain itu, jarak antara mata dengan skrin televisyen mestilah sesuai, jangan terlalu dekat atau terlalu jauh. Jangan menonton televisyen dengan berbaring.

2. Jangan menutup lampu ketika menonton TV. Namun, sebaliknya, jika lampu terlalu terang, imej pada skrin televisyen akan jadi kurang jelas. Jadi, cahaya dalam bilik tersebut perlu dikekalkan pada tahap sederhana, yakni tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika menonton TV.

3. Jangan menonton TV sepanjang masa, atau terlalu lama terutamanya bagi golongan remaja. Tempuh yang paling sesuai untuk menonton TV ialah 1 hingga 2 jam sahaja. Mata perlu ditutup sekejap-sekejap untuk merehatkannya, atau memandang ke arah jauh sekali-sekala dalam masa menonton televisyen, supaya penglihatan anda tidak rosak.

4. Anda perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah, tauge, oren dan kurma merah yang baik untuk kesihatan mata anda.

Khamis, Ogos 16, 2012

Kesan Penggunaan Laptop - Letak Laptop Atas Riba Berbahaya

Kesan Letak Laptop Atas Riba - Berbahaya Untuk Peha dan Lelaki
CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari..

Gambar yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.

Kesan Penggunaan Laptop - Letak Laptop Atas Riba Berbahaya Terhadap Lelaki

Walaupun makin banyak teknologi yang di cipta bagi mengganti laptop seperti iPad dan lambakkan berbagai jenis smartphone, penggunaan laptop tetap menjadi pilihan sebahagian besar penghuni dunia.

Penggunaannya yang sangat ‘mobile’ merupakan faktor yang mendorong ramai memilikinya bagi menggantikan ‘desktop’.

Malangnya laptop ini sebenarnya mendatangkan sedikit masalah kepada kaum lelaki. Menurut sumber yang diperolehi di jurnal Fertility and Sterility, Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin:

Satu kajian telah dibuat ke atas 29 pengguna laptop yang menggunakannya dengan meletakkan laptop tersebut di atas riba (dalam keadaan duduk) mendapati skrotum mereka telah memanas dengan cepat. Dalam 10-15 minit yang pertama, suhu pada skrotum mereka telah meningkat naik, dan yang malangnya pengguna tersebut tidak dapat merasakannya. Perkara ini amat merunsingkan.

Apakah itu skrotum?

Skrotum adalah organ atau bahagian lelaki yang terletak di belakang zakar. Skrotum ini adalah sarung bekas yang mengandungi testiskel, salur darah dan saraf sperma.

Walaupun tiada bukti kukuh yang mengesahkan laptop ini akan menggugat kesuburan lelaki, tetapi dalam kajian awal telah menunjukkan bahawa pemanasan skrotum walaupun melebihi 1 darjah Celsius sudah cukup untuk merosakkan kualiti sperma.

Dalam ujian yang dijalankan, sekiranya kita meletakkan laptop ini di atas peha, pastinya lutut perlu dirapatkan dan selepas penggunaan selama sejam, suhu skrotum didapati telah meningkat naik kepada 2.5 darjah Celsius. Penggunaan ‘pad’ ataupun bantal di bawah laptop bagi tujuan penyejukan juga tidak membantu untuk menurunkan suhu panas ini.
 
Oleh itu, bagi semua pengguna laptop lelaki adalah dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan laptop di atas riba dan gunakanlah meja. Sekurang-kurangnya kita bertindak mencegah risiko masalah kesuburanpada diri kita dan makanlah makanan yang sihat serta bersenamlah selalu.

Ahad, Oktober 16, 2011

Kurang Tidur Pendek Usia - Tidak Cukup Tidur Bahayakan Nyawa

MANUSIA MESTI TIDUR ENAM HINGGA LAPAN JAM SEHARI - TIDUR KURANG DARIPADA ENAM JAM MEMBAWA PADAH! TIDUR LEBIH DARIPADA SEMBILAN JAM JUGA MENGUNDANG MAUT.

Kurang tidur kini merupakan satu masalah serius di kalangan umat manusia. Dahulu kita biasa dengar bahawa manusia yang banyak memberi sumbangan, rajin bekerja untuk memajukan organisasi pergi lebih awal menemui Tuhan. Kata-kata positif seperti Tuhan lebih sayangkan orang yang baik, rajin memberi sumbangan dan suka berbakti kini mula menimbulkan persepsi yang lain. Rupa-rupanya kurang tidur semata-mata untuk menyiapkan urusan kerja tepat pada masanya boleh menjadi punca pendek umur. Sebab itulah sering didengari ramai pekerja yang rajin mati awal. Steve Jobs yang banyak memberi sumbangan kepada dunia juga pergi pada usia 56 tahun. Steve Jobs meninggal kerana penyakit jantung. Sebelum ini, pernah dilaporkan bahawa seorang penyanyi nasyid yang juga merupakan ketua kumpulan nasyid popular meninggal dunia pada usia yang cukup muda iaitu sekitar 30-an. Allahyarham dilaporkan merupakan seorang yang rajin, berfikir dan memberi sumbangan besar kepada kejayaan kumpulan nasyid tersebut.

Kurang Tidur Pendek Usia - Tidak Cukup Tidur Bahayakan Nyawa - 48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar

LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama. Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya. Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi

Vitamin E Punca Kanser Prostat - Masa Depan Produk Multi-Vitamin Berubah Arus

Vitamin E Boleh Menjadi Penyebab Barah Postat - Masa Depan Produk Multi-Vitamin Berubah Arus

Vitamin E yang diambil secara berlebihan nampaknya boleh mengundang penyakit kanser ke dalam diri manusia. Ini semakin membenarkan apa yang sering disebut di dalam hadis dan gaya hidup Islamik, di mana hindari perbuatan berlebih-lebihan. Berhenti makan sebelum kenyang, mempunyai maksud yang cukup mendalam mengenai kesihatan manusia. Adakah berita ini akan menyebabkan kemerosotan jualan produk multi-vitamin di pasaran? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

BERITA HARIAN - NEW YORK: Lelaki yang mengambil vitamin E setiap hari berkemungkinan mendapat barah prostat berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan itu, lapor satu kajian yang dijalankan terhadap 35,000 orang di Amerika Utara.

Ini bermakna sejak lebih sedekad, seorang atau dua lelaki daripada 100 yang mengambil vitamin E dijangka mendapat kanser prostat, kata penyelidik yang hasil kajiannya diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika. “Jika anda sudah cukup dengan vitamin ini dalam sistem anda, berlebihan tidak akan membantu langsung malah jika terlalu berlebihan akan mendatangkan mudarat,” kata seorang penulis kajian itu, Eric Klein dari Klinik Cleveland. Kajian itu mendapati wanita tua yang mengambil vitamin pelbagai mempunyai kadar kematian lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak.

“Keputusan mendapati mengambil vitamin bukan hanya tidak membantu tetapi boleh memberi mudarat kepada mereka yang tidak mengalami kekurangan vitamin, tambah Klein.

Klein dan rakan penyelidiknya tidak jelas bagaimana vitamin E boleh meningkatkan risiko kanser prostat dan kajian terdahulu tidak menunjukkan sebarang bahaya vitamin itu. – Reuters

Khamis, Disember 09, 2010

Sakit Mata Merah Dan Bengkak - Surat Pembaca Yang Unik

Dakota Fanning atau Jane bermata merah di dalam filem Twilight.
Namun ini bukan kerana beliau sakit mata, ini kerana mata Pontianak
memang begitu, menurut cerita tersebut.

MATA ANAK SAYA MERAH DAN BENGKAK - Ibu Risau:

Doktor Amiene Rev, mata anak saya merah-merah. Bila dia bangun pagi, ada tahi mata melekat. Kalau dah bertahi mata melekat sampai macam tu, susahlah anak saya ni nak buka mata. Dah la sakit nak buka mata, gatal-gatal mata pula, sampai mata berair.

Maklum balas daripada Amiene Rev yang merendah diri biarpun beliau adalah seorang individu yang berfikiran optimis:
Oh, maafkan saya, saya bukan Doktor Mata apa lagi Doktor Perubatan. Saya ialah Amiene Rev, dan saya cuma seorang manusia biasa sahaja. Kita serupa, bezanya saya lelaki dan Puan ini adalah perempuan. Terima kasih kerana mengirim surat kepada saya.

Pertama, penyakit mata yang dialami oleh anak Puan itu dikenali sebagai konjunktivitis. Sakit mata yang juga dikenali sebagai penyakit mata merah atau konjunktivitis ini adalah disebabkan radang pada selaput luar bebola mata dan juga pada kelopak mata anak Puan.

Uchiha Sasuke pula bermata Sharingan, manakala mata Uzumaki Naruto
boleh berubah menjadi mata seekor rubah atau musang.

Penyebab utama penyakit mata merah ini adalah jangkitan kuman atau bakteria dan virus. Satu perkara yang perlu saya beritahu awal-awal di sini, ialah penyakit mata merah dan gatal-gatal ini boleh berjangkit! Penyakit mata merah ini boleh terkena pada semua orang, terutamanya kanak-kanak.

Saya pasti, Puan dan pembaca-pembaca yang saya sayangi sekalian berminat untuk mengetahui bagaimana kita atau anak kita telah dijangkiti sakit mata, mata merah atau konjunktivitis ini.

Disebabkan penyakit mata merah atau konjunktivitis ini boleh berjangkit, maka eloklah kalau kita mengetahui simptom-simptom atau tanda-tanda penyakit mata yang boleh berjangkit ini. Antara ciri-ciri penyakit mata jenis konjuktivitis ini ialah:
  1. bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
  2. mata terasa gatal
  3. menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan bertahi mata
  4. mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, iritasi, kering dan berkeruping di sekeliling mata.
Sekiranya terdapat banyak lendir putih kekuningan atau tahi mata yang menyebabkan anak Puan sukar untuk membuka mata, maka lendir putih kekuningan itu berkemungkinan besar terjadi kerana jangkitan kuman telah berlaku.

Manakala, jika penyakit mata ini disebabkan oleh virus, mata pesakit akan berair dan akan ada tanda-tanda demam selesema semasa jangkitan tersebut berlaku.

Punca-punca dan Penyebab Sakit Mata Merah
Walau bagaimana pun, perlulah diingatkan bahawa penyakit mata merah ini tidak semestinya disebabkan oleh jangkitan kuman sahaja. Ada lagi beberapa punca atau faktor yang boleh menyebabkan sakit mata merah dan bengkak.

Mata Son Goku akan berubah daripada hitam kepada hijau apabila
dia bertukar menjadi Orang Super Saiya. Ini walau bagaimana pun

bukanlah bermaksud Son Goku menghidap penyakit mata.

Neonatal Conjunctivitis
Bagi bayi yang baru lahir, kemungkinan bayi tersebut boleh dijangkiti sakit mata yang dikenali sebagai neonatal conjunctivitis semasa melalui saluran peranakan. Ada sesetengah kes pula, penyakit mata ini disebabkan oleh jjangkitan kuman Gonorhoea atau Chlamydia.

Selalunya bayi yang dijangkiti sakit mata ini akan ada kesan lendir bernanah dari mata, dalam masa seminggu selepas dilahirkan. Sekiranya bayi Puan ada menunjukkan tanda-tanda seperti ini, bawalah anak Puan bertemu dengan doktor.

Alahan Mata - Iritasi Mata - Allergic Conjunctivitis
Alahan mata ( allergic conjuktivitis) atau iritasi mata juga boleh menyebabkan mata merah. Hal ini disebabkan oleh
  • debunga ( hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat
Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada kedua-dua belah mata secara serentak. Ini menyebabkan mata menjadi merah dan berair, gatal-gatal di sekitar mata dan hidung, bersin serta hidung berhingus.

Puak Hyuuga memiliki mata byakugan. Ini juga bukan sejenis penyakit
mata,
sebaliknya adalah kelebihan genetik untuk puak Hyuuga.

Cara mengatasi mata merah atau conjunctivitis
Jangkitan sakit mata ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.

Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana, ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan, maka kecacatan kekal mungkin akan berlaku pada penglihatan. Sekiranya tanda ini berlaku hendaklah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit. Oleh itu, langkah pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak. Bagaimanakah cara untuk menghalang penyakit mata berjangkit ini daripada merebak? Caranya ialah:
  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh
Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?
Kebiasaannya sakit mata akan baik dengan sendirinya dalam masa 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda, maka anda digalakkan membawa pesakit atau diri anda sendiri jika anda yang sakit untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan.
Kesemua di atas adalah mata merah, tetapi bukan juga penyakit mata

Viral Conjunctivitis
Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan viral conjunctivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.

Sakit mata tanpa tanda kemerahan berlaku kerana sebab-sebab yang berbeza-beza mengikut keadaan. Diagnosis yang tepat biasanya dapat diberi melalui penilaian klinikal yang teliti. Antara penyebab-penyebab sakit mata termasuklah luka pada lapisan kornea.

Kornea adalah lapisan mata yang berada di lapisan luar mata. Kornea jernih, dan mempunyai permukaan yang berbentuk kubah yang menutupi bahagian hadapan mata. Fungsi kornea adalah untuk membantu mata memfokuskan cahaya ke retina.

Oleh kerana kornea adalah lapisan yang paling luar, maka kornea biasanya mudah tercedera akibat benda asing yang masuk ke dalam mata yang menyebabkan sakit mata. Kecederaan pada kornea kebiasaanya berlaku akibat daripada kemalangan pada waktu bekerja contohnya ada serpihan kayu atau besi yang termasuk ke dalam mata, atau kotoran yang terkena mata semasa memotong rumput.

Inilah mata Rinnegan. Juga bukan penyakit mata.

Kecederaan kornea yang menyebabkan sakit mata juga boleh terjadi semasa kecederaan akibat bersukan seperti jari yang tercucuk mata, atau serpihan kaca yang termasuk ke dalam mata ketika berlaku kemalangan jalan raya. Ingatlah, kecederaan kornea akan menyebabkan sakit mata dan menjejaskan penglihatan.

Kornea yang luka boleh menyebabkan keadaan sakit mata teruk. Kebiasaanya, mereka yang mengalami kecederaan begini akan menjadi begitu sensitif pada cahaya (fotofobia) dan ini menyebabkan air mata keluar berlebihan.

Luka di bahagian kornea memerlukan rawatan rapi. Apabila kornea terluka, ini bermakna tidak ada lagi lapisan yang melindungi mata dan ini akan memudahkan jangkitan kuman berlaku pada mata yang terluka.

Lapisan kornea boleh untuk kembali semula jika masalah kecederaan tersebut tidak serius. Walau bagaimanapun, sekiranya luka pada kornea tersebut adalah lebih dalam, maka proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang. Selepas pemeriksaan teliti, doktor berkemungkinan akan memberi antibiotik untuk menghalang sebarang jangkitan dan penutup mata mungkin digunakan untuk mengurangkan tekanan dan sensitiviti pada cahaya.

Luka dalam mata boleh menyebabkan kornea berparut, dan menjadinya berkabut dan boleh menyebabkan penglihatan mata terjejas teruk. Dalam kes ini, mungkin terdapat keperluan untuk dilakukan pembedahan kornea atau pemindahan kornea.

Pencegahan daripada terkena sakit mata walau bagaimanapun merupakan kunci utama untuk mengelakkan penyakit mata. Pakailah pelindung mata atau google sekiranyanya bekerja di tempat-tempat yang banyak habuk atau berisiko dalam mengancam keselamatan mata.

Terdapat pelbagai jenis mata Sharingan.

Petua Mengubati Sakit Mata
Dapatkan teh bunga dari kedai singseh dan rebus hingga menggelegak. Kemudian, campurkan sedikit dengan gula untuk diminum.

Dalam masa 2 hari sakit mata merah dan bengkak di mata akan cepat surut. Dalam masa yang sama pesakit mungkin terkena cirit-birit sedikit sebab panas badan dah mula keluar (untuk pengetahuan, sakit mata boleh menyebabkan kanak-kanak demam kerana suhu badan meningkat). Jangan risau dengan keadaan ini, kerana jika perkara sedemikian yang terjadi, maka ini bermakna sakit matanya dah mula hendak sembuh.

Selasa, Februari 24, 2009

Penawar Pening Kepala Sakit Kepala

Mengubati Sakit Kepala dan Menghilangkan Pening Kepala
Dengan Menggunakan Rahsia Bawang Putih, Bawang Merah dan Daun Lemuni

Kata orang-orang tua, kalau kita sakit kepala, rasa pening-pening, ambillah sebiji bawang putih yang kecil. Hiris nipis-nipis dan tampal pada bahagian kiri dan kanan pelipis. Biarkan semalaman. Gunanya untuk menyerap bisa pada yang menyebabkan kepala kita sakit.
Gambar Bawang Merah

Kita tak perlu tanggalkan hirisan bawang itu tadi, sebab ia akan kering dan tanggal dengan sendirinya. Pelipis kita akan bertukar warna menjadi merah kehitaman dan mengelupas dalam masa dua atau tiga hari.

Selain bawang putih, ada juga satu cara yang lain untuk menghilangkan sakit kepala, iaitu dengan menggunakan ramuan bawang putih dan bawang merah. Sebiji bawang merah besar dan lima biji bawang putih dihancurkan sehingga lumat dan dicampurkan dengan satu sudu besar madu. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan urut dengan lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening kepala akan hilang.

Anda tidak suka dengan kedua-dua petua menghilangkan sakit kepala dan pening kepala seperti di atas? Baiklah, apa kata kita gunakan daun lemuni. Daun lemuni ni sebenarnya adalah ramuan untuk membuat nasi kerabu hitam. Air perahannya merupakan pewarna asli yang digunakan untuk memberi warna biru kepada nasi kerabu.

Gambar Daun Lemuni

Selain itu daun lemuni ini juga boleh digunakan untuk membunuh jentik-jentik, menggalakkan pertumbuhan janggut bagi sesiapa yang inginkan janggut, dan mengubati penyakit mata berair. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut khasiat dan rahsia daun lemuni ini dalam entri yang akan datang.

Berbalik kepada topik asal entri kali ini, daun lemuni merupakan kaedah termudah dalam merawat sakit kepala atau pening kepala. Ambil daun lemuni berserta batangnya yang masih lembut dalam berat lingkungan satu kilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal untuk kegunaan mengalas kepala. Pesakit kepala perlu menggunakan bantal berisi daun dan batang lemuni ini semasa tidur selama 2-3 hari. Sakit dan pening kepala akan hilang, kepala akan terasa ringan.

Rabu, April 23, 2008

Teknologi Mata Bionik - Harapan Baru Untuk Orang Buta


Penulis/Penterjemah: Amiene Rev (C) 2008


Rod dan Kon: Sel Penterjemah Cahaya Daripada Solar Kepada Impuls Elektrik.

Di dalam otak manusia terdapat dua sel penting yang dipanggil rod dan kon. Rod dan kod ini juga dikenali sebagai sel solar biologi yang menukarkan cahaya kepada impuls elektrik. Impuls-impuls elektrik ini akan dihantar ke otak menerusi saraf optik untuk membentuk imej. Tanpa rod dan kon, manusia tidak akan dapat melihat. Rod dan kon telah memberi idea kepada para saintis untuk mencipta mata bionik.

Penyelidikan mengenai mata bionik ini telah dikaji di Space Vacuum Epitaxy Center (SVEC) dengan tajaan NASA. Sementara itu, sekumpulan saintis dari Universiti Johns Hopkin, MIT dan di beberapa tempat lain telah menggunakan silikon dalam proses pembuatan rod dan kon tiruan. Pun begitu, silikon adalah bahan yang toksik yang merbahaya kepada badan manusia dan akan memberi reaksi negatif terhadap cecair di dalam mata. Masalah ini walau bagaimana pun, tidak wujud pada pengesan seramik SVEC.

Menerusi eksperimen yang dijalankan di Wake Shield Facility (WSF), iaitu sebuah platform berbentuk cakera dengan diameter 12 kaki yang telah dilancarkan dari sebuah anak torak angkasa, para saintis telah menemui kaedah mencipta filem oksida nipis dengan menggunakan atom oksigen yang diperolehi di persekitaran orbit bumi. Eksperimen ini telah membantu para saintis untuk membina pengesan oksida atau seramik untuk Projek Mata Bionik.

Percubaan merealisasikan mata bionik bermula seawal tahun 2002. Pada ketika itu, seorang doktor dari Universiti Sekolah Perubatan Texas, Houston, Dr. Charles Garcia telah diamanatkan untuk menjalankan pembedahan ini.

Pada ketika itu, retina buatan yang dibuat di SVEC mengandungi 100,000 pengesan seramik mini yang setiap satunya adalah 1 per 20 daripada saiz rambut manusia.

Para saintis pada ketika itu belum dapat memastikan bagaimanakah caranya otak akan menterjemahkan voltan-voltan asing yang datang daripada rod dan kon yang dibuat. Saintis-saintis percaya, otak akan dapat mempelajari dan menerima input-input tersebut perlahan-lahan secara semulajadi.


Prototaip Mata Bionik - 16 Elektrod

Sekitar tahun 2002, sebuah syarikat di Amerika Syarikat, Second Sight telah mencipta prototaip mata bionik. Prototaip ini memiliki 16 elektrod yang disusun secara 4x4 di atas sekeping grid.

Seorang nenek, Linda Morfoot, 64 tahun yang tinggal di Long Beach, California disahkan menghidap retinitis pigmentosa pada usia 21 tahun, dan menjadi buta sepenuhnya pada usia 50 tahun. Pada tahun 2004, dia telah menggunakan mata bionik 16 elektrod.

Menurut Linda Morfoot, sejak menggunakan mata bionik, dia sudah boleh melontar bola keranjang, bermain dengan cucu-cucunya, berjalan-jalan dan melihat cucu perempuannya menari di atas pentas.

Nenek itu berkata, "Semasa kami pergi ke New York, saya dapat melihat betapa besarnya Patung Liberty. Di Paris, pada waktu malam, kami mendaki hingga ke puncak Menara Eiffel dan menatap keindahan cahaya lampu di sekitar bandaraya. Saya merasa lebih rapat dengan apa yang ada di sekitar saya."


Generasi kedua mata bionik - Argus II - 60 Elektrod

Generasi terkini mata bionik mengunakan 60 elektrod, yang dikenali sebagai Argus II. Semakin banyak elektrod, maka semakin jelaslah penglihatan. Professor Mark Humayun berkata, sekitar lima hingga tujuh tahun lagi, para saintis berharap mata bionik dengan 1000 elektrod akan dapat dihasilkan untuk membolehkan pengguna mengenali wajah.

Mark Humayun, Professor dalam bidang oftalmologi dari Institut Mata Doheny, Universiti California Selatan, berkata, sekiranya tidak ada apa-apa masalah, mata bionik akan mula memasuki pasaran pada tahun 2009 dengan harga sekitar £15,000 ke £30,000 (termasuk proses instalasi).


Struktur Mata Bionik: Bagaimana Mata Bionik Berfungsi?

Mata bionik terdiri daripada tiga elemen utama. Mula-mula, satu kamera miniatur yang dipasang pada cermin mata gelap, akan menghantar imej ke sebuah radio penerima yang diimplan berdekatan mata pengguna.

Kemudian, satu signal akan dihantar pada silikon kecil dan cip platinum, sekitar 4mm persegi yang terletak di retina. Elektrod yang terdapat pada cip ini akan merangsangkan sel-sel ganglion supaya maklumat visual akan dapat dihantar menerusi saraf optik terus ke otak dan pada akhirnya membentuk imej visual.

Menurut Profesor Humayun lagi, imej akan terbentuk seakan-akan mesin cetak dot-matriks, atau susunan piksels pada skrin komputer.

Teknologi ini walau bagaimana pun tidak akan dapat mengembalikan penglhatan pesakit yang buta akibat kerosakan saraf optik yang disebabkan oleh glaukoma atau stroke.

Pesakit-pesakit biasanya akan mengambil masa sekitar satu atau dua bulan untuk membiasakan diri dengan peralatan mata bionik Argus ini, sebelum otak mereka dapat menterjemahkan imej-imej. Sebelum ini, pembedahan untuk memasang peralatan mata bionik ini adalah sekitar tujuh jam, namun sekarang hanya memerlukan 90 minit.

Percubaan mata bionik ini akan diadakan di lima pusat sekitar Amerika Syarikat ke atas warganegara berusia melebihi 50 tahun. Pihak US Food and Drug Administration telah mengizinkan hanya subjek-subjek yang telah berusia sahaja layak untuk menyertai eksperimen ini kerana bimbang kesan-kesan buruk yang mungkin dihadapi pada kemudian hari. Setakat ini, beribu-ribu orang buta telah menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan bagi percubaan mata bionik.




Teknologi Mata Bionik - Fantasi Star Trek Menjadi Nyata

Geordi LaForge berpangkat ketua jurutera di atas kapal angkasa U.S.S Enterprise dan dia dilahirkan buta. Geordi menggunakan VISOR untuk membolehkan dia melihat menerusi input visual yang dihantar secara terus ke otaknya.

Jika diperhatikan pada peralatan mata bionik Argus II, dapat dilihat bagaimana pada suatu masa nanti teknologi VISOR boleh menjadi kenyataan.



Diterjemah dan ditulis semula oleh Amiene Rev berdasarkan sumber-sumber berikut:
  • http://science.nasa.gov/headlines/y2002/03jan_bioniceyes.htm
  • http://www.timesonline.co.uk/tol/news/uk/science/article1395798.ece
  • http://www.guardian.co.uk/science/2008/apr/22/medicalresearch.news
  • http://www.foxnews.com/story/0,2933,252600,00.html

Ahad, Oktober 21, 2007

Tabung Bantuan Perubatan - Tabung Penyakit Kronik

Hari ini aku terbaca kisah dua orang pesakit yang memerlukan dua jenis pendermaan. Satu memerlukan organ paru-paru baru daripada penderma berdarah B+ manakala yang seorang lagi memerlukan wang sejumlah RM128,000 untuk memindahan tulang sumsum.

Jaringan terus ke laman web berkaitan:
Pusat Maklumat Rakyat: http://pmr.penerangan.gov.my/
Malaysian Medical Resources: http://medicine.com.my/wp/?p=680

Penjelasan untuk entri kali ini:
Tiba-tiba aku teringatkan isu Tabung Penyakit Kronik dan Tabung Bantuan Perubatan. Lalu aku segera mencari laman web yang berkaitan dan hasilnya beberapa maklumat penting ditemui.

Berdasarkan sumber dari http://www.moh.gov.my, aku mendapatkan maklumat berikut:

Tabung Bantuan Perubatan (TBP)


KRITERIA KELAYAKAN

a.

Warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan Malaysia yang sah.

b.

Pesakit miskin / kurang mampu yang disokong oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

c.

Pesakit yang dirujuk oleh Hospital Kerajaan

d.

Pesakit perlu dirujuk dari Hospital Kerajaan.

e.

Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIPERTIMBANGKAN

a.

Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos rawatan perubatan yang kemudahan tersebut tidak terdapat di Hospital Kerajaan;

b.

Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian ubat-ubatan yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan tetapi telah berdaftar dengan Biro Farmasutikal Kebangsaan; dan

c.

Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian peralatan perubatan serta peralatan untuk tujuan rehabilitasi dan meningkatkan kefungsian yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan.

KONSEP BANTUAN

a.
Bantuan hanya dipertimbangkan sebelum rawatan dibuat. Permohonan bagi rawatan yang telah dibuat tidak akan dipertimbangkan.
b.
Bagi rawatan yang diperolehi di dalam negara sahaja.
c.
Rawatan mesti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Perubatan Malaysia.
d.
Bantuan yang dipertimbangkan adalah bantuan rawatan perubatan sahaja (lain-lain bantuan seperti sara hidup dan pengangkutan tidak dipertimbangkan).
e.
Pesakit/ Keluarga pesakit perlu menyumbang wang yang mereka mampu bagi membiayai kos rawatan.

PESAKIT YANG TIDAK LAYAK


Kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan atau anggota keluarga kakitangan Kerajaan yang mendapat faedah perubatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, Perlaksanaan Kemudahan Perubatan (JPA).

JENIS-JENIS BANTUAN YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN

Bantuan bagi tujuan-tujuan seperti di bawah tidak dipertimbangkan:


a.
Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostic;
b.
Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility);
c.
Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya;
d.
Rawatan bagi pembedahan plastik untuk tujuan meningkatkan atau mengembalikan kefungsian akan dipertimbangkan tetapi bantuan untuk pembedahan estetik tidak dipertimbangkan; dan
e.
Rawatan berterusan yang mana sebahagian dari kos rawatan sedang dibiayai oleh badan-badan lain.

TEMPOH BAGI RAWATAN BERTERUSAN


Sekiranya rawatan yang berterusan diperlukan, maka bantuan akan dipertimbangkan untuk tempoh maksima dua tahun sahaja. Selepas tempoh tersebut, pemohonan boleh dikemukakan semula jika pesakit masih memerlukan rawatan

KAEDAH PEMBAYARAN


Pembayaran bagi bantuan yang telah diluluskan dibayar terusepada pusat rawatan / pembekal peralatan.

PEMBATALAN PERMOHONAN

Semua permohonan adalah terbatal jika:


a.
Jika maklumat yang diberikan didapati tidak benar.
b.
Pesakit yang mendapat tajaan daripada pihak lain atau rawatan tidak diperlukan lagi.

JENIS-JENIS PENYAKIT YANG MEMERLUKAN RAWATAN YANG BERTERUSAN YANG BOLEH DIBERI BANTUAN

a.

Blood Disorders – all blood disorders excluding

i. Thalassemia for relevant age groups
ii. Factor V111 deficiency
iii. Factor 1X deficiency
iv. Von-Willebrands’
v. And others where treatment is available at the Government hospitals.

b.
Bone and joint disorders.
c.
Ear and hearing disorders
d.
Endocrine disorders
e.

Eye disorders

i. Age Related Macular Degeneration
ii. Photo Dynamic Therapy
iii. Glaucoma
iv. Anisometropia
v. Corneal Opacities

f.

Genetic and metabolic disorders

i. Special diets (as adviced by medical specialists)
ii. Medications
iii. Other proven interventions (as adviced by medical specialists)

g.

Heart diseases

i. Congenital
ii. Acquired

h.
Immune disorders
i.
Long term care following surgical intervention
j.
Neurological and neurodegenerative disorders
k.
Orthopaedic conditions requiring surgical interventions
l.
Renal disorders
m.

Respiratory disorders

i. Chronic respiratory failure requiring home ventilation, home oxygen therapy
ii. Other chronic conditions

Nota:

Penyakit yang tidak disenaraikan boleh dipertimbangkan untuk bantuan secara ‘case to case basis’ jika diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Perubatan.

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
a.
Salinan kad pengenalan / surat daftar kelahiran (bagi kanak-kanak) yang jelas dan terang.
b.
Laporan doktor yang merawat. Laporan perlu menyatakan tentang penyakit yang dihidapi, rawatan yang diterima, rawatan yang disyorkan, tempat dan anggaran kos rawatan. Laporan tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan.
c.
Laporan sosioekonomi (Borang B) yang disediakan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan di Hospital-hospital Kerajaan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
d.
Salinan penyata gaji dan penyata KWSP terkini (bagi pemohon yang bekerja / pernah bekerja).

PROSEDUR UNTUK MEMOHON

Permohonan juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

Semua permohonan adalah terbatal jika:



Pesakit boleh mendapatkan borang permohonan daripada: Urusetia Tabung Bantuan Perubatan (TBP) di alamat seperti berikut:

Kementerian Kesihatan Malaysia,
Bahagian Kewangan,
Aras 7, Blok E7, Parcel 7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62518 Putrajaya.
Tel : 03-8883 3888 / 3100 / 3105
Fax : 03-8883 4389 / 8883 / 4364

borang boleh boleh dimuat turun dari web site ini

muat turun borang - Borang A / Borang B


Borang permohonan ini juga boleh didapati daripada mana-mana Hospital Kerajaan (Unit Kerja Sosial Perubatan / Unit Kebajikan Perubatan) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat..

Pemohon hanya perlu mengisi borang A, manakala borang B akan diisi oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan daripada Hospital-hospital Kerajaan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan di Hospital-hospital Kerajaan atau terus ke alamat di atas.

PERTANYAAN


Sebarang pertanyaan berkaitan dengan garis panduan ini boleh dikemukakan terus kepada pihak urusetia TBP di alamat di atas ataupun menghubungi Tel: 03-8883 3888/ 3100/ 3105


Aku juga cuba mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan Tabung Bantuan Perubatan ini di laman web berikut: http://pmr.penerangan.gov.my/

Selain itu, ada satu lagi jaringan yang mungkin dibuat secara bebas: http://medicine.com.my/wp/?p=680

Selasa, Disember 12, 2006

Peluk isteri 10 saat, panjang umur lima tahun!

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh."

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah," katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Sabtu, September 09, 2006

KESIHATAN KAKI - Petua Penyakit Kaki

Kesihatan Kaki - Penjagaan Kaki - Petua Kaki - Penyakit-penyakit kaki.
Sayangilah kaki-kaki anda

MUNGKIN kerana kedudukannya yang paling bawah, ia adalah anggota tubuh terakhir atau langsung tidak mendapat perhatian sebahagian besar daripada kita.

Tetapi, kita terlupa. Pada bahagian paling bawah inilah, dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan - kaki.

Tugas dan tanggungjawabnya juga bukan calang-calang. Seluruh `berat badan' dibebankan kepadanya. Ia juga umpama `kenderaan' paling selamat yang membawa kita ke mana saja.

Sebab itulah, ada pendapat yang mengatakan, jika kaki anda sihat, maka kesihatan tubuh secara keseluruhan juga terjamin.

Malangnya, berapa ramai yang mengambil berat tentang kesihatan kaki, seperti kita `menjaga' lain-lain anggota tubuh?

Sebaliknya, saban hari, kita telah dan terus `menindas' kaki dengan banyak cara. Antaranya, menyarung kaki dengan kasut yang tidak begitu sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya.

"Lama-kelamaan, jika keadaan ini dibiarkan, kaki akan mengalami tekanan berlebihan."

"Kesannya, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang," kata Pakar Runding Podiatri, Pusat Penjagaan Kesihatan Komplementari Datuk Paduka Saleha, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Mark Reyneker.

Menurut beliau, sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas. Bagaimanapun, berita baiknya, ia ada penawar.

Tetapi, tidak ramai yang benar-benar faham atau ambil peduli apabila fungsi kaki mereka terjejas. "Sebab itulah, mereka terus memilih untuk hidup dalam ketidakselesaan atau membiarkan diri dalam kesakitan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran butik kasut terkemuka, di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini.

Menurut Reyneker, sebilangan orang tidak menghidap penyakit yang serius, tetapi mereka berasa tidak selesa setiap kali berjalan atau berdiri terlalu lama.

Malah, pada masa yang sama, tidak kurang yang merungut kerana gagal mendapat kasut yang sesuai dengan pelbagai alasan.

Sehubungan itu, selain rawatan perubatan, hanya kasut yang dilengkapi dengan alat sokongan dan kusyen yang sesuai dapat membantu merawat masalah kaki.


ANTARA JENIS MASALAH KAKI:

- Rengsa pada otot-otot labu betis kaki
Individu yang menderita masalah ini biasanya mengadu rasa sakit teramat sangat apabila mereka mula memijak lantai selepas bangun tidur.

Atau, beberapa langkah pertama selepas duduk dalam jangka masa yang lama. Rasa sakit ini berkurangan apabila melakukan aktiviti.

Otot-otot labu betis terletak pada bahagian belakang kaki hingga ke tumit. Masalah ini boleh menjadi semakin serius dengan pelbagai aktiviti yang menyebabkan tekanan pada tendon.

Biasanya ia dihadapi oleh atlet terutama pelari jarak jauh. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah pemilihan kasut yang salah, kecederaan pada tendon dan kecacatan tulang tumit.


- Bunion
Bengkak pada sendi antara ibu jari kaki dan tulang metatarsal pertama. Benjolan yang timbul ini menyebabkan ibu jari kaki tertolak ke jari kaki yang lain.

Bagaimanapun, masalah yang paling kerap dialami oleh hampir kebanyakan wanita ini disebabkan pemakaian kasut yang ketat.

Selain itu, ia juga disebabkan radang sendi dan kelainan pada fungsi kaki.

Antara gejalanya ialah radang, pembengkakan dan kesakitan pada sisi permukaan ibu jari.


- Kematu
Pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan.

Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki.

Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan.

Selain itu, tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu.


- Belulang
Seperti kematu, belulang terjadi akibat pengumpulan sel-sel kulit mati pada kaki. Ia akan menebal dan lama-kelamaan menjadi keras.

Ia terbentuk pada bahagian atas sisi dan hujung jari. Amat menyakitkan dan boleh menjadi radang jika ia sering tergesel dengan kasut yang dipakai.

Belulang disebabkan oleh pemakaian kasut yang ketat, kasut tumit tinggi, sarung kaki dan stoking yang terlalu ketat atau kecacatan pada jari kaki.


- Tapak kaki rata
Ia merupakan masalah biomekanikal yang berlaku semasa seseorang berjalan.

Pergerakan semasa berjalan boleh menyebabkan tekanan yang ekstrem atau radang pada tapak kaki.

Mereka yang mengalami masalah ini tidak merasai ketidakselesaannya pada masa yang sama atau langsung tidak merasainya. Tetapi, apabila gejalanya mula timbul dan rasa sakit, cara berjalannya pelik.


- Sakit tumit
Gejalanya dialami pada awal pagi atau selepas berehat dalam jangka masa yang lama.

Ia juga antara masalah yang paling kerap ditemui. Ini kerana seluruh berat badan terpaksa diampu pada tumit. Lama-kelamaan, keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tersebut dan ketidakselesaan yang amat sangat.

Dua jenis masalah tumit ini ialah, sindrom sakit tumit dan plantar fasciitis. Sindrom sakit tumit berpunca daripada tumit kasut yang terlalu rendah, pelapik pada tumit kasut yang rosak atau peningkatan aktiviti secara tiba-tiba.

Manakala, plantar fasciitis disebabkan oleh tapak kaki rata. Apabila ia rata, kaki akan meregang dan menyebabkan timbulnya rasa sakit pada tapak kaki dan lengkungan tapak kaki.


- Metatarsalgia
Kesakitan nyeri yang dirasai pada tulang-tulang metatarsal iaitu pada bahagian bawah tapak kaki berhampiran jari kaki.

Masalah yang juga paling kerap ditemui ini boleh menjejaskan sendi-sendi dan tulang-tulang pada bahagian tersebut.

Kasut yang tidak sesuai atau kasut yang ketat menyebabkan bahagian ini tertekan. Ia menyebabkan seseorang tidak boleh berjalan dengan normal. Sekali gus, menyebabkan kesukaran ketika berjalan kerana rasa tidak selesa pada bahagian tersebut.

Selain itu, pemakaian kasut tumit terlalu tinggi, atau mereka yang menyertai aktiviti lasak tanpa menggunakan kasut yang sesuai juga boleh menekan bahagian ini.

Peningkatan usia yang menyebabkan lapisan lemak pada bahagian tapak kaki menipis, juga menyebabkan kita lebih mudah rasa sakit pada bahagian tersebut.

- Plantar fasciitis
Radang yang disebabkan regangan pada bahagian bawah tapak kaki. Regangan secara keterlaluan, menyebabkan rasa sakit pada tumit, lengkungan tapak kaki dan tumit.


Biasanya, regangan yang boleh menyebabkan radang dan rasa tidak selesa ini berlaku kerana:

- Tapak kaki rata

- Lengkungan tengah tapak kaki yang dalam

- Peningkatan aktiviti fizikal secara tiba-tiba

- Kehamilan atau berat badan berlebihan hingga membebankan kaki

- Pemakaian kasut yang tidak begitu sesuai.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA