BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, November 09, 2026

Review Filem Seram Mikro - Bilik 7 Katil B - Kisah Pesakit Hospital Dirasuk Makhluk Halus

 


Pengalaman seram seorang jururawat hospital diabadikan dalam filem seram mikro ini. Di mana dia berdepan dengan satu situasi kerasukan yang sukar difahami. Apabila seorang lelaki datang mengunjunginya di kaunter wad hospital, lelaki itu telah memberi amaran secara tersirat kepada jururawat tersebut, ada bahaya yang ditakutinya sedang mengekori pesakit wanita tersebut.

Suasana bertambah kacau, apabila jururawat tersebut mendapati pesakit itu sering berubah-ubah tingkah laku dan personaliti. Tidak cukup dengan satu situasi yang memeningkan itu, kekacauan bertambah dengan perubahan sikap doktor hospital yang semakin pelik dan menjengkelkan.

Sila tonton filem seram pendek berdurasi 3 minit ini dengan berhati-hati, kerana keseramannya boleh berjangkit.


Review Micro Movie Pukul 3 Kurang 1 - Kisah Seram Food Rider


 Pukul 3 Kurang 1 atau lebih tepat ialah pukul 2:59 pagi adalah filem seram mikro mengenai seorang penghantar makanan yang menerima mesej pesanan makanan daripada orang yang telah meninggal dunia. Pemesan tersebut adalah adiknya sendiri.

Disebabkan rasa ingin tahu yang kuat dan rasa rindu terhadap arwah adiknya, Puyu pun memenuhi kehendak pesanan tersebut. Situasi yang meremangkan bulu roma bermula apabila rumah yang dikunjunginya beralamat di kawasan perumahan terbengkalai, dan perabot dalaman rumah itu mirip dengan rumah ibunya.

Filem seram pendek ini berdurasi 3 minit 15 saat. Versi audio book juga ada dengan durasi melebihi 14 minit di Youtube Amiene Rev di bahagian Playlist SERAM SEJUK BERSAMA AMIENE REV.


Review Micro Movie Makcik & Rimau: Hantu Peniru Muka vs Rumah Pusaka | Komedi Seram


Filem ini mengisahkan Ketua Hantu Peniru yang merupakan salah satu ketua hantu jahat dalam siri seram komedi penuh teladan Makcik Tua VS Hantu, Makhluk Halus dan Makhluk Asing. Kisahnya bermula dengan Ketua Hantu Peniru yang mahu menganiaya Makcik Tua dengan merampas rumah dan tanah yang dimiliki oleh Makcik Ayu. Namun, usahanya gagal apabila Makcik Tua dan anak-anak buahnya berjaya menumpaskan strategi licik tersebut dengan mudah.

Filem mikro ini sekitar 5 minit 25 saat, merupakan salah satu filem terbitan AMIENE REV. Karya-karya Amiene Rev bertujuan mendidikn masyarakat supaya tidak takut kepada hantu dan menghormati hak orang lain.