BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, April 24, 2012

Cegah 13 Mei 1969 Daripada Berulang Semula

LAPORAN MAGERAN

 
Laporan Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN
Bagi anda yang berminat untuk membaca kertas putih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mengenai tragedi 13 Mei 1969, anda boleh membacanya mengikut link di bawah. Saya akan post secara berperingkat.

Laporan MAGERAN : Tragedi 13 Mei Bahagian 1 klik sini (pdf file) – 2 Ogos 2008
Laporan MAGERAN : Tragedi 13 Mei Bahagian 2 klik sini (pdf file) – 5 Ogos 2008
Laporan MAGERAN : Tragedi 13 Mei Bahagian 3 klik sini (pdf file) – 8 Ogos 2008
Laporan MAGERAN : Tragedi 13 Mei Bahagian 4 klik sini (pdf file) – 20 Oktober 2009

PERISTIWA 13 MEI - TRAGEDI 13 MEI
Sumber: Wikipedia
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Latar belakang
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969


Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar SelangorUMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.

Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
 Persepsi

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4]
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

Melayu  : 86 orang
Cina  : 342 orang
Lain-lain  : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
 Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
 Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.




PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU

28 Oktober 2010, 3.53 ptg.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah…

[Membaca sepotong doa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.

Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.

Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting

Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang.

Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina – Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu – Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah.

Apabila wartawan majalah – Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina – Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan.

Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan.

Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?

Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN – Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman – Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong – 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu.

Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman – 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.

Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.

Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.

Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.

Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.

Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.

Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.

Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:

Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.

Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.


Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?

Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.

Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Tuan Yang di-Pertua…

Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.

Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.

Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.

Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.

Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.

Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”

Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”

Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.

Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.

Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.

Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini…sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.

- Petikan Hansard Dewan Rakyat

Ahad, April 22, 2012

KIAMAT ALAM SIBER - Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan

Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan.

Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk mengawal komputer yang dijangkiti virus.

Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS.

Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi.

Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS, www.dcwg.org.

Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah itu.

Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet. - Agensi

Sabtu, April 21, 2012

HOW TO BE ALONE

HOW TO BE ALONE by Tanya Davis

If you are at first lonely, be patient. If you've not been alone much, or if when you were, you weren't okay with it, then just wait. You'll find it's fine to be alone once you're embracing it.

We could start with the acceptable places, the bathroom, the coffee shop, the library. Where you can stall and read the paper, where you can get your caffeine fix and sit and stay there. Where you can browse the stacks and smell the books. You're not supposed to talk much anyway so it's safe there.

There's also the gym. If you're shy you could hang out with yourself in mirrors, you could put headphones in (guitar stroke).

And there's public transportation, because we all gotta go places.

And there's prayer and meditation. No one will think less if you're hanging with your breath seeking peace and salvation.

Start simple. Things you may have previously (electric guitar plucking) based on your avoid being alone principals.

The lunch counter. Where you will be surrounded by chow-downers. Employees who only have an hour and their spouses work across town and so they -- like you -- will be alone.

Resist the urge to hang out with your cell phone.

When you are comfortable with eat lunch and run, take yourself out for dinner. A restaurant with linen and silverware. You're no less intriguing a person when you're eating solo dessert to cleaning the whipped cream from the dish with your finger. In fact some people at full tables will wish they were where you were.

Go to the movies. Where it is dark and soothing. Alone in your seat amidst a fleeting community.

And then, take yourself out dancing to a club where no one knows you. Stand on the outside of the floor till the lights convince you more and more and the music shows you. Dance like no one's watching...because, they're probably not. And, if they are, assume it is with best of human intentions. The way bodies move genuinely to beats is, after all, gorgeous and affecting. Dance until you're sweating, and beads of perspiration remind you of life's best things, down your back like a brook of blessings.

Go to the woods alone, and the trees and squirrels will watch for you.

Go to an unfamiliar city, roam the streets, there're always statues to talk to and benches made for sitting give strangers a shared existence if only for a minute and these moments can be so uplifting and the conversations you get in by sitting alone on benches might've never happened had you not been there by yourself

Society is afraid of alone dome, like lonely hearts are wasting away in basements, like people must have problems if, after a while, nobody is dating them. but lonely is a freedom that breaths easy and weightless and lonely is healing if you make it.

You could stand, swathed by groups and mobs or hold hands with your partner, look both further and farther for the endless quest for company. But no one's in your head and by the time you translate your thoughts, some essence of them may be lost or perhaps it is just kept.

Perhaps in the interest of loving oneself, perhaps all those sappy slogans from preschool over to high school's groaning were tokens for holding the lonely at bay. Because if you're happy in your head than solitude is blessed and alone is okay.

It's okay if no one believes like you. All experience is unique, no one has the same synapses, can't think like you, for this be relieved, keeps things interesting live magic things in reach.

And it doesn't mean you're not connected, that community's not present, just take the perspective you get from being one person in one head and feel the effects of it. take silence and respect it. if you have an art that needs a practice, stop neglecting it. if your family doesn't get you, or religious sect is not meant for you, don't obsess about it.

You could be in an instant surrounded if you needed it.

If your heart is bleeding make the best of it.

There is heat in freezing, be a testament.

Meenakshi Thapa - Pelakon Bollywood Dibunuh Dipancung Dipenggal Oleh Dua Pelakon Bollywood Lain

ALLAHABAD: Seorang aktres Bollywood mati dibunuh dua rakan pelakon yang baru dikenalinya di lokasi penggambaran filem terbaru mereka, lapor media semalam.

Meenakshi Thapa, 26, dilaporkan diculik dan dipancung Amit Jaiswal dan kekasihnya, Preeti Surin, bulan lalu. Menurut polis, motif di sebalik insiden itu adalah mahu mendapatkan wang tebusan. Sumber polis berkata, Meenakshi bertemu pasangan terbabit di set penggambaran filem terbaru arahan Madhur Bhandarkar berjudul Heroine. Dalam filem itu, Meenakshi diberi peranan kecil. Ibu Meenakshi dipercayai membayar 60,000 rupee (RM3,534) untuk membebaskannya tetapi wang berkenaan gagal mengembalikan aktres terbabit kepada keluarganya.

Polis berkata, Meenakshi dicekik di hotel penginapan mereka dan mayatnya - kecuali bahagian kepala - dibuang dalam tangki air. Kepala Meenakshi pula dicampak dari sebuah bas yang dalam perjalanan dari Allahabad ke Mumbai. Penyiasat daripada Bahagian Jenayah Polis Mumbai menemui mayat Meenakshi di rumah disewa Preeti di Allahabad, Rabu lalu.

Sumber berkata, Amit dan Preeti mengaku membunuh Meenakshi kerana yakin dengan cerita mangsa yang mendakwa dia kononnya dibesarkan dalam keluarga berada.

“Suspek percaya Meenakshi adalah anak orang kaya kerana gaya hidupnya yang mewah walaupun tidak mendapat peranan utama dalam sesebuah filem.

“Meenakshi pula berjaya menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya datang dari keluarga sederhana,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menculik Meenakshi dan menuntut tebusan bernilai 1.5 juta rupee (RM88,372). Bagaimanapun, katanya, suspek memang tidak bercadang membebaskan Meenakshi kerana mangsa sepatutnya dibunuh sebaik saja bayaran dibuat. Setakat ini, Meenakshi belum pernah diberi kepercayaan membawa watak besar dalam filem. Dia diberi peranan kecil dalam filem seram, 404, tahun lalu, selain muncul beberapa kali sebagai model iklan.

Polis berkata, ketika menuntut tebusan daripada ibu Meenakshi, Amit dan Preeti mengugut untuk menghasilkan filem lucah aktres berkenaan, selain mengambil kad bank mangsa. “Selepas ibu Meenakshi memasukkan sebahagian wang ke akaun Meenakshi, mereka membunuhnya. Pasangan itu menyangka mereka berjaya melupuskan semua bukti pembunuhan.

Bagaimanapun, mereka melakukan kesilapan apabila Amit menyimpan kad SIM telefon bimbit Meenakshi. Polis berjaya mengesan mereka melalui kad berkenaan. - DM

Ahad, April 15, 2012

GEMPA BUMI 2012 - Peta Dunia Mula Berubah

Tanah naik 0.5 meter selepas gempa
Berikutan beberapa gempa bumi yang telah berlaku sejak beberapa hari kebelakangan ini, peta bumi dijangka mengalami perubahan. Terdapat beberapa kawasan tanah naik sekitar 50 sentimeter dan laut mula menjadi daratan. Menurut saintis geologi, peta dunia sudah mengalami perubahan sejak beratus-ratus tahun dahulu. Nampaknya, bermula dari tahun 2004 hingga kini, dan mungkin untuk beberapa tahun lagi, merupakan satu tempoh untuk satu lagi perubahan peta dunia. - Amiene Rev

Tanah naik 0.5 meter selepas gempa
SUMBER: Berita Harian
  • PENDUDUK Aceh berkumpul di Teluk Sibigi untuk melihat air surut selepas gempa melanda Pulau Sumatera.
  • PETUGAS Agensi Meteorologi dan Geofizik memantau aktiviti gempa di Pulau Sumatera.

Ada kawasan pulau Simeule ‘tersembul’ dipercayai selepas gegaran terbaru landa Aceh


BANDA ACEH: Gempa bumi dengan kekuatan 8.5 skala Richter yang melanda Aceh, 11 April lalu menyebabkan sebahagian paras daratan di beberapa bahagian di Pulau Simeulue, satu daripada kawasan di wilayah autonomi itu naik hingga 0.5 meter. Ketua Jabatan Polis Simeulue, Parluatan Siregar, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kawasan yang dilaporkan ‘tersembul’ dan sedang membuat penyiasatan. “Ia memerlukan pakar untuk membuat kajian lanjut. Namun, tidak dinafikan paras air laut yang biasa sudah berubah sejak gempa bumi landa, cuma sama ada ia berpunca daripada paras air yang menurun atau daratan yang naik belum dapat dipastikan.”

Seorang penduduk di daerah Busung, Simeulue Timur, Ilham, berkata berdasarkan pemerhatiannya, memang ada kesan daratan yang naik di wilayah itu.

“Sebagai contoh, tempat yang biasanya digunakan nelayan tempatan untuk menambat sampan sebelum ini, tiba-tiba sudah berada di daratan.

“Dalam keadaan biasa sampan tidak pernah terkandas jika ditambat di kawasan ini walaupun ketika air surut, tetapi sekarang tidak lagi. Selain itu, paras air laut di beberapa bahagian pulau juga turun dan ini memberi isyarat bahawa bahagian daratan sudah naik,” katanya.

Ilham menganggarkan paras daratan naik kira-kira 0.5 meter atau lebih rendah, manakala kesannya memerlukan penyelidikan lanjut.

Fenomena sama pernah berlaku ketika gempa bumi terkuat melanda Pulau Nias pada 2005 yang mengorbankan lebih 600 nyawa, apabila pantainya menjadi condong, manakala sebahagian kawasan laut berubah menjadi daratan, dipercayai berpunca daripada pergerakan plet bumi.

Kejadian gempa di Simeulue tidak menyebabkan kemalangan jiwa, tetapi merosakkan beberapa bangunan milik kerajaan.

Sementara itu Ketua Pusat Data dan Maklumat Agensi Menangani Bencana Kebangsaan (BNPB) Purwo Nugroho berkata paras air laut didapati meningkat di kawasan Nias Utara dan Meulaboh selepas gempa bumi melanda wilayah itu Rabu lalu tetapi tidak mencetuskan tsunami.

“Data yang diperoleh BNPB menunjukkan kenaikan paras permukaan laut hingga satu meter di Lahewa, Nias Utara dan 1.02 meter di Meulaboh, Banda Aceh,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, walaupun gempa bumi terbaru dikategorikan sebagai kuat, tsunami yang berlaku tidak besar.

“Maklumat yang diperoleh daripada Agensi Meteorologi dan Geofizik (BMKG) menunjukkan, tsunami berjaya dikesan di wilayah Sabang apabila paras air naik 0.06 meter, manakala di Meulaboh ketinggiannya mencapai 0.8 meter,” katanya.

Nugroho berkata berpuluh ribu penduduk Aceh, di kawasan terjejas yang berpindah ke kawasan lebih tinggi sudah kembali ke rumah masing-masing, manakala aktiviti seharian pulih seperti biasa.

“Bagaimanapun, kami menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada. Pihak kami akan meneruskan pemantauan mengenai kemungkinan gempa bumi berlaku lagi,” katanya. – Agensi


Pakar tak jangka ancaman tsunami bawa kemusnahan seperti gegaran hampir lapan tahun lalu
SUMBER: Berita Harian

BANDA ACEH: Gempa bumi terbaru dengan kekuatan 8.7 skala Richter yang melanda Aceh semalam dijangka tidak disusuli tsunami hingga membawa kematian dan kemusnahan besar seperti yang berlaku pada 2004. Pakar memberi pandangan dengan berkata, kedua-dua gempa yang berlaku berbeza dari aspek geologi. Gempa yang berlaku kali ini adalah secara melintang dengan plat tektonik bergeseran menyebabkan gelombang dalam air meningkat sedikit.

Sejenis lagi gempa membabitkan anjakan besar seperti di Jepun tahun lalu dan pada 2004 menyebabkan dasar laut bergegar dan naik hingga menghasilkan ombak yang menuju pantai. Pakar kaji gempa di Biro Kajian Geologi Britain, Roger Musson, yang mengkaji garisan gempa di Sumatera mengakui gusar apabila gegaran terbaru berlaku.

“Tetapi, apabila saya tahu jenis gegarannya, saya rasa lebih baik kerana tidak sama seperti sebelum ini,” katanya. Biro Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa berukuran 8.7 magnitud berlaku 435 kilometer dari Banda Aceh.

Pemerhatian terhadap tsunami oleh Pusat Amaran Tsunami di Hawaii kemudian menasihatkan berpuluh-puluh negara di sepanjang lingkaran Lautan Hindi, dari Australia hingga India dan Afrika supaya berjaga-jaga. Bagaimanapun, satu-satunya ombak yang berlaku kurang 80 sentimeter tinggi menghempas pantai Indonesia. Tetapi, ketika banyak pihak menarik nafas lega, satu lagi gegaran berukuran 8.2 magnitud melanda.

“Kami baru saja memberi amaran mengenai satu lagi kemungkinan tsunami berlaku,” kata jurucakap geofizik Indonesia, Prih Harjadi, kepada TVOne.

Penduduk Indonesia dinasihatkan supaya mengelak daripada pergi ke pantai barat. Bagaimanapun, ancaman itu kemudian ditarik balik. Oleh itu, gegaran dan bukan tsunami yang mencetuskan kebimbangan dan panik di beberapa tempat termasuk di negara jiran sperti Singapura, Thailand hingga India apabila bangunan bergoyang. Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) berkata, sistem komunikasi yang dibentuk selepas tsunami 2004 berfungsi dengan baik.

“Rekod kami menunjukkan semua khidmat meteorologi di negara yang menghadapi risiko tsunami menerima amaran tidak lebih daripada lima minit,” kata Ketua Program Pengurangan Risiko Bencana, Maryam Golnaraghi.

Sistem amaran awal itu disiarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika yang mengendali stesen amaran tsunami di Hawaii, katanya. – AP

Sabtu, April 14, 2012

Artis, Pelakon Terkenal, Menteri Jadi Cikgu Di Sekolah-Sekolah

Ramai artis akan bekerja sebagai guru selama beberapa minggu. Apabila artis-artis menjadi cikgu di sekolah, apakah agaknya yang akan berlaku di sekolah?

Tokoh masyarakat, selebriti jadi pengajar
KOSMO: 14/04/2012 1:51PM

KUALA LUMPUR – Beberapa peneraju industri dan tokoh masyarakat terkenal Malaysia akan memainkan peranan sebagai tenaga pengajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah melalui program “Teach for Malaysia" yang disokong Kementerian Pelajaran dari 16 hingga 20 April ini.

Mereka akan mencurahkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh secara bersusah-payah sebelum ini kepada generasi muda serta berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa pendidikan adalah tanggungjawab setiap manusia, kata Teach For Malaysia dalam kenyataannya.

Mereka yang mengambil bahagian pada “Teach For Malaysia Week” (Minggu Mengajar Demi Malaysia) ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.

Tokoh-tokoh ini termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar; Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Jeffrey Cheah.

Turut menjayakan program ini ialah penyanyi dan pencipta lagu, Yusry Abdul Halim; pelakon, Lisa Surihani; pelawak, Harith Iskandar; dan Miss Universe Malaysia 2012, Kimberley Leggett.

Mereka dijadualkan mengajar di sekolah di kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

"Kami harap penyertaan tokoh terkenal ini akan memberi dorongan kepada pelajar di sekolah berkeperluan tinggi ke arah mencapai impian mereka,” kata pengasas bersama dan pengarah eksekutif operasi, Teach For Malaysia, Dzameer Dzulkifli. – BERNAMA

Rabu, April 11, 2012

KRONOLOGI: Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 - 2012 -Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 - Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula
11/04/2012 10:36am


KUALA LUMPUR: Istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.

Seramai l07 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terlibat dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum menerima "Hormat Diraja" daripada barisan kawalan kehormat, yang diikuti dengan lagu "Negaraku."

Serentak dengan lagu "Negaraku' dimainkan, Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan.

Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Upacara hari ini yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa.

Dokumentari pertabalan kali ini menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya. - BERNAMA


Ikrar Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong
11/04/2012 2:06pm


KUALA LUMPUR 11 April — Berikut adalah ikrar Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara hari ini.

“BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM, BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perisytiharan bahawa Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Najib melafazkan: “BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK NEGARA MALAYSIA IAITU DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA SERI PADUKA BAGINDA DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.” — BERNAMA


Tuanku Abdul Halim selamat ditabal Yang di-Pertuan Agong Ke-14
11/04/2012 2:07pm


KUALA LUMPUR 11 April — Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini hari ini.

Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu

“Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left. Sabri Abdullah.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua, Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya. - BERNAMA

Isnin, April 09, 2012

Al-Khawarizmi Penyelamat Malaysia


AL-KHAWARIZMI PENYELAMAT MALAYSIA
Strategi PengIslaman Sains dan Matematik
Penulis: Amiene Rev (C) 2012


Negara kita pernah dijajah Jepun. Pada ketika itu rakyat Malaysia hidup penuh penderitaan. Jika bukan kerana Nagasaki dan Hiroshima diletupkan dengan bom nuklear, barangkali Jepun belum mahu menyerah kalah, dan Malaysia akan terus tinggal mimpi, dengan nama Tanah Melayu dijajah Jepun kekal dalam lipatan sejarah. Bom atom atau bom nuklear yang digugurkan di kedua-dua tempat itu adalah berdasarkan formula algebra yang dicipta oleh Albert Einstein. Namun begitu, siapakah pencipta algebra? Pencipta algebra, adalah Al-Khawarizmi. Dengan izin Allah, secara tidak langsung, penemuan cabang ilmu algebra oleh Al-Khawarizmi, telah membantu Tentera Perikatan mengalahkan Jepun, dan seterusnya Jepun meninggalkan Malaysia.

Al-Khawarizmi adalah nama gelaran bagi Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi. Nama lain beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Orang Barat pula memanggil Al-Khawarizmi dengan beberapa nama mengikut lidah mereka iaitu seperti Al-Cowarizmi, Al-Ahawizmi, Al-Karismi, Al-Goritmi dan beberapa nama lagi. Namun, Orang Barat tidak pernah memanggil Al-Khawarizmi sebagai Al-Gore.
   
Al-Khawarizmi telah dilahirkan di Bukhara. Beliau mencapai zaman kegemilangannya sekitar tahun 780 hingga 850 Masihi. Al-Khawarizmi telah dilaporkan meninggal dunia sekitar tahun 220 dan 230 Masihi. Kisah kematiannya tidak cukup jelas, kerana ada pula yang mengatakan Al-Khawarizmi hidup di sekitar abad ke-9 Masihi.

Seperti kebanyakan tokoh-tokoh intelektual Islam yang lain, Al-Khawarizmi juga menguasai banyak cabang ilmu termasuklah bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kimia, kejuruteraan dan juga sejarah Islam. Kerana cintanya Al-Khawarizmi terhadap ilmu sehingga beliau mampu menguasai banyaknya cabang ilmu ini, Al-Khawarizmi mula dikenali sebagai Mufatih Al-Ulum.

Al-Khawarizmi telah memperkenalkan Al Jabar atau lebih dikenali sebagai algebra dalam dunia Matematik hari ini. Menerusi ilmu ini, pelbagai formula terhasil. Menerusi ilmu algebra jugalah, Albert Einstein berjaya mencipta formula tenaga sehingga terhasilnya bom nuklear. Boleh dikatakan Al-Khawarizmi secara tidak langsung adalah Penyelamat Malaysia.

Hasil-hasil karya Al-Khawarizmi termasuklah Al-Jabr wa’l Muqabalah, di mana beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Beliau juga telah menghasilkan karya yang berjudul    Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. Menerusi karya ini, Al-Khawarizmi telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi. Menerusi karya beliau yang berkaitan dengan Sistem Nombor pula beliau telah memperkenalkan konsep angka sifar dan kini angka sifar merupakan angka yang sangat penting dan digunakan secara meluas di seluruh dunia sehinggalah ke hari ini. Sistem Nombor telah diterjemahkan ke bahasa Latin, iaitu De Numero Indorum. Karya beliau yang berjudul Al-Jami wa Al-Tafsir bi Hisab al-Hind juga turut diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

Al-Khawarizmi turut memperkenalkan konsep kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Selain itu, beliau turut memperkenalkan permasalahan melibatkan pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor.

Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana Matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. G.Sarton telah mengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperolehi oleh orang-orang Timur....” dan ini turut melibatkan Al-Khawarizmi.

Menurut Wiedmann pula berkata, "al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains".

Strategi Pengislaman Sains Matematik

Dalam melaksanakan proses pengIslaman Sains Matematik, konsep ilmu Sains Matematik perlulah mengambil kira aspek tauhid, syariah dan akhlak.

DEFINISI

Tauhid: Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu simbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan Matematik. Setiap falsafah dan epistemologi Sains Matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

Syariah: Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.  Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari sudut ini, ahli Matematik Islam yang cuba menyelesaikan masalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi.  Oleh itu, Matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

Akhlak: Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan ke dalam Matematik dan juga ia perlu dimasukkan ke dalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni.  Ilmu yang dipelajari contohnya akhlak yang terdapat dalam bidang Matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas paradigma tauhid dan syariah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Ahad, April 08, 2012

Jangan Pandang-Pandang - Ulasan Filem Yang Tak Dapat Dihabiskan

Filem Jangan Pandang-Pandang ini adalah sebuah filem seram mengarut penuh komedi yang dibintangi oleh Zizan Raja Lawak. Filem Jangan Pandang-Pandang ini mampu membuatkan anda ketawa sepanjang jalan ceritanya tetapi cerita ini tidak ada moral yang jelas. Filem Jangan Pandang-Pandang mengisahkan tentang Ajis yang menjadi ketua bagi satu pasukan tugasan universiti untuk menjejaki artifak arkeologi bagi mendapatkan markah yang tertinggi dalam peperiksaan bagi subjek yang mereka ambil itu.

Demi mendapatkan markah yang lebih tinggi, Ajis dan rakan-rakannya menggunakan cara yang luar biasa, cara yang tidak disuruh oleh pensyarah mereka, iaitu cara yang merbahaya. Mereka bertemu dengan orang asli, dan kumpulan ajaran sesat. Mereka juga bertemu dengan sekumpulan hantu yang seram kelakar.

Filem Jangan Pandang-Pandang tidak mengandungi apa-apa mesej yang kuat, sekadar lawak demi lawak yang membuatkan penonton ketawa. Filem Jangan Pandang-Pandang juga ada memaparkan aksi-aksi pertarungan paranormal di mana pada akhirnya yang menang ialah pihak yang baik-baik.

Filem Jangan Pandang-Pandang merupakan filem seram yang pelik kerana setiap kali hantu keluar atau muncul, penonton bukan ketakutan tetapi ketawa terbahak-bahak. Hantu-hantu di dalam Filem Jangan Pandang-Pandang langsung tidak ditakuti oleh para penonton, tetapi kemunculan mereka mencuit hati penonton walapun sesetengah hantu memang berwajah seram. Apa semua ini? Inilah ciri-ciri filem komedi berhantu yang dipanggil Filem Jangan Pandang-Pandang.

Saya selaku pengulas filem tidak mampu mengulas filem ini dengan lebih lanjut kerana kekurangan bahan intelektual untuk dibahaskan di sini. Sekian sahaja ulasan saya mengenai Filem Jangan Pandang-Pandang.

Proton P3-21A Berita Terkini

PROTON PREVE ATAU P3-21A DILANCARKAN 16 APRIL 2012
Sumber: Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 4 April - Proton P3-21A atau nama rasminya Preve yang bakal dilancarkan pada 16 April ini merupakan kereta berharga bawah RM75,000 pertama di pasaran yang menawarkan gajet berkelas premium.

Preve yang disebut 'prey-vey' ditawarkan dalam tiga varian itu terdiri daripada model manual standard, automatik standard dan automatik spesifikasi tinggi.

Model standard menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan bagi model manual dan tujuh kelajuan untuk automatik.

Model spesifikasi tinggi itu menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan.

Preve yang dipertontonkan kepada pemberita hari ini mempunyai bahagian belakang yang tinggi bagi menonjolkan imej lebih sporty, di samping lampu hadapan jenis projektor jelas memperlihatkan rekaan garangnya.

Saiz model baharu itu lebih besar berbanding Persona dan menurut Proton, Preve mampu bersaing dengan model seperti Honda Civic dan Kia Forte di pasaran.

Preve spesifikasi tinggi dilengkapi dengan pedal shift, sistem navigasi, penetap kelajuan, butang menghidupkan enjin dan sistem pengesan cuaca serta cahaya yang membolehkan pengelap cermin dan lampu berfungsi secara automatik jika diperlukan.

Bagi ciri keselamatan, Preve dilengkapi empat beg udara, kerangka kukuh yang menerima penarafan lima bintang oleh Australia Cap dan lampu amaran di bahagian belakang yang berfungsi apabila pemandu menekan brek pada kelajuan melebihi 95 km/j.

Konsep kemasan dalaman pula menggunakan elemen semula jadi seperti kayu dan permukaan papan pemuka bercorak kulit kayu, manakala ruang kaki lebih luas berbanding pesaingnya selain ruang menyimpan barang bersaiz 508 liter di bahagian bonet.

Pada sesi pandu uji bagi perjalanan dari Putrajaya ke Seremban, Preve menunjukkan prestasi enjin yang sangat baik dengan mampu mencecah kelajuan maksimum 180 km/j untuk model automatik standard dan 200 km/j untuk automatik spesifikasi tinggi tanpa sebarang masalah.

Ruang kabin kereta yang disasarkan untuk pasaran global ini juga adalah lebih senyap berbanding model-model sebelumnya dan kawalan pemanduan yang menerima sentuhan teknologi Lotus memberi tindak balas baik di selekoh pada kelajuan tinggi.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd. Tahir berkata, Preve dijangka mampu terjual sekitar 4,000 hingga 4,200 buah sebulan dan ketika ini telah menerima lebih 1,000 buah tempahan.

"Preve merupakan perintis kepada perubahan penghasilan kereta baharu Proton pada masa depan dengan fokus ke arah pasaran luar seperti ASEAN, Australia, China dan Asia Barat.

"Pasaran eksport ketika ini adalah 20 peratus daripada jualan dan kami jangka akan meningkat dengan kehadiran Preve yang akan mula dieksport selepas tiga bulan dilancarkan nanti," katanya kepada pemberita semasa sesi pandu uji kereta baharu berkenaan di sini hari ini.


Proton P3-21A is Proton Preve Secret Reveal
Sumber: Wikipedia

Proton Preve (known internally as Proton Persona R, which R stands for replacement) is a codename of the upcoming global compact successor of the Proton Persona developed by Malaysian automaker Proton. It is reported to be based on a shrinked version of the Proton Exora platform. It will begin production in late 2011 and early 2012 at the Tanjung Malim plant and it will be released on March 2012.

Specifications
On February 7, 2012, the specifications for Proton P3-21A was revealed:
  • Proton’s new 1.6 liter Campro CFE will be used, which allows the P3-21A to produce the power of a 2.0 liter engine with a smaller displacement.
  • Hot press steel as opposed to cold press steel
  • Wiper Auto Speed
  • Automatic folding wing mirror
  • Push-button Start/Stop function
  • Automatic Wiper Sensors
  • Automatic Headlamp Sensors
  • GPS navigation system
  • Impact sensing door lock
  • Central Locking
  • Alarm with Immobiliser
  • CVT gearbox with 7 virtual speed manual mode
  • Tiptronic selection on shift lever
  • Steering-mounted paddle shifters
  • ABS with Brake Assist

LEAKED Proton P3-21A Details
We found this leak on the web. Straight to the point, LEAKED Proton P3-21A details :

ACCESSORIES:
Proton P3-21A  come with auto fold / Unfold side mirror – Side mirror will automatically fold every time the car alarm is activated, and automatically unfold after the vehicle traveling at 5km. There was also a button for manual like the ones at Exora BOLD.
  • Auto Off Rear Demister – Avoid tint bubble
  • Follow Home Lamp
  • Headlamp Warning Buzzer
  • Remote Trunk Release
  • Front & Rear Socket 12V – There is at the front – and rear socket
  • Utility Hook – There in the front passenger space as Exora, and also in the back in the area ‘pillar B’
  • Low Rear Hump – rear passenger leg space is no longer cramped
  • Front & Rear Fog Lamp
  • Anti-Trap Power Window – Driver side only
  • Seat Material – Water repellent fabric. Seat can fold 60:40. Material is very soft and comfortable
  • Smart Information Display (SID) – Having three readings kilometers, Trip A, Trip B and C. Trips A wealth of information such as warning if the battery in the key and other weak
  • Autolock & Advance Lock System
  • Magnesium Inside Door Handle
  • Keyless Entry – There is no key hole on all four door handles
  • BOSCH Head-Unit – 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
  • YES WiFi Modem – In-car Internet, the first ever car in Malaysia, the coverage of Peninsular Malaysia
  • S-Mode (Sport) – There is the gear column (PRNDS), S-Mode will add a total of 1,000 RPM immediately to drive more aggressively
  • BCM – Body Control Module

SAFETY
  • 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
  • TC (traction Control)
  • ESC (Electronic Stability Control)
  • BA (Braking Assist)
  • 4 Airbags – Airbag front passenger can be in turn ON / OFF mode.
  • 5 STARS Australia NCAP – We no longer have any doubt about the authenticity of the full marks collision test P3-21A.

DIMENSION
  • Length = 4.543m
  • Width = 1.786m
  • Height = 1.524m
Outside the overall size car show P3-21A is greater than the City, Vios, Forte, Altis & Civic.

CHASSIS
  • Boot Space: 508 liters – Largest among the City,  Vios, Forte, Altis & Civic
  • Turning Radius: 5.3 meters
  • Full Tank Capacity: 50 liters
  • Aerodynamic (wind resistance): CD Factor = 0.30 – For comparison, the Audi TT has CDFactor = 0.29.
POWER-TRAIN
- 1.6L CFE with 7-speed Pro-TRONIC CVT3 (VVT) – 205Nm @ 2,000 rpm; 140PS
- 0-100km / h: 9.6 seconds – for comparison, Kia Forte 1.6: 12.5 seconds

VARIANT
- Executive MT, 1.6 IAFM + 5-Speed ​​MT
- Executive CVT, 1.6 IAFM + 6-Speed ​​CVT
- Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed ​​CVT

COLOR
- Solid White
- Tranquillity Black
- Genetic Silver
- Fire Red
- Blue Lagoon

Proton Preve Launch 16 APRIL 2012
Proton P3-21A not only have the satisfied accessories and also aim for the best in safety features with a more attractive appearance. We hope the price will not exceed RM75k for this car.

PROTON Holdings Bhd will launch the hottest ‘global car’, Proton Prevé on 16 April 2012.

This launching of Proton Prevé said to be shift and will change the perspective of the people regard the quality of vehicles by Proton before this.

Proton Prevé is trying to compete with Toyota Corolla Altis, Honda Civic 1.8 liter & Kia Forte

PROTON Holdings managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir said he has confidences on PROTON Prevé, that will open a new chapter for the national car company to suit the market tastes.

Berita Terkini Aaron Aziz - Aaron Mustapha Aziz

Berita Benar: Aaron Aziz Jadi Rebutan Produk Kecantikan
Populariti aktor kacak Aaron Aziz yang mencanak naik nampaknya telah membuat dia sendiri laris dan menjadi 'lubuk duit' secara tidak sengaja. Selain menjadi rebutan pihak penerbit, anak kelahiran Singapura yang kini sedang berusaha mendapatkan kerakyataan Malaysia ini juga asyik diburu oleh banyak produk kecantikan sebagai pancing untuk melariskan barangan mereka.

Berita Palsu: Aaron Aziz Terima Tawaran 11.5 Juta Ringgit Daripada Pepsi
Terkini, jejaka yang menjadi idaman ramai wanita gara-gara lakonan gentlemannya sebagai Seth Tan dalam drama “Nora Elena” tidak lama dahulu ini dikatakan menerima tawaran sejumlah RM11.5 juta untuk tempoh satu tahun daripada syarikat minuman gergasi dunia, Pepsi.

Jika gosip tersebut benar, ia adalah sebuah rekod besar untuk industri hiburan tempatan. Kalau ia juga benar, nampaknya Aaron berkongsi satu payung yang sama dengan duta Pepsi dunia yang lain seperti Madonna, David Beckham, Shakira dan Britney Spears!

Wow, memang “hot” sangat aktor yang cukup sinonim dengan filem box-office  “Ombak Rindu” ini. Dan menerima habuan sejumlah RM11.5 juta setahun, uh, tak habis senyumlah Aaron anak beranak dengan rezeki tersebut.

Berita Benar: Aaron Aziz Adalah Duta Minuman Produk Drive M7
"Itu semua hanya gosip. Tidak benar sama sekali. Lagipun saya sekarang sudah terikat sebagai duta minuman produk Drive M7. Jadi saya tidak boleh mengikat kontrak sebagai duta produk minuman yang lain," jelas Aaron.

Berita Palsu: Nama Aaron Aziz Dikatakan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa

Sambil berseloroh dengan mengatakan jumlah RM11.5 juta itu membuat dia takut dikejar cukai pendapatan, Aaron juga menegaskan tentang nama sebenarnya yang dipermainkan sebagai Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa dalam sebuah laman hiburan tempatan.

Berita Benar: Nama Sebenar Aaron Aziz ialah Aaron Mustapha Aziz

"Nama saya memang original Aaron Mustapha Aziz yang diberikan oleh bapa saya sejak saya lahir. Bukan Mat Haron atau apa. Kalau tak percaya boleh semak dengan jabatan pendaftaran tentang nama sebenar saya," katanya yang kecewa dengan sikap individu yang 'menganiayanya' sehingga membuat dia dicemuh segelintir pihak.

Dipetik berdasarkan Yahoo! News.

Jumaat, April 06, 2012

Q1 Maxis iPhone 4S Maklumat Terkini

25 JANUARI 2012: iPhone Run 4S Putih Kehabisan Stok

SOALAN: Hei, sila membantu saya memeriksa di mana saya boleh mendapatkan 16GB 4s iPhone? Sebaik-baiknya berwarna putih.

JAWAPAN: Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, stok untuk iPhone 4s (putih) mungkin kehabisan di beberapa kedai runcit kami dari semasa ke semasa. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menambah semula stok secepat mungkin sekiranya ini berlaku. Kami memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang berlaku dan terima kasih kerana kesabaran anda. Bagaimanapun, kami mempunyai stok yang terhad untuk iphone 4s (hitam) pusat di Maxis KLCC. Anda perlu untuk berjalan awal pagi esok dan sila diingatkan bahawa ketersediaan berdasarkan asas pertama diutamakan berkhidmat sahaja.

30 MAC 2012: iPhone 16GB Hitam 4S


SOALAN: Saya ingin untuk memeriksa ketersediaan Black 16GB iPhone 4S di The Gardens dan KLCC Maxis Centre.

JAWAPAN: Terdapat saham yang tersedia untuk iPhone 16GB Black 4S di Maxis Center The Gardens dan KLCC. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ketersediaan stok berdasarkan asas pertama datang dapat.

SOALAN: ada apa-apa saham dalam tempat-tempat berikut: Sunway Pyramid, Mid Valley atau Putrajaya?

JAWAPAN: Ada stok hanya terdapat di Maxis Centre KLCC dan Taman untuk iPhone 16GB 4s (Hitam). Sila diingatkan bahawa terdapatnya berdasarkan asas diutamakan berkhidmat sahaja.

12 MAC 2012: iPhone 16GB Putih 4S Tidak Ada Kontrak

SOALAN: ingin tahu sama ada taman-taman maxis pusat mempunyai ketersediaan iPhone 16GB putih 4S? Jika tidak ada, mana-mana ketersediaan lain? Bagaimanakah pembelian iphone di mesin? Saya ingin untuk mendapatkannya tanpa kontrak.

JAWAPAN: Pada masa ini, sehingga hari ini, terdapat stok sedia ada adalah terhad untuk model iPhone 4S 16GB putih di Maxis Centre Taman. Ia juga mudah didapati di Maxis Centre Sunway Pyramid, e @ The Curve, TTDI dan KLCC. Mana-mana pembelian iPhone di mesin dikaitkan dengan Maxis. Anda boleh membeli bulat-bulat, tetapi setiap pembelian mesti diikat dengan nombor mudah alih Maxis.

SOALAN: Apakah versi IOS jika saya mendapat iPhone baru 4S dari Maxis oleh hari ini?

JAWAPAN: Jika anda membeli 1 4S hari ini iPhone, ia akan pramuat dengan versi IOS 5.0.1. Anda boleh mengemas kini melalui iTunes untuk versi IOS terkini.

SOALAN: Hi, saya boleh tahu jika iPhone4s Putih dan Hitam boleh didapati di pusat Maxis hari ini taman? Terima kasih.

Jawapan: Terdapat saham yang tersedia untuk putih iPhone 4s di Maxis Center Taman. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ketersediaan stok adalah berdasarkan atas dasar siapa dahulu yang


4 JANUARI 2012: iPhone 4S di Melaka
SOALAN: Apabila iPhone 4S boleh didapati di Melaka Maxis Center?

JAWAPAN: Sebagai satu update stok hari ini, terdapat stok terhad 16GB Iphone 4S di Mahkota Parade Maxis Centre. Sila ambil perhatian bahawa saham berdasarkan asas pertama datang dapat. Anda boleh berjalan di awal pagi untuk membeli peranti ini. Setiap update stok hari ini, kami kesal untuk memaklumkan kepada anda bahawa tidak ada saham yang lebih untuk 32GB iPhone 4S dan 64GB boleh didapati di Mahkota Parade Maxis Centre. Kami masih belum mendapat maklumat apabila stok iPhone 4S akan diperbaharui. Jangan menyemak dengan kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan stok laporan terbaru peranti.

SOALAN: Seperti yang anda dinyatakan di atas saham berdasarkan asas pertama yang datang dia dapat dan kita boleh berjalan di awal pagi untuk membeli peranti. Saya pergi ke Mahkota Parade Maxis Centre Pagi ini dan mereka memberitahu saya semua stok baru tiba dikhaskan untuk senarai menunggu. Kemudian saya meminta untuk meletakkan nama saya dalam senarai menunggu tetapi mereka enggan berbuat demikian dan mereka memberitahu saya senarai itu adalah terlalu banyak pada masa ini akan ditambah. Sila maklumkan.

JAWAPAN: Oleh kerana mendapat sambutan yang memberangsangkan peranti, ia telah menjadi satu cabaran untuk mengisi stok secepat mungkin untuk memenuhi permintaan. Walau bagaimanapun, kita mampu untuk menasihati anda sekali stok yang mencukupi sedia ada sebelum anda berjalan untuk pembelian. Sila memberikan kami kesabaran anda mengenai perkara ini.

SOALAN: Bolehkah saya menggunakan kad kredit bank-bank lain untuk membuat pembayaran apabila pembelian Iphone? Apa-apa caj jika saya menggunakan kad kredit bank lain untuk membuat pembayaran?

JAWAPAN: Dalam berhubung kebimbangan anda, anda boleh menggunakan kad kredit yang lain untuk membeli iPhone. Namun akan menjadi yuran admin memohon dan anda tidak dapat menikmati Pelan Pembayaran Mudah.

Q1 Maxis iPhone 4S Information Update

25 JANUARY 2012: iPhone 4S WHITE Run Out of Stock

QUESTION: Hey, please help me check where can i get iPhone 4s 16gb? Preferably in white. Thank you very much.

ANSWER: Due to overwhelming response, the stocks for the iPhone 4s (white) may run out at some of our retail outlets from time to time. We will do our best to replenish stocks soon as possible in the event this happens. We apologize for any inconvenience caused and thank you for your patience. However we do have limited stock available for iphone 4s (black) at Maxis center KLCC. You need to walk in early tomorrow morning and please be reminded that the availability is based on first come first serve basis only.


30 MAC 2012: iPhone 4S Black 16GB

QUESTION: I'd like to check the availability of iPhone 4S 16GB Black at The Gardens and KLCC Maxis Centre.

ANSWER: There is stock available for iPhone 4S 16GB Black in Maxis Center The Gardens and KLCC. However please take note that the availability of the stock is based on first come first serve basis. 

QUESTION: is there any stock in the following places: Sunway Pyramid, Mid Valley or Putrajaya?

ANSWER: There are stocks available only at Maxis Centre KLCC and The Gardens for iPhone 4s 16GB (Black). Please be reminded that the availability is based on first come first serve basis only.

12 MAC 2012: iPhone 4S 16GB White no contract
QUESTION: Would like to know whether gardens maxis centre have availability of white 16GB iPhone 4S? If it's not available, any other availability? How is the purchase of iphone at machines? I would like to get it without contract.

ANSWER: At this juncture, as of today, there is limited stock available for iPhone 4S 16GB white model at Maxis Centre The Gardens. It is also readily available in Maxis Centre Sunway Pyramid, e@Curve, TTDI and KLCC. Any purchase of an iPhone at machines is associated with Maxis. You may purchase it outright, but each purchase must be tied with a Maxis mobile number.

QUESTION: What is the iOS version if I get a new iPhone 4S from Maxis by today?

ANSWER: Should you purchase an iPhone 4S today, it will be preloaded with the iOS version 5.0.1. You may update through iTunes for the latest iOS version.

QUESTION: Hi, may I know if the iPhone4s White and Black is available at the Maxis centre the gardens today? Thanks.

ANSWER: There is stock available for iPhone 4s white in Maxis Center The Gardens. However please take note that the availability of the stock is based on first come first serve basis


4 JANUARY 2012:  iPhone 4S in Malacca


QUESTION: When are iPhone 4S available in Malacca Maxis Center?

ANSWER: As per today stock updates, there are limited stock of Iphone 4S 16GB in Mahkota Parade Maxis Centre. Please note that the stock is based on first come first serve basis. You may walk in early in the morning to purchase the device. As per today stock updates, we regret to inform you that there is no more stock for iPhone 4S 32GB and 64GB is available in Mahkota Parade Maxis Centre. We have yet to get the information when the iPhone 4S stock will be replenished. Do check with us from time to time to get the latest stock report of the device.

QUESTION: As you mentioned above the stock is based on first come first serve basis and we may walk in early in the morning to purchase the device. I went to Mahkota Parade Maxis Centre this Morning and they told me all the new arriving stock is reserved for the waiting list. Then I request to put my name on the waiting list but they refuse to do so and they told me the list is too much at the moment to be added in. Please advise.

ANSWER: Due to overwhelming response of the device, it has been a challenge to replenish the stock as fast as possible to meet the demand. However, we are able to advise you once ample stock is readily available before you walk in for purchases. Kindly accord us your patience on this matter.

QUESTION: Can I use other banks' credit card to make payment when purchase Iphone? Any charges if I use other banks's credit card to make payment?

ANSWER: In regards to your concern, you may use other credit card to purchase the iPhone. However there will be an admin fee apply and you are not able to enjoy the Easy Payment Plan.

Khamis, April 05, 2012

Raja Ashman Mangkat Akibat Asma

Kerabat diraja, kenamaan, rakyat ziarah jenazah Raja Ashman
Sumber: BERITA HARIAN, 2012-03-30 

KUALA KANGSAR: Kerabat diraja dan orang kenamaan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi jenazah anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini.

Raja Ashman, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini akibat serangan asma. Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira 3.40 petang untuk menziarahi jenazah yang ditempatkan di ruang khas tingkat dua bangunan istana berkenaan. Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara bersama-sama kesemua anggota keluarga diraja itu berada di Istana Iskandariah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut berada di ruang berkenaan.

Bacaan ayat suci al-Quran juga diperdengarkan oleh hadirin yang menziarahi jenazah Almarhum.

Perasaan hiba dan sayu menyelubungi suasana di istana berkenaan terutama balu baginda, Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin dan putera mereka Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Turut kelihatan ibu bapa dan keluarga Noraini Jane.

Orang awam tidak putus-putus menziarahi jenazah Almarhum sejak 11 pagi.

Terdahulu, turut menziarahi ialah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - BERNAMA


Raja Ashman Mangkat Akibat Asma
Sumber: BERITA HARIAN, 2012-03-31


KUALA KANGSAR: Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah, 54, mangkat akibat serangan asma di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, kirakira jam 1.30 pagi semalam.

Jenazah Almarhum dibawa pulang ke Kuala Kangsar dan ditempatkan di ruang khas tingkat dua bangunan Istana Iskandariah, sebelum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman dijalankan selepas Asar. Bacaan talkin disempurnakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Lebih 1,000 kerabat diraja dan orang kenamaan serta rakyat mula menziarahi jenazah Almarhum sejak jam 11 pagi.

Sultan Azlan Shah mendahului keluarga diraja menjirus air mawar dan menabur bunga di makam anakandanya itu diikuti Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun.

Ini diikuti Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah; Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara; Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan kerabat diraja lain.

Balu baginda Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin dan putera mereka Datuk Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, 20, serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah, 18, dan Raja Bainunisa Safia, 17, turut menjirus air mawar dan menabur bunga mawar di makam baginda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menziarahi kira-kira jam 3.40 petang.

Beberapa kenamaan lain kelihatan termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat, diputerakan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.

Baginda anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.

Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-Undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-Undang dari Cambridge University pada 1985.

Sepanjang hayat Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd., Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.

Raja Ashman penyokong setia pasukan hoki negara selain aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah

Gambar Proton Preve - 2012 - Terkini

Gambar-gambar terkini Proton Preve yang menjadi idaman setiap generasi tahun 2012. 

Adakah anda juga teringin memiliki Proton Preve selepas melihat foto-foto Proton Preve di sini?

Proton Preve memiliki rahsia dan keunggulan tersendiri. Proton Preve mewarnai senarai kereta Proton di pasaran dunia! Lihat saja pada gambar-gambar Proton Preve yang ada di sini.

Selepas Proton Inspira, kini tiba giliran Proton Preve untuk menjadi buah mulut rakyat Malaysia!

Nama model terbaru PROTON - PROTON PREVE

PUTRAJAYA: PROTON Holdings Bhd memilih ‘PREVE’ sebagai nama model kereta terbarunya bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata nama baru model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A bermaksud bukti atau sudah terbukti kepada dunia bahawa PROTON mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global. "Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia. "Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu selepas 27 tahun berada dalam industri automotif," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baru itu sejauh 156 kilometer.

Syed Zainal Abidin berkata PREVE mampu menjana keuntungan yang lebih tinggi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi.

Beliau berkata, PREVE dijadual dilancarkan bulan ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PROTON memberi keutamaan kepada gaya kereta bagi menarik pengguna global manakala model sebelumnya lebih disesuaikan untuk persekitaran domestik.

Syed Zainal juga yakin kereta baru global itu mampu mencatat jualan bulanan sebanyak antara 4,000 dan 4,500 unit.

Beliau juga yakin PREVE akan terbukti menarik pembeli luar negara dan untuk itu PROTON sedang menguji kereta itu untuk jualan di Asia Tenggara, Australia dan Asia Barat.

PROTON memberi perhatian terhadap ciri keselamatan termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori selain sistem pengendalian dalam membangunkan kereta global. - BERNAMA 

Isnin, April 02, 2012

Bahaya Cium Telinga - Boleh Jadi Pekak

Cium Telinga Punca Hilang Pendengaran

Biasanya orang mencium pipi atau dahi, tetapi ada satu budaya di Barat di mana orang mencium telinga sebagai tanda kasih sayang. Budaya ini walau bagaimana pun didapati berbahaya terhadap deria dengar manusia. Budaya mencium telinga seharusnya digantikan dengan mencium pipi atau dahi.
NEW YORK: Seorang profesor audiologi mengenal pasti lebih 30 orang hilang pendengaran selepas dicium di telinga dan jumlah itu berkemungkinan lebih ramai.

Penyelidik dari Universiti Hofstra di Hemstead, New York, Dr Levi Reiter berkata seorang wanita menemuinya kerana kehilangan pendengaran selepas anaknya berusia lima tahun menciumnya di telinga, lapor MSNBC.com yang dipetik akhbar Korean Herald. Reiter berkata beliau menyangkakan pada ketika itu kes wanita itu sangat unik tetapi kemudian beliau mendapati kes yang sama pernah berlaku sekitar 1950 an. Selepas akhbar Long Island melaporkan penemuannya, beliau turut menerima maklum balas daripada orang ramai yang mengalami masalah sama.

Reiter berkata sedutan kuat pada gegendang daripada ciuman menarik rantaian tiga tulang kecil dalam telinga yang mengakibatkan gegaran di dalam cecair koklea atau di dalam telinga.

Beliau berkata mungkin lebih banyak kes kehilangan pendengaran seumpama ini terjadi kepada bayi dan kanak-kanak bagaimanapun ibu bapa mungkin tidak mengaitkannya dengan ciuman.

Kehilangan pendengaran sehala disebabkan hembusan ke telinga, bunyi bising seperti letupan bunga api di atas kepala atau penggunaan putik kapas yang ditolak terlalu dalam, kata Reiter.

Beliau turut bercadang untuk menghantar penemuan berkenaan kepada Jurnal Audiologi Antarabangsa dan Jurnal Otorhinolaringologi Kanak-kanak Antarabangsa. – Agensi.

Ahad, April 01, 2012

GAJI BARU SSM MULA DITERIMA APRIL 2012 – PEKELILING PERKHIDMATAN SSM

GAJI BARU SSM MULA DITERIMA APRIL 2012 - Khabar terbaru mengatakan bahawa Encik Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telahpun menandatangani Pekeliling Perkhidmatan bagi penambahbaikan SSM pada 30 Mac 2012. Dengan termetrainya Pekeliling Perkhidmatan SSM 2012 tersebut, ini bermakna kesemua penjawat awam akan mula menerima gaji baru pada bulan April 2012 dengan mengikut peratusan dan pelarasan perbezaan gaji juga akan dibuat.

JADUAL GAJI BARU SSM 2012 - PENGIRAAN

Pada 8 Mac yang lalu, Perdana Menteri telah membuat pengumuman mengenai Jadual Gaji Baru SSM 2012 dan ini menyebabkan kakitangan kerajaan di seluruh negara ada yang mula mencongak-congak jumlah tunggakan gaji yang bakal mereka dapat.

PENGIRAAN PEMINDAHAN GAJI BARU SSM 2012
Untuk membuat pengiraan gaji baru anda, sila masuk melalui laman web ini:

Untuk makluman, pengumuman Perdana Menteri semasa Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri yang lepas adalah kenaikan gaji 7-13 peratus dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) untuk kakitangan awam sebanyak RM80 hingga RM320 setahun.

PEKELILING PERKHIDMATAN GAJI BARU SSM 2012

Penawar Batuk Pada Musim Batuk

Cuaca panas, lembab dan hujan yang tidak menentu menyebabkan ramai di kalangan kita mula diserang penyakit batuk. Petua menghilangkan batuk amatlah diperlukan pada masa ini, kerana batuk mampu menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian kita. Batuk menyebabkan suara menjadi serak, atau bagi sesetengah kes, kehilangan suara untuk berkomunikasi dan ini pasti menjejaskan urusan harian kita. Berikut adalah petua untuk menghilangkan batuk.

► Rendam sedikit kerak nasi dalam air suam sehingga kerak nasi itu kembang. Minum airnya pada waktu pagi setiap hari.

► Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

► Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

► Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

► Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.

► Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.

► Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

► Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

► Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.

► Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

► Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

► Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

► Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

► Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

► Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

► Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.