BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Belanjawan 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belanjawan 2012. Papar semua catatan

Khamis, November 17, 2011

Wang Bantuan Persekolahan RM100 Tidak Boleh Dipotong

Wang RM100 hak pelajar, keluarga 
KUALA LUMPUR – Semua pihak diingatkan jangan sesekali memotong wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang diagihkan kepada 5.3 juta pelajar di seluruh negara seperti yang diputuskan dalam Bajet 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika pihak sekolah atau PIBG membuat potongan terhadap wang bantuan itu, ia perlu dikembalikan segera kepada pelajar terbabit. 

“Tindakan (memotong duit bantuan) itu tidak wajar kerana kerajaan telah memutuskan bahawa ia adalah hak pelajar dan keluarga mereka,” kata beliau yang juga Menteri Pelajaran pada sidang akhbar selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Ahad, Oktober 09, 2011

RM500 jika keluarga ada lima anak

ULASAN AMIENE REV - Saya menyokong tindakan kerajaan dalam Belanjawan 2012

KOSMO: KUALA LUMPUR – Kira-kira 6.6 juta pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta di negara ini akan mendapat habuan wang tunai berjumlah RM790 juta bermula sesi persekolahan tahun depan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM530 juta diperuntukkan kepada 5.3 juta pelajar sekolah dari tingkatan satu hingga lima yang akan menerima bantuan RM100 manakala sebanyak RM260 juta diperuntukkan untuk baucar buku bagi pelajar universiti.

Bantuan kewangan secara tunai itu yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat kelmarin turut melibatkan pemansuhan yuran tahunan bagi sekolah rendah sebanyak RM23.50 dan yuran sekolah menengah RM33.50 yang kesemuanya berjumlah RM150 juta.

Yang pasti, perkhabaran paling gembira buat ibu bapa ialah apabila kerajaan bersetuju memberikan wang tunai RM100 bagi setiap anak yang bersekolah dari darjah satu hingga tingkatan lima.

Ini bermakna jika sebuah keluarga mempunyai lima orang anak bersekolah, keluarga tersebut akan mendapat RM500.

Sabtu, Oktober 08, 2011

Pendaftaran Haji Dipermudahkan - Belanjawan 2012

Mendaftar bagi menunaikan haji bagi golongan berpendapatan rendah turut dipermudahkan. Mereka yang tidak mempunyai tabungan RM1,300 untuk mendaftar kini boleh menggunakan simpanan KWSP. 

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI Kerajaan dengan ini membenarkan pencarum kwsp membuat pendaftaran awal melaui penghadangan atau ring fencing akaun 2 pencarum sebanyak 1 ribu 300 ringgit. Melalui kaedah ini wang pencarum sejumlah 1300 itu masih kekal dalam kwsp tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji

Bajet 2012 - Sekolah Percuma Untuk Semua

Disifatkan pertama kali dalam sejarah  bermula 2012 pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan dengan percuma.

Ketika ini pelajar dikenakan bayaran RM24.50 sen bagi sekolah rendah, dan RM33.50 sen bagi sekolah menengah.

Untuk bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, majlis sukan sekolah-sekolah dan insurans takaful.

Namun bermula 2012, semua bayaran itu dimansuhkan.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
Sukacita diumumkan bahawa buat pertama kali dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah kerajaan disediakan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

Struktur Gaji Penjawat Awam Dipertingkat - BELANJAWAN 2012

Mulai tahun 2012, kenaikan gaji tahunan pejawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13%.

Prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung pesara,  mulai 2013, kerajaan akan laksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

Lebih banyak mata gaji diwujudkan supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
menambah baik struktur gaji penjawat awam  melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yg lebih lama. dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya jika di bawah SSM, bagi guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah RM6,325.39. kelak, di bawah SBPA gaji maksimum belaiu akan meningkat 37.7% kepada RM8,710. Bagi guru bukan siswazah pula jika dibawah SSM kini yang berada pada gred DG34, gaji maksimu adalah RM3,860.52 kelak di bawah SBPA ia kan meningkat 39% kepada RM5,370.

Bonus Sara Hidup Untuk Kakitangan Awam

Bajet 2012 juga memperkenalkan langkah kerajaan meringankan kos sara hidup.

Mereka yang berpendapatan RM3,000 sebulan mendapat bantuan tunai RM500.

Ia membabitkan 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI.
Untuk menerima bantuan ini ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar denagn lembaga hasil dalam negeri sebagai agensi pelaksana.

Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan pejabat pos

Pemberian secara one -off atau sekali sahaja membabitkan peruntukan 1.8 bilion ringgit.

Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Kakitangan Awam

Perdana Menteri turut mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit kepada kakitangan awam dan 500 ringgit kepada pesara kerajaan. Ia tambahan kepada jumlah yang diumumkan pada Ogos lalu dan membabitkan 4 bilion ringgit. 

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan disember 2011.Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan ....pesara kerajaan.

Bonus Untuk Kakitangan Awam
Perdana Menteri turut mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit kepada kakitangan awam dan 500 ringgit kepada pesara kerajaan.

Ia tambahan kepada jumlah yang diumumkan pada Ogos lalu dan membabitkan 4 bilion ringgit.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI
Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan disember 2011.Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan ....pesara kerajaan