BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Februari 27, 2007

Contoh Agak Lengkap Kerja Kursus Sejarah PMR

Berikut hasil kerja kursus sejarah kiriman seorang pelajar yang mungkin boleh dijadikan contoh untuk para pelajar bagi membuat kerja kursus atau folio sejarah. Hasil kerja pelajar ini telah disunting oleh Cikgu Amien bagi beberapa kesilapan ejaan, susunan ayat dan format bagi memudahkan pelajar membuat rujukan cara-cara penulisan kerja kursus. Hasil kerja kursus sejarah PMR ini melibatkan pelbagai tajuk tugasan seperti "Perkahwinan dan adat istiadat orang Melayu", "Permainan Wau" dan lain-lain. Oleh itu, sekiranya ada pelajar yang meniru bulat-bulat hasil kerja kursus ini, maka pelajar tersebut akan terperangkap. Contoh yang diberikan ini tidak selengkap mana tetapi mengandungi isi-isi yang berkaitan tajuk-tajuk kerja kursus sejarah. Pelajar digalakkan berbincang sesama rakan dan meminta pandangan guru bagi mendapatkan cara penulisan esei atau karangan yang lebih tepat.

- CONTOH UNTUK RUJUKAN SAHAJA: DILARANG MENIRU HASIL KERJA KURSUS INI -


PENGHARGAAN


“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan pertolonganNya, dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) 2007. Saya Mohd Yazid bin Mohd Jalani, mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa tercinta yang sentiasa memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah saya iaitu En. Baharudin. Tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau mustahil dapat saya melengkapkan dan menjayakan kajian ini .

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Amir Mirza, Akmal Hakim, Azril, Izzat Rashid, Izzat Zulkefle, Mat Nasir, Hasbullah, Syed Syazwan, dan Khalida yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini.

Ucapan akhir saya kepada guru penilai saya iaitu _____________. Jasa beliau amat saya hargai. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Sekian.



OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut:

(A) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.

(B) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

(C) Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).

(D) Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri



KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(A) Temu bual
  • Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu dengan menemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya.

(B) Penyelidikan perpustakaan
  • Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adat-adat perkahwinan melayu.

(C) Pemerhatian
  • Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.

(D) Penyelidikan
  • Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat kajian.



PERMAINAN TRADISIONAL WAU


PENDAHULUAN

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.


Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor wau mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.


Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.



Latar Belakang Wau
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.



Kebudayaan dan Seni Permainan Tradisional Wau

Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.


Seni Pertukangan : Filigree
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.


Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling



Bahagian Perincian Wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.


Bahagian Utama Wau

Teknik Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.



Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh:


Gambar Pokok Buluh

A. Mencari dan Menebang Buluh
  1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.
  2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
  3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
  4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
  5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti pada waktu tengahari.
  6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
  7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
  8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
  9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

B. Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada di langkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :
  1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
  2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
  3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

C. Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :
  1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.
  2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
  3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.
  4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
  5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.


Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

  1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.
  2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu.
  3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang.
  4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
  5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap.
  6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.
  7. Seterusnya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
  8. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang

Proses Memasang Tanah Wau


Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :
  1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
  2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.
  3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
  4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
  1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
  2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
  3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.
  4. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.
  5. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan.
  6. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air.
  7. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.


Proses Membuat Serta Memasang Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.


Proses Membuat Serta Memasang Busur
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.
  1. 1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
  2. 2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki.
  3. 4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
  4. 5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.




PERMAINAN WAU
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.


Koleksi Jenis-jenis Wau Tradisional


Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.


Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.


Cara Bermain Wau
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.


Kawasan yang sesuai

Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang
kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau.

Kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.


3 Unsur Yang Mempengaruhi Kenaikan Wau

Tekanan angin

Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.

Daya tarikan graviti
Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.

Daya seretan.
Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan.


Jenis Tali Untuk Permainan Wau
Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

Teknik menaikkan wau jarak dekat.
Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.

Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus.

Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

Teknik menurunkan wau
Menurunklan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali.
Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali.

Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.


Kesimpulan
Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.




RUMUSAN


1) Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang adat perkahwian orang melayu.

Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati adat perkahwinan orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah.

Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami adat_adat perkahwinan sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-hormati natara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antarakaum.

Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysi.


2) Umum mangetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya yang berbilang kaum. Namun itu bukan sesuatu perkara
yang mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang terdekat. Oleh itu, usaha untuk memupuknya telah dimulakan sejak negara belum merdeka lagi. Setelah melebihi separuh abad, usaha itu kini bleh dilihat jelas hasilnya. Tetapi kita masih perli melekukan sesuatu untuk memastikan perpaduan ini b'terusan.

Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum
yang menetap di negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama.

Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya
yang berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat akan moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.

Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud kija kita sentiasa bekerjasama dan tolong- menolong antara satu sama lain. Ia akan bersemangat kekitaan kepada diri bangsa Malaysia.

Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang
negara untuk hidup aman dan damai dalam masyarakat luar kerana tahap disiplin kita yang tinggi.



RUJUKAN:
  • “Brief History of the Kite.” http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12 Oct. 2004
  • “Dikir Barat”. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004
  • “Ekite model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004
  • “Filigree.” www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004
  • “Kedai Wau.” http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004
  • “Kites In Malaysia, kites in Penang.” Discovery Kites. http://www.discovery-kites.com/. 5 Oct. 2004
  • “Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite”. Pasir Gudang Kite Festival Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004.
  • “Malaysia’s Independent Kiting Portal.” http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct. 2004
  • “SkyDancer Sports Kites.” http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004
  • “Traditional Kite Plans.” Kite Building Plans.KiteBuilder.com. http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004.
  • “Wau.” http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004

Komen Cikgu Amien: Cara penulisan yang digunakan tidak begitu mengikut format yang sebenar, tetapi isi kandungannya agak lengkap walaupun kurang tersusun. Para pelajar diminta merujuk guru pembimbing masing-masing untuk mendapatkan format yang betul dan terbaru.

- CONTOH UNTUK RUJUKAN SAHAJA: DILARANG MENIRU HASIL KERJA KURSUS INI -
Sumber lain: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam

Ultraman Dance dan Tag atau Label atau Permainan Kejar-kejar

Apa pun sebelum tu aku ingin berkongsi mengenai Tarian Ultraman atau Ultraman Dance ini. Sampai masa Hari Guru pun ada budak-budak sekolah buat persembahan Tarian Ultraman ni. Agaknya siapa tahu asal usul dan sejarah Ultraman Dance ini? Lagu yang dimainkan pun lebih kurang sama. Apabila aku lihat balik Ultraman yang sebenar menari, lain pula ceritanya.















Hari ni aku berpeluang buka sekejap blog aku. Banyak urusan hari ni. Sibuk. Sekarang aku mengendalikan program peringkat universiti. Pengarah program. Mengantuk.

Mengantuk sebab:
1. Makan sardin (sebab sahut seruan kerajaan, dilarang makan makanan segera).
2. Otak berfikir sepanjang masa, biarpun ketika tidur. (Tidur atau tidak?)
3. Penulisan tesis.
4. Bercakap banyak, mengarah banyak, beri motivasi banyak dan taklimat pun banyak.
5. Sakit aku sejak tahun lepas belum baik lagi.
6. Berjalan banyak. (tengok-tengok tapak program dan menemui VIP).
7. La la la la la la la la la malas nak fikir apa nak tambah lagi dalam blog ni, tidur lagi baik.

Malam nanti ada mesyuarat. Aku harus mengagihkan tugas-tugas penting kepada timbalan-timbalan pengarah aku. Sudah empat tahun aku tidak melibatkan diri dalam dalam dunia persatuan dan organisasi yang melibatkan protokol dan prosedur ni. Aku ingat dah tak mahu terlibat lagi. Namun sekarang, nak tak nak, dah tak ada orang lain lagi.

Sebab ini idea aku 100%. Penasihat pun setuju dengan semua keputusan aku dan dia dah serahkan tugas-tugas ni semua kepada aku. Jadi, apa pun sekarang keputusan mengenai program ini di tangan aku dan apa-apa yang memerlukan tanda tangan sokongan sahaja akan diberikan oleh Penasihat dan Dekan.

Mengantuk... zZzZzZz....

zZz....

Oh lupa... ada permainan 'tag'? Aku sempat tengok siapa yang kena tag selain aku dekat blog Pak Teh ni. Pak Sinaganaga, Tok Rimau, Basri Dugong Senyum, Encik Klinik Minda dan Rickywan.

Nampaknya aku tak sempat nak tag hari ni. Ada tanggungjawab penting. Aku bertanggungjawab ke atas... beratus-ratus orang.

Aku kena selesaikan tanggungjawab ini dahulu. Semoga Tuhan meredhai setiap keputusan aku, memberkati setiap tindakan aku, mempermudahkan segala urusanku dan memberi kesihatan dan kebahagiaan hidup kepada aku dan semua AJK-AJK KITAB.

Amin.

Nak tidurkah? Atau... zZZzzZz ZZzzZz ZZzzzzZ ZZzZ zZz ZZzzz ZZzzZz

Ahad, Februari 25, 2007

KITAB: Tersungkurnya Sang Presiden

Dua orang berbeza matlamat, berbeza fakulti, berbeza persatuan. Seorang individu dan seorang presiden persatuan. Seorang mahu menghidupkan persatuannya, seorang lagi mahu mengajar anak-anak Desa Bakti secara percuma. Namun presiden persatuan itu menyerah kalah, meletakkan jawatan dan meninggalkan segala-galanya, gara-gara salah satu program yang dikendalinya tersekat-sekat (bukan KITAB). Walau pun pakatan antara penulis blog itu dengan presiden itu sudah ditamatkan, KITAB kini sedang menghala ke satu fasa baru. Presiden itu rebah, KITAB walau bagaimana pun terus maju didokong oleh penulis blog, seorang penasihat persatuan yang lain dan belasan orang junior-juniornya.

Kini, penulis itu tidak lagi bergerak sendirian. Dia sudah memiliki rakan-rakan seperjuangan dari fakultinya sendiri. Mara! Terus mara!

"Dulu, tak pernah ada orang nak ambil berat..."

"Ini adalah rahmat..."

Semoga program ini mampu membawa kebaikan kepada semua pihak. Amin. Jumlah bilangan tutor terus meningkat secara mendadak selepas dijalankan secara tunggal. Persatuan itu mempunyai banyak masalah dalaman dan masalah komitmen, yang menjadi batu penghalang dalam usaha melaksanakan KITAB. Kini halangan itu tidak ada lagi. Walaupun agak menyedihkan, namun bak kata orang:

"Hanya orang mahu menolong dirinya sendiri, yang layak ditolong."

Presiden persatuan itu telah silap percaturan, tidak tegas, tidak prihatin, tidak peka, tidak pandai menguasai situasi dan politik dalam persatuannya. Ini adalah satu pengajaran buatnya. Kesilapan yang besar adalah kerana menjaga kepentingan diri, sehingga mengabaikan kepentingan terhadap orang lain. Kesudahannya, presiden itu tersungkur... dan dibelenggu perasaan serba-salah.

"Jangan main-main apabila membuat keputusan dan jangan main-main apabila membuat perjanjian, kelak, kamu akan binasa."

Entri kali ini sengaja tidak disunting. Menunjukkan penulis sedang penat. Sambil tersenyum pahit. Satu, kerana misi sudah mula menampakkan hasil. Kedua, kecewa dengan sikap presiden itu. Perbuatan presiden itu menyebabkan dia menjadi bahan ketawa orang lain.

"Jangan main-main apabila mencalonkan diri dalam pilihan raya. Ini adalah pengajaran terbaik untuk kamu. Dahulu saya kecil hati dengan sikap kamu mempermain-mainkan perkara yang serius. Berkali-kali kamu berbuat demikian sehingga aku meninggalkan, mengelak daripada bertemu dengan kamu. Ini adalah pengajaran untuk kamu."

Ya. Sudah tidak ada masa untuk aku melayan ketersungkuran seorang presiden. Sekarang aku perlu mengatur strategi untuk program murni ini. Apa yang harus aku utamakan ialah persediaan untuk kelas bimbingan percuma itu nanti.

Jalan dulu... sampai jumpa lagi.

Jumaat, Februari 23, 2007

My Ultimate Technorati Favorites Exchange Experiment

Participate by Exchanging Favorites

Add to Technorati Favorites

Add to Technorati Favorites


1. Participate by Exchanging Favorites

This exchange is open to anyone who owns a blog. As long as your blog is not full of spam or copyrighted material, you’re free to participate.

This is fastest way to join the exchange program. Favorite my blog by clicking here and then please leave your Technorati username as well as a similar link to your blog in a comment.

To make things easy, I suggest using a Technorati favorite link or button. You can get the buttons and links easily at this Technorati page. Please leave a link to one blog only.

My Technorati nickname is amienerev and I will favorite all the links as soon as possible. I won’t be leaving any comments to confirm this because I’ll just be repeating myself constantly over the comment section.

Please periodically check to see who has favorited your blog and do also let me know if I’ve left you out.


2. Link to this blog post with your Post on Technorati Favorites

This is only for those bloggers who are interested in holding Technorati exchanges on their blog as well. These are the steps you need to take:
  • Create a post on your blog announcing that you are exchanging Technorati favorites. Prominently include a link to this post to indicate that there is a similar exchange going on at Dosh Dosh.

You can use any link text you want. I do however prefer that you make a new post on this topic instead of putting the link in a old post that is already deep in your archives.
  • Get a Link Back. Once I’ve noticed the link via trackback or Technorati, I’ll include a link to your post on Technorati favorites in this post itself so readers here can visit your blog to participate if they want to. I will also try to periodically highlight this post so it never gets lost in the archives.


This is the example of my text message to inform those bloggers that I put into my favourite:

I just faved you. Please return the favor. Thanks.
Duke Amiene Rev
Username: amienerev
This is my link. Click here to add me.


This is my special entry for this favourite exchange program: Click Here.

Khamis, Februari 22, 2007

The Z List Experiment

My special links here. I participated in Z List Project.

Dosh-dosh, do you see me? All other, do you see me? For those who like to involve in this project, please put my url link with the list below. Do not put your own url link. That's the rule. But if you want to participate, then you must put my URL link with below links.

A Viral Garden
Connected Internet
Blog-Op
Can I Make Big Money Online
Blogtrepreneur
Blogging to Fame
Million Dollar Experiment heads Down Under
Kumiko's Cash Quest
Internet Bazaar
Dosh Dosh

Shotgun Marketing Blog
BrandSizzle
bizsolutionsplus
Customers Rock!
Being Peter Kim
Pow! Right Between The Eyes!
Billions With Zero Knowledge
Working at Home on the Internet
MapleLeaf 2.0
Two Hat Marketing
darrenbarefoot.com
The Emerging Brand
The Branding Blog
CrapHammer
Drew's Marketing Minute
Golden Practices
Viaspire
Tell Ten Friends
Flooring the Consumer
Kinetic Ideas
Unconventional Thinking
Buzzoodle
NewsPaperGrl
The Copywriting Maven
Hee-Haw Marketing
Scott Burkett's Pothole on the Infobahn
Multi-Cult Classics
Logic + Emotion
Branding & Marketing
Popcorn n Roses
On Influence & Automation
Bullshitobserver
Servant of Chaos
converstations
eSoup
Presentation Zen
Dmitry Linkov
aialone
John Wagner
Nick Rice
CKs Blog
Design Sojourn
Frozen Puck
The Sartorialist
Small Surfaces
Africa Unchained
Perspective
gDiapers
Marketing Nirvana
Bob Sutton
¡Hola! Oi! Hi!
Shut Up and Drink the Kool-Aid!
Women, Art, Life: Weaving It All Together
Community Guy
Social Media on the fly

Rabu, Februari 21, 2007

Kematian Seekor Wak Wak

Awak! Awak! Seekor burung wak wak telah mati dilanggar motosikal. Aku berasa sungguh pelik, kerana burung itu mati di kawasan yang tak sepatutnya. Sungguh memilukan, rupa burung itu.

Di tempat aku ini banyak burung wak wak. Burung ini ada lagendanya yang tersendiri. Lagenda yang tidak dikenang orang. Lagenda yang tinggal dalam khazanah zaman. Lagenda yang mistik, penuh dengan kisah-kisah misteri. Itulah burung wak wak.

Pernah suatu ketika, ada seorang menjala burung wak wak. Tiba-tiba dia melihat ada suatu lembaga yang bersaiz besar. Rupa-rupanya burung wak wak itu telah menjelma menjadi seekor burung wak wak gergasi dengan matanya yang menyala-nyala merah.

Malam ini, dijangka, roh burung wak wak tidak tenteram. Wak wak itu akan berjalan, dengan bayang-bayangnya melepasi setiap koridor asrama. Sambil menyeru memanggil dan berjalan dari bilik ke bilik dengan suara yang halus tetapi runcing:

"Awak! Awak! Awakkah yang melanggar saya?"

Namun, tidak ada sesiapa pun yang berani untuk membuka pintu. Wak wak itu akan terus menghantui dan menghantui blok itu. Agaknya, siapakah orang yang telah melanggar burung wak wak itu? Saya tidak mampu untuk menyiasatnya. Program KITAB lebih utama.

Kisah Sahabat Yang Putus Cinta


Ini adalah patah-patah perkataan seorang sahabat baik saya, berbangsa India dan beragama Kristian mengenai kisah putus cinta seorang sahabat saya lain:

"Don't worry. Tuhan akan sentiasa merahmati dan melindungi mereka yang meletakkan sepenuhnya iman dan kepercayaan mereka dalam tanganNYA. Saya selalu percayakan perkara ini. Walaupun saya pernah melalui liku-liku kehidupan yang teramat pahit.... I still survive dan masih mampu ketawa dan bercakap seperti nothin happen."

Jika saya tidak mengatakan yang sahabat saya ini seorang Kristian, adakah sesiapa menyangka dia seorang Kristian? Apa pun kata-kata seorang sahabat ini, menyentuh hati saya sebagai sahabatnya.

Ini pula pesanan yang diminta disampaikan oleh sahabat saya yang telah putus tunang itu kepada semua orang:

"Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin...jangan biarkan ia terbiar tanpa arah..."

Saya sudah menunaikan permintaan sahabat saya itu sekarang. Bersemangat! Bersemangat! Hadapi cabaran hidup ini dengan penuh harga diri!

Selasa, Februari 20, 2007

Minggu Paling Sibuk Sudah Bermula


Setelah beberapa minggu dan antara banyak-banyak minggu setakat ini, akhirnya bermulalah raja minggu. Ada banyak perkara yang perlu dilakukan minggu ini:

  1. Aku dan pensyarah kena menemuduga calon-calon untuk program KITAB (ada juga yang dapat tiket pas untuk program ini, iaitu bekas Majis Perwakilan Pelajar).
  2. Bagi taklimat, susun strategi publisiti dan lain-lain untuk KITAB.
  3. Menulis tesis
  4. Persediaan untuk ujian
  5. Makan ubat. Alhamdulillah, sakit yang menyerang sejak akhir bulan Disember 2006 lalu dah makin baik.
Semuanya mesti diselesaikan dalam masa lima hari, kecuali yang terakhir tu.

Hari ini aku mendapat dua kali langkah kanan. Alhamdulillah...

Ahad, Februari 18, 2007

Kisah Cinta SPTIANS: Kisah Cinta Kawan-kawan Aku...

Bagaimana, apa nak jadi dengan SPTIANS. Dulu, budak-budak ni bercinta satu kelas kuliah. Sekarang, masing-masing dah bawa diri. Bila keluar, putus. Putus dan putus lagi. Dulu, tahun kursus aku mencatat bilangan pelajar paling ramai bercinta dengan rakan sekursus.

Hubungan kami semua sangat-sangat erat. Tidak kira Melayu, Cina dan India. Kawan aku berbangsa Cina pernah datang ke rumah aku, pakai kain pelikat, makan nasi dengan tangan, makan budu, makan cencaluk dan belacan. Bila tiba hari lahir aku, kawan-kawan aku yang berlainan bangsa akan beri aku hadiah. Aku juga.

Sekarang, satu demi satu putus. Putus dan putus lagi. Aku tak tahu, kenapa... kenapa aku rasa sangat sedih. Hari ini aku mendapat tahu lagi satu berita yang sama.

Kisah cinta SPTIANS, tidak ada satu pun yang kekal!!!!! Buang masa untuk aku termenung mengingatkan kawan-kawan aku ini, lebih baik aku baca Quran.

Jodoh di tangan Tuhan. Tidak guna, lara... untuk mengenangkan semua ini.

"Nanti, bila kita nak buat
reunion yang seterusnya?"

"Tunggulah bila semua dah kahwin. Seronok. Boleh terus buat Hari Keluarga."

"Bagus juga tu, Amien. Kita tengok siapa yang dapat anak paling ramai."

"Ha! Ha! Kau dengan dia bila nak kahwin? Bertunang jangan lama-lama."

"Dia tengah kumpul duit dulu."

"Ha! Ha!"

Sekarang... tidak ada lagi. Dengan berlakunya perpisahan antara dia dengan dia yang itu, maka berakhirlah kisah cinta SPTIANS. Nampaknya.. begitulah.

Tiba-tiba... aku rasa sangat-sangat sunyi. Lantak kaulah labu!!!

Sabtu, Februari 17, 2007

Aku Susah Hati

Hati aku tidak tenteram. Aku rasa cukup runsing. Keliru. Aku akan rasa tidak tenang selagi aku tidak mendapat jawapan yang sebenarnya. Aku mengira bilangan gigi aku. 28. Aku mendapat tahu bilangan gigi orang dewasa ialah 32. Kenapa? Kenapa? Sesiapa!!!!! Tolong aku!!!! Berapakah jumlah gigi yang anda ada?

Oro! Aku patut meminta tolong dengan gaya yang sopan dan berbudi bahasa. Betul, lagi pun setiap perbuatan aku sering menjadi ikutan junior-junior aku. Aku tidak boleh berbuat sesuatu sewenang-wenangnya. Aku tidak membuang plastik pada komputer riba aku. Junior aku juga mengikutinya. Aku pergi latihan tenpin boling untuk sukan peringkat universiti, junior aku juga mengikuti. Aku pandai menjadi detektif untuk menjaga keputusan akademik junior-junior aku di universiti. Junior aku pula mempraktiknya untuk menyiasat siswi-siswi cantik. Oh, ya! Tidak patut mereka menjadikan bilik masing-masing untuk permainan Counterstrike dengan kabel RJ45! Aku juga dulu, suka mencipta dunia 3D dan merekabentuk watak-watak 3D untuk permainan itu, beberapa tahun dahulu. Barangkali betul kata orang, senior borek, junior rintik.

Aku merepek lagi. Apa pun, aku tetap mahu tahu berapa bilangan gigi yang semua orang ada. Persoalan ini sudah mengganggu pemikiran aku sekian lama, sejak beberapa minggu lepas. Aku berasa seram dengan persoalan ini. Cukup menghantui aku!

Jumaat, Februari 16, 2007

Petikan Novel: The Managers - Amiene Rev 1997

The Managers
Hakcipta Terpelihara Amiene Rev (1997)

Ketika itu musim salji di New Picardy. Sebuah kereta salji melungsur laju ke arah Barat. Beberapa ekor anjing serigala berlari-lari dengan tali yang terikat pada badan masing-masing.

Kereta salji itu berhenti. Anjing-anjing penarik kereta salji itu mengeluh sesama sendiri. Keluar seorang wanita rupawan, berusia lewat 30-an. Baju tebal daripada kulit rubah merah, kasut tumit tinggi berwarna hitam, dan topi ahli sihir Sparrow Witch dari Canopy Peak. Itulah dia salah seorang daripada empat pengurus Walcowax yang terkenal di Amiens.

"Selamat datang, Cik Anne." Para pengawal bersuit kelabu bertalu-talu memberi ucapan selamat. Masing-masing menanggalkan topi, memberi tunduk hormat kepada Cik Anne.

"Hari yang cukup baik," Cik Anne tersenyum, menjeling ke arah setiap pekerjanya, sambil berjalan masuk ke Menara Outfalls yang tertinggi di dunia pada ketika itu.

"Oh! Kucing saya!" Cik Anne melopong terkejut, kedua-dua belah tangannya yang berkuku biru berkilat diletakkan ke mukanya. Kucing yang bernama Fatburn itu mengiau-ngiau lemah dengan suara yang agak tenggelam.

Dia melihat Fatburn digantung di atas kipas yang sedang berpusing-pusing. Sambil mengetap bibir, Cik Anne menutup suis kipas. Lalu menanggalkan riben yang mengikat kucing montel itu, sambil memeluk sayang kucingnya.

"Siapa yang menceroboh ke bilik saya? Hall!!!!" Muka merah padam Cik Anne memang menakutkan. Usianya sudah menjangkau 35 tahun tetapi masih belum berkahwin.

"Hall!!!" Cik Anne mencium Fatburn lalu meletakkannya di atas meja.

"Kring!!!" Telefon antik yang terletak di meja coklat itu berbunyi. Fatburn terperanjat, lalu melompat turun dari atas meja, menjatuhkan beberapa fail merah dan hitam ke lantai kayu yang berkilat-kilat, secara tidak sengaja.

"Hello? Ya, Cik Anne di sini?" Terdengar suara berkumat-kamit di gagang telefon.

"Apa? Ya!" Sekali lagi air muka Cik Anne berubah. "Ini hari yang teruk!"

Ketika itu, seorang wanita muda, tukang bersih pejabat, menyuruk di celah pintu yang terbuka sedikit. "Angin Cik Anne tidak begitu baik hari ini. Lebih baik aku..."

"Hall!!! Saya boleh mencium bau anda, Hall! Keluarlah" Ahli sihir Anne terjerit-jerit lagi. Dia sudah mengamuk!

"Ya! Ya! Saya masuk!" Dengan suara yang terketar-ketar, Cik Hall menjawab, sambil berjalan teragak-agak, masuk ke bilik pengurus.

Cik Anne sudah membeliakkan matanya. Memandang tepat ke arah Hall seperti seekor singa liar dari Savannah. Sekarang, dia betul-betul sudah 'menjelma' menjadi ahli sihir wanita yang sangat-sangat garang...!

Nota: Cerita ini ditulis pada tahun 1997, ketika aku berada di tingkatan 3. Boleh kata, ini adalah pandangan seorang budak berusia 15 tahun, mengenai dunia usahawan. Apa pandangannya, apa yang difikirkannya mengenai dunia usahawan. Ketika itu aku sedang berkira-kira untuk menjadi seorang usahawan. Menjadi usahawan adalah salah satu cita-cita aku. Juga salah satu percaturan untuk menjana kewangan bagi membina sebuah institusi khas untuk anak-anak yatim pada masa akan datang.

Ahli Neraka Sekalian: Hentikan Fitnah Terhadap Mawi dan lain-lain manusia

Petikan sumber: Harian Metro

Cuma apa yang A tidak puas hati, ada segelintir pihak yang melabel Mawi kini sudah lupa daratan dan meminggirkan kaum keluarganya. Sedangkan kejadian yang berlaku depan matanya sendiri baru-baru ini bercanggah sama sekali.
Kata A, semuanya bermula ketika A menunaikan solat di surau pusat beli-belah di Bandar Utama.

Tambah si A lagi, hanya selepas selesai solat, barulah dia perasan yang menjadi imam di surau itu adalah Mawi.
Terkejut beruklah si A kerana inilah kali pertama dia bertemu empat mata dengan Mawi. Lebih-lebih lagi, di tempat yang mulia seperti itu. Tambahnya lagi, Mawi juga tidak bersendirian kerana selepas solat, dia yang ditemani ibu dan ahli keluarganya yang lain terus membeli-belah pula ke pusat beli-belah berkenaan.

Tergambar jelas kemesraan Mawi melayan ahli keluarganya di pusat beli-belah itu. Terbukti dia sangat mementingkan kebahagiaan keluarganya itu.
Justeru, kata si A, kepada mereka yang membuat cerita Mawi meminggirkan keluarganya itu, hentikanlah kerja mereka yang tidak berfaedah itu.

Fakta-fakta Mengenai Fitnah:

Nabi S.A.W bersabda: "Segeralah beramal, fitnah-fitnah seakan potongan-potongan malam yang gelap, seorang di waktu pagi sebagai mukmin dan masuk sore menjadi kafir atau di waktu sore sebagai mukmin, di waktu pagi menjadi kafir, ia menukar agamanya dengan harta benda dunia". (HR. Muslim).

Nabi bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari sahabat Abu Hurairah R.A:
Zaman-zaman akan saling berdekatan, amalan akan berkurang, sifat pelit akan diberikan, fitnah dan haraj akan banyak. Para sahabat berkata, "Apakah itu?" Beliau menjawab, "Pembunuhan".

Kaedah Penulis Unggul 3

Malam tadi aku terlelap, tiba-tiba aku mimpi ada seekor kuda di halaman rumah. Kuda itu melompat-lompat, lalu aku mendekatinya dan menunggangnya. Kuda ini berwarna perang merah. Anehnya, pada kuda ini terdapat empat tempat duduk.

Aku menunggang kuda ini, melalui jalan-jalan yang aku sendiri tidak kenal. Kuda ini sangat hebat! Berlari dengan cukup laju.

Aku sedar dari lena. Malam masih menjengah. Lambat betul hendak siang. Aku terfikirkan lagi. Tiba-tiba teringatkan mimpi aku yang dahulu, menunggang harimau yang sangat besar, seolah-olah singa betina. Tapi aku yakin itu adalah harimau, bukan singa. Ganjil sungguh, masakan ada harimau sebesar itu. Itukan mimpi. Apa pun boleh jadi.

Jadi aku sambung tidur lagi. Pagi ini aku terjaga. Aku masih lagi terfikir-fikir akan mimpi yang menarik tadi. Barangkali, mimpi itu menyuruh aku menunggang kuda. Cuti-cuti sebegini, semua orang sudah balik ke kampung. Aku pula berfikir tiga perkara, mengenai Program KITAB, mengenai penulisan tesis, mengenai kaedah penulis unggul. Nampaknya, pemikiran aku akan terus bekerja dan bekerja.

Sekarang sudah sampai masanya...

Bercakap mengenai kuda, aku teringat salah satu cerita kanak-kanak yang pernah aku tulis, berkaitan dua beradik kembar yang memiliki kuda-kuda yang setia, beberapa tahun lepas. Terasnya masih ada.

Mengingatkan hari cuti, aku teringatkan sebuah keluarga, di mana, dahulu aku menjadi seorang anak yang paling tua dalam keluarga itu. Mereka semua sudah tidak ada. Apa pun, aku harus bersyukur dengan keluarga yang aku ada sekarang. Mereka adalah keluarga sebenar aku.

Mengingatkan hari cuti, tiba-tiba aku teringatkan sepupu aku. Adakah dia sudah kembali ke benua Eropah? Lebih kurang satu dekad yang lepas, selepas perceraian ibu bapanya, dia tidak lagi berkawan baik dengan aku.

"It's not you. It's your mom. Your mom asked you to phone me just to incite me to leave my mother!" Katanya kepada aku ketika aku menelefonnya, suatu hari, untuk bertanya khabar.

Kecil hati dengan jawapan itu, aku tidak lagi berhubung dengannya. Tidak ada lagi spageti atau macaroni. Beberapa tahun kemudian, ayahnya datang memberi aku telefonnya. Katanya mahu aku bercakap dengan dia.

"It's all about fraternity, not rivalry!"

Dahulu aku sering mengalah kepada dia. Namun sejak dia tidak ada lagi, aku sudah mula memajukan diri aku. Meninggalkan dia jauh terus ke belakang tanpa aku sedari. Dia mengetahui perkembangan diri aku dan mahu menyaingi aku kembali. Dalam erti kamus hidup dia, dia tidak mahu aku melebihi dia. Aku tak kisah pun. Dahulu aku bukanlah orang yang suka bersaing. Aku adalah orang yang jenis memandang matlamat hidup aku, tidak mempedulikan apa jua jenis persaingan.

Ya. Sekarang pun begitu. Hidup aku cuma memandang matlamat aku. Persaingan soal kedua. Apa yang harus aku capai, itu yang aku tumpukan. Sebab, hayat manusia terlalu pendek, aku harus mencapai apa yang patut aku capai. Urusan aku dengan Tuhan.

Ini baru dinamakan sebagai, perjuangan. Perjuangan hidup. Aku akan terus menunggang kuda dan harimau menuju kejayaan!!!

Kaedah Penulis Unggul 2

Aku kembali lagi dengan catatan mengenai penulis buku. Kali ini, aku masih lagi mengkaji teknik-teknik baru untuk menulis. Mungkin agak, tidak patut, kalau aku katakan, teknik yang digunakan dalam PTS, adalah teknik yang pernah aku fikirkan 5-6 tahun yang lepas.

Dalam fikiran aku, menjadi penulis bukan sekadar pandai bercerita, tetapi ada beberapa unsur yang perlu diambil kira. Aku menamakan empat-empat prinsip ini sebagai Prinsip Penulis Unggul. Aku belum berani kata, ini adalah teknik yang memenuhi keperluan dan kehidupan seorang penulis, namun prinsip-prinsip ini dapat memenuhi keperluan aku sebagai seorang penulis. Oleh itu, belum tentu dapat diguna pakai oleh penulis-penulis yang lain. Ya, sebelum itu, imej yang mengisi ruang entri ini adalah imej wallpaper yang aku buat untuk bulan Mac 2006. Setahun yang lalu.

Kesibukan masa, percetakan, penerbit, pengedar, kos, bahan, pasaran dan beberapa perkara lain adalah antara perkara di luar kawalan. Aku perlu menganalisis semua perkara ini. Sebelum itu aku telah merekabentuk faktor dan formula pembolehubah berdasarkan personaliti aku sendiri. Aku tidak mahu bergantung kepada kebolehan luar biasa aku untuk melakukan perkara ini. Dua kaedah lama yang dipanggil sebagai implantation (1994) dan absorption (2006) bukan cara yang sesuai. Boleh jadi, sudah tiba masanya untuk mencipta teknik baru untuk menjana potensi baru.

Analitikal: 90%, Intelektual 100%, Ketahanan 80%, Struktur 70%, Autonomi 70% dan beberapa lagi ciri-ciri personal yang perlu diambil kira dalam meneruskan kajian ini. Kalau aku berjaya menggunakan ruang masa terhad berdasarkan prinsip 'Beta Originz' maka hasil yang diperolehi nanti adalah lebih konkrit. Tidak, kali ini aku mahukan sesuatu yang lebih abstrak serta wujud tahap fleksibiliti yang sangat tinggi.

Baiklah... kalau begitu, hidupkan jam randik...

Belum sampai masa, belum. Sudah berjanji bukan?

Itu cuma simbol V. Kalau begitu, tidak boleh tidak, mari membuat ramalan jangka hayat dia yang masih ada. Sungguh menakutkan dan mengharukan tetapi ini adalah perkara terpenting untuk dia. Kalau begitu, terpaksalah menggunakan cara yang tidak berperasaan ini.

Masa paling dominan untuk menunjukkan kepadanya apa yang dia mahu, kalau begitu aku ada peluang untuk penulisan tesis aku, dan pada masa yang sama menyiapkan rangka awal untuk penulisan ini.

Bagus! Kalau begitu sudah selesai. Ini sama seperti memandu laju sebuah kereta di tengah-tengah jalan raya yang sangat sibuk. Sedikit kesilapan, MATI!

Bukan, walaupun berlaku perlanggaran sekali pun, aku harus mengira setiap saat yang ada untuk menyelamatkan diri dan mara ke matlamat. Risiko ini sangat besar... kau benar-benar mahu melaluinya?

Namun, cuma 'bangsa' kau sahaja yang memiliki kebolehan ini. Aku menamatkan monolog ringkas dalam mindaku.

Khamis, Februari 15, 2007

Kaedah Penulis Unggul

Sibuk? Ini selalu jadi alasan. Risiko? Ini soal ketiga. Idea? Siapa kata tidak ada idea. Sejak kebelakangan ini, seorang sahabat baik aku sering mendesak-desak aku untuk menulis riwayat hidupnya. Katanya, dia mahu aku yang menulis kisah hidupnya. Aku sudah kenal dia lama dulu.

Aku sudah bersetuju. Aku akan merekabentuk sendiri kulit buku untuk dia, menulis sendiri cerita-cerita dia yang pernah aku dengar dan hayati daripada diri dia sendiri. Juga mempromosikan buku tersebut dalam blog ini, pada kemudian hari.

Oh ya, sebelum itu, gambar di sebelah ini adalah imej wallpaper yang aku buat dua tahun lepas (2005) untuk edisi bulan Januari 2006. Diilhamkan dari sifat-sifat dua jenis mergastua, dan diserasikan dengan musim sejuk ketika itu (waktu itu salji sedang turun dengan enak).

Aku bertanya, kenapa dia tidak mahu menulis bukunya sendiri. Dia jawab pendek:

"Pada masa itu, aku mungkin sudah mati. Jadi aku mahu kau cepat-cepat menulisnya untuk aku!"

Aku diam.

"Nanti kau tunjukkan kepada aku bahagian-bahagian yang sudah siap."

Aku diam.

"Aku akan rasa lega, bila tiba masanya untuk pergi nanti."

Aku diam.

"Kau mesti janji! Janji dengan aku!"

Aku tunjuk simbol 'V'.

Sekian. Habis! Tesis aku macam mana?

Selasa, Februari 13, 2007

Ini Adalah Masa Depan

Hari ini...
Adakah ini yang dipanggil dejavu...?

Semua perkara berlaku dalam jangkaan.
Telah dijangka dan telah dirancang.

Adakah sebab ini, semua soalan yang ditanya oleh
Penasihat PMP, semuanya tertulis dalam kertas kerjaku?

Kertas kerja yang menjawab 100% setiap soalan yang dikemukakan
oleh pensyarah tersebut. Seolah-olah soalan itu pernah ditanya
sebelum ini. Namun tidak, kerana itu adalah pertemuan pertama
untuk perbincangan ini.

Barangkali, sebab hari ini telah dijangkakan akan tiba
pada suatu masa silam, tidak lama dahulu
atau
kertas kerja itu sememangnya sebuah hasil
karya yang sememangnya sempurna.

Pilih salah satu...

Bukan, semua ini adalah kebetulan.
Kitab dapat dilaksanakan pada tahun ini juga satu kebetulan.
Rentetan peristiwa menunjukkan semua ini adalah kebetulan,
aku cuma berniat dan terfikir,
kemudian selepas itu,
benar-benar berlaku.

Barangkali ini adalah satu bentuk doa juga?
Ada orang kata mulut aku masin,
dan banyak kali masin.

Aku patut menjaga mulutku apabila bercakap lain kali.
Tidak-tidak... itu semua kehendak Tuhan.
Ini adalah bukti kekuasaan-Nya.

KITAB sedang memasuki fasa pertama,
Gagasan Amiene Rev tujuh tahun lalu...
sekarang seperti sudah ada
biarpun sebutir garam atau gula
di dalam segelas air.

KITAB: Bangkit dari lena

Hujan sudah jarang-jarang kelihatan.
Matahari panas memancar.
Di sebuah padang pasir, sebuah buku yang tersimpan,
tiba-tiba terbelek-belek muka suratnya gara-gara angin.
Kamera difokuskan dengan lebih dekat terhadap buku itu,
menatap jelas muka suratnya yang berwarna putih bercahaya.
Tiba-tiba angin berhenti bertiup.

Kelihatan pada muka surat yang terpapar itu:

Program Khidmat Tutor Percuma
untuk Anak-anak Desa Bakti
K.I.T.A.B

Perbincangan dengan pensyarah sudah selesai,
seterusnya ialah sesi taklimat,
dan tapak program,
dan...
fasa pertama akan terlaksana.

Amin.

Isnin, Februari 12, 2007

Kita Bukan Tuhan

Hari ini, balik dari kuliah, aku sempat menjenguk blog Kak Sera. Melihat dia menghidupkan 'anaknya'. Teringat pula beberapa tahun yang lalu. Aku pernah mencuba cara yang sama, tetapi perisian dan enjin yang berlainan. Menghidupkan 'dia'.

Aku kecewa. Sebab, biar serupa walau bagaimana pun, 'dia' tetap tidak akan ada gantinya.

Kita bukan Tuhan.


pst:
Ini entri untuk esok. sebab aku tidak pasti, sama ada esok ada ruang untuk mengisi blog ini.

Ahad, Februari 11, 2007

Teori Darwin Dalam Abjad

Cuba lihat abjad-abjad ini:

M -> W -> H -> A

Huruf-huruf ini sedang berevolusi.
Gunakan imaginasi...

Cuba ini pula:

N -> Z


Sekian sahaja untuk hari ini.
Saya mahu menyambung
penulisan tesis.


Sabtu, Februari 10, 2007

Aktiviti sekolah di England boleh dimodifikasi pada UPSR

Kebetulan hari ini saya berpeluang membaca Utusan Malaysia Online. Saya tertarik untuk mengulas idea yang diberikan oleh En. Menhat Abdul Rahman, dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau ingin berkongsi pengalamannya, semasa tinggal di England bersama keluarganya dan pada ketika itu anaknya turut bersekolah rendah di sana.


Aktiviti sekolah di England boleh dimodifikasi pada UPSR

AKTIVITI 1: Kelas selalu adakan drama bertujuan supaya anak-anak boleh berkomunikasi.

ULASAN: Satu idea yang menarik. Anak-anak boleh digalakkan untuk melakonkan watak-watak yang bermoral, contohnya seperti tokoh-tokoh kemerdekaan dan sebagainya. Saya menjangkakan akan ada kesan positif dari segi pembentukan keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi antara pelajar.


AKTIVITI 2: Sesi membaca buku cerita cara individu diadakan masa sekolah. Pelajar yang lambat atau kurang tahu membaca dibantu oleh sukarelawan yang diimport dari luar sekolah.

ULASAN: Aktiviti seperti ini seperti sudah pernah dibuat di sesetengah sekolah. Apa yang menarik di sini, adalah adanya penglibatan sukarelawan yang diimport dari luar sekolah. Sokongan sukarelawan boleh membantu meringankan beban guru-guru di sekolah. Bercakap mengenai sukarelawan, teringat pula konsep Program KITAB yang saya asaskan. Harap-harap pada minggu depan, sudah boleh bertemu kembali dengan penasihat untuk perbincangan selanjutnya.


AKTIVITI 3: Pelajar diminta membawa dari rumah sedikit bahan membuat kek - misalan 100 gram gula atau 200 gram tepung. Pelajar diminta patuh dengan membawa tepat berat bahan ini - ada unsur kefahaman matematik dalam kepatuhan ini.

ULASAN: Ringkas. Salah satu cara untuk meningkatkan kepercayaan kepada diri murid-murid, juga melatih sifat amanah dalam memberi komitmen terhadap pihak sekolah.


AKTIVITI 4: Masa waktu rehat sekolah, ada petugas wanita digelar ‘Miss’ oleh para pelajar. Tugasnya ialah berjalan sekeliling sekolah menggalakkan pelajar bergaul dan berinteraksi. Jika terdapat pelajar keseorangan, Miss akan carikan kawan. Jika bertemu pelajar bersedih, Miss akan berbual mencari punca kesedihan.

ULASAN: Sangat bagus. Kes buli, tidak mendapat perhatian ibu bapa, masalah pembelajaran, masalah pergaulan dan sebagainya boleh didiagnosis dan dicari jalan-jalan penyelesaiannya. Pihak "MISS" boleh merekodkan apa maklumat yang diperolehi untuk diberikan kepada pihak sekolah. Ini adalah salah satu elemen terawal yang akan dilaksanakan menerusi Program KITAB (Fasa 1). Saya sangat bersetuju. Ini berdasarkan kajian berbentuk pemerhatian yang saya lakukan pada bulan Ogos 2006, didapati aktiviti ini boleh meningkatkan motivasi belajar di kalangan para pelajar.

Nota: Program KITAB yang diasaskan pada awal tahun 2007, diilhamkan berdasarkan Gagasan Amiene Rev yang dibentuk pada tahun 2000. Ketika berusia sekitar 17 tahun, dan ketika kali pertama menjejakkan diri dalam bidang pendidikan. Namun projek ini dihentikan atas sebab-sebab yang rahsia. Buat masa ini, gagasan ini masih terus diperbaiki sebelum tiba masa yang sesuai untuk dilaksanakan, fasa demi fasa.

Pada masa akan datang, jika dengan izin Tuhan, sebuah institusi khas untuk anak-anak yatim akan diwujudkan dan Gagasan Amiene Rev akan dapat dilaksanakan. Di bawah konsep Amienatorium, Amienations dan De Originz (idea pertama pembentukan Institusi Amiene Rev - 1995, 1998) yang diubahsuai, projek ini bertujuan untuk memaksimumkan potensi anak-anak Malaysia, seterusnya melahirkan golongan generasi pemimpin berilmu yang terbilang, gemilang dan cemerlang, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Malaysia. Pembaikpulih idea dan pelaksanaan gagasan diatur daripada corak idealis kepada lebih realistik, sejajar dengan kematangan usia.

Jika benar gagasan ini terlaksana, maka kenapa 'takdir' telah memilih aku untuk memasuki bidang pendidikan, sudah dapat difahami dan dihayati... sepenuhnya. Jika tidak dapat dilaksanakan pada hayatku, maka akan ada sesiapa daripada keturunanku akan melaksanakannya pada kemudian hari. Suatu hari, catatan-catatan ini akan ditemui.

Nama aku Amien, yang bermaksud Pemimpin Berilmu. Tanam dalam hati, ini hasrat kedua-dua orang tuaku. Aku akan cuba yang terbaik. Dengan izin dan bantuan daripada-Nya. Tidak ada apa yang mustahil... jika Dia, mengatakan... ini tidak mustahil.

Khamis, Februari 08, 2007

Berehat Lebih Baik


Aku ingin pergi ke satu tempat semulajadi, untuk menenangkan fikiran. Persisiran pantai yang indah atau di kawasan air terjun. Oh, ya. Aku suka ikan lumba-lumba.

Aku mungkin akan mencari air terjun atau pantai dalam masa terdekat. Barangkali sudah sampai masa untuk bercuti.

Sementara itu, aku terjumpa beberapa laman web menarik berkaitan dengan pembentukan air terjun. Laman-laman web tersebut adalah School Portal UK, E-Learning Place dan Class Zone.

Rabu, Februari 07, 2007

Aku Tidak Ada Masa Depan, tetapi...

Hai, nama saya Amiene Rev. Oh, tidak. Sepatutnya aku menulis begini...

Yo! Sayalah Amiene Rev. Juga kelihatan kurang sopan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nama saya, Amiene Rev. Ini pula, ialah suatu cara pengenalan yang dipanggil orang sebagai skema.

Bagaimana mahu kumulakan kisah hidup ini? Aku Amiene Rev. Berasal dari Timur, dan merupakan seorang detektif yang tidak diiktiraf. Tugas aku mengkaji manusia, dan menegakkan keadilan. Juga membakar kejahilan moral, supaya kembali kepada kebenaran. Sekarang aku sedang menempuhi alam yang baru. Hm, kelihatan pengenalannya agak keterlaluan. Kalau begitu biar aku cuba cara yang lain.

Dalam dunia ini, ada seorang insan, yang kesunyian. Saban hari, dia menantikan seorang teman, untuk dijadikan pembuka bicara. Bukan sebarang bicara, tetapi bicara masa depan. Namanya Amiene Rev, yakni penulis tulisan ini. Salam hangat dan biarkan kuperdengarkan perkhabaran bahagia untuk sekalian pembaca. Ah, kelihatannya agak romantis, kata-kata seperti ini. Malu saya. Biar aku cuba cara yang satu lagi.

Hari ini engkau menghadap di depan komputer engkau. Engkau buka blog engkau dan mula menulis mengenai diri engkau. Engkau dipanggil Amiene Rev. Engkau rasa, tidakkah ini agak kasar bunyinya? Engkau tidak boleh menulis dengan cara begini. Faham tak? Berhenti sekarang dan siapkan tesis engkau itu!

Kata-kata seperti ini, telah menyedarkan aku. Masih ada kerja yang harus aku utamakan... dan oh, ya. Aku sudah dapat dua novel baru daripada seorang penulis Top 10, dari PTS Publication. Dia terkenal dengan novel Oren. Siapa dia? Biar aku rahsiakan dahulu.

Perbezaan antara Amiene Rev dengan Tiger Woods

Oh, ya. Kebetulan hari ini aku melihat iklan berkaitan dengan golf di universiti. Ditulis dalam Bahasa Inggeris berbunyi: "_____ GOLF RANGE. OPEN FROM 3.00PM - 7.00PM. FREE BASIC LESSON"

Lokasi padang golf itu sudah semestinya sangat-sangat berhampiran dengan Desa Bakti. Namun begitu, aku tidak suka permainan golf. Ini adalah satu perbezaan antara aku dengan Tiger Woods. Tiger Woods berdarah campuran, aku juga daripada sebelah ayahku berdarah campuran kerana moyang sebelah ayahku berasal dari Tanah Ratu Elizabeth. Namun, aku tidak ada darah Negro seperti Tiger Woods. Oleh itu kami berbeza.

Hm... hm.. hm... Hari ini sambil membawa sebuah novel pergi bersiar-siar di sekitar kampus. Selepas puas membaca iklan di dinding bangunan, aku pergi pula ke sebuah kafe untuk membeli air minuman. Tiba-tiba aku terlintas untuk menggunting rambut. Agak panjang walaupun ramai orang kata rambut aku masih pendek. Aku tidak suka berambut panjang.

Dan tiba-tiba datang seorang pelajar daripada negara asing, barangkali seorang Pakistan atau seorang Bangla, bertanyakan sesuatu dalam Bahasa Inggeris. Walaupun agak berterabur, tetapi aku dapat menangkap dia ingin mengunting rambut. Oh, ya di sana di sini dan di situ. Pelajar asing itu faham dan terus pergi ke arah yang dimaklumkan. Wah, wah, wah! Hidup ini agak membosankan kalau terlalu banyak kebetulan.

Sebenarnya aku nak cakap apa hari ini? Ya...

Er... aku patut sambung menulis tesis. Bercakap soal tesis, aku rasa tidak begitu senang sebab ada seseorang mahu membeli buku tesis tulisan aku. Katanya mahu dibuat simpanan. Dia sanggup keluarkan wang untuk membeli buku tesis aku. =.="

Bentang pun belum. Markah pun belum. Belum tentu aku dapat gred yang baik.

Apa lagi yang mahu aku tulis? Oh, ya... aku mahu pergi ke pantai...

Ehem. Sepatutnya topik ini harus berkaitan perbezaan antara aku dengan Tiger Woods.

Tetapi aku tetap mahu pergi ke pantai. Atau sekurang-kurangnya air terjun. Pukul 3.00 petang ada menu RM3.15 di McDonald dan menu RM3.50 di KFC. MarryBrown patut ambil langkah yang sama.

Hari ini aku menghabiskan membaca novel di tasik dan di taman yang indah. Namun privasinya cuma sementara sebab tiba-tiba ramai orang duduk-duduk di situ. Mungkin aku patut bertemu dengan kuda yang bernama Tommy itu. Bersiar-siar sambil menunggang kuda. Itu pun cukup menarik untuk dilakukan. Sebenarnya aku sudah lama ingin berlumba lari dengan kuda.

Semasa zaman sekolah dahulu, aku merupakan seorang sprinter yang tidak ternama. Cuma ternama di sekolah aku sahaja. Hari ini aku membuang masa dengan berlari secepat yang mungkin menaiki tangga blok asrama yang sekitar 5 tingkat itu. Tiba-tiba sahaja secara tidak sengaja aku telah menarik perhatian beberapa orang pelajar. Ya... ya... aku tahu... aku cukup bosan dengan bilangan anak tangga yang banyak. Dulu, catatan kelajuan aku dalam acara 100 meter ialah 10.22 saat. Aku selalu dipanggil menyertai acara olahraga dan merentas desa walaupun diserang selsema. Sebab aku selalu mendapat mata untuk rumah sukan aku. Orang kata larianku seperti seekor kijang. Jadi antara seekor kijang dan seekor kuda, siapakah yang lebih laju? Naruto episod 101. Oak. Oak. Burung gagak berbunyi. Aku teringin makan ramen. Adakah ramen dapat menandingi kehebatan bistik daging?

Ya. Aku tetap merasa bosan, jadi hari ini aku mengira jumlah gigi yang aku ada. Sebab seminggu yang lalu seorang rakan aku kata ketinggiannya makin bertambah dan jumlah giginya ialah 30. Oh, tidak, jumlah gigi aku tidak mencapai 30 dan aku rasa entri ini sungguh merepek dan aku patut makan kerepek ubi. Ya, kerepek ubi yang dibungkus di Rumah Barkat diimport dari Batu Pahat.

Sekian sahaja entri yang cukup merapu ini. Aku mahu tidur. Idea untuk menulis tesis perlu datang dan jangan pergi!