BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan

Rabu, September 19, 2012

Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda

Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda
Apakah markas jin terletak di Segitiga Bermuda? Inilah soalan yang sampai sekarang masih merupakan misteri? Muhammad Isa Da-wud, seorang pakar jin dari Mesir, mengungkapkan bahawa ternyata iblis mempunyai banyak istana. Dia pindah dari satu istana ke istana yang lain untuk mengatur kerajaannya yang sangat besar. Dari sanalah mereka mengen-dalikan seluruh aktiviti untuk menyesatkan dan menggoda manusia.

Al-Qur’an memberikan isyarat mengenai dua lautan yang mengalir, yang mempunyai suatu keajaiban. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilalui masing -masing. ” (Ar-Rahman: 20-21).

SUKAR UNTUK DIBUKTIKAN
Dengan itu, bukankah pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segiti Bermuda?

Pesawat-pesawat dan kapal laut yang dinyatakan hilang di Segitiga Bermuda itu tiada diketahui jejaknya lagi. Kebiasaaanya, pesawat ataupun kapal laut yang mengalami kecelakaan ataupun tenggelam, dapat diketahui jejak atau bangkainya. Tetapi semua pesawat dan kapal yang hilang di Segitiga Bermuda tidak dapat dikesan sama sekali. Padahal pesawat atau kapal yang hilang itu dikendalikan oleh pilot dan nakhoda yang cekap.

Dari rakaman-rakaman yang berhasil ditemukan, dan setelah diadakan penyelidikan, kehilangan pesawat-pesawat dan kapal-kapal tersebut tetap masih meru-pakan misteri yang sukar untuk dibuktikan.

• Pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segitiga Bermuda? ”

MISTERI SEGITIGA BERMUDA
Antara pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang hilang antara lain:
• Pesawat Star Tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas dan tanpa mengirim laporan apa pun, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda. Padahal sebelum-nyapilot telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang halangan.

• Pesawat DC-3 dengan 35 penumpang hilang dalam jarak 80 km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.

• Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninggalkan Bermuda. Pilot mengumumkan bahawa cuaca sangat baik. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya.

• Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, dite-mukan sedang terapung-apung di tengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya adalah seo-rang paderi dengan isteri dan seorang anak serta lapan kelasi kapal.

• Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali dua ekor kucing. Sedangkan kelasi kapalnya yang berjumlah 12 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik, dengan enjinnya yang masih berfungsi. Yang sangat aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nam-paknya, suatu kejadian aneh telah berlaku dengan tiba-tiba.

• Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling, bahkan berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat sebelum-nya meyakini bahawa kejadian yang menimpa dua kapal itu adalah disebabkan oleh para lanun laut.

• Kapal Syklob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu saja tanpa dapat dikesan. Padahal kapal tersebut berlayar dalam cuaca yang amat baik dengan 300 kelasi. Seandainya kapal itu mengalami kesukaran atau-pun gangguan, tentunya mereka mengirimkan berita ataupun meminta bantuan, kerana kapal itu dilengkapi ^an radar dan alat-alat komukasi yang serba canggih.

• Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB30 Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi penyelamatan kapal yang mengharungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul tiga petang, misi tersebut selesai melaksanakan tugasnya. Saat itu komando ekspedisi, Leftenan Charles Tylor, memberi arahan agar segera kembali ke pangkalan.

“Di sini Leftenan Charles Taylor, apa dapat didengar… ? Harap dijawab…kami kehilangan petunjuk untuk kembali… kami tersesat…saya tak dapat melihat daratan! Saya tak tahu arah Barat…semua yang ada di sekitar saya kacau… aneh .. .bahkan kawasan di mana kami berada sekarang tidak kami kenali…nampaknya… nampaknya. .. nampaknya….”

Tiba-tiba terdengar peringatan pertama tentang terjadinya bencana. Menara pengawas di Lorderdile Florida mendengar suara ketua ekspedisi Charley Taylor. Teks ucapannya yang dapat dirakam berbunyi: penyelamat itu tiba di tempat tujuan, tiba-tiba pesawat khusus itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit pun. Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat khusus yang membawa 13 pakar penyelamat, hilang secara tiba-tiba di Segitiga Bermuda.

Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis yang dikutuk Allah s.w.t., dan bahawasanya jin termasuk di dalam struktur pemerintahan maharaja iblis.

KERAJAAN IBLIS
Demikianlah berbagai peristiwa misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda. Sehingga ianya dikenali juga dengan sebutan “Kuburan Atlantik.”Walaupun berbagai kajian dibuat untuk mengungkapkan misteri Segitiga Bermuda, satu hal yang sering dilupakan oleh para pengkaji dan peniliti adalah bahawa di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Menurut pengakun jin Musthafa kepada Muhammad Isa Dawud, masyarakat jin adalah masyarakat yang sangat maju dan memiliki peradaban yang amat tinggi, dann meninggalkan masyarakat manusia, khususnya dalam menggali dan mengolah benda-benda alam dan unsur-unsur perlombongan. Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur dengan emas dan tembaga dan menghasilkannya menjadi suatu benda bermutu tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilakukan manusia, kecuali di masa Nabi Sulaiman a.s. Jin Musthafa juga melaporkan kepada. Muhammad Isa Dawud:”Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting. Amerika, “Di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis”

Inggeris dan Jerman bermak-sud membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka membuat satelit baru yang khusus untuk mengkaji keajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit yang telah mereka luncurkan sebelumnya. Ternyata mereka tidak dapat membongkar rahsia Bermuda. Sebab keajaiban yang ada di sana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata. Sebab di sana terdapat sebuah kerajaan iblis yang sudah sangat tua sekali usianya. Bagaimanapun mereka tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk kepada Allah. Sesungguhnya bila ada seorang Muslim yang melalui daerah maut itu, dan ia membaca ayat-ayat Al-Qur’an, nescaya iblis bersama pasukannya tidak akan dapat mencelakakannya.

Jumaat, Jun 15, 2012

Gambar Jalan Karak Berhantu - Tempat Keras - Gangguan Makhluk Halus


Gambar Jalan Karak Berhantu - Tempat Keras

Laluan dari Karak ke Melaka melalui jalan pintas, iaitu jalan lama menuju ke Bahau. Banyak selekoh tajam berkembar. Jalan diselubungi kabus tebal dan gangguan makhluk halus. Pelbagai cerita misteri, seram dan pelik diceritakan orang berkenaan tempat ini.

Sabtu, Januari 03, 2009

Gambar-Gambar Makhluk Asing Sebenar

Makhluk asing, benarkah mereka ini wujud? Soalan ini sudah basi. Soalan seperti ini seringkali kita dengar sama ada di dalam rancangan televisyen bertemakan misteri, atau pun di dalam majalah-majalah misteri, atau pun di dalam ruangan-ruangan misteri, sains dan teknologi di akhbar-akhbar tempatan atau tabloid. Kali ini, saya Amiene Rev, membawa anda ke satu lagi alam misteri, menerusi blog misteri dengan persoalan: "Makhluk asing, benarkah mereka ini wujud?" Gambar-gambar makhluk asing ini saya ambil sendiri dengan menggunakan telefon mudah alih, Samsung SGH-X700.

Baiklah para pengunjung sekalian. Di atas ini adalah foto wajah seekor makhluk asing betina. Jika dilihat daripada rupanya, kita boleh anggarkan umurnya adalah sekitar 50 tahun. Tetapi, teknologi makhluk asing tentu lebih maju berbanding kita. Mungkin makhluk asing ini ada menjalani teknik rawatan muka atau kulit, lalu membolehkan makhluk asing ini memiliki rupa paras yang lebih muda berbanding usianya. Apakah perasaan anda apabila melihat gambar makhluk asing di atas? Kepala makhluk asing ini botak, dan tidak ada sehelai bulu pun di badannya. Biji mata makhluk asing ini kelihatan besar dan anak mata hitam makhluk asing ini juga lebih besar berbanding anak mata manusia.

Ini adalah gambar foto tangan makhluk asing. Perhatikan bilangan jari makhluk asing ini? Makhluk asing ini memiliki 6 batang jari. Ini membolehkan makhluk asing menaip dengan lebih pantas. Memandangkan makhluk asing memiliki enam batang jari, maka tidak mustahil sistem pengiraan atau susunan angka perpuluhan makhluk asing ialah enam atau dua belas, 1- hingga 12 berbanding kita, manusia yang menggunakan sistem 1 hingga 10.

Ini ialah gambar makhluk asing yang berperut buncit. Kakinya tercedera akibat kemalangan. Kapal angkasa atau lebih dikenali sebagai UFO atau piring terbang atau flying saucer yang dinaikinya telah terhempas. Nampaknya kecederaan yang dialami oleh makhluk asing ini sangat parah. Makhluk asing ini mungkin mati kerana kecederaan dalaman atau kerana pendarahan yang terlampau banyak. Sungguh mengerikan! Cuba lihat kesan tanda seru di ayat sebelum ayat ini, penggunaan tanda seru menimbulkan suasana ngeri, bukan? Ah, kenapa saya menulis ayat ini?

Ini pula gambar foto kaki makhluk asing. Dapat diperhatikan ibu jari kaki makhluk asing ini lebih panjang daripada ibu jari kaki manusia. Bilangan jari bagi setiap belah kakinya juga ada enam. Secara keseluruhannya, makhluk asing memiliki dua belas jari tangan dan 12 jari kaki.

Ini pula adalah pandangan sisi makhluk asing. Pada pandangan saya, makhluk asing memiliki usus yang lebih panjang berbanding usus perut manusia. Adakah perut yang buncit melambangkan kemewahan hidup makhluk asing? Kepala makhluk asing pula jauh lebih besar berbanding kepala manusia biasa. Ini mungkin menjelaskan bilangan gram atau isipadu otak makhluk asing yang lebih tinggi dan kadar keaktifan otak makhluk asing yang mungkin lebih tinggi. Sebenarnya sama ada kita sedar atau tidak, teknologi makhluk asing semakin dapat ditiru oleh umat manusia. Manusia juga kini sudah memiliki piring terbang yang setiap satunya berharga 500,000 ke 1,000,000 Dolar Amerika.

Entri berkaitan:
Moller M200X Flying Saucer - Piring Terbang Bukan Lagi Suatu Fantasi