BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Oktober 17, 2010

Resepi Burger Malaysia - Sedap - Mudah

Resepi Burger Malaysia - Teknik Menggoreng Burger
Petua Oleh Amiene Rev
Resepi Burger Malaysia
Pengenalan Resepi Memasak Yang Cepat, Sedap dan Mudah
Saya suka memasak, namun sejak saya mula bekerja, saya jarang-jarang memasak. Namun setiap kali ada peluang memasak, dan saya masak untuk rakan-rakan sekerja saya, mereka mula suka bercerita tentang masakan saya yang dilabelkan sebagai sedap. Saya anggap ini bakat kurniaan Tuhan kepada saya. Segalanya adalah kurniaan Allah, tidak perlu saya mendabik dada. Justeru, ada baik saya kongsikan sedikit idea-idea saya berkenaan masakan.
Resepi Burger Malaysia
Kadangkala, ada sesetengah gerai di tepi jalan, bila kita beli dan makan burger yang dijualnya, kita rasa burger tersebut sangat sedap. Selama ini mungkin ada di kalangan kita ingat resepi memasak burger ini sekadar mudah, cepat dan sedap. Bila kita cuba memasak sendiri burger untuk diri sendiri, kita mula terfikir, rupa-rupanya ada resepi khusus untuk memasak burger. Bukan sekadar memasak sahaja, malah teknik-teknik menggorengnya juga adalah khusus.
Resepi Burger Malaysia
Saya tahu, ramai anak muda dan rakyat Malaysia di luar sana menceburi bidang perniagaan burger. Kita ada burger Oblong, Ramly Burger, Ayamas, Otai Burger, Burger Mat Salai dan lain-lain. Semoga ilmu yang saya kongsikan ini akan dapat membantu melariskan lagi perniagaan burger-burger anda semua. Saya pun bukan ada masa untuk memasak sendiri sekarang ini, lantaran jadual kerjaya yang agak padat. Oleh itu, mana tahu jika suatu hari nanti, saya akan singgah dan membeli burger di gerai burger anda? Seperti mana-mana pelanggan, saya juga mahu membeli dan merasa burger yang sedap dan cepat dimasak.
Resepi Burger Malaysia

Peralatan Memasak Burger - Faktor Suhu dan Minyak
Sekarang ini zaman serba moden. Kalau anda berniaga burger di pasar raya, kemungkinan besar anda memiliki dua pilihan untuk menggoreng burger. Pertama, anda boleh gunakan peralatan dapur gas yang merupakan kaedah biasa kita gunakan untuk memasak burger. Kedua, anda mungkin berminat untuk menggunakan induction cooker atau dapur memasak elektrik.
Resepi Burger Malaysia
Kelebihan induction cooker ialah pengagihan haba yang sekata dan optimum. Kekurangannya, ia cuma boleh digunakan di tempat yang ada sumber elektrik. Dapur gas pula, sudah tentu boleh digunakan di mana-mana.
Resepi Burger Malaysia
Burger yang masak sepenuhnya sangat sedap untuk dimakan. Oleh itu pastikan pengawalan suhu api atau haba semasa memasak adalah sekata. Jika anda menggunakan induction cooker, sistem pengawal haba secara automatik mungkin memudahkan anda memasak burger dengan lebih baik. Namun jika anda menggunakan api dapur gas, pastikan sebelum menggoreng burger, anda panaskan kuali terlebih dahulu. Anda boleh gunakan api besar semasa memanaskan kuali, tetapi semasa hendak menggoreng burger, pastikan suhu api direndahkan. Gunakan api sederhana atau kecil.
Resepi Burger Malaysia
Sapukan sedikit marjerin ke atas kuali. Jika anda gunakan kuali yang jenis tidak mudah melekat, lagi bagus. Sekarang ini banyak jenama kuali yang tidak mudah melekat. Kalau kuali sedemikian rupa menjadi pilihan, pastikan anda menggunakan peralatan menggoreng yang diperbuat daripada kayu atau plastik untuk mengekalkan lapisan kalis lekat pada kuali. Jenis marjerin yang dicadangkan ialah Planta. Setakat ini, Planta merupakan jenama marjerin yang paling sedap untuk memasak apa jua jenis masakan.
Resepi Burger Malaysia
Burger yang hendak dimasak mestilah tidak beku. Masalah yang dihadapi oleh peniaga burger mungkin, ialah bilakah masa yang sesuai untuk mencairkan burger yang beku kerana kita tidak tahu bila pelanggan akan datang. Untuk situasi seperti ini, mudah sahaja, jangan letakkan marjerin. Biarkan burger yang beku di atas kuali dengan suhu api yang kecil supaya lapisan ais yang terdapat pada burger cair perlahan-lahan. Oleh kerana itu, dalam keadaan seperti ini, sebaik-baiknya anda dapatkan kuali yang kalis lekat.
Resepi Burger Malaysia

Kaedah Mempercepatkan Proses Menggoreng Burger
Satu kesilapan besar semasa memasak burger ialah penggoreng suka menekan burger yang dimasak di atas kuali dengan harapan burger cepat masak. Sebenarnya, pengawalan suhu adalah perkara yang paling penting. Alternatif lain untuk mempercepatkan burger masak ialah dengan menipiskan burger tersebut secara belah dua atau mencucuk burger sehingga berlubang-lubang.
Resepi Burger Malaysia
Menipiskan lapisan burger secara belah dua atau melubangkan permukaan burger sebenarnya bukan sahaja akan dapat mempercepatkan burger masak, tetapi akan memudahkan bahan-bahan perasa atau perencah untuk meresap masuk ke dalam isi daging burger dan seterusnya menjadikan rasa burger semakin enak dan lembut.
Resepi Burger Malaysia
Kelemahan teknik belah dua ialah, ia memerlukan kemahiran membelah. Teknik belah dua sesuai untuk burger yang tebal. Jika burger yang nipis, mungkin sukar untuk dibelah. Oleh itu, kaedah membuat lubang pada daging burger lebih mudah. Gunakan garfu juga boleh.
Resepi Burger Malaysia

Buang Minyak Berlebihan Pada Burger
Cara untuk membuang minyak pada burger ialah dengan memenyet burger tersebut supaya minyak dapat keluar menerusi lubang-lubang yang telah dibuat tadi, dan kemudian alihkan ke atas kertas tisu dapur atau kertas tuala dapur yang boleh dibeli di pasar raya. Jika anda ingin jimatkan perbelanjaan penggunaan minyak dan kertas tisu dapur, maka pada awal-awal lagi anda patut menggunakan kuali kalis lekat.
Resepi Burger Malaysia

Rahsia Perencah Burger Yang Sedap
Salah satu teknik rahsia ialah dengan memerap daging burger terlebih dahulu dengan perencah-perencah yang disediakan. Dengan cara ini, rasa daging burger akan menjadi lebih sedap dan enak.
Resepi Burger Malaysia
Bersyukurlah, pada zaman yang serba moden ini, telah wujud pelbagai jenis perencah atau perisa tambahan khusus untuk masakan bergoreng. Resepi ini saya dapat menerusi hasil pemerhatian saya selepas membeli pelbagai jenis burger yang dijual di tepi-tepi jalan.
Resepi Burger Malaysia
Bahan-bahan untuk memerap daging burger adalah kicap, kari daging, sos untuk barbeque, serbuk lada hitam, dan jus bawang putih atau air bawang putih. Kebanyakan bahan-bahan ini sudah ada di kedai. Anda juga boleh menggunakan serbuk perisa khusus untuk menggoreng daging. Jus bawang putih pula boleh dibuat sendiri dengan mengisar air dengan bawang putih. Pastikan anda membezakan antara kari daging dengan kari ayam untuk jenis burger yang dimasak.
Resepi Burger Malaysia
Begitulah teknik memasak dan menggoreng daging burger yang enak, cepat dan mudah.
Resepi Burger Malaysia
Profil Penulis: Amiene Rev semasa kecilnya (sejak berusia 7 tahun lagi) sering ditinggal bersendirian di rumah apabila ibu bapanya ke luar negeri untuk urusan kerjaya. Sejak itu, beliau mula memasak dan menggoreng dan memanggang daging untuk mengisi perutnya sendiri. Kerana sering mendapat peluang untuk memasak sendiri, maka sejak kecil lagi beliau telah memahirkan diri beliau dengan teknik-teknik memasak yang diilhamkan sendiri. Beliau juga akan cuba menganalisis setiap rasa yang ada pada satu-satu masakan, dan kemudian mencatat resepi untuk satu-satu masakan berdasarkan apa yang dilihat dan dirasai. Sehingga kini, beliau berjaya mempelajari berpuluh-puluh jenis resepi masakan dan kemudian menghasilkan beberapa resepi masakan sendiri dengan teknik lihat, rasa dan cuba. Atas galakan rakan-rakan dan keluarga, beliau kemudiannya mendapat idea untuk menulis tentang resepi-resepi masakan secara sendiri.