Imam Abu Hanifah - Pengasas Mazhab Hanafi
Imam Abu Hanifah - Fakta dan Sejarah Pengasas Mazhab Hanafi
Riwayat Hidup Imam Abu Hanifah - Biografi Imam Abu Hanifah
Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan dengan 699 Masihi di Kufah semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Nama sebenarnya ialah An-Nukman bin Thabit. Imam Abu Hanifah rahimullah berasal daripada bangsa Parsi.
Beliau digelar "Abu Hanifah" kerana beliau sentiasa bersama tinta untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di dalam penjara ketika berumur 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad.
Imam Abu Hanifah An-Nu’man bin Tsabit al-Kufiy merupakan orang yang faqih di negeri Iraq, salah satu imam daripada kaum muslimin, pemimpin orang-orang alim, salah seorang yang mulia daripada kalangan ulama dan salah satu imam daripada empat imam yang memiliki mazhab.
Nasab dan kelahirannya bin Tsabit bin Zuthi (ada yang mengatakan Zutha) At-Taimi Al-Kufi.
Beliau adalah Abu Hanifah An-Nu’man Taimillah bin Tsa’labah. Beliau berasal dari keturunan bangsa Parsi. Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah pada masa Shigharus Shahabah. Para ulama berselisih pendapat tentang tempat kelahiran Abu Hanifah, menurut penuturan anaknya Hamad bin Abu Hadifah bahwa Zuthi berasal dari Kota Kabul dan dia dilahirkan dalam keadaan Islam. Ada pula yang mengatakan dari Anbar, yang lainnya mengatakan dari Turmudz dan yang lainnya lagi mengatakan dari Babylon.
Sifat-sifat Peribadi Imam Abu Hanifah
Imam Abu Hanifah mempunyai ilmu pengetahuan yang amat tinggi. Beliau berani menghadapi segala bentuk cabaran untuk menegakkan kebenaran. Beliau juga suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan tanpa mengira usia, pangkat dan darjat.
Imam Abu Hanifah seorang yang rajin berusaha dan bercita-cita tinggi dalam hidupnya. Beliau seorang yang bertakwa kepada Allah SWT, warak, qana’ah dan tidak tamak pada harta kekayaan. Beliau juga seorang abid yang kuat beribadat dan berpegang teguh pada ajaran Islam.
Abu Hanifah memiliki ketinggian badan yang sederhana, memiliki bentuk tubuh yang baik, jelas dalam berbicara, suaranya bagus dan enak didengar, bagus wajahnya, bagus pakaiannya dan selalu memakai minyak wangi, bagus dalam bermajlis, penyayang, bagus dalam pergaulan bersama rakan-rakannya, disegani dan tidak membicarakan hal-hal yang tidak berguna.
Sufian As Sauri pernah ditanya kenapa dia sangat menghormati dan memuliakan Imam Abu Hanifah.Beliau menjawab:" Orang itu sangat alim, dalam ilmu agama. Selain menghormati ilmu agamanya, saya menghormati umurnya.Selain menghormati umurnya,saya menghormati ilmu fiqihnya yang amat luas dan juga sifat warak dan taqwanya"
Beliau adalah seorang yang bertakwa, berakhlak mulia dan seringkali mengeluarkan hartanya kepada para penuntut ilmu. Al-Fudhail bin ’Iyadh menyifatkan beliau:
"Abu Hanifah adalah seorang yang faqih dan terkenal dengan ilmu fiqh dan begitu warak. Beliau juga mempunyai harta yang banyak, terkenal dengan sikap pemurahnya dengan mengeluarkan nafkah kebajikan semampunya. Amat bersabar dalam mengajar ilmu sama ada siang ataupun malam, kuat beribadah pada waktu malam, sering diam dan kurang bercakap dalam perkara yang tidak perlu. Sering mengelakkan diri daripada harta yang diberikan oleh pihak pemerintah."
Latar Belakang Pendidikan Imam Abu Hanifah
Sejak kecil, Imam Abu Hanifah berminat mempelajari ilmu pengetahuan. Beliau sempat menuntut ilmu dengan beberapa sahabat nabi. Antaranya termasuklah Anas bin Malik,Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas.
Imam Abu Hanifah juga menuntut ilmu daripada 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabi'in. Ilmu-ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu tauhid, ilmu Al-Quran dan ilmu hadis. Beliau juga mahir dalam bidang sastera. Imam Abu Hanifah telah berguru dengan seorang ulama iaitu Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun. Selepas gurunya meninggal dunia, beliau mengambil alih tempat tersebut untuk menyebarkan ilmu kepada orang ramai.
Sumbangan dan Jasa Imam Abu Hanifah
Imam Abu Hanifah adalah pengasas "Mazhab Hanafi". Beliau rajin menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama. Imam Abu Hanifah seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih.
Menurut Qadhi ’Iyadh al-Yahsubi: "Beliau merupakan salah seorang yang diterima oleh majoriti orang ramai dengan pendapat yang begitu baik, kritis dan bijak dalam hal Qiyas. Memahami fiqh dengan baik dan merupakan salah seorang tokoh utama di dalamnya, namun beliau bukanlah seorang tokoh di bidang hadis. Malahan tidak diasingkan ilmunya dalam hal tersebut sekalipun tidak terdapat sebarang karya berkaitan hadis dinyatakan serta tidak pernah disebutkan darinya oleh pakar hadis sahih (Imam al-Bukhari dan Muslim) sebarang hadis walaupun satu huruf."
Imam Abu Hanifah juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadis nabi. Berbekalkan kebolehan yang di milikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau juga menyusun kitab "Al-Faraid" (harta pusaka) dengan lengkap.
Antara hasil-hasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah Fikah Akbar, Al-A'lim Wal-Mutaa'lim, Masnad, fikah Akbar dan lain-lain.
Imam Abu Hanifah wafat dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah(767 Masihi) dalam usia 70 tahun iaitu semasa pemerintahan Khalifah Abu Jaafar Al Mansur,Khalifah Abbasiyah yang kedua.Jenazah ulama agung ini dimaqamkan dengan penuh penghormatan oleh puluhan ribu umat Islam di tanah perkuburan Al Khaizaran di kota Baghda
Selepas beliau wafat, mazhabnya berkembang dengan pesatnya hingga ke Mesir, Syria, India, Pakistan China, Khurasan, Turki dan sebahagian daripada negara Asia Tengah.
Kisah Keunggulan Keperibadian Imam Abu Hanifah
Imam Abu Hanifah cukup dikenali sebagai seorang hamba Allah yang tegas dalam mempertahankan kebenaran dan begitu keras dalam pendiriannya. Akibatnya, beliau ditimpa ujian pada zaman Bani Umaiyyah, apabila Gabenor Iraq iaitu Yazid bin Umar bin Hubairah pada masa pemerintahan khalifah Marwan bin Muhammad menawarkan jabatan hakim kepada beliau.
Tetapi dengan mudah beliau menolaknya dan ini membuatkan Yazid begitu marah dan beliau dihukum dengan 110 kali sebatan. Setiap hari Imam Abu Hanifah disebat sebanyak 10 kali sehinggalah mereka merasa bosan dengan pendirian beliau itu, lalu dilepaskan atas tekanan orang ramai terhadap pemerintah. Pendirian tegas Imam Abu Hanifah ini dapat dinilai daripada kata-katanya yang seperti berikut:
"Demi Allah, aku tidak akan menduduki jawatan itu, sekalipun aku dibunuh kerananya!"
Kesabaran serta kecekalan beliau dalam menghadapi ujian tersebut terungkap menerusi kata-kata beliau yang seperti berikut:
"Hukuman dunia dengan sebatan ini masih baik dan lebih ringan bagiku daripada sebatan di akhirat kelak."
Imam Abu Hanifah sempat menyaksikan peralihan kuasa kerajaan daripada tangan Bani Umaiyyah ke tangan Bani Abbasiyah. Semasa zaman Abu Jaafar al-Mansur pula, Imam Abu Hanifah sekali lagi diberi tawaran untuk menjadi hakim di Kufah. Jawapan yang sama diberikan olehnya iaitu enggan menjawat sebarang jawatan kehakiman negara. Khalifah Abu Jaafar sendiri bersumpah bahawa beliau harus menerima jawatan itu. Namun, Imam Abu Hanifah tetap menolak dan bersumpah tidak akan menerimanya.
Ketika ketegangan itu, seorang muridnya yang sudah menjadi pegawai kerajaan, menasihatinya, "Apakah tuan akan tetap menolak kehendak khalifah, sedangkan khalifah telah bersumpah untuk memberikan kedudukan tinggi kepada tuan?".
Imam Hanafi dengan tegas menjawab: "Amirul mukminin lebih mampu membayar kifarat sumpahnya daripada aku membayar kifarat sumpahku!"
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur memerintahkan Imam Abu Hanifah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara Baghdad. Ketika hari Abu Jaafar mengeluarkan Imam Abu Hanifah dari penjara sekali lagi beliau memujuk Imam Abu Hanifah supaya menerima jawatan tersebut, tetapi Imam Abu Hanifah hanya menjawab dengan lemah lembut berserta dengan senyuman manis:
"Demi Allah! Jika aku menghendaki akan kemewahan hidup di dunia ini, tentu aku tidak dipukul dan dipenjarakan. Tetapi aku menghendaki keredhaan Allah semata-mata dan untuk memelihara ilmu pengetahuan yang telah aku dapati. Aku tidak akan memalingkan pengetahuan yang aku pelihara selama ini kepada kebinasaan yang dimurkai Allah."
Kisah Imam Abu Hanifah Mati Diracun
Sumber kisah ini adalah daripada http://www.tranungkite.net/teladan/teladan135.htm
Imam Abu Hanafih adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi.
Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:
1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.
Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah.
Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.
Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut
Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.
Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.
Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.
Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.
Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.
Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”
Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.
Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.
Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Hanafi. Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.
Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.
Suatu hari Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”
Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Hanafi itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.
Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”
Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin.
Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”
Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”
Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut. Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.
Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.
Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.
Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun.
Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka berikan.

|