BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Oktober 14, 2010

Empat Perkara Menajamkan Fikiran dan Mencerdaskan Minda

Empat perkara menajamkan fikiran dan mencerdaskan minda adalah seperti berikut:

1. Tidak banyak berbual kosong
Apabila berbicara, berbicaralah dengan menggunakan hujah, pemikiran rasional, logik dan ilmu pengetahuan yang berfaedah dan mendatangkan idea-idea yang baik.

2. Rajin bersugi (gosok gigi)
Kesegaran mulut membantu menyegarkan minda.

3. Bercakap dengan orang soleh
Apabila kita bercakap atau berbual-bual dengan orang yang soleh, selalunya kita akan menjaga peradaban dan sopan-santun kita. Kita akan berfikir sebelum bercakap. Berfikir sebelum bercakap akan melatih daya pemikiran kita.

4. Bergaul dengan para ulama
Para ulama memiliki ketinggian ilmu dan akhlak yang boleh dicontohi. Apabila kita bergaul dengan para ulama, secara tidak langsung kita akan mendisiplinkan pemikiran kita dan mencontohi akhlak yang baik daripada mereka.

Amalkanlah keempat-empat aktiviti atau amalan yang dapat menajamkan fikiran di atas, semoga hidup kita beroleh berkat dan rahmat daripada-Nya.