BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Oktober 19, 2010

Surat Pembaca - Minat Terhadap Matematik Tidak Kesampaian

Surat Kiriman daripada Afiq SilentStudent: Minat Tak Kesampaian

Saya seorang pelajar tingkatan tiga. Masalah yang ingin saya nyatakan di sini ialah bahawa saya seorang yang amat lemah dalam matapelajaran matematik. Minat saya dalam matematik tidak timbul dan saya rasa subjek ini adalah sesebuah subjek yang boring. Sudah tiga tahun saya belajar matematik tetapi saya tidak memahami kesemuanya. Oleh itu, saya ingin meminta nasihat tuan tentang bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini.

Jawapan daripada Amiene Rev:
Untuk menguasai Matematik, mestilah bermula dari asasnya. Jika Afiq belum menguasai sifir, maka kuasailah sifir. Kemudian kenalilah nombor perdana, nombor genap, nombor ganjil, faktor sepunya terbesar, dan gandaan sepunya terkecil. Kuasailah pecahan, perpuluhan, nombor negatif, kuasa dua, punca kuasa dua dan kemudian algebra.

Umpama Afiq semasa kecil, bermula daripada merangkak, kemudian berdiri, kemudian berjalan dan barulah berlari, begitu jugalah dengan Matematik.

Untuk menguasai Matematik, pastikan asas-asas Matematik yang seperti disebutkan di atas telah dikuasai. Guru-guru, rakan-rakan atau saudara-mara tentu ada yang sudi untuk membantu Afiq untuk menguasai asas-asas di atas.

Untuk menguasai Matematik, Afiq perlulah ada minat dan suka untuk mempelajari subjek tersebut. Berbaiklah dengan guru-guru Matematik di sekolah, dan kenangi jasa dan budi mereka. Insya-Allah, denga keikhlasan Afiq untuk mempelajari Matematik kerana Allah, pasti bantuan-Nya akan muncul.