BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Ogos 31, 2007

Apabila Penderitaan Dapat Difahami, Maka Akan Wujud Ketenangan

"Memahami penderitaan, akan mewujudkan ketenangan." - Amiene Rev
Apabila ada penderitaan untuk difahami, kemudian kita akan dapat menerima erti ketenangan. Dunia ini lahir dengan serba-serbi cabaran. Manusia hidup, oleh itu manusia berjuang. Manusia berjuang, dengan itu melalui pelbagai penderitaan. Kerana kehidupan itu sendiri adalah perjuangan, maka manusia mengharungi pelbagai penderitaan, memijak kaca-kaca rintangan, merempuh duri-duri dari ros yang mewangi, mengatur jejak langkah, mencari jalan mencapai matlamat. Kerana hidup kita ini adalah perjuangan, dan penderitaan itu juga harus ditempuhi, maka apakah dalam dunia ini tidak ada tempat untuk ketenangan?

Jalur Gemilangku Sentiasa Satu
Hakcipta (C) 2007 Amiene Rev

Pada malam yang serba kabur,
Jalur Gemilang cuma bertemankan cahaya bulan
dan bendera sebuah negeri di bawah naungannya.

Jalur Gemilang sudah sekian lama
merasai dirinya dijulang,
setiap 31 Ogos, sejak 50 tahun lalu.
Dijulang dengan rasa kegembiraan,
seolah-olah pesta.

Kemudian, Jalur Gemilang mendapati,
rupanya dirinya adalah simbolik,
panji kemerdekaan yang dicipta
oleh Allahyarham Mohamed Hamzah.
Jalur Gemilang, adalah untuk negara ini
Malaysia.

Biarpun di dunia ini
ada banyak Jalur Gemilang,
biarpun di dunia ini,
sudah jauh beribu-ribu batu,
Jalur Gemilang mengembara.
Ke Gunung Everest,
Ke Antartika,
dan suatu hari nanti,
pasti juga ke bulan.

Biarpun sudah tegak di merata medan,
biarpun berkibar di pelbagai kenderaan,
biarpun menjadi jaga hormat di pintu gerbang,
Jiwa Jalur Gemilang tetap satu.

Satu yang membawa banyak makna.
Nombor satu dunia!
Kesatuan rakyat!
Kesetiaan.

Jalur Gemilang akan terus berkibar,
mencari kejayaan.


Khamis, Ogos 30, 2007

Kerana Kehidupan Itu Sendiri Bermaksud Perjuangan

Bagaimana mudahnya kehidupan itu? Kadangkala setiap langkah yang dipetik sebagai perjuangan itu, dibasahi hujan ribut, yang turun pada panas tengah hari. Aku melalui minggu-minggu sebelum ini dengan pelbagai cabaran yang dipanggil sebagai keringat, darah dan air mata.

Kadangkala kita berjuang, untuk memastikan kesejahteraan komuniti kita, masyarakat kita dan generasi kita. Di kalangan mereka ada yang leka dan alpa, masih tidak memberi apa-apa maklum balas untuk membantu diri mereka.

Adakah motivasi sahaja mencukupi? Tidak. Aku harus memaksa mereka menerima hakikat ini, bahawa perjuangan itu tidak boleh dilaksanakan dengan senang lenang sahaja.

KBT-KITAB sudah mula berbahang. Ada pensyarah yang menjadi sukarelawan. Ada pelajar sudah mendaftar sebagai tutor. Semua ini adalah antara usaha untuk membantu mencapai kempen Gred E Sifar dan 100% Keputusan Baik.

Apa pun, adakah ini yang dinamakan perjuangan? Kehidupan itu sendiri adalah perjuangan. Tanpa perjuangan, kita mati.

Malaysia Book Of Records - Larian 100 jam tanpa henti

Sejak 26 Ogos 2007 yang lalu, seramai 42 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia telah menyahut cabaran untuk berlari 100 jam tanpa henti. Aktiviti ini akan dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records. Aktiviti ini Larian 100 Jam ini merupakan satu cara mengaplikasikan ilmu Sains dan Matematik yang dipelajari di universiti. Kejayaan menyempurnakan Larian 100 Jam sudah pasti mempunyai nilai yang sangat tinggi. Semoga berjaya, para peserta Larian 100 Jam, Universiti Teknologi Malaysia.

Gambar: Para peserta dan jawatankuasa Larian 100 Jam sedang menyusun strategi untuk peserta larian.


Larian ini juga merupakan satu usaha yang akan memecahkan rekod larian sejauh 1035 kilometer yang dibuat oleh para pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang dahulunya dikenali sebagai ATMA, pada Julai 2005.

Setiap tiga orang peserta akan berlari mengelilingi Lingkaran Ilmu (jarak satu pusingan = 2.5 km) sebanyak dua pusingan sebelum menyerahkan baton kepada tiga orang lagi peserta. Mengikut anggaran masa, setiap peserta akan berlari selama 1 jam setengah, sejauh 5 kilometer.



Gambar: Sementara menunggu giliran pada waktu malam, para peserta Larian 100 Jam berehat dan menenangkan fikiran dengan menonton rancangan sukan di televisyen.




Semasa larian dilaksanakan, para peserta juga akan membawa bendera Jalur Gemilang, bendera Negeri Johor dan bendera UTM.

Larian ini dijangka tamat pada 30 Ogos 2007, bertempat di Padang Kawad UTM. Pada masa yang sama sambutan Ambang Kemerdekaan akan diadakan.


Gambar: Peserta sedang memanaskan badan sebagai persediaan untuk berlari sebaik-baik sahaja peserta-peserta sebelum ini tiba.


Tidak kira hujan atau panas, tidak kira embun yang menitis pada pagi hari, atau langit gelap tanpa bulan pada malam hari, para peserta larian 100 jam meneruskan larian mereka, untuk memberi satu lagi kejayaan yang bakal menaikkan nama Universiti Teknologi Malaysia.

Ilmu pengetahuan dalam Sains Sukan digunakan dalam Larian 100 Jam. Kejayaan larian ini nanti adalah bukti para pelajar telah berjaya mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam bidang-bidang berkaitan, di universiti selama ini. Para peserta terdiri daripada para pelajar dari pelbagai fakulti, pelbagai bidang dan jurusan, termasuk pelajar di peringkat Sarjana.

National Bridge Model Competition 2007 - Design, Build and Test

Salah satu pasukan UTM dengan
model jambatannya


Pada 28 dan 29 Ogos 2oo7, bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, satu pertandingan merekabentuk dan membina jambatan peringkat kebangsaan telah diadakan. Pertandingan ini melibatkan pelajar-pelajar universiti dan sekolah menengah dari seluruh Malaysia.

Antara model-model jambatan yang dipertandingkan.

Syarat-syarat pembinaan jambatan ialah tidak boleh mengggunakan sebarang bahan berunsurkan logam. Setiap peserta perlu membuat persembahan multimedia semasa ujikaji dijalankan. Beban seberat 5090 gram digunakan untuk menguji kekuatan jambatan.


Para peserta peringkat Sekolah Menengah
dan IPT dengan model jambatan
di gerai masing-masing


Terdapat tiga kategori iaitu ringan + kuat, kreativiti + kebolehbinaan, poster + multimedia. Tempat pertama, kedua dan ketiga untuk peringkat IPTA masing-masing bernilai RM1000, RM750 dan RM500 manakala untuk peringkat Sekolah Menengah masing-masing bernilai RM750, RM500 dan RM300.

Hadiah keseluruhan, iaitu bagi juara, naib juara dan tempat ketiga untuk peringkat IPTA ialah RM1500, RM1000 dan RM500 manakala untuk peringkat Sekolah Menengah ialah RM1000, RM700 dan RM500.


Gambar kiri: Jambatan yan direkabentuk untuk
menghubung tanah besar dengan pulau.
Gambar kanan: Pasukan dari Sekolah Menengah Teknik Kluang
sedang membuat pembentangan mengenai model
jambatan yang dibina.


Rabu, Ogos 29, 2007

Di manakah Kemanisan Perjuangan Tanpa Cabaran Yang Pahit?

Kadangkala perjuangan itu terasa amat berat, kesan depresi. Apabila kita berjuang, seolah-olah kita kesunyian tanpa teman. Kehidupan itu sendiri adalah satu perjuangan.

Manusia tidak dapat hidup tanpa matlamat. Kita hidup berjuang kerana kita memiliki matlamat. Namun, adakah suatu hari nanti kita akan tiba ke penghujung matlamat?

Nyawa kita berakhir, tidak kira matlamat itu berjaya dicapai atau tidak. Jadi adakah kehidupan itu wujud semata-mata untuk sampai ke matlamat?

Tidak? Kehidupan itu adalah perjuangan. Kadangkala, ini dinamakan perjuangan yang tidak selesai. Adakah manusia hidup untuk bersaing atau bekerjasama?

Apakah erti kehidupan tanpa kerjasama? Adakah kita hidup untuk bersaing? Apakah maknanya persaingan ini?

Tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan bersaing untuk meneruskan kehidupan? Haiwan pemangsa yang mewujudkan persaingan? Haiwan herbivor yang menguasai padang rumput? Haiwan Savannah yang menguasai punca air?

Adakah manusia itu haiwan? Manusia berakal, manusia berfikir, manusia bersatu padu. Jadi apakah makna persaingan?

Kita bersaing dengan cabaran. Kita lihat siapa yang menang atau kalah. Cabaran atau kita? Memikirkan ini, aku dapati, hidup ini akan hilang kemanisannya, tanpa cabaran. Kerana cabaran yang pahit, menyebabkan kita menghargai erti kemanisan hidup.

Tidak akan terasa betapa beruntungnya memiliki kesenangan, tanpa kesusahan. Kita bersyukur, kerana itu.

Selasa, Ogos 28, 2007

Hantarkan Luahan Perasaan atau Rahsia Terpendam Yang Menyeksa Jiwa Anda Secara Misteri

Anda ada rahsia yang sering mengganggu jiwa anda? Anda malu atau takut hendak menceritakan rahsia tersebut? Setiap minggu atau setiap bulan, saya akan menyiarkan rahsia-rahsia yang dihantar secara rahsia oleh Hamba Allah, atau sesiapa sahaja yang tidak dikenali menerusi blog ini, mengikut keupayaan saya.

Semoga usaha ini dapat membantu insan-insan yang tidak dapat meluahkan perasaannya secara terus kepada individu-individu tertentu.

Apa sahaja rahsia seperti percintaan, pengkhianatan, persahabatan, kekeluargaan, tanggungjawab, harapan, penderitaan, cinta tak berbalas, kerinduan, kekesalan, kekecewaan, dendam, benci, takut, geram, fobia, kelemahan, kurang yakin, penderaan, buli, persaingan, hasad dengki, sejarah silam, titik hitam dan lain-lain lagi adalah diterima.

Rahsia yang memaparkan imej-imej berunsur lucah tidak akan disiarkan. Rahsia yang mendedahkan identiti orang secara langsung juga tidak akan diterima. Sekiranya anda rasa perlu untuk menyebut nama orang tersebut, maka taipkan sahaja di dalam e-mel anda. Rahsia-rahsia ini boleh dihantar menerusi e-mel berikut:


d u k e a m i e n e r e v at g m a i l dot c o m

Rapatkan semua huruf di atas dan gantikan "at" dengan "@" dan "dot" dengan "."



Format penghantaran rahsia adalah seperti berikut:
  1. Tuliskan rahsia secara ringkas, iaitu perkataan yang sentiasa berulang-ulang atau bergema di dalam jiwa atau minda anda.
  2. Rahsia hendaklah dibuat secara kreatif, sama ada secara tulisan tangan atau digital (menerusi perisian grafik seperti PaintBrush, PhotoShop, PaintShop dan sebagainya). Perisian grafik percuma boleh ditemui menerusi blog ini. Klik di sini!
  3. Jika dibuat secara tulisan tangan, gunakan mesin pengimbas (scanner), dan simpan fail imej tersebut dalam format jpg, png atau gif. Jangan hantar fail yang bersaiz terlalu besar. Saiz fail hendaklah kurang daripada 300kb.
  4. Hantarkan ke e-mel di atas. Gunakan attachment untuk menghantar gambar.
  5. Semasa menghantar e-mail, pada bahagian Subject, gunakan sama ada
    • Misteri Rahsia
    • Rahsia
    • Rahsia Misteri
  6. Subject yang menggunakan perkataan selain daripada yang digunakan di atas akan dipadamkan secara automatik kerana dianggap sebagai SPAM.
  7. Anda boleh menggunakan nama samaran atau apa-apa sahaja nama yang anda rasakan perlu diletakkan di dalam rahsia anda.
  8. Rahsia anda akan disiarkan di dalam blog ini, jadi secara tidak langsung, akan membantu anda mengurangkan tekanan kerana anda telah dapat meluahkan perasaan atau tekanan anda.
Penulis blog dukeamienerev.blogspot.com adalah Tuan Punya Forum Dragonizer yang telah dikunjungi lebih satu juta pengunjung sejak tahun 2004/2005. Menerusi Forum Dragonizer, terdapat ruangan khas untuk para pengunjung meluahkan isi hati dan masalah mereka.

Jaringan ke web Forum Dragonizer boleh ditemui di bahagian sidebar blog ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stres, tekanan perasaan, tekanan jiwa atau tekanan mental, anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan menerusi entri-entri yang dicadangkan di sini. Selain itu anda juga boleh menggunakan enjin carian Google yang terdapat di dalam blog ini. Pastikan anda menandakan bulatan pilihan dukeamienerev.blogspot.com yang terdapat di bawah kotak carian Google tersebut sebelum memulakan carian.



Perisian Grafik Photoshop Percuma Yang Hebat: DogWaffle dan GIMPshop - Kembar Adobe Photoshop

Perisian Photoshop Percuma: DogWaffle 1.2

Anda ingin memiliki Adobe Photoshop, tetapi tidak mampu? Sebenarnya ada banyak perisian grafik percuma yang boleh anda miliki. Antaranya Project DogWaffle 1.2 yang memberikan anda perisian grafik PhotoShop percuma iaitu DogWaffle. Klik di sini untuk pergi ke laman web DogWaffle dan seterusnya muat turun perisian tersebut.

DogWaffle bukan sahaja mampu menyunting imej, malah anda juga boleh menghasilkan animasi atau grafik bergerak menerusi perisian Photoshop percuma yang hebat ini. Imej di atas mengguna menggunakan DogWaffle.


Perisian Grafik Percuma GIMPshop

Sementara itu GNU Project telah menghasilkan sebuah perisian yang mirip Adobe Photoshop, dikenali sebagai GIMPshop. Bayangkan bagaimana sebuah perisian bernilai beribu-ribu ringgit, kini boleh dimiliki secara percuma menerusi projek GNU ini.

Bagi anda yang masih baru dalam dunia grafik digital, untuk pengetahuan anda, Adobe Photoshop boleh dianggap sebagai raja perisian grafik. Populariti perisian ini tidak ada tandingannya. Kini, GIMPshop muncul sebagai pencabar terhebat pula.

Jangan lepaskan peluang ini! Anda boleh memuat turun perisian GIMPshop menerusi blog ini. Klik di sini untuk muat turun. Selain itu, anda juga boleh pergi ke blog GIMPshop.blogspot.com.

Laman utama GIMP boleh dilayari menerusi www.gimp.org atau klik di sini. Maklumat mengenai GIMPshop juga boleh ditemui menerusi laman web wikipedia.com.

Isnin, Ogos 27, 2007

Missing Child - Nurin Jazlin Jazimin Hilang - Kuala Lumpur

Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, pelajar Tahun Dua SK Desa Setapak, dilihat kali terakhir pada 20 Ogos 2007, kira-kira 8.30 malam, di Pasar Malam Wangsa Maju, Seksyen 1. Nurin adalah penghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi, dan perlu mengambil ubat setiap hari.

Sesiapa yang melihat, Nurin Jazlin, yang berambut panjang paras pinggang dengan ketinggian hampir empat kaki supaya menghubungi bapanya,
Jazimin di 019-3667067 atau menghubungi isterinya, Norazian Bistaman di 013-2486651 ATAU Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO di talian 019-3255886 atau 03- 40441199.

Nurin Jazlin Jazimin, 8 year old, Year Two pupil of SK Desa Setapak, was last seen at Wangsa Maju Section 1 Night Market, 20th August 2007, 8.30pm.

If anybody have any information about this missing child, please contact Jazimin, 019-3667067 or her mother, Norazian Bistaman, 013-2486651. Thank you.

Nurin has very serious medical problem and need to take her daily medicine.

Deputy Rural and Regional Development Minister Datuk Zainal Abidin Osman urged those with information to contact the family or the UMNO youth public complaints bureau at 019-325 5886 or 03- 40441199.

Sumber berita:
www.utusan.com.my
www.hmetro.com.my
www.thestar.com.my

Blog khas untuk Nurin Jazlin: nurinjazlin.blogspot.com

Ahad, Ogos 26, 2007

Gambar Hantu - Membongkar Kebenaran Misteri Jin Di Gua Hira

Versi asal Gambar Jin di Gua Hira yang pernah menggemparkan dunia sekitar tahun 1990-an, yang kemudiannya dilaporkan palsu pada tahun 1996 menerusi Fortean Times "Strange Days #1".

Versi jin yang cuba diperbaharui oleh sesetengah jin bertopengkan manusia, tetapi berjaya dipatahkan. Gambar lanjutan tidak disiarkan untuk menjaga air muka orang terbabit.

Lokasi sebenar ukiran jin ini ialah di Cheddar Showcaves & Gorge, Somerset, England.

Kebenaran terbongkar.

Di Ceddar Showcaves and Gorge terdapat sebuah gua gelap dipanggil Crystal Quest yang menjadi tarikan pelancong. Di Crystal Quest inilah terdapatnya pelbagai ukiran jin atau lebih tepat, goblin.


Sumber-sumber:
http://www.ghoststudy.com/monthly/nov01/rock.html
http://www.rense.com/general25/chups.htm

Freeware Download - Free Software 100% Legal - Muat Turun Pelbagai Perisian Percuma

Kadangkala, naluri manusia mahu mencuba sesuatu yang percuma, sangat kuat. Namun, adakah setiap perkara di dunia ini boleh diperolehi dengan percuma? Sebuah laman web yang menarik memuatkan pelbagai perisian percuma popular lagi berguna untuk dimuat turun, boleh ditemui di sini. Pelbagai kategori perisian percuma, daripada penyunting audio, pemproses perkataan, permainan komputer, PC TV, pemain media dan sebagainya boleh didapati menerusi laman web ini. Berminat dengan perisian percuma? Klik di sini.

Selamat Muat Turun Perisian Percuma!

Sabtu, Ogos 25, 2007

Kematian Uchiha Itachi di tangan Uchiha Sasuke - Bagaimana Itachi Boleh Mati Dibunuh?

Rahsia Itachi - Uchiha Itachi adalah seorang abang yang baik

Uchiha Sasuke sebelum ini ditipu dengan Genjutsu berupa kumpulan gagak oleh abangnya Uchiha Itachi, telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dirinya daripada ditipu sekali lagi. Kali ini, Uchiha Sasuke juga menggunakan Genjutsu berupa ular, lalu berjaya memperdayakan Itachi.

Ketika Itachi sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil memerhatikan bayang-bayangnya dibunuh oleh Sasuke (yang sebenarnya bayang-bayang Sasuke), Sasuke menikam Itachi dari belakang kerusi, terus menembusi dadanya.

Itachi tewas kerana memandang rendah terhadap adiknya, Sasuke, atau, Itachi benar-benar mahu dibunuh? Di sinilah tersembunyinya suatu rahsia yang akan dibongkarkan kemudian.



Itachi Mewariskan Jurus Matanya kepada Sasuke

Baiklah, seperti yang dijanjikan, maka kini, tibalah masanya untuk membongkar rahsia sebenar Itachi.

Semasa pertarungan Itachi dengan Sasuke, Orochimaru yang telah dikunci rohnya ke dalam jasad Sasuke telah terlepas. Hal ini terjadi kerana cakra yang digunakan oleh Sasuke untuk memerangkap roh Orochimaru telah terlepas. Orochimaru walau bagaimanapun tewas dengan mudah di tangan Itachi menerusi jurus Sosano.

Itachi juga telah kehabisan tenaga dalam pertarungan ini. Lalu, sebelum dia berangkat ke alam baka, dia telah mewariskan jurus-jurus matanya kepada Sasuke menerusi sentuhan jarinya ke dahi Sasuke. Uchiha Itachi berbuat demikian untuk melindungi Sasuke daripada Uchiha Madara, bajingan yang sebenar.

Uchiha Sasuke sebelum ini telah cuba melindungi sekalian shinobi dengan menjadikan dirinya sebagai mangsa fitnah. Semua orang menyangka bahawa Itachilah yang paling jahat dan paling zalim kerana telah membunuh semua orang di dalam puak Uchiha. Sasuke yang terselamat, telah diminta Itachi supaya berusaha untuk menjadi kuat dengan menjadikan dirinya sebagai sasaran.

Nampaknya Itachi sangat perahsia orangnya, angkara pertemuannya dengan Uchiha Madara. Madara telah melarikan Sasuke dan jasad Itachi ke suatu tempat yang gelap lagi rahsia. Di sinilah, Madara cuba mendedahkan rahsia Sasuke.

Tanpa disedari, Sasuke telah menggunakan kuasa Amateresu, yang mampu menzahirkan api hitam yang sangat berbahaya. Sasuke kini tersedar, bahawa Uchiha Itachi, iaitu abang kandungnya yang sangat didendaminya sebelum ini adalah wira yang sebenar.

Fourth Hokage - Yondaime - Yellow Flash Is Uzumaki Naruto's Father

Namikaze Minato (belakang) bersama tiga orang anak muridnya iaitu Rin (Ninja Perubatan), Uchiha Obito dan Kakashi Hatake (anak kepada Sakumo Hatake - White Fang, yang mempunyai keupayaan yang setara dengan Legendary Sannins).

Obito, meninggal dunia ketika berusia 12 tahun, setelah terbabit dalam satu pertempuran semasa menjalankan misi, dan mewariskan sebelah mata Sharingannya, dengan pertolongan Rin, kepada Kakashi. Kakashi kemudiannya menjadi Jounin terhandal di Konoha, dan menjadi guru kepada Uzumaki Naruto.

Bapa Naruto - Namikaze Minato:
Juga dikenali sebagai, Hokage Keempat (Yondaime) - Yellow Flash, merupakan bapa kepada Uzumaki Naruto, dan anak murid kepada Jiraiya - Legendary Sannin, The Frog Hermit. Di sebelah adalah gambar Minato yang mirip Naruto semasa remaja. Namikaze Minato sangat dikenali sebagai ninja paling berbakat pernah wujud dalam sejarah ninja. Bakat dan kebijaksanaan luar biasa yang dimilikinya menyebabkan Namikaze Minato dilantik menjadi Hokage keempat, dan merupakan Hokage termuda dalam sejarah Konoha.

Ibu Naruto - Uzumaki Kushina:
Emak Naruto, berasal dari negara Puting Beliung (Whirlpool Country). Uzumaki dan Naruto sendiri bermaksud pusaran, pusaran angin.

Kenapa Naruto dinamakan bersempena dengan Uzumaki Naruto, dan bukannya Namikaze Naruto? Rahsianya adalah berkaitan dengan 'root'. Asal-usul Naruto dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Sebagaimana Gaara, yang mewarisi Shukaku (Ichibi - Rakun Ekor Tunggal), selaku anak kepada salah seorang Kazekage, begitu juga Naruto, anak kepada salah seorang Hokage, mewarisi Kyuubi (Rubah Ekor Sembilan). Kyuubi dibelenggu ke dalam tubuh Naruto oleh Minato, sebagai satu cara untuk menyelamatkan Konoha dari terus diserang oleh raksasa berekor sembilan tersebut.

Akibat tindakan Minato itu, Minato hilang nyawanya, manakala Naruto pula membesar sebagai seorang budak malang, ditakuti dan dipandang serong oleh orang-orang kampung, kerana dia dianggap sebagai jelmaan Syaitan Rubah Berekor Sembilan itu.

Minato dikenali sebagai Yellow Flash atau Kilat Kuning, kerana kepantasan luar biasa yang dimilikinya menerusi Jurus Terbang Dewa Guruh. Minato berupaya menyeru Raja Kodok iaitu Gamabunta, dan merupakan pencipta jurus Rasengan. Jurus ini tidak berjaya disempurnakan oleh Minato. Jiraiya kemudiannya mewariskan jurus Rasengan kepada Naruto. Naruto berjaya menggabungkan jurus Rasengan dengan salah satu elemen semula jadi, iaitu angin menjadikan jurus Rasengan meningkat ke satu tahap yang menggerunkan, dikenali sebagai Fuuton Rasen Shuriken - Putaran Angin Shuriken. Jurus yang merbahaya ini tidak boleh dipakai sebarangan kerana akan membawa kerosakan terhadap badan penggunanya.

Naruto mewarisi rupa paras Minato, tetapi perangainya adalah sama seperti ibunya, Uzumaki Kishuna. Minato, seorang genius ninja yang terhandal dalam sejarah dunia ninja, merupakan seorang yang bijaksana, matang dan tenang, manakala Kishuna yang berambut merah, merupakan wanita yang berperwatakan tomboi.

Dua orang generasi muda terkuat di Konoha ketika ini ialah Kakashi yang memiliki mata Sharingan, dan Naruto. Kakashi merupakan calon Hokage paling utama selepas Jiraiya dan Tsunade. Ini kerana Kakashi memiliki kombinasi kekuatan, ilmu pengetahuan, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebijaksanaan yang tinggi. Kakashi juga merupakan orang penting yang ditugaskan untuk mengawasi dan menjaga keselamatan Naruto, selain Jiraiya.

Gambar di bawah adalah gambar Naruto semasa berusia 12 tahun. Berdiri dari belakang, kiri: Kakashi (Guru Kumpulan Tujuh - Kumpulan Naruto), Iruka Umino (Guru Naruto semasa di Akademi Ninja), barisan depan, dari kiri, Uchiha (kipas kertas) Sasuke (Ketua Kumpulan Tujuh), Uzumaki (pusaran) Naruto dan Haruno (musim bunga) Sakura.

Kisah Keperibadian Naruto dan Sasuke

Uzumaki Naruto (kiri) dan Uchiha Sasuke (kanan)

Hari ini biar kita berbicara mengenai keperibadian Naruto dan Sasuke. Jika selama ini anda tersentuh hati dengan jalan ceritanya, dengan aksi watak-wataknya, dengan semangat dan azam Naruto, maka apa kata hari ini kita kenali pula Uzumaki Naruto dan Sasuke secara lebih mendalam. Saya, Amiene Rev, menerusi entri ini, akan membincangkan mengenai keperibadian kedua-dua watak kesukaan ramai ini.


Uzumaki Naruto adalah anak kepada Hokage Keempat, Namikaze Minato, yang bergelar Kilat Kuning (Yellow Flash).

Nama Uzumaki diambil bersempena keturunan sebelah ibunya, iaitu Uzumaki Kishina. Nama Naruto, diambil bersempena dengan sejenis bahan yang berbentuk pusar, yang biasanya diletakkan sebagai hiasan ramen (mi tarik), yang sangat disukai oleh Naruto. Uzumaki pula bermaksud pusaran atau putaran (spiral), yang mewakili puting beliung.

Kenapa bukan Namikaze Naruto dan sebaliknya Uzumaki Naruto? Untuk melindungi satu rahsia yang penting berkaitan dengan sejarah hidup Naruto dan masa depan Konoha, fakta ini dirahsiakan.

Naruto dilahirkan pada 10 Oktober, iaitu bersempena dengan tarikh Hari Kesukanan dan Kesihatan di Jepun yang dipanggil Taiiku No Hi. Tarikh lahir ini merujuk kepada sikap hiperaktif Naruto serta staminanya yang tinggi. Apakah hiperaktif? Hiperaktif merujuk kepada suatu kelakuan yang agresif dan sukar untuk dikawal.

Apa yang menyebabkan Naruto menjadi hiperaktif? Mungkin anda boleh katakan ini adalah kesalahan Namikaze Minato, yang mengurung Iblis Rubah Berekor Sembilan - Kyuubi, di dalam tubuh Naruto. Penduduk kampung telah tersalah anggap, mereka menyangka Naruto dan Kyuubi adalah satu jiwa yang sama. Mereka berfikir, Naruto itulah Kyuubi yang telah membuat kerosakan dan membunuh ramai saudara mara dan kawan-kawan mereka. Maka, Naruto dibenci dan sering disisihkan.

Kerana perasaan kesunyian, sentiasa dipinggirkan oleh orang ramai, Naruto berubah menjadi agresif. Dia berbuat nakal, mempermain-mainkan orang kampung, menimbulkan kemarahan Cikgu Iruka, dan melakukan vandalisme (menconteng dinding, patung dan sebagainya). Naruto tidak tahu kenapa orang ramai sentiasa menyisihkan dirinya, sehinggalah berlakunya pembongkaran asal-usul dirinya oleh Mizuki (tali barut Orochimaru).

Demi mendapat kembali perhatian orang ramai, Naruto berazam untuk menjadi Hokage. Dia tidak mahu dianggap lemah dan dipandang rendah. Untuk itu, Naruto telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu ninja.

Naruto tidak faham kenapa semua orang membencinya, kenapa semua orang menganggap dirinya adalah Kyuubi, dan kenapa ramai orang suka melihatnya gagal. Naruto telah mengharungi penderitaan dan kesunyian kerana Kyuubi. Oleh kerana dia faham apa itu perasaan kesunyian, bagaimana rasanya disisihkan orang ramai, Naruto mula belajar menghargai persahabatan.

Cikgu Iruka dianggap sebagai ayahnya. Naruto suka makan ramen. Di gerai ramen, dia boleh berbicara dengan pak cik penjual ramen. Cikgu Iruka juga kadangkala belanja Naruto makan ramen. Gerai ramen ada kenangan manis untuk Naruto yang kuat makan. Dia boleh menghabiskan bermangkuk-mangkuk ramen.

Kerana pernah merasai betapa menderitanya kesunyian, Naruto sangat-sangat menyayangi kawan-kawannya. Dia tidak mahu kehilangan kawan. Dia sanggup mengorbankan nyawanya demi kawan-kawan. Kebenciannya terhadap kesunyian dan musibah Kyuubi, menyebabkan Naruto sentiasa mahu membela kawan-kawannya.

Naruto telah menganggap Uchiha Sasuke sebagai abangnya. Uchiha Sasuke yang bijak dan handal dalam ilmu ninja sentiasa menjadi matlamat kejayaannya. Naruto tidak mahu dikalahkan oleh Uchiha Sasuke yang dianggap sebagai Genin terhandal di Konoha pada ketika itu. Naruto juga berhasrat untuk mengalahkan Neji, Rock Lee dan Gaara.

Pengalaman yang dilalui Naruto sepanjang perjalanan hidupnya untuk memburu status Hokage, telah menjadikan Naruto seorang yang sedar erti menghargai kehidupan dan persahabatan. Naruto bertarung bukan untuk dirinya, tetapi untuk kebaikan kawan-kawannya.

Sasuke, juga menyedari kelebihan yang ada pada diri Naruto. Hal ini menyebabkan Sasuke, dalam diam, turut menyanjungi Naruto dan menganggap Naruto sebagai saudara kandungnya.

Sasuke dibesarkan dalam keluarga yang begitu mementingkan kejayaan. Ayah Sasuke sangat tegas dalam hal ini. Sejak kecil, Sasuke telah dilatih untuk sentiasa mencapai tahap kecemerlangan dalam ilmu ninja. Sasuke berlatih dengan tekun untuk mendapat pengiktirafan daripada ayahnya. Untuk menjadi seorang anak dalam keluarga Uchiha, Sasuke mestilah mempunyai potensi yang luar biasa dalam ilmu ninja.

Abang Sasuke, Uchiha Itachi telah meninggalkan sejarah hitam dalam dirinya. Sasuke memburu kekuatan dan kehandalan demi menewaskan abangnya. Apabila melihat Naruto dengan tiba-tiba mencapai kemajuan yang luar biasa dalam ilmu ninja, Sasuke mula berasa rendah diri dengan dirinya. Sekiranya Naruto pun tidak dapat dikalahkannya, bagaimana Sasuke boleh menewaskan abangnya dengan tangannya sendiri?

Sasuke tidak berhasad dengki dengan Naruto, sebaliknya merasa dirinya sudah merosot. Dipengaruhi rasa dendam terhadap abangnya, Sasuka mencabar Naruto. Sasuke mahu mengetahui sama ada benar dia lembab dalam ilmu ninja atau pun tidak. Hasil pertarungan di atas bumbung bangunan hospital itu sangat menggemparkan.

Sasuke teringat bahawa abangnya pernah memberitahu cara untuk menjadi kuat. Sesiapa yang berdarah puak Uchiha, mampu menguasai jurus Mangekyou Sharingan, iaitu jurus mata ninja yang terkuat dalam versi Sharingan. Tidak ada orang yang boleh berhadapan dengan jurus mata tersebut. Namun, syarat utama untuk menguasai jurus itu, adalah dengan membunuh saudara sendiri atau orang yang dianggap sebagai saudara kandung sendiri.

Sasuke sebenarnya tidak sanggup untuk berbuat demikian. Naruto bagaikan adik kandungnya sendiri. Oleh itu dia memutuskan untuk mencari Orochimaru sebagai jalan lain untuk membina kekuatan dan kehandalan bagi membunuh abangnya, Uchiha Itachi.

Peluang untuk menemui Orochimaru tiba apabila beberapa orang pengikut Orochimaru datang menemui Sasuke. Mereka memberitahu Sasuke, bahawa Orochimaru boleh memberikan kekuatan dan kehandalan dalam ilmu ninja kepada Sasuke, dengan syarat, Sasuke mesti bertemu dengan Orochimaru.

Namun, semasa dalam perjalanan menemui Orochimaru, Naruto dan kawan-kawannya telah datang dan menggagalkan usaha pengikut-pengikut Orochimaru. Naruto tidak mahu Sasuke mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menjadi kuat.

Sasuke yang berasa geram dengan tindakan Naruto kerana mencampuri urusan peribadinya, bertindak melancarkan serangan balas terhadap Naruto. Sasuke beranggapan, sekiranya gagal menemui Orochimaru dan berguru dengannya, maka segala usahanya untuk membunuh Uchiha Itachi yang telah menyebabkan kematian semua ahli puak Uchiha termasuk ibu bapanya sendiri akan menjadi angin.

Sasuke tidak mahu membunuh Naruto

Tekanan dan dendam menyebabkan Sasuke bertindak mahu membunuh Naruto, namun pada masa yang sama hatinya tersentuh dengan semangat persaudaraan yang ditunjukkan Naruto. Naruto tewas kerana lembut hati. Sasuke tidak jadi membunuh Naruto. Masakan dia sanggup membunuh orang yang telah dianggap sebagai saudara kandungnya sendiri? Sasuke juga amat sayang kepada keluarganya. Keluarganya telah dibunuh. Sasuke tidak mahu membunuh Naruto.

Sekiranya dia membunuh Naruto, bermaksud dia telah mengikuti kehendak abangnya, Itachi. Sasuke tidak mahu mengikut telunjuk Itachi. Sasuke mahu mencari kekuatan dengan usahanya sendiri. Lalu dia pun meninggalkan Naruto, menjejaki Orochimaru.

Naruto tidak sedar, Sasuke sudah mempunyai rancangannya sendiri apabila menemui Orochimaru. Sasuke tidaklah bodoh mahu menyerahkan badannya untuk dirasuki oleh Orochimaru. Orochimaru mahu memindahkan rohnya ke tubuh Sasuke untuk menguasai jurus Sharingan. Ketika itu tubuhnya akan menjadi lemah. Sasuke akan mengambil peluang itu untuk membunuh Orochimaru. Tiga tahun kemudian, Orochimaru telah mati dibunuh oleh Sasuke, iaitu pada detik-detik Orochimaru mahu memindahkan rohnya ke tubuh Sasuke.

Sasuke tidak terus pulang ke Konoha, kerana dia tahu, dia pasti akan dijatuhkan hukuman. Sasuke menubuhkan Kumpulan Hebi atau Ular yang bermatlamat membunuh Uchiha Itachi. Undang-undang kumpulan itu ialah tidak boleh membunuh orang yang tidak berdosa. Hal ini telah terbukti, semasa berjuang di samping Orochimaru, Sasuke tidak pernah membunuh lawannya. Semua lawannya ditewaskan sehingga tidak mampu bangun, tetapi tidak mati. Orochimaru menegur kelembutan hati Sasuke.

Sasuke mahu membunuh Itachi. Dia tidak perlu membunuh Naruto untuk menjadi kuat. Sasuke tidak perlukan jurus Mangekyou Sharingan untuk mengalahkan Itachi. Naruto bagaikan adik kandungnya sendiri. Anda pula bagaimana? Adakah anda juga menghargai hubungan antara adik-beradik dan kawan-kawan? Naruto dan Sasuke, sama-sama menghargai hubungan persahabatan dan persaudaraan. Mereka tidak akan mengkhianati saudara dan kawan-kawan mereka. Ini adalah keperibadian yang sungguh menarik.

Uzumaki Kushina - Asal Usul Nama Naruto

Gambar di atas menunjukkan wajah sebenar Uzumaki Kushina yang juga merupakan ibu kandung Naruto. Suatu hari, Jiraiya mengunjungi keluarga Namikaze Minato. Ketika itu Naruto masih baru dilahirkan dan belum bernama.

Nama Naruto ini dicetuskan oleh Jiraiya. Jiraiya secara tidak sengaja telah terfikirkan nama tersebut semasa singgah di sebuah gerai ramen. Dengan tidak disangka-sangka, Minato dan Uzumaki Kushina menyetujui nama tersebut.

Kushina dan Minato berharap Naruto akan menjadi seorang ninja yang hebat dan berjasa. Kata-kata ini disampaikan secara langsung kepada Jiraiya. Hubungan erat antara keluarga Minato dengan Jiraiya membuktikan hubungan erat antara Jiraiya dengan Naruto.



Dahulu, Jiraiya pernah diberitahu mengenai ramalan masa depan oleh Moyang Kodok. Moyang Kodok memberitahu, Jiraiya akan bertemu dengan seorang pelajar yang sangat kuat dan akan mengubah dunia ninja sepenuhnya. Pelajar yang dikenali sebagai "Anak Terpilih" atau "Destinated Child". Ketika itu Jiraiya menganggap anak itu ialah Pain, tetapi dia tersilap.

Anak terpilih itu sebenarnya adalah Uzumaki Naruto. Ninja yang akan mengubah dunia ninja ke satu era yang lain.

Jumaat, Ogos 24, 2007

Membongkar Misteri: Kewujudan Manusia Kacukan Anjing Terbukti Benar dan Palsu!

Tarikh Mula Tersebar: April 2005
Status: Karya Seni
Laman web rasmi: www.patriciapiccinini.net

Gambar di atas sememangnya gambar manusia anjing, tetapi bukan benda hidup. Hakikatnya, objek di atas adalah hasil ukiran seni yang dibuat oleh seniman Australia yang bernama Patricia Piccinini. Klik di sini untuk melayari laman web mengenai karya-karya seni beliau.

Perkara kacukan seperti ini dikenali sebagai chimera. Berdasarkan laman web Human Genome Project Information, chimera membawa maksud seperti berikut:

"An organism that contains cells or tissues with a different genotype. These can be mutated cells of the host organism or cells from a different organism or species."

Jika diterjemahkan ia akan membawa maksud:

"Satu organisma yang mengandungi sel atau tisu yang berbeza jenis. Sel-sel ini berkemungkinan adalah sel mutasi organisma perumah atau sel daripada organisma yang berbeza spesies."

Begitu juga dengan cerita mengenai seorang gadis yang disumpah menjadi manusia menyerupai tikus kerana menderhakai ibunya. Juga gambar yang kelihatan benar itu merupakan karya seni agung Patricia Piccinini.

Sumber-sumber bacaan dan rujukan lain:

We Are Family - Patricia Piccinini
Installation at 2003 Venice Biennale

Patricia Piccinini Represents Australia in Venice Biennale 2003
New Zealand Art Monthly, January 2003

Patricia Piccinini - Fleshy Creatures
Interview with the artist

Hybrid Life: The Art of Patricia Piccinini
Living Ethics, Spring 2004

Laman Web Human Genome Project - Glosari Penting Berkaitan Genetik dan Biologi

Sekiranya anda ingin mengetahui makna mengenai sesuatu istilah-istilah yang berkaitan dengan genetik dan biologi. Ini adalah sebuah laman web yang menarik untuk anda kunjungi. Untuk terus ke bahagian glosari, klik di sini.

Laman web Human Genomes Project Information memuatkan pelbagai maklumat berkaitan dengan genetik. Untuk melayari laman web ini, klik di sini.

Kenali Personaliti Ternama atau Selebriti Menerusi Laman Web Biography.com

Laman web ini memuatkan biografi pelbagai tokoh-tokoh popular dari serata dunia. Antaranya ialah Puteri Diana, Crocodile Hunter, Yasser Arafat dan ramai lagi. Untuk melayari laman web ini anda boleh klik di sini.

Dapatkan Berita Terkini Mengenai Perisian Terbaru di BetaNews

Berita terbaru mengenai perisian-perisian komputer kini boleh didapati dengan melayari laman web BetaNews.com. Laman web ini menyenaraikan pelbagai fakta dan perkembangan terkini mengenai perisian-perisian komputer. Klik di sini untuk ke laman web BetaNews.

Antara yang menarik ialah definisi-definisi penting berkaitan dengan hakcipta dan perkara-perkara yang boleh jadi berbahaya atau memudaratkan komputer anda seperti Adware dan Spyware:

Shareware - Copyrighted software available for downloading on a free, limited trial basis. If you decide to use the software, you are expected to register and pay a small fee.

Freeware - A form of software distribution where the author retains copyright of the software, but makes the program available to others at no cost.

Adware - Software that is free to the user, but supported by advertisers.

Commercial Demo - This is software which is purchased through the retail market. You must buy or license this software before you use it.

Open Source - Any software whose code is available for users to look at and modify freely.

Spyware - A general term for a program that surreptitiously monitors your actions.

ChannelChooser: Online TV

Sebuah lagi laman web khusus untuk anda yang mahu menonton TV secara online. Khusus untuk sesiapa yang bergantung hiburan pada wi-fi dan broadband, ini adalah satu lagi pilihan untuk anda. Saluran-saluran yang disediakan adalah bersifat antarabangsa, dan banyak pilihan. Antaranya ialah sukan, berita, hiburan, filem panggung, kanak-kanak dan sebagainya.

Untuk ke laman web ini sila klik di sini.

Satu Juta Dolar Untuk Dimenangi. Berita Baik untuk Semua Pengamal Paranormal dan Psikik


Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pelbagai perkara paranormal di sekitarnya. Malaysia memiliki ramai manusia yang memiliki keupayaan mistik, psikik dan sebagainya. Buktikan kebolehan anda. Anda akan dibayar satu juta Dolar Amerika untuk berbuat demikian. Sahut cabaran ini. Jika anda pengecut, abaikan saja.

ONE MILLION DOLLAR PARANORMAL CHALLENGE
Cabaran ini untuk yang ahli atau pakar paranormal yang berani sahaja. Berani untuk menegakkan kebenaran. Jangan banyak alasan, satu alasan saja sudah membuktikan anda seorang pengecut.

Kenapa perlu alasan sekiranya anda sudah berulangkali menggunakan kuasa paranormal anda untuk mengubati orang lain. Malah ada yang menjadikan kebolehan luar biasa ini sebagai perkhidmatan berbayar. Itu yang tak tahan tu. Jadi selama ni anda menipulah ya? Kalau anda benar, sahut cabaran ini.

Eh, takkan nak beralasan lagi? Kata pakar, kata pengamal dalam bidang ini. Tak faham Bahasa Inggeris? Belek kamus dan sahut cabaran ini.

Klik d sini SEGERA!

Maaf kalau ada yang terasa, mesej ini disampaikan kepada sesiapa yang menggunakan kebolehan luar biasanya sebagai perkhidmatan berbayar.

Khamis, Ogos 23, 2007

Between Devil Philosophy and Life Is A Struggle For Success - They Said

"Jangan peduli betapa dunia itu akan musnah pada akhirnya, kerana kau belum tentu menemui kiamat. Maka, kau harus mengejar kejayaan dunia, mendahului orang-orang lain. Kejarlah kejayaan dunia! Jadilah yang pertama! Jadilah yang termuda! Jadilah yang terkaya! Jadilah yang paling berkuasa! Jadilah yang manusia duniawi yang terunggul!" - Pemikir Syaitan (Barangkali)

Kehidupan. Kembali aku dengan topik kehidupan. Kenapa aku, kenapa tidak kita? Sebab kali ini aku mahu bercakap mengenai kehidupan aku.

Persoalan? Adakah kehidupan aku menarik? Kehidupan aku penuh dengan plot-plot yang berkesudahan dengan keputusan-keputusan yang, adakalanya tidak akan diikuti oleh kebanyakan orang.

Sebab, aku melihat sesuatu berbeza dengan apa yang biasa orang lain lihat. Ini adalah kehidupan aku. Aku juga tahu betapa Tuhan sangat menyayangi aku.

Ramai orang menganggap hidup ini satu perjudian. Betulkah? Menonton cerita The Pursuit of Happyness, banyak memberi inspirasi kepada aku. Penamatnya, merupakan satu kejayaan.

Dalam hidup ini, manusia, kadangkala berkejar-kejar dengan perkara yang tidak ada maknanya. Maksud aku, persaingan. Aku semakin lama, semakin tidak mengerti adakah persaingan itu perkara yang baik?

Persaingan adalah elemen syaitan. Persaingan seperti serbuk belerang yang boleh mencetuskan hasad dengki, khianat dan rasuah. Syaitan bersaing dengan manusia, syaitan mahu memusnahkan manusia.

Persaingan adalah satu taktik syaitan untuk menyesatkan manusia ke alam immortalisme duniawi. Syaitan mahu manusia menanam satu macam idea yang berbunyi:

"Jangan peduli betapa dunia itu akan musnah pada akhirnya, kerana kau belum tentu menemui kiamat. Maka, kau harus mengejar kejayaan dunia, mendahului orang-orang lain. Kejarlah kejayaan dunia! Jadilah yang pertama! Jadilah yang termuda! Jadilah yang terkaya! Jadilah yang paling berkuasa! Jadilah yang manusia duniawi yang terunggul!"

Kejayaan demi kejayaan yang berlaku, menyebabkan manusia mula menanam rasa bimbang dalam diri mereka. Perpecahan, kemusnahan, mengkhianati kerjasama, mencari peluang untuk mempergunakan orang lain. Manusia mula memperalatkan manusia demi mencapai populariti, demi mencapai kuasa, demi mencapai kekayaan, demi mencapai kepuasan hidup di dunia.

Aku, aku tahu, KITAB dan KBT tidak menguntungkan aku. Aku tahu, aku mengasaskan sesuatu yang tidak menguntungkan aku. Aku adalah pengasas kepada KITAB dan KBT. Tujuan aku, aku mahu, semua manusia mencapai kejayaan dan pada masa yang sama belajar mengenang budi, belajar menghargai kehidupan yang dikongsi sesama manusia. Sebuah keluarga.

Ini adalah perjuangan yang berterusan. Biar pahit cabaran yang dihadapi. Ini adalah perjuangan aku!

Ya Allah, berikan aku kemenangan! Limpahkan aku dengan ilmu pengetahuan yang berguna. Berikan aku kesihatan, kekuatan rohani dan jasmani. Murahkan rezekiku, sinarilah aku dengan cahaya yang akan membawa aku ke arah kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Aku mohon keredhaan-Mu. Ampunilah segala dosa-dosaku, bersihkan jiwaku. Tuluskan hatiku dan tetapkan niatku. Moga perjuanganku ini akan menjadi jalanku untuk menemuimu dengan keredhaan-Mu.

Amin.

Projek Besar Bermula

Tempat: Di dalam bilik tidur VIP, di sebuah kolej, di sebuah kampus.
Masa: 2.07 pagi


Ketika ini ramai pelajar telah pulang. Pulang ke mana? Pulang ke kampung. Kampung halaman mereka. Aku pula menggunakan masa ini untuk ligat berfikir dan merancang. Tiga perkara dalam satu masa. Jumlah itu bertambah menjadi empat apabila aku melibatkan penulisan novelku.

Apakah masalah yang berlegar dalam kepalaku? Psikologi. Mentaliti. Kali ini aku akan berdepan dengan pelajar-pelajar universiti yang bermasalah dalam akademik, atau mungkin dalam subjek-subjek bagi bidang-bidang tertentu. Ini menimbulkan reaksi prejudis.

Aku juga baru bebas daripada kekangan personaliti penulis penterjemahan, yang membaca buku-buku novel dengan bahasa yang terlalu bombastik. Bukan niatku mahu mengatakan bahasa buku-buku itu tidak baik, tetapi, hasil penterjemahannya tidak memperlihatkan keaslian struktur Bahasa Melayu.

Gaya penulisan seperti ini, biarpun sedap dan romantis, tetap mempunyai kesan terhadap penulisan. Menerusi fungsi 'absorption' iaitu salah satu teknik berbahaya dalam mempelajari kemahiran-kemahiran baru, aku secara tidak langsung telah mempelajari teknik-teknik penulisan ini. Tidak semua orang berupaya menguasai teknik 'absorption' ini, sebab tidak semua orang dilahirkan dengan pakej Indigo. Terus terang, aku ingin cakap tanpa berlapik, aku tidak suka gaya bahasa yang terlalu emotif apabila menulis novel. Luahan perasaan memang menarik, tetapi mesti dengan mesej-mesej tertentu.

Teknik 'absorption' ini pernah aku ceritakan dalam blog ini sekitar tahun 2006.

Sejak beberapa hari yang lalu, aku telah berjaya mendapatkan beberapa skrip drama daripada beberapa orang kenalan di syarikat penerbitan. Tujuan aku adalah untuk melihat kelebihan menulis novel dan kelebihan menulis skrip drama atau filem. Ratusan helai kertas bersaiz A4 tersusun di bilik aku. Kesibukan kerja sebagai seorang pengarah untuk dua projek penting, mahu atau tidak mahu telah mengurangkan masa untuk aku meneliti skrip-skrip ini.

Sekarang aku sudah faham bagaimana mahu memastikan kualiti penulisan novel itu mudah untuk diterjemahkan ke dalam bentuk skrip. Idea dan pendirian aku menepati kesemuanya. Dalam erti kata lain, seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, aku yakin 100%, aku adalah orang dalam bidang ini.

Dunia penulisan adalah milik aku. Namun, pada masa yang sama itu tidak membawa maksud aku harus menolak idea-idea orang lain. Aku juga harus menghormati dan menuntut ilmu daripada orang-orang lama dan pakar dalam bidang penulisan. Tokoh-tokoh penulisan yang tidak dapat kutemui, maka aku akan gunakan teknik 'absorption' atau teknik-teknik lain mengikut kesesuaian.

Kenapa teknik ini merbahaya? Aku rasa tidak perlu aku ceritakan keburukannya, sebab kesannya tidak akan ada untuk orang lain. Namun ini teknik yang paling pantas untuk menguasai ilmu dan pemikiran orang lain. Aku sudah memiliki anti-dot untuk kesan buruk teknik ini. Teknik yang mungkin tidak dapat diperturunkan kepada sesiapa pun, dan jika ya, kebarangkaliannya adalah satu dalam sejuta. Cuma jauhari yang mengenal manikam. Cuma orang yang memiliki kebolehan dan bakat seperti aku, hanya dapat memiliki keupayaan ini. Teori 9 Kecerdasan Howard Gardner. Teori 24 Kecerdasan Amiene Rev.

Aku beruntung dan bersyukur kerana memiliki anugerah Tuhan. Setiap manusia dilahirkan dengan cukup istimewa. Bergantunglah kepada seseorang itu sama ada dia mahu bersyukur atau tidak, dan dia akan menerima balasan Tuhan atas setiap satu tindakannya. Orang yang bersyukur tidak akan berhasad dengki terhadap orang lain, apa lagi menganiayai orang lain. Aku bersyukur kerana dapat menggunakan kelebihan ini untuk tujuan-tujuan kebaikan.

Baru-baru ini aku berkunjung ke beberapa buah toko buku. Aku menganalisis carta hidup seorang penulis terkenal tanah air. Merupakan penyumbang utama untuk satu genre novel, dan buku-bukunya banyak diterbitkan oleh syarikat penerbitan yang sama.

Langgam bahasanya memikat hati aku. Kaedah penyampaian ilmu pengetahuannya bersahaja, tidak terikat dengan gaya penulisan karangan. Pun begitu, ketrampilan penulisannya tetap berada pada tahap profesional. Gaya bahasanya tidak kekok atau dibuat-buat. Asli. Aku meneliti graf peningkatan aras kemahirannya dari tahun 2001 hingga ke tahun 2007. Ada perkembangan yang menarik. Buku-bukunya dalam senarai best-seller.

Adakah perkara ini penting? Malaysia memiliki pasaran yang tidak begitu luas seperti di Amerika atau kebanyakan negara Barat. Jumlah penduduknya tidak seramai penduduk di India. Strategi untuk menembusi pasaran tempatan perlu dirancang dengan baik-baik.

Aku masih ingat apa yang Puan Ainon pesan, yang aku fahami adalah seperti berikut: Hidup ini jangan dijadikan persaingan, tetapi yang harus diutamakan itu ialah kerjasama. Perkara ini membuatkan aku mahu merujuk kepada kaum Cina di negara ini. Kita lihat bagaimana masyarakat Cina bekerjasama untuk membangunkan kehidupan mereka. Ini contoh yang baik.

Jika diteliti dari aspek sejarah, kebanyakan cerita-cerita Cina banyak memaparkan kesatuan orang-orang Cina. Menerusi filem-filem kungfu juga, ada dipaparkan mengenai diplomasi antara kumpulan-kumpulan kecil dan organisasi-organisasi besar. Mereka hidup bermatlamat.

Bagaimana pula dengan orang-orang Jepun? Orang-orang Jepun, mengikut perkiraan aku, adalah kaum yang paling tinggi adat hormat-menghormatinya. Sopan dan tegas.

Perkataan tambahan seperti onichan, oneechan, dono, kun dan sebagainya adalah sama seperti kita orang Melayu memanggil orang-orang yang lebih tua daripada kita. Adat makan, adat meminum teh, adat dengan guru, adat menghormati tetamu, adat di tempat kerja, adat pertandingan dan sebagainya.

Ketrampilan orang Jepun dalam memartabatkan budaya hormat-menghormati sangat tinggi. Ini terbukti menerusi disiplin mereka yang sungguh ketat. Disiplin adalah elemen yang paling kuat dalam mewujudkan budaya hormat-menghormati.

Kenapa tiba-tiba aku membicarakan mengenai kerjasama, disiplin dan adat hormat-menghormati? Aku sebenarnya sedang membicarakan kerja-kerja yang sedang aku lakukan. Setiap kerja yang kita lakukan perlu dengan penghormatan atau kita harus menghormati setiap perkara yang kita kerjakan.

Sekiranya kita menghormati guru kita, sebagaimana aku menghormati Puan Ainon dan penerbit-penerbit buku yang lain, maka seharusnya aku memberi komitmen dalam penghasilan novel atau buku-buku yang berkaitan.

Namun prioriti aku adalah akademik. Aku harus menghormati pelajaranku lebih berbanding perkara-perkara lain.

Yang kedua itu adalah tugas-tugasku untuk meningkatkan prestasi pelajar di universiti. Sebenarnya, ini bukan tugas yang harus aku pikul seorang diri. Ini tanggungjawab semua pihak. Aku cuma membantu.

Ya, Tuhanku. Berikan aku petunjuk, berikan aku ketabahan. Aku memohon ampun kepada-Mu untuk segala kesilapanku. Berikan aku jalan yang lurus, berikan aku kemudahan-kemudahan supaya berjaya dalam setiap apa yang aku kerjakan. Tetapkan hatiku agar ikhlas dan jujur dalam pekerjaanku ini. Semoga apa yang kukerjakan ini mendapat keredhaan-Mu.

Amin.

Rabu, Ogos 22, 2007

Memperalatkan Kesibukan Sebagai Senjata Kejayaan!


Peringkat 1: Pecah!

Drastik! Kesibukan boleh diperalat sebagai senjata terkuat.
Jika tidak ada orang yang mampu berbuat demikian,
maka aku adalah orang pertama
yang memperalatkan kesibukan
sebagai senjata.

Peringkat 2: Berselerak!
Kekacauan terus berlaku. Lalat. Tanggungjawab. Rintangan.
Kesibukan bergerak pada kadar yang sangat pantas.
Justeru, ini adalah saat terbaik untuk,
bergerak ke hadapan.

Peringkat 3: Fokus!
Tumpuan dalam hiruk pikuk peperangan mental.
Sisa-sisa tenaga dikitar semula,
semakin kuat gangguan, semakin kuat momentum.
Peralatkan dia, umpan, serang balas!

Peringkat 4: Kawalan!
Pada tahap kalis. Serangan akan lebih bermakna.
Pusatkan lagi serangan. Hancurkan gangguan.
Serangan tertumpu. Pusatkan arahan.

Peringkat 5: Mara Searah!
Maju! Ketika ini kuasa adalah pada tahap tertinggi.
Kesibukan telah berjaya diperalatkan,
sebagai senjata!


Merpati Bandar Di Jalanan

Zombi Merpati
Penulis: Amiene Rev
Hakcipta Terpelihara (C) 2007

Semasa berjalan di sebuah bandaraya, aku melihat sekumpulan merpati sedang sibuk mematuk lantai.

"Siapa kata kami mematuk lantai? Kami mematuk semut di lantai!" Marah benar merpati-merpati itu kerana aku telah tersalah memberi penerangan.

Oleh itu, berhati-hati apabila bercerita mengenai merpati.

Merpati-merpati itu merenungku. Dengan mata yang pelbagai warna, merah, kuning, biru dan hijau, mereka melangkah perlahan-lahan ke arahku, sambil menonjolkan wajah yang sungguh serius.

"Maaf ya, kami, merpati memang begini air muka kami. Bagaimana kami hendak menggerakkan otot-otot wajah kami? Kami juga tidak dapat melakukan senaman muka!" Merpati-merpati itu semakin panas dengan kenyataan yang telah kubuat di sini.

Merpati-merpati yang lain berhenti mematuk lantai. Terus melangkah mendekati aku. Semakin hampir, semakin dekat.

Aku pun memberanikan diri mendekati merpati-merpati tersebut. Aku tiba-tiba mendapati, bahawa merpati-merpati ini semuanya sudah mereput daging dan tulangnya. Namun, bulu-bulu yang tebal di badan merpati-merpati ini menyebabkan merpati-merpati ini kelihatan segar dan sihat.

"Aku mendekati merpati-merpati ini. Aku mahu merakam foto merpati zombi. Bangkai merpati hidup!"

Sebaik-baik sahaja aku mengangkat telefon berkamera digital Samsung SGH X-700, merpati itu pun terperanjat!

"Samsung! Samsung! Lari! Lari! Bertempiaran!" Maka semua merpati-merpati itu pun terbeliak wajahnya. Ternganga mulut dan muncungnya, malah ada yang terkoyak otot-otot mukanya, ada yang patah tengkuknya. Ada yang patah sayapnya dan ada yang tercabut bulunya.

Maka lantai jalanan itu menjadi lengang. Tidak ada lagi merpati zombi. Cuma beberapa helai bulu burung yang jatuh perlahan-lahan ke lantai.

"Sejinak-jinak merpati, kudekati, kau lari." Sambil berbisik, aku meneruskan perjalananku.

Aku Menemui Tapak Kaki Big Foot

Pada 20 Ogos 2007, sebelas hari sebelum ulang tahun kemerdekaan yang ke separuh abad, aku berjaya merakam gambar tapak kaki seekor BigFoot. Disebabkan gangguan internet kerana hujan ribut, aku cuma dapat merakamkan penemuan ini menerusi blog ini selepas tujuh puluh dua jam yang berikutnya.

Tapak kaki BigFoot ini disimpan di dalam sebuah peti besi. Ukuran saiznya sekitar dua kali ganda lebih besar berbanding manusia biasa. Berdasarkan fakta ini, dianggarkan ketinggian BigFoot ini adalah sekitar 2 meter.

Pada pagi ini, aku sempat meluangkan masa menonton filem berjudul The Pursuit of Happyness. Perkataan 'happyness' itu sengaja disalah eja.

Christopher Gardner, yang dilakonkan oleh Will Smith, adalah watak yang menarik. Dia bergelut dalam kehidupan yang serba mencabar, sering melakukan kesilapan, namun pada akhirnya dia menemui rentak kejayaan. Semasa kesibukan untuk merebut jawatan di sebuah pusat broker saham, beliau melalui pelbagai kesulitan. Namun beliau tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah, terus memburu kejayaan.

Sebuah cerita yang menarik. Aku dengan ini meletakkan cerita ini dalam senarai cerita kegemaran aku. Cerita ini mempunyai unsur inspirasi dan motivasi.

Barangkali aku suatu hari nanti akan menemui jejak langkah kejayaan, yang semestinya bukan jejak seekor BigFoot.

Ahad, Ogos 19, 2007

Hujan Ribut Berterusan Hari Ini

Hujan dan ribut sungguh rancak beraksi pada hari ini. Sejak pagi tadi, perut aku belum terisi apa-apa. Maka, tengah hari ini, aku memasak sedikit air, menjerangnya dengan menggunakan cerek elektrik.

Kutabur beberapa serbuk coklat Milo ke dalam sebuah bekas gelas yang besar, dan menuangkan air secukupnya, lalu dapat kunikmati minuman coklat Milo yang suam pada suhu cuaca yang sejuk ini. Kuanggarkan suhu di sini ketika ini masih lagi sekitar 28 darjah celcius. Pakaian yang kujemur belum kering-kering lagi.

Bosan dengan keadaan ini, aku membelek-belek manuskrip novelku, untuk dikemaskini. Tidak lama lagi ada ujian, jadi aku perlu membahagikan masa untuk pelajaranku. Akademik nombor satu. Kempen gred E sifar. Semua ini bermain di kepalaku.

Sekarang, waktunya adalah sekitar jam 2.40 petang, hujan sudah makin reda. Masih ada titisan yang bersisa di kaca tingkap dan beranda. Novel yang akan kusemak ini adalah novel biasa-biasa untuk penerbitan sebuah syarikat yang mahukan novel biasa-biasa.

Manakala novel yang lain pula adalah dalam genre sains fiksyen, untuk sebuah lagi penerbitan. Aku memutuskan untuk menulis menggunakan cara aku sendiri, sebab ada kekuatan yang aku yakini. Bak kata, belum cuba, belum tahu. Aku cuma perlu menunggu komen pembacaku nanti. Sudah pastinya bukan calang-calang orang yang akan dijemput untuk memberi komen terhadap hasil karyaku itu. Namun komen pembaca biasa juga dialu-alukan.

Juga, gaya penulisan yang digunakan untuk menulis novelku tidak sama dengan gaya yang aku gunakan untuk penulisan di dalam blog ini. Pasti ada kejutan yang berbeza. Sebab itu adalah kaedah yang lain. Dunia penulisan penuh dengan gaya. Minda manusia, luas tetapi terbatas.

Aku mendapati, sejak kecil lagi, aku mempunyai keupayaan untuk membentuk sendiri teori-teori penulisan. Penemuan demi penemuan, yang kemudian aku bandingkan dengan apa yang aku lihat. Perlahan-lahan, keyakinanku terhadap kebolehanku untuk menulis, meningkat. Apa yang aku fikirkan berkaitan dengan penulisan, rupa-rupanya ada yang telah digunakan. Justeru, aku yakin, aku adalah orang dalam bidang ini.

Memiliki bakat tidak bermakna aku harus mengabaikan tunjuk ajar dan sumber rujukan yang ada. Pengetahuan dan pengalaman penulis-penulis lain sangat penting untuk dijadikan rujukan. Setiap manusia ada kelebihan dan ada kelemahannya. Kita boleh yakin, tetapi mesti dengan bukti. Jadi, pemerhatian yang telah kubuat akan membuktikan, apa yang akan aku tulis nanti, adalah penulisan yang bercirikan seorang penulis berjaya.

Kombinasi bakat semulajadi, keyakinan, pembuktian dan rujukan. Semua ini adalah perlu bagi seorang penulis berbakat besar untuk mencapai kejayaan dalam bidangnya. Aku maju dengan cara ini. Tanpa mengabaikan logik akalku, rasional berfikir, pengalaman dan pengetahuanku, aku akan terus menulis, menulis dan menulis sehingga ke titik kejayaan. Kemudian akan kuteruskan lagi!

Tuhan Maha Berkuasa menentukan segalanya. Moga Dia akan terus melindungiku di dunia dan di akhirat. Moga segala dosaku akan diampuninya, dan jalan hidupku dipermudahkan lagi, juga rezekiku ditambah lagi. Amin.

Ada Seseorang Yang Tidak Anda Kenali

Cinta Di Perhentian Bas
Hakcipta: Amiene Rev (C) 2007

"Adakalanya cinta itu akan berkesudahan dengan tragedi,
pandu cermat demi keselamatan orang tersayang."

Seorang lelaki, berdiri menunggu bas di tepi jalan. Hujan turun lebat, dengan angin badai yang sungguh dahsyat. Pokok-pokok bergoyang, seolah-olah mengikut irama Hip Hop. Lelaki itu begitu khusyuk merenung ke tanah dan jalan raya yang dibasahi titisan air hujan. Melihat air hujan yang jernih bertukar menjadi keruh, lalu mengalir ke longkang yang terletak di belakang pondok menunggu bas.

"Hai!" Kedengaran suara gadis muda menyapa. Sebuah payung bulat berkembang, berwarna biru muda kelihatan di sudut kiri pondok menunggu bas. Apabila diteliti kasutnya yang berwarna biru bertumit tinggi, baju kurungnya yang berwarna putih kebiruan, dan selendang litup yang menutupi kepala si pemegang payung itu, si lelaki itu pun tersenyum.

"Sidek, apa kau buat di sini?" Gadis itu menegur lelaki yang dipanggil Sidik itu.

"Aku... kereta aku rosak." Sidek menjawab pendek.

"Hari ini, saya bertemanlah," Gadis itu tersenyum nakal. "Tak kisah kalau, Aida marah?"

Sidek tersenyum mendengar usikan gadis tersebut. Gadis serba biru itu melangkah dengan cermat ke dalam pondok menunggu bas, lalu meletakkan payungnya di pinggir pondok.

Sidek berjalan merapati gadis tersebut, yang ketika itu sudah berdiri berhampiran dengannya.

"Ayu, aku sebenarnya... mencintai kau."

Gadis berpakaian biru, itu terbeliak matanya.

-O-

Sementara, kira-kira 1 kilometer dari pondok bas itu, dengan suasana jalan yang kelihatan aman, ada sebuah bas sedang meluncur dengan kelajuan 60 kilometer sejam. Pemandunya, seorang India berbadan besar kelihatan begitu tenang. Air hujan yang bertitisan membasahi cermin depan bas itu, menjadikan penglihatan pemandu agak terlarang untuk melihat keadaan di hadapannya.

-O-

Dari arah yang bertentangan pula, di dalam sebuah kereta Proton Perdana merah, seorang wanita berpakaian korporat sedang memandu dengan laju. Radio terpasang di keretanya. Lagu yang agak rancak, Garasi - Hilang.

"Di sini agaknya," Wanita cantik, berambut pendek itu menjenguk-jenguk ke tepi jalan. Kelajuan kereta Perdana merahnya, diperlahankan sedikit.

"Pinn!!" Sebuah kereta memberikan hon kerana hendak memotong! Wanita itu tersentak. Lalu memusingkan sedikit keretanya ke kiri. Percikan air dari jalan mengenai keretanya.

Keretanya bergerak perlahan, skrin keretanya sekali-sekala dicuci, dengan wiper yang masih bergerak ke kiri dan ke kanan.

Dia terus merapati ke sebuah pondok bas. Samar-samar kelihatan sepasang manusia sedang berbual leka, kelihatannya seronok sehingga tidak menyedari kehadirannya. Tiba-tiba air mukanya berubah. Tidak senang.

"Ayu?!" Wanita itu mendengus marah. Menggigit bibir. Lalu, dia menekan pedal minyak dan terus menghala ke depan. Jiwanya tidak keruan.

"Hoonnkkkk!!!" Sebuah bas tiba-tiba berada di depan keretanya.

Krank!! Skreettt!!!! Brakk!! Sebuah kereta, bertembung dengan sebuah bas. Kereta itu hancur. Bas itu remuk di bahagian depan. Seorang lelaki India kelihatan tunduk di tempat duduk memandu.

Sidek dan Ayu terperanjat. Melihat sebuah kereta merah, Sidek mula berasa cemas. Degup jantungnya berentak kencang, memberontak agar apa yang dilihatnya sekarang adalah khayalan semata-mata.

"Aida!!!!" Jeritan Sidek, diiringi dengan dentuman guruh dan air hujan yang makin lebat dari langit yang makin mendung.

-Tamat-
Moral yang pelik: Berhati-hati Apabila Bercinta Di Perhentian Bas

Hakcipta Terpelihara (C) 2007 Amiene Rev

Sabtu, Ogos 18, 2007

Web Liger atau Tigon: Spesies Kucing Kacukan Singa dan Harimau

American Monsters adalah sebuah web mengenai haiwan-haiwan yang jarang ditemui, ganjil atau misteri. Sumber di dalam web ini adalah pelbagai.

Mungkin, jika sekali imbas nama-nama seperti liger dan tigon kedengaran tidak membawa apa-apa perbezaan. Namun perbezaan nama ini adalah berkaitan dengan ibu dan bapa bagi setiap spesies tersebut.


www.forevertigers.com
Laman web ini adalah khusus untuk melindungi harimau. Tigon merupakan salah sejenis spesies kucing besar yang disenaraikan di dalam laman web ini.


Sebuah web yang mengkaji mengenai tigon, liger dan sebagainya boleh ditemui menerusi laman web di bawah ini. Carta di bawah adalah mengenai bagaimana nama-nama spesies seperti tigon, liger, li-liger, li-tigon, ti-tiger dan ti-tigon diperolehi.

Father

Mother


Offspring

Lion

Tiger

Liger


Tiger

Lion

Tigon


Lion

Liger

Li-liger


Lion

Tigon

Li-tigon


Tiger

Liger

Ti-liger


Tiger

Tigon

Ti-tigon


Puisi Dan Sajak Kemerdekaan


SAJAK 1: TRAGEDI DULU
KINI KIAN HALUS MERAPATI KITA

Penulis: Amiene Rev (C) 2007

Bumi ini pernah diulit tragedi
mimpi ngeri berdarah
deritanya hingga ke tulang sendi

Anak-anak dulu takut pada pedang
dari Matahari Terbit
Anak-anak dulu gementar pada senapang
dari Barat yang jauh

Kini semua ini
usahkan gentar
malah menjadi suatu kebanggaan
terucap di lidah
pada tubuh-tubuh
pada mata dan budaya

Jika dahulu mereka menjajah fizikal kita
kita tentang dengan minda merdeka
Namun hari ini,
mereka menjajah minda anak-anak kita
Tanpa minda merdeka, mampukah fizikal kita
menjadi benteng kemerdekaan?

Tragedi dahulu,
kini perlahan-lahan
halus, diam, merapati kita
bersahabat dengan minda anak-anak kita.



SAJAK 2: SAYANGKAH KITA PADA NEGARA?
Nukilan: Amiene Rev (C) 2007

Sayangkah kita pada negara?
atau pada diri kita?
Keluarga kita?
Anak-anak kita, jika ada?
Sanak saudara kita, jika ada?
Agama kita, jika ada?
Tanah tanih kita?

Sudah semestinya ada!

Sayangkah kita pada negara?
Merdeka negara merdekakah kita?

Jika ya, buang karat-karat Barat!
Kita rakyat Timur,
jangan gementar genggaman kita
kuat berpegang pada apa
janji kita pada darah kita.



SAJAK 3: MERDEKA DALAM TANGISAN DARAH
Penulis: Amiene Rev (C) 2007

Negara kita bebas dengan bayaran darah
dengan janji-janji yang menjadi korban
dengan kata telus pembakar api harmoni
Jiwa berbeza bangsa bersatu dalam hati

Namun hari ini kita rasa kita merdeka
Sedangkan nenek moyang kita telah abdi
Pada janji yang mencetus tangis darah
Darah mereka dibiar mengalir sia-sia
Angkara kita rapuh biar minda dijajah

Dan moyang kita terus menangis
Biar negara kita maju
Dan moyang kita tetap terus menangis
Kerana Melayu dan adatnya sudah jauh
semakin lama meninggalkan kita

Di mana adab apabila berdepan orang tua?
Di mana adab apabila berkunjung ke rumah orang?
Di mana adab apabila berdepan dengan Tok Ketua?
Di mana adat menjunjung budaya?

Nenek moyang kita menangis lagi...
Kita sambut merdeka dalam tangisan darah.


SEKIAN, RENUNG-RENUNGKAN.
SALAM KEMERDEKAAN KE SEPARUH ABAD.