Kisah Pada Waktu Tengah Hari
Ini pula kisah pada waktu tengah hari. Aku pergi ke sebuah pusat untuk menambah nilai telefon bimbit aku secara terus menerusi talian telefon. Dapat. Kemudian aku menghubungi nombor 1 300 820 120 untuk bercakap dengan staf Maxis. Segala-galanya akan selesai dalam masa 20 minit.
Sebelum ini, aku ada menghantar e-mel ke Maxis menerusi laman web Maxis. Kira-kira 4 jam selepas itu, aku mendapat panggilan daripada staf Maxis. Cepat juga. Aku memberitahu staf wanita itu bahawa aku telah pun mengambil langkah awal.
Rupa-rupanya pihak Maxis bertindak agak cepat juga. Terima, kasih Maxis. Nampaknya sistem aduan di laman web Maxis berkesan juga.
|