BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Rabu, November 28, 2012

KWSP Hadkan Caruman Maksimum Sukarela RM60,000 Setahun

KWSP hadkan caruman maksimum sukarela
28/11/2012 4:10pm


KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengenakan had maksimum RM60,000 setahun kepada semua caruman sukarela termasuk caruman di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, mulai 1 Januari.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Ibrahim Taib dalam satu kenyataan hari ini berkata, ahli yang mencarum secara sukarela ini boleh mencarum serendah RM50 sebulan.

"Caruman sukarela dalam konteks KWSP merujuk kepada caruman diterima daripada golongan bekerja sendiri, pemilik tunggal perniagaan, rakan kongsi atau mereka yang tiada pendapatan tetap bulanan termasuk suri rumah,” katanya.

Menurut beliau, caruman boleh dibayar secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(1) untuk caruman sukarela dan Borang KWSP 6A(2) bagi Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

"Kedua-dua borang tersebut boleh didapati di cawangan KWSP yang terdekat atau boleh dimuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my,” katanya.

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 atau mengunjungi cawangan KWSP berdekatan. — BERNAMA

Isnin, September 10, 2012

Laporan Berita Kini dan 300 Tahun Dulu Sama Sahaja

Nampaknya manusia tidak pernah berubah. Mereka sama seperti 300 tahun dahulu. Semua manusia cenderung pada perkara yang sama. Ini barangkali, disebut juga sebagai sifat-sifat manusia.

Perbezaan laporan berita sekarang dan 300 tahun dulu
Apakah berita sensasi yang digemari ramai dalam zaman kita sekarang? Kalau di Malaysia antara berita yang mendapat tempat sama ada di surat khabar, radio atau tv adalah dari jenis:
  1. Cerita atau berita kehebatan individu, organisasi atau kumpulan yang amat pemurah membantu orang ramai. Contohnya, 'janji di tepati.
  2. Berita atau cerita reputasi. Penyebaran maklumat atau cerita tentang reputasi atau track record seseorang, organisasi atau kumpulan. Contohnya, rekod BN telah terbukti!
  3. Kisah penipuan. Bagaimana seseorang, organisasi, kumpulan atau masyarakat ditipu oleh organisasi, kumpulan, atau individu. Contoh: Pakatan Rakyat tak pernah tunai apa yang dijanjikan.
  4. Berita keganasan. Berita kejadian ganas sering mendapat tempat utama di media samada cetak atau TV. Anjing bunuh orang, Imam Mahdi mengamuk di Putrajaya dan peserta bersih terbalikkan kereta polis mendapat liputan meluas.
  5. Berita atau cerita rawatan atau aktiviti selamatkan anak-anak. Berita kanak-kanak yang mengalami kesulitan hidup seperti jantung berlubang, hilang, di culik dan seumpamanya juga menjadi sesuatu yang sensasi. Kisah Wanita Pertama amat perihatin pada anak-anak amat digemari dan mendapat liputan yang luas.
Dalam satu kajian oleh University of Guelph dalam bidang pengajian "Evolution & Human Behavior" terhadap 8 budaya berbeza dari seluruh dunia mengenai penyebaran berita kepada masyarakat dalam tempoh 300 tahun yang lalu, mereka mendapati tajuk berita sensasi adalah:
 
SAMA SEPERTI DI ATAS !!!

Rumusannya adalah manusia tidak pernah berubah dari segi citarasa terhadap perkara atau berita sensasi sejak 300 tahun dulu. Berkemungkinan juga ianya tidak pernah berubah sejak 150,000 tahun dulu sejak manusia mula melilau di Padang Sahara.

Isnin, Ogos 27, 2012

Gadis 13 Tahun Mengandung Selepas Mandi Di Kolam Renang

Ini adalah antara berita yang aneh apabila seorang gadis berusia 13 tahun dikatakan mengandung selepas berenang di dalam sebuah kolam renang di hotel berkenaan. Aduan yang ganjil ini telah dibuat oleh seorang wanita Poland yang mendakwa anaknya hamil selepas mandi di kolam renang di sebuah hotel.

Berita Ganjil: Gadis 13 tahun mengandung selepas mandi berenang dalam kolam renang

WARSAW – Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

“Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir. Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut,” kata satu sumber industri pelancongan.

Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu. – Agensi

Khamis, Ogos 23, 2012

Budak Tewaskan Buaya Dengan Mencucuk Mata Buaya Ketika Kaki Digigit Buaya

Buaya Air Masin Sepanjang 2 atau 3 Meter Gigit Peha Budak Tewas Dicucuk Atau Ditumbuk Matanya
Kedua-dua petikan berita ini menerangkan mengenai bagaimana tingkah laku buaya air masin semasa menggigit mangsanya. Buaya memburu mangsa secara senyap-senyap. Mangsa yang leka akan tewas, mangsa yang peka akan terselamat sekiranya buaya itu kecil dan tidak cekap. Budak itu juga digigit di dua tempat iaitu pertama di Pantai Pasir Panjang dan Pasir Pasir Pandak. Buaya di Pantai Pasir Panjang sepanjang 2 meter, manakala di Pasir Pandak pula sepanjang 3 meter. Sungguh aneh laporan kedua-dua berita ini.


FAKTA DARI BERITA KOSMO:
Mangsa: Pelajar berusia 14 tahun
Pemangsa: Buaya sepanjang 2 meter
Cara Menewaskan Pemangsa: Cucuk mata dan tendang badan buaya. 
Lokasi: Pantai Pasir Panjang
Masa: Awal pagi

Tumpas bila mata dicucuk
Sumber: KOSMO

Austin Chin mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.

KUCHING – Tindakan berani seorang remaja menendang kepala dan mencucuk mata seekor buaya dengan jari tangannya berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi korban reptilia ganas itu ketika dia mandi-manda bersama rakan di pantai Pasir Panjang dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Ashley Austin Chin, 14, bersama lima rakan bermandi-manda selepas selesai memancing sebelum kaki kanannya tiba-tiba disambar buaya serta mengheretnya ke dalam air.

Panik diheret dan bergelut kira-kira tiga minit dengan reptilia sepanjang dua meter itu, Ashley terus menjerit dan meronta-ronta.

Dia akhirnya sempat menendang kepala Sang Bedal sebelum reptilia itu cuba pula menerkam kaki kirinya.

“Pada mulanya saya ingat kawan saya bermain dan menarik kaki saya, namun selepas saya berpusing ke belakang, saya ternampak seekor buaya.

“Saya sempat berpusing dua kali dalam air walaupun kaki masih dalam mulut buaya dan tendang kepala sambil mencucuk mata buaya itu dengan jari tangan hinggalah kaki saya dilepaskannya,” ceritanya kepada Kosmo! ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam.

FAKTA DARI BERITA HARIAN METRO:
Mangsa: Pelajar berusia 14 tahun
Pemangsa: Buaya sepanjang 3 meter
Cara Menewaskan Pemangsa: Tumbuk mata dan tendang badan buaya.
Masa: Pagi
Lokasi: Pantai Pasir Pandak

Buaya ‘ngap’ paha budak
Sumber HMETRO


SAKIT...Ashley Austin dirawat di HUS menunjukkan kesan luka di kaki dan betis, semalam.

KUCHING: “Mulanya, saya menyangka rakan bergurau dengan menarik paha, namun sebaik menoleh, saya melihat mereka berdiri agak jauh daripada saya.
“Saya kemudian mengesyaki ada yang tak kena lalu terus meraba lalu terkejut apabila merasai sesuatu benda berkulit keras menggigit kedua-dua paha saya,” kata Ashley Austin Chin, 14, yang terselamat biarpun dibaham buaya air masin di pantai Pasir Pandak, dekat sini, pagi semalam.

Berikutan itu, katanya, dia memberanikan diri dengan menumbuk mata serta badan buaya yang sepanjang lebih tiga meter itu untuk melepaskan gigitannya.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong itu mengalami luka di kedua-dua paha.

Sebelum kejadian, Austin berkata, dia bersama lima rakan pergi ke pantai berkenaan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari bandar raya ini untuk mandi sempena cuti sambutan Aidilfitri, kira-kira jam 7 pagi.

Selepas hampir setengah jam menghabiskan masa dengan mandi, dia tiba-tiba terasa sesuatu cuba menggigit pahanya.

“Ketika itu, saya langsung tidak terfikir digigit buaya kerana pantai berkenaan sering dikunjungi orang ramai, terutama setiap hujung minggu.

“Malah, ketika kedua-dua paha saya dibaham, saya masih mampu mengelak dan cuba menepis. Apabila gigitannya semakin kuat, barulah saya segera melawan untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Austin berkata, dia menggunakan seluruh kudrat untuk menumbuk mata buaya itu.

“Hanya itu cara terakhir dan kudrat yang saya ada. Mungkin tumbukan tepat pada mata buaya berkenaan menyebabkan ia melepaskan gigitannya dan kesempatan itu juga saya gunakan untuk menendang badannya,” katanya.

Austin bersyukur kerana terselamat daripada maut, namun menyesal kerana sebelum kejadian, ibu memang tidak membenarkan dia mandi di situ kerana bimbangkan keselamatannya.

“Saya tidak mengendahkan larangan itu, sebaliknya menuruti ajakan rakan yang merancang untuk mandi-manda di pantai berkenaan,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu.


Selasa, Ogos 14, 2012

6000 Kawasan Rukun Tetangga Diaktifkan - Peruntukan 50 Juta

Lebih 6,000 KRT di seluruh negara akan diaktifkan
2012-08-12 14:33:15 BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Lebih 6,000 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara akan diaktifkan menerusi peruntukan RM50 juta yang disediakan oleh kerajaan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan.

Beliau berkata, selain KRT terdapat juga 3,000 Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan lebih 160,000 sukarelawan berdaftar di seluruh Malaysia.

Jumaat, Ogos 03, 2012

Berita Ikan Paus Di Malaysia: Ikan Paus Balen Patah Balik dan Mati Selepas Diselamatkan

KHAMIS, 2 Ogos 2012
Usaha Bebas Ikan Paus Terdampar Di Pantai Sabah Sedang Dijalankan
Oleh STEPHANIE LEE
Sumber: mStar Online

Penduduk tempatan berkumpul berdekatan dengan ikan paus, dalam usaha untuk membebaskannya di bandar Kuala Penyu.

KOTA KINABALU: Usaha sedang dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang 15.8 meter yang terdampar dekat Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari sini, Isnin.

Ikan paus itu daripada spesis yang masih belum dikenal pasti, terdampar di pantai yang dikenali sebagai “hujung sungai” kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Penyu.

Pegawai Jabatan Perikanan Negeri di Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, ikan paus itu mengalami cedera ringan.

“Kami berhadapan dengan masalah logistik dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamat ikan paus itu,” kata beliau.

Pada tahun 2006, seekor ikan paus spesis ‘Bryde’ sepanjang 20 meter terdampar di Pulau Gaya berdekatan dengan bandar di sini.

Ia telah diselamatkan tetapi kemudiannya mati.

Seekor ikan paus lagi diselamat di pantai Tanjung Aru.

Pada Februari tahun ini, seekora ikan paus spesis Baleen sepanjang 12 meter ditemui mati di laut dekat Pulau Mengalum kira-kira 40 batu nautika dari bandar di sini.



JUMAAT, 3 OGOS 2012
Patah balik untuk mati
Oleh Junaidi Ladjana dan Norasikin Daneh
Sumber: Harian Metro
 
TERDAMPAR...ikan paus ditemui tersadai di pesisir pantai berhampiran Kampung Binturu, Kuala Penyu.

KUALA PENYU: Usaha beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama penduduk kampung gagal menyelamatkan nyawa seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terperangkap dalam kawasan air cetek di muara Sungai Sitompak, dekat sini, kira-kira 200 meter dari sebuah limbungan kapal, semalam.

Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, paus sepanjang kira-kira 17 meter spesies Balen itu ditemui pekerja Taman Pulau Tiga yang kebetulan melalui lokasi berkenaan untuk ke Pulau Tiga, kira-kira jam 9 pagi semalam, sebelum memaklumkan kepada pihaknya.

Menurutnya, spesies paus itu dikenal pasti selepas pihaknya merujuk kepada seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu.

“Kami sudah merujuk kepada pakar dan berdasarkan kriterianya, dipercayai ikan paus ini adalah spesies Balen,” katanya.

Julin berkata, paus itu mati kira-kira jam 8 malam tadi selepas pihaknya mendapati tiada sebarang reaksi daripada mamalia itu.

Khamis, Ogos 02, 2012

Wanita 14 Tahun Meninggal - Mati Gugurkan Anak

Wanita 14 Tahun Meninggal - Mati Kerana Sudah Empat Kali Gugurkan Bayi Dalam Kandungan

Ini merupakan antara berita yang paling mengejutkan pada tahun 2012, di mana seorang wanita dalam kategori anak gadis berusia 14 tahun ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah selepas menggugurkan anak sebanyak empat kali.

Sudah nyata pemikiran anak gadis pada masa kini amat keterlaluan sehingga mereka terlalu tidak bermaruah untuk menggugurkan anak di dalam kandungan sendiri dengan begitu sahaja. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat anak-anak remaja di luar sana.

PETIKAN BERITA: Wanita 14 Tahun Meninggal - Mati Kerana Sudah Empat Kali Gugurkan Bayi Dalam Kandungan

KUALA LUMPUR, 17 FEBRUARI 2012 – Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.

Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.
Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.

Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya. Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan"

Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah mengesahkan kes tersebut.

Khamis, Mac 29, 2012

Gambar KLCC Terbakar - Cerita Di Sebalik Kebakaran

Restoran Chinoz di Suria KLCC terbakar, dipercayai berpunca daripada letupan gas, menyebabkan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan Suria KLCC. Peristiwa kebakaran ini mengingatkan kita semua mengenai kisah Bangunan World Trade Center yang runtuh diserang oleh kapal terbang pengganas. Mungkin pada ketika itu ada yang menyangka Malaysia turut diserang pengganas kerana Malaysia pernah menyatakan hasrat untuk menggunakan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga yang bersih dan mesra alam.

Tentu ada yang menyangka gambar KLCC terbakar itu adalah seperti gambar di sebelah ini. Tidak. Bukan begitu. Cuma Restoran Chinoz yang bertempat di Suria KLCC sahaja yang terbakar. Berikutan itu, 5 buah lori bomba muncul dan ahli bomba pun berusaha untuk memadamkan kebakaran. Peristiwa kebakaran ini berlaku sekitar 5.25 petang mengikut waktu Malaysia. Kebakaran itu telah berjaya dipadamkan, dan setakat ini belum ada kematian yang dilaporkan.