BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Arkitek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Arkitek. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 25, 2008

Pelik Bin Ajaib - Rekabentuk Bangunan Unik Siri 6

Bangunan Nipis Sam Kee,
Bangunan Ternipis Dunia, Kanada
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Siapa sangka pada tanah yang sempit, dengan lebar enam kaki (ya, enam kaki lebar), sebuah bangunan setinggi dua tingkat dapat dibina? Itulah yang berlaku pada Bangunan Sam Kee.

Siapa sangka bangunan sesempit enam kaki lebar ini mampu menjana kewangan bagi 13 tapak perniagaan, serentak! Bangunan ini menyediakan perkhidmatan mandi air panas untuk kegunaan penduduk setempat.

Isnin, Ogos 18, 2008

Pelik bin Ajaib - Rekabentuk Bangunan Unik Siri 5

Bangunan Robot Bangkok
Simbolik Dunia Kewangan
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Bangunan rekaan arkitek bernama Sumet Jumsai ini terletak di Bangkok, Thailand. Bangunan ini berjaya disiapkan pada tahun 1986 dengan nilai 10 juta Dolar Amerika.

Rekaan bangunan ini melambangkan penggunaan teknologi komputer dalam dunia perbankan di Thailand. Robot yang memiliki mata, antena ini direkacipta untuk Bank Asia.

Bangunan ini membolehkan Sumet menjadi arkitek yang pertama menerima anugerah daripada pihak Muzium Arkitektur dan Rekabentuk Athenaeum, Chicago.

Sumber:
Wikipedia.com

NOTA: Bermula 21 Julai 2008, Siri Rekabentuk Bangunan Unik akan disiarkan setiap hari Isnin.

Isnin, Ogos 11, 2008

Pelik bin Ajaib - Rekabentuk Bangunan Unik Siri 4

Perpustakaan Berbentuk Susunan Buku
Terdapat Di Kansas dan Cardiff
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Perpustakaan Awam Cardiff dan Perpustakaan Bandaraya Kansas merupakan dua buah perpustakaan yang direkacipta mengikut gaya susunan buku. Gambar di atas adalah gambar Library District (Kansas City). Dikatakan bagi setiap rekaan buku Berikut adalah judul-judul buku yang tersenarai untuk rekaan perpustakaan tersebut:
  • The Adventures of Huckleberry Finn. Mark Twain. 1884.
  • Black Elk Speaks: Being the Life Story of a Holy Man of the Oglala Sioux. Black Elk as told to John G. Neihardt. 1932.
  • Catch-22: A Novel. Joseph Heller. 1961.
  • Charlotte’s Web. E. B. White. 1952.
  • Cien Años de Soledad/100 Years of Solitude. Gabriel Garcia Marquez. 1967; translated 1970.
  • Collected Poems of Langston Hughes. Langston Hughes. 1994.
  • Fahrenheit 451. Ray Bradbury. 1953
  • Invisible Man. Ralph Ellison. 1952.
  • Journals of Lewis and Clark. Meriwether Lewis. 1804-1806.
  • The Lord of the Rings. J. R. R. Tolkien. 1954-1956.
  • O Pioneers! Willa Cather. 1913.
  • The Republic. Plato 4th Century B.C.
  • Romeo and Juliet. William Shakespeare ca.1599.
  • Silent Spring. Rachel Carson. 1962.
  • A Tale of Two Cities. Charles Dickens. 1859.
  • Tao Te Ching. Lao Tzu. 4th/3rd Century, BCE
  • Their Eyes Were Watching God. Zora Neale Hurston. 1990.
  • To Kill a Mockingbird. Harper Lee. 1960.
  • Truman. David G. McCullough. 1992.
  • Undaunted Courage: Meriwether Lewis, Thomas Jefferson, and the Opening of the American West. Stephen E. Ambrose 1997.
  • Goodnight Moon. Margaret Wise Brown; pictures by Clement Hurd. 1947.
  • Green Eggs and Ham. Dr. Seuss. 1960.
  • Harold and the Purple Crayon. Crockett Johnson. 1955.
  • Little House on the Prairie. Laura Ingalls Wilder. 1953.
  • M. C. Higgins, the Great. Virginia Hamilton. 1974.
  • What a Wonderful World. George David Weiss; pictures by Ashley Bryan. 1995.
  • Winnie the Pooh. A. A. Milne. 1926.
  • The Wonderful Wizard of Oz. L. Frank Baum. 1900.
  • Farm: A Year in the Life of an American Farmer. Richard Rhodes. 1989.
  • Goin’ to Kansas City. Nathan W. Pearson, Jr. 1987.
  • Kansas City, Missouri: An Architectural History, 1826 - 1990. George Ehrlich. 1992.
  • Kansas City, Missouri; Its History and Its People 1808-1908. Carrie Westlake Whitney. 1908.
  • The Kansas City Story for Kids. Monroe Dodd and Daniel Serda. 2000.
  • Mr. Anonymous, the Story of William Volker. Herbert C. Cornuelle. 1951.
  • Tom’s Town, Kansas City and the Pendergast Legend. William M. Reddig. 1986.
  • I Was Right on Time. Buck O’Neil. 1996.
  • Independence Avenue. Eileen Sherman. 1990.
  • PrairyErth: (A Deep Map). William Least Heat-Moon. 1991
  • Messages from my Father. Calvin Trillin. 1996.
  • Mrs. Bridge. Evan Connell. 1959.
  • The O’Donnells. Peggy Sullivan. 1956.
  • Stella Louella’s Runaway Book. Lisa Campbell Ernst. 1998.
  • Virgil Thomson, a Reader: Selected Writings, 1924-1984. 2002.
Sumber:
Wikipedia.com



NOTA: Bermula 21 Julai 2008, Siri Rekabentuk Bangunan Unik akan disiarkan pada hari Isnin, setiap minggu.

Isnin, Ogos 04, 2008

Pelik bin Ajaib - Rekabentuk Bangunan Unik Siri 3

Bangunan Biru di Rotterdam
Cat Biru Menjadi Penyelamat
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Masihkah kita ingat dengan kisah Yellow Brick Road? Ya, bagaimana warna memainkan peranan dalam mengubah satu-satu keputusan dan tindakan. Bangunan ini sudah menjadi sebuah bangunan tinggal. Pihak berkuasa meminta supaya bangunan ini dirobohkan sekiranya tidak mampu menjana kewangan kepada masyarakat sekitar. Pemilik bangunan ini walau bagaimana pun mendapat satu idea, iaitu mengecat keseluruhan bangunan ini supaya menjadi biru. Adakah bagunan ini akan selamat?

Gambar menunjukkan warna asal bangunan ini.

Proses mengecat bangunan ini, termasuk dengan tingkap-tingkapnya sekali, kepada warna biru berlangsung! Selepas dicat biru, bangunan ini mula menjadi terkenal di sekitar Rotterdam! Dan sekarang popularitinya sedang tersebar ke seluruh dunia!

Lihatlah, bagaimana satu idea mampu mengubah segala-galanya. Bangunan ini tidak perlu diruntuhkan lagi (untuk sementara waktu?). Namun idea ini sudah pasti menarik para pelancong dan orang ramai mengenai lokasi bangunan ini, dan promosi berasaskan cat biru akan berhasil untuk memberi makna tertentu kepada pemilik bangunan ini.

Sumber Imej:
feels.ru
AWAS 18 PL!

NOTA: Bermula pada 21 Julai 2008, Siri Rekabentuk Bangunan Unik akan disiarkan di blog ini setiap minggu pada setiap hari Isnin.

Isnin, Julai 28, 2008

Pelik bin Ajaib - Rekabentuk Bangunan Unik Siri 2

The Glynne Arms or The Siden House
or The Crooked House
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Di penghujung Ladang Himley, terdapat sebuah bangunan yang dikenali sebagai The Glynne Arms, atau The Crooked House atau The Siden House. Seperti Menara Pisa yang condong, begitu jugalah nasib bangunan ini. Rumah ini tenggelam di satu bahagian sisinya, kerana tanah yang semakin mendap akibat kerja-kerja perlombongan. Glynne telah mengambil terlalu banyak batu arang yang terletak di bawah tapak bangunan ini.

Darjah kecondongan bangunan ini menyebabkan sebarang objek yang ada di rumah ini akan mudah terbalik atau menggelongsor. Bangunan ini digunakan sebagai pub. Sesiapa yang masuk ke bangunan ini mesti pandai mengawal imbangan badan. Bayangkan bagaimana pekerja-pekerja di pub ini menghadapi cabaran seperti ini setiap hari. Sedikit kesilapan boleh menyebabkan objek pecah.


Sumber Imej:
www.sedgleymanor.com

NOTA: Bermula 21 Julai 2008, Siri Rekabentuk Bangunan Unik akan disiarkan pada setiap hari Isnin, setiap minggu.

Isnin, Julai 21, 2008

Pelik bin Ajaib - Rekabentuk Bangunan Unik Siri 1


The Dancing House, Prague
Rumah Menari atau Rumah Mabuk
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Rumah Menari yang juga dikenali sebagai Rumah Mabuk, adalah sebuah bangunan pejabat yang terletak di Prague, Republik Czech. Bangunan ini direka oleh arkitek berbangsa Croatia, Vlado Milunic dengan kerjasama Frank Gehry, arkitek dari Kanada. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1994 dan berakhir pada tahun 1996.

Rumah Menari ini adalah simbolik kepada lelaki dan wanita (Ginger Rogers dan Fred Astair) yang sedang menari bersama. Sebelum ini, bangunan ini dikenali sebagai Rumah Fred dan Ginger.

Rekaan rumah ini yang pelik menimbulkan kontroversi pada awalnya. Namun, pada tahun 2005, Bank Negara Czech telah mengeluarkan syiling emas dengan ukiran Rumah Menari atau juga dikenali sebagai The Dancing House ini, sebagai syiling terakhir dalam siri "10 Centuries of Architecture".


Rumah ini walau bagaimana pun digunakan untuk aktiviti pejabat dan tidak terbuka untuk kunjungan umum pada ketika ini.


Dancing House (Tančící dům)
Rašínovo nábřeží 80
120 00 Praha 2 (Prague)
Czech Republic


Sumber:
Wikipedia.com
Galinsky.com

NOTA: Siri Rekabentuk Bangunan Unik ini akan menemui atau ditemui anda pada setiap hari Isnin, bermula minggu ini.