BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 30, 2018

Cara Menjana Pendapatan Menerusi Facebook


Facebook pernah sekali merudum tetapi bangkit semula dengan kemudahan-kemudahan baru yang sesuai dengan kehendak netizen. Sudah berbelas tahun, Facebook masih sesuai dengan peredaran zaman. Fungsi sudah berubah. Bukan lagi sekadar laman sosial tetapi juga laman yang menempatkan tapak pengenalan dan aktiviti bagi beribu-ribu syarikat besar dan syarikat kecil. Sudah nyata Facebook memiliki kesesuaian untuk dijadikan sebagai tapak memulakan bisnes bagi netizen.

Netizen adalah seorang manusia yang menghabiskan kebanyakan masanya melayari internet. Aktiviti kehidupannya juga berkaitan dengan internet. Mencari pekerjaan dan upah menerusi internet. Membeli-belah menerusi internet. Jika satu hari tidak melayari internet, tidak sempurna hidupnya pada hari tersebut. Jadi apa salahnya, netizen berniaga menerusi internet? Satu idea yang sangat bijak.

1. Menjual Barang-barang Lama atau Terpakai Menerusi Facebook Marketplace

Sebelum ini ada Craiglist yang menyediakan perkhidmatan membantu orang menjual barang-barang terpakai tetapi caranya lebih sukar berbanding Facebook Marketplace. Terdapat banyak kumpulan di Facebook yang membantu para peniaga dalam talian untuk maju dalam bisnes menerusi internet. Mudah mencipta jaringan, mencari pelanggan dan rakan kerjasama.

2.  Bekerjasama mempromosi jualan menerusi Affiliate Marketing dan Dropship

Banyak syarikat perniagaan bekerjasama dengan pengguna Facebook untuk melaksanakan 'affiliate marketing' dan 'dropship'. Setakat ini dikesan ramai 'Independent Director' yang mewakili syarikat-syarikat tertentu untuk melariskan jualan. Fungsi asal Facebook untuk merapatkan hubungan teman-teman yang jauh, ditambah dengan kebolehan memuatkan foto dan video menjadikan Facebook sebagai salah satu tapak berkesan untuk mempromosikan sesuatu produk. Anda bantu syarikat-syarikat ini menjual produk-produk mereka, anda mendapat komisen.

3. Bekerja sebagai Pengurus Media Sosial

Anda boleh melabur dalam bidang pengurusan media sosial sebagai peluang untuk menjadi pengurus media sosial bagi profil-profil syarikat atau individu yang berpengaruh. Ia merupakan satu cara yang membolehkan anda bekerja secara terus dari skrin komputer anda di rumah, membantu meningkatkan hubungan dan jaringan syarikat atau individu tersebut dengan seluruh dunia.

Kebanyakan orang menganggap, duduk di depan komputer atau bercermin muka di depan telefon pintar atau tablet itu membuang masa. Masa itu emas. Gabungkan hobi dan kepakaran anda untuk menjana kewangan. Ia satu usaha yang sangat berguna pada masa akan datang. Kita tidak selamanya muda.

Selasa, November 27, 2012

Kerap Kemaskini Sistem Geolocation Bawa Bahaya - Pemilik Telefon Pintar Berisiko Kena Rompak

Pemilik telefon pintar berisiko kena rompak
Kuala Lumpur: Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem geolocation mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan dan aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada jenayah pecah rumah dan rompakan.

Ramai penggemar laman sosial suka kemas kini atau check in lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti Foursquare, Facebook untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka.

Namun, tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjenayah memperoleh maklumat sasaran mereka melalui alam siber, katanya.

Syed Ismail berkata, ada juga pengguna laman sosial yang mengemas kini status semasa dengan menyatakan mereka akan meninggalkan kediaman mereka untuk beberapa hari dan tindakan itu mengundang risiko kepada keselamatan kediaman mereka.

Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah kemungkinan laman sosial mereka dicerobohi dan maklumatnya digunakan penjenayah.

Syed Ismail berkata, tindakan mengemas kini kedudukan atau kegiatan semasa juga berisiko mengundang berlakunya jenayah korporat terhadap individu yang memegang status atau jawatan besar dalam sesuatu organisasi.

Ada pihak cuba mencari maklumat menandingi pesaingnya dan sanggup berbuat apa saja bagi tujuan itu, katanya.

Jenayah korporat dalam dunia perniagaan pula berkemungkinan penjenayah melakukannya bagi kepentingan perniagaan seperti mencuri data perniagaan dalam usaha mensabotaj pesaing, katanya.

Syed Ismail berkata, meskipun setakat ini belum ada maklumat atau aduan mengenai kegiatan jenayah seperti pecah rumah atau rompakan disebabkan tindakan mengemas kini status atau kedudukan, namun langkah keselamatan dan risiko harus diketahui pengguna.

Beliau menasihatkan pengguna supaya bijak menggunakan aplikasi demikian serta memahami fungsinya.

Katanya, sebanyak 24 kes kegiatan menggodam mengakibatkan kerugian kira-kira RM3.3 juta dilaporkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangunan Perniagaan CyberSecurity Malaysia, Mohd Anwer Mohamed Yusoff, berkata negara kerugian RM2.75 bilion dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akibat jenayah siber khasnya dalam sektor kewangan.

BERNAMA

Selasa, November 13, 2012

Kesan Facebook Kepada Pelajar dan Masyarakat

Kesan Facebook Kepada Pelajar dan Masyarakat - Facebook Boleh Membawa Kepada Penyakit Kemurungan dan Depresi Jika Dilayari Lebih 3 Jam.

Ini fakta benar yang sangat menakutkan. Pengguna Facebook selepas ini mungkin patut mengunci jam loceng agar tidak leka melayari Facebook melebihi 3 jam. Ini kerana kajian yang terbaru mendapati pelajar yang suka melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari boleh terkena penyakit kemurungan dan depresi.

Layari Facebook lebih 3 jam jejas mental

Kuching: Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.

Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.

Kemahiran Murid Menguasai Tekanan Boleh Diperolehi Menerusi Aktiviti Bersosial

“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.

“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, di sini, semalam.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus.

Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.

“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.

INFO: Risiko kemurungan Akibat Facebook - Kesan Buruk Facebook

Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.

Sumber: Berita Harian

Sabtu, Ogos 11, 2012

Blogging dan Micro-Blogging

Suatu ketika dahulu blogger terkenal di kalangan para peluah perasaan. Kini istilah blogging mula digantikan dengan micro blogging. Jika blog adalah umpama penulisan esei yang panjang, manakala micro-blogging pula adalah ringkas. Contoh micro-blogging adalah penulisan di status Facebook dan di Tweeter. Ramai yang menyukai micro-blog kerana mereka tidak perlu berkurung atau bersunyi-sunyian di satu-satu tempat. Mereka boleh meluahkan apa sahaja yang mereka rasa tidak dapat diluahkan secara berdepan menerusi micro-blog. Melepaskan geram, menceritakan sesuatu yang menarik, mengadu dan sebagainya.

Ahad, Julai 08, 2012

Bahaya Facebook Bagi Pelajar Dalam Islam

Bahaya Facebook Bagi Pelajar

Padah terlampau aktif di Facebook
Disediakan oleh Berita Harian

Remaja yang terlalu asyik melayari laman sosial berdepan risiko menghadapi tekanan perasaan.
Canberra: Gadis remaja yang aktif menggunakan media sosial lebih berkemungkinan berdepan masalah kemurungan dan rendah diri, menurut kajian baru.

Data baru mendedahkan remaja perempuan yang memperuntukkan masa panjang di laman web seperti Facebook, Twitter atau MySpace lebih tidak menyenangi bentuk badan dan berat mereka. Penyelidikan di universiti, yang meninjau pendapat 1,096 gadis berusia antara 12 dan 16 tahun, mendapati 40 peratus tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh dan separuh daripada mereka bimbang dengan kenaikan berat badan.

Ia juga mendapati ramai gadis menggunakan internet dan media sosial lebih berkemungkinan mengalah dengan perasaan itu.

Saintis Sekolah Psikologi di Universiti Flinders, Australia, Dr Amy Slater dan Profesor Tiggemann, berkata hasil kajian menunjukkan kaitan membimbangkan.

“Kami menyiasat peranan media dalam menentukan imej diri gadis remaja. Kami tertarik mendapati bagaimana remaja perempuan memperuntukkan masa lapang dan bagaimana aktiviti berbeza berkaitan dengan apa mereka rasa mengenai diri dan tubuh mereka.

“Kajian kami menunjukkan kaitan membimbangkan antara penggunaan media keterlaluan, terutama media sosial dan internet, dan rendah diri, tidak puas hati dengan bentuk tubuh dan semangat jati diri dan kemurungan,” kata mereka.

Kajian juga mendedahkan daripada 96 peratus gadis yang mempunyai capaian internet di rumah, 72 peratus memuat naik gambar sendiri dan 12 peratus memuat naik video.

Daripada gadis ini, yang purata masa menggunakan internet sehingga tiga jam setengah setiap hari, cuma 35 peratus daripada ibu bapa mereka menetapkan bila dan apa yang boleh dilihat anak perempuan mereka di internet.

Dr Slater berkata, penyelidikan lanjut yang menganalisis kandungan lebih 600 iklan mendapati 14 daripada laman web paling popular yang mensasarkan gadis remaja memaparkan kosmetik dan produk kecantikan.

Beliau juga menyatakan, model yang digunakan dalam iklan, kerap mempromosikan keluaran seperti produk menghilang berat dan laman web temujanji yang disifatkan tidak sesuai dengan golongan yang melayarinya – secara umumnya adalah wanita, muda, kurus dan menarik. - Agensi

Facebook juga dikenalpasti sebagai tempat menyebarkan fitnah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja yang menjurus kepada dosa besar. Selain itu Facebook juga boleh mengundang aib dan dosa 24 jam jika seseorang itu menayangkan dosa-dosa seperti tidak menutup aurat, memalukan orang, mengeji atau memaki hamun dan sebagainya.

Khamis, Jun 07, 2012

Disable, Turn Off, Block Facebook Game Requests

Cara Untuk Menghentikan atau Mematikan atau Menghalang Pemberitahuan Permainan Facebook Dan Permintaan Permainan Di Facebook

Salah satu daripada perkara di Facebook yang menggusarkan saya adalah pemberitahuan permainan Facebook dan permintaan permainan. Tetapi saya telah menemui satu cara untuk mengelakkan mereka. Jika anda juga mencari cara yang mudah untuk menghidupkan / mematikan pemberitahuan permainan Facebook dan permintaan permainan, maka selepas ini akan menjadi sedikit bantuan kepada anda.

Melumpuhkan Permintaan Permainan Facebook

LANGKAH 1: Sebaik sahaja anda log masuk ke profil Facebook anda, klik pada tab Akaun terletak di sudut kanan atas.

LANGKAH 2: Sekarang, klik pada Tetapan Privasi.

LANGKAH 3: Sekarang di bawah seksyen Apps dan laman, anda akan mendapati Edit pautan Tetapan. Hanya klik pada.

LANGKAH 4: Sekarang, anda akan mendapati seksyen aktiviti permainan dan App, hanya klik pada butang yang diletakkan di sebelah kanan opsyen itu. Dan ada dari drop down menu, klik pada pilihan Custom.

LANGKAH 5: Sekarang, Custom Privasi tetingkap akan dipaparkan, anda di bawah ini dapat dilihat kepada seksyen, klik pada pilihan Orang Ini dan dari drop down klik menu pada Orang pilihan Khusus.

LANGKAH 6: Kini dalam bidang yang disediakan, masukkan nama rakan anda yang daripadanya anda menerima bilangan permintaan permainan Facebook dan klik pada butang Save.

Melumpuhkan Pemberitahuan Permainan Facebook

LANGKAH 1: Sebaik sahaja anda log masuk ke profil Facebook anda, pergi ke seksyen Pemberitahuan di sebelah kanan halaman Facebook anda.

LANGKAH 2: Sekarang, klik pada menunjukkan semua pemberitahuan dan ada klik pada X pada setiap permintaan permainan, maka anda boleh klik pada pilihan yang dilabelkan sebagai Adakah anda mahu mengabaikan semua permainan permintaan daripada pengguna ini?

Itu! Ini adalah bagaimana anda boleh melumpuhkan permintaan permainan Facebook dan pemberitahuan permainan Facebook.


How To Disable Facebook Game Notifications And Game Requests

One of things on Facebook which annoy me the most are the Facebook game notifications and game requests. But I have found a way to avoid them. If you too are looking for an easy way to turn-off / disable Facebook game notifications and game requests, then this post would be of some help to you.

Disable Facebook Game Requests

STEP 1: Once you login to your Facebook profile, click on the Account tab located at the top right corner.

STEP 2: Now, there click on Privacy Settings.

STEP 3: Now under the Apps and websites section, you would find Edit you Settings link. Just click on it.

STEP 4: Now, you will find the Game and App activity section, just click on the button placed at the right side of that option. And there from the drop down menu, click on Custom option.

STEP 5: Now, a Custom Privacy window will pop-up, there you under the Make this visible to section, simply click on These People option and from the drop down menu click on Specific People option.

STEP 6: Now in the provided field, enter the name of your friend from whom you receive number of Facebook game requests and the click on the Save button.

Disable Facebook Game Notifications

STEP 1: Once you login to your Facebook profile, go to the Notifications section on the right side of your Facebook page.

STEP 2: Now, click on show all notifications and there click on X on each of the game request, then you can click on the option labeled as Do you want to ignore all the game requests from this user?

That is it! This is how you can disable Facebook game requests and Facebook game notifications.

Jumaat, Mei 25, 2012

Penangan Cinta Facebook

Penangan Cinta Online
Sumber: HMetro

JIKA anda tidak bijak mengendalikan aplikasi maya seperti Facebook, ia boleh mengundang kemusnahan pada kehidupan.- Gambar hiasan

DAHULU, orang menulis surat sambil menyapukan minyak wangi, lalu diposkan kepada kekasihnya yang jauh yang mungkin tidak dikenalinya.

Berbulan-bulan ditunggu, adakalanya dijawab, adakalanya tidak. Bernasib baik kalau surat itu dijawab. Kini, posmen tidak lagi perlu menjadi orang tengah menghantarkan surat cinta.

Dunia hari ini, semua jenis aplikasi online seperti Facebook, Twitter, MySpace dan e-mel menjadi medium baharu manusia menjalinkan hubungan cinta.

Medium baharu ini juga tidak mengenal usia, sama ada tua atau muda. Sebab itulah, kita selalu mendengar banyak rumah tangga yang musnah kerana cinta online. Ada yang mula menjalin semula cinta dengan kekasih lama, walaupun pada masa yang sama sudahpun berumah tangga. Hal sebegini selalu kita dengar.

Cinta online itu juga adakalanya menyebabkan ramai anak gadis kita yang terpedaya. Tidak kurang juga wanita yang berkerjaya. Bahkan, ada yang terperangkap dengan cinta palsu hingga sanggup melabur puluhan ribu ringgit ke akaun kekasih online yang tidak mereka kenali.

Inilah hebatnya cinta dalam talian, malah ada yang patah hati dan tidak kurang juga yang membawa kebinasaan.

Tahun 2006, Megan Meier, gadis berusia 13 tahun telah membunuh diri hanya kerana teman lelakinya, Jose, menyakiti hatinya dengan tiba-tiba memutuskan hubungan mereka secara dalam talian.

Dua minggu setelah Jose tidak lagi membalas mesejnya, Megan akhirnya membunuh diri. Malang sekali, 'Jose' sebenarnya tidak pernah wujud. Ia hanya nama samaran yang Megan sendiri tidak ketahui siapakah jejaka palsu itu.

Lantaran medium online merupakan penghubung ikatan manusia zaman moden, banyak laman web muncul sebagai medium penjalin hubungan. Online Dating Magazine salah satu daripadanya. Tahun 2007, dalam tempoh sebulan sahaja, lebih 20 juta pengunjung melakukan janji temu secara online sekurang-kurangnya sekali.

Sifat terbuka
Secara psikologinya, apakah bentuk emosi yang terjalin setiap kali manusia melakukan komunikasi secara dalam talian? Anda sebagai pengguna Facebook atau Yahoo Messenger tentu pernah merasainya walaupun anda tidak tahu menghuraikannya.

MEDIUM online merupakan penghubung ikatan manusia zaman moden yang berkesan walaupun tidak memerlukan seseorang itu bersua muka.

Dikatakan bahawa melalui komunikasi online, manusia akan mengalami disinhibition effects. Dalam erti kata lain, dalam keadaan yang bersifat anonymous, didapati bahawa manusia lebih cenderung untuk bersikap terbuka dan meluahkan emosi tanpa segan silu. Dikatakan juga bahawa manusia lebih cenderung menyatakan rasa hati dengan lebih baik jika dibandingkan secara bersemuka.

Kajian juga mendapati bahawa perhubungan melalui internet menjadikan manusia lebih cepat mesra. Komunikasi secara bertulis, menjadikan manusia berfikir dahulu apa yang patut ditulis dan bagaimana untuk mempersembahkan diri. Ia sukar dalam keadaan perhubungan secara fizikal kerana ada hal-hal yang tidak boleh dilakonkan.

Dikatakan juga, komunikasi melalui internet ini adakalanya lebih memungkinkan manusia menunjukkan diri mereka yang sebenar (true self). Mereka mungkin menyembunyikan nama sebenar tetapi watak, sifat dan diri mereka sebenar banyak ditonjolkan melalui tulisan.

Sebab itulah, dalam banyak situasi, ada ramai manusia baik yang boleh kita temui secara dalam talian. Bagaimanapun, jangan pula terpedaya. Ada manusia yang pandai memanipulasi keadaan ini.

Kita sering didedahkan dengan kisah mangsa yang telah dijual ke luar negara kerana terpedaya dengan cinta palsu, sama ada sebagai keldai dadah atau pelacur. Ini adalah antara musibah di sebalik tabir keindahan dunia online.

Kecurangan

Jalinan online juga sebenarnya memberikan kesan terhadap perasaan cemburu manusia. Dulu, rasa cemburu akan timbul kalau ada pasangan yang bermain mata dengan orang lain. Sekarang ini orang tidak bermain mata lagi. Facebook telah menjadi medium baharu yang tidak ada pada zaman sebelumnya.
MANUSIA lebih cenderung untuk bersikap terbuka meluahkan emosi tanpa segan silu melalui komunikasi online.
Bagaimana agaknya sifat cemburu manusia kalau tahu pasangannya ada hubungan online dengan orang ketiga?

Kajian mendapati bahawa cybersex atau komunikasi yang terarah kepada rangsangan seks dianggap sebagai sama dengan perlakuan melakukan hubungan seks dengan orang lain. Ia dianggap sebagai satu bentuk kecurangan.

Wanita juga didapati sangat marah kalau mendapat tahu bahawa pasangan lelakinya mempunyai hubungan online dengan wanita lain, seolah-olah pasangan lelakinya itu ada ikatan emosi dengan wanita lain. Ini dibuktikan dalam banyak kajian.

Bahkan, wanita juga lebih besar kemungkinannya jika dibandingkan lelaki untuk sanggup memutuskan hubungan kalau mendapat tahu pasangannya menjalinkan hubungan online dengan wanita lain.

Bagaimana dengan anda?

Hakikatnya, medium online bukan sekadar menjadikan kita lebih mudah menjalin hubungan dengan teman-teman lama atau rangkaian perniagaan tetapi ia juga satu cabaran terhadap rumah tangga dan hubungan cinta.

Ia cabaran baharu yang sedang kita lalui. Bergantung sejauh manakah kita bijak memanfaatkannya, ia juga bakal menjadi medium menjadikan hidup manusia semakin huru-hara.

Khamis, Mei 24, 2012

CADANGAN USAHA SAMA LANGGANAN (IPO) FACEBOOK - BENTUK PENIPUAN BARU DI INTERNET!

KUALA LUMPUR – Jika anda ditawarkan akses eksklusif kepada langganan saham IPO Facebook, besar kemungkinan ia satu penipuan, kata Symantec.

Symantec Security Response baru-baru ini mengesan 419 mesej penipuan yang menawarkan “CADANGAN USAHA SAMA LANGGANAN (IPO) FACEBOOK”.

Penggunaan semua huruf besar merupakan contoh biasa 419 penipuan itu, katanya.

Ia didakwa dihantar oleh sebuah firma kewangan di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Bentuk sebenar penipuan itu tidak jelas. Penipuan itu menyebut pinjaman wang menerusi terma “mudah” dan murah hati untuk membeli saham-saham Facebook dan menjualnya semula kepada syarikat pada harga yang lebih tinggi berbanding harga pembelian asal.

Symantec berkata, petunjuk jelas ia merupakan penipuan ialah berdasarkan alamat untuk membalas e-mel.

“Ia merupakan alamat yang agak amatur yang menggunakan e-mel berasaskan web percuma yang biasa.

“Syarikat yang sah sudah pasti akan menggunakan alamat e-mel domain sendiri dan bukan alamat berasaskan web percuma,” katanya.

Alamat e-mel dan nama pada tajuk “daripada” mesej itu juga berbeza daripada alamat e-mel dan nama yang digunakan dalam isi mesej.

Berdasarkan kedudukan profil tinggi IPO ini, Symantec menjangkakan golongan penipu akan mengambil kesempatan dan menggunakan cara yang sama yang mereka lakukan pada berita dan acara sebelum ini. – BERNAMA

Isnin, Mei 21, 2012

Pengasas Facebook Berkahwin - Mark Zuckerberg dengan Priscilla Chan

SAN FRANSISCO 20 Mei - Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan, semalam dan menghebahkan mengenai majlis itu dalam laman sosialnya.

Perkahwinan jutawan berusia 28 tahun itu berlangsung sehari selepas Facebook mencipta sejarah membuat tawaran saham awam permulaan (IPO) di bursa saham Nasdaq.

Lebih 200,000 pengguna laman sosial tersebut menekan butang 'like' pada perubahan status Zuckerberg, yang turut memuat naik gambar perkahwinannya dalam satu majlis sederhana di kediamannya di Palo Alto, California.

Dalam gambar itu, Zuckerberg kelihatan memakai suit biru gelap dan bertali leher, manakala Chan, yang merupakan kekasihnya sejak menuntut di Universiti Harvard, memakai gaun putih dilapisi renda.

Zuckerberg yang memiliki saham bernilai hampir AS$20 bilion (RM60 bilion) dalam Facebook dan kekal menerajui syarikat itu.

Penyenaraian Facebook di Nasdaq menandakan kemunculan pertama syarikat tersebut di Lembah Silikon secara simbolik kelmarin dengan membunyikan loceng pembukaan bagi penjualan saham.

Beliau sebelum ini berkata, tawaran IPO itu merupakan satu peristiwa penting dalam usaha Facebook untuk menjadi syarikat awam.

"Misi kami adalah untuk menjadikan dunia ini lebih terbuka dan saling berkait," katanya.

Bagaimanapun, tawaran tersebut tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan, apabila saham ditutup lebih sedikit daripada harga tawaran iaitu AS$38 (RM120) bagi setiap pegangan, hanya meningkat 25 peratus, selepas berlaku sedikit masalah pada penjualan di saat akhir. - REUTERS

Isnin, Mei 14, 2012

Facebook VS Blogger 2012

Jika dahulu, ramai pengguna internet berminat untuk menulis catatan peribadi menerusi blog. Mereka berkongsi pelbagai maklumat peribadi, luahan hati, pendapat, fakta dan auta. Kemudian, muncul pula Facebook. Sejak kemunculan Facebook, didapati ramai blogger mula beralih arah dan mula memanfaatkan Facebook sebagai medan untuk bersuara. Ada beberapa sebab barangkali pengguna-pengguna blog beralih arah dengan menjadi Facebook sebagai medan penulisan baru mereka.

Pertama, faktor kenalan. Jika di blog, ada penulis tanpa nama akan memunculkan diri untuk mengirim komen-komen negatif. Namun, di Facebook, cuma orang yang dikenali sahaja boleh meninggalkan komen.  Sebab itu, jika kita sedar, Blogger juga ada memperkenalkan sistem yang hanya membolehkan pembaca yang dijemput sahaja untuk membaca blog oleh pemilik blog tersebut.

Kedua, pengguna Facebook boleh meluahkan perasaan mereka dengan lebih mudah menerusi Facebook. Mereka tidak perlu memahami banyak kod HTML. Cuma masukkan pautan sahaja dan apa-apa yang mereka mahu siarkan di status mereka atau di komen mereka akan terpapar dengan mudah.

Aku dapati, kebanyakan penulis-penulis blogger yang pernah aktif suatu ketika dahulu, kini tidak lagi menulis di blog masing-masing. Ada yang tarikh terakhirnya ialah 2009, 2010 dan 2011. Malah pautan ke laman Geng Jurnal juga telah mati. Seolah-olah tidak wujud lagi persatuan blogger di Malaysia ini.

Suatu ketika dahulu Msjbox merupakan hasil idea blogger tempatan untuk mencipta kotak komentar pertama di Malaysia. Kini, Msjbox juga terpaksa akur terhadap populariti Facebook dan Twitter. Facebook dan Twitter menawarkan perkhidmatan percuma dengan pelan perancangan perniagaan iklan yang tinggi serta kadar kepuasan pengguna yang tinggi.

Namun begitu, Blogger masih mempunyai banyak fungsi berbanding Facebook. Blogger mempunyai daya penyimpanan maklumat infiniti yang berbeza dengan status Facebook yang akan sentiasa ditenggelami oleh status Facebook yang baru.

Selain itu, Blogger juga lebih mesra carian internet jika dibandingkan dengan Facebook. Buat masa ini, Facebook masih mengekalkan konsep asalnya di mana pengguna Facebook boleh mengesahkan pengguna Facebook yang dikehendaki sahaja (atau lebih tepat, orang yang dikenali sahaja) jika dibandingkan dengan Blogger yang mampu dicapai oleh sesiapa sahaja menerusi carian internet.

Di sini, aku melihat kekuatan Blogger secara umum. Kerana faktor ini juga, aku dapati, Blogger akan dapat terus bertahan dan menjadi salah satu komponen penting dalam kehidupan pengguna internet.

Selasa, Oktober 11, 2011

PUNCA SEBAB KENAPA SELALU LETIH ATAU PENAT MELAMPAU

PUNCA DAN SEBAB KENAPA SELALU LETIH ATAU PENAT

Sebab 1: Kekurangan darah

  • Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
  • Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
  • Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
  • Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.
Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid
  • Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
  • Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.
Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)
  • Walaupun kebanyakkan dari simptom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
  • UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
  • Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.
Sebab ke 4: Terlebih caffeine
  • Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
  • Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.
Sebab ke 5: Alahan makanan.
  • Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea
  • Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
  • ‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.
  • Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok. Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung
  • Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.
Sebab No. 8: Menggunakan Waktu Rehat Untuk Melayari Facebook
  • Facebook dikenalpasti sebagai punca ramai orang mengalami kepenatan mental. Waktu yang sepatutnya digunakan untuk berehat dihabiskan dengan melayari Facebook.
DUA CARA UNTUK MENGHILANGKAN RASA PENAT DAN LETIH
  1. Minum jus limau nipis.- Dikatakan air limau mampu memecahkan lemak-lemak di dalam badan dan membantu melancarkan perjalanan darah.
  2. Mandi air panas - Dikatakan mandi air panas akan melancarkan perjalanan darah di dalam badan.

KEBURUKAN FACEBOOK - GEJALA SOSIAL - PELAJAR CENDERUNG JADI PEMARAH

 KEBURUKAN FACEBOOK: 60,000 pelajar kita ketagih FaceBook

Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB). Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi. 

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online. 

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB. “Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya. Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial. Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan. 

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya. Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau. Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental. 

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya. Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri. Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Sabtu, Julai 30, 2011

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan Facebook

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚

copy dan paste Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan di atas ke dalam comment atau status anda di Facebook.

Rabu, Jun 15, 2011

Kejatuhan Facebook Semakin Disedari

KEJATUHAN FACEBOOK? SELEPAS 7 T AHUN (2004-2011)
BILANGAN PENGGUNA FACEBOOK MULA MEROSOT PADA MEI 2011
Friendster Bangkit Dalam Diam
Penulis: Amiene Rev (C) 2011

Sekali pandang, Facebook kini merupakan laman web sosial yang paling berjaya selepas kejatuhan MySpace dan Friendster. Tidak ada lagi kedengaran orang ramai menyebut tentang Friendster, dan sangat sedikit sekali terdengar orang menyebut tentang MySpace. Friendster bagaikan sudah hilang dalam ingatan orang ramai. MySpace pula bagaikan cuma disebut sekali setahun sejak setahun dua yang lalu. Facebook kini disebut setiap hari. Begitulah hebatnya perumpamaan yang boleh dibuat untuk menggambarkan kredibiliti Facebook pada masa ini. Namun begitu, dalam usaha Facebook untuk menembusi pasaran China, Friendster perlahan-lahan bangkit untuk kembali menggegarkan persada jaringan sosial, sementara MySpace pula melakukan kesilapan yang agak besar kerana cuba mengubah imejnya kepada portal berasaskan hiburan muzik.

Namun begitu, mimpi ngeri untuk Facebook dikatakan baru bermula sejak Mei lalu, di mana jumlah pengguna Facebook yang tinggal di Amerika Syarikat dilaporkan telah merosot dari 155.2 juta kepada 149.4 juta orang pada Mei 2011.

Terdapat beberapa negara di mana lebih daripada 100,000 orang penggunanya telah berhenti menggunakan Facebook, dan negara-negara tersebut termasuklah United Kingdom, Norway dan Russia.

Friendster bermula pada tahun 2002, dan zaman kejatuhannya dikatakan bermula sekitar tahun 2009. Menyedari hakikat ini, Friendster mula mengubah strateginya daripada laman jaringan sosial kepada laman jaringan permainan sekitar Mei 2011. Ini membantu melonjakkan semula Friendster ke status yang lebih baik. Zaman kegemilangan Friendster boleh dikatakan agak lama berbanding MySpace iaitu sekitar 7 tahun.

MySpace bermula pada tahun 2003 dan zaman kejatuhannya bermula sekitar tahun 2008. Ini bermaksud zaman kegemilangan MySpace adalah sekitar 5 tahun sahaja. Salah satu punca kejatuhan MySpace dikaitkan dengan faktor perubahan MySpace ke arah elemen hiburan dunia muzik, dan pada masa yang sama, kebanyakan pengguna laman web sosial lebih suka menggunakan laman web sosial yang ringan, bersih, mudah dan cepat untuk digunakan seperti Facebook. Strategi MySpace yang dikatakan silap ini memberi peluang kepada Friendster untuk kembali popular. Asia merupakan ladang jajahan Friendster untuk terus hidup dalam dunia siber.

Facebook bermula pada Februari 2004, dan kemunculannya kini mengatasi populariti Friendster dan MySpace. Setelah kemunculan Facebook, Friendster dan MySpace mula kehilangan pengaruh. Menyedari hakikat ini, Friendster mengambil langkah untuk mengubah strateginya, dan mengambil langkah untuk tidak bersaing dengan Facebook. Ini memberi ruang untuk Friendster bangkit semula.

Facebook kini dalam usaha untuk menembusi semula dunia siber di China. Ini bermaksud Facebook terlebih dahulu harus memecahkan pengaruh tiga laman web sosial paling berkuasa di China pada masa ini seperti Sina Weibo, yang merupakan Twitter versi China, Tencent, yang merupakan raja dalam dunia jaringan sosial, dan juga Renren yang dikatakan mempunyai fungsi mirip Facebook. Renren yang juga memulakan operasinya dengan menarik pengguna-pengguna dari kalangan pelajar kolej, telah ditubuhkan pada tahun 2005, sekitar satu tahun selepas pelancaran Facebook. Sekiranya Facebook hendak menguasai dunia jaringan sosial di China, Facebook harus dulu mengukuhkan fungsi dan kualiti penterjemahan Bahasa Cina. Begitulah pandangan peribadi saya terhadap Facebook. - Amiene Rev

Facebook traffic plummets in the US
Source: Yahoo! News

As its user ranks approach 700 million worldwide, Facebook traffic in the United States has dropped significantly, a sign that the social network behemoth may be on the way down, reports Inside Facebook. Ini bermaksud sekitar 6 juta orang telah berhenti menggunakan Facebook pada bulan Mei 2011. Ini merupakan kali pertama Facebook kehilangan begitu ramai pengguna.

According to statistics from Inside Facebook Gold analytics service — which gets its information from Facebook’s advertising tool — new Facebook users totaled 11.8 million people in May — an impressive number by any stretch of the imagination. But that compares to the 13.9 million who joined in April, and an average of about 20 million in the 12 months prior.

This drop is primarily due to a plunge in registered users in the US. The number of US Facebook users fell from 155.2 million to 149.4 million during the month of May alone. That's nearly 6 million people who decided they no longer need to stay connected through the service, and is the first time Facebook has lost users in the last year.

Facebook-Traffic-May-2011

It’s not looking good in the rest of North America, either. About 1.5 million Canadians also ditched their Facebook profiles, bringing that country’s total users down to 16.6 million. This may or may not mean anything, however, as Canada’s userbase has fluctuated in this area over the past year. Other countries where Facebook had losses of 100,000 or more include: the UK, Norway and Russia.

Facebook made its biggest gains in Latin America, specifically Mexico and Brazil, as well as Asian nations, like India, Indonesia and the Philippines. And worldwide numbers show that Facebook’s traffic is still rising rapidly.

But for Facebook to continue the meteoric climb its enjoyed in recent years, Inside Facebook says the company must break into the populous Chinese market, which would give access to hundreds of millions of users who have yet to join the site. And you know what? It just might do exactly that. Though it’s far from clear how it would compete in this highly competitive — and censored — market.

Ahad, Jun 05, 2011

Hampir 700 juta orang menggunakan laman Facebook di seluruh dunia

Hampir 700 juta orang menggunakan laman Facebook di seluruh dunia, dengan angka itu dijangka mencecah satu bilion pada musim bunga tahun depan. Perkembangan terpantas dicatat di Brazil apabila Facebook mencatat 1.9 juta pengguna bulan lalu di negara terbesar Amerika Selatan itu. Negara lain yang mempunyai pengguna rangkaian sosial yang semakin meningkat adalah Indonesia, Filipina, Mexico dan Argentina.

Ahad, Januari 09, 2011

Facebook Ending March 15 2011 - Another Ridiculous Rumor Spreading like Crazy

"Itu semua khabar angin. Facebook tidak akan berakhir atau ditutup pada 15 Mac 2011 ini. Sekiranya Facebook ditutup, maka pesaing-pesaingnya seperti Friendster, MySpace, Hi5 dan lain-lain akan kembali hangat di kalangan pengguna internet." - Amiene Rev

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th
http://weeklyworldnews.com

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.
The hot rumor -- evidenced by Google Trends and gaining traction on Twitter -- says that on March 15, 2011, Facebook will ...Man charged with making threats on Facebook. March 15, 2010 6:54 PM | 16 Comments ... Derek on March 15, 2010 3:38 PM. A dangerous situation, and the authorities should keep ...In March 2004, Facebook expanded to Stanford, Columbia, and Yale.[22] It soon opened to ... On November 15, 2010, Facebook announced a new "Facebook Messages" service. ...Welcome to the official Facebook Page of Casarela. Get exclusive content and interact ... March 15 at 2:27pm · Comment · Like · RSVP to this event. Casarela Rellenos Nórdico ...Welcome to the official Facebook Page of WPDE NewsChannel 15. Get exclusive content and interact with WPDE NewsChannel 15 right from Facebook. ...Times are tough for social media skeptics and today they got tougher Hitwise the web analytics firm announced that in the week ending March 13 20ConnectU filed another lawsuit against Facebook on March 11, 2008,[190] attempting to ... argued that Facebook represented itself as being worth $15 billion at ...
Is Facebook Ending on March 15?
Another Ridiculous Rumor Spreading like Crazy
Website: www.associatedcontent.com

Will Facebook end on March 15, 2011? This is the latest trend circulating all over the web. Don't worry folks, Facebook will NOT be closing down. How did this rumor get started?

According to World News Insight , it started off by the actual website and then of course spread like wildfire on the popular social network Twitter. I know some folks are seeing this headline, and saying
"OMG! What am I going to do without my Facebook?" No need to panic. Look at it this way, at least this rumor isn't about another celebrity passing away.

Even more aggravating the same website ( Weekly World News )who had Michelle Obama pregnant, and Michael Jackson spotted on the moon is also reporting about Facebook closing down. They quote " Starting March 15, users will no longer be able to access their Facebook account." Don't believe it. Like I mentioned in an earlier article this month, you can't really believe this website. Yes, some of their stories are true, but lately they are all hoaxes.

This is not the first time this hoax has been mentioned. Back in 2007, the same rumor went around. Many people were saying the social network was getting sued, or someone else was buying the company. Don't you think if this was true, it would be all over the television, and better websites such as TMZ, The Huffington Post, or RadarOnline?

So for all you Facebook junkies, no need to get upset and start erasing your friends and your account, because it's not going anywhere. Continue to do what you do best, and that's having fun, promoting, and meeting new people.
Facebook Shutting Down on March 15: PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.Jan 09, 2011 Facebook Ending, March 15 Facebook ; Will Facebook end on March 15, 2011? This is the latest trend circulating all over the web. Dont worrIs this true or not? Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. Thus The Facebook Corporation suggests that ...Latest Complete News Updates Tonight, while looking at trending topics on social channels, I noticed people talking about Facebook shutting down. Mr. MarkRecently Complete News Updates This is the latest trend circulating all over the web. Don't worry folks, Facebook will NOT be closing down. The Wall Streethttp://bit.ly/hsMrvc Watch Original video of Is Facebook Shutting Down at this : http://facebook-shutting-down.notlong.com Watch Original video of Is Facebook Shutting Down at ...Okamiden, the Nintendo DS sequel to the cult hit PlayStation 2 and Wii action adventure, will launch in the U.S. on March 15, Capcom said
Facebook Shutting Down Rumor Goes Viral:
Site Said To Be Ending March 15, 2011
Resource: The Huffington Post

It's not clear how it started, but a ridiculous rumor that Facebook is shutting down is spreading fast on social networks.

The hot rumor -- evidenced by Google Trends and gaining traction on Twitter -- says that on March 15, 2011, Facebook will be closing down. Not taking a day off, not undergoing maintenance, but ending entirely.

The rumor has led to such frantic tweets as, "Facebook will be shutting down on March 2011? I hope not!" (@MissAyl) and "So the rumor is Facebook is shutting down....please don't jump to twitter & ruin my social networking experience" (@jjelksboss).

Facebook users are also concerned. Says one: "Facebook is shutting down on March 15, 2011 for good D: Is there any way we can stop this!?!?" And a group has already started to stop Facebook from shutting down.

Ironically, Yahoo announced last month that its "Yahoo Video" will be closing down on the date in question, March 15, 2011, and videos can be seen for the last time on March 14. But that hardly means it's taking the rest of the Internet down with it.

Just a day ago, an opinion piece published on CNN said that the recent Goldman Sachs investment was the "beginning of the end" for Facebook. That post went viral with more than 5,000 Facebook "likes" and could be partially to blame for the ensuing panic.

Whatever the reason for this rumor, it's safe to say that as a site with more than 500 million users and a $500 millon investment from Goldman Sachs recently, Facebook won't be shutting down anytime soon.

Facebook ends March 15th, 2011
http://www.allvoices.com

Yes, you are reading right! Facebook will end on March 15th, 2011.This means that the friends which you have made and interacted with during Facebook life time will not be accessible anymore; maybe funeral arrangements could be made to bid farewell to beloved Facebook.

According to founder Mark ZuckerbergMark Zuckerberg operating Facebook has become stressful taking too much out of him. Therefore,

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Further the founder has been quoted to saying from a world news interview on the decision that:

“I personally don’t think it’s a big deal. And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing…….. I don’t care about the money. I just want my old life back.”

Speculations are that he has made enough money or there is something else which is not being told to the public about the closure of Facebook. However, it could be a great idea for fans to collaborate and start their own Facebook site. What do you think?

NOTE: Based on above articles, what you think? It's a rumour. It's a hoax. Don't be worry.

Jumaat, Disember 10, 2010

Dosa-Dosa Di Facebook - Dosa Terdedah Di Facebook

Dosa Di Facebook - Manusia Kini Tidak Malu Menunjukkan Dosa-dosa Mereka
Golongan fasik (tidak layak menjadi contoh dan pemimpin) semakin berani!

Facebook mengundang dosa yang tidak terkira banyaknya. Dosa-dosa ini menunggu masa untuk dilakukan menerusi Facebook. Tanpa kita sedari, Facebook yang menjadi kegilaan ramai umat manusia pada hari ini sama seperti Friendster, MySpace, Hi5, Person, Flixster dan lain-lain laman web sosial, turut mengundang dosa kepada pemilik akaun, pengunjung dan penggunanya. Berikut adalah senarai dosa besar dan dosa kecil yang mungkin telah dilakukan oleh pengguna-pengguna facebook sama ada secara sedar atau tidak:


Golongan fasik semakin berani mendedahkan
gambar aurat mereka
kepada khalayak umum

DOSA AKIBAT MENGGUNAKAN FACEBOOK - Mendedahkan aurat diri sendiri
Di pejabat, di luar rumah dan di sekolah, mungkin kita lihat mereka ini menutup aurat. Namun di dalam Facebook, gambar-gambar mereka yang tidak menutup aurat terdedah. Antara aurat yang kerap didedahkan ialah rambut bagi wanita, dan lutut bagi lelaki. Manakala bahagian yang melampau untuk didedahkan adalah apabila ada segolongan wanita yang sanggup menayangkan gambar-gambar mereka berbikini, berpakaian mandi sehingga menampakkan peha, buah dada, lurah buah dada, pusat dan sebagainya. Golongan fasik seperti ini semakin berleluasa. Tidak cukup di dunia nyata, mereka sanggup menyebarkan pula aksi-aksi mereka di dalam internet untuk tontonan ramai, tidak kira kawan-kawan atau pun orang yang tidak dikenali.

Bukan sahaja orang Barat, orang Asia kini tidak segan silu bergambar
dalam keadaan berbikini tidak kira di pantai atau di kolam mandi

DOSA PENGGUNA FACEBOOK - Mencarut, maki-hamun dan mencerca orang lain
Dosa seperti ini selalunya dilakukan oleh golongan kanak-kanak, namun tidak terkecuali juga golongan yang sudah akil baligh. Pelbagai lontaran kata-kata kesat ditaip di ruangan komentar dan wallpost, di mana semua ini menjatuhkan maruah.

Golongan fasik rasa hebat bila dapat bergambar
sambil berpegang-pegangan tangan


DOSA AKIBAT MENGGUNAKAN FACEBOOK - Aksi tidak bermoral, mungkar dan mengaibkan
Sesetengah pengguna Facebook suka memaparkan aksi tidak sopan mereka bersama golongan bukan muhrim. Ada yang bergambar dalam keadaan separuh bogel dengan golongan bukan muhrim, ada yang memeluk atau melakukan aksi intim atau mesra terhadap golongan bukan muhrim seperti peluk-memeluk, meletakkan kepala di atas bahu bukan muhrim, bergambar rapat-rapat antara lelaki dan perempuan bukan muhrim, bermanja-manja dan sebagainya yang dianggap tidak senonoh dan tidak patut dipertontonkan ke khalayak ramai. Apatah lagi, mereka sanggup merakamkan aksi tersebut dalam bentuk video dan gambar foto. Amat memalukan! Mungkin golongan fasik ini merasakan hebat atau bangga kerana mereka dapat melakukan perkara-perkara seperti di atas tetapi ketahuilah, hakikatnya gambar-gambar mereka itu memaparkan kehinaan mereka.

Golongan fasik lelaki dan perempuan bukan muhrim tidak segan silu bergambar
sambil bersentuhan badan, bermanja-manja atau berpeluk-pelukan

DOSA AKIBAT MENGGUNAKAN FACEBOOK - Kata-kata kasar dan menyakitkan hati orang lain
Alangkah memalukan apabila konflik dan pergaduhan terbawa-bawa ke laman web sosial. Ramai mata menyaksikan perkataan-perkataan negatif tertulis di ruangan komen dan wallpost. Kata-kata ini pula kekal sehingga berhari-hari lamanya dan mungkin berbulan-bulan lamanya sekiranya tidak dipadamkan.
Golongan fasik akan memfitnah dan mencerca orang yang lantang menegur
mereka
supaya orang yang menegur mereka itu malu dan dibenci golongan fasik yang lain

DOSA AKIBAT MENGGUNAKAN FACEBOOK - Mendedahkan keaiban suami atau isteri
Alangkah bodohnya seorang suami atau seorang isteri apabila sanggup mendedahkan keaiban pasangan hidup sendiri di internet. Bukan sahaja menambahkan dosa, malah memalukan diri sendiri dan pasangan hidup.

Golongan fasik secara semula jadi akan membenci orang yang
suka menyebarkan kata-kata kebaikan, teguran dan nasihat.

DOSA AKIBAT MENGGUNAKAN FACEBOOK - Menyamar menjadi orang lain
Di dalam dunia ini masih ada golongan yang sangat pelik kerana sanggup membuang masa untuk menyamar dan memperdayakan orang lain. Antara tujuan mereka melakukan penyamaran ini adalah untuk mempermain-mainkan orang lain, merisik maklumat tertentu menerusi orang lain atau memecah-belahkan orang-orang tertentu. Ada juga yang bertujuan menumpang populariti orang tertentu dengan menyamar menjadi orang tertentu. Betapa hina dan tidak bermaruahnya tindakan orang seperti ini. Dosa mereka bertambah apabila ada tindakan atau aksi mereka yang boleh memberi nama buruk kepada individu asal.

Golongan fasik terang-terang melakukan kemungkaran dan maksiat. Mereka
akan mempertahankan
orang yang melakukan kemungkaran, dan membenci
serta memburuk-burukkan orang-orang
yang kerap menegur mereka.

DOSA PENGGUNA FACEBOOK - Dosa makan gaji buta semasa waktu bekerja
Ada segelintir pengguna Facebook yang ketagih bermain facebook sehingga sanggup membuka facebook pada masa lapang. Tambahan pula kini terdapat pula versi facebook yang khusus untuk dibuka dan dilayari menerusi telefon pintar seperti iPhone, BlackBerry dan sebagainya. Dengan adanya fungsi seperti ini, maka semakin rapatlah pengguna-pengguna Facebook dengan dunia Facebook. Permainan-permainan online yang dipaparkan di dalam Facebook pula menambahkan lagi kelalaian bagi pengguna-pengguna Facebook yang tegar. Kerja-kerja pejabat tidak terurus dan hasil kerja menjadi kurang berkualiti.

DOSA PENGGUNA FACEBOOK - Membuang duit di Facebook
Bagi pengguna-pengguna Facebook yang ketagih bermain permainan online di dalam Facebook, mereka sanggup mengeluarkan duit sebagai jalan pintas untuk menjadi lebih hebat dan kuat, bagi membeli peralatan yang cuma wujud dalam permainan tersebut. Bagi pengguna-pengguna yang tidak ada talian internet pula, mereka mungkin lebih suka membuang masa di pusat-pusat siber atau kafe internet.

Golongan fasik apabila ditegur, mereka akan tetap melakukannya kecuali jika
perbuatan itu mendatangkan kerugian (hal duniawi) pada diri mereka

DOSA PENGGUNA FACEBOOK - Mengutuk diri sendiri, memburuk-buruk, atau mempersendakan ulama, ibu bapa, guru dan agama.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan bodoh seorang pengguna Facebook yang sanggup mengeluarkan kenyataan mahu membunuh seorang ulama di sebuah negara, di mana kenyataannya itu sangat-sangat menimbulkan rasa sedih di kalangan umat Islam. Tidak kurang juga Facebook menjadi medan untuk individu tertentu mengutuk ibu bapa, guru-guru dan mengeluarkan kata-kata yang menghina agama. Kebiasaannya mereka akan mengutuk atau memburuk-burukkan individu-individu yang terdapat dalam satu-satu gambar. Mangsa yang dikutuk biasanya adalah guru-guru, atau individu yang sering memerhati dan menegur atau menghalang mereka daripada melakukan kemungkaran seperti pengetua, guru penolong kanan, guru disiplin, ustaz-ustazah, ulama dan sebagainya.

Tanda-tanda golongan fasik adalah terang-terang melakukan maksiat dan
kemungkaran
. Mereka tergamak memalukan ulama, guru-guru dan
orang-orang yang memberi nasihat
.

DOSA PENGGUNA FACEBOOK - Biadab dan kurang ajar, gurauan berunsurkan maksiat
Salah satu dosa yang paling kerap dilakukan sama ada secara sedar atau tidak. Sesetengah gurauan kadangkala menyinggung perasaan orang tertentu secara terang-terangan dan menimbulkan malu atau menjatuhkan maruah orang-orang tertentu.
Golongan fasik merasa hebat melakukan kemungkaran

DOSA PENGGUNA FACEBOOK - Menyokong perkara-perkara mungkar dan menyalahi agama

Antara salah satu dosa yang kerap dilakukan oleh pengguna Facebook adalah dengan menyokong atau menunjukkan sokongan terhadap laman-laman yang berunsur menyokong kemungkaran, menghina Islam dan laman-laman yang menjurus kepada maksiat atau kumpulan yang bertemakan maksiat dan hiburan. Mereka memuja-muja golongan mungkar ini dan secara terang-terangan menunjukkan sokongan mereka terhadap kewujudan kumpulan-kumpulan atau aktiviti-aktiviti seperti ini.

Tanpa segan silu, golongan fasik ini mempromosikan kemungkaran mereka
menerusi gambar-gambar mereka di internet, dan mereka berbangga dengannya


DOSA PENGGUNA FACEBOOK - Mempromosikan kemungkaran dan mempertahankannya

Ada juga pihak yang sanggup mempromosikan kemungkaran. Contohnya dua individu, lelaki dan perempuan yang tidak ada pertalian darah. Apabila ditegur, mereka memarahi orang yang menegur. Mereka mengatakan mereka adalah adik-beradik (adik-beradik angkat masih bukan muhrim) oleh itu mereka konon-kononnya boleh bersentuh-sentuhan. Malah ada yang lebih teruk sanggup memfitnah orang yang menegur, mereka-reka cerita terhadap orang yang menegur supaya orang yang ditegur itu dibenci oleh golongan seangkatannya. Antara tuduhan dan keaiban berat yang pernah dilakukan adalah apabila orang yang menegur itu sama jantina dengan orang yang ditegur, mereka menuduhnya cemburu dengan hubungan mungkar mereka berdua, lalu mengatakan orang yang menegur itu sebagai homoseks dan sebagainya untuk mengaibkan orang yang ditegur supaya tidak menegur perbuatan mungkar mereka. Bagi mereka apabila lelaki dan perempuan rapat-rapat maka itu adalah persaudaraan dan normal, sebaliknya apabila dua lelaki berbaik atau saling mengambil berat atau saling menasihati, itu dianggap homoseks. Betapa jahatnya golongan fasik dan mungkar ini dalam memastikan kemungkaran dan kefasikan terus mendapat tempat.

Golongan fasik hidup dalam kesenangan tetapi dimurkai Allah
Sesetengah golongan mungkar ini merasakan mereka tidak bersalah kerana mereka sering mendapat kenikmatan, kemewahan dan sebagainya lalu mereka merasakan mereka berada di pihak yang benar. Hakikatnya mereka tidak sedar bahawa kesemua itu telah Allah berikan kepada mereka tanpa mendapat keredhaan Allah, dan sesungguhnya golongan seperti ini akan rugi di akhirat kelak kerana dosa mereka mengaibkan orang yang cuba membawa mereka ke jalan yang benar. Maka orang-orang yang beriman, janganlah kamu berasa Allah itu tidak adil, apabila melihat golongan mungkar menaiki kenderaan mewah, mendapat kesenangan dan bebas melakukan kemaksiatan kerana sesungguhnya mereka itu adalah golongan yang bakal mendapat seksaan yang pedih di akhirat kelak kerana dosa, kemungkaran dan kederhakaan yang telah mereka lakukan kepada ibu bapa, guru-guru, ulama-ulama dan Tuhan mereka.