BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Israel. Papar semua catatan

Sabtu, November 24, 2012

Perang Israel-Hamas Dalam Twitter, YouTube

Israel, Hamas saling berbalas mesej, muat naik video serangan dalam Twitter-YouTube

Baitulmaqdis: Perang kini memasuki era baru kerana jika sebelum ini istilah berkenaan hanya merujuk kepada penggunaan senjata tetapi sekarang ia bertukar menjadi ‘serangan’ di media sosial seperti Twitter.

Perkara yang sama turut berlaku di Asia Barat ketika Israel menggempur wilayah Gaza di Palestin.

Kedua-dua belah pihak memiliki akaun rasmi Twitter. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memiliki akaun @IDFSpokeperson, manakala Palestin yang diwakili sayap tentera Hamas, Alqassam Brigades memiliki akaun @AlqassamBrigade.

Muat naik video peperangan Israel-Hamas


Kedua-dua akaun Twitter terbabit saling berperang dengan menyebut pihak musuh. IDF turut memuatkan sejumlah video serangan pesawat gempurnya ke Semenanjung Gaza termasuk serangan yang menewaskan komandan kanan Hamas, Ahmad Jaabari sebelum ini.

Sementara itu akaun milik Brigade Alqassam juga enggan mengaku kalah dengan membalas dan menyebut IDF dalam setiap tweet mereka yang berisi nada ancaman.

Masing-masing turut memuatkan pautan video YouTube yang menampilkan serangan yang dilakukan mereka.

Alqassam misalnya memuatkan video serangan Fajr 5 milik mereka ke Tel Aviv, Israel di halaman Youtube. Alqassam juga turut memuatkan video pesawat tanpa pemandu Israel yang ditembak jatuh Hamas.

Alat propaganda


Penggunaan media sosial seperti Twitter sebagai alat propaganda sendiri sebenarnya melanggar peraturan yang menentang kekerasan dan ancaman dalam media sosial.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian dari firma Enders Analysis, Benedict Evans, perkara terbabit membuatkan Twitter dalam keadaan sulit. - Agensi

Sabtu, November 17, 2012

Roket Palestin Berjaya Tembusi Tel Aviv, Ibu Negara Israel

Kebangkitan Palestin kini bermula. Jika dahulu Israel sering menyerang Palestin, maka kini badai mula bertiup berlawanan arah. Tidak lama lagi pokok-pokok akan berbicara, turut serta dalam pemburuan penghapusan Israel dan kejahatannya.

Roket Palestin kena Tel Aviv - Ibu Negara Israel
18-10-12 - 05:36:58 AM


Kepulan asap dilihat di ruang udara Gaza selepas serangan udara Israel. - Foto AP

Gaza: Buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, dua roket pejuang Palestin sampai ke ibu negara Israel, Tel Aviv, kelmarin.

Bunyi amaran serangan udara pejuang menyebabkan penduduk Tel Aviv bergegas ke tempat perlindungan bawah tanah. Tel Aviv adalah sebuah bandar Mediterranean dan kali terakhir diserang roket adalah ketika Perang Teluk 1991.

Sumber Israel berkata, sebuah roket meletup di laut sementara satu lagi kena kawasan pinggir Tel Aviv.

Kawasan metropolitan Tel Aviv mempunyai lebih tiga juta penduduk, 40 peratus bilangan penduduk Israel.

Satu serangan roket Hamas mengenai bangunan empat tingkat di bandar Kiryat Malachi, mengorbankan tiga penduduk Israel.
 
Angka kematian di pihak Palestin meningkat kepada 20 orang, enam daripadanya kanak-kanak.
Jet tempur Israel mengebom sasaran di dalam dan sekitar Gaza buat hari kedua, menggegarkan bangunan tinggi.

Menandakan niat untuk memperhebat serangan, jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya menerima lampu hijau untuk mengerah 30,000 tentera simpanan untuk bertugas.

Kepulan asap dan habuk menjulang ke langit berselang seli dengan serangan roket dari Gaza, bandar penuh sesak. Empat kanak-kanak yang terkorban akibat serangan Israel, disemadikan semalam.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata pejuang Palestin akan menerima padah kerana melancarkan peluru berpandu.

Serangan yang diperhebat ini akan menyamai harga yang perlu dibayar mereka, kata Barak di televisyen.

Dalam serangan udara terbaru, tiga penduduk Palestin maut apabila peluru berpandu mengenai kereta mereka di utara Gaza.

Tentera Israel juga mendakwa memusnahkan 70 tapak pelancaran roket pejuang Palestin.

Sebuah jana kuasa elektrik yang memberi bekalan kepada rumah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh di tepi pantai Gaza adalah antara sasaran peluru berpandu Israel.

Krisis terbaru dilancarkan Israel bermula dengan pembunuhan ketua tentera Hamas.
Israel berkata ia membalas serangan roket dari Gaza. Pengeboman Israel belum mencapai seperti kali terakhir ia menceroboh Gaza pada 2008 namun ia mengakui serangan tentera darat tidak mustahil.

Presiden baru Mesir, Mohamed Mursi, mengetuai kecaman terhadap Israel.
Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil, melawat Gaza bersama pegawai Mesir lain sebagai tanda sokongan kepada penduduk di situ, kata pegawai kabinet Mesir.

Sumber: Reuters

Palestin lancar serangan roket ke Baitulmaqdis
2012/11/17 - 10:04:51 AM


BAITULMAQDIS: Pejuang Palestin dilaporkan menembak roket ke Baitulmaqdis dan Tel Aviv hari ini, dua bandar yng menjadi nadi perniagaan dan pentadbiran Israel.

Tentera Israel berkata, pihaknya sudah menutup semua jalan raya di sekitar sempadan Gaza dan mengisytiharkannya kawasan itu ditutup untuk zon tentera.
Koresponden AFP melaporkan, kereta kebal dan perisai tentera kini ditempatkan di medan hadapan dan bersedia untuk melaksanakan perang darat.


Awal hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengulangi bahawa negaranya menyokong Israel untuk mempertahankan negara itu ketika mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza malam tadi menyebabkan enam rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka kematian dua hari lalu meningkat kepada 30 orang.

Jurucakap tentera Israel mendakwa, serangan terbaru itu memusnahkan bengkel senjata Hamas. - AFP

Selasa, Mei 17, 2011

Kapal Bantuan Malaysia Ke Palestin Diserang Tentera Laut Israel

Sebuah kapal milik Malaysia yang membawa bantuan untuk Palestin telah dipintas dan diserang oleh tentera laut Israel pada 6.54 pagi waktu Jordan (kira-kira 11.54 pagi waktu Malaysia), menurut Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF). Berlaku tembakan, katanya. "Semua orang selamat, tiada seorang pun yang cedera."

Berikutan serangan itu, yang menurut PGPF berlaku dalam zon keselamatan Palestin, kapal itu telah dipaksa berlabuh di perairan Mesir kira-kira satu setengah batu nautika dari perairan Gaza.

Wakil PGPF, Matthias Chang berkata pasukan tentera laut Israel mengelilingi kapal bantuan itu dua kali dan melepaskan tembakan.

"Tiada seorang pun yang cedera," katanya dalam kenyataan itu.

Seorang lagi aktivis dalam kapal itu, Derek Graham berkata beliau melihat kapal Israel datang dari satu hujung penjuru dan kapal Mesir datang dari penjuru yang lain.

Kapal milik Malaysia itu berlepas dari pelabuhan Piraeus, Greece, pada Rabu.

Ia membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza.

Mereka yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan itu termasuk aktivis antiperang dan wartawan terdiri daripada tujuh rakyat Malaysia, dua rakyat Ireland, dua warganegara India dan seorang rakyat Kanada.

Inisiatif kemanusiaan itu dibiayai oleh PGPF yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Isnin, Januari 26, 2009

Kegagalan Israel Dalam Peperangan Di Gaza

Kegagalan Israel Dalam Peperangan di Gaza
Keberkesanan Solat Hajat dan Doa Umat Islam Di Seluruh Dunia Terserlah
Teks di bawah telah disunting semula oleh Amiene Rev

Saya menerima maklumat yang telah disebarkan daripada beberapa sumber yang tidak dikenali. Kerana terlalu ramai individu yang menyebarkan berita-berita ini, maka saya berminat sekali untuk memaparkannya di blog ini.
Berdasarkan isi kandungan berita tersebut, saya boleh katakan, "Israel mengumpul duit, dari pelbagai sumber di seluruh dunia, dan kemudian menggunakannya untuk keseronokan dengan membunuh umat Islam di Palestin. Selepas melakukan beberapa siri serangan, Israel kembali miskin dan sekiranya kita terus memboikot barangan Israel, maka secara tidak langsung kita membantu membantutkan perkembangan ketenteraan Israel. Ini kerana Israel akan sentiasa rugi dari segi kewangan selepas setiap kali mereka memerangi umat Islam." - Amiene Rev.
Isi kandungan sumber berita tersebut menyebutkan mengenai kegagalan Israel dalam memerangi Gaza sepanjang tempoh 22 hari yang lalu. Fakta-fakta ini pasti menyemarakkan lagi semangat orang-orang Islam yang sejati.

Menerusi 20 fakta di bawah, jelas menunjukkan bahawa doa-doa umat Islam di seluruh dunia telah diperkenankan Allah, Tuhan sekalian alam. Semasa entri ini disiarkan, saya masih lagi mencari kebenaran bagi beberapa fakta di bawah. Namun, kerana saya sentiasa mengharapkan apa yang tertulis di bawah adalah benar (sama ada fiksyen mahupun fakta), maka saya siarkan juga di blog ini untuk memberi semangat dan harapan kepada para pembaca.

Menerusi fakta-fakta di bawah ini, dapat dijelaskan lagi mengenai ketakutan Israel terhadap Hamas dan Islam. Tentera Israel berjuang dalam ketakutan. Tentera Israel seolah-olah seekor kucing yang terus mencakar-cakar seekor harimau muda yang telah diberi ubat bius, sambil berkata,"Pergi! Pergi! Pergi!" dengan perasaan takut yang amat sangat sehingga telah hilang akal.

Isi kandungan (yang telah disunting oleh Amiene Rev) berkenaan dengan 20 kegagalan Israel dalam peperangan di Gaza adalah seperti berikut:
  1. Pejuang-pejuang Palestin melancarkan serangan roket secara konsisten ke arah Negara Israel sehingga ke hari yang terakhir. Pada hari yang terakhir, iaitu pada hari yang ke-22, briged Qassam telah membunuh 9 orang tentera Israel, mencederakan 18 orang tentera Israel yang lain setelah melancarkan 18-24 roket mortar dari jenis Hown.

  2. Pejuang-pejuang Islam telah meluaskan kawasan sasaran bagi serangan roket iaitu melebihi 50 km (ini adalah kali pertama) dan mengenai kawasan askar Israel yang berhampiran dengan Tel Aviv.

  3. Dof Vesglas, Penasihat kepada bekas Perdana Menteri Israel, Ariell Sharon, akhirnya mengakui bahawa tentera Israel tidak mampu untuk menghentikan penguasaan Hamas di Gaza.

  4. Akhbar Haaretz yang berbahasa Ibrani dari Israel menyatakan bahawa tentera Israel telah melakukan kesilapan terbesar dalam mengatur strategi peperangan.

  5. Akhbar Lonofel Oserfatour (Perancis) berkata Israel sekali lagi telah mengulangi kesilapan perancangan ketenteraan yang sama sebagaimana yang telah mereka lakukan dalam peperanga-peperangan yang sebelumnya.

  6. Akhbar New York Times menyatakan Israel bukan sahaja bermatlamatkan untuk melemahkan Hamas bahkan untuk menguatkan gerakan sekular di Palestin. Namun semakin kuat Gaza dibom, semakin bertambah sokongan rakyat Palestin terhadap Hamas.

  7. Penulis Jad’un Livy menulis di Yediot Ahronot (akhbar Israel bahasa Ibrani) berkata "Tujuan utama Israel memerangi Gaza adalah untuk menggulingkan Hamas dari barisan kerajaan Palestin dan menjejaskan pengaruh Hamas di kalangan rakyat Palestin tetapi perkara ini tidak mampu dicapai dengan operasi ketenteraan Israel. Operasi ini dihentikan kerana ia telah gagal dan menambahkan lagi kerugian kepada Israel."

  8. Prof. Richard Folk, pelapor khas PBB bagi Hak-hak kemanusiaan di bumi Palestin berkata : “Israel telah kalah dalam peperangan untuk mendapatkan kerajaan diiktiraf.”

  9. Jackson Dell, Penolong Editor di Washington Post telah menulis di bawah tajuk "Pengajaran Yang Keras Buat Israel", dia telah berkata: "Operasi ketenteraan Israel di Gaza telah gagal, tetapi mungkin di sana ada jalan keluar."

  10. Dalam akhbar yang sama, Tom Sgive menulis artikel yang tajuk "Peperangan Bodoh Orang-orang Israel". Dia menyatakan kebanyakan orang Israel percaya bahawa mengadakan operasi ketenteraan adalah satu cara yang mudah dan menjimatkan masa dalam usaha untuk mencapai keputusan yang mereka (orang-orang Israel) kehendaki. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Edward Copeer telah menulis artikel yang bertajuk “Menghapuskan Hamas dengan kekuatan tentera adalah suatu cubaan yang kegagalan”

  11. Penulis Yahudi Doron Rewzinelm di dalam Akhbar Haaretz di dalam bahasa ibrani telah menuduh Presiden Rejim Zionis yang menyebabkan Israel membayar harga yang mahal dalam peperangan tersebut. Peperangan ini melibatkan perbelanjaan yang sangat mahal dan memudaratkan ekonomi kerajaan Israel dengan sangat teruk dan sukar untuk dipulihkan.

  12. Barisan tentera-tentera simpanan Israel diselubungi dengan ketakutan setelah Menteri Pertahanan Yahudi Ehud Barak mengarahkan supaya memindahkan ribuan tentera. Tentera ini mendapat latihan keras di Utara Palestin, di bawah seliaan Ehud Barak sendiri. Ini disiarkan di kaca televisyen Israel.

  13. 200 orang Israel yang enggan kepada khidmat ketenteraan telah melakukan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sebagai tanda simpati terhadap rakan-rakan mereka yang dihukum kerana tidak turut serta dalam peperangan di Gaza.

  14. Akhbar Yediot Ahronot berbahasa Ibrani menyatakan bahawa serangan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan umat manusia di seluruh dunia semakin kuat memusuhi Israel.

  15. Menteri Luar Israel Tzipi Livni menyatakan bahawa dia menerima tanggapan baru daripada pihak media di Barat terhadap rejim Yahudi ketika sidang akhbar di Pusat Akhbar Washington, Amerika Syarikat pada petang Jumaat 16/1. Salah seorang wartawan telah memanggilnya sebagai pengganas.

  16. Laman web Israel ynetnews.com telah melaporkan kata-kata pegawai tentera Israel iaitu Kolonel Yigal Slovik, “Berdasarkan apa yang telah berlaku sekarang, saya berpendapat bahawa kita tidak patut menyingkirkan Hamas, kerana Hamas akan mengambil pengajaran daripada konflik yg telah berlaku dan tampil lebih kuat untuk konfrontasi seterusnya.” Kata-kata Kolonel Yigal Slovik, ini menjadi tajuk utama "Hamas Will Grow Stronger" yang membawa maksud "Hamas Akan Bertambah Kuat".

  17. Dalam laman web alzoa.com, terdapat petikan daripada Akhbar Tisyrin Siasah (Dimascus) menyatakan bahawa dua akhbar Perancis menyebut bahawa Hamas adalah satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan daripada serangan Israel.

  18. Laporan ekonomi Israel menyatakan bahawa roket-roket pejuang Israel telah mendatangkan kerugian jutaan Dollar yang perlu ditanggung oleh kilang-kilang di selatan Israel.

  19. Laporan ekonomi Israel menyebutkan perbelanjaan untuk 50,000 tentera simpanan Israel sahaja telah mencapai 225 juta Shekel.

  20. Laporan ini juga menunjukkan perbelanjaan Perang Gaza, dalam sehari mencapai 130 juta Shekel.
Akhirnya, Perdana menteri Israel mengumumkan genjatan senjata sebelah pihak dan ini turut menunjukkan kekalahannya kerana tidak mahu menyebabkan kerugian dan kekalahan yang lebih besar lagi.


Firman Allah SWT:
“Orang-orang musyrikin akan dikalahkan dan akan balik lari dalam kekalahan.” (45-54)

Nabi saw bersabda:
لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود حتى يقول الحجر وراءه اليهودي: يا مسلم يهودي ورائي فاقتله.

Maksudnya:
“Tidak berlaku kiamat sehinggalah kamu (orang-orang Islam) memerangi Yahudi sehingga berkata batu yang di belakangnya terdapat seorang Yahudi yang bersembunyi, "Hai, Muslim,. Ada Yahudi di belakang ku, bunuhlah dia." (Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi – Hadis Sahih)

Artikel tersebut juga menyebutkan bahawa umat Islam wajar memboikot barangan keluaran kilang-kilang Israel sebagai tanda membantu perjuangan umat Islam di seluruh dunia dan seterusnya melemahkan sumber-sumber kewangan Israel yang selama ini turut membantu Israel sama ada secara langsung atau pun tidak untuk membangunkan ketenteraan Israel.

Rujukan: Buku Al-Muqataah oleh Dr Khalid Said, Tafsir Sobuni, Sofwatul Ahadees oleh Abdul Qadir kattani, laman web 1. alalam.ir 2. ynetnews.com 3. alzoa.com.