Kegagalan Israel Dalam Peperangan Di Gaza
Kegagalan Israel Dalam Peperangan di Gaza
Keberkesanan Solat Hajat dan Doa Umat Islam Di Seluruh Dunia Terserlah
Teks di bawah telah disunting semula oleh Amiene Rev
Keberkesanan Solat Hajat dan Doa Umat Islam Di Seluruh Dunia Terserlah
Teks di bawah telah disunting semula oleh Amiene Rev
Saya menerima maklumat yang telah disebarkan daripada beberapa sumber yang tidak dikenali. Kerana terlalu ramai individu yang menyebarkan berita-berita ini, maka saya berminat sekali untuk memaparkannya di blog ini.
Berdasarkan isi kandungan berita tersebut, saya boleh katakan, "Israel mengumpul duit, dari pelbagai sumber di seluruh dunia, dan kemudian menggunakannya untuk keseronokan dengan membunuh umat Islam di Palestin. Selepas melakukan beberapa siri serangan, Israel kembali miskin dan sekiranya kita terus memboikot barangan Israel, maka secara tidak langsung kita membantu membantutkan perkembangan ketenteraan Israel. Ini kerana Israel akan sentiasa rugi dari segi kewangan selepas setiap kali mereka memerangi umat Islam." - Amiene Rev.Isi kandungan sumber berita tersebut menyebutkan mengenai kegagalan Israel dalam memerangi Gaza sepanjang tempoh 22 hari yang lalu. Fakta-fakta ini pasti menyemarakkan lagi semangat orang-orang Islam yang sejati.
Menerusi 20 fakta di bawah, jelas menunjukkan bahawa doa-doa umat Islam di seluruh dunia telah diperkenankan Allah, Tuhan sekalian alam. Semasa entri ini disiarkan, saya masih lagi mencari kebenaran bagi beberapa fakta di bawah. Namun, kerana saya sentiasa mengharapkan apa yang tertulis di bawah adalah benar (sama ada fiksyen mahupun fakta), maka saya siarkan juga di blog ini untuk memberi semangat dan harapan kepada para pembaca.
Menerusi fakta-fakta di bawah ini, dapat dijelaskan lagi mengenai ketakutan Israel terhadap Hamas dan Islam. Tentera Israel berjuang dalam ketakutan. Tentera Israel seolah-olah seekor kucing yang terus mencakar-cakar seekor harimau muda yang telah diberi ubat bius, sambil berkata,"Pergi! Pergi! Pergi!" dengan perasaan takut yang amat sangat sehingga telah hilang akal.
Isi kandungan (yang telah disunting oleh Amiene Rev) berkenaan dengan 20 kegagalan Israel dalam peperangan di Gaza adalah seperti berikut:
- Pejuang-pejuang Palestin melancarkan serangan roket secara konsisten ke arah Negara Israel sehingga ke hari yang terakhir. Pada hari yang terakhir, iaitu pada hari yang ke-22, briged Qassam telah membunuh 9 orang tentera Israel, mencederakan 18 orang tentera Israel yang lain setelah melancarkan 18-24 roket mortar dari jenis Hown.
- Pejuang-pejuang Islam telah meluaskan kawasan sasaran bagi serangan roket iaitu melebihi 50 km (ini adalah kali pertama) dan mengenai kawasan askar Israel yang berhampiran dengan Tel Aviv.
- Dof Vesglas, Penasihat kepada bekas Perdana Menteri Israel, Ariell Sharon, akhirnya mengakui bahawa tentera Israel tidak mampu untuk menghentikan penguasaan Hamas di Gaza.
- Akhbar Haaretz yang berbahasa Ibrani dari Israel menyatakan bahawa tentera Israel telah melakukan kesilapan terbesar dalam mengatur strategi peperangan.
- Akhbar Lonofel Oserfatour (Perancis) berkata Israel sekali lagi telah mengulangi kesilapan perancangan ketenteraan yang sama sebagaimana yang telah mereka lakukan dalam peperanga-peperangan yang sebelumnya.
- Akhbar New York Times menyatakan Israel bukan sahaja bermatlamatkan untuk melemahkan Hamas bahkan untuk menguatkan gerakan sekular di Palestin. Namun semakin kuat Gaza dibom, semakin bertambah sokongan rakyat Palestin terhadap Hamas.
- Penulis Jad’un Livy menulis di Yediot Ahronot (akhbar Israel bahasa Ibrani) berkata "Tujuan utama Israel memerangi Gaza adalah untuk menggulingkan Hamas dari barisan kerajaan Palestin dan menjejaskan pengaruh Hamas di kalangan rakyat Palestin tetapi perkara ini tidak mampu dicapai dengan operasi ketenteraan Israel. Operasi ini dihentikan kerana ia telah gagal dan menambahkan lagi kerugian kepada Israel."
- Prof. Richard Folk, pelapor khas PBB bagi Hak-hak kemanusiaan di bumi Palestin berkata : “Israel telah kalah dalam peperangan untuk mendapatkan kerajaan diiktiraf.”
- Jackson Dell, Penolong Editor di Washington Post telah menulis di bawah tajuk "Pengajaran Yang Keras Buat Israel", dia telah berkata: "Operasi ketenteraan Israel di Gaza telah gagal, tetapi mungkin di sana ada jalan keluar."
- Dalam akhbar yang sama, Tom Sgive menulis artikel yang tajuk "Peperangan Bodoh Orang-orang Israel". Dia menyatakan kebanyakan orang Israel percaya bahawa mengadakan operasi ketenteraan adalah satu cara yang mudah dan menjimatkan masa dalam usaha untuk mencapai keputusan yang mereka (orang-orang Israel) kehendaki. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Edward Copeer telah menulis artikel yang bertajuk “Menghapuskan Hamas dengan kekuatan tentera adalah suatu cubaan yang kegagalan”
- Penulis Yahudi Doron Rewzinelm di dalam Akhbar Haaretz di dalam bahasa ibrani telah menuduh Presiden Rejim Zionis yang menyebabkan Israel membayar harga yang mahal dalam peperangan tersebut. Peperangan ini melibatkan perbelanjaan yang sangat mahal dan memudaratkan ekonomi kerajaan Israel dengan sangat teruk dan sukar untuk dipulihkan.
- Barisan tentera-tentera simpanan Israel diselubungi dengan ketakutan setelah Menteri Pertahanan Yahudi Ehud Barak mengarahkan supaya memindahkan ribuan tentera. Tentera ini mendapat latihan keras di Utara Palestin, di bawah seliaan Ehud Barak sendiri. Ini disiarkan di kaca televisyen Israel.
- 200 orang Israel yang enggan kepada khidmat ketenteraan telah melakukan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sebagai tanda simpati terhadap rakan-rakan mereka yang dihukum kerana tidak turut serta dalam peperangan di Gaza.
- Akhbar Yediot Ahronot berbahasa Ibrani menyatakan bahawa serangan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan umat manusia di seluruh dunia semakin kuat memusuhi Israel.
- Menteri Luar Israel Tzipi Livni menyatakan bahawa dia menerima tanggapan baru daripada pihak media di Barat terhadap rejim Yahudi ketika sidang akhbar di Pusat Akhbar Washington, Amerika Syarikat pada petang Jumaat 16/1. Salah seorang wartawan telah memanggilnya sebagai pengganas.
- Laman web Israel ynetnews.com telah melaporkan kata-kata pegawai tentera Israel iaitu Kolonel Yigal Slovik, “Berdasarkan apa yang telah berlaku sekarang, saya berpendapat bahawa kita tidak patut menyingkirkan Hamas, kerana Hamas akan mengambil pengajaran daripada konflik yg telah berlaku dan tampil lebih kuat untuk konfrontasi seterusnya.” Kata-kata Kolonel Yigal Slovik, ini menjadi tajuk utama "Hamas Will Grow Stronger" yang membawa maksud "Hamas Akan Bertambah Kuat".
- Dalam laman web alzoa.com, terdapat petikan daripada Akhbar Tisyrin Siasah (Dimascus) menyatakan bahawa dua akhbar Perancis menyebut bahawa Hamas adalah satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan daripada serangan Israel.
- Laporan ekonomi Israel menyatakan bahawa roket-roket pejuang Israel telah mendatangkan kerugian jutaan Dollar yang perlu ditanggung oleh kilang-kilang di selatan Israel.
- Laporan ekonomi Israel menyebutkan perbelanjaan untuk 50,000 tentera simpanan Israel sahaja telah mencapai 225 juta Shekel.
- Laporan ini juga menunjukkan perbelanjaan Perang Gaza, dalam sehari mencapai 130 juta Shekel.
Firman Allah SWT:
“Orang-orang musyrikin akan dikalahkan dan akan balik lari dalam kekalahan.” (45-54)
Nabi saw bersabda:
Maksudnya: “Tidak berlaku kiamat sehinggalah kamu (orang-orang Islam) memerangi Yahudi sehingga berkata batu yang di belakangnya terdapat seorang Yahudi yang bersembunyi, "Hai, Muslim,. Ada Yahudi di belakang ku, bunuhlah dia." (Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi – Hadis Sahih)
Artikel tersebut juga menyebutkan bahawa umat Islam wajar memboikot barangan keluaran kilang-kilang Israel sebagai tanda membantu perjuangan umat Islam di seluruh dunia dan seterusnya melemahkan sumber-sumber kewangan Israel yang selama ini turut membantu Israel sama ada secara langsung atau pun tidak untuk membangunkan ketenteraan Israel.
Rujukan: Buku Al-Muqataah oleh Dr Khalid Said, Tafsir Sobuni, Sofwatul Ahadees oleh Abdul Qadir kattani, laman web 1. alalam.ir 2. ynetnews.com 3. alzoa.com.
|