BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Januari 02, 2009

SUPER Anti Spyware Free Edition

Hari ini saya mula mencuba SUPER Anti Spyware Free Edition. Sebelum ini saya adalah pengguna tetap AVG Anti-Spyware Free Edition version 7.5. Walaupun sudah keluar AVG Anti-Virus Free Edition version 8.0, saya masih tetap menggunakan AVG versi sebelumnya. Bagi saya versi 7.5 lebih menarik dan memuaskan. Kemudian sekitar awal tahun baru ini, saya dimaklumkan oleh pihak AVG bahawa mereka akan menamatkan sistem kemaskini untuk AVG versi 7.5 dan ke bawah. Ini bermaksud, semua pengguna harus menggunakan AVG Anti Virus versi terbaru sekiranya mahu perisian anti-spyware mereka terus dikemaskini. Ini kerana AVG Anti Spyware kini bergabung dengan AVG Anti Virus dalam AVG versi percuma yang terkini.

Saya tidak melihat AVG Version 8.0 sebagai satu perisian anti-virus dan perisian anti-spyware yang berkesan, maka saya ingin mencuba SUPER Anti Spyware Free Edition. Saya ingin mencuba perisian anti-virus yang baru. Sebelum ini saya ada memaparkan mengenai Avira Anti Virus (disebut Avira AntiVir) yang merupakan satu lagi perisian anti-virus yang percuma dan berpotensi besar. Saya menggunakan perisian Avira Anti-Virus sebagai pengganti AVG Anti Virus. Paparan mengenai Avira Anti Virus Personal - Free Edition boleh ditemui di sini.

Namun Avira Anti Virus juga ada kelemahan. Jika AVG 8.0 adalah versi gabungan AVG Anti-Virus dan AVG Anti-Spyware, Avira Anti Virus pula boleh dikatakan kembar kepada AVG Anti Virus versi 7.5. Ini bermakna, pengguna Avira Anti-Virus, sebagaimana juga dengan pengguna AVG Anti Virus 7.5 perlu mengguna perisian anti-spyware yang berasingan.

Saya memilih untuk mencuba SUPER Anti Spyware Free Edition. Ketika sedang menaip blog ini, saya telah pun mengimbas fail-fail sistem, perisian dan dokumen di komputer saya dengan menggunakan SUPER Anti Spyware Free Edition dan kemudian Avira AntiVir Personal Free Edition. Saya berpuas hati dengan potensi kedua-duanya setakat ini. Tidak ada sebarang gangguan untuk saya melayari internet.

SUPER Anti Virus Free Edition sangat mudah digunakan. Tidak ada fungsi-fungsi atau pilihan arahan yang berselindung. Segala-galanya di depan mata. Saya anggap gabungan Avira Anti Virus Personal Free Edition dan SUPER Anti Spyware Free Edition sebagai kombinasi baru pelindung komputer riba saya, sebagai pengganti AVG Anti-Virus versi 7.5 dan AVG Anti-Spyware versi 7.5.

Untuk muat turun SUPER Anti Spyware Free Edition, sila klik di sini.