BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Januari 24, 2009

E-mel Pembaca: Selalu Dilanda Masalah

Hai,

Saya ni pembaca setia blog Duke Amiene Rev. Saya selalu jugalah jenguk-jenguk ke mari. Saya sebenarnya nak ceritakan masalah saya ni. Saya tak tahu nak panggil apa, saya panggil Tuan Amiene Rev bolehlah ya?

Saya sebenarnya banyak masalah. Saya pun tak tahu kenapalah saya ni selalu bermasalah. Kadang-kadang saya ingat dah buat benda yang betul, tapi tak juga.

Saya sedihlah. Boleh tak Tuan Amiene Rev bantu saya? Saya nak sangat pandangan daripada Tuan Amiene Rev. Kalau boleh saya tak mahulah ada masalah lagi. Saya nak happy go lucky.

Nor,
Selayang.

Maklum balas Amiene Rev:
Hai, Cik/Puan Nor. Terima kasih kerana sudi mengirim e-mel kepada saya. Setelah membaca e-mel Cik/Puan Nor, saya dapati masalah yang mungkin Cik/Puan Nor hadapi mungkin berkaitan dengan hal-hal yang memerlukan Cik/Puan Nor membuat keputusan.

Dalam hal-hal membuat keputusan, sebaik-baik tindakan ialah menganalisis terlebih dahulu segala maklumat yang ada. Sekiranya melibatkan bidang-bidang yang memerlukan kepakaran tertentu, kita juga boleh berjumpa dengan golongan yang pakar dalam bidang-bidang tertentu.

Semua orang ada masalah. Cik/Puan Nor tentu berasa sedih sekiranya sering dilanda masalah, tetapi sebenarnya Cik/Puan Nor, masalah itu juga merupakan satu rahmat daripada Tuhan.

Kadangkala, Tuhan turunkan bala supaya kita ingat dan tidak leka dan kembali mengingatinya. Saya sarankan Cik/Puan Nor supaya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar diringankan beban ke atas diri Cik/Puan Nor.

Sesungguhnya tidak akan Tuhan turunkan ujian kepada seseorang itu melainkan dia mampu untuk menanggungnya. Cik/Puan Nor tentulah seorang yang kuat maka sebab itulah Tuhan berikan Cik/Puan Nor ujian yang sedemikian.

Saya mendoakan Cik/Puan Nor agar dipermudahkan segala urusan kehidupan. Semoga selepas ini Cik/Puan Nor akan dapat menjalani hidup yang lebih baik dan bahagia.

Salam hormat daripada saya untuk Cik/Puan Nor.


E-mel Pembaca: Ruangan Pos Masalah Anda
Sekiranya anda ada masalah untuk dikongsi dan mahukan pandangan daripada Amiene Rev, bolehlah menggunakan pautan di bawah untuk mengisi borang Pos Masalah Anda (Surat Pembaca). Anda diminta tidak menggunakan Bahasa SMS dan seangkatan dengannya. Setiap surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu.