Memaparkan catatan dengan label Raja. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 14, 2011
Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck sebelum ini menimbulkan isu apabila tidak mempunyai kemahuan untuk mencari isteri kini telah pun berkahwin. Perkahwinan tersebut dibuat secara ringkas. Raja Bhutan sebelum ini terkenal kerana sikapnya yang merendah diri dan menghormati orang ramai.
Raja Naga kahwini orang biasa - PASANGAN pengantin diraja Bhutan mendukung seorang kanak-kanak selepas majlis perkahwinan mereka.
PUNAKHA, Bhutan - Pemerintah Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck berkahwin dengan pengantin perempuan daripada golongan rakyat biasa dalam istiadat purba mengikut agama Buddha yang diadakan di sebuah kuil bersejarah di Bhutan.
Memakai gelaran Raja Naga Kelima, Raja Jigme Wangchuck turun dari takhta emas di hadapan patung Buddha besar semalam, sebelum meletakkan mahkota di atas kepala pengantin perempuan, Jetsun Pema.
Kemudian, Raja Jigme, 31, kembali ke takhtanya. Sementara Pema duduk di sisinya sebagai permaisuri baharu Bhutan.
Pema yang baru berusia 21 tahun dan masih belajar merupakan anak perempuan seorang juruterbang komersial.
Upacara perkahwinan diraja itu disiarkan secara langsung di Bhutan, sebuah negara yang memiliki cuma 700,000 penduduk.
Beribu-ribu orang yang memakai pakaian tradisi negara di Banjaran Himalaya itu berkumpul di luar kuil berkenaan untuk memeriahkan lagi istiadat perkahwinan diraja tersebut. - AP
Raja Bhutan kahwin anak juruterbang - Tamat zaman bujang pada usia 31
PUNAKHA (Bhutan): Raja negara kecil Himalaya, Bhutan melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis rakyat biasa semalam dalam satu majlis mengikut tradisi agama Buddha di kuil paling suci di negara itu. Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck, yang memakai mahkota hitam berkilat, turun dari takhta emas di hadapan patung Buddha untuk meletakkan mahkota kecil broked di atas kepala pengantin perempuan, Jetsun Prema. Gadis yang menjadi pilihan hatinya adalah anak kepada seorang juruterbang dan sudah pun menjalani sesi perkenalan dengan penjelajahan ke kampung pedalaman di negara itu sejak raja itu mengumumkan kepada Parlimen pada Mei, “Kini, tiba masa untuk saya berkahwin,”.
Keluarga dan rakan berkata perkahwinan itu berdasarkan cinta dan pasangan itu sudah tinggal bersama sejak lapan bulan lalu. Malah, keluarga gadis itu sudah lama dikenali di kalangan kerabat diraja.
Sami mengumumkan majlis itu sebaik Prema mengambil tempat duduk di sebelah suaminya sebagai permaisuri baru negara itu.
Perkahwinan itu menjadi tumpuan negara, yang sebelum ini mencetuskan isu apabila raja yang berusia 31 tahun tiada kemahuan untuk mencari pasangan dan memulakan keluarga sendiri sejak bapanya bersara dan menyerahkan kuasa kepadanya lima tahun lalu.
Majlis bermula jam 8.20 pagi, iaitu masa yang ditetapkan peramal diraja apabila raja itu memakai pakaian kuning berjalan ke perkarangan biara yang dibina sejak kurun ke-17 di ibu kota purba Punakha dan memanjat tangga ke dalam.
Beberapa minit kemudian, pengantin perempuan berusia 21 tahun tiba pada akhir perarakan manakala sami berjubah merah dan pemegang bendera berjalan di jambatan kayu menyeberangi sungai biru di sebelah kubu dan mengikuti suaminya ke dalam.
Di dalam, ketua sami negara, yang mengetuai perkahwinan itu melaksanakan majlis penyucian kepada pasangan berkenaan di depan hamparan besar Thongdal milik pengasas Bhutan kurun ke-17, Raja sami Zhabdrung.
Pasangan itu kemudian ke kuil untuk majlis yang disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional, sehingga ketibaan raja, bapanya dan sami yang dikenali sebagai Je Khenpo memasuki makam Zhabdrug, barulah mereka dibenarkan membuat rakaman.
Tidak seperti perkahwinan diraja di negara lain seperti perkahwinan gilang gemilang Putera William dan Kate, tiada kerabat diraja asing, ketua negara atau selebriti dijemput. Hanya kerabat diraja Bhutan dan ribuan penduduk kampung berdekatan berkumpul di padang menanti pasangan diraja untuk meraikan mereka dan selebihnya 700,000 penduduk negara itu menonton di televisyen.
“Keseluruhan tema perkahwinan ini adalah satu upacara keluarga yang sangat ringkas, inilah keluarga Bhutan,” kata Setiausaha Maklumat Bhutan, Kinley Dorji.
Raja yang berpendidikan Oxford itu berminat untuk membangunkan negara dan melakukan perubahan dalam demokrasi dengan mewujudkan monarki berperlembagaan pada 2008.
Dengan imej muda, berambut hitam, beliau gemar berbasikal di jalan setiap petang dan mempunyai reputasi sebagai raja bujang yang digilai ramai gadis.
Kira-kira 60 pakar masakan dari 20 kampung di Bhutan menyiapkan juadah untuk tetamu.
Selepas majlis perkahwinan itu, pasangan diraja akan keluar ke jalan dari Punakha ke Thimphu dan disambut rakyat sepanjang jalan. – AP/ Agensi
Maharaja Lawak Mega - Hadiah RM350,000 Rebutan Peserta Peserta Malaysia, Singapura dan Indonesia
Belum pun reda isu Mamat ditinggalkan Kumpulan Sepah, sehingga tertubuhnya Kumpulan Sepah Two yang cuma dianggotai oleh Shuib dan Jepp, kini muncul pula satu lagi gelombang baru Maharaja Lawak, iaitu Maharaja Lawak Mega. Jika dahulu Maharaja Lawak bertujuan menggabungkan juara-juara Raja Lawak, Maharaja Lawak Mega pun menggabungkan nama-nama terkenal dalam industri lawak dari tiga negara. Siapakah agaknya Pelawak Terbaik Antara Yang Terbaik Di Asia Tenggara? Kemenangan pelawak dalam Maharaja Lawak Mega pasti menjadi satu peluang rezeki yang besar. Pelawak yang berjaya menjadi juara dalam Maharaja Lawak Mega berkemungkinan menjadi seorang jutawan dan aktif berlawak di peringkat antarabangsa, dan mungkin juga berpeluang membintangi filem atau dijemput dalam program-program televisyen di peringkat antarabangsa.
Maharaja Lawak Mega pula - Peserta Malaysia, Singapura dan Indonesia rebut hadiah RM350,000
SELEPAS Raja Lawak, Maharaja Lawak kali ini diadakan pula Maharaja Lawak Mega selepas mengambil kira sambutan dan populariti program ini yang masih panas. Maharaja Lawak Mega ini menawarkan hadiah agak lumayan iaitu wang tunai RM350,000 kepada juara. Jika Maharaja Lawak menjadi platform untuk menguji bakat bekas finalis akhir Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima, berlainan pula dengan Maharaja Lawak Mega yang memfokuskan kepada pelawak profesional. Menampilkan barisan pelawak terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, program yang akan bersiaran di Astro Warna pada 28 Oktober depan itu diharap mampu menggarap bakat pelawak yang sudah dikenali itu.
Menurut Pengurus Pakej Mustika, Nizam Sani, program yang menampilkan 41 pelawak terkenal dengan 17 kumpulan dan solo itu diadakan bertujuan untuk mencari pelawak ‘terbaik di antara yang terbaik’ di Asia Tenggara.
Namun mewujudkan semula jenama sedia ada bukan bertujuan untuk memanipulasi program terbabit, tetapi adalah untuk membawa nama Malaysia ke peringkat luar seperti program realiti lain dari barat.
“Jenama program TV di Malaysia terlalu sedikit, jadi dengan cara ini kita dapat bawa jenama Malaysia ke luar negara agar lebih dikenali.
“Kita sedia maklum peserta ini sudah mempunyai banyak pengalaman tetapi pembabitan mereka dalam pertandingan sebegini sesuatu yang baru buat mereka mencungkil lagi bakat sedia ada,” terangnya.
Nama besar seperti Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid, Didie Alias, Enot, Harun Salim Bachik, Os, Abon, Yassin dan Bell Ngasri di antara yang akan menghangatkan lagi pentas Maharaja Lawak Mega, manakala AC Mizal sebagai pengacara.
“Kita masih mengekalkan konsep yang sama dalam Maharaja Lawak cuma perbezaannya dari segi tugasan dan penjurian kerana mereka ini sudah profesional jadi tugasan agak berat.
“Program ini disiarkan secara langsung di Malaysia dan Singapura saja tetapi dari segi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) hanya dibuka kepada pengguna telefon di Malaysia saja,” kata Nizam.
Walaupun dilihat seperti memihak kepada peserta tempatan, namun hanya 30 peratus undian berdasarkan SMS manakala selebihnya bergantung kepada pemarkahan juri tetap.
Nizam berkata, menampilkan tiga juri tetap dan seorang juri jemputan, program yang sering menampilkan barisan juri dari kalangan pengkarya dan pelawak itu akan menampilkan juri yang berbeza dan tiada kaitan dengan bidang komedi.
“Malah komen mereka nanti juga tidak terlalu padat atau mengkritik kerana mereka mewakili penonton jadi pemarkahan dari segi hiburan sama ada terhibur atau tidak,” terangnya.
Pemilihan peserta dari luar negara juga dibuat berdasarkan personaliti mereka dan mempunyai nama di negara sendiri. Bahkan setiap peserta diberi kebebasan dalam memilih anggota kumpulan sendiri bagi menempuh ujian yang bakal di tempuhi selama 10 minggu.
Sedia bertarung
PERTAMA kali menyertai pertandingan sebegini memberi cabaran besar kepada Ifa Raziah dan ahli kumpulan Syok yang terdiri daripada Suhaimi Yusuf dan Ariff Samsudin.
“Saya mengenali Suhaimi sejak terbabit dalam sitkom komedi Camy N Dee di Singapura jadi di situ kami lihat yang kami ada keserasian dan menjadi rapat. Suhaimi hubungi saya tanya sama ada mahu atau tidak terbabit dalam program ini terus saja setuju kerana saya merasakan program ini dalam mencungkil lebih lagi bakat yang kami ada,” kata Ifa.
Walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia sejak 25 tahun terbabit dalam industri hiburan Singapura, Suhaimi Yusuf merasakan permulaan baru baginya mengembangkan bakat di negara ini.
Tertarik dengan konsep yang diketengah di dalam program terbabit membawa dirinya untuk turut serta di dalam pertandingan itu.
“Saya dengan Ariff sudah lama dalam industri hiburan di Singapura malah bapa Ariff (Pak Sudin) sendiri seorang pelawak yang kita kenali jadi dengan konsep yang menarik ini menggerakkan hati saya untuk turut serta.
“Bagi saya soal undian melalui SMS bukan satu masalah kerana ramai rakyat Singapura berada di Johor, malah ada di antara rakyat Singapura sendiri menggunakan talian telefon Malaysia,” jelasnya.
Melihatkan ia sebagai satu pertandingan sengit yang membabitkan peserta terkenal tidak mematahkan semangat Achong dan Joey Daud untuk turut serta dalam program itu.
“Ini adalah satu cabaran buat diri kami untuk menguji bakat sendiri. Mungkin dari segi populariti kami kalah tetapi dari segi kreativiti kami lawan. Saya dan Achong sudah berkawan lama dan mempunyai keserasian. Memang susah nak satukan kami kerana masing-masing sibuk jadi tetapi di sini kami bersatu,” kata Joey.

Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 14, 2011
Label: Asia Tenggara, Indonesia, Lawak, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega, Malaysia, Raja, Singapura
Langgan:
Comment Feed (RSS)