BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, November 09, 2026

Review Micro Movie Pukul 3 Kurang 1 - Kisah Seram Food Rider


 Pukul 3 Kurang 1 atau lebih tepat ialah pukul 2:59 pagi adalah filem seram mikro mengenai seorang penghantar makanan yang menerima mesej pesanan makanan daripada orang yang telah meninggal dunia. Pemesan tersebut adalah adiknya sendiri.

Disebabkan rasa ingin tahu yang kuat dan rasa rindu terhadap arwah adiknya, Puyu pun memenuhi kehendak pesanan tersebut. Situasi yang meremangkan bulu roma bermula apabila rumah yang dikunjunginya beralamat di kawasan perumahan terbengkalai, dan perabot dalaman rumah itu mirip dengan rumah ibunya.

Filem seram pendek ini berdurasi 3 minit 15 saat. Versi audio book juga ada dengan durasi melebihi 14 minit di Youtube Amiene Rev di bahagian Playlist SERAM SEJUK BERSAMA AMIENE REV.