BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Penawar Batuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penawar Batuk. Papar semua catatan

Ahad, Julai 28, 2013

Penawar Demam Selsema dan Batuk

UBAT DEMAM SELSEMA DAN BATUK
Amal langkah pencegahan untuk melegakan, elak tambah serius

Selsema penyakit biasa dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira usia dan jika ia kemudian disertai dengan demam pula kehadirannya mampu melumpuhkan aktiviti seharian individu.

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, iaitu panas dan sejuk, selain jangkitan virus pada hidung dan tekak menyumbang kepada penyakit itu.

Individu juga terpaksa menanggung keperitan tekak, hidung berair, badan lesu atau menggigil, bersin dengan batuk menjadi gejala utama demam selsema.

Jangan ambil remeh bagi individu yang memiliki sistem pertahanan tubuh lemah, warga emas kekurangan zat makanan, risiko mengalami demam selsema lebih tinggi.

Demam selsema adalah jangkitan virus dalam tekak, sinus dan saluran atas pernafasan. Antibiotik tidak dapat membunuh virus tetapi sistem pertahanan tubuh adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini.

Gejala demam selsema biasanya bermula satu hingga tiga hari selepas jangkitan dan purata jangka masa selsema adalah tujuh hari. Bagi mereka yang merokok gejala batuk dialami akan lebih berpanjangan.

Lazimnya, bila anda selsema atau demam penyelesaian mudah diambil adalah dengan menelan panadol atau ubat dari doktor. Namun bagi mereka yang kurang menggemari perubatan, berikut adalah langkah pencegahan untuk mengatasi dan melegakan demam selsema.

Sup ayam
Pengambilan makanan panas dan berkuah dapat membantu melegakan pernafasan lebih lagi ketika anda demam dan selsema.

Kulit kayu manis
Masukkan sedikit serpihan kulit kayu manis dalam teh sudah disediakan. Selain dapat menyedapkan teh, kulit kayu manis bagus untuk memanaskan badan.

Buah-buahan sitrus
Makan lebih banyak buah-buahan kaya dengan vitamin C termasuk limau dan lemon untuk menghindari selsema.

Air asam jawa
Bancuh asam jawa dengan air lalu campurkan gula melaka atau gula pasir sebagai penambah rasa. Amalkan minuman itu untuk menyejukkan badan dan menghilangkan rasa perit tekak.

Kembang semangkuk
Rendam kembang semangkuk dan minum airnya bagi menyejukkan badan sekali gus mengelak daripada terkena demam.

Bawang putih
Boleh tambahkan bawang putih dalam masakan kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibiotik.

Tiram
Hidupan laut ini adalah sumber terbaik untuk zink selain nutrien seperti Omega-3, selenium dan zat besi. Zink penting dalam pembentukan sel darah putih dan paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negatif terhadap sistem imun. Selain itu, zink boleh didapati dari daging lembu dan ayam.

Halia
Air rebusan halia diminum bukan saja bagus untuk melegakan selsema tapi juga menghindarkan angin dalam tubuh.

Sumber vitamin C
Buah-buahan sitrus, pengambilan tambahan seperti kentang, strawberi dan nanas amat membantu dalam mencegah selsema dan demam.

INFO:

Gejala lain demam selsema
- Mata terasa sedikit panas.
- Hilang deria rasa.
- Demam
- Hidung terasa seperti sinus atau telinga penuh tekanan.
- Suara menjadi kasar
- Sakit badan

Selsema boleh berkurangan jika anda memberikan langkah berikut:
- Rehat yang sempurna
- Tidur selama 12 jam atau lebih untuk mengembalikan tenaga.
- Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas.
- Mengambil makanan yang berzat
- Duduk di persekitaran yang lembap panas dan bukannya terlampau panas atau sejuk.
- Berkumur mulut dengan air garam.

Pencegahan
- Selalu tutup tangan ketika bersin atau batuk.
- Basuh tangan anda selepas dan sebelum melakukan aktiviti.
- Gunakan tisu pakai buang ketika anda selsema.
- Jangan gosok mata dengan tangan yang kotor.
- Hindari tempat sesak.
- Elakkan berhadapan dengan individu yang sudah berjangkit.
- Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat.
- Kekalkan tahap hidrasi optimum.
- Jangan merokok atau mengambil alkohol. 

SUMBER: BERITA HARIAN

Ahad, April 01, 2012

Penawar Batuk Pada Musim Batuk

Cuaca panas, lembab dan hujan yang tidak menentu menyebabkan ramai di kalangan kita mula diserang penyakit batuk. Petua menghilangkan batuk amatlah diperlukan pada masa ini, kerana batuk mampu menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian kita. Batuk menyebabkan suara menjadi serak, atau bagi sesetengah kes, kehilangan suara untuk berkomunikasi dan ini pasti menjejaskan urusan harian kita. Berikut adalah petua untuk menghilangkan batuk.

► Rendam sedikit kerak nasi dalam air suam sehingga kerak nasi itu kembang. Minum airnya pada waktu pagi setiap hari.

► Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

► Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

► Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

► Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.

► Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.

► Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

► Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

► Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.

► Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

► Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

► Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

► Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

► Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

► Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

► Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.