BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Kuala Lumpur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Lumpur. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 12, 2012

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - KLCC Aquaria
Seperti namanya, tempat yang dipanggil sebagai KLCC Aquaria ini berada di KLCC. Ia merupakan tempat membela pelbagai jenis ikan. Para pengunjung akan berasa seperti berada di dalam lautan. Ada juga pertunjukkan ikan duyung di sini. Luasnya akuarium di KLCC Aquaria ini ialah sehingga 60,000 kaki persegi.
Tiket masuk (warga Malaysia):
Dewasa (RM35)
Kanak-kanak (RM25)
Warga Emas (RM25)

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - KL Tower ATAU Menara Kuala Lumpur

Berdasarkan Rekod semasa tahun 2011, Menara Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang ke-6 tertinggi di dunia dan juga merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Selain Angkasa dan Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur ini merupakan satu tempat yang menarik. Dengar kata ada zoo tergantung di atasnya.
Tiket masuk (basic package)
Dewasa (RM45)
Kanak-kanak (RM35)
Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - Petronas Twin Towers atau Menara Berkembar Petronas
Kedua-dua menara di Menara Berkembar Petronas ini setinggi 88 tingkat yang bermaksud 44 tingkat setiap satu menara. Ketinggian yang dicatatkan ialah 58.4 meter dan tingkat 41 dan 42 menghubungkan antara satu sama lain. Bangunan Menara Petronas ini menempatkan pelbagai tempat-tempat menarik di dalamnya. Selain panggung wayang, ada juga tempat-tempat membeli-belah, ruang pejabat, galeri seni, kedai buku dan medan makan. Anda boleh datang ke sini dengan LRT, bas atau apa jua pengangkutan kecuali kapal terbang dan kapal selam.

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - PetroSains

PetroSains ini sebenarnya berada di tingkat 4 Suria KLCC. Ia sebenarnya adalah sebuah muzium yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden. Para pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman sehingga menjangkau beribu-ribu tahun dahulu, berada di pelantar minyak, berada di angkasa, berada di udara, berada di lautan, berada di dalam tanah, menyertai pelbagai aktiviti yang mengundang hadiah serta dinosaur.

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - Muzium Negara
Muzium Negara ini terletak di Taman Tasik Perdana. Di sekitarnya terdapat banyak tempat memorial, antara yang popular ialah Tugu Negara.
Bayaran:
Parking kereta: RM2.00, Motosikal: RM1.00
Masuk: Warganegara (RM2.00), kanak-kanak bawah 12 tahun (percuma), OKU (RM1.00)
Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - Central Market atau Pasar Seni:
Seperti namanya, Pasar Seni menempatkan pelbagai jenis barangan seni di dalam bangunan ini. Sesuai untuk dibeli dan dijadikan cenderamata.

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - Planetarium Negara
Planetarium Negara ini berada di puncak Tasik Perdana. Seperti namanya, tempat ini adalah tempat untuk kita menimba ilmu pengetahuan berkenaan dengan angkasa lepas. Terdapat juga ruang galeri dan teater angkasa untuk pengalaman visual.
Tiket masuk:
Galeri: Dewasa (RM1.00), kanak-kanak di bawah 12 tahun (percuma)
Teater Angkasa: Dewasa (RM3.00), kanak-kanak bawah 12 tahun (RM2.00)
Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - National Science Centre ATAU Pusat Sains Negara
Lokasi Pusat Sains Negara adalah di Jalan Bukit Kiara. Tempat ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan para pengunjung untuk menghayati dan memupuk kesedaran mengenai pentingnya sains dan teknologi kepada manusia. Terdapat pelbagai jenis barang pameran dan juga akuarium.
   
Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - KL Bird Park ATAU Taman Burung
Tasik Perdana boleh dianggap sebagai pusat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.  Taman Burung Kuala Lumpur ini menempatkam pelbagai jenis burung. Anda juga boleh menemui beberapa spesis ikan termasuk ikan kap untuk diberi makan.
Tiket masuk (warganegara)
Dewasa (RM20)
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun (RM10)
Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - Buterfly Park ATAU Taman Rama-Rama
Di taman rama-rama ini, terdapat sekitar 6,000 ekor rama-rama dan ini bersamaan dengan 120 spesis rama-rama. Tempat ini juga terletak di Tasik Perdana.

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur - National Zoo ATAU Zoo Negara
Terdapat lebih 5,000 ekor haiwan di Zoo Negara ini. Luasnya adalah sekitar 110 ekar. Zoo Negara ini merupakan lokasi penggambaran filem Zoo yang dibintangi oleh pelawak Mazlan Pet-pet.
Kadar masuk biasa (warganegara):
Dewasa (RM20)
Kanak-kanak (RM6)
Warga Emas (RM6)
Lain-lain tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur boleh dirujuk menerusi senarai di bawah. Antara tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

Lain-Lain Tempat Menarik
Pusat Membeli Belah
1. Bank Negara Money Museum 1. Mega Mall Midvalley
2. Bird Park 2. Berjaya Times Square
3. Butterfly Park 3. Lot 10
4. Chinatown 4. Star Hill Gallery
5. Deer Park 5. Bukit Bintang Plaza
6. Dewan Bahasa dan Pustaka 6. Sungai Wang Plaza
7. General Post Office 7. Sogo
8. Islamic Arts Museum 8. Suria KLCC
9. Islamic Centre 9. Ampang Park
10. National Palace 10. Great Eastern Mall
11. Jamek Mosque 11. Jalan Tunku Abdul Rahman
12. Saidina Abu Bakar Mosque 12. Jalan Masjid India
13. Memorial Tuanku Abdul Rahman 13. Jalan Petaling
14. Memorial Tun Abdul Razak 14. Bangsar Shopping Centre
15. National Art Gallery 15. Batek Malaysia
16. National Library 16. Kompleks Kraf Kuala Lumpur
17. National Mosque 17. Central Market
18. National Museum 18. City Square Centre
19. National Theatre 19. Globe Silk Store
20. Numismatic Museum 20. Imbi Plaza
21. Orchid Garden 21. KL Plaza
22. Parliament House 22. Kota Raya
23. Petronas Art Gallery 23. Low Yat Plaza
24. Petronas Philharmonic Concert Hall 24. Pertama Complex
25. Putra World Trade Centre 25. The Mall
26. Sultan Abdul Samad Building 26. The Weld
27. Telekom Museum 27. Maju Junction Mall
28. Aquaria KLCC 28. Pavillion Kuala Lumpur
29. KL Convention Centre 29. The Curve
30. KL Sentral/ KL City Air Terminal 30. The Garden Mid Valley

Selasa, Julai 31, 2012

Gambar Pasar Malam Di Malaysia - Malaysia Famous Night Market Image

Pasar Malam merupakan salah satu tarikan yang menarik di Malaysia. Ini kerana di sini terhimpun pelbagai jenis makanan dan minuman yang menarik serta barang-barang keperluan yang boleh dikatakan agak murah. Di pasar malam biasanya terhimpun pelbagai jenis masakan tradisional dari pelbagai negeri. Ada pasar malam yang dibuka setiap malam, dan ada juga pasar malam yang hanya dibuka pada hari-hari tertentu. Ada juga pasar malam yang dibuka sehingga hampir ke pagi di mana adakalanya harga yang ditawarkan pada ketika itu lebih rendah daripada biasa. Suasana di pasar malam biasanya penuh dengan nostalgia. Barangkali kerana warna lampu dan haruman masakan yang tersebar.

 Gambar Pasar Malam Di Malaysia
Kredit: The Star

Gambar Pasar Malam Little India, Masjid India (PUTRA/LRT STATION)
Kredit: SkyAngel Travel

Gambar Pasar Malam Petaling Street
Kredit: AsiaWebDirect

Gambar Pasar Malam Di Malaysia
Kredit: SkyAngel Travel

Jumaat, Mei 20, 2011

Semarak Bangsawan Mestika Bumi

Semarak Bangsawan Mestika Bumi

From Friday, 20 May 2011
To Sunday, 22 May 2011

Rabu, September 10, 2008

Senarai Rumah Anak Yatim Kuala Lumpur

Senarai Rumah Anak Yatim Kuala Lumpur


RUMAH ANAK YATIM SHIFA,
No.5, Lorong Bunga China,
Taman P.Ramlee,
Setapak, 53000 Kuala Lumpur
Tel: 017-3387959
Fax: 03-40234818


http://teratakshifa.blogspot.com




Taman Pendidikan Anak-Anak Yatim Darul Kifayah

Kampug Baru, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
03-62570960


Rumah Ilham (Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail)
No. 2, Jalan 5/71B, Pinggir Taman Tun Dr Ismail,
Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 603-7725 8592
Faks: 603-7725 6652
ytmpttdi@tm.net.my


Rumah Anak-Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa’
No. 5, Lorong Bunga Cina,
Taman P. Ramlee, Setapak,
53000 Kuala Lumpur
Tel: 017-3387959
Fax: 03-40234818
Email: shifa_praktis@yahoo.com


Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah
Kampung Baru, Batu 5, Jalan Ipoh, 52000 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 6257 6864 / 6257 0960
Fax: 03 - 6258 1254
Person in Charge: En. Abdul Hakham b. Awang


Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Batu 4 Jalan Cheras, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Tel : 03-9131 8439
Fax: 03-9130 2739
Person in Charge: Puan Ziton Hj Uda


YAYASAN ANAK-ANAK YATIM PINGGIR TAMAN TUN DR. ISMAIL
No. 2, Jalan 5/71B, Taman Tun Dr. Ismail, Jalan Damansara,
60000 Kuala Lumpur
Tel : 03-7725 8592
Fax: 03-7725 6652
Person in Charge: -
Email : ytmpttdi@tm.net.my


ASRAMA DARUL FALAH (ASDAF)
Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur
Tel : 03-2831009
Fax: -
Person in Charge: Haji Shahidan Abdul

Program : Kesusasteraan / Pengajian Al-Quran, Tuisyen &
Motivasi

Tugas Sukarelawan : Pra sekolah, Matematik, B. Melayu, B.
Inggeris & Sains; Motivator
Masa : Boleh runding