Jumaat, April 08, 2016
Jumaat, Ogos 21, 2015
SURAT PEMBACA: Mengatasi Penyakit Rasa Dibenci Semua Orang
Ditulis oleh Amiene Rev pada Ogos 21, 2015
Label: Pos Masalah Anda, Surat Pembaca
Jumaat, April 03, 2015
SURAT PEMBACA: Kekalkan Persahabatan Ini?

Kali ini saya pilih satu lagi e-mel daripada pembaca Blog Duke Amiene Rev untuk ruangan Pos Masalah anda. Penghantar e-mel ini nampaknya risau akan hubungan persahabatannya disebabkan faktor yang tersebut di dalam tulisannya.
Masalah Anda: Perbezaan Cara Pemakaian Pengaruhi Persahabatan?
Assalamualaikum. Tahun lepas saya berkawan dengan salah seorang rakan sekelas saya. Kami pun jadi kawan baik. Tapi walaupun hubungan kami sangat baik, saya berasa janggal kerana perbezaan kami adalah saya bertudung labuh dan dia biasa-biasa. Masalahnya, kakak dia berpakaian ketat. Dan dia pasti pelik kerana orang yang bertudung labuh merupakan kawan baik adiknya. Sebab itu saya rasa janggal. Adakah persahabatan ini akan terus kekal?
Ditulis oleh Amiene Rev pada April 03, 2015
Label: Pos Masalah Anda, Surat Pembaca
Rabu, Mac 25, 2015
Surat Pembaca Amiene Rev - Keliru Dengan Pilihan
Ditulis oleh Amiene Rev pada Mac 25, 2015
Label: Pos Masalah Anda, Surat Pembaca
Khamis, Oktober 16, 2014
POS MASALAH ANDA REUPLOAD 2014 - Kerjasama Dengan Dragonizer
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 16, 2014
Label: Pos Masalah Anda
Isnin, Februari 27, 2012
Pelajar Sering Dibuli Di Sekolah Ingin Berhenti Sekolah - Surat Pembaca
Surat Pembaca - Berhenti Sekolah
Saya selalu dibuli di sekolah. Cikgu, emak, ayah semua tidak faham apa yang saya lalui. Sekarang hati saya rasa berat sangat hendak pergi ke sekolah. Saya tidak mahu pergi ke sekolah tetapi saya hendak ambil peperiksaan SPM secara persendirian tetapi emak saya kata tidak boleh sebab saya calon sekolah. Hati saya betul-betul tertutup untuk ke sekolah tetapi saya ingin menduduki SPM dengan cara belajar sendiri. Emak saya asyik suruh saya ke sekolah sebab dia tidak mahu saya dibuang sekolah kerana kerap ponteng. Saya hendak amnbil SPM tetapi saya tidak mahu pergi sekolah. Tolonglah saya.
Nurul
Maklum balas - Pelajar Kerap Dibuli Perlu Bimbingan Daripada Kaunselor
Tindakan Nurul untuk belajar di rumah adalah tidak digalakkan kecuali keluarga Nurul sanggup menghabiskan ribuan duit sebulan untuk mengupah guru-guru tuisyen peribadi untuk datang mengajar di rumah. Dalam kes ini, Nurul harus memikirkan beban kewangan yang bakal ditanggung oleh keluarga Nurul. Subjek-subjek peringkat SPM rata-rata memerlukan guru bagi membolehkan Nurul memahami konsep bagi satu-satu topik dan sub-topik yang dipelajari. Melainkan Nurul adalah seorang genius yang mendapat 100% bagi semua mata pelajaran di peringkat PMR, maka mungkin Nurul boleh mencuba risiko untuk belajar tanpa guru. Dalam Islam, seorang pelajar digalakkan menuntut ilmu secara berguru. Doa seorang guru ke atas anak muridnya mudah makbul.
Adakah Nurul sudah bertemu dengan kaunselor di sekolah? Saya mencadangkan agar Nurul merujuk kepada kaunselor sekolah Nurul untuk tindakan lanjut. Sebenarnya semua sekolah mempunyai cara untuk menangani masalah buli yang dihadapi oleh pelajar di sekolah. Jika Nurul ada masalah kehadiran, sudah pasti guru tingkatan Nurul akan memaklumkan kepada kaunselor sekolah agar sesi pertemuan kaunseling akan diatur untuk Nurul. Kebiasaannya kes buli sekolah pasti akan dapat diselesaikan selepas pelajar memaklumkan kepada pihak sekolah, oleh itu saya berpendapat kes buli bagi Nurul ini masih belum dilaporkan kepada kaunselor.
Terdapat pelbagai bentuk buli yang wujud di sekolah, iaitu sama ada secara verbal atau pun secara fizikal. Buli secara verbal membawa maksud buli yang dilakukan dengan mulut atau tulisan, manakala buli secara fizikal pula boleh mendatangkan kesakitan atau kecederaan fizikal. Pelajar yang membuli pelajar lain akan dikenakan hukuman yang berat. Saya menggesa Nurul agar segera memaklumkan kes buli ini kepada kaunselor sekolah untuk tindakan selanjutnya bagi memastikan pembelajaran Nurul tidak terganggu. Semoga Nurul akan berjaya mengatasi masalah bui di sekolah dan dapat belajar dengan aman selepas ini.
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Februari 27, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Pelajar SMK Teknik Ingin kembali ke Sekolah Harian - Surat Pembaca
Surat Pembaca - Pelajar SMK Teknik Ingin Kembali Ke Sekolah Harian Biasa
Selamat sejahtera. Saya telah memasuki ke sebuah Sekolah Menengah Teknik di Perak dan saya ingin berpatah balik ke Sekolah Harian kerana saya tidak dapat belajar dalam suasana yang tidak menyenangkan. Saya ada membawa ayah dan kami berbincang bersama-sama Pengetua. Malangnya, Pengetua menyuruh saya untuk menunggu sehingga bulan 4. Saya ingin tahu, adakah Kementerian Pelajaran Malaysia telah tetapkan bahawa adanya prosedur keluar pada bulan 4? Saya seperti ragu-ragu dengan tidakan pihak sekolah di situ. Dan saya ingin tahu, jika saya pergi ke JPN, adakah proses itu akan dipercepatkan?
Herry Ash
Maklum Balas Amiene Rev - Ramai Ingin Ke SMK Teknik
Salam sejahtera kembali. Saya agak terkejut apabila mendengar keputusan Herry Ash untuk kembali ke Sekolah Harian Biasa sedangkan ramai yang ingin masuk ke sekolah teknik kerana peluang untuk masuk ke universiti dalam bidang kejuruteraan atau teknologi yang cerah serta peluang pekerjaan yang cerah. Apa yang dimaklumkan oleh Pengetua sekolah Herry Ash itu adalah benar. Proses pertukaran itu biasanya akan memakan masa sekitar dua atau tiga bulan. Jadi anggaran masa menunggu yang dicadangkan oleh Pengetua Herry Ash itu adalah benar. Kemungkinan benar pada ketika ini, permohonan pertukaran Herry Ash sudah dibuat, apa yang perlu Herry Ash lakukan ialah sentiasa mengemaskini berita atau informasi berkenaan proses tersebut jika Herry Ash betul-betul bimbang tentang status permohonan pertukaran dari SMK Teknik ke SMK Harian biasa itu. Mengenai proses itu akan dipercepatkan atau pun tidak, itu bergantung kepada status di pihak di JPN. Setakat ini sahaja maklum balas yang dapat saya berikan, semoga Herry Ash berpuas hati.
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Februari 27, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Isnin, Februari 20, 2012
Rahsia Mencari Kebahagiaan Hakiki Dunia dan Akhirat - Surat Pembaca
Surat Pembaca - Mencari Kebahagian Hakiki
Salam. Menceritakan masalah kepada sahabat takut dibocorkan segala rahsia. Berkongsi masalah dengan keluarga seolah-olah menjatuhkan maruah diri. Lalu masalah sudah tidak menjadi masalah lagi. Ianya kini sudah sebati dalam diri. Membuang masalah mungkin mudah namun hakikatnya masalah tidak selesai dan menjadi karat yang sukar dibersihkan. Akhirnya jadilah saya seorang pengenang masalah yang entah bila akan berakhir. Adakah saya kini menjadi perajuk panjang?
Tuan, berkongsi kehidupan dengan insan bernama lelaki bukan mudah yang disangka apa lagi dengan situasi hidup yang berbeza. Awal perkahwinan lagi segala kelemahan mula terpancar. Lalu saya cuba menjadi manusia yang cuba memahami maksud sebuah perkahwinan, memahami karenah pasangan dan amat bersedia menjadi isteri dan teman kepada suami. Semua kehidupan zaman bujang telah saya ubah agar pasangan juga menghargai apa yang telah saya lakukan.
Namun, tidak seindah harapan, dari mula diijabkabul sepuluh tahun lalu hingga kini, semuanya saya lakukan sendiri. Termasuk mencari duit untuk hidup kerana sehingga kini suami tidak mampu untuk memberi nafkah kepada saya dan anak-anak. Namun saya tetap memberi nafkah batin yang tiada tolok bandingnya. Adakah saya perlu meneruskan hidup begini?
Namun suami bukanlah seorang kaki pukul dan kaki perempuan, cuma sikap suka merajuk dan menyangka buruk setiap pergerakan saya membuatkan saya marah kepada suami. Oleh kerana saya kuat berpegang kepada ajaran Islam berbanding suami yang hanya tahu dia seorang Islam sahaja maka setiap tuduhan akan saya jawab kerana tidak mahu ianya menjadi fitnah. Namun apabila keadaan berlarutan, maka pintu, kipas, pinggan, makanan dan gelas menjadi mangsa. Oleh kerana saya bukan kaki gaduh selepas itu rumah kami menjadi muzium, dan suami akan mengunci bilik berhari-hari, tanpa peduli walaupun mertuanya datang.
Saya amat maklum, suami anak tunggal. Komunikasi menjadi terhad berbanding saya yang ramah tamah. Apa yang terjadi dalam komunikasi kami? Semuanya bahasa badan menjadi petanda, atau adakalanya geleng dan angguk atau ya atau tidak. Bayangkan bagaimana saya hidup, menjadi orang asing di matanya. Cuma sementara bahagia bila diranjang.
Tuan, kini hampir 3 tahun kami tidak tinggal sebumbung kerana tugas dan tanggungjawab kepada ibunya. Saya akui kini saya tidak perlu memikirkan tentang suami dan nafkah hidup saya dan anak-anak saya cari sendiri. Sekali-sekala saya akan bawa anak-anak berjumpa bapanya dan kami juga akan melepaskan rindu. Suami pula asyik mengirimkan SMS. Ramai menyangka saya ibu tunggal.
Jauh di sudut hati saya, saya sepatutnya berada di sisi suami. Namun setiap pagi selesai urusan anak-anak semua kenangan buruk bersama suami akan menjelma dalam fikiran saya dan tiba-tiba sahaja semua rasa rindu kepada suami hilang, timbul benci dan dendam yang tidak berkesudahan.
Apa sebenarnya yang saya cari dalam kehidupan saya?
Ning
Maklum Balas Amiene Rev: Ujian Demi Kebahagiaan Di Akhirat.
Salam kembali. Menerusi cerita Puan di atas, dapat saya rasai apa yang Puan alami. Apabila pasangan hidup pun tidak dapat sehaluan, maka apa lagi yang boleh dikatakan selain derita? Ini adalah ujian Tuhan untuk, Puan. Tuhan telah mengetahui bahawa Puan berupaya untuk melalui kehidupan ini. Pada akhirnya nanti akan ada kegembiraan untuk Puan.
Tajuk e-mel Puan ialah "Mencari Kebahagiaan Hakiki" jelas menunjukkan apa yang Puan inginkan dalam kehidupan Puan kini adalah kebahagiaan hidup. Di bawah ini ingin saya kongsikan bahan yang saya dapat lama dulu, tetapi masih tidak diketahui sumber asal yang sebenarnya.
Bahagia adalah rasa redha yang mendalam dan sikap qana'ah. Ia bukan barang dagangan yang boleh dibeli di pasar oleh orang sekaya apa pun, tetapi merupakan dagangan Allah SWT. yang dikurniakan kepada jiwa-jiwa yang terpilih.
Kebahagiaan itu kelapangan jiwa, bahagia itu tatkala anda mampu membuat senang hati orang lain, mengukir senyuman di wajah, dan anda merasa lega tatkala dapat berbuat baik kepada sesama, merasa nikmat ketika anda bersikap baik kepada mereka.
Kebahagiaan adalah membuang jauh segala fikiran negatif dan mengisinya dengan fikiran yang positif. Ia merupakan sebuah kekuatan yang mampu menghadapi berbagai tekanan dan sekaligus mencari jalan penyelesaian bukan berdasarkan emosi. Kebahagian itu ada pada ilmu yang bermanfaat dan amal yang salih, ada dalam meninggalkan kebencian, kedengkian dan sikap tamak terhadap kepemilikan orang lain.
Bahagia itu terdapat dalam zikir kepada Allah S.W.T., syukur kepada-Nya dan memperbagus ibadah kepada-Nya. Dan kebahagiaan hakiki adalah meraih surga dan terbebas dari api neraka.
Ungkapan tentang Kebahagiaan:
- Orang yang berbahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari orang lain dan orang yang celaka adalah orang yang dijadikan pelajaran oleh orang lain.
- Bahagia adalah jika anda senang untuk berbuat kebaikan, bukan dengan berbuat apa saja yang anda senang.
- Orang bahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari masa lalu dan berhati-hati terhadap dirinya. Orang celaka adalah orang yang mengumpulkan harta untuk orang lain dan bakhil untuk memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri.
- Orang bahagia iaitu yang mahu mengambil faedah dari pengalaman masa lalu, bersemangat pada hari ini dan optimis menyambut masa depan.
- Kebahagiaan itu diraih dengan menjaga lisan.
- Seseorang tidak akan meraih kebahagiaan kecuali jika dia hidup merdeka, terbebas dari cengkaman syahwatnya serta mampu menahan hawa nafsunya.
- Kesungguhan anda dalam mencintai ketaatan, hati yang selalu anda hadapkan ke hadirat Allah swt., dan kehadiran hati ketika sedang beribadah merupakan indikasi cepatnya kebahagiaan.
- Kebahagiaan itu tidak mampu dibeli dengan harta tetapi ia sering dijual.
Tanda-tanda Kebahagiaan
- Jika mendapatkan nikmat, dia bersyukur.
- Jika mendapatkan ujian, dia bersabar.
- Jika berbuat dosa, dia beristighfar.
Langkah Menggapai Bahagia
Di antara langkah-langkah yang yang akan membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan adalah sebagai berikut:
1. Beriman Kepada Allah swt.
Tidak ada kebahagiaan tanpa iman kepada Allah swt., bahkan kebahagiaan itu akan bertambah seiring dengan bertambahnya iman seseorang kepada Allah swt. dan akan melemah bersamaan dengan lemahnya iman kepada-Nya. Apabila iman semakin kuat, maka makin besar pula kabahagiaan. Sebaliknya jika ia melemah, maka kegoncangan dan fikiran negatif akan bertambah yang dapat membawa kepada pahitnya kehidupan dan kebinasaan.
2. Beriman kepada Kekuasaan Allah swt.
Orang yang beriman bahawa Allah swt. itu Maha Kuasa tanpa batas, maka dia tidak akan dirundung duka, tidak dibuat sedih oleh berbagai masalah kerana dia mempunyai tempat bersandar yang kuat, ketika sedang ditimpa suatu ujian dan kesulitan.
3. Beriman dengan Ketetapan Allah swt.
Iman dengan qadha' dan qadar akan menyuburkan sikap redha dalam hati, kelapangan jiwa dan ketenangan. Oleh karena itu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, sesungguhnya seluruh urusannya adalah baik. Jika ditimpa kelapangan, maka dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Dan jika ditimpa kesempitan, maka dia bersabar dan itu pun baik baginya." (HR Muslim)
4. Berteladan kepada Orang yang Berjaya
Yang dimaksudkan di sini adalah orang yang telah memberikan sumbangan yang besar dan luar biasa bagi umat manusia dan dia adalah orang yang beriman kepada Allah swt. Yang pertama dan utama adalah ikutan kita Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Dengan mengikuti jalannya, maka seseorang akan bahagia dan dengan meninggalkan petunjuk dan sunnahnya, maka seseorang akan celaka.
5. Mengenali Kehidupan
6. Mengubah Kebiasaan Negatif Menjadi Positif
Doktor Ahmad Al-Bara' Al-Amiri mengatakan bahawa memulai kebiasaan baru yang bersifat aqliyah (yang mampu difikirkan) itu tidak sukar, diperlukan kira-kira 21 hari. Dalam hari-hari tersebut kita berfikir, berbincang-bincang, lalu mengusahakan segala yang boleh mendukung untuk terwujudnya kebiasaan baru itu, dan terakhir kita menggambarkan dengan jelas dan sempurna bahawa diri kita telah menjadi yang kita inginkan.
Jika kita telah berfikir bahawa kita telah menjadi yang baru sebagaimana kita kehendaki, maka gambaran ini secara bertahap akan menjadi sebuah realiti. Hal ini seperti diungkapkan bahawa "al hilm bittahallum wal ilm bitta'allum" sikap lembut dicapai dengan selalu berusaha lembut dan ilmu itu diraih dengan belajar. (Durus nafsiyah linnajah wattafawwuq).
7. Tujuan Yang Mulia
Banyak orang yang celaka kerana dia tidak memiliki sasaran dan tujuan yang dia usahakan agar memperoleh apa yang diinginkan. Atau dia punya tujuan tetapi bukan sesuatu yang mulia dan tinggi sehingga dia tidak merasa bahagia tatkala berusaha menggapainya. Sedangkan tujuan yang mulia, maka akan menjadikan seseorang merasa bahagia ketika sedang berusaha untuk mencapainya.
8. Ringankan Derita
9. Hal Remeh Jangan Dibuat Resah
10. Kebahagiaan Ada Pada Diri Anda
Ditulis oleh Amiene Rev pada Februari 20, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Selasa, Januari 24, 2012
Surat Pembaca - Menghilangkan Rasa Penat Belajar
Surat Pembaca: Masalah Tentang Pelajaran
Hai. Saya ingin menceritakan masalah saya tentang pelajaran. Saya pelajar yang akan mengambil PMR pada tahun ini, jadi saya selalu sampai di rumah pada pukul 4-5 petang sehingga tidak dapat mengikuti jadual yang disediakan untuk belajar kerana terlalu letih. Saya balik dari sekolah pada pukul 5.00 petang kerana ada kelas tambahan. Apakah cara untuk saya belajar pada masa kini? Adakah saya masih mengikuti jadual yang disediakan?
Winnie Girl
Jawapan Amiene Rev: Susun Semula Jadual Ikut Kemampuan Diri
Pertama, tahniah saya ucapkan kepada Winnie kerana memiliki semangat untuk belajar dan membuat jadual waktu belajar sendiri biarpun penat dengan tugas. Ini menunjukkan bahawa Winnie seorang anak yang tahu menghargai pengorbanan ibu bapa dan guru, serta mempunyai kesungguhan untuk masa depan yang cerah.
Waktu selepas pukul 5.00 petang adalah waktu beriadah, bersukan atau waktu untuk menenangkan fikiran. Belajar dalam keadaan penat tidak akan memberi kesan yang baik. Gunakan waktu sekitar pukul 5.00-6.30 petang ini untuk merehatkan minda. Teh hijau dapat membantu melegakan tekanan belajar dan kepenatan. Pastikan Winnie tidur lebih awal iaitu sebelum pukul 11.00 malam. Jadual waktu Winnie masih boleh diubah. Pastikan ada waktu rehat yang cukup. Pengambilan Vitamin B Kompleks juga membantu, namun ini memerlukan preskripsi dan panduan daripada pakar perubatan. Kurma, madu dan kismis adalah pilihan terbaik.
Sekiranya Winnie masih kepenatan. Mungkin ada baiknya Winnie tidur sekejap sekitar pukul 8.00 dan bangun semula pada pukul 8.30 untuk mengulangkaji pelajaran. Masa belajar boleh dilanjutkan selama dua setengah. Pastikan pada waktu tidur, Winnie tidur secukupnya. Minumlah air untuk melancarkan perjalanan darah bagi membawa masuk lebih banyak oksigen ke dalam darah. Dengan ini badan akan terasa lebih segar.
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Januari 24, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Selasa, Januari 10, 2012
Surat Pembaca - Menghilangkan Rasa Cemburu
Surat Pembaca: Cemburu Kuasai Hidupku
Aku punyai teman lelaki yang baik. Beza umurnya denganku 5 tahun. Aku 19 tahun dan dia 24 tahun. Kami bercinta sudah hampir 4 tahun. Banyak ranjau duri kami redahi ditambah pula aku menetap di KL dan dia di Perak. Alhamdulilah syukur aku dapat melanjutkan pelajaran di Perak dan kami kerap berjumpa. Tetapi sejak motornya rosak menyebabkan kami sudah jarang berjumpa. Malah masanya banyak dihabiskan bersama rakan-rakannya. Aku sedih dan terkilan kenapa tak ada inisatif lainkah nak datang jumpa aku walau sekejap. Hari tu aku ada terjumpa mesej teman wanita rakannya yang sedang bermasalah dengan teman lelakinya. Bermain message pula dengan adik perempuan tu. Aku naik angin akibat cemburu banyak kali dia terangkan yang dia memang tak ada apa dengan mana-mana perempuan tetapi aku cukup sakit hati. Hari tu aku jumpa myspace dia. Dia tidak beritahu aku langsung mengenai itu. Aku naik angin sebab dia punyai kawan-kawan perempuan yang ramai di situ. Katanya bukan dia yang online. Aku sedih. Aku memang kuat cemburu. Aku bukannya apa. Myspace tu banyak buruknya dari baik. Aku marah sebab ada comment dari girlfriend kawannya di situ. Aku tetap teringat dan kurang kepercayaan kepadanya. Aku tahu dia bukanlah jenis lelaki yang layan perempuan. Tapi aku tak boleh terima kalau ada perempuan yang cuba dekati dia. Aku dah cukup banyak berkorban untuk dia. Aku takut kehilangan dia dan aku paling tak suka hatiku dilukai. Tolonglah macam mana aku nak tepis perasaan ini. Kadangkala ia menganggu kehidupan aku seharian.
Camelia
Jawapan Amiene Rev: Bercinta Kerana Takutkan Allah
Daripada gaya penulisan Camelia, memang ternyata Camelia telah dikuasai perasaan geram dan cemburu. Tahniah buat Camelia kerana mempunyai keazaman untuk menghilangkan perasaan cemburu. Kekuasaan Allah dalam menentukan jodoh memang sukar, bagi kita sebagai hambanya untuk membuat jangkaan.
Camelia, siapakah diri kita di dunia ini? Kita adalah hamba Allah. Adakalanya bukan kita yang mampu membuat keputusan. Soal mati, soal jodoh, semua ini penuh dengan misteri dan hikmah. Cemburu yang keterlaluan boleh berlaku apabila kita gagal menghalang bisikan syaitan. Syaitan yang menghasut kita supaya cemburu, supaya kita lalai dan leka kerana setiap hari rungsing dan memikirkan sesuatu yang kadangkala bukan di bawah kekuasaan kita - jodoh.
Dalam memilih jodoh, pilihlah pasangan hidup yang dapat memberi kita kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jika Camelia rasa tidak bahagia bersama dia, cari saja lelaki lain yang lebih beriman, menjaga batas pergaulan dan mempunyai matlamat hidup serta bertanggungjawab.
Cinta harus hadir kerana takutkan Allah, kerana mencari keredhaan Allah. Perasaan itu sesuatu yang istimewa bagi manusia, tetapi jika kita dikuasai oleh perasaan, hidup kita boleh musnah. Adakah cemburu Camelia ini kerana hendakkan keredhaan Allah, atau kerana manusia?
Camelia mungkin sukakan lelaki yang tidak memandang kepada wanita lain, dan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Lelaki muslim sejati seperti ini boleh ditemui di masjid-masjid, surau-surau atau di majlis-majlis keagamaan. Mungkin lelaki jenis ini yang lebih sesuai untuk Camelia.
Perasaan cemburu boleh ditepis. Tetapkan niat apa sahaja tindakan kita kerana mencari keredhaan Allah. Suatu ketika nanti, Allah akan membantu kita, mungkin menunjukkan jalan hidup yang lebih baik daripada apa yang kita sedang lalui sekarang ini. Niatkan perhubungan ini kerana Allah, maka Allah pasti akan tunjukkan jalan yang lebih membahagiakan.
Semoga Camalia akan berbahagia hendaknya, selepas ini.
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Januari 10, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Isnin, Januari 09, 2012
Surat Pembaca - Ingin Melupakan Orang Yang Tidak Mahu Dicintai
Surat Pembaca: Selalu Mengingati Kawan Abang
Masalah saya ialah saya selalu saja teringat kepada salah seorang kawan baik abang saya. Dia tu jiran saya dan setahu sayalah dia rapat dengan kawan baik saya. Saya dah tak tahu hennak buat apa. Lepas saja berdoa saya mesti ingat lagi dia dan ternampak nama dia di mana-mana. Saya tak mahu dia walaupun kami dah kenal sejak dari kecil lagi. Tolonglah bagi tips bagaimana hendak lupakan dia. Sudah Buat istikharah tetapi masih nama dia diingati. Saya tak nak jadi penghalang antara dia dengan kawan baik saya sendiri. Tolonglah, bantu saya.
Atie
Jawapan Amiene Rev: Bacalah Al-Quran
Melupakan orang bukan perkara yang susah sebenarnya. Ia bergantung kepada diri kita sendiri. Pertama, saudari harus berfikiran rasional. Si dia sudah berpunya, dan saudari tidak mahu menjadi penghalang. Jadi biarkan sahaja. Usah difikir lagi. Masalah utama saudari ialah fokus. Saudari tidak dapat fokus pada matlamat saudari. Dalam Islam, kita diajar supaya mengawal emosi, dan jangan mengikut perasaan. Bisikan syaitan begitu kuat, sehingga mengaburi hati saudari.
Jalan terbaik ialah dekatkan diri kepada Allah. Bacaan Al-Quran mampu melunturkan bisikan syaitan. Jika saudari amalkan setiap hari, saudari pasti akan kembali tenang. Cinta bukan kerana nafsu, tetapi kerana mencari keredhaan Allah. Cinta kerana nafsu mengundang kemurkaan Allah, hati saudari tidak akan tenang, kerana hidup tidak diberkati. Bercintalah kerana Allah, dan tinggalkanlah si dia kerana Allah. Itulah panduan yang dapat saya berikan untuk saudari. Semoga berjaya dan semoga berbahagia.
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Januari 09, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Ahad, Januari 08, 2012
Surat Pembaca - Terlanjur Cinta Kepada Si Dia
Surat Pembaca: Sudah Berpunya Tetapi Terjatuh Cinta Kepada Teman Baik
Di sini saya ingin meluahkan isi hati saya yang sekian lama telah saya pendam. Saya ada seorang teman. Dia sangat baik kepada saya. Dia selalu hiburkan saya ketika saya sedang berduka. Tiba-tiba suatu hari, hati saya lain semacam kepada dia dan saya pun rasa dia merasakan apa yang saya rasakan. Lalu pada malam itu, dia telah menelefon saya dan dia berkata, dia ingin memberitahu saya sesuatu. Dia telah meluahkan perasaannya terhadap saya bahawa dia "mencintai" saya. Saya tersentak. Saya tidak tahu mahu berkata apa kepadanya. Perasaan saya sama juga sepertinya tetapi apakan daya, saya telah berpunya. Apakah saya perlu buat?
Haira
Jawapan Amiene Rev: Di manakah Allah?
Kebanyakan orang mengalami perasaan yang bergolak apabila dilamun cinta kerana kegagalan memahami tujuan cinta. Emosi boleh dikawal, manusia yang lemah kawalan emosinya mudah terjerumus ke dalam pergolakan cinta. Mereka mudah dipermainkan perasaan cinta dan juga nafsu cinta. Dalam Islam, kita telah pun diajar agar menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, bagi mengelakkan berlakunya gejala sosial dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Jika sudah terjebak ke dalam permainan cinta tiga segi seperti ini, eloklah Haira memohon kepada Allah agar memberi panduan yang terbaik untuk Haira. Untuk soalan atau kes seperti Haira ini, selalu saya jawab, buatlah solat istikharah.
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Januari 08, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Sabtu, Januari 07, 2012
Surat Pembaca - Pelajar PMR Mahu Semangat Belajar
Surat Pembaca: MASALAH TENTANG PELAJARAN
Umur baru 15 tahun. Tahun ni saya ambil peperiksaan PMR. Macam mana saya hendak tumpukan perhatian dalam kelas. Saya menjadi seperti tidak boleh belajar. Keluarga saya tidak pernah memberi sokongan kepada saya.
DILA
Jawapan Amiene Rev: KAUNSELOR SEKOLAH, SAHABAT BAIK ANDA
E-mel Dila ternyata sangat pendek, dan sukar untuk ditafsir masalah sokongan keluarga yang bagaimana sedang Dila hadapi. Apa pun saya berharap saudara Dila dapat berjumpa dengan kaunselor di sekolah Dila. Kaunselor sekolah Dila adalah sahabat baik di sekolah yang dapat membantu Dila untuk mencari hala tuju dan tujuan belajar.
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Januari 07, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Surat Pembaca - Pelajar STPM Mahu Berhenti Sekolah
Surat Pembaca: Pelajar Pra-U Mahu Berhenti Sekolah Kerana Kehilangan Kawan
Saya seorang pelajar pra-u. Tahun ni saya akan mengambil peperiksaan STPM tetapi saya rasa sangat bimbang dan takut untuk hadir. Lebih-lebih lagi saya sangat tertekan dengan keluarga saya. Selain itu, saya juga kehilangn seorang rakan seperjuangan. Dia sudah berhenti dari sekolah. Saya merasakan saya hendak berhenti sahaja dari belajar. Saya tidak ada kawan di sekolah untuk meluahakan perasan saya ini.
Nurul Yahya
Jawapan Amiene Rev: Betulkan Niat Belajar, Belajar Kerana Allah, Bukan Kerana Manusia
Terima kasih kepada saudari Nurul kerana sudi berkongsi kisah sedih saudari di sini. Pertama, saya bersimpati dengan saudari kerana hidup dalam kesunyian, tanpa kawan dan sokongan keluarga dalam masa saudari perlu belajar di Tingkatan 6. Jika saudari tidak ada kawan untuk berkongsi masalah atau meluahkan perasaan saudari, saudari boleh pergi bertemu dengan kaunselor di sekolah saudari. Kaunselor sedia membantu saudari untuk membina kembali semangat yang hilang.
Kedua, betulkan niat belajar saudari. Alangkah bagusnya jika kita dapat belajar untuk berjaya dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran, mempelajari ilmu yang lebih tinggi, menguasai kemahiran yang dapat membantu menyenangkan diri dan keluarga? Jika kita belajar dengan niat untuk mencari keredhaan Allah, sebagai satu ibadat, maka semangat belajar itu akan sentiasa ada. Saudari cubalah sendiri.
Saya doakan agar saudari berjaya dalam hidup, dan diiringi kebahagiaan sentiasa.
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Januari 07, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Jumaat, Januari 06, 2012
Surat Pembaca - Pelajar Lemah Dalam Semua Subjek
Surat Pembaca: Lemah Dalam Semua Subjek
Saya Effa di sini. Apa khabar? Ini tahun saya akan menduduki SPM, tetapi semua mata pelajaran saya amat lemah. Apa yang patut saya buat sekarang. Help me! Terima kasih.
Effa
Jawapan Amiene Rev
Khabar baik, Effa. Pertama, biasakan diri untuk menulis menggunakan struktur ejaan Bahasa Melayu dengan betul. Jangan guna bahasa rojak atau bahasa SMS dalam penulisan. Contohnya, ayat "semua mata pelajaran saya amat lemah". Ini struktur ayat yang salah. Mata pelajaran tidak pernah lemah, sebaliknya Effa sendiri yang lemah dalam semua mata pelajaran. Saya dapati banyak ejaan SMS yang telah Effa gunakan dalam surat Effa dan perkara ini harus diperbetulkan. Saya telah mengubah beberapa ejaan SMS kepada ejaan yang sepatutnya.
Kedua, menghormati guru. Di dalam kelas, pastikan Effa fokus terhadap apa yang guru ajar. Jangan berbual, atau buat kerja yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Jangan terlalu banyak berfikir. Penerangan guru di dalam kelas biasanya bersifat mengajar, dan arahan yang diberikan guru di dalam kelas biasanya tersusun. Pastikan Effa siapkan kerja rumah yang diberikan.
Ketiga, mengulangkaji pelajaran di rumah. Pelajar lemah kurang mengulangkaji pelajaran. Ada pembaca yang pernah mendakwa mereka selalu membuat banyak latihan di rumah untuk satu-satu subjek tetapi masih gagal menguasai subjek tersebut. Apabila ditanya berapa bilangan soalan yang dibuat satu hari, dia jawab 10 soalan sehari. Cara yang baik ialah fokus kepada satu-satu topik di dalam subjek, dan bukan subjek. Ini kerana setiap bab mempunyai beberapa konsep atau topik yang perlu difahami secara khusus. Jadual pembelajaran itu penting.
Keempat, rajin mencari maklumat untuk menambahkan pengetahuan. Biasanya, kita akan lebih ingat apa yang kita cari berbanding apa yang disuapkan (tanpa berdikari).
Kelima, jagalah pemakanan. Pastikan saudari memakan makanan yang boleh membantu perkembangan otak seperti kismis dan madu. Elakkan memakan makanan yang mengandungi banyak pengawet, terlalu masam, organ dalaman haiwan dan sebagainya.
Keenam, jika saudari rasa perlukan kelas tambahan atau tuisyen. Maka itu lebih baik. Masa yang ada di dalam kelas untuk satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran biasanya tidak mencukupi untuk guru memberi tumpuan dan bimbingan penuh kepada semua pelajar, khususnya untuk kelas yang ramai pelajar. Oleh itu, pelajar boleh mendapatkan khidmat tuisyen untuk meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan dalam satu-satu subjek.
Selamat berusaha!
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Januari 06, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Selasa, Januari 03, 2012
Surat Pembaca - Aliran Tingkatan 4 Apa Yang Sesuai?
Surat Pembaca: Cara Ingin Tahu Aliran Tingkatan 4 Yang Sesuai Dengan Keputusan PMR
Keputusan saya
B.Melayu = B
B.Inggeris = B
Mathematics = C
Sains = D
Sejarah = D
Geografi = D
KHB = A
Agama Islam = B
Apa aliran yang patut saya ambil?
Hajar
Jawapan Amiene Rev: Rujuk Kaunselor Sekolah
Pada kebiasaannya, setiap tahun, selepas PMR, apabila pelajar-pelajar lepasan PMR berangkat ke Tingkatan 4, mereka akan melalui proses streaming atau penetapan aliran pakej mata pelajaran. Hajar tidak perlu bimbang kerana semua ini akan diuruskan oleh pihak kaunselor sekolah. Kanselor sekolah akan meletakkan Hajar ke aliran yang sesuai dengan kebolehan dan kecenderungan Hajar. Sekiranya Hajar ingin mengambil satu-satu subjek yang tidak ditawarkan, Hajar boleh berbincang dengan kaunselor sekolah. Proses pertukaran kelas boleh berlaku. Namun ada juga sesetengah pelajar yang tidak mahu bertukar kelas, jadi mereka belajar subjek tersebut menerusi kelas tuisyen, dan masih dapat mendaftarkan subjek itu untuk diambil semasa peperiksaan SPM.
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Januari 03, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Ahad, Januari 01, 2012
Surat Pembaca - Terjatuh Cinta Kepada Kekasih Orang
Surat Pembaca - TIMBUL RASA CINTA TERHADAP SESEORANG YANG SUDAH BERPUNYA
Setelah saya mengenalinya timbul rasa sayang terhadapnya walaupun saya tahu dia sudah berpunya. Tapi saya tak sampai hati menyuruh dia memutuskan hubungan dengan kekasih dia sebab saya akan meruntuhkan hubungan yang mereka bina selama beberapa bulan ini. Masalahnya sekarang pada masa yang sama dia juga amat menyayangi saya. Dia tak mahu melepaskan atau berjauhan dengan saya. Perasaan saya terhadap dia kuat sangat sampai selalu terbayang-bayang wajahnya. Dia pernah menceritakan hal peribadi dia yang dia tidak selalu tidak sefahaman dengan kekasih dia. Bagaimana cara terbaik untuk saya lakukan? Adakah saya menerimanya atau ada jalan lain lagi?
Iwan
Jawapan Amiene Rev - Buat Solat Istikharah
Saudara Iwan. Saya bersangka baik dengan saudara, dengan beranggapapan bahawa saudara dan si dia sudah lama berkenalan, mungkin sejak dari usia kecil lagi sebelum si dia bertemu dengan kekasihnya. Kisah cinta tiga segi saudara ini memang banyak dikisahkan di dalam novel dan filem. Saya mohon maaf kerana saya tidak dapat melibatkan diri dan memberi apa-apa komen terhadap kisah saudara dan si dia. Lain ceritanya sekiranya ketiga-tiga pihak datang bertemu saya untuk meminta pendapat. Di sini saya cuma dapat mencadangkan cara terbaik. Saya harap saudara Iwan akan melakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk. Inilah cara terbaik dan tidak ada lagi cara yang lebih baik selain ini. Jika ada jodoh, maka jadilah.
Yang benar,
AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Januari 01, 2012
Label: Pos Masalah Anda
Jumaat, Disember 30, 2011
Surat Pembaca - Terperangkap Dalam Cinta Nafsu Kronik
Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Nama yang disiarkan juga adalah nama samaran, berdasarkan kehendak pengirim surat.Ditulis oleh Amiene Rev pada Disember 30, 2011
Label: Pos Masalah Anda
Khamis, Disember 29, 2011
Surat Pembaca - Atasi Lurus Bendul
Surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu dari struktur ejaannya kerana pihak Duke Amiene Rev tidak suka menyiarkan ejaan-ejaan SMS. Sekiranya pembaca mahu maklum balas yang cepat daripada pihak Duke Amiene Rev, pastikan anda menulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul.Surat Pembaca: Bakal Pendidik Selalu Dipermain-mainkan Orang.
Saya merupakan bakal pendidik. Masalah saya, saya senang digula-gulakan oleh orang lain. Bagi saya menipu adalah tindakan yang salah. Oleh itu, saya terlalu bersikap jujur dan menganggap orang di sekeliling saya juga jujur seperti saya. Baru-baru ini saya didatangi oleh kanak-kanak yang beraya di rumah. Kanak-kanak tersebut bijak dan petah berbicara. Malangnya, mereka telah mempermainkan saya dengan menipu identiti mereka. Tapi akhirnya rakannya yang lain memberitahu saya yang rakannya itu hanya mereka-reka cerita kepada saya. Saya sangat sedih apabila menyedari saya telah tertipu. Mungkin disebabkan saya ni lurus bendul. Bukan sekali dua saya terkena, bahkan banyak kali. Saya sebelum ini adalah seorang yang periang tetapi disebabkan kejadian tersebut, saya sering murung. Disebabkan itu, saya terlalu rendah diri dengan kawan-kawan yang lain. Untuk pengetahuan tuan,saya merupakan anak bongsu dan manja.
Nadiyah
Jawapan Amiene Rev: Usah Ambil Berat Perkara Yang Kurang Penting.
Salam, Nadiyah. Saya dapati yang mempermain-mainkan saudari cumalah sekumpulan kanak-kanak yang masih belum matang dan belum bijak berfikir. Dalam menilai benar atau palsu bagi satu-satu maklumat, kita tidak boleh bulat-bulat menerima dan menilai berdasarkan pendapat satu pihak sahaja. Saudari perlu membiasakan diri untuk menyiasat kebenaran sesuatu fakta. Untuk mengatasi sikap lurus bendul, saya cadangkan agar saudari berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak mempercayai apa-apa yang orang kata. Berfikir sebelum berbuat, adalah jalan terbaik untuk mengatasi lurus bendul. Lurus bendul biasanya berlaku kerana didalangi tabiat malas berfikir. Galakkan diri berfikir sebelum bertindak, pasti saudari tidak akan lagi dipermain-mainkan orang. Semoga panduan yang saya berikan ini dapat membantu saudari dalam kehidupan saudari.
Yang benar,
AMIENE REV
ANDA ADA MASALAH? Duke Amiene Rev: Pos Masalah Anda - Borang
Ditulis oleh Amiene Rev pada Disember 29, 2011
Label: Pos Masalah Anda
Rabu, Disember 28, 2011
Surat Pembaca - Keliru Dengan Hubungan Cinta
Surat Pembaca: Keliru Dengan Sikap Kekasih
Salam, Amiene Rev.
Saya seorang pelajar dan sedang menuntut di sebuah institut. Saya sudah berusia 20 tahun dan beberapa tahun lagi akan menamatkan pengajian. Saya sangat cemburu dengan kawan-kawan yang telah berpunya sedangkan saya belum. Saya menyedari bahawa saya bukanlah seorang yang sangat cantik. Sebelum ini, saya pernah berkenalan dengan seorang lelaki selama beberapa bulan namun dia menghilang tanpa saya tahu apa sebabnya dan ini sedikit sebanyak telah membuat saya tertekan.
Selepas hampir 6 bulan, saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang lain dan dia dengan yakin telah meluahkan isi hatinya kepada saya. Saya selesa dengannya tidak seperti lelaki yang lain. Namun, saya dapat merasai kekurangan dalam perhubungan ini kerana dia sudah jarang berkomunikasi dengan saya. Saya cuba untuk memberi dia ruang kerana bimbang akan mengganggu sebarang aktiviti hariannya disebabkan dia seorang penuntut di luar negara, jadi waktu cuti adalah waktu untuk bersama keluarga. Apa yang mengelirukan saya ialah dia mengatakan saya terlalu baik untuk dia menyebabkan dia sukar untuk menghubungi saya.
Saya keliru dengan sikapnya walaupun saya sudah cuba untuk memahami dirinya. Melihat teman-teman yang gembira membuatkan saya cemburu dan berharap saya juga akan punya saat sebegitu. Saya harap Amiene Rev dapat membantu saya sedikit sebanyak.
Anaraz
Jawapan Amiene Rev: Usah Ditunggu Kepada Yang Tidak Sudi
Salam kembali, Anaraz.
Berdasarkan keterangan saudari Anaraz, saya kurang pasti sama ada hubungan saudari dengan lelaki tersebut berada pada tahap serius atau belum. Berdasarkan komen lelaki tersebut, saya berpendapat bahawa dia tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta yang serius dengan saudari. Oleh itu, dalam keadaan ini, adalah menjadi perkara biasa sekiranya hubungan seperti ini tidak berkekalan, melainkan jika sudah jodoh.
Apakah yang dimaksudkan dengan meluahkan isi hatinya di sini? Adakah dia ada menyatakan bahawa dia benar-benar mencintai saudari? Adakah saudari pernah bersemuka dengan beliau? Lelaki ini berkemungkinan sedang sibuk dengan urusan pengajiannya dan mungkin terbeban dengan pelbagai tugas, oleh itu adalah bijak jika saudari tidak mengganggunya selalu, melainkan memberinya sokongan moral, dan jangan sekali-kali menambah beban beliau.
Mungkin saudari terlalu awal mendekatinya, kerana pada ketika ini beliau mungkin belum bersedia untuk bercinta. Barangkali tindakannya meluahkan isi hatinya tempoh hari dilakukan secara terburu-buru, mengikut perasaan, tanpa mempertimbangkan baik buruknya dahulu.
Saudari digalakkan untuk melakukan solat istikharah, dan kemudian tinggalkan perkara yang lara ini dari terus menghantui diri saudari. Jika benar dia jodoh saudari, maka pasti dia akan datang kepada saudari selepas dia tamat pengajiannya. Jika dia tidak datang, ternyata hatinya telah tawar. Namun, perlu saya ingatkan, jangan sesekali membebankan lelaki tersebut, kecuali saudari memberi sokongan moral kepadanya.
Ada sesetengah gadis bertindak membebankan lelaki yang dicintainya dengan tanggungjawab cinta dan hubungan cinta sehingga menyebabkan si lelaki rasa terbeban dan serba salah, dan akhirnya bertindak memutuskan hubungan yang mengganggu tanggungjawab sedia adanya. Berhati-hatilah.
Yang benar,
AMIENE REV
ANDA ADA MASALAH? Duke Amiene Rev: Pos Masalah Anda - Borang
Ditulis oleh Amiene Rev pada Disember 28, 2011
Label: Pos Masalah Anda












