Surat Pembaca Amiene Rev - Keliru Dengan Pilihan
Salam terima kasih kerana sudi mendengar masalah saya. Saya
berkenalan dengan seorang lelaki pada tahun 2010 hubungan kami banyak kali
terputus dan sambung balik. Dia bukan seorang lelaki yang caring sehingga
membuat saya merana sehingga saya diserang migrain berhari lamanya. Sehingga kesabaran saya hilang saya membuka
pintu hati kepada orang lain pada tahun 2012 dia boleh dikatakan baik dan
banyak mendengar masalah saya, tetapi dia tinggal jauh di utara sedangkan saya
di kuala lumpur. Kami hanya berjumpa sekali sekala apabila saya pulang ke
kampung di perak. Namun berlaku gaduh besar dalam hubungan kami dan saya
memberikan syarat jika dia tidak melamar saya, saya mintak dia lupakan saya.
Kerana takut kehilangan saya kami bertunang pada hari merdeka yang lepas. Dan
menetapkan tarikh perkahwinan pada bulan 5.
Masa kami bertunang bekas teman
lelaki yang banyak menyeksa saya dahulu kembali dan mengatakan dia telah putus tunang
dan tidak boleh melupakan saya dan sanggup menunggu sehingga saya berkahwin
kerana dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan pada saya dahulu. Dia dah
bayak berubah rajin ke masjid. Tidak tinggal solat. Saya ada rasa ingin kembali
kepadanya dengan perubahan yang berlaku tetapi saya buang perasaan itu kerana
saya telah bertunang. Pada suatu hari hidup saya diuji saya benar-benar
tertekan. Dengan kerja yang terpaksa saya berhenti walaupun belum mendapat pekerjaan
lain. Dengan hubungan dengan tunang saya yang ada masalah berpunca dari dia.
Saya telah menghubungi bekas teman lelaki untuk menghilangkan rasa tertekan.
Bila hubungan saya dan tunang telah kembali pulih saya masih teringatkan bekas
teman lelaki saya.
Apa yang harus saya lakukan? Pernah saya terfikir untuk
memutuskan hubungan tunang saya untuk kembali kepada bekas kekasih saya. Sejak
kami berjumpa kembali saya tidak boleh melupakannya. Saya tidak mahu
menghancurkan perasaan tunang saya dengan alasan bekas kekasih saya lebih
sayang saya, dengan jarak kami yang dekat dan saya tidak perlu pindah ke Penang
setelah berkahwin. Apa jalan terbaik yang boleh saya lakukan. Perlukah saya menyerahkan
semuanya pada takdir.
Keliru dengan pilihan
MAKLUM BALAS AMIENE REV: Salam kembali. Dua perkara yang boleh saya katakan kepada saudari ialah:
Pertama, lakukan solat istikharah dan minta kepada Allah petunjuk yang terbaik tentang keputusan saudari.
Kedua, tunggu keputusan solat istikharah tersebut. Jika pihak yang lain mendesak, katakan saudari sedang berikhtiar, dan sedang menanti keputusan solat istikharah tersebut.
Apa pun keputusan yang saudari perolehi, maka yakin dan percayalah, bahawa Allah sedang mengatur jodoh yang terbaik untuk saudari.
Semoga saudari sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, dan dapat menghadapi kehidupan ini dengan tenang dan bahagia.
Salam hormat daripada Amiene Rev.
|