BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, September 14, 2009

Budget Bulanan - Gaji Minimum - TIPS & PANDUAN PERBELANJAAN

Kadangkala saya terfikir, bagaimana agaknya kelompok manusia bergaji rendah menguruskan kewangan? Bagaimana jika mereka memiliki anak? Bagaimana pula dengan golongan ibu tunggal yang perlu menguruskan perbelanjaan keluarga. Bagaimana jika dia memiliki seorang anak, dua orang anak, tiga orang anak dan seterusnya?

Saya dapati ada pihak-pihak tertentu yang bermasalah dalam menguruskan kewangan. Hal ini mendorong saya untuk mencuba satu permainan kewangan yang dipanggil pengurusan budget bulanan. Simulasi ini dibuat berdasarkan permainan The Sims Family. Walau bagaimana pun pengurusan kewangan ini dibuat berdasarkan seorang penjaga dan seorang anak. Khusus untuk ibu-ibu tunggal yang menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan.

#

PERKARA

INDIVIDU

ANAK

1

Sewa Rumah

RM 200


2

Bil Api/Elektrik

RM 050

RM 030

3

Makan/Minum

RM 450

RM 450

4

Akademik


RM 050

5

Perubatan

RM 050

RM 050

6

Bil Komunikasi

RM 030

RM 030

7

Petrol/Pengangkutan

RM 120


+

Jumlah Berasingan

RM 900

RM 610

=

JUMLAH KESELURUHAN

RM 1510

Jadual 1

Di atas merupakan perbelanjaan asas dalam kehidupan. Item individu merujuk kepada penjaga, manakala item Anak merujuk kepada anak atau individu yang dijaga. Dalam kes ini dua orang yang dimaksudkan ialah ibu dan anak. Si ibu dan si anak perlu memiliki disiplin yang tinggi.

Dua perkara yang boleh berubah ialah faktor perbelanjaan makan/minum dan sewa rumah. Kedua-dua faktor ini paling penting dalam kehidupan. Kedua-dua faktor ini banyak mempengaruhi peningkatan atau penurunan kos sara hidup bulanan.

#

PERKARA

INDIVIDU

ANAK

1

Sewa Rumah

RM 200


2

Bil Api/Elektrik

RM 050

RM 020

3

Makan/Minum

RM 300

RM 300

4

Akademik


RM 050

5

Perubatan

RM 030

RM 020

6

Bil Komunikasi

RM 030


7

Petrol/Pengangkutan

RM 80


+

Jumlah Berasingan

RM 690

RM 390

=

JUMLAH KESELURUHAN

RM 1080

Jadual 2

Saya meminimumkan jumlah perbelanjaan harian seperti jadual 2 di atas. Didapati jumlah perbelanjaan isi rumah dapat dijimatkan kepada RM 1080 sebulan.

#

PERKARA

INDIVIDU

ANAK

1

Sewa Rumah

RM 550


2

Bil Api/Elektrik

RM 050

RM 020

3

Makan/Minum

RM 300

RM 300

4

Akademik


RM 050

5

Perubatan

RM 030

RM 020

6

Bil Komunikasi

RM 030


7

Petrol

RM 80


+

Jumlah Berasingan

RM 1040

RM 390

=

JUMLAH KESELURUHAN

RM 1430

Jadual 3

Seterusnya saya mengambil kira faktor sewa rumah yang mahal. Apakah kos jumlah perbelanjaan yang baru? Nilai perbelanjaan keluarga didapati telah meningkat.

Berdasarkan kiraan di atas. Terdapat beberapa cara untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan. Pertama, kos makan minum boleh dikurangkan dengan memasak di rumah untuk waktu tengah hari dan malam. Penjimatan sebanyak RM100-RM250 boleh berlaku.