Terminator Salvation - EXT. KEM PERUBATAN
SKRIP SEBABAK: Terminator Salvation
SKRIP FILEM OLEH AMIENE REV
SKRIP FILEM OLEH AMIENE REV
EXT. DI BELAKANG PUSAT PERUBATAN
CHRISTIAN BALE cedera teruk dan sedang dirawat di atas sebuah katil, di dalam sebuah khemah yang tidak berpintu, tidak berdinding. BRYCE DALLAS HOWARD dan SAM WORTHINGTON menemaninya.
CHRISTIAN BALEBRYCE berjaya menyelamatkan CHRISTIAN BALE tetapi kira-kira 10 tahun kemudian robot-robot telah menggunakan nuklear dan sinar radioaktif untuk menewaskan umat manusia. Tahun itu, kiamat menjadi kenyataan.
Jantungku telah dirosakkan oleh T-800. Aku gembira aku masih hidup sehingga kini, tetapi selepas ini, aku mungkin akan mati.
SAM WORTHINGTON
Tahukah kau, apa tajuk filem ini? Terminator Salvation. Salvation ini bermaksud memberi kehidupan infiniti kepada manusia seperti kau, supaya sifat kemanusiaan akan dapat diteruskan. Oleh sebab aku ini juga adalah Terminator, maka akulah watak utama dalam cerita ini yang ditakdirkan untuk melakukan 'salvation'. Bryce, belahlah dadaku, dan ambillah jantungku, demi nyawa Christian Bale ini.
BRYCE DALLAS HOWARD
Oh, tidak Sam. Tidak. Kau adalah robot, bukan manusia. Masakan kau memiliki jantung?
SAM WORTHINGTON
Sila baiki ayat dialog yang kau lontarkan kepadaku. Pertama-tama sekali, aku ialah robot organik yang pertama dalam cerita ini. Jika kau pernah lihat sekuel-sekuel sebelumnya, mana ada robot organik seperti aku ini? Jadi bedahlah aku cepat.
TAMAT
|