BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Disember 22, 2020

Kitaran Abadi Amiene Rev - Gagasan Pembangunan Ekonomi Negara Amiene Rev

KITARAN ABADI AMIENE REV - GAGASAN PEMBANGUNAN EKONOMI AMIENE REV


Beberapa minggu sudah, saya ada mencadangkan idea yang saya panggil sebagai Kitaran Tenaga untuk memperkasakan ekonomi negara secara dalaman. Istilah yang lebih tepat sebenarnya adalah Kitaran Abadi. Ini kerana setiap produk yang dihasilkan adalah daripada suatu sumber yang lain, dan setiap produk dan sumber memiliki rantaiannya yang tersendiri. Setiap produk dan sumber terdiri daripada Kitaran Major dan setiap kitaran major memiliki beberapa Kitaran Minor. Setiap kitaran berpusar pada putaran minimum 360 darjah dengan mengambil kira faktor 3.142 atau 22/7 dalam nilai pai. Kitaran Major pula boleh jadi berpecah pada Set Major dan Set Minor di mana setiap set memiliki setnya. 

Saya mencipta Kitaran Abadi berdasarkan beberapa formula Matematik daripada pelbagai bidang Matematik dan ia merupakan teknik asal ciptaan saya untuk memperkasa ekonomi sesebuah negara. Apakah sebenarnya Kitaran Abadi? Sesebuah negara akan menjadi perkasa jika ia mampu memperkasakan elemen ekonomi dan prinsip hidup tanpa mengorbankan kesejahteraan setiap warganegara. 

Prinsip Kitaran Abadi yang saya cipta ini menegaskan bahawa sesebuah negara boleh muncul sebagai kuasa kuat tanpa bergantung kepada negara lain apabila ia berjaya mengenalpasti sumber dan mensesuaikan dengan keperluan wajib setiap penghuni negaranya. Penghuni negara bermaksud semua benda hidup dan semua benda bukan hidup yang memiliki kereaktifan terhadap benda-benda yang lain dalam negara tersebut. 

Setiap benda, setiap unsur, setiap organisma dalam satu-satu negara memiliki keperluan dan sumbangan (peranannya). Kewujudan organisma dan bukan organisma dalam satu-satu negara berfungsi mewujudkan tamadun, budaya dan teknologi seseuah negara. 

Saya juga pernah menyebut sebelum ini bahawa semua benda yang memberi manfaat adalah duit. Semua organisma bermatlamatkan duit. Duit adalah sesuatu yang boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada pemiliknya. Pahala juga satu bentuk duit tetapi apakah kereaktifannya bertindak balas di muka bumi atau di alam akhirat. Oleh itu ia merupakan satu pembolehubah yang memiliki nilai sifar di bumi tetapi nilai itu berubah di alam akhirat. 

Saya juga pernah menyebutkan bahawa duit boleh dibawa ke mati. Ia adalah satu proses pertukaran. Duit atau mata wang boleh ditukarkan kepada bentuk pelaburan akhirat apabila ia diwakafkan. Oleh itu duit di muka bumi tidak reaktif pada alam akhirat namun jika ia ditukarkan ke bentuk yang boleh diwakafkan, maka ia memiliki nilai bukan sifar pada alam akhirat. Begitu juga sumber-sumber di muka bumi ini. Ia boleh ditukarkan kepada produk tertentu. Apabila ia menjadi produk, ia akan bermanfaat kepada sumber atau produk yang lain.

Ambil sahaja ayam mendapat sumber daripada jagung. Ayam menyumbang kepada beberapa produk. Telurnya menyumbang kepada protein untuk manusia, kekuatan otot untuk atlet sukan, kek atau kuih untuk majlis budaya manusia, bulunya digunakan untuk mencipta pembersih debu atau pakaian wanita, gentian tulang putihnya juga boleh menyembuhkan penyakit sendi, kulit telur pula boleh membantu menyuburkan tanah, begitu juga najis ayam boleh menjadi baja untuk tanaman sayuran. Bagaimana sumber menjadi produk dan produk menjadi sumber untuk produk generasi seterusnya? 

Fikirkan pula daripada telur itu tadi, seorang atlet memiliki kekuatan otot dan seterusnya menyumbang kepada kemenangannya, dia mendapat hadiah wang yang besar kemudian dilaburkan pula dalam syarikat pembinaan dan pemaju hartanah perumahan. Najis ayam yang dijadikan baja menyuburkan hasil tanah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Buah-buahan dan sayur-sayuran itu pula menyumbang kepada zat untuk manusia dan pil-pil vitamin. Kemudian lihat pula bagaimana kek dan kuih dapat mewujudkan hubungan diplomatik apabila ia menjadi elemen penting dalam sambutan majlis-majlis tertentu. Bulu ayam yang digabungkan kepada rotan menjadi pembersih debu dan membantu mengurangkan penyakit kepada manusia, selain itu ia juga berperanan untuk mendisiplinkan anak-anak yang nakal. 

Ambil kira pula bagaimana daripada syarikat-syarikat pemaju hartanah sebagai sumber untuk produk seterusnya. Pemaju perumahan dan hartanah itu pula dibeli oleh manusia. Pemaju juga membangunkan rumah kedai. Rumah kedai menjadi pusat menjual barang-barang keperluan termasuk telur. Ada pula yang membuka kedai barang-barang makanan haiwan ternakan. Penjual tanaman, jagung yang mendapat sumber daripada baja itu tadi menjual produknya di rumah kedai itu tadi. Penternak ayam pula membeli jagung yang mendapat baja daripada najis ayam di kedai itu tadi untuk makanan ayamnya. Penyewa dan pembeli rumah oleh para pemaju itu pula membeli telur ayam, jagung dan sebagainya di premis yang dibangunkan oleh pemaju itu tadi. 

Di atas adalah contoh yang sangat kecil tentang bagaimana Kitaran Abadi berfungsi. Untuk mengkaji Kitaran Abadi yang lebih besar, perlu dibangunkan penyelidik-penyelidik untuk mengkaji sistem sebenar Kajian Abadi yang terdiri daripada Kitaran Major dan Kitaran Minor, Set Major, Set Minor dan subset-subset yang wujud, serta unsur-unsur di dalamnya. Tugas para penyelidik adalah untuk mengenaplasti unsur Kitaran Major dan Kitaran Minor. Proses ekstrak berdasarkan Set Major, Set Minor dan subset-subsetnya. 

Apa yang saya jelaskan di atas cuma sebutir debu dalam mahakarya Kitaran Abadi. Ia sendiri adalah satu bentuk ilmu baru yang tidak dapat dijelaskan dalam sekecil ruang atau perenggan penulisan. Untuk menghuraikan idea ini, ia akan mengambil masa bertahun-tahun. 

Kitaran Abadi Amiene Rev menegaskan bahawa setiap sumber akan menghasilkan produk dan setiap produk boleh menjadi sumber untuk produk yang seterusnya. Ia adalah konsep keabadian tenaga yang dipelajari dalam asas sains dan fizik. Dengan konsep Matematik, ia membentuk satu formula yang dipanggil Kitaran Abadi. 

Manusia masuk universiti pun bertahun-tahun bukan? Alam persekolahan pun lebih satu dekad. Ilmu Kitaran Abadi merangkumi lebih daripada itu. Ilmu yang dapat menjana ekonomi selama manusia atau mana-mana hidupan pintar dan bumi ini wujud. Ilmu Kitaran Abadi memiliki silibusnya yang tersendiri. Kitaran Abadi adalah mahakarya untuk menyelamatkan ekonomi sesebuah negara. 

Saya hadiahkan idea ini kepada negara ini dan mana-mana negara yang memerlukannya. 

Yang benar, 
Amiene Rev