Kisah Istana Di Rimba - Terkenang Kisah Lalu
Bulan puasa berlalu, dengan pantas. Hari, semakin uzur. Batuk. Batuk. Cuaca, tidak selalunya panas. Kadangkala, hujan pada malam hari, pada petang hari.
Aku tinggal di sebuah tanah sawah. Suatu ketika, tanah ini penuh dengan tumbuh-tumbuhan liar, dan pokok-pokok yang tebal. Belukar. Kemudian tanah ini dilapangkan; pokok-pokok ditebang, tanah-tanih diratakan, lalu kemudiannya tersergam sebuah rumah seakan-akan rumah banglo. Arkiteknya ialah ayah aku sendiri. Tukang rumahnya ialah ayah aku sendiri.
Di belakang rumah itu dibangunkan sebuah reban ayam dan unggas-unggas. Besarnya seperti sebuah rumah juga. Di dalam reban yang besar itu terdapat sekawan burung merpati, ayam api, ayam belanda, angsa, serati, iti nila, ayam kampung dan bermacam-macam lagi.
Berdekatan dengan reban ayam itu terdapat pohon-pohon jambu. Jambu batu. Jambu air. Terdapat juga sepohon pokok buah katak puru, pokok limau nipis, lengkuas, halia, kunyit, serai, nenas, ubi kayu, nangka dan lain-lain.
Setiap petang, kami akan mengisi air ke dalam bekas makanan ayam dan itik. Maka berpusu-pusulah haiwan-haiwan berkaki dua itu mendapatkan makanan. Ada yang menyudu, ada yang mematuk mengikut tabiat semulajadi masing-masing. Kadangkala berlaku perebutan sumber kuasa. Mereka mahukan lebih karbohidrat daripada nasi-nasi lebihan malam tadi.
Kadangkala ternampak kelibat biawak hutan, yang bersaiz empat kaki. Ia memandang haiwan-haiwan ternakan kami dengan penuh berselera. Pernah satu ketika, kami berjaya mengepung seekor biawak besar yang ganas. Biawak ini garang dan berani melawan. Ia gagal melepaskan diri daripada jaring-jaring pagar besi yang kukuh. Badannya tersepit. Kerana berdosanya biawak itu membaham ternakan-ternakan kami maka ia terpaksa dibunuh. Orang kata membunuh cicak itu boleh mendatangkan pahala, tetapi adakah biawak ini juga tergolong dalam kategori cicak yang dimaksudkan?
Sungguh kasihan melihat biawak besar itu menutup matanya, menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ayam-ayam dan itik-itik yang terselamat menjadi saksi, masing-masing menyumpah-nyumpah biawak tersebut yang telah membunuh kerabat mereka.
Sesekali datang pula musang pulut. Malah pernah juga terlihat kelibat ular yang panjangnya berbelas-belas kaki di belakang rumah. Ular sebesar lengan orang dewasa dengan belang merah, hitam dan kuning, bergerak perlahan-lahan seolah-olah tidak sedar dirinya menjadi perhatian ramai.
Arus kemodenan semakin melanda kawasan kediaman kami. Namun, di sebelah kanan rumah kami masih lagi terdapat hutan tebal. Pada waktu malam musang-musang pulut bergaduh di atas bumbung zink rumah kami, sebelum terjun ke rimbunan dedaun keladi yang sebesar meja bulat di gerai-gerai makan di tepi jalan.
Pernah juga aku mendengar bunyi seperti anak ayam atau anak burung berbunyi nyaring. Rupa-rupanya itu ialah bunyi ular menelan katak. Boleh dikatakan hal ular menelan katak ini perkara biasa yang kami selalu lihat di sekitar rumah kami. Malah pernah juga dahulu aku mengusik seekor ular yang cuba memanjat dari pagar rumah kami ke dahan pokok manggis yang terjulur ke kawasan halaman rumah kami. Ular itu jatuh dan kemudian cuba memanjat lagi. Aku mengusiknya lagi, dan ular itu terjatuh lagi. Ular itu hilang sabar lalu mengejar aku. Maka aku pun lari sambil ketawa berdekah-dekah.
Ular itu kemudiannya berkata di dalam hati, "Tidak ada gunanya aku, seekor ular yang telah dewasa bergaduh dengan seorang budak. Lebih baik aku balik."
Lalu ular itu pun berlalu ke dalam hutan. Hajatnya untuk bertemu tetangganya yang berada di atas pokok manggis itu tidak kesampaian.
Begitulah kehidupan aku, di sebuah rumah yang dipanggil orang, istana di rimba. Sebuah rumah di kelilingi hutan dan belukar dan terdapat pelbagai spesies haiwan liar, dan tumbuh-tumbuhan liar.

|