BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, September 09, 2008

Sekolah Pendidikan Khas - Definisi - Fakta - Sejarah

Anak-anak istimewa juga berpeluang mendapat pendidikan yang sempurna sebagaimana anak-anak normal yang lain. Lebih istimewa, mereka berhak mendapat pendidikan percuma di sekolah-sekolah yang berdaftar.

Takrif Sekolah Pendidikan Khas
Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik / vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Di antara program yang ditawarkan ialah:


Prasekolah

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
  • berumur 6+ hingga 14+ tahun
  • disahkan oleh pengamal perubatan
  • dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pelajaran Rendah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
  • berumur 6+ hingga 14+ tahun
  • disahkan oleh pengamal perubatan
  • dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.


Pelajaran Menengah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
  • Berumur 13+ hingga 19+ tahun
  • disahkan oleh pengamal perubatan
  • dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.


Pendidikan Teknik dan Vokasional

i) Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.


ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
  • Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
  • Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
  • Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
  • Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
  • Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
  • Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Tempoh Pengajian
  • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
  • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
  • Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu saMa ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.