BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, September 09, 2008

Sekolah Teknik - Definisi - Fakta - Sejarah

Sekolah Pendidikan Teknik

Musim peperiksaan sudah tiba, selaras dengan musim peperiksaan ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan para pelajar, ibu bapa dan guru mengenai hala tuju anak-anak anda selepas Peperiksaan Menengah Rendah. Saya mengetahui ada pelajar yang sudah mula dilanda keresahan untuk memilih bidang selepas PMR. Maka besar harapan saya agar pendedahan ini dapat membantu para pelajar untuk lebih jelas mengenai jenis-jenis sekolah yang ada di Malaysia dan matlamat penubuhannya.

Terdapat banyak pilihan yang dibuat, namun biarlah sesuai dengan kecenderungan anak-anak anda. Salah sebuah sekolah yang baik ialah sekolah teknik, khusus untuk para pelajar yang berminat untuk bidang teknologi dan kejuruteraan.


Takrif Sekolah Pendidikan Teknik

Kursus lepasan PMR selama 2 tahun di Sekolah Menengah Teknik. Akan menduduki Peperiksaan SPM setelah tamat. Di antara jurusan yang ditawarkan ialah:
1. Pengajian Kejuruteraan Jentera
2. Pengajian Kejuruteraan Awam
3. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
4. Pertanian
5. Perdagangan

Pendaftaran Sekolah Pendidikan Teknik
Ibu bapa / penjaga boleh mendapatkan borang pendaftaran masuk sekolah daripada sekolah-sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal.


Syarat-syarat Kemasukan Ke Sekolah Pendidikan Teknik:

Syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi bagi melayakkan diri diterima masuk ke sekolah ini:
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit.

Pemohon Dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
  1. Berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah Rendah(PMR) 1998 dan memenuhi syarat memasuki Tingkatan 4 tahun 1999.

Pemohon Dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan
  1. Berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1998 dan layak memohon memasuki Tingkatan 4 di sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan.
  2. Dilahirkan dalam tahun 1982 atau selepasnya.
  3. Tidak tertahan di mana-mana Tingkatan atau darjah terdahulu daripada tahun 1997.
  4. Bagi yang melalui Kelas Peralihan (Remove Class) hendaklah dilahirkan pada tahun 1981 atau selepasnya.
Catatan: Pemohon kategori ini hanya akan dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan tempat.