BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Julai 31, 2008

Kaedah Menghindari Histeria dan Stres Di Kalangan Pelajar


Kenali Bunian dan Makhluk Halus
Petua Mencegah Histeria dan Stres
Menerusi Kaedah Menulis Blog
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com

Histeria. Satu penyakit lama, tetapi kini sudah menjadi satu budaya di kalangan warga sekolah. Baru-baru ini dilaporkan, gangguan histeria ini bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar wanita, malah turut dialami oleh pelajar lelaki dan guru-guru wanita.

Histeria pada asasnya dikatakan berpunca daripada tekanan perasaan. Apabila fikiran negatif menguasai mental seseorang itu, maka daya penaakulan logik seseorang insan itu akan lemah, lalu mencetuskan pelbagai persepsi yang mungkin dianggap luarbiasa, menakutkan dan aneh.

Ceramah, kursus atau bimbingan berkaitan dengan pengawalan emosi berkaitan dengan tekanan perasaan dan kemarahan perlu diwujudkan. Ini kerana, tidak mustahil ada di kalangan kita yang tidak tahu cara untuk meredakan tekanan. Akibatnya, orang lain mungkin menjadi mangsa melepas geram.

Aktiviti yang dapat menggerakkan mental dan fizikal seperti berjalan-jalan, melancong, pergi ke tempat yang baru, bermain dan sebagainya mampu meredakan tekanan. Adakalanya kita tidak perlu mengambil sesuatu perkara itu sebagai suatu yang serius. Permusuhan, hasad dengki, dendam, benci, khianat, zalim dan pelbagai lagi sikap mazmumah atau penyakit hati harus dijauhi.


Terapi Jiwa Menerusi Penulisan Blog

Budaya meluahkan perasaan perlu diwujudkan. Bukan sekadar meluahkan perasaan, tetapi juga berkongsi masalah peribadi, dan menyelesaikannya bersama orang-orang yang dipercayai. Blog atau weblog merupakan satu cara yang ajaib untuk menawar tekanan perasaan. Seseorang itu boleh menyamar atau menggunakan nama samaran untuk meluahkan segala tekanan di hati. Pendek kata, seseorang itu boleh menjadikan blog sebagai satu medan menulis bahagian kehidupan negatif atau sisi gelapnya, meluahkan segala derita, kesedihan dan rasa tidak puas hati terhadap satu-satu perkara.

Namun, seeloknya selepas meluahkan segala-galanya sisi gelap itu, si penulis blog wajar membaca semula apa yang ditulis, bermuhasabah diri dan kemudian menulis kesimpulan atau cadangan-cadangan yang dapat membantu diri sendiri. Ini kerana blog kebiasaannya dapat dibaca umum, maka segala tulisan yang pada awalnya ditulis dengan penuh perasaan dan melepas geram kemungkinan boleh mempengaruhi sesetengah pembaca.

Justeru setiap tulisan yang dibuat itu hendaklah ditambah dengan kesedaran atau kesimpulan yang baik-baik. Sekiranya penulis gagal mencari penyelesaian, maka wajarlah menulis sesuatu yang dapat membolehkan para pembaca memberikan cadangan, sokongan moral dan sebagainya.

Saya menyokong penuh usaha membuka blog beramai-ramai oleh kaunselor-kaunselor dari sekitar negeri Selangor. Semoga anda semua dapat membantu para penulis blog, dan pengguna internet untuk menghilangkan tekanan, membantu menyelesaikan masalah peribadi dan sebagainya. Siapa tahu, mungkin usaha anda itu dapat menyelamatkan satu nyawa?


Histeria kerana buatan jin dan bunian?

Sementara itu, histeria yang dialami oleh para pelajar dan guru di sebuah sekolah yang berkenaan tempoh hari dikatakan disebabkan oleh gangguan Nenek Kebayan atau bunian. Mungkin orang bandar ada yang kurang percaya dengan kisah bunian ini, tetapi bunian atau makhluk halus ini wujud.

Memandangkan kaum bunian ini mungkin sesuatu yang luar biasa dan aneh, maka tidak menghairankan apabila ada di kalangan manusia, generasi hari ini, mudah terkena histeria kerana takut. Ini sifat semula jadi kebanyaan benda hidup, akan berasa takut apabila bertemu dengan sesuatu yang pelik.

Apa yang boleh saya sarankan kepada para pembaca sekalian, jangan berasa takut terhadap bunian. Mereka juga adalah makhluk seperti kita. Mungkin kita tertidur di masjid pada waktu pagi, sebelum subuh dan dikejutkan oleh bunian-bunian yang mahu solat berjemaah, maka jangan pula kita menjerit atau terlaung-laung. Hormati mereka kerana mereka juga adalah bangsa yang boleh berfikir seperti kita.

Kadangkala kita ternampak di sebelah bilik kita, lembaga berbentuk manusia sedang menunaikan solat, maka janganlah kita berasa takut kerana itu makhluk halus yang beragama seperti kita.

Manusia pada zaman ini harus diajar supaya dapat menerima kewujudan bunian. Kadangkala bangunan-bangunan yang kita bina di kawasan hutan yang telah diteroka itu dulunya adalah perkampungan bunian, dan kita boleh dianggap sebagai bangsa yang 'menceroboh' tapak kediaman mereka. Maka hendaklah kita berkelakuan baik dan jauhi sikap kurang ajar, biadap dan sebagainya supaya tidak menyinggung perasaan jiran-jiran ghaib kita itu.

Mungkin ramai di antara kita yang pernah melihat iklan surat khabar rekabentuk baru Berita Harian. Ya, zaman dah maju, dunia dah berubah. Manusia pada hari ini semakin biadab. Maka tidak mustahillah kita menimbulkan kemarahan jiran-jiran ghaib kita. Menurut Muhammad Isa Dawud di dalam bukunya mengenai kaum jin, dikatakan bahawa jin yang berusia 150 tahun masih dianggap remaja.

Bayangkan dalam tempoh 150 tahun itu, pelbagai perubahan yang telah dilihatnya. Perbandingan budaya dan adat antara manusia dahulu dan sekarang, pasti adakalanya boleh menyinggung perasaan. Manusia generasi dahulu tahu menghormati orang tua, tetapi manusia pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang tidak lagi tahu cara-cara menghormati orang tua.

Bak kata, seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Seorang manusia menyinggungkan perasaan jiran bunian kita, maka semua manusia dianggap sama. Kemungkinan seperti ini boleh berlaku.

Kebiadaban kebanyakan generasi muda hari ini juga boleh menjadi punca tekanan atau stres kepada manusia hari ini. Guru stres di tempat kerja. Pelajar stres dengan sikap kawan-kawan. Semua ini boleh menjadi faktor histeria.

Maka, salah satu cara terbaik untuk menghindari stres dan histeria adalah kita berusaha untuk menghormati orang lain. Seseorang yang mahu dirinya dihormati hendaklah menghormati orang lain. Budi bahasa jambatan kedamaian.

Kesimpulannya, stres dan histeria ini boleh jadi berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Akibat perubahan budaya dan sikap yang semakin negatif, manusia kini terpaksa menanggung akibatnya melalui pelbagai penyakit mental. Stres masih boleh dihindari asalkan manusia mahu mengikuti disiplin, tahu cara meluahkan perasaan dengan betul dan saling hormat-menghormati sesama makhluk.

Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com


NOTA: Idea dan cadangan yang terdapat di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi Amiene Rev. Sekiranya ada percanggahan pendapat, maka eloklah kiranya pandangan alternatif itu dibincangkan dengan baik di sini. Anda juga tidak dibenarkan menciplak atau menerbitkan mana-mana penulisan Amiene Rev di blog ini, untuk tujuan apa sekali pun. Seelok-eloknya anda memberikan alamat blog ini kepada teman-teman supaya mereka dapat membaca dan menerokai ilmu dan pandangan yang ada di blog ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stres, tekanan perasaan, tekanan jiwa atau tekanan mental, anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan menerusi entri-entri yang dicadangkan di sini. Selain itu anda juga boleh menggunakan enjin carian Google yang terdapat di dalam blog ini. Pastikan anda menandakan bulatan pilihan dukeamienerev.blogspot.com yang terdapat di bawah kotak carian Google tersebut sebelum memulakan carian.

Selasa, Julai 29, 2008

Blog-blog Kaunselor-kaunselor Hulu Langat


Kaunselor-kaunselor Kini Memiliki Kerakyatan Blogger
Dedikasi daripada Amiene Rev

Kaunselor-kaunselor dari Hulu Langat kini sudah mula membuka blog masing-masing. Entri ini sebagai tanda sokongan buat mereka semua. Lihatlah betapa ramainya kaunselor yang telah memiliki blog sekarang ini:


SK KAJANG UTAMA
SK BANDAR TEKNOLOGI
SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN
SK SAUJANA IMPIAN
SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
Hazizah, SK BERANANG
SK JALAN EMPAT
SK BANDAR RINCHING
Samsina, SK SEKSYEN 7
SK PANDAN JAYA

Abdul Malik,
SK Sg Lui (alamat tersalah)
Norhanim Abd Naim,
SK Batu 9, Cheras
Samsina Md Desa, SK Convent, Kajang
Azlina Aziz,
SK Saujana Impian 2
Rabuni,SK Bandar Rinching
Halidon, SK BUkit Raya
Farah Nini, SK Taman Nirwana
Nyai @ Mariani, SK Dusun Tua
M.Khusairi,
SMK Abdul Jalil
Mohd Syam Fadhli,
SK Cheras Jaya
Norliah Ahmad,
sekolah
SK Tasek Permai
Zarian Japat,
SK Taming Jaya
Sapiah Hj Yunos, sekolah

Norazwanis Mansor
, SK Cheras Jaya
Rohaidah Mohd Yunus SK Kantan Permai
Nasibah Md Zin,
SK Taman Puteri
Lau Tong Yeng,SJKC Kg Baru Ampang
Hasrina Abu Hassan, SK Taman Kosas
Azmin Budiati,SK Tasek Permai
Mohd Fauzi,SK Lembah Jaya

Juliyana Herman, SK Ampang Campuran
Abdul Rahim, SK Taman Ceupacs
Aida Mohd Nasir, SK Ampang
Widayawati Mahmood, SK Tmn Bukit Teratai
Zainuddin, SK Jalan 3
Siti Sofiah Harun, SK Pandan Indah
Norzaliza Ahmad, SK Taman Muda
P.Santhi
, SJKT Semenyih
Rosyatimah Amat, SK Desa Baiduri
Visyasundary,
SJKT Ladang Rinching
Ten Sin Fui,
SK Yu Hwa
Balamany, SJKT Kajang
Ng Yoke Ling, SK Taman Cannought
Yean Sow Chan, SJK C Batu 9 Cheras
Jesin Chua Kim Yan, SMK Tengku Hussin
Pilomina Anthon
, SMK Cheras Perdana
Nga Soo Ha, SMK YU Hua
Norlin Yusuf, SMK Tmn Jasmin
Ahmad Fauzi Mohammad, SMK Taman Seraya
Karimah Abd Waha
b, SMK Saujana Impian
Yusri Jaafar, SMK Dusun Nanding
Hasniza Binti Othma
n, SMK Bdr Tasek Kesuma
Thanalachumy, SMK Jalan Bukit
Hasreena Abdul Rahman,
SMAP (2)

SMK Tasek Permai
Zahari, SMK Taman Kosas
Kaunselor, SMK TMN TASIK
Norhayati,SMK B.B BANGI
Hasniza, SMK BDR TASEK KESUMA
ThanalachumanySMK JALAN BUKIT
KaunselorSMK JALAN 3 (1)

Rosmawati Mohd Noor, SMK BDR BARU SG LONG
Cikli, SMK SAAS KAJANG
Pilomina, SMK CHERAS PERDANA
SAMSUL DOLAH SMK Dato Ahamd Razali
Jessin ChuaSMK ENGKU HUSAIN
Karimah Abdul Wahab,SMK SAUJANA IMPIAN
SMK ENGKU HUSAIN 2
SMK PERIMBUN
SMK PERIMBUN 2
Nazri Saat, SMK KHIR JOHARI
Norazwanis, SMK CHERAS JAYA

KaunselorSMK B. BARU AMPANG
KaunselorSMK DUSUN NANDING
Zaharah Bachek, SMK TINGGI KAJANG
SMK B. D. PERDANA
SMK CONVENT
SMAP KAJANG
SMKA MAAHAD HAMIDIAH
SAM HULU LANGAT
SMK JALAN 4.BBB

Isnin, Julai 28, 2008

Anugerah Nobel Prize: Tuan Guru Nik Aziz

Malaysian's Nobel Prize Winner!
Anugerah Hadiah Nobel Keamanan

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Harakah) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din melahirkan rasa kagum atas penganugerahan Hadiah Nobel Keamanan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Gusi Peace Price Foundation.

Saya berasa amat terharu kerana penghargaan ini datang pada waktu dan saat umat Islam di Malaysia dan Asia melihat suatu perkembangan baru umat Islam di rantau ini yang mula meniti kejayaan khasnya bagi pejuang Islam di Malaysia.Sememangnya wajar tokoh itu diberi penghargaan, namun saya sangat yakin bahawa tuan guru tidak pernah mengharapkan anugerah itu kerana beliau lebih menghargai anugerah daripada Allah yang telah meletakkan beliau sebagai pejuang Islam yang beristiqamah, dedikasi dan komited dengan perjuangannya.

Kejayaan tersebut ujarnya tidak dapat dipisahkan dengan sumbangan besar ulama tersohor itu yang banyak menghasilkan karya, buku, mengajar, memberi pandangan yang kesahihannya menuju ke arah pembinaan ummah berteraskan Islam. Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa selain anugerah yang diberikan Allah kepada manusia, bagi umat Islam terlalu kurang mendapat anugerah daripada manusia khususnya bagi mereka yang gigih memperjuangkan agama Allah.

Bagi orang Islam, anugerah teragung adalah apabila dapat bertemu dengan Allah kelak. Namun teramat kurang dunia memberikan penghargaan kepada pejuang-pejuang Islam dan karyawan ulung dan tersohor

Beliau menganggap Tuan Guru Nik Aziz memiliki pandangan yang membina, pendirian yang amat tegas, kata-kata yang didengari, dipatuhi pengikut serta amat digeruni musuh.

Ketajaman penanya serta keberkesanan ideanya menjadi fokus utama penilai-penilai yang hendak menilai siapa tuan guru. Beliau seorang ulama besar dan seorang ahli politik yang amat disegani, mempunyai visi dan misi yang jauh memandang ke hadapan, tok guru terus konsisten mengajak rakyat mendaulatkan Islam

Tuan Guru Nik Aziz dijangka akan menerima Anugerah Keamanan Nobel versi Asia, Anugerah Keamanan Gusi pada November ini di Manila, Filipina. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun oleh Gusi Peace Price Foundation dan difahamkan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk menerima anugerah yayasan itu. Menurut sumber, anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi, di ibu pejabatnya yang terletak di Manila.Barry Gusi dalam satu ulasannya mengenai penganugerahan itu berkata, Menteri Besar Kelantan itu merupakan tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.

Untuk tahun ini, seramai 1,490 tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah tersebut.

Pelik bin Ajaib - Rekabentuk Bangunan Unik Siri 2

The Glynne Arms or The Siden House
or The Crooked House
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Di penghujung Ladang Himley, terdapat sebuah bangunan yang dikenali sebagai The Glynne Arms, atau The Crooked House atau The Siden House. Seperti Menara Pisa yang condong, begitu jugalah nasib bangunan ini. Rumah ini tenggelam di satu bahagian sisinya, kerana tanah yang semakin mendap akibat kerja-kerja perlombongan. Glynne telah mengambil terlalu banyak batu arang yang terletak di bawah tapak bangunan ini.

Darjah kecondongan bangunan ini menyebabkan sebarang objek yang ada di rumah ini akan mudah terbalik atau menggelongsor. Bangunan ini digunakan sebagai pub. Sesiapa yang masuk ke bangunan ini mesti pandai mengawal imbangan badan. Bayangkan bagaimana pekerja-pekerja di pub ini menghadapi cabaran seperti ini setiap hari. Sedikit kesilapan boleh menyebabkan objek pecah.


Sumber Imej:
www.sedgleymanor.com

NOTA: Bermula 21 Julai 2008, Siri Rekabentuk Bangunan Unik akan disiarkan pada setiap hari Isnin, setiap minggu.

Ahad, Julai 27, 2008

Potensi Pengangkutan Air Di Sungai Kelantan Seperti Di Amsterdam

Potensi Pengangkutan Air Di Sungai Kelantan
Seperti Nieuwe Prinsengracht Canal, Amsterdam
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Hari ini hari Ahad. Hari yang paling malas bagi semua orang kecuali orang yang rajin dan pandai menggunakan masanya. Hari ini aku ingin meneliti potensi Sungai Kelantan pada ketika ini.


Aku dapati aliran air di persisiran pantai telah mewujudkan anak tanjung pasir. Kerana adanya anak tanjung pasir ini, kompleks delta di Kelantan telah terlindung daripada kesan ombak.

Aku meneliti bagaimana pengangkutan air boleh dimajukan di Sungai Kelantan. Aku melihat daerah-daerah seperti Pasir Mas, Kota Bharu dan sehinggalah ke muara sekitar antara Tumpat dan Pantai Cahaya Bulan berpotensi untuk dimajukan.


Malah selepas itu, kemungkinan besar dari Pasir Mas pula, boleh dimajukan lagi pengangkutan air ini sehingga ke ke Tanah Merah, Temangan Baharu dan Kuala Krai. Dari Kuala Krai dan Lalok, mungkin memerlukan belanja yang besar untuk dimajukan buat masa ini.

Usaha untuk memajukan Sungai Kelantan akan memberi pulangan yang besar kepada rakyat Kelantan. Kawasan Jambatan Sultan Yahya Petra itu kini sedang membangun dengan pesat, bermula dengan HyperMarket Tesco dan kemudian beberapa buah bangunan lain. Kawasan di sekitar Jambatan Sultan Yahya itu menarik untuk dijadikan pusat pelancongan.

Sekiranya air sungai di dalamkan lagi, maka banjir akan dapat dielakkan, juga membolehkan kenderaan-kenderaan air yang lebih besar melalui sepanjang sungai. Mungkinkah kawasan di sekitar Sungai Kelantan itu memiliki potensi untuk dibina bangunan-bangunan terapung di setiap pinggirannya?

Selain pelancongan, Sungai Kelantan itu juga amat berpotensi untuk dijadikan gelanggang sukan air. Antaranya kayak, bot laju, lumba perahu dan sebagainya.

Tidak begitu jauh dari Jambatan Sultan Yahya Petra itu terdapat sebuah bangunan tinggi, di mana letaknya pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan. Bangunan ini dahulunya terdapat sebuah pusat beli belah yang dikenali sebagai Hankyu Jaya. Kini telah diambil alih oleh The Store. Di sekitar bangunan ini terdapat pula Grand River View Hotel, sebuah hotel mewah. Hotel yang diberi nama sempena dengan kedudukannya menghadap Sungai Kelantan ini barangkali mempunyai makna tertentu. Mungkin pemberi nama hotel ini mengetahui potensi Sungai Kelantan?

Sumber Imej Amsterdam: Wikipedia.com

Sabtu, Julai 26, 2008

The day I found solace as a hero ES


I know you're an abandoned. Do not lie to me? I know, what you the reader, think about it. Yes, you're thinking of... something did you? You're asking me, "What is all about?" and in another term it would be, "Is it does matter?".


How about, solace. This is weekend, some people need solace. Are you reading this on Saturday, well, yeah, it's not weekend yet. I agree.

Do you know that the word solace, has some other meaning, related to these words: Solat and Solah? Never heard of them or you never heard to the word of praying. Both are nearly same meaning. Muslim praying. It make them feel comfort.

Why would you ask, if you're an atheist? You never praying since you didn't have God. So, would you pray for some other gods? This is a very critical question. I won't answer this question. Everybody has their own discreet opinion. Something that we should debate or not, it is, so sensodyne. Yea, sensodyne.

Oh, what? Yea, I forgot that it is 'S' rather than 's'. Since Sensodyne is a brand. What kind of parody do I make today?

Well, pretend that you're and atheist. Do you think you're God? Do you think that you have God power such as Heroes? You're Peter Petrelli? Hiro Nakamura or something like... evil Sylar.

Yeah, really today is weekend. I need to find some solaces. I feel like not right to communicating. Might be because I was tired. I need some sleep.

Oh, by the way, you should considering this video of YouTube then:


Sudah Terbit: Edisi 2 - Majalah Digital Amiene Rev


Untuk muat turun Edisi 2,
sila ikuti arahan berikut:


E-Zine Amiene Rev Edisi 02
(Ogos/September 2008)

Nama Fail: ez_amiene_rev_02.pdf

Saiz Fail: 1.2 Mb
Format Fail: PDF


Pengguna Mozilla Firefox:
Sila 'Right Klik' dan 'Save Link As' pada gambar di atas.

Pengguna Internet Explorer:
Sila 'Right Klik' dan 'Save Target As' pada gambar di atas.





Untuk muat turun Edisi 1,
sila ikuti arahan berikut:


E-Zine Amiene Rev Edisi 01
(Jun/Julai 2008)

Nama Fail: ez_amiene_rev_01.pdf

Saiz Fail: 1.0 Mb
Format Fail: PDF

Pengguna Mozilla Firefox:
Sila 'Right Klik' dan 'Save Link As' pada gambar di atas.

Pengguna Internet Explorer:
Sila 'Right Klik' dan 'Save Target As' pada gambar di atas.



Keliru?
Bagi sesiapa yang keliru, muat turun itu bermaksud 'download'.

Sekiranya anda tidak dapat membaca E-Zine Amiene Rev kemungkinan
besar anda belum memiliki perisian untuk membaca fail PDF.

Fail PDF boleh dibaca dengan menggunakan
Acrobat Reader.

Selain Acrobat Reader, anda juga boleh menggunakan Sumatra PDF Viewer.
Untuk muat turun perisian sumber terbuka ini, anda boleh muat turun di:
Download Sumatra PDF Viewer - Open Source

Jumaat, Julai 25, 2008

Parodi Cerita Seram - Siri 6

Hantu Pemanggil Di Telefon Bimbit
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com

NOTA: Amiene Rev adalah penulis cerita seram. Sekiranya anda terlanjur atau tidak tertahan nafsu untuk menyiarkan kembali cerita ini di mana-mana tempat, pastikan anda tidak lupa menyertakan nama penulis kisah seram ini iaitu Amiene Rev dan sumber asalnya iaitu http://dukeamienerev.blogspot.com di tempat penyiaran tersebut. Namun saya nasihatkan anda supaya tidak menciplak cerita ini supaya anda terselamat daripada menjadi ahli neraka di akhirat kelak.

Beginilah ceritanya...

Malam itu Nufara sedang tidur lena. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nufara cuba mengangkat telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya terus diam. Perkara ini berulang-ulang banyak kali.

Esoknya, Nufara mengadu hal itu kepada kawan-kawannya. Dia berasa sangat hairan kerana tidak ada satu pun nombor yang keluar pada skrin telefon bimbit itu selain nombor 343 10-1 05. Pelik betul nombor telefon seperti ini.

"Aku pun ada terima jugalah panggilan. Lepas tu aku tak layan terus. Biarlah dia dengar nada dering 'handset' aku," ujar Shiqin, berseloroh.

"Aik, kalian semua dapat. Aku seorang sahaja yang tidak dapat. Panggilan daripada siapa tu?" Muslimah bertanya. Dia berasa pelik kerana dia seorang sahaja yang tidak diganggu dengan 'miss call' berhantu itu.

"Entahlah, hantu agaknya." Nufara datang dan terus menyampuk. Dia duduk di atas katil, di sebelah Janet, pelajar cina yang mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan.

"Hai, Nufara. Awak pun diganggu juga. Siapalah budak nakal ni ya?" Elyana yang duduk di penjuru katil menyapa.

"Muslimah, kenapa awak tak diganggu, ya? Janet pun diganggu," Shiqin merenung Muslimah dengan rasa curiga.

"Ah, saya tidak takut. Yesus akan lindungi saya," tegas Janet yang beragama Kristian, kemudian dia pun turut menyoal Muslimah, "Apa rahsia awak tak diganggu, ya?"

"Saya pakai... nada dering nasyid, agaknya..." Muslimah jadi ragu-ragu hendak menjelaskan pendapatnya. Kesemua mata siswi-siswi di dalam bilik itu memandang tepat ke arah Muslimah.

"Lagu nasyid apa yang awak pasang?" Soal Shiqin.

"Puji-pujian. Lagu Raihan," jelas Muslimah.

"Tapi apa kata malam ni kita cuba siasat," cadang Shiqin.

"Elok juga tu. Janet, apa kata cuba awak kaji nombor telefon si hantu tu," cadang Elyana pula.

"Sekarang pun, saya boleh kaji. Biar saya dapatkan kertas dan pen, semua sudah jadi," ujar Janet, bersetuju.

Janet mengkaji angka-angka yang terdapat dalam nombor telefon itu. 343 10-1 05. Hm, pelik. Setahu aku, tidak ada nombor telefon orang yang sebegini. Haiya, ini sungguh memeningkan kepala. Aku yakin pasti ada perkhidmatan tertentu untuk membolehkan seseorang itu menyembunyikan identiti dan nombor telefon sebenarnya, fikir Janet di dalam hati.

"Nombor 3 sama seperti Tree, pokok. 4 pula seperti seekor bangau. 10-1 seperti Ten Minus One. Sifar Lima. Apakah maksudnya?"

Janet bercakap seorang diri. Shiqin, Elyana dan Nufara memerhati catatan Janet dengan penuh minat. Muslimah diam dan tenang sahaja.


"Tunggu. Cuba kita baringkan nombor 3. Macam huruf M. Ah, apa pula dengan 4? Macam huruf A. Kita sudah dapat perkataan MAM untuk 343."

"Dan, oh apa pula 05 ini? Adakah OS? MAM 10-1 OS? Sepuluh tolak satu? Sembilan?"

"Tidak, tidak! Sepuluh tolak satu. Sepuluh = Sa Puluh. Sa Puluh tolak Satu jadi Puluh."

"Maka sekarang kita sudah dapat MAM Puluh OS?"

"MAMPUS!" Jerit Nufara! Maksud nombor telefon itu sudah terbongkar! Janet, Shiqin dan Elyana mempercayai kata-kata Janet.

"Sudah tentu, orang yang membuat panggilan curi kepada kita ini adalah orang yang sudah mampus," jelas Janet. Semua pun bersetuju.

"Malam ini kita mesti siasat!" tegas Shiqin.

Malam itu mereka berada sebilik. Telefon bimbit masing-masing diletakkan di tengah-tengah lantai beralas tikar getah. Itu bilik Nufara. Janet, Shiqin, Elyana dan Muslimah masing-masing menunggu telefon bimbit mereka berbunyi.

Jam tepat 12 malam. Telefon bimbit berbunyi satu persatu, kecuali telefon bimbit Muslimah. Semua orang sudah bergementar.

Nufara mendapat satu idea. Dia berbaring, berpura-pura tidur di sebelah telefon bimbitnya. Jari tangannya diletakkan dekat dengan butang-butang telefon bimbitnya. Dia menyuruh kawan-kawannya diam. Kawan-kawannya memahami muslihat Nufara.

Telefon bimbit berbunyi satu persatu, Nufara menekan butang 'TERIMA PANGGILAN' secepat kilat. Secepat itu juga pemanggil itu menamatkan panggilan.

"Kena! Padam muka kau, habis kredit!" Nufara tergelak-gelak. Kawan-kawannya yang lain turut tergelak-gelak.

Telefon bimbit berbunyi lagi. Kali ini bukan telefon bimbit Nufara. Telefon bimbit Muslimah jauh sekali. Nufara pun menekan butang telefon Janet lalu secepat itu juga dia menjerit:

"Padam muka. Yeyeh! Wek!" Nufara sempat mengejek si pemanggil.

"Haiya! Ini orang, siapa? Mana Janet?" Tiba-tiba kedengaran suara seorang mak cik. Nufara syak itu pasti ibu atau saudara mara Janet.

"Eh, maaf, Auntie!" Nufara memberikan telefon tersebut kepada Janet, "Emak you!"

Janet membeliakkan mata. Dia mengambil telefon itu dari tangan Nufara. Diperhatikannya nombor telefon. Ya, nombor telefon emaknya.

Janet bercakap seketika. Tiba-tiba air muka Janet berubah. Janet mencampakkan telefon bimbit.

"Bukan. Itu bukan mama I!" Janet ketakutan. Nufara melihat nombor telefon. 343 10-1 05. Ah, pandai sekali hantu itu menyamarkan diri.

"Apa dia kata, Janet?" Shiqin menggoncang-goncangkan bahu Janet. Bimbang. Cemas.

"Dia kata, ini malam, kita semua jangan buka tingkap atau pintu bilik. Ada benda memerhati dan mencari kita semua!"

Semua pelajar siswi itu ketakutan. Mereka duduk diam-diam di dalam bilik. Tiba-tiba pintu kedengaran diketuk-ketuk. Ketukan itu makin kuat. Banyak sungguh tangan yang mengetuk pintu bilik. Mereka juga mendengar bunyi tapak kaki dan besi diheret rapat ke lantai. Berdesing bunyinya. Semua pelajar siswi itu berpelukan.

"Apa kata kita buka lampu?" cadang Muslimah.

"Takut..." tutur Elyana, ketakutan.

"Apa kita kita menjerit beramai-ramai?" cadang Shiqin pula.

"Setuju..... Aaaaaaaaa," Nufara menjerit perlahan-lahan.

"Aaaaaaaahhhhhhh, makkkkkk!!!! Tolong kamiiiii!!!!!! Tolong kamiiii. Kami anaaaak daraaaa ayuuuu!!!!!" Mereka semua menjerit beramai-ramai.

Jeritan itu kedengaran begitu kuat sehingga ke luar kawasan asrama.

"Dam!" Pintu bilik ditendang dengan begitu kuat. Beberapa orang berpakaian jubah dan berserban datang menyerbu. Di kalangan mereka itu ada seorang felo asrama.

"Ahh... nasib baik tok bomoh tahu!" Elyana menangis teresak-esak.

"Bomoh? Bomoh mana?" Dr. Fatima, Felo Blok Siswi bertanya, terpinga-pinga.

"Kami dari Jabatan Pencegah Maksiat, kami mendapat laporan ada beberapa orang lelaki datang ke blok kamu, jadi kami mahu memeriksa bilik kamu," jelas salah seorang lelaki berjubah coklat.

Nufara, Shiqin, Elyana, Muslimah dan Janet terpinga-pinga. Sehingga ke hari ini peristiwa seram itu masih diingati. Misteri panggilan berhantu dan peristiwa pelajar-pelajar ternampak kelibat beberapa lembaga lelaki datang ke blok mereka masih menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.

Apabila ditanya soalan mengenai rupa lelaki-lelaki itu kepada seorang saksi, saksi itu pun mengatakan:

"Tinggi macam pemain bola keranjang. Hitam gelap. Semuanya botak dan bogel tanpa pakaian. Hitam berkilat macam orang minyak! Saya tak nampak jelas sebab gelap sangat, tapi badan mereka tegap dan sasa memang macam lelaki. Takkanlah perempuan badan macam tu!"

SEKIAN.

Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com


Cerita kenit seram ini adalah hasil tulisan Amiene Rev. Anda tidak dibenarkan menerbitkan semula karya ini di mana-mana blog atau dalam apa jenis penerbitan pun tanpa kebenaran Amiene Rev. Sekiranya anda berminat atau menyukai cerita ini, ajaklah kawan-kawan datang ke blog ini. Cerita seram ini akan disiarkan seminggu sekali. Semoga terhibur.

Khamis, Julai 24, 2008

Al-Fatihah Shera Cuppa Coffee - Yang Telah Pergi Ke Rahmatullah


Dedikasi untuk Allahyarham Cikgu Shera
http://dearshera.blogspot.com/
Kembali ke Rahmatullah pada 22/7/2008
Terlibat dalam kemalangan di Sepang
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Hari ini
kulihat langit itu mendung
dan aku merasai hujan itu
pasti mahu turun

Turunnya hujan itu
kerana tangisan perpisahan
dan aku entah bagaimana
turut merasainya

Baru tiga belas Julai lalu
engkau menyambut hari jadi
baru dua puluh Julai lalu
kau bawa suamimu ke tempat nostalgia
dan empat belas Julai lalu
engkau bercerita tentang usia muda

Dan dua puluh tujuh Jun lalu
engkau menyedari bahawa wira itu
wujud dalam diri setiap orang

Dan engkau menulis jurnal
untuk anak-anakmu

Sejujurnya aku tidak mengenalimu
Tetapi simpatiku tidak mahal untuk itu

Semoga keluargamu tabah
menghadapi kehidupan ini
Dan semoga kau aman di sana.

Al-Fatihah

Rabu, Julai 23, 2008

What is Shuffle, Hip Hop and Street Dance's Different?


Shuffle, Hip Hop and Street Dance: What is the different?
Perbezaan Antara Tarian Shuffle, Hip Hop dan Street Dance
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Tarian Shuffle tidak sama seperti tarian Hip Hop, tetapi tarian Hip Hop atau Hip Hop Dance seakan-akan sama dengan Street Dance atau Tarian Jalanan. Jadi apakah perbezaan antara Hip Hop Dance dengan Street Dance. Street Dance dikatakan lebih kepada tarian bebas.



Video di atas menunjukkan salah satu asas dalam Hip Hop Dance. Kita dapati pergerakan Hip Hop lebih menyeluruh kepada seluruh anggota badan, manakala Shuffle Dance pula adalah terfokus pada gerakan kaki menyusun rentak mengikut irama lagu. Shuffle adalah salah satu daripada elemen Tap Dance. Masih ingat dengan tarian kulit kasut keras? Tap Dance adalah tarian yang membentuk irama atau susunan muzik berdasarkan hentakan kasut ke lantai yang keras, tetapi Shuffle pula adalah tarian kaki yang mengikut rentak lagu yang dipasang.



Video di atas menunjukkan asas-asas dalam tarian Shuffle iaitu, Shuffle, Running Man dan Transition. Transition boleh dikatakan sebagai gabungan kepada Shuffle dan Running Man. Tarian Shuffle kini semakin popular di kalangan remaja di negara Malaysia. Video berikut adalah versi Tarian Shuffle, iaitu Hard Style dan Jump Style.



Video di atas adalah video perbandingan antara dua versi Shuffle Dance. Jadi bagaimana kita hendak membezakan HardStyle dengan Jumpstyle? Gerakan tarian Shuffle yang melompat-lompat itu ialah JumpStyle. Sekarang kita lihat pula Street Dance. Menari dengan penuh kebebasan.



Video di atas ini sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan bagi sesiapa yang berminat untuk berlatih asas Street Dance atau untuk tujuan persembahan. Sekarang, apa kata kita lihat apa itu kebebasan dalam Street Dance? Ya, Street Dance adalah sejenis tarian bebas yang boleh dibentuk tidak kira dalam apa jua keadaan pun, fleksibel, dan tidak terikat dengan gaya yang konkrit. Apa yang penting dalam Street Dance, ialah kreativiti, daya imbangan badan, kemahiran dan sebagainya. Hip Hop mempunyai koreografi yang boleh dikatakan seragam, berbeza dengan Street Dance yang selalunya dilihat wujud harmoni biarpun ahli-ahli kumpulan menari dengan pelbagai gaya yang berbeza.



Video di atas ini adalah Hip Hop Dance, tarian secara berkumpulan. Jadi, bagaimana pula dengan Street Dance? Mungkin, Street Dance adalah versi kebebasan bagi Hip Hop Dance atau Hip Hop Dance adalah salah satu struktur asas dalam Street Dance?

Saksikan kebebasan dalam Tarian Jalanan di video klip di bawah ini:



Apa pun Street Dance, Shuffle atau Hip Hop Dance, kesemua tarian ini adalah satu transisi budaya. Hubungan antara kaum kulit hitam dan kulit putih berjaya dirapatkan menerusi tarian. Kini, Street Dance, Shuffle dan Hip Hop Dance menjadi salah satu cara mewujudkan keharmonian kaum di kalangan generasi muda. Apa yang penting, ialah kesefahaman antara ahli-ahli kumpulan, semangat berpasukan, dan semangat juang seorang penanding dalam bidang tarian.

Saksikan video hebat dan menarik mengenai pertandingan Street Dance di bawah ini:



Selasa, Julai 22, 2008

Lirik Lagu: Aku Blogger, Kau Peduli Apa?

Diari 22 Julai 2008
Sekarang ini, buat sementara waktu, aku duduk-duduk saja di rumah. Aku mahu mohon kerja, tetapi ibu bapa aku mahu aku tunggu keputusan penuh, sebab kalau ikut keputusan itu, gajiku mahal amat. Gaji sudah cukup buat aku beli kereta dan rumah. Tapi hati aku memberontak mahu bekerja. Aku mahu bekerja dan bekerja! Orang kata aku ini workaholic. Ya, tapi kini aku seolah-olah seorang blogger professional. Aku sudah berkali-kali terima cek daripada pihak-pihak tertentu, kompeni-kompeni tertentu. Cek duit. Karya-karya aku sudah ada yang ditempah, sudah ada yang terbit, sudah ada yang diciplak (aduh, sedihnya), dan sudah ada yang buat duit.

Aku ada jadual blogger aku sendiri, aku juga ada masa melayan teman-teman, kenalan dan peminat aku di Friendster. Satu bulan hampir seribu orang menjenguk ke profil Friendster aku. Satu hari berpuluh-puluh komen aku terima. Aku, tetap aku, seorang blogger, seorang penulis jurnal. Aku Amiene Rev, oh, sebagai blogger, aku ada panggilan depan, Duke. Itu mewakili keturunan aku... tidak lupa asal usulku. Dan ini, ada lirik lagu. Lirik ini, aku dedikasikan buat semua blogger. Semua sekali, tidak kira kawan, lawan, kenalan atau syaitan. Ya, musuh aku semuanya macam syaitan sahaja (kan sudah termaktub syaitan itu berdendam, berhasad, berdengki sama kita orang-orang yang bergelar manusia?)



Aku Blogger, Kau Peduli Apa?
Penulis Lirik: Amiene Rev
Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

Setiap hari aku menulis
meletak tarikh dan masa
diariku, luahanku, ceritaku

Cuma di laman sempit ini
tetapi bisa di Google
kan ketemu aku
seorang Blogger

Ini adalah suara
kebebasanku
hujahku debatku tangisku
ceriaku pesonaku kutukanku

Dan aku cuma memetik
petak-petak kecil cilik
berisi abjad-abjad ini
hingga terpercik tempias kata-kata

Cuma di laman sempit ini
tetapi bisa di Google
kan ketemu aku
seorang Blogger

Lalu apa kau peduli!
Lalu apa kau peduli!

Ini adalah suara
kebebasanku
hujahku debatku tangisku
ceriaku pesonaku kutukanku

Lalu apa kau peduli!
Lalu apa kau peduli!

Cuma di laman sempit ini
tetapi bisa di Google
kan ketemu aku
seorang Blogger

Lalu apa kau peduli!
Lalu apa kau peduli!

Cuma di laman sempit ini
tetapi bisa di Google

kebebasanku
hujahku debatku tangisku

seorang Blogger

Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com


Entri berkaitan:

Lirik Lagu Amiene Rev: Aku Manusia, Kau Cuma Bayang-bayang

Isnin, Julai 21, 2008

Pelik bin Ajaib - Rekabentuk Bangunan Unik Siri 1


The Dancing House, Prague
Rumah Menari atau Rumah Mabuk
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Rumah Menari yang juga dikenali sebagai Rumah Mabuk, adalah sebuah bangunan pejabat yang terletak di Prague, Republik Czech. Bangunan ini direka oleh arkitek berbangsa Croatia, Vlado Milunic dengan kerjasama Frank Gehry, arkitek dari Kanada. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1994 dan berakhir pada tahun 1996.

Rumah Menari ini adalah simbolik kepada lelaki dan wanita (Ginger Rogers dan Fred Astair) yang sedang menari bersama. Sebelum ini, bangunan ini dikenali sebagai Rumah Fred dan Ginger.

Rekaan rumah ini yang pelik menimbulkan kontroversi pada awalnya. Namun, pada tahun 2005, Bank Negara Czech telah mengeluarkan syiling emas dengan ukiran Rumah Menari atau juga dikenali sebagai The Dancing House ini, sebagai syiling terakhir dalam siri "10 Centuries of Architecture".


Rumah ini walau bagaimana pun digunakan untuk aktiviti pejabat dan tidak terbuka untuk kunjungan umum pada ketika ini.


Dancing House (Tančící dům)
Rašínovo nábřeží 80
120 00 Praha 2 (Prague)
Czech Republic


Sumber:
Wikipedia.com
Galinsky.com

NOTA: Siri Rekabentuk Bangunan Unik ini akan menemui atau ditemui anda pada setiap hari Isnin, bermula minggu ini.

Ahad, Julai 20, 2008

Lirik Lagu Aku Manusia, Kau Cuma Bayang-bayang

Aku Manusia, Kau Cuma Bayang-Bayang
Lirik Oleh: Amiene Rev
Hakcipta Terpelihara (C) 2008
Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

Sedangkan langit
mengalirkan air mata

Sedangkan hujan
rela menngucup tanah

Inikan pula aku yang bergelar manusia
Pemegang pahala
Pemegang dosa derhaka

Sedangkan langit
mengalir air matanya

Sedangkan hujan
rela mengucup tanah
lembab legam

Sedari engkau di mataku
tidak ada sesiapa
cuma satu bayang-bayang

Aku fikir sekali itu sahaja
tiada dua, tiga atau pun lima
hatiku tetap satu sahaja

Kucuma tahu kau bayang-bayang
Tidak pernah dapat kupegang

Kucuma sedar kau mengekoriku
Tidak pernah dengar bicaramu

Sedangkan langit
mengalir air matanya

Sedangkan hujan
rela mengucup tanah
lembab legam

Sedari engkau di mataku
tidak ada sesiapa
cuma satu bayang-bayang

Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

Jumaat, Julai 18, 2008

Parodi Cerita Seram - Siri 5

Pocong Tersengih Di Dalam Tandas
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com

Cerita seram di blog ini ditulis oleh Amiene Rev. Amiene Rev adalah seorang penulis cerita-cerita seram pendek di blog Duke Amiene Rev. Anda juga boleh memuat turun Majalah Digital Percuma Amiene Rev menerusi blog ini.

Dan cerita seram pun bermula...

Ini satu kisah seram. Begitulah kata pembuka surat yang dibuat oleh Dikmas kepadaku. Kau tahu tak kenapa Junaida tidak lagi bersekolah di sini? Semuanya gara-gara kisah seram di dalam tandas aras empat. Aku tidak tahu bagaimana lagi hendak kusampaikan cerita ini kepadamu. Junaida masih mencintaimu, Awi.

Ah! Cinta monyet semua ini? Nafsu remaja memang liar, aku begitu tandus dengan kegersangan cinta sehingga terjerumus ke lembah monyet. Cinta monyet, cinta terlarang. Ustazah Faradhiya sendiri sudah menegur kami berdua selepas surat cinta kami ditemui semasa 'spot check' tempoh hari. Kami bernasib baik kerana cuma diberi amaran.

"Bercinta ini besar tanggungjawabnya. Kamu masih mentah lagi. Masih teramat muda untuk menanggung beban orang bercinta. Sedangkan makan minum kamu pun ibu bapa kamu yang tanggung. Bagaimana kamu hendak menanggung cinta? Dengan duit ibu bapa kamu?" Begitulah teguran Ustazah Faradhiya.

Junaida masih mencintai awak, Awi. Awak jangan salah faham. Junaida tidak tahu bagaimana mahu memberitahu awak, oleh itu, biarlah aku sahaja yang memberitahu kepada awak. Er, sesiapa yang baca surat ini curi-curi. Ini makluman. Aku tak cinta Awi. Ini bukan surat cinta. Berani 'report' kepada Ustazah, aku lekuk kepala orang yang buat 'report' tu. Penyibuk betul.

Garang juga isi kandungan surat Dikmas. Dikmas, teman setia Junaida. Baru kini aku percaya. Aku terus membaca isi kandungan surat itu. Alah, Dikmas, kalau susah-susah, aku mengurat awak sajalah, tutur aku di dalam hati. Kting! Tiba-tiba wajah Junaida memegang pengguling tepung dengan tangan kanan sambil menghentak-hentakkan pengguling tepung itu ke tapak tangan kirinya terpapar di skrin imaginasiku. Mukanya masam mencuka. Matanya garang dan liar. Cemburulah tu!

Junaida pada malam itu, telah pergi ke tandas. Semasa hendak ke tandas, Junaida mendakwa telah ternampak satu lembaga mencangkung di dalam tandas. Junaida menyuluh ke dalam tandas. Dilihatnya seekor lembaga berwajah tengkorak dengan sisa-sisa daging reput merah, kuning dan hitam pada tulang-tulang tengkoraknya, dan berpakaian ala-ala pocong. Pocong itu berkata:

"Lain kali jangan guna lampu suluh. Buka lampu. Kan, dah kena kacau! Hi! Hi! Hi!" Pocong itu tersengih-sengih. Junaida terjerit-jerit ketakutan lalu berlari keluar dari tandas.

Pocong itu mengejar dari belakang. Entah bagaimana, Pocong itu terpijak selipar di luar tandas yang masih basah dan licin, lalu Pocong itu jatuh berguling-guling ke tangga ke bawah. Junaida tidak peduli, apa lagi berasa kasihan terhadap keselamatan hantu pocong itu. Dia berlari masuk ke bilik, menangis dengan kuat. Kami sebilik sudah terbangun sejak dari tadi. Lampu setiap 'dorm' dinyalakan. Ustazah Faradhiya dan beberapa orang warden lain berlari naik ke aras kami, terus mendapatkan Junaida.

Junaida menceritakan apa yang telah berlaku. Tidak ada seorang pun yang percaya cerita Junaida. Kau tahu, Awi, siapakah pocong itu? Pocong itu adalah hantu dari kawasan hutan seberang parit di luar sekolah kita!

Jadi, Awi, janganlah kau sangka yang bukan-bukan. Aku melipat surat penjelasan Dikmas itu baik-baik. Aku memejamkan mata, seakan-akan mahu menangis kerana berasa kesal dengan tanggapan negatifku terhadap Junaida selama ini. Junaida masih setia kepadaku rupanya. Aku melangkah keluar meninggalkan padang. Sejak kehilangan Junaida, aku sering menyendiri di padang ini.

Aku berjalan-jalan menuju ke parit di tepi pagar sekolah. Aku melihat-lihat sekitar di kawasan parit. Aku mendapati sebuah kubur lama di situ dan paling mengejutkan, kubur itu telah digali orang!


SEKIAN.

Sumber asal: http://dukeamienerev.blogspot.com


Cerita pendek seram ini akan disiarkan di blog Duke Amiene Rev setiap minggu sekiranya ada upaya untuk menyiarkannya. Semoga terhibur. Kalau anda suka janganlah cetak rompak cerita ini, kalau anda tak suka janganlah cetak rompak juga. Apalah salahnya kalau kalian buatkan satu jaringan blog ini ke tempat yang anda nak sampaikan cerita ni. Saya tak tahu cerita ini seram atau tidak. Apa pun, terima kasihlah sebab sudi membacanya, ya. Jumpa lagi, minggu depan.

Khamis, Julai 17, 2008

Heroes Personality Test - I am Peter Petrelli?


I've updated this post so it would fit with Sundays Scribblings theme, ghost. Do you know that Ghost is something that can travel fast, cannot be harm or die? Peter Petrelli is a such a ghost. Hiro Nakamura also such a ghost. If I can become a ghost, I would go and save the 'cheerleader' and save the world.

I attended to take this personality test at the given link above, yea you can see it blue, under the blue pictore of my result. I prefer to be Hiro Nakamura, but somehow, I was picked to be Peter Petrelli. Nevermind, both are ghosts to me!

Tapi aku lagi suka watak Hiro Nakamura!
Hiro Nakamura jujur dan ikhlas
dalam menolong orang
.

Rabu, Julai 16, 2008

Roof Garden - Model Atap Rumput - Bumbung dan Taman - Green Roof

Ini sebenarnya bilik adik perempuan saya. Tetapi kerana bilik ini panas, adik saya pun bertukar bilik dengan saya. Adik saya mendapat bilik yang sejuk, dan saya pula, mendapat bilik yang panas. Di dalam bilik saya yang baru ini terdapat almari ciptaan arwah atuk saudara saya, meja kecil (untuk laptop dan komputer), kerusi dan sebuah katil. Juga pada waktu malam, bilik ini akan bersinar-sinar pada waktu malam yang gelap kerana terdapat bintang-bintang dan bulan kepunyaan adik perempuan saya. Bilik saya yang dahulu sangat ringkas tetapi padat dengan pelbagai jenis bahan bacaan.

Di luar rumah pula adalah hutan yang tebal dan terdapat pelbagai binatang yang aneh termasuk burung merak. "Eouuwk! Eouwk!" Suara burung merak itu sungguh menyeramkan.

Masalah pertama bilik ini ialah cahaya matahari yang sangat terang. Sebelum ini adik saya menggunakan langsir dan almari sebagai penghadang cahaya suria yang panas ini, tetapi itu tetap tidak menjamin kesejukan bilik ini. Sekarang apabila saya berada di bilik ini, saya juga tidak dapat menulis novel pada siang hari kerana bahang panas akan sampai ke otak, dan mata saya turut menjadi kering. Oleh itu saya bercadang mengubahsuai bahagian luar rumah dengan memasang tirai. Sebelum ini saya mengkaji penggunaan cat ciptaan teknologi NASA yang belum diluluskan EPA. Cat yang boleh memantulkan haba yang digunakan untuk mengecat dinding roket.

Jadi saya bercadang memasang langsir di luar rumah. Jenis dan kualitinya mestilah tidak mudah diterbangkan angin, kalis air, mampu menebat haba dan radiasi cahaya, dan tidak pula terlalu berat. Saya perlu berhati-hati dalam memilih bahan pemberat langsir supaya pemberat itu tidak mengetuk cermin kaca tingkap bilik saya.

Saya juga bercadang menukar atap zink di rumah kepada atap genting. Namun, idea ini tidak mendapat sambutan daripada ayah saya. Kebetulan saya berbincang dengan salah seorang kenalan yang juga merupakan pengkarya untuk Majalah E-Zine Amiene Rev bagi edisi 1 (sudah terbit) dan Edisi 2 (bakal terbit).

Rekaan ini masih lagi dalam eksperimen. Nampaknya, sejak pulang dari Avicennia Institute of Excellence Learning, saya mula berasa bosan kerana tidak ada eksperimen yang boleh dibuat lagi. Oleh itu, bilik dan persekitaran luar rumah saya akan menjadi tajuk kajian saya. Adakah perbuatan saya ini akan diizinkan oleh ibu dan ayah saya?


Saya perlu memastikan berat bahan-bahan yang digunakan untuk mencipta atap rumput di rumah saya tidak membebankan struktur binaan rumah yang asal. Juga, menyediakan ruang dan kedalaman tanah yang secukupnya iaitu sekitar 10cm ke 20cm. Tapi saya anggarkan 15cm sudah mencukupi sebab saya bercadang mahu menanam rumput sahaja.

Lapisan penapis air atau water proofing element perlu dipasang pada dasar rekaan atap rumput ini. Saya bercadang menanam rumput yang jenis mudah subur, tidak perlukan penjagaan rapi dan boleh menyerap haba dan air hujan dengan baik. Saya sedang meneliti apakah jenis objek kasar dan pejal yang sesuai untuk dilambakkan di bahagian dasar tapak atap rumput atau roof garden saya ini. Ini bagi mewujudkan pengudaraan. Seramik merupakan asas bahan itu nanti. Saya tidak pasti idea menggunakan aluminium foil adalah suatu pilihan yang bijak.

Cuba bayangkan jika model atap rumput atau bumbung taman digunakan di seluruh negara. Apakah yang akan berlaku? Tentu kita akan dapat mengurangkan risiko banjir kilat, menambahkan kandungan oksigen di dalam udara, menyejukkan persekitaran.

Saya berharap di Malaysia ini akan ada Persatuan Bumbung Taman dan Atap Rumput. Mungkin rakyat kita akan dapat menimba ilmu pengetahuan berkaitan atap bumbung ini. Saya, Amiene Rev, berhasrat menjadi seorang pencinta alam sekitar, oleh itu saya sangat berasa bersyukur sekiranya idea mewujudkan atap bumbung ini diluluskan oleh ayah saya.

Selasa, Julai 15, 2008

What Your Birthday Mean To You?


Your Birthdate: November 24. You understand people well and are a natural born therapist. A peacemaker, people always seem to get along when you are around. You tend to be a father or mother figure to friends, even to those older than you. You enjoy your role, and you find that you are close to many people.

NOTA: 100% tepat!

Your strength: Your devotion (macam Naruto pun ada)

"Let’s first look at devotion. The first component of devotion is love. Love is primarily self-giving — giving yourself to your beloved through feelings, thoughts, and deeds. So, devotion involves giving of yourself, loyally and with deep affection.

The second principal component of devotion is humility — humbling yourself before your beloved. Devotion, in the sense of our special technique, is to love and consciously humble yourself before the beloved: Spirit.

A person practicing this form of devotion strives daily to let go of pride and arrogance — and give of the self. In pride and arrogance we are unable to give love. We are so engrossed in our own thoughts and attainments that we have no love to spare. Or, we can be so engrossed in our own frustrations and fears that we have no love to give. In either case, our attention is concentrated on our personal feelings." - What is Devotion?


Your weakness: Reliance on others for happiness (macam Naruto).

Your power color: Lilac (Macam warna Lavender)

Wikipedia: The color lilac may have symbolic meaning in certain contexts. In academic dress, lilac symbolizes a doctoral degree in dentistry. The color is also commonly associated with lesbianism. Other shades of purple have varying meanings.

WikiAnswer: Lilac is a spiritual color, blending blue, red and white. It is softened by experience and enhanced by knowledge. In intensity, it is close to the pink of friendship. Lilac is a Symbol of peace and tranquillity.


Your power symbol: Heart (Ikut sukalah!)

Your power month: June (Ini syirik, tak boleh percaya!)

Resource:
What Does Your Birth Date Mean?