BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Julai 10, 2008

Falsafah Kehidupan Amiene Rev


Falsafah Kehidupan Amiene Rev
Sumber Asal: http://dukeamienerev.blogspot.com

"Di dalam kehidupan ini, ada tiga perkara yang tidak perlu dibebankan ke dalam pemikiran manusia, tetapi cukuplah sekadar membuat persediaan untuk menghadapinya. Tiga perkara itu ialah kematian, jodoh dan zuriat." - Amiene Rev

"Kematian, akan datang dan tidak dapat dilengah-lengahkan biar sesaat pun, kerana ini adalah ketentuan Tuhan. Maka manusia cukuplah dengan mengadakan persediaan untuk menghadapi alam selepas kematian." - Amiene Rev

"Jodoh, adalah penentu kepada kewujudan seseorang insan, dan oleh itu cukuplah bagi seseorang insan itu membuat persediaan agar dapat menanggung dan memimpin kehidupan berkeluarga dengan penuh bertanggungjawab pada kemudian hari." - Amiene Rev

"Zuriat itu adalah atas kehendak Tuhan, maka cukuplah dengan membuat persediaan agar kita mampu dan berupaya untuk mengadakan kemudahan dan kebajikan untuk segala-galanya pada kemudian hari." - Amiene Rev

Segala-galanya terletak pada niat dan usaha, dan Tuhan itu adalah berkuasa sebagai Penentu ke atas setiap sesuatu.