BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Julai 23, 2008

What is Shuffle, Hip Hop and Street Dance's Different?


Shuffle, Hip Hop and Street Dance: What is the different?
Perbezaan Antara Tarian Shuffle, Hip Hop dan Street Dance
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Tarian Shuffle tidak sama seperti tarian Hip Hop, tetapi tarian Hip Hop atau Hip Hop Dance seakan-akan sama dengan Street Dance atau Tarian Jalanan. Jadi apakah perbezaan antara Hip Hop Dance dengan Street Dance. Street Dance dikatakan lebih kepada tarian bebas.



Video di atas menunjukkan salah satu asas dalam Hip Hop Dance. Kita dapati pergerakan Hip Hop lebih menyeluruh kepada seluruh anggota badan, manakala Shuffle Dance pula adalah terfokus pada gerakan kaki menyusun rentak mengikut irama lagu. Shuffle adalah salah satu daripada elemen Tap Dance. Masih ingat dengan tarian kulit kasut keras? Tap Dance adalah tarian yang membentuk irama atau susunan muzik berdasarkan hentakan kasut ke lantai yang keras, tetapi Shuffle pula adalah tarian kaki yang mengikut rentak lagu yang dipasang.



Video di atas menunjukkan asas-asas dalam tarian Shuffle iaitu, Shuffle, Running Man dan Transition. Transition boleh dikatakan sebagai gabungan kepada Shuffle dan Running Man. Tarian Shuffle kini semakin popular di kalangan remaja di negara Malaysia. Video berikut adalah versi Tarian Shuffle, iaitu Hard Style dan Jump Style.



Video di atas adalah video perbandingan antara dua versi Shuffle Dance. Jadi bagaimana kita hendak membezakan HardStyle dengan Jumpstyle? Gerakan tarian Shuffle yang melompat-lompat itu ialah JumpStyle. Sekarang kita lihat pula Street Dance. Menari dengan penuh kebebasan.



Video di atas ini sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan bagi sesiapa yang berminat untuk berlatih asas Street Dance atau untuk tujuan persembahan. Sekarang, apa kata kita lihat apa itu kebebasan dalam Street Dance? Ya, Street Dance adalah sejenis tarian bebas yang boleh dibentuk tidak kira dalam apa jua keadaan pun, fleksibel, dan tidak terikat dengan gaya yang konkrit. Apa yang penting dalam Street Dance, ialah kreativiti, daya imbangan badan, kemahiran dan sebagainya. Hip Hop mempunyai koreografi yang boleh dikatakan seragam, berbeza dengan Street Dance yang selalunya dilihat wujud harmoni biarpun ahli-ahli kumpulan menari dengan pelbagai gaya yang berbeza.



Video di atas ini adalah Hip Hop Dance, tarian secara berkumpulan. Jadi, bagaimana pula dengan Street Dance? Mungkin, Street Dance adalah versi kebebasan bagi Hip Hop Dance atau Hip Hop Dance adalah salah satu struktur asas dalam Street Dance?

Saksikan kebebasan dalam Tarian Jalanan di video klip di bawah ini:



Apa pun Street Dance, Shuffle atau Hip Hop Dance, kesemua tarian ini adalah satu transisi budaya. Hubungan antara kaum kulit hitam dan kulit putih berjaya dirapatkan menerusi tarian. Kini, Street Dance, Shuffle dan Hip Hop Dance menjadi salah satu cara mewujudkan keharmonian kaum di kalangan generasi muda. Apa yang penting, ialah kesefahaman antara ahli-ahli kumpulan, semangat berpasukan, dan semangat juang seorang penanding dalam bidang tarian.

Saksikan video hebat dan menarik mengenai pertandingan Street Dance di bawah ini: