Setiap Gambar Ada Cerita - Siri 2
Photo Received Via Forwarded E-mail.
Original Story By Amiene Rev (C) 2008.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata.
Original Story By Amiene Rev (C) 2008.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata.
"Naseem!" Kuat sekali laungan Encik Umar. Suaranya berkumandang menggegarkan gerabak keretapi yang sedang meluncur laju di landasannya.
Naseem yang berada di gerabak sebelah terkejut. Dia memasang telinga lagi, takut-takut tersalah dengar.
"Naseem! Cepat pergi ke pintu keluar! Pintu tersangkut!"
"Kenapa mahu pergi ke pintu keluar? Pintu gerabak kan ada?"
"Pintu gerabak sudah sangkut! Ini bawa makanan ini ke garabak kamu! Cepat!" Encik Umar melaung lagi.
"Angin kuat sekarang! Kita tunggu keretapi perlahan sedikit!" Naseem memijak jerjak-jerjak besi di luar keretapi. Dia memegang kuat pada palang pintu keluar keretapi.
Perbuatan mereka berdua yang seolan-olan mencari maut itu menarik perhatian penduduk di sekitar kawasan luar. Ada yang terjerit-jerit seperti terkena histeria. Namun keretapi terus bergerak laju.
"Kita mesti mahu menghantar makanan ini kepada pelanggan yang memesannya. Mati sekali pun, kita sudah berjanji! Kita mesti tunaikan!" ujar Encik Umar dalam nada melaung.
Dup! Dup! Dup! Keretapi bergegar kerana memijak landasan keretapi yang kurang rata. Naseem hampir-hampir terjatuh. Dia memanjangkan lengannya, menolak seluruh otot-otot bahu dan lengannya. Urat-urat di lengannya hampir tercabut.
"Sedia! Ambil!" Encik Umar menghulurkan dulang berisi makanan dan minuman menerusi tingkap keretapi dari gerabak sebelah. Naseem menyambutnya. Tangannya agak menggigil.
"Berjaya!"
Naseem perlahan-lahan membawa masuk makanan yang di atas dulang itu. Sebaik-baik sahaja dia menarik nafas lega dan mengimbangi badannya untuk berjalan semula di dalam gerabak, dilihatnya para penumpang semuanya terpaku memandang ke arahnya.
"Siapa Encik Amran, yang telefon minta telur separuh masak, roti bakar dan kopi panas?" Sambil berlagak tenang, Naseem bertanya kepada semua penumpang.
"Saya!" Lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu menyahut. Dia tiba-tiba mengangkat kedua-dua belah tangannya ke arah paras dada seperti mahu berdoa, sebelum bertepuk tangan beberapa kali. Penumpang-penumpang yang lain turut bertepuk tangan.
|