BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Pantai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantai. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 23, 2012

Budak Tewaskan Buaya Dengan Mencucuk Mata Buaya Ketika Kaki Digigit Buaya

Buaya Air Masin Sepanjang 2 atau 3 Meter Gigit Peha Budak Tewas Dicucuk Atau Ditumbuk Matanya
Kedua-dua petikan berita ini menerangkan mengenai bagaimana tingkah laku buaya air masin semasa menggigit mangsanya. Buaya memburu mangsa secara senyap-senyap. Mangsa yang leka akan tewas, mangsa yang peka akan terselamat sekiranya buaya itu kecil dan tidak cekap. Budak itu juga digigit di dua tempat iaitu pertama di Pantai Pasir Panjang dan Pasir Pasir Pandak. Buaya di Pantai Pasir Panjang sepanjang 2 meter, manakala di Pasir Pandak pula sepanjang 3 meter. Sungguh aneh laporan kedua-dua berita ini.


FAKTA DARI BERITA KOSMO:
Mangsa: Pelajar berusia 14 tahun
Pemangsa: Buaya sepanjang 2 meter
Cara Menewaskan Pemangsa: Cucuk mata dan tendang badan buaya. 
Lokasi: Pantai Pasir Panjang
Masa: Awal pagi

Tumpas bila mata dicucuk
Sumber: KOSMO

Austin Chin mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.

KUCHING – Tindakan berani seorang remaja menendang kepala dan mencucuk mata seekor buaya dengan jari tangannya berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi korban reptilia ganas itu ketika dia mandi-manda bersama rakan di pantai Pasir Panjang dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Ashley Austin Chin, 14, bersama lima rakan bermandi-manda selepas selesai memancing sebelum kaki kanannya tiba-tiba disambar buaya serta mengheretnya ke dalam air.

Panik diheret dan bergelut kira-kira tiga minit dengan reptilia sepanjang dua meter itu, Ashley terus menjerit dan meronta-ronta.

Dia akhirnya sempat menendang kepala Sang Bedal sebelum reptilia itu cuba pula menerkam kaki kirinya.

“Pada mulanya saya ingat kawan saya bermain dan menarik kaki saya, namun selepas saya berpusing ke belakang, saya ternampak seekor buaya.

“Saya sempat berpusing dua kali dalam air walaupun kaki masih dalam mulut buaya dan tendang kepala sambil mencucuk mata buaya itu dengan jari tangan hinggalah kaki saya dilepaskannya,” ceritanya kepada Kosmo! ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam.

FAKTA DARI BERITA HARIAN METRO:
Mangsa: Pelajar berusia 14 tahun
Pemangsa: Buaya sepanjang 3 meter
Cara Menewaskan Pemangsa: Tumbuk mata dan tendang badan buaya.
Masa: Pagi
Lokasi: Pantai Pasir Pandak

Buaya ‘ngap’ paha budak
Sumber HMETRO


SAKIT...Ashley Austin dirawat di HUS menunjukkan kesan luka di kaki dan betis, semalam.

KUCHING: “Mulanya, saya menyangka rakan bergurau dengan menarik paha, namun sebaik menoleh, saya melihat mereka berdiri agak jauh daripada saya.
“Saya kemudian mengesyaki ada yang tak kena lalu terus meraba lalu terkejut apabila merasai sesuatu benda berkulit keras menggigit kedua-dua paha saya,” kata Ashley Austin Chin, 14, yang terselamat biarpun dibaham buaya air masin di pantai Pasir Pandak, dekat sini, pagi semalam.

Berikutan itu, katanya, dia memberanikan diri dengan menumbuk mata serta badan buaya yang sepanjang lebih tiga meter itu untuk melepaskan gigitannya.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong itu mengalami luka di kedua-dua paha.

Sebelum kejadian, Austin berkata, dia bersama lima rakan pergi ke pantai berkenaan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari bandar raya ini untuk mandi sempena cuti sambutan Aidilfitri, kira-kira jam 7 pagi.

Selepas hampir setengah jam menghabiskan masa dengan mandi, dia tiba-tiba terasa sesuatu cuba menggigit pahanya.

“Ketika itu, saya langsung tidak terfikir digigit buaya kerana pantai berkenaan sering dikunjungi orang ramai, terutama setiap hujung minggu.

“Malah, ketika kedua-dua paha saya dibaham, saya masih mampu mengelak dan cuba menepis. Apabila gigitannya semakin kuat, barulah saya segera melawan untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Austin berkata, dia menggunakan seluruh kudrat untuk menumbuk mata buaya itu.

“Hanya itu cara terakhir dan kudrat yang saya ada. Mungkin tumbukan tepat pada mata buaya berkenaan menyebabkan ia melepaskan gigitannya dan kesempatan itu juga saya gunakan untuk menendang badannya,” katanya.

Austin bersyukur kerana terselamat daripada maut, namun menyesal kerana sebelum kejadian, ibu memang tidak membenarkan dia mandi di situ kerana bimbangkan keselamatannya.

“Saya tidak mengendahkan larangan itu, sebaliknya menuruti ajakan rakan yang merancang untuk mandi-manda di pantai berkenaan,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu.


Jumaat, November 18, 2011

Beribu-ribu Ikan Piranha Makan Orang Terlepas Di Pantai Sao Paulo

Laporan berita ada mengatakan bahawa beribu-ribu ikan piranha dari spesis makan daging atau karnivor telah terlepas di pantai. Sekali imbas, pantai bermaksud lautan air masin. Mungkin ada pembaca yang keliru dan menganggap bahawa bencana dunia sedang berlaku, apabila piranha mungkin akan merebak ke semua bahagian lautan dan pantai-pantai di seluruh dunia. Setelah diselidik beberapa laporan berita dari luar negara, didapati bahawa pantai yang dimaksudkan di sini ialah sebuah sungai. Kehadiran piranha di sungai tersebut boleh dikesan menerusi tompok-tompok darah di permukaan air yang membawa maksud, piranha sudah mendapat mangsanya.

SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang. Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu. “Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV. Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22. “Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki. Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya. Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi. Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert. Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi

SAO PAULO, Brazil - Thousands of flesh-eating piranhas have appeared along a river beach popular with tourists in western Brazil, attacking unwary swimmers. A spokesman for the municipal government of Caceres in Mato Grosso state says at least 15 people have been bitten in the past two weeks off Daveron beach. Nobody has died, but some swimmers have lost toes, and spokesman Gonzaga Junior says others have lost chunks of their legs and ankles. VIDEO: Girl catches piranha in Texas lake Junior says piranhas are common in rivers on the outskirts of the city. But this is the first time they have appeared in waters off the beach inside the city. Large posters have been posted on the beach to warn swimmers about the fish.

SAO PAULO — Thousands of flesh-eating piranhas have infested a river beach popular with tourists in western Brazil and have bitten at least 15 unwary swimmers, authorities said Wednesday. Officials in the city of Caceres in Mato Grosso state said this is the first time they have had a problem with piranhas at the Daveron beach on the Paraguay river, where the aggressive fish began schooling about two weeks ago. "People have got to be very careful. If they're bitten, they've got to get out of the water rapidly and not allow the blood to spread," firefighter Raul Castro de Oliveira told Globo TV's G1 website. Elson de Campos Pinto, 22, was bitten Sunday. "I took a dip in the river and when I stood up, I felt pain in my foot," Pinto told G1. "I saw that I had lost the tip of my toe. I took off running out of the river, afraid that I would be further attacked because of the blood. I'm not going back in for a long time." City officials said the beach will remain open because it's an important draw for tourists in Brazil's Pantanal region, known for its ecotourism. Each September, Caceres hosts what local officials bill as Brazil's biggest fishing festival, a weeklong event that draws 200,000 people for fishing tournaments and concerts. Gonzaga Junior, a spokesman for the city government, said he didn't think the piranha attacks would hurt that event since it is many months away. He tried to put the best face on the problem. "Everyone knows there are piranhas in the region and have always taken the necessary precautions," he said. "What is different this time is that they've appeared where they never appeared before." The city has seen far fewer people than normal use the beach recently because of the piranha attacks. It was deserted Tuesday, a national holiday in Brazil, normally a heavy beach day. Officials have put up large signs warning swimmers about the piranhas, reading in blood red letters: "Attention swimmers. Area at risk of piranha attacks. Danger!" Local fisherman Hildegard Galeno Alves said that when he throws out a fishing net near the beach of late he catches numerous piranhas. "I come here with my kids and I always see blood on the river banks," he told G1. "The worst is that the attacks are in shallow water, next to the bank." Despite making his living off the river, Alves left no doubt about his feelings for the water. "I would never even think of going in there," he said. The Associated Press

Ikan piranha terlepas ke sungai
Thailand Berita Harian, 31 Mei 2004
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand semalam memberi amaran kemungkinan ikan piranha terlepas ke dalam sungai berikutan tindakan pengedar ikan pemakan daging itu membuangnya bagi mengelak dikesan polis. Namun, buat masa ini tiada sebarang tanda-tanda wujudnya ikan yang berasal dari Amerika Selatan itu ditemui dalam sungai atau saliran Bangkok ketika pakar meminta masyarakat bertenang. Tahun lalu ketika pihak berkuasa melancarkan operasi mengesan penjualan spesies binatang eksotik yang tidak didaftarkan, polis merampas 112 ekor piranha dan mengancam mendakwa peniaga terbabit. “Tetapi tiada seorang pun pemilik dan penternak ikan berkenaan ditemui,” kata pegawai polis Kol Wichit Nanthawong. –AFP

Jumaat, Oktober 14, 2011

Sengat pari keluar ikut pangkal kemaluan zakar

Berita yang agak pelik ini berkaitan dengan sengat pari yang berada di dalam badan seorang manusia. Sengat pari terkenal dengan bisanya yang mampu membunuh. Crocodile Hunter dilaporkan terbunuh kerana terkena sengat ikan pari. Barangkali manusia ini pernah termakan sengat ikan pari. Sengat ikan pari itu berada di dalam tubuhnya. Namun, menurut mangsa, peristiwa terkena sengat pari itu bermula semasa beliau berusia 15 tahun, di mana sengat pari itu tercucuk di bahagian punggungnya semasa beliau berjoing di Pantai Teluk Lipat. Ini juga menunjukkan bahawa Pantai Teluk Lipat terdapat banyak ikan pari sehingga wujudnya kebarangkalian tercucuk sengat ikan pari.

DUNGUN: Penderitaan pekerja penyelenggaraan tertusuk sengat pari sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat sepanjang lima sentimeter terkeluar di pangkal kemaluannya, kelmarin.

Che Mohd Nurul Che Anuar, 23, terkejut selepas mendapati sengat itu terkeluar bergegas ke Hospital Dungun, sebelum menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan sepenuhnya sengat berkenaan. Katanya, sepanjang bulan ini, dia sering mengalami sakit sekeliling pinggang termasuk kedua-dua belah kaki hingga tidak dapat melakukan kerja berat. “Sabtu lalu, saya mengalami sakit yang amat sangat di bahagian pundi kencing dan apabila membuat pemeriksaan, saya disyaki mengalami masalah urat tersepit di bahagian belakang badan.

“Bagaimanapun, ketika hendak mandi jam 2.30 petang kelmarin, saya menjerit kerana kesakitan dan mendapati ada benda kecil tajam terkeluar di pangkal zakar.

“Ketika pembedahan saya terkejut melihat benda tajam itu adalah sengat pari yang tertanam sejak lapan tahun lalu,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, sebaik sengat itu dikeluarkan, kesakitan di sekeliling pinggang dan kedua-dua kakinya yang lenguh, hilang sekelip mata.

Menceritakan kembali peristiwa terkena sengat pari, Che Mohd Nurul berkata, kejadian berlaku ketika dia berusia 15 tahun dan berehat di tepi pantai selepas berjoging di Pantai Teluk Lipat.

Katanya, apabila menyedari sengat pari tercucuk di punggung, dia cuba menarik keluar, tetapi semakin ditarik sengat itu kian bergerak ke dalam daging punggungnya.

Beliau berkata, disebabkan gagal mengeluarkan sengat itu, dia terus ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk melakukan pembedahan.