BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Khamis, Julai 18, 2013

Perpaduan dan Persaudaraan Islam: Dari Quran dan Hadis

Ayat-ayat Al-Quran Berkenaan Perpaduan dan Persaudaraan Dalam Islam

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya.” (Quran; Ali-Imran, 3: 103)

Dan tolong-menolonglah kalian dalam melaksanakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan. (Quran, Al-Maidah, 5:2)


“Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.” (Quran; Al-Anfal, 8:1)

Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah-belah tentangnya. (Quran; Asy syura, 26:13)


Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Quran, al-Hujurat, 49:10)

Hadis Perpaduan dan Persaudaraan Islam

Rasulullah saw bersabda : "Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam : jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka bertanyalah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah' , dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke kubur)." (HR Muslim)


Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jalinlah hubungan silaturrahim, solatlah di waktu malam tatkala orang-orang masih tidur, pasti kamu semua masuk syurga dengan selamat dan sejahtera.” [Hadis Riwayat Tirmidzi 2409]

Wahai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi) 

Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:"Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan.” [HR Bukhari]

Siapa ingin doanya terkabul/dibebaskan dari kesulitan, hendaknya ia membantu/mengatasi kesulitan orang lain. [HR Ahmad]

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim." [HR Bukhari; No.1695, Jilid 4]

Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain. (HR Muslim)

Daripada Anas r.a bahawa “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (al-Bukhari)

Abu Burdah r.a berkata :"Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.” (Bukhari dan Muslim)

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari, Muslim)

"Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya dia segera memperbaikinya." (HRBukhari)

Tiada masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan. (HRMuslim) 

Orang Muslim itu adalah saudara, janganlah kamu menganiayanya, janganlah kamu menghinanya, dan janganlah kamu merosakkannya. (HRMuslim) 

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (Al-Bukhari)


"Barangsiapa rendah hati kepada saudaranya semuslim maka Allah akan mengangkat darjatnya." (HR. Ath-Thabrani)


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Siapa saja yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka berkatalah yang baik atau diamlah.” (HR Bukhari dan Muslim) 


"Sesiapa memberi kelonggaran org yang susah, nescaya Allah akan memberi kelonggaran baginya di dunia dan akhirat." (HR Muslim) 


"Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu kemudian bersalaman, melainkan diampuni dosa untuk keduanya sebelum berpisah." (HR. Abu Daud) 


Sabda Rasulullah s.a.w: "Seorang Muslim (yang baik) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain." (HR. Bukhari) 


Sabda Rasulullah s.a.w : Hindarilah dengki kerana dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar." (HR Abu Daud) 


Sabda Rasulullah s.a.w: "Allah akan sentiasa menolong hamba selama sang hamba tersebut menolong saudaranya." (HR. Muslim : 2699) 


Sabda Rasulullah s.a.w: "Hendaklah kamu bersopan santun dan janganlah kamu kasar atau berkata keji." (HRBukhari)

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR Bukhari) 


"Tidak ada orang yg memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya." (HR. Muslim) 


"Janganlah berlumba dalam kebanggaan, janganlah saling mendengki, janganlah saling membenci, serta jangan kamu saling menjauhi." (HR. Muslim)


Sabda Rasulullah s.a.w: "Mencela muslim adalah suatu kefasikan sedangkan memerangi sesama muslim adalah kekufuran." (HR. Tirmidzi)

Sabda Nabi s.a.w :"Dan barang siapa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hendaknya menyambung tali silaturrahim." (HR. Bukhari-Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia mengucapkan sesuatu yang baik atau diam." (HR. Bukhari: 6475)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik." (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut” (Riwayat Ahmad) 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Jangan kalian saling membenci, saling menghasut, saling membelakangi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara." (Hadith Riwayat Bukhari)

Sabda Nabi s.a.w: "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya, tidak mengecewakannya dan tidak merosak (nama baiknya)." (HR. Muslim)

Rabu, Mei 29, 2013

Cara Qada Solat Yang Ditinggalkan 3 Tahun - Cara Ganti Solat

Mungkin masih ada hamba Allah yang resah gelisah kerana tidak tahu bagaimana hendak menebus dosa dan menggantikan solat-solat yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada zaman jahiliah dahulu kala. Sebenarnya cara untuk menggantikan solat fardhu yang tertinggal itu ada cara yang mudah.

Soalan: Ustaz, mohon terangkan cara bagi mengqada solat yang ditinggalkan selama tiga tahun. Bagaimana niatnya?

Jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus: Qada solat adalah sama caranya dengan solat fardu yang kita tunaikan. Sekiranya kita qada solat subuh, tetap ia dikerjakan dua rakaat. Niatnya adalah , “Sahaja aku solat fardhu subuh qada, dua rakaat tunai, kerana Allah”

Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ada kelapangan sama ada dalam waktu subuh, waktu pagi, petang, atau pun malam.

Khamis, September 20, 2012

Umat Islam Perlu Bersatu

Dalam keadaan dunia yang ekonominya kini sebahagian besar dikuasai oleh musuh-musuh Islam, maka satu-satunya kunci pertahanan umat Islam ialah perpaduan. Umat Islam perlu bersatu-padu bagi menangani musuh-musuh luar. Musuh-musuh sedang menunggu umat Islam memulakan peperangan sesama sendiri sebelum mereka dapat menangguk di air keruh.

Umat Islam Perlu Bersatu


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi memastikan kuasa mereka dalam bidang politik, ekonomi dan ilmu pengetahuan terpelihara daripada diperkotak-katikkan oleh musuh Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berkata, sekiranya ketiga-tiga elemen itu dipertahankan secara rapi, nescaya doktrin ciptaan musuh agama itu tidak dapat menembusi dinding keimanan penganut agama kedua terbesar di dunia itu.

"Doktrin musuh Islam yang pertama adalah untuk membuatkan kita tiada kuasa dalam kepimpinan, yakni politik.

"Kedua, golongan ini mahu umat Islam tersimpang jauh atau jahil daripada ajaran al-Quran dan perasaan cintakan Nabi Muhammad SAW kerana tahu mereka takkan berjaya dengan adanya kedua-dua itu.

"Mereka juga mahu umat Islam tidak bersatu, berpecah-belah serta benci-membenci antara satu sama lain. Golongan ini hendak menanamkan kebencian, di samping membuat orang Islam menjadi fakir miskin kerana melalui cara itu, mereka boleh beli kita," katanya.

Khamis, Ogos 02, 2012

Thierry Henry Masuk Islam: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik

Kenapa Thierry Henry Masuk Islam?

Kita lihat sejak dulu sehingga sekarang, ramai bakat dan bintang sukan, selebriti dan tokoh popular dan cemerlang dalam bidangnya memilih Islam sebagai agama terakhir mereka. Ada juga yang melihat Islam sebagai agama yang benar. Adolf Hitler, Napoleon Bonaparte, Michael Jackson, Cat Steven, Muhammad Ali, Mike Tyson, Zinedine Zidane dan yang terbaru Thierry Henry adalah antara tokoh-tokoh dalam bidang masing-masing yang telah menerima sinar Islam.

Apakah yang telah mendorong Thierry Henry untuk masuk Islam. Berikut adalah satu tulisan hasil temuramah wartawan dengan Thierry Henry, kenapa beliau memeluk Islam:


Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

"Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama," kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. "Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya."

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.

"Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam."

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. "Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir," kata Henry.

Ahad, Julai 29, 2012

PUSAT TUISYEN DI LEDANG HINA SAHABAT NABI

PUSAT TUISYEN DI LEDANG HINA SAHABAT NABI

LEDANG - Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.

"Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita.

Isnin, November 21, 2011

Kebaikan syarat utama bebas manusia daripada kezaliman

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Kota Constantinople (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Ahmad)

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami bukakan keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka membohongi, lalu Kami bertindak ke atas mereka dengan sebab yang mereka telah usahakan.” (Surah al-A’raf, ayat 96)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: “Hendaklah kamu bersahabat dengan orang yang melazimi kehidupannya dengan kebenaran, nescaya kamu akan hidup aman di sisinya, berwaspadalah terhadap sahabat kecuali mereka yang amanah kerana amanah tidak wujud kecuali bagi mereka yang takutkan Allah SWT, jangan bersahabat dengan mereka yang jahat kerana kamu nescaya akan belajar daripada kejahatannya.” 

Kebaikan syarat utama bebas manusia daripada kezaliman
Oleh Mohd Kamel Mat Salleh 

PERSEKITARAN yang baik mampu membentuk kehidupan diredai Allah dan oleh itu, melakukan kebaikan harus menjadi agenda utama. Ibu bapa yang baik budi pekerti akan menunjukkan contoh baik terhadap anak seterusnya membentuk sebuah keluarga bahagia. Begitu juga apabila seluruh komuniti masyarakat sentiasa berada dalam kebaikan, pasti nanti seluruh kehidupan manusia berada di landasan baik juga.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami bukakan keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka membohongi, lalu Kami bertindak ke atas mereka dengan sebab yang mereka telah usahakan.” (Surah al-A’raf, ayat 96)

Kebaikan yang sentiasa menjadi perhiasan diri mukmin bukan sekadar untuk kepentingan peribadi dan keuntungan pahala bersifat individu semata-mata, tetapi kesannya turut dirasai mereka dalam persekitarannya juga.

Hakikat yang perlu diakui setiap individu Muslim, mempunyai sahabat yang baik, hidup dalam persekitaran baik adalah jaminan daripada Allah SWT bagi penghasilan sebuah kejayaan.

Hayati hadis Nabi SAW mengenai sejarah pembukaan Kota Constantinople.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Kota Constantinople (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Ahmad)

Hanya selepas 800 tahun ia menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan dan membuka kota itu daripada tangan kerajaan Rom. Pengkaji sejarah mendapati antara faktor penting membawa kepada kejayaan pembukaan kota itu ialah kebaikan akhlak dan perilaku bukan setakat pemimpin saja, malah rakyat secara keseluruhannya.

Bayangkan dalam puluhan ribu tentera, tidak seorang pun pernah meninggalkan solat fardu sejak usia baligh, sebahagian saja yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan dalam kalangan yang ramai itu, hanya Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh.

Fenomena ini seharusnya membuka mata kita bahawa kebaikan mesti menjadi syarat utama membebaskan diri manusia daripada kezaliman dan kejahatan yang melingkungi persekitaran hidup manusia kini.

Sesungguhnya persekitaran baik dicorakkan oleh ahli masyarakat yang baik, begitu juga sebaliknya. Rosak akhlak masyarakat kerana tidak wujud suasana sekeliling yang membantu kebaikan dijelmakan dalam bentuk lebih meluas.

Bagaimana mungkin seorang gadis muslimah memastikan maruahnya terlindung dan terpelihara jika di sekelilingnya penuh dengan remaja mendedahkan aurat, menjunjung hedonisme sebagai budaya serta tontonan media massa yang merosakkan akal dan minda.

Membentuk suasana sekeliling yang baik adalah satu cabaran besar dalam dunia semakin maju dan membangun ini. Amalan mulia ini perlu disokong dan didukung kerana Allah SWT menggalakkan supaya manusia sentiasa mendampingkan diri dengan golongan baik serta berakhlak mulia.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Dalam kisah taubat, seorang lelaki telah membunuh 99 orang dan akhirnya seorang mangsa lagi sehingga menggenapkan kepada 100 orang semuanya, beliau dinasihatkan seorang ilmuwan keluar dari negeri didiaminya untuk mencari tempat lain yang lebih soleh dan baik persekitarannya.

Lelaki itu akhirnya meninggal dunia dan rohnya diambil Malaikat Rahmat menandakan keazamannya untuk menjadi baik dan mencari tempat baik juga adalah suatu yang diredai Allah SWT.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: “Hendaklah kamu bersahabat dengan orang yang melazimi kehidupannya dengan kebenaran, nescaya kamu akan hidup aman di sisinya, berwaspadalah terhadap sahabat kecuali mereka yang amanah kerana amanah tidak wujud kecuali bagi mereka yang takutkan Allah SWT, jangan bersahabat dengan mereka yang jahat kerana kamu nescaya akan belajar daripada kejahatannya.”