BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label permainan online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label permainan online. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 24, 2014

Rahsia Clash Of Clan - Petua, Strategi dan Perangkap Hidden Tesla

Perangkap Tesla - Strategi Hidden Tesla dan Seni Psikologi Farming - Seni Peperangan Clash of Clan
Penulis: Amiene Rev (C) 2014

NOTA: Artikel ini ditulis dengan mengekalkan istilah-istilah penting bagi unit-unit tertentu dalam Clash of Clan dalam Bahasa Inggeris. Ini bagi memudahkan para pemain untuk mengenal pasti unit-unit tersebut.

Hidden Tesla Tower sangat berguna untuk dipasang sebagai perangkap. Sesetengah pemain Clash of Clan bercadang untuk mendapatkan Trophy semata-mata, dan sesetengahnya tidak berfikir mendalam apabila menyerang satu-satu Base. Kebanyakan pemain dari kategori Farming, akan meletakkan Town Hall mereka di satu kawasan yang mudah diserang supaya mereka boleh mendapat 12-16 jam Shield. Ini bermaksud dengan membiarkan Town Hall terdedah kepada serangan, maka dengan mudahnya mereka akan mendapat 12 jam perlindungan percuma. 

Dalam tempoh 12 jam itu, mereka berpeluang memenuhkan atau hampir memenuhkan Storage Elixer, Dark Elixer dan Gold bagi mendapatkan nilai secukupnya untuk tujuan Upgrade. Atas faktor ini, apabila penyerang melihat sesebuah Town Hall berada dalam keadaan terdedah, maka mereka akan menganggap itu adalah sebuah Farming Base dan kebarangkalian untuk mereka tidak menjangka akan adanya perangkap tersembunyi adalah tinggi. 

Letakkan Hidden Teslar di sekitar kawasan Town Hall itu dan sudah pasti maut menanti unit-unit penyerang yang mendekati Town Hall itu. Untuk perangkap yang lebih baik, boleh juga ditanam beberapa perangkap lain seperti bom dan sebagainya tidak jauh daripada kawasan bom tersebut.

Taktik ini tidak berkesan 100%, tetapi sudah cukup untuk anda memenangi beberapa pertempuran di Base anda. Lagi pun, anda tidak akan diserang oleh musuh yang sama berulang kali, oleh itu, selepas kali pertama mereka terkena perangkap anda, kebarangkalian untuk mereka datang mencari dan menyerang Base anda adalah sangat kecil.

Jumaat, Disember 17, 2010

Frostmourne - The Rune Blade Picture and Photo - Kesan Buruk Permainan Online

Pedang Frostmourne - The Rune Blade

Surat kiriman daripada Adik Paladin bertanya tentang Pedang Frostmourne:
Hi, Abang Amiene Rev yang best. Saya nak tau tentang Pedang Frostmoune. Bolehkah Abang Amiene Rev cerita pasal pedang Frostmoune ni dekat blog Abang Amiene?

Maklum balas daripada Amiene Rev: Kesan Buruk Permainan Online / Internet
Pertama, Abang Amiene Rev pun tak tahu pedang Frostmourne ni pedang apa, jadi memandangkan ini adalah permintaan daripada seorang peminat blog Duke Amiene Rev ni, maka di sini ada sedikit maklumat yang dikutip dari laman World of Warcraft. Abang pun tak pernah main permainan ni, jadi ini sajalah cerita yang dapat ditulis di sini.

Terdapat banyak kes di mana ramai pelajar sekolah terjebak dalam ketagihan
bermain permainan online hingga tidak siap kerja rumah dan kerja sekolah.

Rekaan pedang Frostmourne ini memang nampak cantik, tetapi jika Adik Paladin masih belajar di sekolah, eloklah jika kurangkan main permainan-permainan online seperti ini kerana boleh membuang masa. Kalau sudah bekerja pun, permainan seperti ini bukan elok untuk dimainkan, kerana boleh menyebabkan kepenatan otak. Golongan profesional yang cemerlang pula sudah tentu tidak akan membuang masa untuk bermain permainan-permainan ini sepanjang hidup mereka, kerana mereka lebih banyak kerja dan tugasan penting untuk diselesaikan di dunia nyata berbanding misi-misi dan tugasan khayalan dalam permainan online.

Ada pelajar sanggup menghabiskan wang saku semata-mata untuk membeli
peralatan khayalan untuk satu-satu permainan online. Apa kesudahannya?

Frostmourne is the runeblade that Ner'zhul, the Lich King, thrust from his Frozen Throne, intending that Arthas Menethil – his unwitting potential host – would discover it on the continent of Northrend. It is currently wielded by Arthas, the Lich King, who will be starring in the next World of Warcraft Expansion titled Wrath of the Lich King.

Ada juga pelajar yang tidak dapat fokus terhadap pembelajaran di sekolah
kerana lebih
risaukan keadaan di dunia permainan online berbanding
ujian yang semakin hampir.


Ada pemain yang sanggup menghabiskan duit sekitar RM3,000 ke RM8,000
untuk
permainan online, duit sebanyak itu boleh digunakan untuk
membayar yuran pengajian
di institusi pengajian tinggi.

History of Frostmourne
Muradin Bronzebeard, a dwarven explorer last seen in Northrend, had heard of Frostmourne's power and was searching for it when Arthas and his men arrived. When the forces of the Dreadlord Mal'Ganis began to close in around them, Arthas and Muradin set out to claim the weapon.

Kebanyakan pelajar yang bermain permainan online, mudah terpengaruh
dengan
penggunaan bahasa kesat, mencarut, lucah dan memaki-hamun.
Mereka cenderung
menggunakan perkataan biadab dan kurang ajar ini
dalam komunikasi harian mereka.



Ada pula pelajar yang sanggup mengabaikan kerja rumah semata-mata
menghabiskan masa untuk permainan online. Nampaknya mereka lebih hormat
amanah atau perintah kawan-kawan online berbanding guru yang seharusnya
lebih dihormati sebagai pemberi ilmu.

Frostmourne was guarded by several revenants who tried to warn Arthas of the danger, but he destroyed them regardless.

Di dunia nyata ada banyak aktiviti dan sumbangan yang boleh disertai
oleh para pelajar.
Kenapa mesti memperbodohkan diri
membuang masa di dunia permainan online?


After killing Muradin, Arthas returned to his base and staged a counterattack against Mal'Ganis, quickly destroying the dreadlord's base. The dreadlord confronted Arthas, telling him that Ner'zhul had known he would take the cursed sword. He spoke as if he believed Arthas was now on his side. To the demon's surprise, Arthas used the runeblade to slay the dreadlord at the Lich King's command.

Kadangkala bidang rekabentuk grafik jika disalah gunakan, pereka grafik
berkemungkinan dianggap 'bersubahat' dengan terlibat dalam membangunkan
permainan online
yang melalaikan generasi muda harapan bangsa.

Apakah keuntungan yang diperolehi oleh para pelajar dengan
menghabiskan
BANYAK masa dan duit bermain permainan online?

Permainan online umpama bendang berlumpur. Jika pelajar sudah termasuk ke dalamnya, semakin lama, semakin sukar untuk pelajar tersebut keluar dari lumpur tersebut. Daya pengaruh, tarikan dan keseronokan sementara dalam permainan online sangat kuat. Sebabnya, untuk menjaga punca pendapatan, pembangun permainan online perlu bekerja keras untuk memastikan permainan online yang dicipta memiliki pengaruh yang kuat untuk mengekalkan kesetiaan para pemain untuk terus bermain permainan online.

Alangkah bagusnya kalau para pembangun permainan online ini memanfaatkan kemahiran mereka untuk membangunkan permainan online yang berdaya untuk menarik minat pelajar supaya belajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, matematik dan teknologi secara konsep ilmiah.

Khamis, Januari 22, 2009

Travian - Permainan Internet Paling Popular Masa Kini - Belajar Berkuasa Pada Usia Muda

BELAJAR BERPOLITIK DAN BEKERJA DALAM ORGANISASI
MENERUSI WEB BROWSER BASED ONLINE GAME TRAVIAN

Penulis: Amiene Rev (C) 2009


Kampung Anda Sebelum dan Selepas Beberapa Ketika Bermain

Anda Sebagai Pemimpin Berkuasa Dalam Travian

Sekiranya anda memiliki komputer yang berkelajuan sederhana, tidak ada kad grafik, kad bunyi dan kad video yang canggih serta kapasiti cakera keras yang kecil, jangan risau. Masih ada permainan internet yang boleh anda mainkan bersama rakan-rakan dan kenalan di internet. Sekiranya anda mencari sejenis permainan santai yang berbentuk strategi, politik dan peperangan pada masa nyata, anda mungkin ingin bermain permainan Travian. Menariknya permainan ini, kerana ia seolah-olah melatih anda supaya dapat memahami keadaan politik yang sedang berlaku di dunia hari ini. Rata-rata pemain Travian adalah pemain lelaki dan perempuan yang berusia dari 10 ke 40 tahun.

Saya rasa sesiapa yang berminat untuk terjun ke dunia politik, eloklah bermula dengan permainan Travian. Saya mendapati permainan Travian ini dapat menunjukkan sebab-sebab terdapatnya pemimpin dunia yang dayus, pemimpin dunia yang berkecuali, pemimpin dunia yang penyayang dan pemimpin dunia yang agresif.

Travian memberi pengalaman kepada anda untuk menjadi seperti pemimpin bagi satu-satu negara. Mungkin tanpa anda sedar, anda mungkin seganas Israel, atau mungkin mudah bertolak ansur seperti Malaysia, atau tegas dan berdaya saing seperti Jepun. Mungkin juga anda mangsa kezaliman perang seperti di Palestin. Oleh itu tidak hairanlah jika anda melihat adanya pemain-pemain Travian yang bergabung menubuhkan persatuan politik sendiri menggunakan nama-nama organisasi yang wujud di dunia nyata seperti PBB, PAS, OIC, HAMAS, JOHOR FC, MANCHESTER UNITED, ARSENAL, NAZI dan sebagainya.

Permainan Travian melatih anda bagaimana merancang masa, menguruskan sumber pengeluaran dan ekonomi di kampung anda, mencari peluang perdagangan, melibatkan diri dalam ketenteraan dan sebagainya.
Sekiranya anda berminat untuk bermain permainan Travian, anda boleh melakukan pendaftaran menerusi jaringan di bawah:
Anda Yang Menetapkan Undang-undang dan Hukuman
Sebagai pemimpin, anda boleh menetapkan peraturan dan undang-undang sendiri. Anda juga boleh menjatuhkan hukuman kepada pemain-pemain yang melanggar peraturan. Hukuman yang paling menakutkan ialah melenyapkan terus seseorang pemain dari peta permainan Travian. Seperti menggugurkan sebutir bom nuklear di Hiroshima.

Dalam permainan Travian, anda adalah penentu siapa diri anda. Pemain-pemain mungkin akan sukakan anda, takutkan anda, bencikan anda, atau kagum dan sayangkan anda. Anda mungkin akan memiliki pengikut-pengikut yang setia, atau mungkin ada perisik dari pihak yang lain yang sengaja berpura-pura setia kerana mahu menjawat jawatan penting dan seterusnya menjatuhkan kerajaan anda. Inilah, Travian, permainan yang memerlukan kebijaksanaan, kerjasama dan persefahaman antara pemain untuk terus maju.


Panduan Bermain Permainan Travian - Browser Game
Travian adalah sejenis permainan dalam talian yang berasal dari Jerman. Permainan yang telah memenangi anugerah ini turut diterjemahkan dalam 40 bahasa dan dimainkan oleh lebih 3 juta pemain dari seluruh dunia. Kelebihan permainan Travian ialah para pemain tidak perlu muat turun permainan ini, sebaliknya boleh terus melakukan pendaftaran untuk bermain permainan ini menerusi jaringan di bawah:
Sehingga kini, terdapat 250 server yang menganjurkan permainan Travian ini. Semasa mula mendaftar, pemain perlu mencipta satu akaun sahaja. Akaun ini akan disahkan menerusi alamat e-mel yang dimiliki oleh pemain. Biasanya selepas mendaftar, pemain tidak perlu menunggu terlalu lama, kerana pihak permainan Travian akan menghantar e-mel kepada pemain secara serta-merta.

Pemain cuma perlu masuk ke akaun e-mel pemain, membuka e-mel yang dikirimkan oleh pihak Travian, dan mengesahkan akaun pemain menerusi jaringan yang disertakan di dalam e-mel tersebut. Selepas itu pemain boleh mula bermain.

Pemain boleh memilih salah satu daripada tiga kaum atau puak utama yang memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tiga puak tersebut ialah Roman, Teuton dan Gaul.

Kekebalan Kubu dan Kepantasan Pembangunan Puak Roman
Roman terkenal dengan kekebalan pertahanan dan kekuatan bala tentera infantrinya. Salah satu kelebihan utama Roman ialah mampu membina tembok pertahanan yang kuat, dan boleh membina dua perkara iaitu bangunan dan tapak sumber pada satu masa yang sama. Anda perlu berhati-hati semasa menyerang kampung pemain Roman yang memiliki populasi yang tinggi. Ini kerana tembok mereka sangat kebal dan kuat. Serangan-serangan anda akan mudah dipatahkan. Sekiranya anda sukakan pembangunan, puak Roman adalah pilihan utama anda. Pemain-pemain baru biasanya memilih Roman. Ratusan ribu tentera infantri Roman anda akan mampu menakutkan musuh pada masa akan datang.

Keganasan Perompak-perompak Dari Puak Teuton
Teuton pula adalah pemain paling agresif. Puak Teuton boleh dianggap sebagai puak paling ganas dan kejam dalam Travian. Puak ini hidup dengan menyerang dan merompak sumber-sumber dari kampung-kampung yang lain. Teuton selalunya puak yang paling awal mengganas pada awal permainan. Anda perlu berhati-hati dengan pemain yang memilih puak ini kerana, sekiranya kampung mereka bersebelahan dengan anda, anda mungkin menjadi mangsa pertama mereka. Sekiranya anda seorang pemain yang suka bermain dengan cara yang agresif, Teuton pasti menjadi puak pilihan anda.

Kepantasan Bala Tentera Dari Puak Gaul
Gaul adalah puak yang paling sesuai untuk menjadi pedagang. Puak Gaul mungkin merupakan puak yang paling lambat dalam memulakan menyerang. Namun begitu, itu bukan bermaksud anda boleh menyerang kampung pemain Gaul sesuka hati. Mereka boleh menyorok sumber-sumber mereka di dalam gua dengan lebih banyak daripada pemain lain. Dan, jangan terkejut sekiranya askar-askar yang anda hantar untuk menyerang kampung mereka, tidak kembali kerana terjerat di dalam perangkap-perangkap samar yang banyak terpasang di sekeliling kampung mereka. Gaul merupakan puak berhantu yang menakutkan. Malah, setelah kekuatan ekonomi mereka bertambah, mereka akan dapat membina bala tentera paling pantas dan ditakuti seperti Pasukan Berkuda Guruh Theutates yang terpantas dan Haeduan yang juga merupakan tentera berkuda paling handal. Gaul merupakan satu puak yang fleksibel, anda boleh bertahan dan menyerang balas dengan sangat pantas.

Kemunculan Bala Tentera Terkuat - Orang-orang Natar - Natarian
Setelah beberapa bulan anda bermain permainan Travian ini, akan muncul satu bala tentera yang sangat menakutkan. Kaum Natar merupakan puak legenda yang akan bangkit semula dari kekalahan, dan akan membalas dendam terhadap puak Gaul, Roman dan Teuton. Menakutkan, bala tentera Natar adalah sangat sempurna. Kaum Natar menggunakan burung-burung gergasi untuk meninjau kekuatan kampung-kampung anda, menghantar tentera-tentera bergajah untuk memusnahkan tembok dan kubu pertahanan kampung-kampung anda. Askar-askar mereka dilengkapi dengan baju zirah berduri dan lembing cangkuk yang mampu menewaskan tentera-tentera berkuda anda dengan pantas. Semua perasaan cemas dan menggemparkan ini akan anda nikmati selepas beberapa bulan anda bermain permainan Travian.


Cara-cara Bermain Permainan Travian - Sepintas Lalu
Pada awal permainan Travian ini, setiap pemain Travian akan bermula dengan sebuah kampung. Anda perlu menambah bilangan ladang, sumber kayu balak, tanah liat dan besi. Kemudian anda akan mula membina bangunan-bangunan seperti berek tentera, pasar, kedutaan, istana dan sebagainya. Dari sebuah kampung yang kecil, ia akan berubah menjadi seperti sebuah bandar yang sibuk. Selepas itu anda boleh mencari lembah-lembah terbiar untuk diteroka dan dibina kampung yang kedua, ketiga dan seterusnya. Anda kemudiannya boleh membina seorang Wira yang merupakan satu-satunya unit yang boleh meningkatkan kemahiran berperang menerusi pengalaman pertempuran.

Anda juga akan mula berkenalan dengan pemain-pemain yang lain. Anda juga selalunya akan dijemput untuk menyertai mana-mana persekutuan oleh pemain-pemain lain. Pemain-pemain lain yang berada dalam persekutuan anda akan membantu anda apabila kampung anda diserang pihak musuh, dan anda juga boleh membantu mereka. Selain itu, anda juga boleh berunding dengan pemain-pemain lain. Pastikan anda bijak memilih perkataan kerana anda sekarang berhadapan dengan pemain-pemain yang juga merupakan manusia di alam nyata. Mereka bukan robot, jadi mereka memiliki perasaan seperti anda juga.

Anda seorang yang mahu cepat berkuasa di dalam Travian? Mungkin Gold adalah pilihan anda. Dalam permainan Travian, anda boleh bermain secara percuma. Namun, Gold merupakan satu pilihan berbayar di mana anda perlu mengkreditkan duit sebenar ke dalam mata wang permainan. Biasanya taktik Gold digunakan oleh pemimpin-pemimpin besar persekutuan dalam Travian. Pemimpin-pemimpin ini tidak semestinya kuat, tetapi selalunya memiliki kepakaran dalam mengatur strategi peperangan. Jangan terkejut jika ada seorang pemain yang baru masuk ke persekutuan anda, tiba-tiba dinaikkan pangkat oleh pengasas persekutuan anda. Hal ini juga berlaku kepada saya, di mana saya dilantik sebagai salah seorang pemimpin kanan bagi salah satu kuasa terkuat dalam beberapa server Travian.

Jika anda mahu berkuasa sendiri tanpa perlu menunggu dilantik atau dipilih sebagai ketua, anda boleh menubuhkan persekutuan sendiri. Kemudian anda boleh mempengaruhi pemain-pemain lain untuk menyertai persekutuan anda. Kemudian, anda juga ingin mengukuhkan lagi kedudukan persekutuan anda, bergabung dengan beberapa buah persekutuan lain untuk membentuk satu pakatan besar yang dipanggil konfederasi. Pada ketika inilah kemahiran diplomasi amat diperlukan bagi mengekalkan kuasa dan keamanan serantau.

Dalam permainan Travian, adalah tidak mustahil sekiranya seorang pemain yang dahulunya merupakan musuh anda, boleh menjadi kawan. Juga tidak mustahil bagi seorang pemain baru untuk menjadi seorang pemimpin berkuasa. Segala-galanya berkenaan kuasa, pengaruh dan politik adalah intipati permainan Travian.

Bagaimana? Beranikah anda mencabar daya kepimpinan anda menerusi permainan yang berasal dari Jerman ini. Anda akan tahu sejauh mana pemain lain akan sukakan anda. Ini adalah permainan yang mencabar. Sekiranya anda sibuk, anda boleh meminta pemain lain untuk menjaga akaun anda.

Dalam permainan ini juga akan ada Multihunter yang bertindak sebagai pengawas. Mereka akan menghukum mana-mana pemain yang melanggar peraturan seperti melakukan ugutan, menghantar kata-kata kesat, hasutan dan sebagainya. Sekiranya anda ada sebarang masalah, anda boleh sentiasa berhubung dengan Multihunter dan Staf Sokongan Travian. Malah anda juga boleh menjadi sukarelawan Travian sekiranya anda seorang yang sangat suka bermain Travian.

Permainan ini adalah percuma. Sama seperti anda bermain Yahoo Messenger, Friendster, Facebook dan seumpamanya. Sekiranya anda berminat untuk bermain permainan Travian, anda boleh melakukan pendaftaran menerusi jaringan di bawah:

Khamis, April 24, 2008

Bandar Baru Di Malaysia - My Mini City - I am composing a new city



Ini bandaraya baru saya
This is my new city

Datanglah berkunjung ke bandaraya ini
Come, come to my city

Nikmati keindahan bandaraya ini
Enjoy the beauty of this city

Semoga semua orang bergembira
Hope that everybody happy