Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan
Jumaat, Oktober 24, 2014
Sekiranya anda berminat untuk membeli arnab dan itik serati di sekitar Kota Bharu, Kelantan, berikut adalah blog yang boleh anda lawati untuk berhubung dengan penjual arnab dan itik serati.
Rabu, Oktober 19, 2011
Hukuman Bercerai - Sebat, Penjara Jika Cerai Tanpa Sebab Munasabah
Berfikir sebelum mengambil apa-apa tindakan. Inilah mesej yang cuba disampaikan oleh kerajaan PAS Kelantan terhadap mana-mana suami-isteri yang cuba bercerai tanpa sebab yang munasabah. Peratus perceraian yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Akibat perceraian, anak-anak menjadi mangsa. Kebanyakan kanak-kanak mangsa perceraian hilang kasih sayang sama ada ibu atau bapa kandungnya.
Kelantan sedia kaji hukuman berat
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan menimbang supaya dikenakan hukuman lebih berat seperti sebat atau penjara terhadap pasangan negeri ini yang bercerai tanpa sebab munasabah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata walaupun jumlah pasangan bercerai di negeri itu berada pada peratusan yang rendah, namun hukuman berat boleh dipertimbangkan. Cadangan supaya dikenakan hukuman berat kepada pasangan bercerai, kerajaan negeri boleh pertimbangkan katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, Hassan Mohamood pada sidang Dewan Undangan Negeri, di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Beliau menjawab cadangan Hassan supaya dikenakan hukuman lebih berat seperti sebat atau penjara terhadap pasangan di negeri ini yang bercerai tanpa mempunyai jawapan munasabah untuk berbuat demikian.
Wan Ubaidah berkata, sepanjang tempoh lima tahun antara 2005 hingga 2010, purata perceraian di negeri itu ialah 14.67 peratus.
Katanya, mengikut perangkaan peratus perceraian di Kelantan tidak tinggi, malah sentiasa stabil dengan 13.5 peratus pada 2005 dan meningkat 14.4 peratus setahun kemudian, namun menurun 13 peratus (2007).
Bagaimanapun pada 2008, peratusan perceraian meningkat dengan mencatat 15.3 peratus dan setahun kemudian naik sehingga 16 peratus sebelum turun 15.8 peratus tahun lalu.
Pada 2008, kadar perceraian negeri ini berada pada tangga keempat bagi peringkat kebangsaan.
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi perceraian antaranya membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Pusat Pembangunan Keluarga yang akan memberikan khidmat nasihat dalam usaha membaiki hubungan pasangan terbabit, katanya.
Beliau menasihatkan perempuan negeri ini yang hendak melangsungkan perkahwinan supaya mendapatkan nasihat dari pihak tertentu serta restu keluarga, bukan ambil di tengah jalan, katanya.

Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 19, 2011
Label: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Kelantan, PAS, Penjara, Perceraian, Perkahwinan, Pusat Pembangunan Keluarga, Sebat
Selasa, Oktober 11, 2011
Kelantan Terengganu Dapat Kad Merah
Kenduri kad merah: 3 pemain Kelantan, 2 pemain Terengganu dibuang padang
TERENGGANU mendapat modal agak selesa dengan kemenangan manis 3-1 ke atas musuh tetangga dan juara bertahan, Kelantan dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Kuala Terengganu, malam tadi yang menyaksikan perlawanan tercemar gara-gara lima kad merah dilayangkan. Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 11, 2011
Label: Bola Sepak, Kad Merah, Kelantan, Terenggganu
Selasa, Mac 31, 2009
Air Terjun Di Kelantan - Kelantan Waterfalls
Lokasi Air Terjun di Kelantan Hutan Lipur Kelantan
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Anda bercuti. Anda berada di Kelantan. Kota Bharu, Kelantan. Anda inginkan ketenangan fikiran. Apa kata kita tinjau air terjun di beberapa tempat di Kelantan. Terdapat beberapa air terjun dan sungai yang popular di Kelantan, antaranya Jeram Linang atau juga disebut orang Jeram Lenang, Jeram Pasu, Air Terjun Stong atau Air Terjun Jelawang yang merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara, Lata Berangin, Lata Rek dan juga Air Terjun Bukit Bakar. Namun begitu, di sini, saya cuma ingin mengulas hanya dua lokasi air terjun yang popular dan terdekat dengan Kota Bharu, iaitu Jeram Linang dan Jeram Pasu.
Air Terjun Jeram Linang - Linang Waterfall
Hutan Lipur Jeram Linang terletak sekitar beberapa kilometer dari Machang. Terdapat kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan dan rekreasi. Pelajar-pelajar sekolah sering berkunjung ke mari untuk berkhemah. Perjalanan ke Jeram Linang dari Kota Bharu dengan menaiki kereta, adalah sekitar 1-2 jam sahaja.
Di sekitar air terjun Jeram Linang, jika kita meletakkan kaki ke dalam air, akan ada ikan-ikan kecil datang menggigit kaki kita seperti di spa ikan. Kali terakhir saya pergi ke Jeram Linang ialah sekitar tahun 2000, maka saya sekarang kurang arif dengan keadaan di Jeram Linang. Apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sekitar tahun 2000 dan sebelumnya.
Kawasan untuk bermandi-manda di Jeram Linang sudah dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian dengan kedalaman yang berbeza. Oleh itu, tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa akan sama-sama dapat berenang dan menikmati kesejukan air yang berasal dari puncak Jeram Linang ini. Terdapat juga gelungsur air untuk anda bermain. Kemudahan sewa pelampung dan deretan kedai makan di sekitar air terjun juga akan membantu memenuhi keperluan anda.
Jika anda ingin berjalan-jalan di sekitar kawasan hutan, terdapat kemudahan tangga bukit yang akan membawa anda menjelajah ke dalam hutan lipur Jeram Linang.
Air Terjun Jeram Pasu - Jeram Pasu Waterfall
Air Terjun Jeram Pasu yang terletak di antara Kota Bharu dan Pasir Putih, merupakan kawasan perkelahan yang terawal dibangunkan di Kelantan. Terdapat kolam mandi yang telah dibuat lebih awal untuk menampung air terjun. Terdapat juga sungai-sungai yang kadangkala terdapat banyak ikan emas. Seperti Jeram Linang, Jeram Pasu akan penuh sesak dengan ramai pengunjung pada waktu cuti. Pengunjung dari Kota Bharu akan dapat sampai ke Jeram Pasu sekitar 1-2 jam sahaja.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Mac 31, 2009
Label: Air Terjun, Jeram Linang, Jeram Pasu, Kelantan, Machang, Pasir Putih, Waterfall
Isnin, Mac 30, 2009
Lokasi Pusat Tenpin Boling di sekitar Kelantan Kota Bharu Bowling Centres
Lokasi Pusat Tenpin Boling In Kota Bharu, Kelantan
Tenpin Bowling Centres in Kota Bharu, Kelantan
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Tenpin Bowling Centres in Kota Bharu, Kelantan
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Kredit Gambar: www.skyscrapercity.comMutiara Bowl, merupakan pusat Tenpin Bowling terbaru di Kota Bharu, Kelantan. Terletak di Bangunan Billion yang merupakan salah satu bangunan pencakar langit di Kota Bharu, Kelantan. Terletak di aras 4 (atau 5) bersebelahan dengan pusat snooker. Bangunan Billion bersambung dengan Hotel Renaissance.
Bangunan Billion oleh helmyh Pacific Bowl merupakan tempat bermain bowling paling popular di Kota Bharu, Kelantan. Terletak di tingkat 3 bangunan KB Mall merupakan pusat membeli belah yang sentiasa menjadi perhatian anak-anak muda di Kota Bharu, Kelantan. Pegawal-pengawal keselamatan akan sentiasa meronda di sekitar kawasan KB Mall bagi menjamin keselamatan pengunjung. Permainan snooker juga disediakan di aras 2 bangunan KB Mall.
Foto KB Mall oleh loghatkelantan.blogspot.comJika anda berminat untuk bertemu dengan orang-orang lama dalam permainan tenpin boling, anda bolehlah berkunjung ke Hotel Perdana. Pusat Boling yang terletak di Hotel Perdana ini merupakan pusat boling yang tertua di Kota Bharu, Kelantan.
Kredit Foto Hotel Perdana: www.cuti.com.myDitulis oleh Amiene Rev pada Mac 30, 2009
Label: Bowling, Bowling Centre, Kelantan, Kota Bharu, Pusat Boling, Tenpin Boling
Rabu, September 10, 2008
Senarai Rumah Anak Yatim Kelantan
Senarai Rumah Anak Yatim Kelantan
1. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan (PEKA YATIM)
Lot 523, Jln Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian
16150 Kota Bahru, Kelantan
Tel : 09 - 7654286
Fax: 09 - 7653543
Person in Charge: Tuan Haji Nik Abdul Rahman
2. Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih
16150 Kota Bahru Kelantan
Tel : 09 - 7482124
Fax: 09 - 7482124
Person in Charge: Roshayati Bt. Omar
3. Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan
(Rumah Putera Harapan Umi Halimah)
167C, Dalam Rhu, 16200 Tumpat, Kelantan
Tel : 09 - 7253298
4. Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan
(Rumah Puteri Harapan)
No. 1, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota
Bharu, Kelantan
Tel : 09 - 7735494
Fax: 09 - 7745498
Person in Charge: -
5. Asrama Bakti Machang
Jawatankuasa Pengurusan Asrama Pelajar Yatim
d/a Ketua Jajahan Machang, Pejabat Tanah dan Jajahan, 10500
Machang, Kelantan.
Tel : -
Fax: -
Person in Charge: -
6. Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam
Jalan Yaacobiah Lundang, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09 - 7446505

Ditulis oleh Amiene Rev pada September 10, 2008
Label: Kelantan, Rumah Anak Yatim Malaysia
Langgan:
Comment Feed (RSS)