Pameran Festival Orang Asli , Muzium Negara Malaysia
From Wednesday, 20 April 2011
To Monday, 20 June 2011
Tarikh : 20 April - 20 Jun 2011
Masa 9.00 pg - 6.00 ptg
Lokasi : Muzium Negara Malaysia
Ditulis oleh Amiene Rev pada Mei 18, 2011
Label: Bendera Malaysia, Kalendar Aktiviti, Muzium Negara, Pameran
Jalur Gemilang mempunyai berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tujuan kegunaannya dan di mana ianya hendak dikibarkan.
| Lebar Panjang | 91.5 sm (3 kaki) 183 sm (6 kaki) |
Dikibarkan di bangunan, pejabat dan boleh dikibarkan di rumah kediaman.
| Lebar Panjang | 61 sm (2 kaki) 122 sm (4 kaki) |
Dikhususkan untuk kegunaan rumah-rumah kediaman di mana saiz dan ketinggian tiang bendera yang dapat digunakan adalah terhad.
| Lebar Panjang | 122 sm (4 kaki) 244 sm (8 kaki) |
Digunakan sebagai penutup keranda bagi mereka yang mendapat penghormatan negara.
| Lebar Panjang | 183 sm (6 kaki) 366 sm (12 kaki) |
Dikibarkan di Kedutaan-Kedutaan Malaysia di luar negara. Dalam negeri ia dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Untuk mengibarkan bendera ini, ketinggian tiang bendera hendaklah sesuai.
| Lebar Panjang | 15.25 sm (0.5 kaki) 30.50 sm (1 kaki) |
Saiz bagi bendera yang diletakkan di atas meja. Digunakan di persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.
| Lebar Panjang | 15.25 sm (0.5 kaki) 30.50 sm (1 kaki) |
Dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah-tengah, di hadapan kana atau kiri kereta. Penggunaan bendera kereta hanyalah dikhaskan kepada Pembesar-Pembesar tertentu sahaja.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Ogos 18, 2007
Label: Bendera Malaysia, Grafik, Jalur Gemilang, Kerja Kursus Sejarah

Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
Pada 12 Februari 1949, Hassan Al Banna telah meninggal dunia, iaitu dua hari sebelum Hari Memperingati Valentinus.
Maka, adalah wajar jika kita memperingati pemergian tokoh terbilang Islam ini, pada setiap 12 Februari, bagi setiap tahun.