BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Individu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Individu. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 16, 2012

Biodata Sultan Muhammad V - Sultan Kelantan


Biodata Sultan Muhammad V (Sultan Kelantan)

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong , merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.

Tengku Muhammad Faris Petra, 42, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”, telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju “gumbang”, berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Okt 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I di sini sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England, sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V, yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di masa lapang gemar membaca, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda adalah Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin A’ishah Putri, 27.

Baginda merupakan satu-satunya sultan yang menukar perkataan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar.

"Saya tukar Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar supaya pelafaznya dapat pahala". -Sultan Muhammad V

Baginda hanya membahasakan dirinya sebagai saya sahaja dan bukannya beta seperti sultan-sultan lain.

Sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Isnin, Ogos 13, 2012

Mengenang Allahyarham Panah Arjuna - Ahmad Zafran Abdul Mutalib

Pada 3 Februari 2008, Allahyarham Ahmad Zafran Bin Abdul Mutalib telah pun pergi meninggalkan dunia ini. Buku-buku tulisan allahyarham kini sukar diperolehi. Kini sudah lebih empat tahun allahyarham meninggalkan kita. Allahyarham dilahirkan pada 20 Ramadhan 1395 Hijriah. Berasal dari Tampin, Nengeri Sembilan.

Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Khamis, Mei 03, 2012

BOB KUMAN Meninggal Dunia - Kali Ini Betul-Betul

Bob Kuman Betul-betul Meninggal Dunia 4.38 Petang
Disediakan oleh Berita Harian 

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini. Kematian artis komedi terbabit disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah. Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat tahun lalu. 

Ahad, Februari 05, 2012

Mereka Seharusnya Dijadikan Contoh Artis Teladan, Bukan Dihina, Diusik atau Dipulaukan


KUALA LUMPUR: Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah. Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE). Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis. Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.

Begitulah petikan daripada HMETRO mengenai reaksi sesetengah manusia terhadap manusia yang cuba berubah menjadi lebih baik.  Walau bagaimana pun kita semua pun sepatutnya sudah mengetahui, manusia yang baik akhlaknya tidak akan mengusik, memulaukan atau mengeji artis-artis yang mahu kembali ke jalan yang benar. Cuma manusia yang sesat, gelap hatinya sahaja yang akan mengeji, menghina dan memulaukan artis-artis yang sudah bertaubat dan menutup aurat.

Tahniah kepada artis-artis yang telah berubah menjadi lebih baik. Semoga usaha anda dapat membuka hati artis-artis lain untuk berubah kepada lebih baik dari sudut agama.

Sabtu, Disember 12, 2009

Mohd Norman Mohamed Salleh Dicari - Ibu Kandungmu Merinduimu. Carilah Ibumu Dan Dapatkan Keredhaan Di Akhirat

Kali ini saya ingin menyebut nama Mohd Norman bin Mohamed Salleh yang berusia sekitar 29 tahun (pada tahun 2009) yang sedang dirindui oleh ibunya. Wahai Mohd Norman Mohamed Salleh, sekiranya anda masih hidup di muka bumi ini, carilah ibumu, sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu. Mohd Norman Mohamed Salleh, jika anda membaca petikan berita di bawah ini, ketahuilah, betapa ibumu merinduimu. Apakah budi dan jasa seorang anak, selain mengubati kerinduan ibunya? Ketika ini ibumu amat memerlukan kehadiranmu. Carilah dia kembali. Wahai Mohd Norman Mohamed Salleh, kembalilah kepada ibumu. Sesungguhnya kamu bukan anak yang derhaka. Kamu dipisahkan, dan kini kamu mampu untuk menghubung apa yang kamu hilang. Magic-magic in the world, temukan kembali Mohd Norman Mohamed Salleh dengan ibunya.
Ibu rindu anak dipelihara keluarga angkat
Rujukan: http://www.hmetro.com.my (Jumaat - 11 Disember 2009)

KUANTAN: “Saya merayu suami isteri yang mengambil adik sebagai anak angkat menghubungi saya segera kerana ibu bapa kami uzur dan merinduinya,” kata peniaga makanan, Rosnawati Mohamad, 44.

Rosnawati dari Jalan Datuk Wong Ah Jang di sini, berkata ibunya sering menyebut nama adiknya, Mohd Norman, 29, dan merindui sejak diserah kepada keluarga angkat ketika berusia empat hari.

Ibunya, Zaharah Jusoh, 64, menghidap darah tinggi manakala bapanya, seorang nelayan, Mohamed Salleh, 62, buntu memikirkan untuk menemui anaknya.

“Malah, sejak kebelakangan ini terutama ketika Aidilfitri, ibu sering menangis terkenangkan adik yang sempat dinamakan Mohd Norman yang masih belum ditemui hingga kini.

“Kami tidak tahu wajah sebenar adik kerana tidak berpeluang menatap wajahnya sejak lahir.

“Tambah menyedihkan apabila tujuh adik-beradik kami yang lain meninggal dunia dan Mohd Norman langsung tidak mengetahuinya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Anak kelapan daripada 16 beradik, Mohd Norman diambil sebagai anak angkat pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Sallehudin dan Salmah yang tidak mempunyai anak selepas tujuh tahun berkahwin.

Ketika itu, Sallehudin yang berasal dari Negeri Sembilan bertugas sebagai pemandu tentera di Bengkel Unit 4 Briged Mekanis, Batu 10, Kuantan dan alamat terakhirnya di 303, Tingkat 4, Kuarters Rumah Kelamin kem berkenaan.

Katanya, kali terakhir ibu menatap wajah Mohd Norman ketika berusia 20 hari di rumah keluarga angkatnya itu, namun ketika berkunjung kali kedua selepas habis berpantang, keluarga berkenaan sudah berpindah ke Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Rosnawati, pelbagai usaha dilakukan untuk menjejaki Mohd Norman termasuk menyiarkannya di radio dan televisyen, namun belum menampakkan hasil.

“Lebih kurang sebulan lalu, saya bersiaran secara langsung menerusi slot Fitrah Kasih di RTM 1 tetapi kemungkinan keluarga Sallehudin tidak mengikutinya menyebabkan usaha ini masih gagal.

“Ibu bukan sengaja menyerahkan adik kepada orang lain tetapi kerana kesusahan hidup, dia terpaksa berbuat demikian,” katanya.

Sabtu, November 22, 2008

Adik Sepupuku Didera Bapa Tiri Sehingga Mati

Jumaat, 21 November 2008, seorang adik sepupuku disahkan meninggal dunia. Pendarahan di kepala yang cukup berat sehingga pembedahan tidak boleh dilakukan. Pada mulanya dia dikatakan menghidap penyakit tibi kerana batuk dan muntah darah, tetapi sebenarnya itu adalah kecederaan dalaman akibat dibelasah oleh bapa tirinya.

Bapa kandung arwah adik sepupuku ini ialah bapa saudaraku. Melalui isterinya, beliau mendapat dua orang anak. Seorang anak perempuan yang kini merupakan pelajar Tahun 1 di UNIMAS, dan seorang anak lelaki yang juga merupakan calon SPM tahun 2008. Anak lelaki ini juga rajin menjalankan perniagaan sambilan menjual burger di depan rumahnya. Anak lelaki ini ialah adik sepupuku yang meninggal dunia kerana kecederaan yang serius itu.

Mengenai bapa beliau, iaitu bapa saudaraku, beliau menjadi kurang siuman sejak ditinggalkan isterinya. Ketika itu anak-anaknya yang dua orang itu masih kecil. Isterinya berkahwin dengan seorang lelaki lain dan mendapat beberapa orang anak. Aku berasa simpati dengan bapa saudaraku. Selepas kematian nenek, bapa saudaraku ini dipelihara oleh bapa saudaraku yang paling tua.

Keluarga bekas isteri beliau tidak membenarkan isteri dan anak-anaknya untuk bertemu beliau. Pada hari pengkebumian anak kandungnya itu, bapa saudaraku tidak menghadirkan dirinya. Namun semasa singgah di rumah bapa saudaraku kerana ayah kandungku hendak menumpang tandas, aku dapati bapa saudaraku itu sedang menangis. Bapa mana yang tidak sayangkan anak, walaupun beliau kurang siuman?

Bagaimana kisah ini berlaku? Menurut cerita bapa saudaraku, pada suatu hari, bekas isteri dan anaknya, iaitu adik sepupuku pergi mencari suami barunya (ayah tiri adik sepupuku) di rumah seorang perempuan kaya. Adik sepupuku mengajak seorang lagi adik sepupuku (anak kepada bapa saudara sulungku) untuk pergi mencari si ayah. Adik sepupuku yang satu ini tidak tahu apa-apa, cuma menurut sahaja. Mereka akhirnya berjaya menemui si ayah tiri, dan apabila kisah kecurangan si ayah tiri diketahui oleh bekas isteri bapa saudaraku dan adik-adik sepupuku, maka berlakulah konflik.

Si ayah tiri memukul bekas isteri bapa saudaraku dan ini menimbulkan kemarahan adik sepupuku. Lalu berlakulah pergaduhan fizikal. Adik sepupuku yang satu lagi ketika itu hanya duduk di dalam kereta, menjadi saksi terhadap peristiwa pergaduhan itu. Akibat pergaduhan itu, adik sepupuku mengalami kecederaan di bahagian dada dan kepala.

Beliau dikejarkan ke hospital dan masuk ke wad ICU. Saudara-mara dimaklumkan dengan segera. Ibuku berasa agak pelik kenapa beliau boleh tidak sedarkan diri kerana menghidap penyakit tibi. Semasa pergi ke hospital, bibirnya dikatakan bengkak dan matanya merah. Dia tidak sedarkan diri. Aku tidak dapat hadir ke hospital kerana aku menghidap batuk ketika itu, dan dikhuatiri akan memudaratkan pesakit.

Tidak ada sesiapa pun yang tahu kisah sebenarnya sehinggalah doktor membuat pemeriksaan kali kedua. Pihak hospital juga keliru dengan keputusan pemeriksaan kerana didapati ada percanggahan dengan keterangan yang dibuat oleh keluarga baru adik sepupuku. Adik sepupuku sebelum ini diberikan ubat bius kerana proses memasukkan ubat ke badan beliau memerlukan beliau berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Namun selepas habis tempoh kesan ubat bius, beliau masih tidak sedarkan diri.

Pemeriksaan kedua itu membongkar rahsia. Adik sepupuku disahkan mengalami kecederaan otak yang serius. Sayang sekali kecederaan itu dikesan terlalu lewat, sekitar seminggu lamanya. Sudah terlambat. Ah, kenapa aku berasa begitu kaku hendak meneruskan penceritaan ini?

Sudah sampai ajalnya. Namun aku tidak dapat menerima pembohongan yang dibuat oleh pihak keluarga tiri adik sepupuku. Aku juga tidak pasti sama ada kakak kandung adik sepupuku itu mengetahui kisah sebenarnya kerana dia baru pulang bercuti semester. Aku tidak dapat menerima bagaimana adik sepupuku diaibkan.

Ramai saksi mendakwa mereka melihat keluarga tiri membakar pakaian terakhir adik sepupuku yang dikatakan mengandungi kesan darah. Berdasarkan sumber daripada pihak bapa saudaraku, pihak keluarga tiri mengatakan darah yang terdapat pada baju itu adalah darah yang mengandungi virus HIV dan perlu dibakar. Arwah adik sepupuku juga dikatakan menghidap tibi dan penyakit darah tinggi.

Aku tidak dapat menerima bagaimana adik sepupuku diaibkan sebegitu rupa. Difitnah menghidap HIV, satu keaiban yang besar untuk arwah adik sepupuku. Jika betul dia menghidap HIV, maka sepatutnya jenazahnya akan siap dimandikan di hospital, dan bukannya di rumah keluarga tirinya.

Wajah adik tiriku itu agak mirip wajah bapa kandungnya, iaitu bapa saudaraku yang kurang siuman itu. Wajahnya kelihatan tenang. Dia disahkan meninggal sekitar jam 8.30 pagi pada hari Jumaat, 21 November 2008. Selepas Asar beliau disembahyangkan di rumah keluarga tiri dan dikebumikan sekitar jam 5 petang.

Aku tidak dapat menerima pembohongan yang mengaibkan. Bapa tirinya itu mungkin boleh dimaafkan lagi sekiranya dia menyesal kerana perbuatannya itu, tetapi pembohongan yang mengaibkan itu, aku tidak dapat terima. Arwah sudah meninggal, bagaimana arwah dapat memaafkan bapa tirinya itu? Pembohongan kepada pihak hospital pula bagaimana? Lewat satu minggu barulah cerita mengenai kecederaan di kepala itu diberitahu kepada pihak hospital.

Aku paling tidak dapat menerima kalau seseorang itu sanggup mengaibkan orang lain. Sebab kita tidak tahu bahawa seseorang itu mungkin akan berubah menjadi lebih baik. Arwah adik sepupuku diaibkan selepas kematiannya. Api kemarahanku membara dalam kesedihan. Keluarga kami masih berbincang mengenai hal ini dan sedang cuma mendapatkan kisah sebenarnya di sebalik peristiwa tersebut.

Aku tidak dapat menerima kenyataan keluarga tiri yang mengatakan adik sepupuku menghidap HIV. Itu satu cerita yang mengaibkan. Aku percaya adik sepupuku tidak menghidap HIV, sebab itu dia dimandikan di rumah keluarganya.

AL-FATIHAH

Tiba-tiba, aku teringatkan adik sepupuku yang seorang lagi yang juga merupakan calon PMR tahun ini. Semoga pembedahan untuk mengubati kanser otak di kepalanya sembuh. Dia perlu diberi peluang untuk meneruskan hidupnya seperti kanak-kanak lain.

Selagi kita masih hidup, selagi itu Tuhan memberi kita peluang untuk memperbaiki diri kita.



NOTA: Semasa keluarga aku sedang berbincang mengenai hal ini, tiba-tiba di TV9 tersiar pula drama di mana watak lelaki itu mengatakan kepada si watak perempuan: "Kebenaran itu pada akhirnya akan tertegak dengan sendirinya."


Mungkin rakan-rakan di salah satu laman web sosial ada terbaca mengenai pos aku berkaitan dengan wasiat. beberapa hari sebelum ini. Yup, seringkali jika ada kematian di kalangan saudara mara atau kawan-kawanku, aku akan mendapat firasat, mimpi atau perasaan mengenainya. Manusia Indigo, aku tahu sukar bagi kebanyakan orang untuk memahaminya, tetapi aku percaya, Adik Adiputra pasti memahaminya; bagaimana perasaannya apabila mengetahui sesuatu sebelum ianya berlaku. Aku merasai kematian ini beberapa hari sebelum ianya terjadi, dan perkara ini telah berulang lagi. Aku tetap menganggapnya suatu kebetulan. Sesungguhnya ini satu ujian daripada-Nya. Sesetengah manusia dilahirkan dengan keistimewaan ini, tetapi ianya sukar untuk dibuktikan. Antara peristiwa tersebut mimpi mengenai kejadian tsunami yang melanda di beberapa tempat di Asia Tenggara. Juga mimpi mengenai seorang kawanku yang meninggal dunia akibat dilanggar lori. Aku melihatnya lebih awal. Anggaplah aku berbohong, aku tidak salahkan sesiapa pun. Sesungguhnya ini juga satu ujian.


Ianya anugerah, ianya ujian.


Selasa, November 04, 2008

Kisah Persahabatan: Seorang Anak Posmen dan Bomba - Membalas Surat Sang Gadis

Entri ini khusus untuk bercerita tentang persahabatan. Di samping itu saya juga ingin menyelitkan sedikit kisah mengenai seorang lagi kawan baik saya di dunia nyata. Saya mengenalinya sejak sekolah rendah.

Ya.. ya... BETUL. Kali ini saya bercerita tentang kawan-kawan perempuan saya. Dalam entri yang terdahulu dan lagi terdahulu, saya ada bercerita meengenai kawan-kawan baik saya yang terdiri berlainan bangsa kan?

Suatu masa dahulu saya sangat pening bagaimana hendak menghantar surat ke pejabat pos setiap minggu. Nasib baik saya ada kawan baik yang satu ini. Namanya N. Anda tahu kenapa saya selalu menggunakan nama singkatan bagi kawan-kawan saya?

Oh, yea. Saya tak mahu digosip dan saya juga tak mahu mendedahkan identiti kawan-kawan saya supaya mereka digosip. Digosip adalah perkara biasa bagi saya, dan oleh itu saya sudah biasa menghadapinya.

That's why I don't like to reveal myself, you know. That's what smart people always do. I just follow it.

Okay. Saya selalu menerima balasan surat daripada gadis-gadis. Bagaimana jika gadis itu di luar kawasan tempat tinggal saya? Berpuluh-puluh kilometer jauhnya daripada saya.

N menawarkan diri untuk menghantar surat-surat saya. Dia beritahu saya, ibunya bekerja di pejabat pos. Ayahnya pula seorang ahli bomba.

Jadi setiap kali ada surat yang perlu saya balas, saya akan kirimkan menerusi N, dan N akan kirimkan kepada ibunya, dan ibunya akan membawa surat itu ke pejabat pos pada keesokkan harinya untuk di pos. Wujud satu bentuk carta alir yang berkesan yang dapat menjimatkan kos dan tenaga.

Ibu N sungguh baik. Kadangkala saya dapat diskaun harga untuk setem. Selalunya saya akan mengirimkan surat kepada N tanpa setem. Saya akan bayar kepada N, mengikut jumlah surat (dan setem) bagi setiap surat. Pada masa itu, internet belum lagi popular. Malah, ada orang yang ingat e-mel dan Hotmail itu dua perkara yang berbeza. Sebenarnya Hotmail itu ialah satu jenama e-mel, dan e-mel itu ialah istilah khusus untuk surat elektronik.

Sekarang N sudah menuntut di pusat pengajian tinggi. Nampaknya bidang yang saya ambil banyak memberi pengaruh kepada kawan-kawan baik saya. Mereka mahu mengikut jejak saya, mereka beritahu saya:

"Amiene, I hope we can be in the same place. Work together. Be friend again. You are the best person I ever meet."

Saya gembira dengan kawan-kawan saya. Mereka bukan membodek saya. Percaya atau tidak?

Mereka pernah marahkan saya juga. Ada satu ketika, saya pernah bersedih dan merajuk kerana satu perkara. Ya, dulu ada satu perkara yang membuatkan saya cukup marah dan merajuk. Sebenarnya saya bukan seorang yang suka merajuk.

Kerana risaukan keselamatan saya, seorang rakan saya memarahi dan menegur saya. Selepas itu, saya tidak merajuk lagi.

Bila saya fikir-fikirkan, saya gembira kerana di sekeliling saya ada kawan-kawan baik saya yang selalu menegur saya jika saya buat silap. Orang kata, jika ada orang tegur kesilapan kita, itu tandanya Tuhan masih sayangkan kita.

I am a free and happy person.

Kawan-kawan baik yang saya dapat selama ini wujud atas dasar tanggungjawab.

Keseronokan? Kami tidak pernah bersama-sama semata-mata untuk aktiviti hiburan. Kami bersama-sama semata-mata untuk mengetahui perkembangan diri masing-masing. Jika suatu hari kamu pergi berseronok, melihat semua orang berasa gembira dan suka hati, dan kemudian kamu berkata: "Thank you to all of you. Today, I really enjoy with all of you."

Adakah ini bermaksud mereka kawan baik kamu? Tidak semestinya. Bagaimana jika kamu berada di dalam kesusahan atau berkelakuan luar biasa sehingga boleh menimbulkan kebimbangan orang lain. Adakah mereka menegur kamu? Adakah mereka mengambil berat akan diri kamu? Ketika itu definisi persahabatan yang sebenar akan teruji.

Saya masih ingat semasa saya belajar seketika di Kuala Lumpur, menumpang pensyarah di sana. Saya bertemu dengan seorang rakan kami.

"Hei!!! Amien ada dekat sini!!! Reunion! Reunion!"

Esoknya juga kami buat reunion. Rupa-rupanya ada beberapa kawan rapat saya semasa di sekolah dahulu. Kami berkumpul untuk reunion kecil.

Saya, tiga orang kawan perempuan dan seorang kawan lelaki. Kami berlima meraikan reunion kecil kami di Sogo.

Selepas itu kami merancang ke air terjun. Tetapi saya tidak dapat pergi,saya beritahu mereka yang saya tidak dapat pergi kerana saya ada pertemuan dengan pensyarah. Dan kebetulan itu minggu terakhir saya menumpang pensyarah di sana.

Di mana-mana sahaja, pasti akan ada kawan baik. Bertemu dan bersatu kembali.

Asalkan kita tidak mementingkan diri sendiri. Kawan baik yang akan dapat kita temui akan menjadi semakin ramai. Itulah hidup bersahabat dan berkawan yang saya kenal.

Orang hendak mempergunakan kita? Awas! Saya kaki buli. Saya buli sesiapa yang hendak mempergunakan saya, sehingga dia serik hendak meneruskan niat dia. Jika nasib tak baik, saya akan ajak kawan-kawan saya memperkenakan dia.

Bagaimana pula dengan persahabatan menerusi internet? Saya kurang percaya dengan persahabatan sebegini. Setakat ini saya tidak memiliki sahabat di internet, tetapi saya ada berhubung dengan sahabat saya menerusi internet. Di internet, saya cuma ada kenalan. Oleh kerana itu saya tidak begitu serius dalam hubungan dengan kenalan-kenalan di internet. Cukup untuk bertukar-tukar pendapat, saling kunjung-mengunjung pada masa lapang dan berkongsi beberapa aktiviti di internet. Itu sahaja.

Jika ada hubungan serius, itu cuma mungkin sedikit urusan kerjaya untuk kehidupan dengan orang-orang yang saya yakini kewujudannya. Mereka ini biasanya orang-orang yang sudah popular atau ternama. Iyalah, kenapa hendak berurusan dengan orang yang tidak kenal atau ternama? Kalau kena tipu, padan muka kamu. Sebab itu jika orang itu orang yang ternama, popular atau ada bukti kewujudannya seperti penulis buku, penerbit buku dan seumpamanya, maka saya berani bekerjasama dengan mereka. Sebab, mereka betul-betul wujud dan kewujudan mereka diyakini ada.

Pernah beberapa orang kenalan mengirimkan e-mel atau mesej kepada saya mengenai kenapa di dunia realiti, tidak ada orang mahu menegur mereka. Mereka rasa kehidupan mereka tidak bererti. Mereka meminta nasihat saya. Berkenaan hal itu. saya memiliki satu prinsip berkenaan hal ini:

"Jika tidak ada orang kenal atau tegur kita, itu maksudnya kita ada masalah. Sila semak apa yang awak telah buat sehingga orang layan awak dengan buruk." - Amiene Rev.

Setakat ini saya bersyukur kerana memiliki hubungan baik dengan orang-orang di sekitar saya. Ramai yang terkejut kerana mereka menganggap saya seorang yang low profile (di dunia nyata) tetapi memiliki hubungan baik dengan ramai orang di pelbagai peringkat usia. Malah sering dilayan sebagai seorang istimewa sehinggakan ada orang berkata:

"Amiene, awak ni anak menteri mana? Ayah awak orang besar dekat universiti?"

Tidak. Tidak. Ini tidak berkenaan langsung dengan keluarga saya. Ini adalah hal saya dengan mereka. Cuma saya dan mereka. Tidak ada orang lain yang menjadi orang tengah. Hubungan baik antara kami diwujudkan antara dua pihak ini sahaja. Tidak ada orang ketiga.

Oleh itu, jika kamu rasa kamu dipinggirkan oleh orang di dunia nyata. Jangan cepat menyalahkan orang. Jadilah orang yang tidak mementingkan diri sendiri. Jadilah orang yang tidak emosional. Emosional ialah salah satu sifat mementingkan diri sendiri." - Amiene Rev

Enjoy this life.

Ahad, November 02, 2008

Ah! Seronoknya Hidup Ini!

Pada suatu ketika dahulu, semasa mula-mula menjejakkan kaki ke universiti, saya bukanlah seorang yang sentiasa gembira. Namun sebagai pakar menyembunyikan perasaan diri, saya kelihatan gembira dan ceria di mata ramai kawan-kawan sekelas. Tak sampai beberapa hari, minggu pengkuliahan pertama bermula, nama saya sudah mula dikenali terutama di kalangan siswi.

Saya tidak tahu kenapa saya sering menjadi perhatian dan disukai ramai, tetapi perkara ini sudah bermula seusai saya berusia 3-4 tahun. Pada usia sebegitu kecil, saya sudah menjadi perhatian ramai orang. Semasa di sekolah tadika, guru tadika suka mengambil gambar saya. Semasa di sekolah rendah, kawan-kawan perempuan suka berbisik-bisik apabila saya lalu di hadapan mereka.

Apabila saya mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan tertentu, kakak-kakak yang lebih tua daripada saya akan menegur saya. Mereka sebenarnya adalah pesaing-pesaing saya yang akan bertanding dengan saya. Apabila mereka telah dikalahkan, mereka datang kepada saya untuk berkenalan dan memberi semangat kepada saya untuk mengalahkan pihak lawan yang di peringkat separuh akhir dan seterusnya.

Semasa berada di bangku sekolah menengah, alam remaja memang menyeronokkan. Saya mempunyai ramai kawan. Tidak terhad di sekolah saya sahaja tetapi setiap kali saya pergi ke kursus motivasi, saya akan menjadi perhatian ramai gadis. Ada yang menangkap gambar candid, seperti papparazi, dan meminta saya menulis alamat dan autograf. Ketika itu saya sedang bercakap-cakap dengan orang lain, seorang gadis menjerit nama saya, dan saya berpaling dan gambar saya ditangkap. Ini perkara biasa.

Pakcik Jeneral dan isterinya sudah menganggap saya bagaikan anak kandung mereka setiap kali saya pergi ke program motivasi. Entah kenapa suatu hari ayah saya melarang saya pergi lagi. Di rumah, panggilan telefon daripada gadis-gadis bertalu-talu. Ibu saya mula bertanya itu dan ini. Saya cuma beritahu itu kawan saya sahaja.

"Mana satulah girlfriend kamu ni Amien?" kata ibu saya pada suatu hari.

Amiene Rev dan gadis-gadis memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini menyebabkan saya tidak ada masalah bergaul dengan wanita, kecuali dalam situasi tertentu. Misalnya di universiti, apabila seorang siswi menawarkan untuk menumpangkan keretanya kepada saya, dan di dalam kereta itu pula cuma saya seorang sahaja jejaka dan yang lainnya wanita, maka saya akan berasa kekok. Apa lagi saya tidak kenal kawan-kawan dia.

Yup. Tiba-tiba saya terkenangkan seorang lagi kawan saya yang lain. Nama dia F. Suatu hari saya duduk bersendirian mencari ilham di sebuah kerusi (padahal aku sesat kat kawasan asrama siswi masa Tahun 1).

Pin! Pin! F membunyikan hon keretanya.

"Hai, Amiene buat apa kat sini?" .

Oh, yah, kawasan kolej siswi itu sangat luas. Kebetulan itu kali pertama saya lalu di situ. Dan hari itu dia menghantar saya keluar dari kota sesat itu. F adalah seorang kawan yang baik. Namun suatu hari dia ditimpa malang. Dia terpaksa berhenti belajar.

Tetapi kini... saya sedang cuba menjejakinya semula. Kakinya sakit. Dan dia berhenti belajar. Dia bekerja di kedai-kedai fotostat di beberapa kolej. Setiap kali saya ingin membuat salinan fotokopi nota, dia akan mendahulukan kerja-kerja fotokopi untuk saya. VIP services and special price for me.

Sehingga kini saya masih mengenangkan dia yang tidak tamat pengajian. Sepanjang masa saya berasa kesal. Bagi setiap kawan saya yang tidak dapat menamatkan pengajian, akan ada hari saya berkabung untuk mereka. Bidang pengajian ini tidak senang untuk semua orang. Ada orang yang melaluinya dengan mudah dan ada yang melauinya dengan sukar. Ada yang berjaya, ada yang menderita. Kematian, adakalanya mendahului mereka.

Saya sudah saksikan beberapa kematian melibatkan beberapa orang kawan, dalam usaha mereka untuk merangkul ijazah. Kisah kawan-kawan yang berjuang di universiti. Ini kisah bertahun-tahun dahulu. Sebelum ada di antara kamu yang dapat bercakap, berjalan atau merangkak. Maksud saya jika kamu yang membaca ini adalah golongan pelajar sekolah menengah.

Ramai orang sangka SPM itu penentu masa depan. Mereka silap. Yang menentukan masa depan itu bukan keputusan SPM, tetapi sikap mereka, kepercayaan mereka kepada diri sendiri.

Itulah yang akan menentukan siapa kamu pada masa akan datang. Saya memikul nama Amiene Rev, dan ini bermakna, suatu masa nanti, saya juga akan melalui perubahan.

Pada ketika itu segala kenangan silam akan menjadi angin. Sebab saya memburu masa depan saya. Saya tinggalkan kisah silam tanpa sebarang alasan. Saya tidak mahukan alasan, tetapi pengajaran dan teladan daripada kisah lalu.

Setiap manusia pun, tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kenapa harus berpatah hati dan menjadi insan berduka?

You need to go on. Go on... Gambate!

Khamis, Oktober 30, 2008

Selamat Hari Jadi Buat Sahabat Baik Saya yang sudah menjadi Ibu dan Isteri - 30 Oktober

Kenapa saya sering bercakap mengenai persahabatan sejak satu dua hari kebelakangan ini? Saya selalu mengingati hari jadi best friends saya.

Dan hari ini 30 OCTOBER... saya ucapkan Selamat Hari Jadi kepada seorang sahabat baik, yang saya anggap sebagai kakak kandung saya sendiri.

Dia telah memiliki 2 orang anak. Salah satu daripada anaknya merupakan gabungan nama dia dan suaminya. Saya jarang menegurnya tanpa sebab tertentu selepas dia sudah berkahwin.

Ini kerana saya memiliki satu prinsip, apabila sahabat baik saya, jika dia wanita, maka apabila dia sudah berkahwin, maka saya tidak akan bercakap atau berbual-bual dengannya tanpa sebab.

Ini sebagai tanda saya menghormati statusnya sebagai isteri orang, dan dengan itu saya tidak boleh bebas bergaul dengannya lagi.

Namun inner friendship tetap wujud. Tahukah anda apa itu inner friendship? Mungkin ada yang tidak pernah dengar. Saya mengilhamkan istilah ini sendiri.

Inner friendship, satu istilah yang terlintas dalam fikiran saya apabila sahabat-sahabat baik saya, yang apabila mereka ialah wanita, dan memiliki pasangan hidup, maka status friendship itu sudah berubah menjadi inner friendship.

Mereka sudah berpunya, dan oleh itu saya tidak boleh menganggu hubungan mereka. Kebahagiaan keluarga seorang sahabat adalah kebahagiaan saya juga.

Saya mendoakan kebahagiaan hidupnya.

Ini biasa, jika sahabat saya itu seorang wanita. Tak ada urusan, maka tak adalah perbualan.

Namun inner friendship itu menyatakan kepercayaan kami sebagai sahabat. Dan batas pergaulan antara sahabat itu wujud kerana saya menghormati statusnya sebagai seorang isteri.

Setiap masa, saya melihat satu persatu sahabat wanita saya menjadi isteri. Namun apa yang paling saya suka, setiap kali ada antara mereka yang ingin menikah, dalam hampir semua kes, saya merupakan antara orang pertama yang mereka beritahu mengenainya.

Dan hari ini 30 OKTOBER... saya sentiasa mengenang kisah persahabatan kami.

Terutama pada hari itu... ketika hujan turun renyai-renyai. Satu kemalangan berlaku, dan tangannya patah.

Saya bertungkus lumus menyiapkan tugasan akademik yang kini tinggal saya seorang sahaja yang dapat melakukannya, dan mendapat markah tertinggi untuk projek tersebut. Tetapi saya percaya, ini adalah kerjasama terbaik antara dua orang sahabat. Tepukan paling gemuruh oleh rakan-rakan sekelas, tidak kira Melayu, Cina atau India. Dan rakaman video tepat ke jasad saya. Saya masih ingat peristiwa itu.

Dan kemudian, ketika saya mengusungnya di atas kerusi roda, selepas saya mencuri-curi masuk ke bilik wad semata-mata kerana risau tentang statusnya selepas kemalangan itu. Dan menolak kerusi rodanya ke bilik x-ray sambil berbicara sesuatu yang peribadi.

Dan kemudian menulis berpuluh-puluh helai surat supaya dia sembuh kembali dan dapat menulis dengan dua belah tangan.

Dan menceritakan kehidupan saya di universiti sepanjang ketiadaan dia.

Ini cuma kisah saya dengan seorang sahabat.

Dan bagaimana pula kisah saya dengan sahabat-sahabat yang lain?

Terlalu banyak kenangan persahabatan yang tidak dapat diceritakan di sini, kerana jumlah mereka yang menjadi sahabat saya... adalah ramai.

Saya tidak dapat ceritakan semuanya di sini...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU... 30 OCTOBRE 2008.

"Our friendship stay inner. Kita kini mungkin kelihatan biasa, tetapi persahabatan kita kekal luar biasa." - Amiene Rev.

Rabu, April 02, 2008

The Fallen Angel In Math - Shilpa Lee

The Fallen Angel In Mathematic - Shilpa Lee
this is a poem dedicated to a girl, once a genius in Mathematic
Written by Amiene Rev (C) 2008

Shilpa Lee
you must be an alter
of a core
a girl, a prodigy in Math

Shilpa Lee
a hooker
you have a beautiful name before
that make people want to be in your path

Shilpa Lee
don't let your life to be darker
making our heart and eye sore
please put the good submisson in your oath

Shilpa Lee
you once consider a talent in Mathematic
but why your life is so dramatic
where is your logic?
this is a test that God set to you in a practic
you must face it with not only one tactic

Shilpa Lee
there always be chance
that you can again leaping over fence
to see the world without border with your lense
for freedom of humanity to be dance
please wake up and take your stance

Shilpa Lee
I pray for you to become an icon
and set a goal for future beacon
the light is still there for you to go on

Shilpa Lee
when you still breathe and live
please get out from your dirty hive
you still have chance for truth to strive

Shilpa Lee
I really sad for what you are now
please do not fall in despair
I'm waiting for the good news to be appear
the past cannot be change
but the future can be create
stop being a fallen angel in math
you can still become an icon when you return and be good
a woman is a man's pride
let create the good destiny so you can ride

Your sincerely,
Amiene Rev

Khamis, Mac 27, 2008

26 MAC 2008 - Hari Amiene Rev Menerima Anugerah, Hari Ulang Tahun Kedua Romantis Selatan Menulis Blog

Sebagaimana Amiene Rev menguruskan laman blog salah seorang novelis sejarah terkenal Malaysia, Amiene Rev juga orang yang menguruskan laman blog Romantis Selatan. Tarikh 26 Mac 2008, merupakan tarikh ulang tahun yang kedua bagi blog yang ditulis oleh Romantis Selatan. Pada hari ini juga, Amiene Rev menerima anugerah. Anugerah ini seterusnya mengiktiraf pemikiran, idea, tindakan dan sumbangan Amiene Rev dalam pelbagai bidang melibatkan ko-kurikulum (sukan dan persatuan) , aktiviti-aktiviti pro-pendidikan dan pro-akademik.

Hari ini, Amiene Rev sempat menemubual seorang warga Iraq, berstatus Ph.D. Sebelum itu ada seorang budak perempuan bertudung dan berpakaian serba ketat melihat gerai orang Iraq itu. Dia lalu melaungkan Allahuakhbar tanpa sebab dan kemudian diketawakan oleh kawan-kawan perempuannya yang berbaju kurung. Entah kenapa tiba-tiba pelajar perempuan itu begitu bersemangat ya? Atau sudahkah dia terjatuh cinta dengan pelajar Iraq itu?

Pelajar Iraq itu menceritakan mengenai tamadun Hammurabi, yang menghumban dan membunuh kaum Yahudi di dalam lubang besar yang digali, dengan api yang menyala-nyala di dalamnya. Juga mengenai Taman Tergantung Babylon dan teknologi saliran air menerusi Ziggurat. Juga teknologi bunyi orang-orang Islam dahulu kala untuk melaungkan azan.

Amiene Rev juga diberitahu mengenai kubah-kubah masjid di Iraq yang diperbuat daripada emas dan makam Saidina Ali dan anaknya yang berada di dalam masjid.

Amiene Rev sempat bertanyakan pandangan pelajar Iraq tersebut mengenai status pentadbiran di negara Iraq. Pelajar itu memberitahu, dia tidak peduli lagi tentang Amerika atau Saddam, dia hanya peduli tentang pembangunan Iraq. Katanya lagi, dia mencontohi rakyat Malaysia, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain bersatu di bawah nama Malaysia. Dia berpendapat, sekiranya rakyat Iraq masih memikirkan tentang keutamaan kaum mereka sahaja, Iraq tidak akan membangun. Rakyat Iraq juga tidak perlu sibuk-sibuk memikirkan siapa yang memerintah, tetapi perlu mengutamakan pendidikan, pembangunan dan pemulihan semula negara Iraq.

Apabila ditanya mengenai adakah dia akan membangunkan Iraq selepas tamat pengajiannya. Dia berkata dia akan balik apabila perang tamat dan keamanan sudah kembali bersinar di Iraq. Buat masa ini keluarganya sudah ditempatkan di Libya.

Amiene Rev juga berhajat mengirimkan gambar video pelajar Iraq itu menari-nari bersama kawan-kawannya yang lain semasa Hari Kemerdekaan tahun lalu yang dirakamkan menerusi telefon bimbit Samsungnya. Sekarang fahamlah Amiene Rev, kenapa pelajar Iraq itu menari-nari sehingga lupa daratan semasa kita menyambut kemerdekaan. Itu kerana, negara mereka masih tidak aman dan merdeka. Betapa sayunya melihat pelajar-pelajar Iraq ini menumpang kegembiraan menyambut kemerdekaan di negara kita.

Selepas itu Amiene Rev pergi pula ke tempat pelajar-pelajar Sudan. Mereka memasang music sambil menari.

"This is ours!" Kata seolah seorang daripada mereka.

"Oh, you are a singer? This is your single?" Amiene Rev bertanya.

"No. No, this is our country's music." Jelas pelajar Sudan itu.

"Oh, you miss your country."

Pelajar-pelajar Sudan itu terus menari, gayanya seperti orang di dalam lukisan di dinding piramid di Mesir. Menari-menari dengan tangan seakan-akan ular, dan sekali-kala seperti tarian Sumazau, dan mereka memakai jubah-jubah yang biasa dipakai oleh orang Sudan.

Ahad, Mac 16, 2008

Budak Hilang: Sharlinie hilang 9 Januari 2008 manakala Mawi hilang 9 Mac 2008

Melihat pada tarikh 9 Januari 2008 untuk Mawi, dan 9 Mac 2008 untuk Sharlinie, menyebabkan penulis terfikir, adakah sesuatu yang istimewa bagi angka 9 atau tarikh 9 hari bulan sekian-sekian bagi si penculik?

Amiene Rev merekabentuk semula poster Asmawi kerana tidak puas hati dengan penggunaan 'di' secara dekat untuk tajuk "
DIMANA ASMAWI?" Kerana enggan melihat perkataan DIMANA berleluasa, Amiene Rev membuat semula poster baru dengan menggunakan ejaan yang sepatutnya iaitu "Di Mana?"

Alang-alang sudah mengubah poster Asmawi. Amiene Rev turut mencipta satu lagi poster berkembar, menggabungkan Sharlinie dan Asmawi.

9 Januari dan 9 Mac, lokasi hilang ialah Petaling Jaya untuk Sharlinie, dan Lembah Pantai untuk Asmawi. Mungkin ada klu yang membantu? Sama-sama kita doakan kedua-dua budak ini ditemui.

Ahad, Mac 02, 2008

Menjenguk Semula Isu KOMSAS dan Novel Popular

Baru-baru ini, timbul berita seorang Sasterawan Negara yang dikatakan merajuk gara-gara isu pemilihan novel untuk KOMSAS. Ada yang menyokong, ada pula yang tidak menyokong. Ada yang panas hati dan ada pula yang merajuk. Bagi novelis-novelis yang terpilih, pasti ini merupakan rezeki yang diturunkan kepada mereka.

Sebagai seorang penulis yang sajak-sajaknya pernah tersiar dalam novel sedemikian, Amiene Rev seakan-akan dapat memahami perasaan seorang novelis. Soal rezeki. Soal menjunjung bahasa. Sebenarnya, tidak semua novel yang dikategorikan sebagai novel popular itu tidak memiliki ciri-ciri sastera. Contohnya, novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu, karya novelis Ramlee Awang Murshid yang turut menjadi novel kegemaran Amiene Rev. Bagaikan Puteri pernah memenangi Anugerah Sastera Sabah.

Ketika Amiene Rev membeli novel tersebut, beliau belum pun tahu bahawa novel tersebut pernah memenangi anugerah. Namun, disebabkan novel Bagaikan Puteri itulah, Amiene Rev mula memburu novel-novel Ramlee Awang Murshid. Ungu Karmila, turut dibeli pada hari pertama di pasaran. Menariknya karya-karya Ramlee Awang Murshid ini adalah kerana ilmu yang diadun di dalamnya. Lihat sahaja senarai rujukan serta coretan ilmu di helaian-helaian terakhir buku-bukunya.

Banyak lagi novel-novel popular di pasaran yang turut memainkan peranan seperti novel Ramlee Awang Murshid ini. Citarasa Amiene Rev cukup tinggi. Apabila beliau mengulas sesebuah novel, maka kata-kata itu akan lahir dari ketulusan hatinya. Jika bagus, maka baguslah novel tersebut, jika pedas, maka ada sesuatu yang perlu diperbaiki lagi. Niat Amiene Rev adalah untuk membantu memajukan lagi industri buku tempatan, oleh itu dia sentiasa jujur dalam mengutarakan pandangan.

Isu pemilihan novel-novel popular untuk bacaan KOMSAS tidak boleh dipandang sebelah mata. Novelis-novelis popular di negara kita tidak semuanya penulis cari makan. Jangan lupa itu. Martabat novelis-novelis popular di negara kita bukan semuanya picisan. Nama-nama besar seperti Aina Emir, Norhayati Berahim, Anis Sofea, Ramlee Awang Murshid dan ramai lagi yang memanfaatkan penyampaian cerita dengan bahasa yang mudah tetapi indah telah menarik ramai pembaca untuk terus mengikuti buku-bukunya. Tidak dinafikan juga, karya-karya penulis beberapa novelis popular yang mendapat tempat di hati peminat-peminat novel, membantu dari aspek penulisan bahasa. Mudah difahami, tetapi indah. Tatabahasa, susunan ayat dan ejaan yang digunakan juga menepati sistem bahasa rasmi.

Amiene Rev berpendapat, ilmu itu harus disampaikan dengan bahasa yang mudah, bukan disusah-susahkan. Teknik bercerita yang digunakan dalam karya-karya novel popular harus diteliti dan dijadikan panduan untuk melahirkan karya-karya beradun ilmu pengetahuan untuk bacaan bangsa kita pada masa akan datang.

Amiene Rev tidak setuju apabila novel-novel popular dilabelkan sebagai picisan. Tidak! Tidak semua novel popular begitu. Pandangan negatif terhadap novel-novel popular perlu diubah. Ayuh, para novelis popular tanah air, lakukan anjakan ilmu dalam novel-novel anda!

Buktikan novel-novel popular juga menjunjung bahasa bangsa!

Ahad, Februari 03, 2008

Al-Fatihah buat Ahmad Zafran aka Panaharjuna




Allahyarham Panaharjuna aka Ahmad Zafran Abd. Mutalib merupakan salah seorang penulis PTS Publication. Buku-buku di atas adalah antara hasil karya Allahyarham yang telah dihasilkan. Allayarham telah berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang telah tua. Allaharham menghidap penyakit jantung, dan beliau tidak mendirikan rumah tangga kerana penyakitnya ini.


Sepanjang hidupnya, Panaharjuna terkenal dengan sikapnya yang pemurah, sedia berkongsi ilmu dengan mana-mana penulis. Dia juga telah memberi galakan kepada penulis-penulis dan bakal-bakal penulis supaya bersemangat untuk melibatkan diri dalam dunia penulisan.


Dapatkan buku dan novel Panaharjuna - Pendekar Merah Budiman, Sahabat Kole Kacang 1 & 2, 40 Lukisan Hati dan Tegar di kedai-kedai buku tempatan (mudah didapati di MPH dan POPULAR). Buku novel ini merupakan satu sastera yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan sesuai untuk dijadikan bahan bacaan buat para pelajar.


Semoga hasil jualan buku-buku ini dapat dijadikan sebagai salah satu cara untuk membantu ahli-ahli keluarga Allahyarham Ahmad Zafran secara berterusan (menerusi royalti).

Selasa, Oktober 09, 2007

Bertemu Kembali Dengan Romantis Selatan

Bertemu Kembali Dengan Romantis Selatan
Hakcipta Amiene Rev (C) 2007

Sudah sekian lama aku tidak bertemu sahabatku yang seorang ini. Seorang sahabat yang pernah sama-sama berjuang dalam satu arena yang sangat sukar, suatu ketika. Kami mula berkenalan sekitar tahun 2000, iaitu ketika aku mula-mula menjejakkan kaki ke sebuah institusi pengajian tinggi. Kami sama-sama mempunyai minat dalam bidang penulisan. Perkenalan ini menjadikan kami sahabat baik. Namun, sejarah hidup Romantis Selatan penuh dengan onak dan duri. Penuh dengan duka dan air mata.

“Rev...” Dia menegurku, memandangku dengan tidak berkelip-kelip. Matanya kelihatan redup, dan perwatakannya sudah berbeza berbanding dulu. Seolah-olah seorang insan yang sentiasa bermunajat pada waktu malam memohon ampun, agar Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah akan mengampunkan dosa-dosa silamnya.

“South...” Dan selepas leka menganalisis perubahan pada dirinya, aku menegurnya kembali.

Tiba-tiba aku terimbas kembali, kenangan silam, iaitu pada zaman kegemilangan dalam persahabatan kami. Setiap masa dia menghabiskan masanya dengan menulis, menyatakan kebencian dan dendamnya terhadap takdir. Sehingga suatu hari, aku menemui tulisan-tulisannya yang kusangkakan sebagai tugasan.

“Ini kisah yang sangat menarik,” Aku memuji ‘tugasannya’ itu. Sebetulnya, aku sangat-sangat ikhlas dalam menutur pujian itu. Hasil tulisannya itu telah berjaya menambat kehibaan ke hatiku.

“Surat Untuk Takdir,” Romantis Selatan, atau South, kelihatan agak bergementar apabila mendapati aku mengusik hasil tulisannya itu. Dia tunduk lalu mengetik papan kekunci komputer peribadinya beberapa kali, mencari-cari fail-fail tertentu. Tanpa berpaling dia bersuara, “Aku sekadar menulisnya untuk suka-suka.”

Aku menghela nafas dalam-dalam. Aku sudah membuat kesilapan, mengusik hartanya tanpa kebenaran. “Maaf, setiap perjuangan hidup, selalunya akan menemui, api dan kezaliman yang kadang-kadang tidak boleh dipersalahkan.”

Aku menyusun ayat itu lambat-lambat. South tidak berpaling, dia masih melayan komputer peribadinya, seolah-olah sedang khusyuk mengemaskini fail-fail dokumen di dalam komputer. “Memang, aku sengaja mahu kau melihatnya. Tinggalkan komen supaya jalan ceritanya dapat menjadi lebih baik.”

“Jadi, biarlah aku menelitinya lagi.” Ayat-ayat yang tertulis dalam karya yang berjudul Surat Untuk Takdir itu berbaur pemberontakan. Kadangkala terluah rasa geram dan kesal yang amat dalam, seperti sedang mengira-ngira betapa dalamnya jurang di neraka. Tidak ada penamatan.

“Aku ada tiga patah perkataan yang boleh mengubah jalan cerita Surat Untuk Takdir untuk menjadi lebih baik.” Aku menghulurkan manuskrip Surat Untuk Takdir kepada South.

“Katakan, dan nescaya akan kupersetujui.” South tersenyum. Dia berhenti menaip dan berpaling ke arahku.

“Tegas dan garang.” Secara mendatar, aku meluahkan jawapanku. “Takdir tidak boleh dipersalahkan, juga tidak boleh dianggap sebagai rintangan. Kau mesti jangan berlembut dalam setiap perkara yang tidak menyebelahi diri kau.. Kau mesti bertindak garang, jangan takut-takut untuk membuat keputusan.”

Ingatanku terhadap masa silam berhenti setakat itu. Tiba-tiba, kedengaran tempikan guruh di langit. Langit yang sejak awal-awal tadi mendung, semakin pekat gelapnya. Tangisan yang mengharukan pasti akan tumpah tidak lama lagi.

“Aku dengar sudah lama kau berhenti menulis. Aku menanti-nantikan berita daripadamu.” Sejak Romantis Selatan menghilangkan diri, dan diri aku yang sentiasa sibuk dengan aktiviti di dalam dan luar kampus, aku tidak sempat menyampaikan apa-apa mesej kepada dia. Aku sibuk berurusan dengan anak-anak muridku, dengan anak-anak yatim di Bukit Cagar, dan dengan anak-anak di Desa Bakti.

“Aku ada alasan tertentu untuk meninggalkan dunia penulisan. Apa berita terbaru?” Aku yakin, South merujuk kepada seseorang.

“Dia sudah berkahwin, dua bulan lepas.” Aku merujuk kepada seorang gadis yang dahulunya merupakan teman rapat kami berdua. Gadis cantik yang merupakan cinta pertama Romantis Selatan di IPTA ini.

“Aku tidak dapat kad jemputannya.” Wajah Romantis Selatan kelihatan agak dingin.

“Aku juga, barangkali dia tidak mahu membuatkan kau menderita, sakit hati untuk hadir mengingati dia.” Aku harap kata-kata ini dapat meredakan perasaannya.

“Bukan jodoh aku dengan dia. Sejak kekasih lama dia datang empat tahun lalu, aku sudah menjangkakan hal ini.” Romantis tunduk memandang tanah. Badannya terpaku, memendam rasa.

“Mereka tidak pernah berpisah, cuma takdir menyebabkan mereka berjauhan seketika. Selama beberapa berbelas tahun. Faktor keluarga.” South mengalihkan pandangnya ke lain. Pastinya, dia tidak mahu aku membaca perasaannya. “Aku tidak sampai hati untuk menjadi orang ketiga.”

Soal cinta bukan keutamaan kini. Cinta yang berputik pada zaman kanak-kanak, kemudian tertangguh selama berbelas tahun kerana dua budak kecil yang masih mentah terpaksa mengikut keluarga masing-masing meninggalkan kota London. Berbelas-belas tahun kemudian mereka bertemu semula di IPTA ini, meneruskan kembali cinta silam yang belum pernah padam. Romantis Selatan yang baru hendak berputik cintanya terpaksa memadamkan hasrat itu, kerana dia tahu, gadis itu sehingga ke hari ini masih mengingati kisah silamnya.



Apabila aku mengingati kisah silam si gadis itu, aku tiba-tiba teringatkan si gadis kecil yang pernah sama-sama bermain hujan. Kisah gadis itu mengingatkan aku kepada kisah silamku juga.

“Jadi, apa alasannya untuk kau tidak kembali menulis?” Aku kembali mengubah ke topik asal.

“Hasrat bonda. Aku mengejar hasrat bonda. Jadi aku mengabaikan dunia penulisan untuk mengejar kejayaan dalam bidang yang satu itu.” Romantis Selatan mengetap bibirnya. Terbayang wajah derita, yang mungkin cuma aku, sebagai seorang sahabatnya yang dapat mengertinya.

“Aku doakan kejayaan kau. Aku tidak ada apa-apa lagi yang boleh membantu kau. You’re on your own. Jalan kita sama-sama sudah jauh berbeza.”

“Tegas dan garang...” Tiba-tiba Romantis Selatan mengucapkan tiga perkataan ajaib itu kepadaku.

“Ya, tegas dan garang. Kau telah lakukan satu pengorbanan besar, demi menghormati restu ibu, kau mengorbankan bakat. Moga-moga ahli-ahli syurga akan menyambut kau dan kau akan bersama-sama mereka.” Aku mengucapkan kata-kata terakhirku. Barangkali kami tidak akan berjumpa lagi selepas ini. Hari ini, Romantis Selatan akan berangkat ke suatu tempat yang jauh, untuk seketika.

Dia tidak pulang berhari raya seperti tahun-tahun sebelumnya. Dia tidak mahu mencacatkan suasana hari raya dengan air mata dan tangisan ibu dan ayahnya. Dia akan membawa diri ke suatu tempat lain, yang tidak akan menyebabkan dia mengingati kisah silam. Dia sudah berjanji tidak akan pulang dengan tangan kosong. Dia akan pulang hanya apabila kejayaan sudah berada di dalam tangan!

“Rev, dengar kata kau akan keluar negara tahun hadapan?” Nampaknya Romantis Selatan juga mendapat berita itu.

“Edinburgh, City of Literature.” Jawabku pendek. Aku tidak tahu kenapa hatiku sering menyebut-nyebut nama tempat ini. Ada satu jawapan misteri yang sedang menungguku. Barangkali berkaitan dengan darah keturunanku. Sesuatu yang takkan terpahat di dalam blog ini, sekadar kiasan dan catatan untuk mengingatkan aku apabila aku lupa.

“Itu cuma satu kemungkinan.” Tambahku lagi.

Ada jawapan yang masih belum selesai. Aku bukan bangsa Melayu sepenuhnya, nenek moyang aku tinggal di dua negara.

Rahsia keluarga ini telah dipendam sejak beberapa generasi, kerana dikhuatiri akan membawa malapetaka pada waktu dulu. Namun sekarang, permusuhan antara Eropah dengan Timur boleh dikatakan sudah tamat. Walau apa pun, orang Melayu itu berasal daripada tanah. Orang Inggeris itu juga berasal daripada tanah. Aku juga tetap berasal daripada tanah. Keluarga kami adalah Melayu, sebab kami berbahasa Melayu, sebab kami berpegang pada agama sebagaimana agama bagi kebanyakan orang-orang di Melayu di Tanah Melayu.

Adam dan Hawa pernah menderhakai Tuhan dan kemudiannya mendapat kemaafan. Kerana Tuhan itu Maha Pengampun. Maafkan nenek moyang kami yang pernah menjajah orang-orang Melayu. Manusia seperti kita, tidak ada seorang pun yang dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Hujan mula turun. Rintik-rintik, bertitisan kecil. Air hujan yang mengenai rambut dan mukaku membuatkan aku mengingati semula kisah silam. Dua kanak-kanak kecil yang bercinta semasa di tadika. Senyuman gadis cantik itu tiba-tiba mekar, berbayang di mataku. Dua orang kanak-kanak yang baru beberapa tahun mengenali dunia sudah mula dilanda perasaan cinta? Oh, ya, mereka lupa, kami anak-anak Indigo. Kepintaran kami semasa kecil, sudah setanding dengan anak-anak pada zaman remaja!

Aku meneruskan langkah meninggalkan medan pertemuan sahabat lama. Romantis Selatan juga sudah tidak kelihatan lagi. Kami akan membawa hala tujuan kami masing-masing. Cita-cita dan matlamat hidup masing-masing.

Sabtu, Oktober 06, 2007

Rimau dan Limau

MERLIMAU, Jumaat, 5 Oktober 2007: Seekor harimau didapati telah memakan sebuah limau dekat sini semalam. Harimau itu dipercayai berwarna kuning dan jingga, serta belangnya yang berwarna hitam, telah merampas limau itu daripada seorang penjual bernama Merlin. Merlin yang juga merupakan tokoh ilmu sihir, telah berpencen dan oleh itu berkira-kira untuk menjual limau yang ditanam di kebun bunga.

Antara limau yang ditanam termasuklah, limau kasturi dan limau purut. Tidak termasuk limau nipis dan lemonade yang menjadi tema satu iklan serbuk pencuci baju. Misteri kenapa harimau itu memakan limau dipercayai kerana suatu hari Merlin telah terbaca mentera yang berbunyi:

"Hari-hari Mau, Hari Hari Mau Limau!"

Semasa Allahyarham Sudirman kecil, dia suka minum lemonade. Setiap kali Allahyarham En. Dahlan hendak menggunting rambutnya, dia akan meminta lemonade. Aku merujuk buku kartun karya Allahyarham Sudirman, yang pernah aku miliki. Setiap kali membaca buku itu, hati aku kadangkala terasa sayu. Oh, dan apabila mengingati saja kisah-kisah Allahyarham, aku berasa sayu.

"Kata orang, tangisan aku terdengar sehingga beribu-ribu batu, nenek berjalan kaki ke mari untuk menemui aku."

Semakin hampir dengan Al-Quds, tiba-tiba aku teringatkan legenda ini. Beliau suatu masa membuka syarikatnya sendiri. Tak silap aku minuman berjenama Sudi. Dan, ya benar, muka abang kepada Allahyarham Sudirman yang satu itu mirip muka Allahyarham.

"Aku tidak melambai, kerana aku percaya persahabatan kami tidak berakhir di sini."

Ini pula satu babak di mana Sudirman menghantar seorang rakannya pulang. Peristiwa yang berlaku ketika itu, seorang rakannya melambai ke arahnya, kerana mereka akan berpisah.

Allahyarham Sudirman meninggal kerana penyakit radang paru-paru yang dideritainya. Kini, bagaimana pula dengan Benji, ibunya Azean Irdawati pula menderita penyakit kanser payu dara. Benji membotakkan kepalanya sebagai tanda memberi sokongan terhadap ibunya, yang menjadi botak akibat kemoterapi.

Oh, dunia seniman. Mengenangkan dunia ini. Dan, tiba-tiba lagu hari raya itu berkumandang. Nyanyian seniman juga. Dengan suara mereka, para seniman memberi nada terhadap kehidupan, memberi ritma sehingga hidup suasana raya itu. Asalkan mendengar lagu raya, pasti terasa...

Wah, jauh lagi perjalanan ini!


NOTA: Selepas berakhir catatan untuk entri kali ini, aku ingin mengupas buah limau yang khusyuk berzikir di atas meja. Buah limau yang diperolehi di masjid dua hari lalu. Warnanya jingga, buah limau ini tidak berbiji, rasanya masam dan manis. Keluaran Unifrutti dengan izin-Nya. Limau ini telah menjadi sumber inspirasiku untuk menulis entri kali ini. Oleh itu, aku mesti memakannya sebagai tanda berterima kasih. Kata orang, nasi akan menangis jika tidak dimakan. Limau juga, pasti begitu. Sebab, mereka sama-sama tumbuhan, sama-sama makanan, sama-sama berasal daripada tanah. Selamat Hari Raya Tuan Tanah, berhati-hati semasa meletakkan nama-nama pembohong di bulan puasa itu, (padahal mereka bukannya Muslim, sekadar memperalatkan nama Muslim dan orang-orang tertentu), kerana jika tersilap langkah mereka mungkin menjejakimu. Selamat Hari Raya juga kepada AminBakish dan Tok Rimau.

Isnin, Ogos 27, 2007

Missing Child - Nurin Jazlin Jazimin Hilang - Kuala Lumpur

Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, pelajar Tahun Dua SK Desa Setapak, dilihat kali terakhir pada 20 Ogos 2007, kira-kira 8.30 malam, di Pasar Malam Wangsa Maju, Seksyen 1. Nurin adalah penghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi, dan perlu mengambil ubat setiap hari.

Sesiapa yang melihat, Nurin Jazlin, yang berambut panjang paras pinggang dengan ketinggian hampir empat kaki supaya menghubungi bapanya,
Jazimin di 019-3667067 atau menghubungi isterinya, Norazian Bistaman di 013-2486651 ATAU Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO di talian 019-3255886 atau 03- 40441199.

Nurin Jazlin Jazimin, 8 year old, Year Two pupil of SK Desa Setapak, was last seen at Wangsa Maju Section 1 Night Market, 20th August 2007, 8.30pm.

If anybody have any information about this missing child, please contact Jazimin, 019-3667067 or her mother, Norazian Bistaman, 013-2486651. Thank you.

Nurin has very serious medical problem and need to take her daily medicine.

Deputy Rural and Regional Development Minister Datuk Zainal Abidin Osman urged those with information to contact the family or the UMNO youth public complaints bureau at 019-325 5886 or 03- 40441199.

Sumber berita:
www.utusan.com.my
www.hmetro.com.my
www.thestar.com.my

Blog khas untuk Nurin Jazlin: nurinjazlin.blogspot.com

Jumaat, Ogos 10, 2007

Kawan Lama DAN Kesibukan Melayan Masa

Satu ketika, pada tengah hari, hari ini. Aku mendapat panggilan telefon daripada seorang sahabat lama. Berbangsa India. Seorang wanita. Seorang guru. Kini, dia mengajar di Johor Jaya.

Ya. Sudah lama, aku tidak mendengar khabar berita daripada dia. Sebaiknya, aku memanggil dia kakak kerana dia lebih tua berbandingku.

Namun, disebabkan faktor kebiasaan, mungkin kerana berlainan bangsa dan aku sering bercakap dalam bahasa asing dengannya, maka tidak kupanggilnya sebagai kakak.

Hm. Tadi aku sempat keluar ke bandar. Memburu buku-buku baru. Namun, agak kecewa kerana buku-buku dalam sasaran tidak ada di kedai buku. Hampir 3 buah gedung yang berlainan tempat dan jarak telah aku kunjungi. MPH dan POPULAR, juga kedai-kedai buku kecil yang lain.

Penat berjalan, aku membeli begitu banyak minuman. Pagi tadi aku meninggalkan satu contoh surat yang aku tulis untuk diedarkan kepada para pensyarah. Dalam surat itu aku meminta kerjasama para pensyarah untuk menyenaraikan nama-nama pelajar yang bermasalah dalam akademik, supaya dibawa masuk ke Program KITAB, untuk dibantu dari segi pembelajarannya.

Aku berharap isi kandungan surat itu memuaskan dan sekiranya ada apa-apa perlu diperbetulkan atau ditambah, maka aku berharap agar perkara ini dapat dipercepatkan. Masa semakin suntuk.

Program KITAB sudah meloncat ke fasa-3. Ini adalah satu perkembangan yang agak memuaskan, namun, hal ini juga menuntut banyak pengorbanan.

Masa... masa semakin lama, semakin berharga. Pendarahan di kakiku sudah berhenti. Cuma ada sedikit darah beku. Kaki aku agak kebas semasa berjalan sebentar tadi. Jauh juga berjalan. Banyak juga perkara yang sempat aku lakukan sepanjang minggu ini.

Disebabkan aku perlu memakai kasut untuk ke pejabat, untuk tugas-tugas penting, aku membawa selipar bersama, disimpan di dalam beg pikul, sebagai langkah berjaga-jaga. Sekiranya berlaku pendarahan lagi kerana memakai kasut, maka aku akan menukar kasut dengan selipar.

Program KITAB kali ini, memiliki elemen-elemen yang direstui oleh Bondaku. Aku berharap... semester ini akan penuh dengan keberkatan.

Ya, Tuhan Kami, Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui. Permudahkan urusanku, pecahkan segala kesulitan dan kebuntuanku, berikanlah aku petunjuk, moga selamat di dunia dan di akhirat. Amin.

Selasa, Ogos 07, 2007

AAA - Aku Adalah Adiwira Seperti Yang Anda Mahu - Dia Mahu

"Jadi awak inginkan cerita mengenai hero-hero tempatan?" Aku sudah muak melayan manusia ini.

"Ya. Bolehkah?" Dia kelihatan sungguh gembira. Gembira kerana akhirnya, aku bersetuju untuk membenarkan dia menulis cerita mengenai diriku.

"Saya memiliki satu kuasa. Apabila saya menyentuh seseorang, saya boleh memindahkan segala macam penyakit dan kuasa negatif di dalam badannya ke dalam badan saya." Aku menerangkan dengan nada suara dan rupa yang serius.

"You... you must be kidding?" Dia membeliakkan matanya. Tersengih-sengih. "I just want a hero story."

"Then, you already got one." Aku merenungnya dengan wajah yang serius. Dengan bibir yang terkatup rapat.

"Dan untuk tujuan itu, saya memiliki masalah. Jika penyakit atau kesakitan seseorang itu parah, maka saya akan terpaksa menanggung penderitaan dan kecederaan, separah pesakit tersebut." Jelasku lagi.

"Jadi apa yang akan berlaku kepada pesakit itu?" Dia memasang minat. Antara percaya dengan tidak.

"Dia akan sembuh manakala saya mungkin boleh mati melainkan saya berupaya menyembuhkan kesakitan tersebut."

"Ya?" Dia membeliakkan matanya lagi. Memanjangkan lehernya ke depan, dengan kedua-dua belah bahu yang terangkat.

"Kecederaan pada ibu jari saya ini, saya dapat menerusi salah seorang anak murid saya. Kerana sebelum saya meninggalkan sekolah itu, saya sempat memindahkan kecederaan seorang anak murid saya ke dalam badan saya. Sekarang sakit ini sedang merebak." Aku menunjukkan ibu jari kakiku yang masih cedera.

"Woh?" Barangkali dia berminat atau menyesal, atau kecewa kerana memaksaku menceritakan kisah hidupku kepadanya.

"Tetapi bukan setakat itu sahaja. Saya juga akan menyerap personaliti seseorang itu. Selepas membandingkan personaliti individu yang lain dengan diri saya, saya akan dapat memahami seseorang itu dengan lebih baik. Ini kebolehan saya." Ujarku.

"Namun ada keburukan juga. Jika individu itu hatinya hitam, jahat dan ganas, apabila saya menyentuhnya, saya juga akan berubah, menukar personaliti yang asal ke personaliti seperti itu. Contohnya, saya tidak merokok, tetapi jika saya terserap individu yang sedemikian, saya juga akan merokok." Aku menghela nafas, tanda kecewa dengan kelemahan yang ada pada keistimewaan yang aku ceritakan kepadanya. "Jadi, saya cuma boleh mengubati orang yang benar-benar putih hatinya."

"Aa... kisah ini... seperti... seperti X-Files." Dia memberatkan kepalanya ke kanan. Tergagap-gagap.

"X-Files memang wujud." Aku tersenyum, merenungnya lagi. Aku tergelak di dalam hati.

"Tetapi saya percaya! Saya percayakan awak!" Dia bersungguh-sungguh! Dia merenungku dengan tajam. Air mata yang penuh keikhlasan.

Isnin, Ogos 06, 2007

Amien, Awak Seorang Hero! Dia Kata.

Perkataan hero yang dilabelkan kepada diriku itu menyebabkan aku mula memberontak. Kenapa pula mereka memanggil aku sebagai hero? Aku cuma seorang yang melakukan apa yang aku fikirkan betul dan sepatutnya dilakukan. Aku cuma buat perkara yang belum pernah sesiapa fikirkan. Apakah perkara ini menyebabkan aku boleh dipanggil hero. Kelakar.

"Saya belum layak menjadi hero. Saya tidak menyelamatkan sesiapa."

"Bagaimana pula dengan mangsa kemalangan yang awak selamatkan tempoh hari. Dia tidak kenal pun awak. Itu bukankah sama seperti watak superheroes dalam mana-mana filem?" Nampaknya dia cuba menyamakan aku dengan Wira Bertopeng. Apa kata jika aku menyilangkan tangan dan membuat bunyi "Beep! Beep! Beep!" Maka rentunglah dia.

"Itu perkara biasa. Sesiapa pun akan menelefon ambulan apabila melihat keadaan itu, apatah lagi di depan mata." Jelasku. Pujian merupakan racun buat diriku. Aku tidak mahu dia terus melabelkan aku sebagai hero atau wira kerana perkara yang sememangnya sepatutnya menjadi tanggungjawab sosial. Orang dalam bahaya harus diselamatkan.

"Bagaimana pula dengan program-program yang awak buat selama ini. Ah, ya... program..."

"Cukup! Apa tujuan awak sebenarnya? Apa yang awak mahu? Tak perlu membodek saya." Barangkali manusia ini seorang wartawan yang cuba mencungkil maklumat mengenai diriku. Rupanya kelihatan seperti seorang pelajar UTM, tetapi dia mungkin memakai topeng.

"Maafkan saya. Saya cuma mahu menulis mengenai diri awak. Awak orang yang saya kenal dan saya rasa saya patut menulis mengenai awak. Program awak. Kisah hidup awak." Mukanya kelihatan mengharap, tetapi aku masih terus prejudis terhadap dirinya.

"Tidak ada apa-apa yang menarik mengenai diri saya. Saya juga tidak suka rupa saya dikenali ramai. Saya boleh buat sesuatu yang saya rasakan betul, tetapi untuk menonjolkan diri, itu di luar skop kehendak dan niat saya. Biar orang terus mengenali saya menerusi apa yang saya tulis dan perkatakan, tetapi tidak diri saya yang sebenar. Awak boleh terima pendirian saya?" Aku merenung mukanya dengan cahaya mata yang berharap dia tidak akan mengganggu aku lagi.

"Maksudnya awak pernah menulis? Menulis di mana?" Wah! Nampaknya begini rupanya cara wartawan mencungkil maklumat. Patutlah mana-mana artis dinasihatkan mengeluarkan perkataan penamat seperti, "Tiada komen".

"Umur awak belum mencecah 25 tahun. Saya mahu menulis mengenai hero-hero muda tempatan. Awak salah seorang yang berada dalam senarai. Berilah saya peluang."

"Tidak ada komen."

"Beginilah... kalau begitu, apa kata..."

"Tidak ada komen."

Baru-baru ini telefon aku berdering. Nampaknya ada seseorang cuba mendekati aku menerusi telefon. Aku tidak melayannya lagi...

Harap-harap dia tidak tahu aku menulis blog ini. Nasib baik aku memakai nama samaran. Namun, aku rasa manusia ini mempunyai kebolehan menyiasat yang hebat juga. Aku mesti berhati-hati.

Hari ini, dalam keadaan ibu jari kaki yang berdarah, aku menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan persediaan awal Program KITAB 2. Darah tidak berhenti-henti pada waktu tengah hari tadi, selepas aku memberi taklimat tidak rasmi kepada Ketua Penyelaras Tutor yang baru dilantik. Usianya setahun lebih tua daripadaku, namun dia memiliki personaliti yang sesuai untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Juga, petang tadi, selepas pertemuan dan perbincangan mengenai Program KITAB 2 dengan Timbalan Pengarah Operasiku, sekali lagi ibu jari kakiku berdarah. Mak Cik di Mini Mart kolej dan pak cik serta mak cik yang lain bersepakat meminta aku berehat. Aku tidak dibenarkan berjalan kerana pendarahan mungkin akan berulang lagi.

Jadi, aku tidak ada pilihan lain, selain meminta Timbalan Pengarah Strategik untuk mendapatkan kertas kerja yang disahkan di Pejabat Dekan, dan menghantarnya ke Pejabat HEP. Masa sudah suntuk. Aku harap aku boleh berjalan lagi...

Darah mengalir agak banyak pada tengah hari tadi. Kakiku agak sejuk hari ini. Barangkali aku sudah kekurangan darah. Pening-pening lalat.

Aku mahu berehat lagi. Esok, jika tidak ada apa-apa, aku mahu bertemu dengan para sukarelawan junior.