BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label YouTube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YouTube. Papar semua catatan

Isnin, September 20, 2021

Netflix, Youtube dan Revolusi Industri Keempat

Netflix, YouTube dan Revolusi Industri Keempat
Penulis: Amiene Rev (C) 2021

Wabak Covid-19 yang melanda sekitar 2019 mengubah strategi pasaran filem di dunia. Netflix menjadi saluran hangat untuk filem-filem meneruskan kelangsungannya dalam menemui para penonton. Penerimaan penerbit filem, drama dan animasi terhadap Netflix sebagai premis digital untuk memasarkan karya-karya terbitan mereka memberi peluang untuk berlakunya globalilasi dalam pengkaryaan.

Kini Netflix semakin giat memaparkan karya-karya dari Malaysia. Netflix mempunyai keupayaan untuk mengkaji selera pengguna secara individu. Setiap kali penonton menonton dan menyukai sesuatu karya, maka Netflix akan mencari dan mencadangkan karya-karya yang mempunyai ciri-ciri yang sama dari aspek tema, pelakon dan kategori kepada pengguna tersebut.

Bukan mudah untuk sesebuah karya menembusi Netflix. Netflix sangat mengutamakan pemilihan karya-karya yang berkualiti yang hendak disiarkan di perpustakaannya. Boleh dikatakan, karya yang diterima untuk disiarkan di Netflix, adalah karya yang berkualiti. Hal ini menjadikan Netflix sebagai salah satu tanda ukur darjat sesebuah karya. Netflix menaikkan imej para penerbit, pengarah, pelakon dan penulis skrip.

Selain Netflix, YouTube juga kini menjadi pilihan penerbit-penerbit bebas. Dengan hanya berbekalkan kamera telefon bimbit, seseorang itu mampu menjadi selebriti internet. Ada juga yang telah menjadi jutawan. Pendapatan menerusi pelantar digital kini mengatasi pendapatan fizikal.

Revolusi Industri Keempat merupakan gelombang baru yang mewujudkan pekerjaan baru dan mematikan beberapa pekerjaan lama. Ini menjadikan beberapa bidang pengajian dan kemahiran lepasan sekolah tidak lagi menjamin peluang kerjaya yang baik.

Perebutan mendapat tempat di saluran televisyen juga semakin berkurangan. Kini, para pelakon dan penerbit tidak lagi perlu bergantung kepada stesen-stesen televisyen semata-mata. Mereka sudah boleh meningkatkan kepakaran dalam pengendalian karya digital untuk mencari pendapatan berterusan.

Buku fizikal dan perpustakaan buku fizikal juga menerima tempias daripada revolusi ini. Manusia kini lebih suka mencari maklumat yang bersifat multimedia. Budaya membaca kini bukan satu-satunya budaya yang baik. Kebolehan mencari maklumat melalui internet turut menyumbang kepada peningkatan ilmu. Melayari internet kini merupakan budaya pembelajaran global.

Pertukaran ilmu, idea, kemahiran dan budaya berlaku dengan pantas sejak kewujudan laman-laman sosial yang memanfaatkan fungsi siaran video. Manusia sudah mampu mencari kawan  dan kenalan pelbagai bangsa dari serata dunia.

Peningkatan keperluan terhadap kemudahan yang mampu disediakan menerusi dunia internet dan digital ini mencetuskan pembangunan pesat dalam industri teknologi elektronik. Dunia yang bakal dipenuhi robot bakal bermula. Saingan manusia kini bukan sahaja manusia, tetapi juga perisian, apllikasi, mesin dan robot.

Revolusi membolehkan sesuatu entiti itu bertahan lama. Tiada benda yang kekal. Keengganan untuk berubah bermaksud akan ditinggalkan kemudian dilupai. Zaman Batu cuma tinggal nama, setelah digantikan dengan Zaman Logam. Kemudian tamadun berganti tamadun. Manusia harus sedar, tamadun digital bakal bermula. Bersiap sedialah untuk menyambut dunia baru dan bernafas di dalamnya.




Sabtu, September 19, 2009

Tribute To KRU, 4U2C, Feminin dan Ella

KRU sebuah kumpulan Rap Malaysia yang sangat popular pada suatu ketika dahulu. Hari ini tiba-tiba saya menemui video klip kumpulan KRU pada masa awal penubuhan mereka. Lagu-lagu KRU pada ketika itu menjadi siulan saya, dan sesungguhnya video-video klip yang mungkin telah lama tidak kelihatan di mana-mana ini, menimbulkan nostalgia masa silam ketika saya masih kanak-kanak.



KRU - KRU Is Wild
Zaman muda Norman KRU, Yusry KRU dan Edry KRU.


4U2C - Fiona
Cuba cari AC Mizal dalam video klip. Dahulu dia salah seorang anggota kumpulan 4U2C. Ketika ini AC Mizal masih amat muda.


Feminin - Untukmu
Sebuah kumpulan rap wanita yang paling popular. Seangkatan dengan KRU dan 4U2C. Lagu Untukmu ini pernah dirakamkan semula oleh KRU.

ELLA - Ratu Rock
Akhir sekali, sebagai penutup nostalgia. Saya ingin mengabadikan video klip Ella yang paling saya suka di sini. Bagi saya, lagu-lagu ini betul-betul mengimbas masa silam. Sayang sekali, kaset-kaset lagu ini sudah hilang entah ke mana. Tidak ada benda yang kekal di dunia ini. Kalau ada kaset pun, saya sudah tidak ada pemain kaset lagi. Kereta saya pun pakai VCD Player dan USB Disk Player.

Isnin, September 14, 2009

Orang Arab Pandai Bahasa Kelantan

Pernahkah anda mendengar orang Arab yang boleh berbahasa Kelantan dengan sangat fasih? Video ini memuatkan bicara kelakar lagi bernas oleh seorang Arab. Dalam konteks ini, beliau menamakan Bahasa Kelantan sebagai bahasa Melayu. Dengarkan komen kelakar beliau mengenai anak-anak muda yang menunggang motorsikal secara berbahaya di Malaysia.


Khamis, Mac 19, 2009

Saber Rider Metal Theme - High Quality


Saber Rider Metal Theme - High Quality

Ahad, Mac 15, 2009

Exo Squad TV Intro

Thundercats Intro - Opening Theme

Transformers Opening Theme - Soundtrack Intro

X-Men Intro - Opening Theme Soundtrack

Top 10 cartoon theme songs from the 80's

Saber Rider - Ramrod Transformation

Ahad, September 28, 2008

Video Keindahan Suara Membaca Al Quran

Jumaat, September 26, 2008

Video Al Quran Sungguh Merdu

Rabu, September 24, 2008

Video Qariah Kanak-kanak Membaca Al Quran

Isnin, September 22, 2008

Membaca Al Quran Bersama Qari Budak

Sabtu, September 20, 2008

Budak Lelaki Membaca Al Quran

Rabu, September 17, 2008

Qari Kanak-kanak Membaca Al Quran

Isnin, September 15, 2008

Video Gadis Membaca Al Quran

Jumaat, September 12, 2008

Kanak-kanak Membaca Al Quran

Selasa, September 09, 2008

Suara Merdu Membaca Al Quran

Jumaat, September 05, 2008

Kemerduan Bacaan Al Quran