BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Rabu, Februari 08, 2012

Fahaman Hedonisme: Lambakan Pertandingan Hiburan Antara Punca Utama Pelajar Sekolah Tidak Minat Masuk Aliran Matematik dan Sains

FAHAMAN HEDONISME:
Lambakan Pertandingan Hiburan Antara Punca Utama Pelajar Sekolah Tidak Minat Masuk Aliran Matematik dan Sains
Penulis: Amiene Rev (C) 2012

Saya masih ingat kata-kata pensyarah saya. Semasa beliau berada di Amerika Syarikat, ternyata pelajar-pelajar di Amerika Syarikat lebih cenderung ke arah bidang hiburan dan muzik. Kelas-kelas kuliah bagi bidang Matematik, Sains dan Kejuruteraan pada masa itu ternyata didominasi oleh pelajar-pelajar dari Asia. Kini budaya dan fahaman hedonisme mula menular di Malaysia. Rata-rata muda-mudi di negara ini berpendapat, tidak perlu belajar Matematik dan Sains untuk hidup senang. Cuma perlu tahu menyanyi, berlawak dan menghiburkan orang, sudah boleh jadi kaya. Janji perlu kreatif dan tahu kehendak masyarakat, maka semua penghibur pun boleh hidup senang. Cuba lihat ganjaran dan hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang pertandinganh hiburan, semuanya bernilai lebih daripada empat digit, malah ada yang mencecah ke angka juta. Pengaruh pertandingan hiburan sebagai pencetus fahaman hedonisme di Malaysia memang kuat, sehingga ramai orang mula menyertai pertandingan berunsur hiburan. Tidak kira penganggur, pelajar universiti, golongan bekerja, suri rumah, malahan nenek turut beraksi di gelanggang pertandingan hiburan. Pertandingan berunsur hiburan seperti nyanyian kini dianggap sebagai pencetus inspirasi untuk berjuang. Berjuang dalam bidang hiburan, untuk meraih kesenangan atau kepuasan dalam kehidupan, atau kedua-duanya sekali.

Hedonisme menguasai pemikiran masyarakat Malaysia kini. Setiap bulan, setiap minggu, ada saja program-program berunsur hedonis. Bukan sahaja di pasaraya, kompleks membeli belah, malah juga di pentas universiti, sekolah dan juga tadika. Perkembangan fahaman hedonisme di Malaysia menyebabkan Matematik dan Sains yang menjadi teras pembangunan teknologi negara dianggap tidak lagi penting. Buat apa memenatkan otak, menebalkan kaca mata, menggugurkan helaian rambut untuk mempelajari konsep Sains dan Matematik yang menyakitkan otak kiri, jika dengan menyanyi sahaja pun sudah boleh jadi kaya, sudah boleh jadi popular, sudah boleh mengumpul peminat dan menjadi pusat tarikan.

Sokongan media massa dan elektronik terhadap perkembangan pemikiran hedonisme ternyata positif. Kerjasama dan sokongan antara media dan hedonisme bagaikan isi dengan kuku, saling lengkap-melengkapi, saling memberi keuntungan bagi kedua-dua pihak. Pihak media untung dengan menjual cerita tentang bintang-bintang hiburan, manakala rancangan-rancangan hiburan untung besar kerana dipromosikan oleh pihak media. Duit dan keuntungan mengalir masuk ke simpanan kedua-dua pihak, makin kaya, makin mewah, makin senang, maka makin hebat persembahan yang dapat dibuat.

Akhirnya, keyakinan sesetengah rakyat Malaysia mengenai betapa untungnya jika boleh menyanyi, bermain muzik berbanding betapa pentingnya Sains dan Matematik. Jika mahu menyambung pengajian dalam bidang Sains dan Matematik di universiti, mesti ada wang yang banyak, tetapi jika mahu masuk pertandingan hiburan atau akademi hiburan seperti rancangan realiti, pasti ada sponsor, tambahan lagi sudah boleh cepat popular, mengumpul peminat, dan lagi dapat duit yang banyak jika menang. Kemudian laku dalam industri hiburan, boleh jadi bintang filem, boleh jadi duta, dan boleh dijemput untuk menyaksikan konsert atau persembahan rancangan teleivisyen atau rancangan realiti tertentu secara percuma. Malah disanjung oleh para peminat, bagaikan dewa yang disembah manusia!

Bagaimana fahaman hedonisme berjaya menarik minat masyarakat kita? Pertama, menerusi rancangan realiti yang jelas memberi ruang kepada seberapa ramai rakyat Malaysia untuk sama-sama melibatkan diri, merasai dan mengalami sendiri keseronokan, kemanisan dan kenangan dalam dunia hiburan. Tidak kira sama ada sebagai peserta, atau penyokong, kesemua individu yang terlibat akan mendapat sentuhan emosi, kepuasan, perasaan berjuang, kesedihan, keseronokan, dan pelbagai jenis perasaan lagi yang menyebabkan mereka rasa begitu mesra dengan hiburan. Apa lagi dengan ganjaran-ganjaran lumayan sama ada berbentuk fizikal seperti wang tunai, kereta mewah, rumah banglo, unit kondominium atau berbentuk moral seperti populariti, disanjungi, diminati dan diangkat sebagai orang penting, menyebabkan betapa mudahnya fahaman hedonisme menyerap masuk ke lubuk jiwa rakyat Malaysia. Hedonisme dilihat sebagai satu bentuk pelarian daripada kesusahan mencapai kejayaan menerusi ilmu Sains dan Matematik yang dianggap abstrak dan mencabar imaginasi manusia. Hedonisme dianggap sebagai satu bentuk pujukan untuk setiap manusia yang gagal dalam menguasai Matematik dan Sains, serta satu cara untuk hidup senang dengan cara yang lebih mesra terhadap jeritan emosi dan kepuasan hidup, menjadi raja dan dihargai dari satu sudut yang luar biasa.

Rancangan realiti hiburan biasanya akan menampilkan harapan peserta, dengan latar belakang yang miskin, datang dari keluarga yang tidak bernasib baik, terabai, tetapi mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang seni, lalu mereka ini mencuba nasib, meraih simpati sama ada dengan sengaja atau pun tidak, dengan kisah sedih masa lampau, lalu berjaya menitiskan air mata simpat ribuan rakyat Malaysia. Dari satu sudut yang lain, perjuangan mereka, kesungguhan mereka untuk mengubah nasib hidup mereka berjaya memikat hati ratusan ribu rakyat Malaysia untuk bersimpati dan menjadikan mereka sebagai inspirasi, orang yang berjaya mengubah nasib. Terasnya, hedonisme. Terasnya budaya berhibur. Jika tidak pandai Sains dan Matematik, tidak dapat masuk ke universiti pun tidak apa asalkan memiliki kesungguhan untuk menjadi penghibur yang baik.

Apa yang dapat saya saksikan kini, bagaimana akibatnya apabila budaya hedonisme dibiarkan berleluasa, maka manusia kini tertarik pada dua perkara. Pertama, hiburan, dan yang kedua, wang. Menyedari betapa kroniknya minat pelajar kini terhadap Sains dan Matematik, maka ada organisasi yang mencadangkan agar setiap pelajar yang mengambil jurusan Sains dan Matematik diberikan elaun sebagai ganjaran. Budaya memberi ganjaran kini terpaksa ditegaskan, lantaran sukarnya untuk mewujudkan kesedaran para pelajar terhadap kepentingan Matematik dan Sains dalam kehidupan dan masa depan manusia. Sesetengah pelajar tidak lagi nampak betapa pentingnya Matematik dan Sains dalam membantu meneruskan kelangsungan tamadun manusia, kini, mereka lebih tertarik terhadap jaminan kesenangan hidup yang boleh diperolehi jauh lebih mudah melalui hiburan, khususnya pertandingan berunsurkan hiburan seperti rancangan realiti dan pertandingan nyanyian.

Bersediakah kita, rakyat Malaysia, berusaha untuk memerangi budaya dan fahaman hedonisme yang menular di Malaysia? Bagaimana masa depan Malaysia, sekitar 10 tahun lagi? Negara kita memerlukan ramai jurutera dan saintis untuk meneruskan kelangsungan tamadun rakyat Malaysia. Membangkitkan semula semangat cintakan Sains dan Matematik demi memajukan tamadun bangsa Malaysia adalah usaha yang amat penting. Mari kita semai semula rasa prihatin dan tanggungjawab rakyat Malaysia terhadap pentingnya menguasai ilmu Matematik dan Sains.

Ahad, Disember 04, 2011

Bahasa SMS Simbolik Kemalasan Orang Melayu?

Bahasa SMS Simbolik Kemalasan Orang Melayu?
Bahasa SMS, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Hadir rasa Amiene Rev (C) 2011

Pada permulaannya Malaysia ini merupakan tanah agung untuk Bahasa Melayu, yang juga diangkat sebagai Bahasa Kebangsaan - Bahasa Malaysia. Malaysia wujud selepas era penjajahan British berakhir, dan pada ketika itu orang-orang Melayu di serata negara, di seluruh pelusuk negeri, bahagia menuturkan bahasa ibunda mereka. Hal ini walau bagaimana pun, cuma mampu berlanjutan selama hampir setengah abad sahaja.

Ancaman baru kini, Bahasa SMS, perosak bahasa, parasit yang meracuni darah daging dan jati diri anak bangsa. Seluruh dunia digegarkan dengan Bahasa SMS. Seluruh dunia siber juga  turut digegarkan dengan Bahasa SMS. Teks-teks ringkas dengan ejaan-ejaan yang cuma mewakili maksud, pada akhirnya bukan sahaja telah merebak keluar dari dunia telefon bimbit ke dunia penulisan di bangku sekolah, malah kini telah mencemari tesis-tesis di peringkat universiti dan sarjana muda! Betapa kuatnya pengaruh Bahasa SMS ini.

Anak-anak generasi baru, begitu malas untuk menggunakan ejaan, begitu gopoh dan tidak sabar untuk menyatakan isi hati dan suara mereka. Mereka lantas melangkah bendul peradaban dan kehormatan, lalu melompat dan menyergah masyarakat dengan bahasa SMS. Tidak perlu tulis panjang-panjang, pedulikan susunan huruf dan ejaan, yang penting bagi mereka ini, adalah orang ramai faham apa yang mereka ingin katakan. Mereka tidak perlu faham orang lain!

Sememangnya padan sikap anak-anak generasi baru ini dengan sistem makan suap, di mana cuma guru-guru yang jauh lebih penat berusaha dan memberikan gred markah kepada mereka, tanpa perlu mereka bersusah payah untuk mendapatkan kecemerlangan akademik untuk diri mereka dan keluarga mereka.

Bahasa SMS adalah bukti nyata, bahawa anak-anak hari ini semakin malas berusaha, semakin individualistik, hanya berusaha jika sesuatu itu memberi makna keuntungan pada diri mereka sahaja.  Tidak ada lagi anak-anak generasi muda yang mahu memikul beban kemasyarakatan, tidak ada lagi anak-anak generasi muda hari ini yang mahu menjadi pejuang bangsa. Jika benar kenyataan ini, maka sudah nyata, bahawa dunia bangsa Malaysia kita ini, sudah berada di penghujung zaman.

Apakah nasib kita semua pada ketika kita telah muncul sebagai orang-orang tua, yang berdepan dengan perkhidmatan dan layanan anak-anak muda di serata ceruk pekerjaan yang gunanya untuk melayan kita, manusia, bangsa Malaysia sebagai pelanggan? Adakah pada ketika itu sistem layan diri akan mula menguasai sektor-sektor kehidupan kita? Ini satu persoalan yang sudah mula boleh dipanaskan enjinnya dalam pemikiran kita, tentang masa depan kita, tentang masa depan negara kita.

Apakah jenis bangsa Malaysia yang akan muncul pada kemudian hari? Dunia masa depan kita, mungkin akan menjadi padang pasir yang tandus. Kita ketandusan pelapis kepimpinan Kita kekurangan orang-orang muda yang mempunyai kesedaran untuk memperjuangkan bahasa kita. Bahasa melambangkan bangsa.

Baru-baru ini satu usaha untuk meluaskan semula penggunaan bahasa Melayu kita ke seluruh Asia Tenggara. Ini satu langkah yang perlu dilaksanakan pada sekitar dasawarsa ini. Kita adalah generasi terkini, dan kitalah yang akan menentukan sama ada Bahasa Melayu merangkap Bahasa Malaysia ini, akan terus berkembang dan digunakan dengan penuh kedaulatan dan kehormatan.

Mari, berjuang demi bangsa. Mari, mulakan perjuangan ini, dengan Bahasa Ibunda kita. 

Bagaimana jika pada esok hari, blog Duke Amiene Rev ini ditulis dalam Bahasa Inggeris? Seringkali apabila ada orang menulis dalam Bahasa Inggeris, mungkin akan ada orang yang bukan Inggeris mahu menunjuk kepandaian menegur jika ada kesilapan ejaan atau tatabahasa bagi perkataan-perkataan atau struktur ayat yang ditulis itu. Bagaimana pula dengan Bahasa Melayu? Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta orang dengan sengaja menggunakan ejaan-ejaan yang salah dalam perkataan-perkataan Bahasa Melayu, tetapi tidak ada seorang pun cuba menunjuk pandai untuk membetulkannya? Oh, dunia. Betapa agungnya bahasa asing pada minda mereka, betapa hinanya bahasa ibunda pada mata mereka.

Adakah ini tandanya kemajuan bangsa? Bangsa maju, bahasa tergadai. Ini bukan sesuatu yang kita mahu saksikan.

Bahasa SMS digunakan di Twitter? Itu barangkali, satu cerita yang lain.

Ahad, November 20, 2011

Rancangan Sekolah 9 Jam Dibatalkan - Tidak Dapat Membantu Menyelesaikan Permasalahan Guru Yang Belum Selesai

Sejak dari awal lagi saya telah menjangkakan rancangan sekolah 9 jam Johor akan dibatalkan. Ini berikutan bilangan pelajar di beberapa buah sekolah adalah terlalu ramai sehingga memerlukan dua sesi pembelajaran. Apabila melibatkan dua sesi pembelajaran, maka beberapa perkara seperti tempat belajar dan masalah kepadatan guru di bilik guru juga menjadi satu masalah. Keselesaan bekerja akan berkurangan kerana meja guru dikongsi oleh guru sesi pagi dan juga guru sesi petang.

Sekolah 9 jam boleh menyebabkan kerja-kerja guru yang memerlukan banyak masa untuk disiapkan bukan dalam tempoh bekerja rasmi terjejas. Berdasarkan pandangan kebanyakan guru, khususnya guru-guru di bandar, terdapat beberapa kerja guru yang akan tertangguh kerana mereka perlu masuk ke bilik darjah atau tingkatan untuk mengajar. Begitu juga pada waktu ujian atau peperiksaan dijalankan, kerja-kerja guru didapati tertangguh kerana semasa peperiksaan dan ujian dijalankan, mereka tidak boleh melakukan apa-apa kerja lain selain mengawasi pelajar yang sedang menduduki ujian atau peperiksaan. Dalam erti kata lain, sekiranya guru tersebut ada banyak kerja yang belum selesai, maka mengawasi ujian atau peperiksaan boleh mewujudkan kebimbangan ke atas diri mereka.

Jika waktu persekolahan dilanjutkan ke 9 jam, ramai guru memerlukan 'time slip' kerana mereka perlu keluar pada waktu bekerja. Ini kerana ada barang-barang yang perlu dibeli, difotostat bagi menyiapkan bahan-bahan mengajar. Sesetengah guru masih tetap datang ke sekolah pada waktu petang atau malam untuk menyiapkan kerja mereka biarpun pada ketika ini waktu persekolahan cuma berlangsung sekitar jam 7.15 pagi hingga 1.10 petang di kebanyakan tempat. Bagi sesetengah orang atau mungkin guru sendiri, mungkin ada yang menyangka tugas-tugas guru di sekolah yang kurang murid adalah sedikit. Ini sama sekali tidak benar. Contohnya di sebuah sekolah madrasah di Malaysia, dilaporkan setiap guru perlu memikul sekurang-kurangnya 10 tugas atau jawatan penting atau rasmi. Sedangkan 5 jawatan pun sudah berat apatah lagi apabila 10 jawatan. Ini kerana bilangan guru di seklah tersebut adalah sedikit kerana bilangan pelajar pun tidak ramai.

Kerja-kerja guru terbahagi kepada beberapa skop. Tiga skop utama tugas guru di sekolah melibatkan Hal Ehwal Murid (HEM), Akademik dan Ko-Kurikulum. Setiap bidang ini akan dipertanggungjawabkan kepada tiga Penolong Kanan di mana masing-masing akan memikul tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Pentadbiran/Akademik, Penolong Kanan HEM, dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Dalam skop HEM misalnya guru-guru akan terlibat dalam pengurusan disiplin, pengurusan data disiplin, pengurusan kehadiran pelajar, pengurusan borang ponteng, pengurusan kebajikan pelajar, pengurusan zakat, pengurusan PIBG, pengurusan pembinaan Insan, pengurusan perabot, pengurusan bilik darjah, pengurusan sistem elektrik, pengurusan kantin, pengurusan program pelajar, keselamatan pelajar, keselamatan lalu lintas di hadapan sekolah, pengurusan tingkatan, pengurusan Sistem Maklumat Murid dan sebagainya. Bilangan pelajar yang perlu diuruskan adalah daripada satu kelas hingga ke beberapa kelas, tingkatan atau keseluruhan sekolah. Ini bermaksud guru-guru di setiap sekolah perlu menguruskan beratus-ratus sehingga beribu-ribu orang pelajar sehari. Ada kerja dalam skop HEM tidak mampu diselesaikan pada waktu bekerja rasmi, terutamanya keceriaan kelas. Masalah lebih ketara bagi sekolah dua sesi. Ini kerana waktu P&P tidak boleh digunakan untuk aktiviti bukan akademik. Kerja-kerja HEM ini biasanya dilakukan apabila guru-guru tidak ada kelas P&P. Apabila mereka masuk ke kelas pula, selalunya mental dan emosi mereka akan tercabar oleh tingkah laku pelajar hari ini, dan kemudian apabila mereka keluar kelas, pelbagai masalah baru akan mengiringi mereka ke meja kerja mereka.

Dalam skop Akademik pula, kerja-kerja guru melibatkan pengurusan analisis, ujian penilaian dan peperiksaan, kerja-kerja kursus, pengurusan panatia mata pelajaran, pengurusan modul, pengurusan bahan bantu mengajar, pengurusan alatan bantu mengajar, pengurusan jadual waktu, pengurusan kelas dan bidang kecenderungan pelajar, pengurusan soalan ujian dan peperiksaan, pengurusan rancangan mengajar, pengurusan bilangan soalan dan jenis soalan untuk satu-satu topik, bengkel akademik, kelas tambahan dan sebagainya.Kerja-kerja seperti menanda buku latihan, ujian, peperiksaan, memasukkan markah ke SAPS, merancang dan menggubah bahan bantu mengajar, menfotostat dokumen (biasanya guru-guru mata pelajaran akan menggunakan duit gaji guru sendiri untuk diberikan kepada ratusan pelajar), tidak mampu dilaksanakan semasa waktu persekolahan. 

Kerja-kerja menanda buku juga biasanya akan memakan masa berjam-jam sehari dan kebanyakan guru mempunyai citarasa atau gaya kerja yang berbeza untuk menyelesaikan tugas ini. Ada guru yang boleh duduk di sekolah sambil menikmati gangguan kerja-kerja lain di tempat kerja, ada guru yang lebih selesa untuk menyiapkan kerja-kerja menanda di rumah, di perpustakaan awam atau ada juga guru-guru yang selesa mencari tempat-tempat yang mendamaikan fikiran kerana mereka tahu otak mereka pasti akan diserabutkan dengan pelbagai karenah murid semasa menjawab soalan latihan atau soalan peperiksaan yang diberikan. Kerja-kerja menanda juga tidak boleh dibuat sambil lewa atau pejam mata atau sambil berbual-bual kerana mereka perlu meneliti langkah demi langkah, soalan demi soalan bagi setiap jawapan pelajar. Kebiasaannya seorang guru akan mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit bagi sebuah buku pelajar. Purata pelajar di dalam sebuah kelas boleh jadi antara 30 hingga ke 50 orang. Secara purata 40 orang x 12 minit = 480 minit = 8 jam bagi satu kelas dan sebuah buku. Kebiasaannya seorang guru akan memegang sekitar 4-8 kelas. Ini bermaksud untuk satu buku sahaja, seorang guru memerlukan sekitar 32 jam hingga 64 jam. Namun begitu, secara kebiasannya, tiga buah buku diperuntukkan untuk setiap subjek. Ini bermaksud seorang guru memerlukan sekitar 96 jam hingga 192 jam seminggu untuk kerja-kerja menanda buku sahaja. Ini belum dicampur lagi dengan pengurusan-pengurusan kerja yang lain. Disebabkan terlalu banyak kerja pengurusan di mana jika otak guru adalah umpama otot lengan, sudah pasti lengan itu akan menjadi sangat sasa dan gagah kerana terlalu banyak kerja yang dibuat. Kerana kepenatan yang melampau ini, maka wajarlah guru diberi masa untuk berehat dan diselang-selikan dengan waktu bekerja mereka yang tidak rasmi.

Dalam skop Ko-kurikulum pula guru-guru akan terlibat dengan pengurusan kelab, persatuan, rumah sukan, sukan dan permainan. Bagi setiap organisasi yang dipegang oleh guru, guru perlu menguruskan kewangan, pelan perancangan strategik aktiviti-aktiviti sepanjang tahun, pengurusan sijil, pengurusan atlet sukan, pengurusan peralatan sukan, pengurusan latihan sukan, dokumen-dokumen dalam dan luar untuk urusan sukan, keselamatan pelajar, disiplin pelajar semasa sukan, penganjuran latihan, perkhemahan, kem kepimpinan dan lain-lain. Satu perkara yang paling mencabar dalam bidang ko-kurikulum ini ialah belanjawan untuk satu-satu aktiviti, peruntukan masa dan kepadatan jadual. Hal ini menyebabkan aktiviti ko-kurikulum perlu dibuat pada hari atau masa bukan persekolahan. Pengurusan ko-kurikulum boleh melibatkan sehingga beratus-ratus orang pelajar bagi seorang guru.

Pandangan luar dan pemikiran luar yang cetek mungkin hanya melihat guru sebagai satu entiti yang mengajar di dalam kelas, kemudian menutup mata menanda buku latihan. Ini sama sekali tidak benar. Guru perlu menguruskan beratus-ratus ke beribu-ribu masalah yang dilakukan oleh beratus-ratus ke beribu-ribu orang pelajar. Pelajar bukan binatang ternakan, kereta atau mesin kilang. Mereka ada benda hidup yang boleh berfikir, mempunyai perasaan dan tidak matang. Pelajar bukan pekerja yang makan gaji, mereka juga datang dari latar belakang keluarga yang pelbagai. Kebanjiran pendatang asing ke negara ini sememangnya telah didakwa menjadi punca penularan pelbagai gejala sosial dan budaya negatif yang turut mempengaruhi pelajar-pelajar tempatan. Ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Guru-guru tidak boleh mengawal pelajar-pelajar mereka di rumah. Itu sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa pelajar tersebut. Guru-guru berdepan dengan masalah ini setiap hari, menyebabkan selain daripada tugas-tugas rasmi mereka, mereka juga dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak sepatutnya ada - menyelesaikan masalah yang timbul kerana ketidakseimbangan penyelesaian beban tanggungjawab antara guru dan ibu bapa. Ini kerana di Malaysia ini belum wujud undang-undang yang jelas untuk ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dalam usaha mendidik anak-anak mereka sehingga mendatangkan masalah di sekolah. Ini kerana ibu bapa tersebut sendiri terpaksa berhempas pulas bekerja sehingga tidak dapat memberikan komitmen kepada pihak sekolah. Ini adalah antara masalah yang diceritakan oleh guru-guru, iaitu masalah yang sering berlaku.

Antara perkara yang boleh diambil tindakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan ibu bapa mengambil berat atau memberi komitmen kepada pihak sekolah ialah menerusi undang-undang yang berkaitan dengan penglibatan guru dalam aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah, serta kelonggaran syarikat bagi ibu bapa memenuhi komitmen ini. Contohnya ibu bapa yang gagal menghadirkan diri pada Hari Terbuka atau Mesyuarat Agung PIBG boleh dikenakan tindakan. Hari Terbuka sangat penting kerana pada hari tersebut, pelbagai masalah pelajar akan dibincangkan secara khusus, manakala Mesyuarat Agung PIBG pula penting bagi membincangkan masalah di sekolah yang berkaitan dengan para pelajar yang perlu diketahui oleh ibu bapa. Ada sekolah yang menghadapi masalah besar, di mana apabila Mesyuarat Agung PIBG dilaksanakan, kehadiran ibu bapa adalah jauh lebih sedikit berbanding jumlah guru. Ini menyebabkan beberapa masalah atau suara ibu bapa tidak dapat dikutip dan dibincangkan secara menyeluruh. Sebaliknya apabila kerajaan mengumumkan untuk memberi RM100 kepada setiap pelajar, berduyun-duyun ibu bapa, malah yang tidak pernah hadir selama ini pun boleh hadir ke sekolah, malah ada pula yang sanggup hadir secara berasingan, ibu dan bapa untuk menuntut wang RM100. Dari sini dapat dilihat betapa jika kerajaan menguatkuasakan arahan wajib bagi ibu bapa untuk hadir pada hari-hari penting seperti Hari Terbuka atau Mesyuarat Agung PIBG, maka pelbagai masalah akan dapat diselesaikan. Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas ke atas ibu bapa yang tidak hadir ke sekolah apabila anak mereka melakukan kesalahan disiplin atau akademik. Begitu juga bagi ibu bapa yang tidak memantau kegiatan anak mereka selepas waktu sekolah atau waktu malam. Waktu yang sepatutnya digunakan oleh para pelajar untuk berehat atau menyiapkan kerja-kerja akademik dijadikan waktu untuk berhibur atau membuang masa untuk perkara-perkara yang tidak penting.

Sehingga kini, masih ramai pihak yang cuma mempersoalkan tentang gaji guru dan masa bekerja guru. Mereka tidak pernah mengambil tahu atau mungkin tutup mata apabila diceritakan tentang tugas-tugas sebenar seorang guru. Mereka tidak tahu bahawa ada jurutera yang kembali menjadi jurutera selepas mencuba menjadi guru kerana beban tugas guru sememangnya jauh lebih berat dari seorang jurutera. Malah kerja-kerja guru kontrak atau guru-guru yang tidak ada ikhtisas pendidikan sebenarnya jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan kerja guru sebenar. Jika ditanya apakah profesion yang cabarannya setanding dengan guru, maka profesion tersebut adalah doktor. Guru dan doktor sama-sama menghadapi tekanan yang hebat. Ini kerana sebarang kerja yang melibatkan pengurusan manusia secara langsung akan melibatkan pelbagai kewujudan masalah yang serba kreatif.

Jika ibu bapa boleh hadir untuk mengambil RM100, maka kenapa tidak ibu bapa tersebut boleh hadir semasa Hari Terbuka atau Mesyuarat Agung PIBG sekolah? Kerajaan perlu mengeluarkan perintah supaya semua majikan di Malaysia memberi cuti khas kepada ibu bapa yang bekerja supaya dapat hadir pada hari terbuka sekolah. Ini mungkin membantu menyelesaikan sedikit masalah komitmen ibu bapa.

Masalah guru tidak dapat diselesaikan dengan penambahan masa kerja selama 9 jam. Ini kerana selamai ini guru-guru sudah lama bekerja di luar waktu persekolahan, dari pagi, petang hingga ke larut malam. Tugas guru memang sangat istimewa, mereka bekerja di pejabat dan di luar waktu pejabat. Ini kerana konsep tugas dan kerja guru adalah mirip ibu bapa. Jika ibu bapa sekadar memberi anak mereka makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya, guru-guru pula jauh lebih dari itu, mereka bukan sahaja mengeluarkan duit gaji mereka sendiri untuk memenuhi keperluan pembelajaran atau pembinaan insan satu-satu pelajar, malah mereka juga menggunakan setiap hari mereka untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Tidak kiralah anak mereka atau anak orang lain.

Seimbas lalu perbandingan tugas guru dan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak

IBU BAPA
  • Bekerja mencari duit untuk anak dan diri sendiri
  • Menyediakan tempat berlindung untuk anak-anak
  • Menyediakan makanan untuk anak-anak
  • Menyediakan pakaian anak-anak
  • Meluangkan masa bersama-sama anak-anak pada masa lapang
  • Menjaga keselamatan anak-anak ketika mereka di rumah
  • Mengeluarkan duit untuk makan minum anak setiap bulan
  • BEKERJA ATAU MENGURUSKAN SKOP KERJA MENGIKUT PROFESION MASING-MASING.

Itu sahaja tugas ibu bapa sebenarnya dan tugas ini harus dilakukan setiap hari. Ditolak dengan masa tidur, maka pendedahan ibu bapa terhadap anak-anak adalah jauh lebih sedikit berbanding masa yang diluangkan guru-guru bersama anak-anak mereka. Dalam erti kata lain, guru-guru sebenarnya telah meluangkan masa untuk menjaga anak-anak orang lain. Perlu diingatkan guru-guru juga ada yang menjadi ibu bapa. Bayangkanlah!

GURU DAN SEKOLAH
  • Bekerja untuk keuntungan dan masa depan anak-anak orang lain dan juga untuk diri sendiri
  • Menjaga dan menguruskan disiplin tingkah laku anak-anak orang, yang untungnya tentulah ibu bapa
  • Menjaga dan menguruskan hal-hal kehadiran dan kebajikan anak-anak orang, yang untungnya tentulah ibu bapa
  • Mengajar pelbagai konsep mata pelajaran kepada anak-anak orang, yang untungnya tentulah ibu bapa
  • Menanda dan menyemak buku-buku kerja para pelajar (pada hakikatnya walaupun pelajar sudah pulang ke rumah, sebenarnya guru-guru masih 'menjaga' atau memantau anak-anak orang lain secara hitam putih). yang untungnya tentulah ibu bapa
  • Menggunakan duit gaji sendiri untuk bahan-bahan pengajaran, keceriaan kelas, dan kebajikan pelajar. Jumlahnya kadangkala melebihi RM300 sebulan.yang untungnya tentulah ibu bapa
  • Merancang dan menyediakan bahan-bahan pengajaran (boleh jadi persediaanya memerlukan dari sehari sehingga ke beberapa hari) yang untungnya tentulah ibu bapa
  • Menjaga, mencungkil bakat dan melatih anak-anak orang dalam bidang sukan, yang untungnya tentulah ibu bapa
  • Menjaga keselamatan pelajar di kelas, yang untungnya tentulah ibu bapa
  • Memastikan anak-anak mendapat didikan agama dan menunaikan tanggungjawab terhadap agama, yang untungnya tentulah ibu bapa
  • Menguruskan penglibatan anak-anak orang dalam kelab dan persatuan
  • Melatih anak-anak orang supaya menjadi pemimpin, boleh bekerjasama, boleh berpasukan dan berbakti kepada nusa dan negara menerusi kelab dan persatuan, yang untungnya tentulah ibu bapa
  • MELAKUKAN KERJA-KERJA PENGURUSAN ATAU KERJA DI LUAR SKOP MENGAJAR TETAPI MASIH DI BAWAH PROFESION SEORANG GURU (guru pun ada kerja lain juga yang perlu dibuat. Siapa yang berkawan dengan guru mesti tahu apa lagi kerja guru di sekolah seperti yang disebutkan di bawah ini (memandangkan terlalu banyak, maka setakat ini sahajalah penulisan saya):
    • Dalam skop HEM misalnya guru-guru akan terlibat dalam pengurusan disiplin, pengurusan data disiplin, pengurusan kehadiran pelajar, pengurusan borang ponteng, pengurusan kebajikan pelajar, pengurusan zakat, pengurusan PIBG, pengurusan pembinaan Insan, pengurusan perabot, pengurusan bilik darjah, pengurusan sistem elektrik, pengurusan kantin, pengurusan program pelajar, keselamatan pelajar, keselamatan lalu lintas di hadapan sekolah, pengurusan tingkatan, pengurusan Sistem Maklumat Murid dan sebagainya. Bilangan pelajar yang perlu diuruskan adalah daripada satu kelas hingga ke beberapa kelas, tingkatan atau keseluruhan sekolah. Ini bermaksud guru-guru di setiap sekolah perlu menguruskan beratus-ratus sehingga beribu-ribu orang pelajar sehari. Ada kerja dalam skop HEM tidak mampu diselesaikan pada waktu bekerja rasmi, terutamanya keceriaan kelas. Masalah lebih ketara bagi sekolah dua sesi. Ini kerana waktu P&P tidak boleh digunakan untuk aktiviti bukan akademik. Kerja-kerja HEM ini biasanya dilakukan apabila guru-guru tidak ada kelas P&P. Apabila mereka masuk ke kelas pula, selalunya mental dan emosi mereka akan tercabar oleh tingkah laku pelajar hari ini, dan kemudian apabila mereka keluar kelas, pelbagai masalah baru akan mengiringi mereka ke meja kerja mereka.

      Dalam skop Akademik pula, kerja-kerja guru melibatkan pengurusan analisis, ujian penilaian dan peperiksaan, kerja-kerja kursus, pengurusan panatia mata pelajaran, pengurusan modul, pengurusan bahan bantu mengajar, pengurusan alatan bantu mengajar, pengurusan jadual waktu, pengurusan kelas dan bidang kecenderungan pelajar, pengurusan soalan ujian dan peperiksaan, pengurusan rancangan mengajar, pengurusan bilangan soalan dan jenis soalan untuk satu-satu topik, bengkel akademik, kelas tambahan dan sebagainya.Kerja-kerja seperti menanda buku latihan, ujian, peperiksaan, memasukkan markah ke SAPS, merancang dan menggubah bahan bantu mengajar, menfotostat dokumen (biasanya guru-guru mata pelajaran akan menggunakan duit gaji guru sendiri untuk diberikan kepada ratusan pelajar), tidak mampu dilaksanakan semasa waktu persekolahan.

      Kerja-kerja menanda buku juga biasanya akan memakan masa berjam-jam sehari dan kebanyakan guru mempunyai citarasa atau gaya kerja yang berbeza untuk menyelesaikan tugas ini. Ada guru yang boleh duduk di sekolah sambil menikmati gangguan kerja-kerja lain di tempat kerja, ada guru yang lebih selesa untuk menyiapkan kerja-kerja menanda di rumah, di perpustakaan awam atau ada juga guru-guru yang selesa mencari tempat-tempat yang mendamaikan fikiran kerana mereka tahu otak mereka pasti akan diserabutkan dengan pelbagai karenah murid semasa menjawab soalan latihan atau soalan peperiksaan yang diberikan. Kerja-kerja menanda juga tidak boleh dibuat sambil lewa atau pejam mata atau sambil berbual-bual kerana mereka perlu meneliti langkah demi langkah, soalan demi soalan bagi setiap jawapan pelajar. Kebiasaannya seorang guru akan mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit bagi sebuah buku pelajar. Purata pelajar di dalam sebuah kelas boleh jadi antara 30 hingga ke 50 orang. Secara purata 40 orang x 12 minit = 480 minit = 8 jam bagi satu kelas dan sebuah buku. Kebiasaannya seorang guru akan memegang sekitar 4-8 kelas. Ini bermaksud untuk satu buku sahaja, seorang guru memerlukan sekitar 32 jam hingga 64 jam. Namun begitu, secara kebiasannya, tiga buah buku diperuntukkan untuk setiap subjek. Ini bermaksud seorang guru memerlukan sekitar 96 jam hingga 192 jam seminggu untuk kerja-kerja menanda buku sahaja. Ini belum dicampur lagi dengan pengurusan-pengurusan kerja yang lain. Disebabkan terlalu banyak kerja pengurusan di mana jika otak guru adalah umpama otot lengan, sudah pasti lengan itu akan menjadi sangat sasa dan gagah kerana terlalu banyak kerja yang dibuat. Kerana kepenatan yang melampau ini, maka wajarlah guru diberi masa untuk berehat dan diselang-selikan dengan waktu bekerja mereka yang tidak rasmi.

      Dalam skop Ko-kurikulum pula guru-guru akan terlibat dengan pengurusan kelab, persatuan, rumah sukan, sukan dan permainan. Bagi setiap organisasi yang dipegang oleh guru, guru perlu menguruskan kewangan, pelan perancangan strategik aktiviti-aktiviti sepanjang tahun, pengurusan sijil, pengurusan atlet sukan, pengurusan peralatan sukan, pengurusan latihan sukan, dokumen-dokumen dalam dan luar untuk urusan sukan, keselamatan pelajar, disiplin pelajar semasa sukan, penganjuran latihan, perkhemahan, kem kepimpinan dan lain-lain. Satu perkara yang paling mencabar dalam bidang ko-kurikulum ini ialah belanjawan untuk satu-satu aktiviti, peruntukan masa dan kepadatan jadual. Hal ini menyebabkan aktiviti ko-kurikulum perlu dibuat pada hari atau masa bukan persekolahan. Pengurusan ko-kurikulum boleh melibatkan sehingga beratus-ratus orang pelajar bagi seorang guru.
Jadi, setelah membandingkan tanggungjawab antara ibu bapa dengan guru, siapakah yang lebih mencabar? Berhentilah berhasad dengki dengan guru-guru.

Rabu, November 16, 2011

Anti-Islam, Perkauman dan Bahasa SMS

Kelibat anti-Islam dan perkauman semakin jelas dan berani kini. Di kebanyakan tempat, generasi hari ini jelas lebih suka bergaul mengikut kaum mereka sendiri. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia hilang tempat dalam jiwa generasi muda. Generasi muda hari ini rata-rata seronok menggunakan bahasa SMS yang dianggap kreatif. Perjuangan sasterawan, wartawan, guru-guru, kakitangan kerajaan, aktivis bahasa semakin dilupakan. Anak-anak muda lebih tertarik dengan dunia hiburan. Budaya yang dipanggil 'slacker' yang membawa maksud remaja masa kini yang tidak peduli dengan isu-isu penting di dunia, dan cuma bernafsu terhadap hiburan semata-mata, individualistik, dan cuma memikirkan keseronokan dan kepuasan diri sendiri sahaja, kini menular bagaikan ular-ular berbisa yang bersedia memagut dan melumpuhkan bangsa. Bangsa Malaysia pada kemudian hari akan menjadi mangsa budaya individualistik jika tidak ada langkah pencegahan segera dibuat dengan peka dan jelas.

Di mana-mana tempat, di tempat awam, di sekolah, di kawasan perumahan, manusia membuang sampah di merata-rata tempat. Pada hari ini, sukar untuk ditemui seorang remaja yang berhati mulia, mengutip sampah yang dilihat ke dalam tong sampah. Sebilangan besar golongan remaja hari ini rata-rata lebih tertarik untuk bergurau senda sesama mereka biarpun mengetahui ada sampah sekaki dua jaraknya dari tempat mereka bercengkerama. Inilah pelapis bangsa Malaysia pada akan datang. Tidak ada apa pun yang boleh dibanggakan dengan sikap anak-anak muda seperti ini. Kekecewaan tersebar, provokasi mekar. Terang-terang agama Islam dihina, dan kebersihan separuh daripada iman dipersenda-senda secara tidak langsung. Berduyun-duyun anak-anak remaja belasan tahun menjauhi masjid, melangkahkan kaki ke sekolah, pada ketika azan solat Jumaat dilaungkan. Tidak ada seorang pun lelaki Islam dewasa yang mahu menegur anak-anak ini. Budak-budak berusia 18 tahun masih dianggap kanak-kanak, dimanjakan, dibiar berpelukan, dibiar meluahkan apa sahaja dosa dalam bentuk perbuatan fizikal.

Berapa orang anak remaja pada hari ini yang mampu merenung dosa yang bersepah-sepah di sekeliling mereka? Berapa orang anak remaja pada hari ini yang peka, yang sensitif, yang ada rasa kecewa dan mahu berjuang untuk memulihkan kembali budaya bangsa mereka? Tidak ada. Tidak ada seorang pun yang kelihatan pada masa kini. Pincang sudah objektif kehidupan. Gugur sudah semangat jati diri dalam diri anak-anak bangsa. Inilah kekecewaan yang nyata, apabila membincangkan mengenai sikap warganegara Malaysia pada hari ini.

SEMUANYA BERSALAH JIKA TIDAK AMBIL KISAH! SEMUANYA BUTA TULI JIKA TIDAK ADA SEORANG PUN YANG AMBIL PEDULI.

Jika kamu seorang pembaca blog ini, dan kamu membaca tulisan ini. Renungkan kembali bagaimana kamu boleh membantu mengubah pemikiran masyarakat Malaysia, supaya bersatu memulihkan kembali budaya Timur yang asli.

Yang benar,
Amiene Rev


Kementerian diminta siasat guru anti Islam
SUMBER: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin meminta Kementerian Pelajaran menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan pelajar sebuah sekolah mengenai tindakan beberapa guru yang didakwa bersikap perkauman dan anti Islam.

Ahli Parlimen Bebas itu mendakwa menerima lebih 20 aduan daripada pelajar termasuk pelajar beragama Islam dan Kristian yang tidak puas hati dengan tindakan beberapa guru bukan Melayu yang juga penyokong dan petugas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Johor. “Saya tidak bercadang menyebut nama secara terbuka di dalam dewan ini, saya akan serah nama kepada menteri kerana aduan yang dibuat sangat serius. “Guru berkenaan mengutuk agama Islam dengan mengatakan Islam sebagai agama palsu, al-Quran ditulis oleh manusia, selain membangkitkan peristiwa 13 Mei berlaku kerana tindakan orang Melayu, sebaliknya orang Cina hanya mempertahankan diri serta menyatakan sepatutnya orang Cina menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat, malam tadi.

Ahad, November 06, 2011

MAKAN BABI PUNCA MANUSIA HILANG NILAI KEMANUSIAAN? Aku Sedih dan Murung Kerana Nilai Kemanusiaan Semakin Pudar

Manusia pada hari ini semakin pudar nilai kemanusiaanya. Wang Yue di China digilis beberapa kali, dibiar begitu sahaja, malah digilis sekali lagi oleh pemandu yang lain pula, selepas pemandu itu mengangkat tinggi lampu depannya. Sudah pasti dia tahu bahawa ada budak sedang menderita sakit di depannya. Tidak kira orang dewasa, lelaki atau wanita, malah seorang ibu yang memimpin anaknya, juga berlalu pergi tanpa mempedulikan anak kecil yang kesakitan itu. Celaka betul manusia di China, begitulah yang akan aku katakan sekiranya bukan kerana seorang pengemis wanita yang mendukung anak kecil bernama Wang Tue, dan memindahkannya ke tepi jalan, sebelum diselamatkan. Tapi di hospital, Wang Yue meninggal dunia juga. Pengemis Wanita itu bukan sahaja telah berusaha menyelamatkan Wang Yue, tetapi juga telah menyelamatkan maruah orang-orang di negara China.

Aku pernah bertanya kepada seorang rakan, kenapa begitu teruk sikap dan hati orang-orang di negara China, kalau bukan kerana pengemis wanita yang perwira itu, sudah pasti aku akan membenci China seumur hidupku. Kawan aku kata, sebab orang-orang di negara China suka makan daging babi. Sikap dan hati manusia biasanya akan dipengaruhi oleh apa yang mereka makan. Kalau makan benda haram, maka matilah hati mereka. Hilanglah perikemanusiaan mereka. Kalau makan daging babi, maka jadilah mereka golongan yang tidak peduli tentang orang lain. Ini kerana babi cuma tahu peduli hal diri sendiri sahaja. Apabila manusia makan babi, maka mereka juga akan bersikap seperti babi. Itu pendapat kawan aku.

Aku rasa saintis dan pakar pemakanan, atau pakar psikologi mesti mengkaji kenapa daging babi diharamkan untuk umat Islam. Mungkin ada benarnya daging babi menjadi penyebab kenapa manusia berperangai macam babi apabila mereka makan daging babi. Ini isu yang sangat sensitif, namun sekiranya kajian dijalankan dan dapat membuktikan sesuatu tentang pengaruh daging babi terhadap sikap manusia, maka mungkin ramai manusia akan dapat diselamatkan.

Tetapi selepas itu aku terbaca lagi, surat daripada seorang individu yang menyatakan rasa kecewanya terhadap rakyat Malaysia yang tidak berotak, dan tidak tahu menghormati tragedi yang menimpa semasa perlumbaan motosikal berlangsung di negara Malaysia tempoh hari. Jadi, aku mula rasa betulkah daging babi mempunyai pengaruh terhadap sikap pentingkan diri sendiri atau sikap tidak pedulikan orang lain atau sikap tidak ada rasa simpati terhadap orang lain?

Jadi, mungkin daging babi bukan punca manusia berperangai macam babi. Perkataan babi sebenarnya dianggap sebagai satu perkataan yang amat hina dan terkutuk. Ini kerana sifat babi itu sendiri sangat pengotor, suka makan najis dan tidak suka mempedulikan orang lain. Babi cuma tahu buat hal sendiri sahaja. Babi tidak ada sifat kemasyarakatan. Babi tidak ada rasa simpati. Babi cuma tahu fikir keuntungan diri sendiri sahaja.

Baru-baru ini kek lapis Sarawak menjadi satu makanan mimpi ngeri buat umat Islam, apabila dilaporkan bahawa mentega yang digunakan untuk membuat kek tersebut mengandungi lemak babi. Kasihan umat Islam di Sarawak.

Aku berharap daging babi diharamkan sepenuhnya dan kajian mengenai bahaya daging babi terhadap manusia secara psikologi mungkin perlu dibuat. Hikmah pengharaman daging babi mungkin akan dapat diketahui dan mana-mana saintis yang berjaya membuktikan kesan buruk daging babi dari aspek psikologi perlu diberikan hadiah Nobel Islamik. Ini merupakan penemuan yang akan mengubah manusia.

Mungkin ada orang kata tindakan mendedahkan idea yang agung iaitu eksperimen  untuk mengkaji adakah teori daging babi boleh menyebabkan manusia hilang sifat simpati dan perikemanusiaannya ini benar atau tidak kerana jika aku sendiri yang melaksanakan kajian ini, maka akulah yang akan mendapat nama.

Aku adalah pencetus kepada kajian ini. Aku adalah orang yang memberi idea tentang kajian ini. Apa pun, aku percaya, daging babi, lemak babi, DNA babi kini tersebar dalam banyak jenis makanan yang dimakan manusia, dan mungkin telah menyerap ke dalam darah daging manusia. Maka tidak hairanlah kalau ada orang Malaysia yang bersikap begitu barbarik sehingga tidak ada rasa simpati terhadap tragedi yang menimpa pelumba motosikal Honda tempoh hari.

Sudah beberapa minggu aku diserang perasaan murung dan marah. Aku marah apabila mengetahui betapa ramainya manusia yang sudah tidak ada lagi perikemanusiaan. Aku marah kerana ada manusia yang sanggup mempergunakan manusia lain untuk kepentingan dirinya. Aku marah kerana ada manusia yang tidak tahu mengenang budi dan tidak tahu menghormati nyawa dan kehidupan seorang manusia yang lain. Apabila memikirkan nasib malang yang menimpa segelintir insan malang yang tertentu. Aku berasa sangat murung.

Apabila aku mengepos berita yang menggembirakan di status Facebook, ada-ada sahaja manusia yang "Like" atau suka status tersebut. Namun apabila aku mengepos tentang kisah penderitaan manusia lain, ada pula yang mahu menenggelamkan status tersebut seolah-olah supaya status tersebut tidak dibaca oleh orang lain, malah berpeluang pula mempromosikan perniagaan sendiri di ruang Facebook aku.

Aku masih terharu mengenangkan nasib seorang anak kecil yang mengalami barah otak peringkat akhir, yang terlantar di atas katil di Wad Neuro di sebuah Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru. Aku melihat tangisan ahli keluarga bagi beberapa orang pesakit di wad tersebut, walaupun mereka bukan sebangsa atau sama kaum atau sama agama denganku. Masih ramai manusia yang mengalami nasib malang di muka bumi ini pada ketika kita pula masih mampu mengecapi pelbagai kesenangan, keseronokan hidup di muka bumi ini.

Dunia ini memang tidak adil. Itu benar. Namun aku amat percaya bahawa Tuhan itu Maha Adil. Setiap kali aku mengenangkan nasib orang-orang malang yang telah aku baca, dengar atau temui, aku akan hilang selera makan dan dilanda kemurungan. Di dunia ini terlalu ramai manusia yang tidak benasib baik, tetapi pada masa yang sama pula ada ramai manusia yang bernasib baik tetapi tidak tahu menghargai saat-saat kehidupan mereka.

Ini membuatkan aku berasa sangat marah dan pada masa yang sama sangat sedih. Sesekali air mataku menitis. Namun aku tahu, setiap air mata yang menitis itu tidak akan membantu meringankan beban orang-orang yang menderita di Wad Neuro, Tingkat 4 Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, atau di mana-mana wad kritikal, di rumah-rumah anak-anak yatim, atau di Somalia, Palestin dan di mana ceruk dunia pun.

Namun aku percaya, apa yang aku tulis di blog aku ini, mungkin akan dapat membantu menyedarkan individu-individu tertentu dan mungkin mereka juga akan berbuat sesuatu untuk membantu.

Berjuang melalui penulisan blog, adalah cara untuk aku menyatakan sesuatu kepada dunia.

For those who do not understand Malay Language, use Google Language Tool and translate my writing into English, and you may understand what my voice are about to. I am talking about humanity that are going to fade out from the heart of the terran.

Orang Putih Kecewa Rakyat Malaysia Tidak Hormat Kematian Marco Simoncelli

Saya tersentuh hati membaca tulisan MAT LAN MAT DIN dari Klang, Selangor mengenai sikap sesetengah rakyat Malaysia yang lebih mengutamakan duit membeli tiket berbanding tragedi yang telah menimpa pelumba motosikal Honda, Marco Simoncelli. Di sini ingin saya bandingkan dengan peristiwa kematian seorang budak perempuan Cina di negara China, yang dibiarkan terseksa menghadapi kesakitan oleh beberapa belas penduduk warga China sebelum diselamatkan oleh seorang pengemis wanita. 

Ketika Marco Simoncelli menemui ajalnya, dan perlumbaan dibatalkan, masih ada penonton Malaysia yang masih mahu perlawanan itu diteruskan. Apa bezanya taraf nilai perikemanusian golongan ini dengan golongan warga China yang dikutuk seluruh dunia tempoh hari? 

Sebelum ini, satu dunia, malah blogger dari China sendiri pernah menulis bahawa kalau budak perempuan tersebut yang bernama Yue Tue, supaya sekiranya dilahirkan semula, jangan lagi dilahirkan di China. Kemudian, sikap rakyat Malaysia itu sendiri yang tidak ada langsung rasa sedih atau bersimpati apabila berlakunya kematian. Berita ini sebenarnya telah menghilangkan rasa hormat saya terhadap sesetengah perkara, berkaitan dengan sikap manusia pada hari ini.

Manusia hari ini mempunyai satu nafsu yang sangat pelik, iaitu nafsu memanjakan anak-anak sehingga apabila mereka besar, mereka menjadi orang yang mementingkan diri sendiri, sanggup menjadi parasit, sanggup menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri, suka meminta-minta, memberontak dan bertindak liar apabila kepentingan diri tidak dipenuhi, tidak mengenang budi dan sebagainya.

Telah lahir banyak manusia pada akhir zaman ini yang tidak lagi memiliki perikemanusiaan dalam diri mereka. Mungkin suatu ketika nanti, akan lahir sekumpulan manusia pejuang kemanusiaan yang bertindak membunuh semua manusia yang tidak berperikemanusiaan ini dan akhirnya wujud dunia baru di mana cuma manusia yang berperikemanusiaan sahaja yang tinggal. Logikkah begitu?

Peradaban manusia semakin hari semakin hilang. Cuma ada teknologi yang canggih yang menyenangkan hidup manusia, menyebabkan manusia tidak perlu lagi bersusah payah dalam banyak perkara. Oleh kerana mereka tidak merasai apa maksud kesusahan hidup, mereka tidak lagi menghargai pertolongan atau kehidupan orang lain. Kerana itu pada suatu hari nanti, manusia akan kembali semula ke zaman di mana kuda dan unta menjadi kenderaan, dan, kapak, pedang, busur dan anak panah akan kembali menjadi senjata untuk berburu dan berperang. Pada ketika itu, ilmu agama dan kitab Allah akan menjadi panduan hidup yang paling berharga, persaudaraan sesama manusia kembali meningkat. Buat masa ini, umat manusia cuma perlu bertahan, hidup dalam dunia moden yang dihuni juga oleh binatang-binatang yang tidak tahu menggunakan akal dan tidak mahu menghayati nilai perikemanusiaan.

Mat Salleh Melihat Gelagat Penonton Malaysia Dengan Penuh Kehairanan

SAUDARA PENGARANG,

SAYA mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menulis perihal perkara ini kerana menghormati mendiang Marco Simoncelli yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri dalam perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Sepang 23 Oktober yang lalu.

Saya adalah sebahagian daripada beribu peminat MotoGP yang berada di tempat duduk utama ketika kejadian itu berlaku.

Kami dapat menyaksikan dengan jelas kemalangan yang berlaku itu menerusi paparan skrin besar yang terletak di atas bangunan paddock bertentangan dengan tempat duduk utama.

Namun begitu apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah gelagat sebahagian besar penonton di tempat duduk utama yang memperlihatkan sisi buruk mereka kepada bukan sahaja para tetamu luar yang turut hadir menyaksikan perlumbaan tersebut tetapi juga kepada anggota-anggota pasukan yang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Lebih kurang sejam selepas skrin besar di hadapan tempat duduk utama menyiarkan kenyataan ringkas bahawa perlumbaan dibatalkan, para penonton telah bertindak membaling apa sahaja yang ada di tangan mereka - botol air mineral, payung, air kotak dan juga bungkusan makanan di atas trek sambil melaung-laungkan kata-kata maki ke arah anggota-anggota pasukan yang bertanding.

Gelagat mereka ini telah mencetuskan kehairanan kepada para anggota pasukan yang berada di paddock kerana keputusan untuk menghentikan perlumbaan adalah keputusan pihak penganjur dan pemegang lesen perlumbaan.

Mereka melihat gelagat rakyat Malaysia sambil mengeleng-geleng kepala tanda kecewa seolah-olah rakyat Malaysia tidak memahami mengenai protokol perlumbaan apabila sesuatu kemalangan besar berlaku.

Adalah menjadi amalan bahawa perlumbaan akan dibatalkan jika berlakunya kemalangan besar yang mengancam nyawa pelumba. Kita telah menyaksikan peristiwa ini berulang-ulang kali tetapi malangnya penonton Malaysia memilih untuk memperlihatkan sikap tidak bertamaddun mereka dengan bertindak membaling botol ke atas trek malah menghamburkan kata-kata makian ke arah pelumba dan pasukan mereka. Mereka tidak bersalah apa-apa di atas keputusan untuk membatalkan perlumbaan.

Ya, memanglah amat malang wang yang dibayar untuk membeli tiket MotoGP ini tidak kelihatan berbaloi jika dibandingkan dengan hanya sempat menyaksikan dua pusingan perlumbaan sahaja. Tetapi perlumbaan yang mengorbankan pelumba dari Itali itu sememangnya patut dihentikan.

Jika ada sekali pun kelemahan di pihak penganjur yang boleh diambil iktibar agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi ialah mereka tidak mengumumkan mengapakah perlumbaan itu terpaksa dibatalkan.

Satu-satunya pengumuman yang dibuat pada hari itu ialah "Perlumbaan Dibatalkan". Itu sahaja. Tiada sebab tiada alasan yang diberi. Ada yang mengatakan, pengumuman mengenai punca pembatalan perlumbaan memang tidak patut diumumkan selagi pasukan perubatan tidak mengesahkan status kecederaan Marco atau keluarganya perlu dimaklumkan terlebih dahulu.

Tetapi orang Malaysia tidak faham akan semua ini. Yang mereka tahu ialah mereka telah membayar wang yang banyak untuk membeli tiket bagi menonton perlumbaan 500cc tetapi kenapa tiba-tiba dibatalkan. Jadi akhirnya mereka mengamuk dengan melakukan sesuatu yang akhirnya memalukan imej negara dan sukan moto negara.

Saya perhatikan ramai mat salleh yang takut melihat gelagat barbarik penonton Malaysia dengan segera meninggalkan litar Sepang. Saya kurang pasti, apakah insiden yang menakutkan ini akan membawa mereka kembali ke sini tahun hadapan.

MAT LAN MAT DIN
Klang, Selangor


Kanak-kanak China Digilis Dua Kali, Tidak Diendah Warga China, Kecuali Seorang Pengemis Wanita
KIRA-KIRA 18 pengguna jalan raya membiarkan seorang budak perempuan terbaring nazak di tengah jalan selepas dua kali dilanggar kenderaan berdekatan kedai perkakas Guangfo di Huangqi, bandar Foshan, China.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, orang ramai tidak menghiraukan budak berusia 2 tahun dikenali sebagai Yue Tue terbaring selepas dirempuh sebuah van. Kemudian sebuah kenderaan lain turut menggilisnya sekali lagi di luar kedai milik keluarganya itu.

Seorang pengutip sampah, di mana individu ke-18 yang melalui jalan itu akhirnya datang membantu budak kecil itu dengan mengangkatnya ke tepi jalan sambil menjerit meminta tolong.

Dilaporkan, pemandu van itu berjaya ditahan pihak berkuasa tempatan. Video yang mencetuskan kemarahan meluas penduduk China itu, di kongsi dan dilihat hampir 700 ribu pengguna internet sejak ia dimuat turun semalam.

(Kemaskini) 19/10/2011 - Kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Wang Yue, meninggal dunia selepas disahkan mati otak akibat kemalangan itu, kata akhbar China Daily.

Selasa, Oktober 06, 2009

Bencana Ribut Taufan 222 dan Malaysia

Kata seorang alim, negara kita Malaysia belum ditimpa bencana alam yang buruk seperti lain-lain negara jiran, sebab rakyat di negara kita tidak menentang pemimpin negara secara radikal. Ini bermaksud rakyat kita belum derhaka dengan pemimpin. Selepas kematian Noordin Mat Top, barulah Indonesia ditimpa bencana.

Rakyat di negara kita menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan secara aman. Biarpun rakyat teruk dibelasah orang-orang bawahan pemimpin, rakyat kita tidak melawan seteruk rakyat di negara jiran. Sebab itu, menurut orang alim itu, negara kita masih aman daripada sebarang bencana.

Walaupun maksiat berleluasa di negara kita, namun kerana sikap tidak derhaka kepada pemimpin menyebabkan rakyat kita terselamat daripada bencana alam. Memang benar ada pemimpin yang menyeleweng di negara kita, namun, itu urusan pemimpin tersebut dengan Tuhan.

Kita sebagai rakyat sudah menegur pemimpin-pemimpin tersebut, tanpa bertindak menderhakai pemimpin-pemimpin kita. Namun kini terpulanglah kepada para pemimpin untuk memilih yang baik daripada yang buruk.