Rancangan Sekolah 9 Jam Dibatalkan - Tidak Dapat Membantu Menyelesaikan Permasalahan Guru Yang Belum Selesai
Sejak dari awal lagi saya telah menjangkakan rancangan sekolah 9 jam Johor akan dibatalkan. Ini berikutan bilangan pelajar di beberapa buah sekolah adalah terlalu ramai sehingga memerlukan dua sesi pembelajaran. Apabila melibatkan dua sesi pembelajaran, maka beberapa perkara seperti tempat belajar dan masalah kepadatan guru di bilik guru juga menjadi satu masalah. Keselesaan bekerja akan berkurangan kerana meja guru dikongsi oleh guru sesi pagi dan juga guru sesi petang.
Sekolah 9 jam boleh menyebabkan kerja-kerja guru yang memerlukan banyak masa untuk disiapkan bukan dalam tempoh bekerja rasmi terjejas. Berdasarkan pandangan kebanyakan guru, khususnya guru-guru di bandar, terdapat beberapa kerja guru yang akan tertangguh kerana mereka perlu masuk ke bilik darjah atau tingkatan untuk mengajar. Begitu juga pada waktu ujian atau peperiksaan dijalankan, kerja-kerja guru didapati tertangguh kerana semasa peperiksaan dan ujian dijalankan, mereka tidak boleh melakukan apa-apa kerja lain selain mengawasi pelajar yang sedang menduduki ujian atau peperiksaan. Dalam erti kata lain, sekiranya guru tersebut ada banyak kerja yang belum selesai, maka mengawasi ujian atau peperiksaan boleh mewujudkan kebimbangan ke atas diri mereka.
Jika waktu persekolahan dilanjutkan ke 9 jam, ramai guru memerlukan 'time slip' kerana mereka perlu keluar pada waktu bekerja. Ini kerana ada barang-barang yang perlu dibeli, difotostat bagi menyiapkan bahan-bahan mengajar. Sesetengah guru masih tetap datang ke sekolah pada waktu petang atau malam untuk menyiapkan kerja mereka biarpun pada ketika ini waktu persekolahan cuma berlangsung sekitar jam 7.15 pagi hingga 1.10 petang di kebanyakan tempat. Bagi sesetengah orang atau mungkin guru sendiri, mungkin ada yang
menyangka tugas-tugas guru di sekolah yang kurang murid adalah sedikit.
Ini sama sekali tidak benar. Contohnya di sebuah sekolah madrasah di
Malaysia, dilaporkan setiap guru perlu memikul sekurang-kurangnya 10
tugas atau jawatan penting atau rasmi. Sedangkan 5 jawatan pun sudah
berat apatah lagi apabila 10 jawatan. Ini kerana bilangan guru di seklah
tersebut adalah sedikit kerana bilangan pelajar pun tidak ramai.
Kerja-kerja guru terbahagi kepada beberapa skop. Tiga skop utama tugas guru di sekolah melibatkan Hal Ehwal Murid (HEM), Akademik dan Ko-Kurikulum. Setiap bidang ini akan dipertanggungjawabkan kepada tiga Penolong Kanan di mana masing-masing akan memikul tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Pentadbiran/Akademik, Penolong Kanan HEM, dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
Dalam skop HEM misalnya guru-guru akan terlibat dalam pengurusan disiplin, pengurusan data disiplin, pengurusan kehadiran pelajar, pengurusan borang ponteng, pengurusan kebajikan pelajar, pengurusan zakat, pengurusan PIBG, pengurusan pembinaan Insan, pengurusan perabot, pengurusan bilik darjah, pengurusan sistem elektrik, pengurusan kantin, pengurusan program pelajar, keselamatan pelajar, keselamatan lalu lintas di hadapan sekolah, pengurusan tingkatan, pengurusan Sistem Maklumat Murid dan sebagainya. Bilangan pelajar yang perlu diuruskan adalah daripada satu kelas hingga ke beberapa kelas, tingkatan atau keseluruhan sekolah. Ini bermaksud guru-guru di setiap sekolah perlu menguruskan beratus-ratus sehingga beribu-ribu orang pelajar sehari. Ada kerja dalam skop HEM tidak mampu diselesaikan pada waktu bekerja rasmi, terutamanya keceriaan kelas. Masalah lebih ketara bagi sekolah dua sesi. Ini kerana waktu P&P tidak boleh digunakan untuk aktiviti bukan akademik. Kerja-kerja HEM ini biasanya dilakukan apabila guru-guru tidak ada kelas P&P. Apabila mereka masuk ke kelas pula, selalunya mental dan emosi mereka akan tercabar oleh tingkah laku pelajar hari ini, dan kemudian apabila mereka keluar kelas, pelbagai masalah baru akan mengiringi mereka ke meja kerja mereka.
Dalam skop Akademik pula, kerja-kerja guru melibatkan pengurusan analisis, ujian penilaian dan peperiksaan, kerja-kerja kursus, pengurusan panatia mata pelajaran, pengurusan modul, pengurusan bahan bantu mengajar, pengurusan alatan bantu mengajar, pengurusan jadual waktu, pengurusan kelas dan bidang kecenderungan pelajar, pengurusan soalan ujian dan peperiksaan, pengurusan rancangan mengajar, pengurusan bilangan soalan dan jenis soalan untuk satu-satu topik, bengkel akademik, kelas tambahan dan sebagainya.Kerja-kerja seperti menanda buku latihan, ujian, peperiksaan, memasukkan markah ke SAPS, merancang dan menggubah bahan bantu mengajar, menfotostat dokumen (biasanya guru-guru mata pelajaran akan menggunakan duit gaji guru sendiri untuk diberikan kepada ratusan pelajar), tidak mampu dilaksanakan semasa waktu persekolahan.
Kerja-kerja menanda buku juga biasanya akan memakan masa berjam-jam sehari dan kebanyakan guru mempunyai citarasa atau gaya kerja yang berbeza untuk menyelesaikan tugas ini. Ada guru yang boleh duduk di sekolah sambil menikmati gangguan kerja-kerja lain di tempat kerja, ada guru yang lebih selesa untuk menyiapkan kerja-kerja menanda di rumah, di perpustakaan awam atau ada juga guru-guru yang selesa mencari tempat-tempat yang mendamaikan fikiran kerana mereka tahu otak mereka pasti akan diserabutkan dengan pelbagai karenah murid semasa menjawab soalan latihan atau soalan peperiksaan yang diberikan. Kerja-kerja menanda juga tidak boleh dibuat sambil lewa atau pejam mata atau sambil berbual-bual kerana mereka perlu meneliti langkah demi langkah, soalan demi soalan bagi setiap jawapan pelajar. Kebiasaannya seorang guru akan mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit bagi sebuah buku pelajar. Purata pelajar di dalam sebuah kelas boleh jadi antara 30 hingga ke 50 orang. Secara purata 40 orang x 12 minit = 480 minit = 8 jam bagi satu kelas dan sebuah buku. Kebiasaannya seorang guru akan memegang sekitar 4-8 kelas. Ini bermaksud untuk satu buku sahaja, seorang guru memerlukan sekitar 32 jam hingga 64 jam. Namun begitu, secara kebiasannya, tiga buah buku diperuntukkan untuk setiap subjek. Ini bermaksud seorang guru memerlukan sekitar 96 jam hingga 192 jam seminggu untuk kerja-kerja menanda buku sahaja. Ini belum dicampur lagi dengan pengurusan-pengurusan kerja yang lain. Disebabkan terlalu banyak kerja pengurusan di mana jika otak guru adalah umpama otot lengan, sudah pasti lengan itu akan menjadi sangat sasa dan gagah kerana terlalu banyak kerja yang dibuat. Kerana kepenatan yang melampau ini, maka wajarlah guru diberi masa untuk berehat dan diselang-selikan dengan waktu bekerja mereka yang tidak rasmi.
Dalam skop Ko-kurikulum pula guru-guru akan terlibat dengan pengurusan kelab, persatuan, rumah sukan, sukan dan permainan. Bagi setiap organisasi yang dipegang oleh guru, guru perlu menguruskan kewangan, pelan perancangan strategik aktiviti-aktiviti sepanjang tahun, pengurusan sijil, pengurusan atlet sukan, pengurusan peralatan sukan, pengurusan latihan sukan, dokumen-dokumen dalam dan luar untuk urusan sukan, keselamatan pelajar, disiplin pelajar semasa sukan, penganjuran latihan, perkhemahan, kem kepimpinan dan lain-lain. Satu perkara yang paling mencabar dalam bidang ko-kurikulum ini ialah belanjawan untuk satu-satu aktiviti, peruntukan masa dan kepadatan jadual. Hal ini menyebabkan aktiviti ko-kurikulum perlu dibuat pada hari atau masa bukan persekolahan. Pengurusan ko-kurikulum boleh melibatkan sehingga beratus-ratus orang pelajar bagi seorang guru.
Pandangan luar dan pemikiran luar yang cetek mungkin hanya melihat guru sebagai satu entiti yang mengajar di dalam kelas, kemudian menutup mata menanda buku latihan. Ini sama sekali tidak benar. Guru perlu menguruskan beratus-ratus ke beribu-ribu masalah yang dilakukan oleh beratus-ratus ke beribu-ribu orang pelajar. Pelajar bukan binatang ternakan, kereta atau mesin kilang. Mereka ada benda hidup yang boleh berfikir, mempunyai perasaan dan tidak matang. Pelajar bukan pekerja yang makan gaji, mereka juga datang dari latar belakang keluarga yang pelbagai. Kebanjiran pendatang asing ke negara ini sememangnya telah didakwa menjadi punca penularan pelbagai gejala sosial dan budaya negatif yang turut mempengaruhi pelajar-pelajar tempatan. Ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Guru-guru tidak boleh mengawal pelajar-pelajar mereka di rumah. Itu sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa pelajar tersebut. Guru-guru berdepan dengan masalah ini setiap hari, menyebabkan selain daripada tugas-tugas rasmi mereka, mereka juga dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak sepatutnya ada - menyelesaikan masalah yang timbul kerana ketidakseimbangan penyelesaian beban tanggungjawab antara guru dan ibu bapa. Ini kerana di Malaysia ini belum wujud undang-undang yang jelas untuk ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dalam usaha mendidik anak-anak mereka sehingga mendatangkan masalah di sekolah. Ini kerana ibu bapa tersebut sendiri terpaksa berhempas pulas bekerja sehingga tidak dapat memberikan komitmen kepada pihak sekolah. Ini adalah antara masalah yang diceritakan oleh guru-guru, iaitu masalah yang sering berlaku.
Antara perkara yang boleh diambil tindakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan ibu bapa mengambil berat atau memberi komitmen kepada pihak sekolah ialah menerusi undang-undang yang berkaitan dengan penglibatan guru dalam aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah, serta kelonggaran syarikat bagi ibu bapa memenuhi komitmen ini. Contohnya ibu bapa yang gagal menghadirkan diri pada Hari Terbuka atau Mesyuarat Agung PIBG boleh dikenakan tindakan. Hari Terbuka sangat penting kerana pada hari tersebut, pelbagai masalah pelajar akan dibincangkan secara khusus, manakala Mesyuarat Agung PIBG pula penting bagi membincangkan masalah di sekolah yang berkaitan dengan para pelajar yang perlu diketahui oleh ibu bapa. Ada sekolah yang menghadapi masalah besar, di mana apabila Mesyuarat Agung PIBG dilaksanakan, kehadiran ibu bapa adalah jauh lebih sedikit berbanding jumlah guru. Ini menyebabkan beberapa masalah atau suara ibu bapa tidak dapat dikutip dan dibincangkan secara menyeluruh. Sebaliknya apabila kerajaan mengumumkan untuk memberi RM100 kepada setiap pelajar, berduyun-duyun ibu bapa, malah yang tidak pernah hadir selama ini pun boleh hadir ke sekolah, malah ada pula yang sanggup hadir secara berasingan, ibu dan bapa untuk menuntut wang RM100. Dari sini dapat dilihat betapa jika kerajaan menguatkuasakan arahan wajib bagi ibu bapa untuk hadir pada hari-hari penting seperti Hari Terbuka atau Mesyuarat Agung PIBG, maka pelbagai masalah akan dapat diselesaikan. Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas ke atas ibu bapa yang tidak hadir ke sekolah apabila anak mereka melakukan kesalahan disiplin atau akademik. Begitu juga bagi ibu bapa yang tidak memantau kegiatan anak mereka selepas waktu sekolah atau waktu malam. Waktu yang sepatutnya digunakan oleh para pelajar untuk berehat atau menyiapkan kerja-kerja akademik dijadikan waktu untuk berhibur atau membuang masa untuk perkara-perkara yang tidak penting.
Sehingga kini, masih ramai pihak yang cuma mempersoalkan tentang gaji guru dan masa bekerja guru. Mereka tidak pernah mengambil tahu atau mungkin tutup mata apabila diceritakan tentang tugas-tugas sebenar seorang guru. Mereka tidak tahu bahawa ada jurutera yang kembali menjadi jurutera selepas mencuba menjadi guru kerana beban tugas guru sememangnya jauh lebih berat dari seorang jurutera. Malah kerja-kerja guru kontrak atau guru-guru yang tidak ada ikhtisas pendidikan sebenarnya jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan kerja guru sebenar. Jika ditanya apakah profesion yang cabarannya setanding dengan guru, maka profesion tersebut adalah doktor. Guru dan doktor sama-sama menghadapi tekanan yang hebat. Ini kerana sebarang kerja yang melibatkan pengurusan manusia secara langsung akan melibatkan pelbagai kewujudan masalah yang serba kreatif.
Jika ibu bapa boleh hadir untuk mengambil RM100, maka kenapa tidak ibu bapa tersebut boleh hadir semasa Hari Terbuka atau Mesyuarat Agung PIBG sekolah? Kerajaan perlu mengeluarkan perintah supaya semua majikan di Malaysia memberi cuti khas kepada ibu bapa yang bekerja supaya dapat hadir pada hari terbuka sekolah. Ini mungkin membantu menyelesaikan sedikit masalah komitmen ibu bapa.
Masalah guru tidak dapat diselesaikan dengan penambahan masa kerja selama 9 jam. Ini kerana selamai ini guru-guru sudah lama bekerja di luar waktu persekolahan, dari pagi, petang hingga ke larut malam. Tugas guru memang sangat istimewa, mereka bekerja di pejabat dan di luar waktu pejabat. Ini kerana konsep tugas dan kerja guru adalah mirip ibu bapa. Jika ibu bapa sekadar memberi anak mereka makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya, guru-guru pula jauh lebih dari itu, mereka bukan sahaja mengeluarkan duit gaji mereka sendiri untuk memenuhi keperluan pembelajaran atau pembinaan insan satu-satu pelajar, malah mereka juga menggunakan setiap hari mereka untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Tidak kiralah anak mereka atau anak orang lain.
Seimbas lalu perbandingan tugas guru dan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak
IBU BAPA
- Bekerja mencari duit untuk anak dan diri sendiri
- Menyediakan tempat berlindung untuk anak-anak
- Menyediakan makanan untuk anak-anak
- Menyediakan pakaian anak-anak
- Meluangkan masa bersama-sama anak-anak pada masa lapang
- Menjaga keselamatan anak-anak ketika mereka di rumah
- Mengeluarkan duit untuk makan minum anak setiap bulan
- BEKERJA ATAU MENGURUSKAN SKOP KERJA MENGIKUT PROFESION MASING-MASING.
Itu sahaja tugas ibu bapa sebenarnya dan tugas ini harus dilakukan setiap hari. Ditolak dengan masa tidur, maka pendedahan ibu bapa terhadap anak-anak adalah jauh lebih sedikit berbanding masa yang diluangkan guru-guru bersama anak-anak mereka. Dalam erti kata lain, guru-guru sebenarnya telah meluangkan masa untuk menjaga anak-anak orang lain. Perlu diingatkan guru-guru juga ada yang menjadi ibu bapa. Bayangkanlah!
GURU DAN SEKOLAH
- Bekerja untuk keuntungan dan masa depan anak-anak orang lain dan juga untuk diri sendiri
- Menjaga dan menguruskan disiplin tingkah laku anak-anak orang, yang untungnya tentulah ibu bapa
- Menjaga dan menguruskan hal-hal kehadiran dan kebajikan anak-anak orang, yang untungnya tentulah ibu bapa
- Mengajar pelbagai konsep mata pelajaran kepada anak-anak orang, yang untungnya tentulah ibu bapa
- Menanda dan menyemak buku-buku kerja para pelajar (pada hakikatnya walaupun pelajar sudah pulang ke rumah, sebenarnya guru-guru masih 'menjaga' atau memantau anak-anak orang lain secara hitam putih). yang untungnya tentulah ibu bapa
- Menggunakan duit gaji sendiri untuk bahan-bahan pengajaran, keceriaan kelas, dan kebajikan pelajar. Jumlahnya kadangkala melebihi RM300 sebulan.yang untungnya tentulah ibu bapa
- Merancang dan menyediakan bahan-bahan pengajaran (boleh jadi persediaanya memerlukan dari sehari sehingga ke beberapa hari) yang untungnya tentulah ibu bapa
- Menjaga, mencungkil bakat dan melatih anak-anak orang dalam bidang sukan, yang untungnya tentulah ibu bapa
- Menjaga keselamatan pelajar di kelas, yang untungnya tentulah ibu bapa
- Memastikan anak-anak mendapat didikan agama dan menunaikan tanggungjawab terhadap agama, yang untungnya tentulah ibu bapa
- Menguruskan penglibatan anak-anak orang dalam kelab dan persatuan
- Melatih anak-anak orang supaya menjadi pemimpin, boleh bekerjasama, boleh berpasukan dan berbakti kepada nusa dan negara menerusi kelab dan persatuan, yang untungnya tentulah ibu bapa
- MELAKUKAN KERJA-KERJA PENGURUSAN ATAU KERJA DI LUAR SKOP MENGAJAR TETAPI MASIH DI BAWAH PROFESION SEORANG GURU (guru pun ada kerja lain juga yang perlu dibuat. Siapa yang berkawan dengan guru mesti tahu apa lagi kerja guru di sekolah seperti yang disebutkan di bawah ini (memandangkan terlalu banyak, maka setakat ini sahajalah penulisan saya):
- Dalam skop HEM misalnya guru-guru akan terlibat dalam pengurusan
disiplin, pengurusan data disiplin, pengurusan kehadiran pelajar,
pengurusan borang ponteng, pengurusan kebajikan pelajar, pengurusan
zakat, pengurusan PIBG, pengurusan pembinaan Insan, pengurusan perabot,
pengurusan bilik darjah, pengurusan sistem elektrik, pengurusan kantin,
pengurusan program pelajar, keselamatan pelajar, keselamatan lalu lintas
di hadapan sekolah, pengurusan tingkatan, pengurusan Sistem Maklumat
Murid dan sebagainya. Bilangan pelajar yang perlu diuruskan adalah
daripada satu kelas hingga ke beberapa kelas, tingkatan atau keseluruhan
sekolah. Ini bermaksud guru-guru di setiap sekolah perlu menguruskan
beratus-ratus sehingga beribu-ribu orang pelajar sehari. Ada kerja dalam skop HEM tidak mampu diselesaikan pada waktu bekerja rasmi, terutamanya keceriaan kelas. Masalah lebih ketara bagi sekolah dua sesi. Ini kerana waktu P&P tidak boleh digunakan untuk aktiviti bukan akademik.
Kerja-kerja HEM ini biasanya dilakukan apabila guru-guru tidak ada
kelas P&P. Apabila mereka masuk ke kelas pula, selalunya mental dan
emosi mereka akan tercabar oleh tingkah laku pelajar hari ini, dan
kemudian apabila mereka keluar kelas, pelbagai masalah baru akan
mengiringi mereka ke meja kerja mereka.
Dalam skop Akademik pula, kerja-kerja guru melibatkan pengurusan analisis, ujian penilaian dan peperiksaan, kerja-kerja kursus, pengurusan panatia mata pelajaran, pengurusan modul, pengurusan bahan bantu mengajar, pengurusan alatan bantu mengajar, pengurusan jadual waktu, pengurusan kelas dan bidang kecenderungan pelajar, pengurusan soalan ujian dan peperiksaan, pengurusan rancangan mengajar, pengurusan bilangan soalan dan jenis soalan untuk satu-satu topik, bengkel akademik, kelas tambahan dan sebagainya.Kerja-kerja seperti menanda buku latihan, ujian, peperiksaan, memasukkan markah ke SAPS, merancang dan menggubah bahan bantu mengajar, menfotostat dokumen (biasanya guru-guru mata pelajaran akan menggunakan duit gaji guru sendiri untuk diberikan kepada ratusan pelajar), tidak mampu dilaksanakan semasa waktu persekolahan.
Kerja-kerja menanda buku juga biasanya akan memakan masa berjam-jam sehari dan kebanyakan guru mempunyai citarasa atau gaya kerja yang berbeza untuk menyelesaikan tugas ini. Ada guru yang boleh duduk di sekolah sambil menikmati gangguan kerja-kerja lain di tempat kerja, ada guru yang lebih selesa untuk menyiapkan kerja-kerja menanda di rumah, di perpustakaan awam atau ada juga guru-guru yang selesa mencari tempat-tempat yang mendamaikan fikiran kerana mereka tahu otak mereka pasti akan diserabutkan dengan pelbagai karenah murid semasa menjawab soalan latihan atau soalan peperiksaan yang diberikan. Kerja-kerja menanda juga tidak boleh dibuat sambil lewa atau pejam mata atau sambil berbual-bual kerana mereka perlu meneliti langkah demi langkah, soalan demi soalan bagi setiap jawapan pelajar. Kebiasaannya seorang guru akan mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit bagi sebuah buku pelajar. Purata pelajar di dalam sebuah kelas boleh jadi antara 30 hingga ke 50 orang. Secara purata 40 orang x 12 minit = 480 minit = 8 jam bagi satu kelas dan sebuah buku. Kebiasaannya seorang guru akan memegang sekitar 4-8 kelas. Ini bermaksud untuk satu buku sahaja, seorang guru memerlukan sekitar 32 jam hingga 64 jam. Namun begitu, secara kebiasannya, tiga buah buku diperuntukkan untuk setiap subjek. Ini bermaksud seorang guru memerlukan sekitar 96 jam hingga 192 jam seminggu untuk kerja-kerja menanda buku sahaja. Ini belum dicampur lagi dengan pengurusan-pengurusan kerja yang lain. Disebabkan terlalu banyak kerja pengurusan di mana jika otak guru adalah umpama otot lengan, sudah pasti lengan itu akan menjadi sangat sasa dan gagah kerana terlalu banyak kerja yang dibuat. Kerana kepenatan yang melampau ini, maka wajarlah guru diberi masa untuk berehat dan diselang-selikan dengan waktu bekerja mereka yang tidak rasmi.
Dalam skop Ko-kurikulum pula guru-guru akan terlibat dengan pengurusan kelab, persatuan, rumah sukan, sukan dan permainan. Bagi setiap organisasi yang dipegang oleh guru, guru perlu menguruskan kewangan, pelan perancangan strategik aktiviti-aktiviti sepanjang tahun, pengurusan sijil, pengurusan atlet sukan, pengurusan peralatan sukan, pengurusan latihan sukan, dokumen-dokumen dalam dan luar untuk urusan sukan, keselamatan pelajar, disiplin pelajar semasa sukan, penganjuran latihan, perkhemahan, kem kepimpinan dan lain-lain. Satu perkara yang paling mencabar dalam bidang ko-kurikulum ini ialah belanjawan untuk satu-satu aktiviti, peruntukan masa dan kepadatan jadual. Hal ini menyebabkan aktiviti ko-kurikulum perlu dibuat pada hari atau masa bukan persekolahan. Pengurusan ko-kurikulum boleh melibatkan sehingga beratus-ratus orang pelajar bagi seorang guru.
Jadi, setelah membandingkan tanggungjawab antara ibu bapa dengan guru, siapakah yang lebih mencabar? Berhentilah berhasad dengki dengan guru-guru.
|