BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, November 17, 2011

Britain catat kadar pengangguran tertinggi

Britain catat kadar pengangguran tertinggi 

LONDON 17 Nov. – Kadar pengangguran di Britain mencecah sehingga 8.3 peratus berbanding 8.1 peratus sebulan lalu. Menurut agensi statistik kebangsaan, peratusan tersebut merupakan yang tertinggi sejak Januari 1996 dan jumlah penduduk yang tidak bekerja meningkat kepada 129,000 dari Julai sehingga September lalu. Krisis pengangguran di Britain semakin serius sejak ekonominya merosot pada tahun lepas dan jumlah penduduk yang kehilangan sumber pendapatan dalam tempoh dua tahun lalu meningkat sebanyak 422,000 orang. – AFP