Senarai Pejabat Imigresen Yang Buka Pada Hujung Minggu
Pasport Malaysia Antarabangsa
Laman web imigresen Malaysia
Waktu Operasi Urusan Pasport
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang |
Bagi Pejabat Imigresen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak |
SABTU-AHAD : 8.00 pagi - 1.00 petang |
Bagi Pejabat Imigresen di Melaka (Ayer Keroh), Negeri Sembilan (Seremban), Pahang (Kuantan), Perak (Ipoh), Selangor (Shah Alam, Subang, Kajang, Pelabuhan Kelang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Damansara, Wangsa Maju), Johor (Wisma Persekutuan, Pekan Rabu), Pulau Pinang (Seberang Jaya), Sarawak(Kuching, Miri), Sabah (Kota Kinabalu) Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pejabat Passport Presint 15) |
Ahad-Khamis : 7.30 pagi - 5.30 petang |
Bagi Pejabat Imigresen di Kedah, Kelantan dan Terengganu |
Waktu Operasi Urusan Selain Pasport
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang |
Bagi Pejabat Imigresen di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak |
Ahad-Khamis : 7.30 pagi - 5.30 petang |
Bagi Pejabat Imigresen di Kedah, Kelantan dan Terengganu |
Maklumat daripada http://www.imi.gov.my berdasarkan kemaskini 16 NOVEMBER 2011
Pengenalan
Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.
Kelayakan
Warganegara Malaysia.
Tempat Memohon
Permohonan boleh dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara.
Tempoh Sah Laku
Tempoh sah laku selama dua (2) tahun atau lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.
Bayaran Pasport
- RM100.00 untuk 2 Tahun
- RM300.00 untuk 5 Tahun
Bayaran Separuh Harga
RM150.00 untuk 5 tahun
Kelayakan Bayaran Separuh Harga
- Kanak-kanak yang belum mencapai usia 12 tahun semasa mengemukakan permohonan
- Remaja yang belum mencapai usia 21 tahun yang sedang belajar diluar negara atau menerima serta dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Penggajian Tinggi di luar negara semasa mengemukakan permohonan.
Pengecualian Bayaran / Percuma (Gratis)
i. Golongan orang kurang upaya (OKU)
yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiikan Masyarakat dan mengemukakan Kad
Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai
bukti.
ii. Mangsa-mangsa bencana alam
seperti banjir, tsunami dan gempa bumi yang telah kehilangan pasport
atau pasport rosak semasa bencana tersebut diberi gantian secara gratis
dengan syarat tempoh sahlaku pasport baru bersamaan dengan tempoh
sahlaku pasport yang dilaporkan hilang/rosak dalam bencana. Permohonan
mestilah disertakan bersama laporan polis/bomba sebagai bukti pasport
hilang/rosak ketika bencana.
Bentuk Bayaran
- Tunai
- Wang pos atau bank draf yang dipalang
- Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.
- Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.
Cara Memohon Pasport Kali Pertama
Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:
-
Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
-
Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42-Pin.97)
yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun
melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat
turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
-
SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :
Pemohon | Jika | Syarat-syarat |
Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas | Lahir dalam negara |
|
Lahir luar negara |
|
|
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia. |
|
|
Pegawai dan anggota tentera |
|
|
Pegawai dan anggota polis |
|
|
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah | Lahir dalam negara |
|
Lahir luar negara |
|
|
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia |
|
|
Jika ibu dan bapa bercerai |
|
|
Jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan |
|
|
Jika pemohon adalah anak angkat |
|
|
Jika pemohon telah berkahwin |
|
Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter
Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada permohonan gantian pasport.
Jika
pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum
tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang
ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan
syarat-syarat berikut:
- Bukan kes hilang atau rosak
- Bukan kes dalam siasatan
- Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh sahlaku dua(2) tahun
Kategori | Dokumen yang diperlukan |
Pemohon bawah 18 tahun |
|
Pemohon atas 18 tahun |
|
Kes Kehilangan/Kerosakan Pasport Malaysia
Kes Kehilangan
BIL | KATEGORI HILANG / ROSAK |
1 |
Kehilangan akibat bencana alam (tsunami, gempabumi, banjir dan seumpamanya
|
2 |
Kehilangan akibat kecurian,rompakan,diragut dan seumpamanya
|
3 |
Kehilangan . / rosak akibat kebakaran
|
|
Kes Kehilangan
i. Hendaklah membuat Laporan Polis secepat dan laporkannya ke Jabatan Imigresen bersama Laporan Polis.
ii. Permohonan gantian bagi Pasport yang telah hilang boleh
dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan
mengemukakan borang permohonan (IMM.42-Pin.1/97) beserta dokumen-dokumen sokongan (asal dan salinan) seperti berikut :
- Kad Pengenalan (KPT)
- Sijil Lahir
- Dua (2) keping gambar terbaru berukuran 3.5sm x 5.0sm dan berlatar belakang warna biru muda.
- 1 salinan Laporan Polis atau dokumen lain yang berkaitan beserta Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport (IMM.42c) yang boleh dimuat turun dan didapati di mana-mana Pejabat Imigresen dan telah diperakui oleh Suruhanjaya Sumpah/Mahkamah.
- Salinan pasport yang hilang juga perlu jika ada.
Tatacara di atas digunapakai kepada kes di mana pasport hilang masih
ada tempoh sahlaku. Bagi kes pasport hilang di mana tempoh sahlaku telah
tamat memadai menyertakan borang pasport (IMM.42-Pin.1/97) beserta Laporan Polis dan dua (2) keping gambar terbaru.
Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah hilang adalah
bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan keputusan
siasatan dimaklumkan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan
diterima.
Kes Kerosakan Pasport Malaysia
Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika :
- Basah
- Diconteng / terconteng
- Dikoyak / Terkoyak
- Dibakar / terbakar
- Dimakan anai-anai/serangga
- Gambar pudar / luntur
- Butiran dalam pasport dipinda
Permohonan gantian pasport yang rosak boleh dikemukakan di mana-mana
Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan borang permohonan (IMM.42-Pin. 1/97)
beserta dokumen-dokumen sokongan. (asal beserta salinan) seperti Kad
Pengenalan (KPT), Sijil Lahir dan dua (2) keping gambar terbaru
berukuran 3.5sm x 5.0sm bertalat belakang warna biru muda.
Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah rosak bergantung
kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan tempoh keputusan siasatan
dimaklumkan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan diterima.
Maklumat Am
- Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan (AP/) bagi kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat 'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.
- Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, kad pengenalan ibu atau bapa diperlukan.
- Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan. Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta bayaran.
- Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas dengan mengisi borang Permohonan Pasport (Im.42 - Pin 1/97) disertai dengan 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm), Sijil Lahir dan hadir bersama-sama anak berkenaan di Pejabat Imigresen.
- Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.
|