BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, November 06, 2011

Ahli Keluarga Saya dan Pihak Media

Apabila aku pulang ke kampung, Ayahanda aku menunjukkan helaian-helaian surat khabar kepadaku. Nampaknya memang benar, sejak akhir-akhir ini, ada-ada sahaja ahli keluarga aku yang dipilih sama ada menjadi model atau terselit di dalam surat khabar. Pendapat mereka, senyuman mereka, dan sebagainya. Aku tidak tahu apa yang pihak media suka sangat mengenai keluarga aku. Boleh dikatakan semua ahli keluarga aku telah tersiar di akhbar sejak beberapa bulan yang lalu. Tempiasnya bukan sahaja pada ahli keluarga aku, malah adik ipar, abang ipar dan anak-anak saudara aku juga. Aku tahu bahawa keluarga kami sememangnya dari keturunan yang istimewa, tetapi aku berharap agar pihak media akan terus menjaga nama baik keluarga kami.